kritikan jurnal

3
3.0 KRITIKAN JURNAL I. Kajian Tindakan Meningkatkan Keberkesanan Kawalan Kelas Menggunakan Kaedah Ganjaran dan Hukuman untuk Murid-Murid Tahun 3 Oleh Ngu Meek Ok Abstrak Kajian yang dilakukan adalah berbentuk kajian tindakan. Kajian yang dijalankan adalah untuk menilai bagaimana kaedah ganjaran dan hukuman dapat membantu penulis meningkatkan keberkesanan kawalan kelas. Dalam bahagian abstrak ini, penulis telah menyatakan secara kasar tentang tujuan kajian, fokus kajian, kumpulan sasaran, cara pengumpulan data serta cara analisis data. Penulis juga ada menyatakan cara penyemakan data serta dapatan kajian setelah intervensi dijalankan. Abstrak juga ada ditulis ditulis dalam Bahasa Inggeris. Hal ini akan memudahkan pembaca daripada pelbagai negara untuk memahami kajian yang dijalankan memandangkan Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa. Pengenalan Penulis telah menulis refleksi pengalaman pembelajaran dan pengajaran dengan baik. Penulis mampu mengimbau kembali pengalaman lepas serta dapat menanalisis apakah kekuatan, kelemahan serta masalah yang dihadapi sepanjang menjalani praktikum dengan baik. Penulis juga menyatakan cadangan tindakan susulan ataupun intervensi untuk mengatasi masalah yang

Upload: karimah-othman

Post on 03-May-2017

230 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: kritikan jurnal

3.0 KRITIKAN JURNAL

I. Kajian Tindakan Meningkatkan Keberkesanan Kawalan Kelas Menggunakan Kaedah Ganjaran

dan Hukuman untuk Murid-Murid Tahun 3Oleh Ngu Meek Ok

Abstrak Kajian yang dilakukan adalah berbentuk kajian tindakan. Kajian yang dijalankan

adalah untuk menilai bagaimana kaedah ganjaran dan hukuman dapat membantu

penulis meningkatkan keberkesanan kawalan kelas. Dalam bahagian abstrak ini,

penulis telah menyatakan secara kasar tentang tujuan kajian, fokus kajian, kumpulan

sasaran, cara pengumpulan data serta cara analisis data. Penulis juga ada menyatakan

cara penyemakan data serta dapatan kajian setelah intervensi dijalankan. Abstrak juga

ada ditulis ditulis dalam Bahasa Inggeris. Hal ini akan memudahkan pembaca daripada

pelbagai negara untuk memahami kajian yang dijalankan memandangkan Bahasa

Inggeris merupakan bahasa antarabangsa.

PengenalanPenulis telah menulis refleksi pengalaman pembelajaran dan pengajaran dengan

baik. Penulis mampu mengimbau kembali pengalaman lepas serta dapat menanalisis

apakah kekuatan, kelemahan serta masalah yang dihadapi sepanjang menjalani

praktikum dengan baik. Penulis juga menyatakan cadangan tindakan susulan ataupun

intervensi untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Definisi juga ada dinyatakan

dengan jelas mengenai tingkah laku murid-murid serta dinyatakan sumber-sumbernya

dengan jelas dan kukuh. Penulis telah banyak membuat rujukan atau pembacaan

mengenai tajuk yang hendak dikaji. Hal ini dapat dilihat dengan bilangan sumber yang

dinyatakan iaitu sebanyak lapan sumber.

Page 2: kritikan jurnal

Kelebihan yang terdapat dalam kajian ini ialah penulis menyedari bahawa

masalah yang dihadapinya adalah berbeza dengan situasi atau kepercayaan yang

selalu dipegang oleh kebanyakkan guru dalam melaksanakan pembelajaran dan

pengajaran. Hal ini menjadikan kajian ini lain dari yang lain. Penulis menyedari bahawa

masalah kawalan murid bukannya berpunca daripada aktiviti PdP yang tidak menarik

tetapi daripada kurangnya kesedaran murid tentang pentingnya menjaga kelakuan

sertan kesan tingkah laku terhadap PdP. Penulis menulis dengan terperinci berkaitan

dengan fokus kajian, objektif kajian serta persoalan kajian.

Perancangan dan pelaksanaan tindakanPenulis menyatakan dengan jelas tindakan yang diambil olehnya sewaktu fasa

sebelum dan juga fasa semasa. Semasa fasa sebelum, penulis menggunakan kaedah

pemerhatian dan temu bual untuk mengenal pasti masalah seterusnya mengenal pasti

punca serta jalan untuk menyelesaikannya. Penulis juga menerangkan bagaimana

beliau menjalankan intervensi yang dicadangkan secara teratur dan sistematik.

Gambar-gambar dimasukkan untuk memberi gambaran sebenar kepada pembaca

bagaimana situasi di dalam kelas semasa intervensi dijalankan.

Metadologi Penulis menjalankan kajian ke atas 45 orang murid yang terdiri daripada 21

orang lelaki dan 24 orang perempuan. Ini menunjukkan terdapat keseimbangan antara

jantina dan tiada gender bias berlaku. Tahap keupayaan peserta kajian juga pelbagai

iaitu lemah, sederhana dan juga pandai. Penulis telah mematuhi etika menjalani kajian

bagi menghormati hak peserta kajian meminta kebenaran daripada pihak sekolah, guru

pembimbing dan guru kelas serta tidak dilupakan daripada peserta kajian sendiri

sebelum dilibatkan dalam kajian ini. Namun begitu, terdapat satu kesalahan ejaan yang

berlaku iaitu bagi perkataan penyelidikan yang ditulis penyeldidikan. Penulis telah

mengunakan tiga teknik untuk mengumpul data iaitu pemerhatian, temu bual dan soal

selidik.