kpm lancar buku - moe.gov.my · malaysia sebagai satu usaha memperkasakan rakyat, selain...
TRANSCRIPT
BPPDP BIL. (02) 2018, EDISI MAC-APRIL
Disember 2016
KPM lancar Buku
Panduan Bahasa Tamil
Tingkatan Enam
Datuk P Kamalanathan
Kementerian Pendidikan (KPM)
memperkenalkan Buku Panduan Bahasa Tamil Tingkatan Enam untuk membantu persediaan pelajar yang akan mengambil kertas Bahasa Tamil dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P Kamalanathan, berkata buku yang julung kali diterbitkan kementerian itu mengandungi siri soalan peperiksaan tahun sebelum ini, modul jawapan dan panduan untuk calon menduduki peperiksaan terbabit.
Beliau berkata, buku panduan itu sudah digunakan oleh 782 calon STPM mulai tahun ini dan akan dijadikan rujukan hingga 2020.
Sumber: Berita Harian, 25 April 2018
PENDIDIKAN BERKUALITI
MEMACU ASPIRASI NEGARA TERBILANG
Maklumat dan Pertanyaan
Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras SB - 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya
Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284
Kerjasama pelbagai pihak bantu memperkasa pendidikan
YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid yakin kerjasama
pelbagai pihak bantu memperkasa pendidikan negara. Kata beliau semasa bersama Kumpulan Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti Kebangsaan selepas merasmikan Pelancaran Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu Peringkat Kebangsaan Sempena Sambutan Hari Guru 2018 di Dewan Tun Abdul Razak Menara Kembar Bank Rakyat. Turut hadir Pengerusi Pengelola Bersama Majlis Pelancaran Gerakan Massa Penghargaan Terima Kasih Cikgu Datin Seri Ismalina Ismail dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad.
Sumber: Utusan Malaysia, 23 Mac 2018
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pendidikan-terancam-
1.656515#ixzz5DlDRGDIg
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 1
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 2
PERUTUSAN KSN
Salam Sejahtera,
Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017 yang dilancarkan pada 23 Mac 2018 menunjukkan iltizam Kerajaan Malaysia dalam memacu pembangunan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Keampuhan nilai politik dan kerencaman sosio-ekonomi negara perlu terus dipertahankan agar lebih banyak kejayaan boleh dinikmati oleh rakyat bersama.
TAN SRI DR ALI HAMSA Ketua Setiausaha Negara
Sumber: Portal KPM
Transformasi
Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan
terus memacu Gelombang Kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025 secara agresif ke arah Agenda Transformasi Pendidikan Negara.
Maka perubahan telah banyak dilakukan pada setiap peringkat sama ada dari peringkat penggubal dasar sehinggalah kepada pelaksanaan di sekolah.
Warga pendidikan khasnya guru yang berpandangan futuristik harus sedar bahawa terdapat agenda yang lebih besar untuk menyediakan anak-anak kita demi masa depan mereka. Selain itu, sebagai pendidik kita perlu mempertingkatkan usaha untuk menambah pengetahuan dan kemahiran, terutamanya dalam mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Sumbangan Malaysia di Peringkat Global
Malaysia memainkan peranan penting dalam
menyumbangkan idea dan amalan terbaik dalam pendidikan yang boleh dijadikan contoh oleh negara-negara lain, terutamanya negara dunia ketiga.
Menurut Mahdzir, negara telah melakukan perkongsian pengalaman serta membantu inisiatif transformasi pendidikan negara kurang membangun dan kepulauan kecil menerusi kerjasama dengan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) melalui Malaysia Fund-in-Trust (MFIT).
Sumber: Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan 2018
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 3
Konsep pendidikan percuma sudah lama diamalkan – Kamalanathan
Datuk P Kamalanathan bersama-sama pelajar cemerlang di Parlimen Hulu Selangor
Datuk P Kamalanathan
Kerajaan sudah lama mengamalkan konsep
pendidikan percuma di negara ini. Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P. Kamalanathan, berkata pelaksanaan konsep itu dilakukan secara bersasar iaitu memberi keutamaan kepada pelajar yang layak atau mendapat keputusan cemerlang.
Ramai yang tertanya-tanya mengenai isu pendidikan percuma Di Malaysia. Oleh itu, beliau menyatakan Kerajaan Persekutuan sudah lama amalkan pendidikan percuma tetapi bersasar.
Beliau menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan juga melaksanakan pengecualian yuran sekolah bermula di peringkat prasekolah, sekolah rendah hingga menengah, sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mentadbir negara ini.
"Kita sudah hapuskan yuran sekolah. Tiada lagi yuran sekolah. Percuma dari sekolah rendah sehingga tamat SPM.”
Pada masa sama, Kamalanathan turut menjelaskan salah anggap ibu bapa mengenai bayaran yang perlu dibuat kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah. Katanya, bayaran itu bukan yuran yang disalurkan kepada Kementerian Pendidikan melalui sekolah, tetapi sumbangan yang perlu dibuat sebagai komitmen ibu bapa dan guru terhadap keperluan sekolah dan murid.
Sumber: Berita Harian, 24 Mac 2018
Artikel
KBAT di landasan tepat
Datuk Dr Amin Senin
Kejayaan murid menguasai Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 yang diumumkan baru-baru ini, membuktikan transformasi pendidikan negara berada di landasan tepat.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata KBAT adalah perkara asas dalam transformasi pendidikan yang perlu diberi penekanan untuk memastikan penilaian pencapaian akademik murid lebih dinamik dan menyeluruh.
Menurutnya, keputusan SPM 2017 yang diumumkan minggu lalu menyaksikan sebanyak 66 peratus calon menguasai KBAT dengan baik.
"Melihat kepada kualiti jawapan calon, sebanyak 27 peratus calon menguasai KBAT pada tahap tinggi manakala 39 peratus tahap sederhana dan 34 peratus tahap rendah.
Calon menguasai kemahiran mengaplikasi pada tahap yang tinggi, namun kemahiran menganalisis, menilai dan mencipta masih pada tahap sederhana," katanya pada sidang media selepas Majlis Komensmen Institut Aminuddin Baki Ke-19 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Dr Amin berkata, Kementerian Pendidikan meletakkan penanda aras iaitu 50 peratus soalan KBAT dalam kertas peperiksaan, berdasarkan pencapaian yang baik sejak tiga tahun pelaksanaannya.
Katanya, pada SPM 2016 hanya 20 peratus soalan KBAT daripada keseluruhan soalan, meningkat kepada 25 peratus tahun lalu dan akan bertambah setiap tahun sehingga mencapai sasaran 50 peratus.
Fokus utama kita (kementerian) bukan hanya melihat semua A dalam peperiksaan tetapi melihat sejauh mana pelajar itu cemerlang dari segi penguasaan berfikir aras tinggi.
Tegasnya salah satu aspek baru yang akan dinilai selepas ini adalah penguasaan KBAT di peringkat sekolah rendah dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan datang.
Sumber: Berita Harian, 17 Mac 2018
Artikel
TRANSFORMASI PENDIDIKAN
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 4
Kata Kunci Kejayaan
“Orang yang boleh menggunakan dan menyimpan wang adalah orang yang paling
bahagia, kerana ia memiliki kedua-dua kesenangan”
(Samuel Johnson)
TVET lahir modal insan berkemahiran tinggi
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional
Malaysia (TVET) yang menekankan pendekatan kemahiran selari keperluan industri adalah kunci ke arah membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi pada tahun 2050.
TVET berperanan menjadi agen perubahan dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan serta ekonomi negara. Malah, TVET juga mampu melahirkan tenaga kerja tempatan yang diperlukan oleh industri dan negara bagi mengharungi fenomena Revolusi Industri 4.0.
Menyedari kepentingan TVET, kerajaan telah menjenamakan semula TVET kepada TVET Malaysia sebagai satu usaha memperkasakan rakyat, selain memantapkan kolaborasi semua pihak berkepentingan dalam bidang itu agar TVET menjadi pendidikan pilihan dan kerjaya masa depan yang lumayan serta berpotensi tinggi.
Sumber: Utusan Malaysia, 23 April 2018
PENDIDIKAN TVET PEMACU MODAL
INSAN BERKEMAHIRAN
Perintis tanpa tunai akan diperkenal di sekolah Langkawi
YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Kementerian Pendidikan akan mengenal pasti
dua buah sekolah di pulau bebas cukai itu bagi memperkenalkan projek perintis pembelian tanpa tunai tidak lama lagi. Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, KPM akan meminta bantuan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk mengenal pasti sekolah-sekolah berkenaan manakala di peringkat kementerian pula akan mencari kaedah pelaksanaannya.
Beliau berkata penggunaan tanpa tunai dan kad debit merupakan sebahagian teknologi dalam dunia masa kini yang sewajarnya didedahkan kepada para murid di peringkat awal lagi. Tegas beliau penggunaan tanpa tunai ini sesuai dilaksanakan di koperasi untuk membeli peralatan sekolah. Kalau di kantin mungkin masih sukar dilaksanakan kerana tempoh masa rehat yang singkat dan bilangan murid ramai (sekali gus) dan harga jualan tidak tetap. Namun apa yang penting adalah untuk kita mendedahkan kepada para murid tentang dunia ini tanpa tunai.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Langkawi serta majlis santai bersama para pesara guru.
Sumber : Utusan Malaysia, 23 April 2018
Koleksi Bahan dan Keratan Akhbar Sehingga 30 April 2018
4. STATISTIK PENGGUNAAN PUSAT DOKUMENTASI
BAGI BULAN MAC - APRIL 2018
PERKARA JAN FEB
Bilangan Pengguna 142 158
Pendaftaran Baharu 11 52
Rujukan Tesis 319 218
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018
20172017 5
1. KOLEKSI ARTIKEL AKHBAR
BERITA HARIAN,
UTUSAN MALAYSIA, NEW STRAITS TIMES
JUMLAH (Mac-
April)
JUMLAH
KUMULATIF
SEHINGGA
30 April
2018
JUMLAH 456 81,740
2. KEMASUKAN DATA DAN PENGKATALOGAN
BIL JUMLAH KOLEKSI
YANG DITERIMA
BILANGAN
DIKATALOG
110 110
Mulai 23 April 2018, Sektor Pusat Dokumentasi telah
menggunakan Sistem Pengurusan Perpustakaan
Bersepadu berasaskan web based dan mempunyai
Modul Digital Content untuk repositori bahan digital.
Pengguna perlu mengakses masuk ke dalam Sistem
EKCMS menggunakan url:
http://librarykpm.moe.gov.my
Username: No. KP
Default Password : 123456
ISU-ISU UTAMA YANG DIPAPARKAN DI AKHBAR
BAGI BULAN MAC - APRIL 2018
1. Kurikulum Pengajaran dan Pembelajaran
Bagi Semua Mata Pelajaran/MBMMBI/
Sukatan Mata Pelajaran
- 3 isu
2. Kenyataan oleh Menteri Pendidikan dan
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
- 6 isu
3. Pengurusan Pendidikan
- 4 isu
4. Keselamatan/Disiplin Murid
- 1 isu
Untuk maklumat bahan rujukan
dan peminjaman koleksi,sila
layari laman sesawang berikut:
http://librarykpm.moe.gov.my
JUMLAH PENGUNJUNG PORTAL LIBRARY
KPM SEHINGGA 30 APRIL 2018 :
43,533 orang
Senyum Selalu
SEDIA BANTU 03-8884 6425
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 6
ANGKASA tarik koperasi sekolah
sertai MSS
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)
menyasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada kira-kira 2,388
koperasi sekolah menengah di negara ini mengambil bahagian dalam
Program MyKad Smart Shopper (MSS), tahun ini.
Naib Presiden ANGKASA, Mohamad Azmi Omaruddin, berkata bagi
merealisasikan sasaran itu, peranan pengetua selaku pengerusi koperasi
sekolah penting terutama bagi membantu badan koperasi masing-
masing menambahkan perolehan pendapatan.
Beliau berkata, pihaknya juga akan melakukan pemantauan berterusan
seperti mendapatkan rekod data berkaitan perolehan daripada koperasi
sekolah, selain turut melaksanakan penambahbaikan secara
menyeluruh.
Kami berharap agar lebih banyak koperasi sekolah mengikuti program ini
kerana banyak kemudahan yang ditawarkan kepada setiap ahli berdaftar
dan ini membolehkan mereka (sekolah) meningkatkan lagi keuntungan
menerusi koperasi. Kalau dilihat penggunaan wang kertas kini adalah
sedikit berkurang, malah melalui MSS ini, keyakinan ibu bapa dapat
ditingkatkan kerana pembelian dibuat secara atas talian, pada masa
sama, berupaya mengekang masalah keselamatan duit seperti hilang
ataupun tercicir.
Program ini mampu menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) dalam sektor koperasi dan ini selari dengan hasrat kerajaan yang
mana sektor koperasi adalah penyumbang ketiga selepas sektor awam
dan swasta.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Pelancaran
MyKad SmartShopper Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Bukit Jelutong Shah Alam Berhad.
Yang turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Perdana,
Abdul Ghaffar Bakar; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan I Synergy
Limited, Datuk Lawrence Teo dan Pengetua SMK Bukit Jelutong,
Badariatul Jamal Mohd Hasnan. Sementara itu, Teo berkata, program
MSS itu adalah program affiliate yang direka khas untuk mengaplikasikan
MyKad dalam mempromosi industri peruncitan di negara ini.
Katanya, program ini membuktikan iltizam dan komitmen antara kedua-
dua organisasi (I Synergy dan ANGKASA) bagi membantu meningkatkan
lagi kecemerlangan koperasi sekolah di tahap terbaik.
Setiap pembelian akan memberikan ganjaran cash point dan reward point
yang boleh ditebus guna untuk mendapatkan barangan serta hadiah
menarik, malah, penjimatan MSS ini juga boleh dinikmati secara dalam
talian dengan adanya MSS online.
Sumber : Berita Harian, 23 April 2018
Amanat Menteri Pendidikan Malaysia
-
PERKHIDMATAN
KAUNTER
Waktu Operasi
Isnin - Khamis
8.00 pagi – 4.30 petang
Jumaat
8.00 pagi – 12.00 tengah hari
2.45 petang – 4.30 petang
Ditutup pada Sabtu, Ahad dan
cuti umum
Keahlian
Keahlian adalah percuma
Terbuka kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia
Institut Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS)
Agensi Kerajaan
Penyelidik
Bagi pelajar/pensyarah universiti yang pertama kali mendaftar perlu:
Membawa kad matrik dan surat pengesahan
Melengkapkan borang pendaftaran
Bagi agensi kerajaan lain dan penyelidik
Membawa surat pengesahan dari ketua jabatan yang berkaitan
Perkhidmatan Yang Disediakan Perkhidmatan Rujukan
Perkhidmatan Sirkulasi
Bilik Mesyuarat
Peti Pemulangan Buku (24 Jam)
Khidmat Nasihat dan Kepakaran
Bilik Tayangan
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 7
Informasi
Tiga pelajar Al Maad harumkan negara di Beijing
Guru dan pelajar bergambar selepas berjaya meraih emas di Beijing Youth Science Creation Competition
(BYSCC) 2018
Sekolah Menengah Al Madrasah Al Alawiyah Ad
Diniah (Al Maad) sekali lagi mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa selepas peroleh emas di Beijing Youth Science Creation Competition (BYSCC) 2018 di Universiti China dan Sains Beijing, semalam.
Al Maad yang diwakili Nur Aisyah Nazri, Najah Zakaria dan Nurul Athirah Md Shukri yang berusia 16 tahun, berjaya memikat juri pada pertandingan berkenaan menerusi hasil ciptaan yang diberi nama Heal Mask.
Sumber : Berita Harian, 17 Mac 2018
ISU SEMASA PENDIDIKAN
Yayasan Eco World taja 20,400 sisipan Didik BH
Yayasan FELCRA-NSTP kerjasama tingkat pencapaian pelajar
36 terima Anugerah Pelajar Cemerlang STEM ExxonMobil
Cabaran guru hadapi Revolusi Perindustrian 4.0
ANGKASA tarik koperasi sekolah sertai MSS
57 pelajar pendidikan khas sertai
Eksplorasi Flora dan Fauna
Pupuk kesedaran TVET dari bangku
sekolah
Kerajaan Wujudkan Sistem Pendidikan
Berkualiti
Sumber: Utusan Malaysia/ Berita Harian, 2018
APA KATA MASYARAKAT
Cabaran guru hadapi Revolusi Perindustrian 4.0
Seiring perkembangan pesat ekonomi dan industri global,
warga pendidik disaran melengkapkan diri dengan pengetahuan teknologi maklumat serta komunikasi (ICT), sekali gus membolehkan mereka mendepani cabaran Revolusi Perindustrian 4.0.
Pengerusi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (MAYANG) Petaling Jaya Utara, Datuk Ikhwan Salim Sujak, berkata guru perlu memiliki kefahaman jelas berhubung teknologi terkini terutama untuk memantapkan lagi sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas.
Beliau berkata, sebagai pendidik yang mempunyai tanggung jawab dan amanah besar, guru juga mestilah mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu kemahiran serta berfikiran jauh ke hadapan.
"Dengan perkembangan teknologi yang pesat hari ini, guru perlu memiliki kefahaman menyeluruh mengenai teknologi dan tahu arah tujunya, seterusnya membantu melaksanakan sesuatu perancangan.
Kita sedia maklum, persekitaran pembelajaran kini berbeza, justeru sebagai guru, pengetahuan mereka perlulah seiring ataupun lebih ke hadapan daripada pelajar khususnya membabitkan teknologi terkini. Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Sambutan Hari Guru Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Utama 2018 di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Chai.
Sumber : Berita Harian, 24 April 2018
Yang turut hadir ialah Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Datin Nor Faridah
A Bakar; Pegawai Pendidikan Daerah PPD Petaling Utama, Azmi Misron dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah PPD Petaling Utama, Siti Amiza Abdul Aziz.Sumber : Utusan Malaysia, 9
Januari 2018
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 8
INFO PERISTIWA
MAJLIS PELANCARAN GERAKAN
MASSA TERIMA KASIH CIKGU
2018
23 Mac 2018
PROGRAM JELAJAH KPM
9 – 10 Mac 2018 :
Pasir Putih, Kelantan
31 Mac – 1 April 2018 :
Parit Buntar, Perak
14 – 15 April 2018 :
Temerloh, Pahang
20 – 22 April 2018 :
Kuala Nerang, Kedah
KAJIAN PISA DI SEKOLAH
SELURUH NEGARA
1 April – 25 Mei 2018
SELAMAT HARI
PEKERJA 1 Mei 2018
Ikhlas daripada
Warga BPPDP
NOTA
PPSR: Perlukah hentikan
pengasingan murid?
PPSR dan pemansuhan pengasingan kelas
mengikut pencapaian akademik mendorong ke
arah pembangunan perkembangan potensi
murid secara holistik.
Keputusan Kementerian Pendidikan
memperkenalkan Pelaporan Pentaksiran
Sekolah Rendah (PPSR) untuk tujuan
melaporkan pencapaian, perkembangan serta
kejayaan murid dalam pelbagai bidang secara
holistik, menyeluruh dan bermakna dilihat
sebagai kematangan dalam menilai, meneliti
dan melaporkan pencapaian serta
perkembangan murid di peringkat sekolah
rendah.
Bentuk pelaporan sebegini sebenarnya telah
lama ditunggu oleh warga pendidik, ahli
akademik malah oleh ibu bapa murid kerana
PPSR dilihat tidak hanya menumpukan
kepada laporan keputusan akademik semata-
mata tetapi juga profil murid dari segi
kecerdasan semulajadi dan aptitud, tahap
penguasaan dalam mata pelajaran di sekolah,
kecergasan, tahap kesihatan dan penglibatan
murid dalam aktiviti luar bilik darjah.
Keputusan Kementerian Pendidikan
memperkenal Pelaporan Pentaksiran Sekolah
Rendah (PPSR) didorong oleh proses
kemenjadian murid boleh berlaku melalui
aktiviti pembelajaran dalam pelbagai bidang
seperti pada kerangka Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) dan seiring hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menurut Dr. Jain Chee, PPSR diterjemahkan
melalui Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan
memperlihatkan enam ciri murid yang
menjadi aspirasi negara iaitu murid
LAPORAN KHAS BAHAGIAN 1
Menurut Dr. Jain Chee, PPSR diterjemahkan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan memperlihatkan enam ciri murid yang menjadi aspirasi negara iaitu murid berpengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan berkerohanian, serta mempunyai identiti nasional. Seiring dengan pelaksanaan PPSR, satu langkah drastik diambil oleh Kementerian Pendidikan iaitu mengarahkan pengasingan kelas mengikut tahap pencapaian akademik murid dihentikan atau dimansuhkan mulai 2019. Langkah ini dilihat sangat relevan kerana tokoh dan ahli akademik berpendapat pengasingan murid mengikut tahap pencapaian akademik merupakan amalan yang bersifat diskriminasi dan mendatangkan kesan negatif. Perkara itu katanya lagi, disokong dengan hujah psikologi di mana pengasingan kelas mengikut tahap pencapaian akademik boleh menyebabkan murid yang berada dalam kelas ‘belakang’ berasa rendah diri, dipinggirkan dan kurang dihargai.
Pengasingan murid mengikut tahap pencapaian
akademik yang berterusan tidak bersesuaian
dengan prinsip pendidikan holistik yang menjadi
teras kepada pendidikan negara dan
pemansuhannya banyak memberi faedah
antaranya persaingan sihat dalam pelbagai
bidang dalam kalangan murid dari pelbagai tahap
akademik, potensi, keupayaan, kecergasan dan
kebolehan.
Dr. Jain mengambil contoh kelas prasekolah, di mana pada awal tahun tiada ujian kemasukan bagi menempatkan murid di dalam kelas cerdik, sederhana dan lemah, namun pada hujung tahun guru prasekolah dapat melahirkan murid yang menguasai kemahiran membaca, menulis, awal matematik dan memiliki nilai-nilai murni serta sahsiah baik. Bagaimanapun terdapat beberapa isu berkaitan perlu diberi perhatian, seterusnya mengurangkan rungutan sekali gus dapat memantap dan melancarkan prinsip pendidikan holistik yang dicanangkan.
Sumber : Utusan Malaysia, 2 April 2018
Sumber : Utusan Malaysia, 17 Januari 2018
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 9
Kajian Penyelidikan Pendidikan
10
PERTIMBANGAN DASAR
60:40
( 60:40 POLICY REVIEW)
DR SALMAH MOHD SALLEH, NUR LIYANA
HUSNA SHAARI, DR ZAININ BIDIN,
HERLIANA YASIN, TAUFEK MUHAMAD
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, KPM
PROF. DR MOHAMAD SAHARI NORDIN,
PROF. DR NIK AHMAD HISHAM ISMAIL,
PROF. DR ISARJI SARUDIN,
PROF. MADYA DR MOHD BURHAN
IBRAHIM
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
PROF. DATUK DR TAMBY SUBAHAN MOHD
MEERAH, PROF. DR LILIA HALIM
Universiti Kebangsaan Malaysia
LANITA MD YUSUF
Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM
Kajian ini bertujuan untuk membantu KPM
melaksanakan penilaian terhadap beberapa
bidang pendidikan tertentu supaya hasilnya
dapat dijadikan input penting dalam membuat
sesuatu dasar baharu. Selain itu, ia juga bagi
mengenal pasti sesuatu dasar pendidikan itu
boleh dikekal dan diteruskan, ditambah baik
atau dimansuhkan. Kajian ini melibatkan
pengetua, guru kanan, guru sains dan murid
dari 100 buah sekolah menengah di seluruh
negara yang dipilih secara rawak. Kaji selidik
merangkumi persepsi pengetua dan guru sains
serta sikap, minat, yakin boleh dan niat murid
dalam aliran sains. Selain itu, maklumat juga
diperoleh melalui temu bual dengan wakil
pengurusan, pensyarah dan penyelidik dalam
bidang sains dan teknologi di IPTA, pegawai-
pegawai KPM (BPK, LP dan JNJK).
ABSTRAK KAJIAN
Kajian ini juga menggunakan kaedah menanda aras
soft strategi menerusi analisis dokumen yang
berkaitan dengan hala tuju, penyataan dasar, strategi
dan pelan tindakan merancang dan memacukan
STEM di beberapa negara terpilih, termasuk Korea
Selatan dan Finland. Ini termasuklah melibatkan
proses menemukan cadangan-cadangan
penyelesaian masalah yang berpusatkan perspektif
pemegang taruh yang terdiri daripada guru sains dan
kepimpinan sekolah. Dapatan kajian mencadangkan
Pertimbangan Dasar 60:40 ini boleh dikekal dan
diteruskan dengan ditambahbaik.
Kata kunci : Pertimbangan Dasar 60:40, STEM, pemegang
taruh
Peserta Bengkel Kolokium STEM 2018
Dapatan kajian ini telah menghasilkan cadangan
kepada perubahan bagi perkukuhan pendidikan
bidang STEM. Hasil kerjasama dan komitmen banyak
pihak, pendidikan bidang STEM telah menjadi bidang
keutamaan negara untuk menyediakan modal insan
yang berkemahiran tinggi dalam mendepani era
Revolusi Perindustrian 4.0. Oleh itu, pelbagai usha dan
aktiviti telah dilaksanakan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia khasnya dalam kalangan guru,
murid, ibu bapa dan masyarakat tentang pemahaman
bidang STEM ini. Kolokium STEM contohnya telah
memberi banyak manfaat kepada seluruh masyarakat
yang pelbagai kelompok dan tahap pendidikan di
seluruh negara.
Sumber: Jurnal Penyelidikan Pendidikan, BPPDP
Jurnal
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018
Pendidikan pemacu TN50
Bagi mendepani cabaran globalisasi pendidikan yang setaraf dengan negara maju 2020-2050, kerajaan
dalam bajet 2018 telah memperuntukkan sebanyak RM45.9 billion kepada KPM. Peruntukkan besar ini akan digunakan bagi belanja mengurus dan pembangunan pendidikan. Termasuk menyediakan bantuan persekolahan yang melibatkan 5.2 juta orang murid.
Ke arah memperkukuh dan memperkasakan pendidikan penyertaan Malaysia dalam TIMMS dan PISA terus dipertingkatkan melalui tiga domain kognitif murid iaitu; Sains, Matematik dan Bacaan. Meningkatkan kualiti dan kemenjadian murid dengan penyediaan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR). Bagi mengimbangi ilmu dan akhlak untuk memastikan murid peka dengan perubahan, kementerian telah memperkenalkan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Dengan harapan, murid dapat menguasai dan mahir berkomunikasi, berkolaboratif, berfikiran kritis dan kreatif serta mempunyai nilai murni dan etika serta dapat meneruskan misi negara sebagai sebuah negara maju selari dengan keperluan revolusi industri keempat.
Justeru Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) turut menjadi penyumbang bagi meningkatkan pengurusan dan kepimpinan sekolah, memacu kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) guru dalam meningkatkan kualiti murid dan memperkasakan pelibatan ibu bapa, komuniti dan agensi swasta dengan sekolah. Dalam memastikan guru yang berkualiti dan terus berkualiti sebagai Guru Malaysia, Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) telah menjadikan institusi keguruan yang diiktiraf sebagai satu bidang profesionalisme.
Untuk keperluan generasi 2050, kerajaan melalui KPM telah menyediakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). Kerajaan menyediakan lebih banyak pusat latihan kemahiran dengan penubuhan Kolej Vokasional dan memperkenalkan mata pelajaran TVET di sekolah arus perdana. Manakala bagi inisiatif memperkukuhkan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pelbagai program telah dilaksanakan oleh kementerian selari dengan Dasar STEM Negara. KPM juga telah diberi kepercayaan oleh kerajaan bagi penubuhan Pusat STEM yang diurusetiakan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Ke arah menyediakan pelajar prauniversiti, penarafan Kolej Matrikulasi di peringkat antarabangsa akan meningkatkan lagi kualiti dan peluang pelajar kita melanjutkan pelajaran ke universiti dalam dan luar negara. Begitu juga hala tuju Transformasi Tingkatan Enam telah dinaik taraf kepada Kolej Tingkatan Enam yang lebih komprehensif.
Bagi memastikan ekuiti pendidikan yang menyeluruh dapat dicapai, kementerian turut melaksanakan
Transformasi Pendidikan Orang Asli dan Pribumi selari dengan Pendidikan Untuk Semua. Maka
mekanisma seperti akses kepada peluang pendidikan berdasarkan minat dan bakat telah diperkenalkan
bagi mengenalpasti bakat dan minat murid untuk keperluan sumber tenaga kerja negara.
Sumber : Teks Ucapan KPM, 2018
Promosi Pendidikan
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 11
Transformasi Nasional
Berita KPM dan Aktiviti Utama BPPDP
Pendidikan harus sentuh aspek pembangunan insan - Raja Muda Perlis
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin
Putra Jamalullail bertitah, bahawa pendidikan perlulah menyentuh aspek pembangunan insan secara lahiriah dan rohaniah dengan melibatkan elemen pembentukan nilai-nilai unggul, perwatakan dan iman.
Titah baginda, sehubungan itu, para guru dan ibu bapa haruslah memastikan para pelajar memperoleh pendidikan secara holistik.
Aspek pendidikan ini bukan hanya melibatkan ilmu dan kemahiran semata-mata, malahan asuhan, didikan, bimbingan dan amalan nilai-nilai serta kasih sayang juga harus menjadi fokus utama agar pelajar mempunyai jati diri hebat,” titah baginda.
Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad kali ke-44, 2018 di sekolah tersebut. Maka sebab itu, ibu bapa, keluarga, masyarakat dan pelbagai institusi lain juga seharusnya secara bersama menggalas tanggungjawab mewujudkan modal insan agar dapat menyumbang kepada
kesejahteraan sejagat.
Sumber : Utusan Malaysia, 28 April 2018
Sumber : Utusan Malaysia, 26 April 2018
KOLOKIUM
PROFESIONALISME GURU
Guru cemerlang kongsi amalan terbaik, inovasi pengajaran
Penganjuran Kolokium Profesionalisme inisiatif Majlis
Guru Cemerlang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) membolehkan guru berkongsi kemahiran, pengetahuan serta kepakaran bagi memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah.
Ketua Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Azuar Hussin berkata, kolokium ini membolehkan guru berkongsi pembentangan kajian tindakan, amalan baik dan inovasi pengajaran untuk merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Menerusi kolokium ini, guru dapat banyak manfaat dan mempelajari kepelbagaian teknik untuk menguruskan aktivti PdP yang sesuai dengan keperluan murid masa kini. Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Guru Cemerlang WPKL, Lee Saw Im berkata, Kolokium Profesionalisme Guru Cemerlang merupakan kursus latihan dalam perkhidmatan. Menurut beliau, kolokium ini menjadi medan perkongsian amalan terbaik dan inovasi sesama guru yang boleh digunakan dalam menjalankan aktiviti PdP di samping mengoptimumkan potensi diri mereka.
Sumber : Utusan Malaysia, 30 April 2018
Percepat pembinaan SMK Paris
Kerajaan Pusat mesti mempercepat pembinaan
bangunan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan
Program
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 12
Moto BPPDP : Perancangan Berkualiti Pendidikan Bestari
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 13
Kolokium pertingkatkan perkukuhan bidang pendidikan STEM
Antara tetamu utama KPM sempena Majlis Perasmian Kolokium
STEM Peringkat Negeri Sarawak
Kolokium Pendidikan STEM merupakan kerjasama
strategik KPM dengan institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan pihak industri. Kolokium Pendidikan STEM yang bertemakan “Pendidikan Menerusi Penerokaan” dapat memperkukuhkan pemahaman guru, murid, ibu bapa dan masyarakat tentang STEM. Kolokium ini dilaksanakan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, (BPPDP) KPM dengan kerjasama pihak universiti mengikut zon. Pada tahun 2017, kolokium ini telah dilaksanakan di Zon Tengah (USIM), Zon Timur (UMT), Zon Utara (USM) dan Zon Selatan (UTHM). Tahun ini, kolokium pendidikan STEM akan dilaksanakan di Sarawak dengan kerjasama UNIMAS pada 3 April, Sabah dengan kerjasama UMS pada 28 April, Kelantan dengan kerjasama UMK pada 22 Julai dan Perak dengan kerjasama UPSI pada 11 Ogos. Sebagai kesimpulan, pelbagai aktiviti dan program sedang dan akan dilaksanakan di bawah inisiatif perkukuhan STEM dengan objektif untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran STEM melalui pendekatan PdP yang baharu dan pemantapan kurikulum, meningkatkan kemahiran dan kebolehan guru dan meningkatkan kesedaran murid dan orang awam terhadap pendidikan dan kerjaya dalam bidang STEM. Keberhasilan yang diharapkan melalui penekanan kepada pendidikan STEM ialah murid yang boleh berfikir secara logik, mereka cipta, menggunakan teknologi dan menyelesaikan masalah secara kreatif dan inovatif. Ini bagi menyediakan sumber tenaga kerja yang kompetitif bagi memacu kemajuan ekonomi negara.
PERKUKUHAN STEM
Tujuan Utama Kolokium
meningkatkan kompetensi, pengetahuan dan kemahiran guru bagi memantapkan PdP berkaitan mata pelajaran STEM;
memperoleh maklumat terkini berkaitan kerjaya STEM supaya pendidik dapat menyebarluaskannya kepada murid;
mewujudkan rangkaian kerjasama antara penggubal dasar, ahli akademik, pendidik, kaunselor, agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman bagi melaksanakan program berkaitan pendidikan STEM; dan
berkongsi amalan terbaik bagi menjayakan pendidikan STEM.
Sebahagian peserta kolokium daripada negeri Sarawak yang diadakan pada 28 April 2018
Forum bidang STEM
Sumber : Sektor Penyelidikan dan Penilaian, BPPDP
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 14
1
Transformasi Institut
Pendidikan Guru
Mengekalkan Kualiti Guru Malaysia Kementerian sentiasa komited untuk memastikan
bahawa guru berkualiti sentiasa berada di dalam
perkhidmatan pendidikan. Sehubungan itu, KPM
juga dalam langkah mempergiatkan usaha bagi
memastikan bahawa latihan guru di Institut
Pendidikan Guru (IPG) bertaraf dunia bermatlamat
menyediakan guru masa hadapan bertaraf global.
Untuk itu, terdapat tiga fasa yang dilakukan terhadap IPG bagi memastikan sistem pendidikan negara tidak ketandusan guru-guru yang berkualiti. Peringkat pertama adalah pengukuhan penyampaian, diikuti peringkat kedua, tumpuan kepada pencapaian dan pengiktirafan nasional serta peringkat ketiga iaitu peningkatan prestasi dan mencapai standard global. Selain itu, kita harap pendidikan perguruan di negara ini dapat mencapai standard antarabangsa yang membolehkan guru-guru kita bertugas di mana-mana sahaja di peringkat global. Ini menunjuk bahawa transformasi pendidikan telah membawa perubahan terhadap sifat, tingkahlaku, pengetahuan, pandangan dan sebagainya kepada sesuatu yang lebih baik dan sempurna. Malah mampu mengubah lanskap serta hala tuju pendidikan negara seiring dengan negara maju yang lain di dunia.
Tambahan pula sindrom komunikasi yang
semakin canggih dan komplek dengan
perkembangan dunia sains dan teknologi seperti
penggunaan gajet di sekolah mempercepatkan
lagi proses transformasi, inovasi dan kreativiti
guru dan murid.
Maka pengetahuan dan kemahiran itu
seharusnya ada dalam setiap jiwa para pendidik
dan diterokai oleh guru, seterusnya dikurniakan
ilmu kepada anak didik untuk membina modal
insan terbilang yang membawa kepada
kemajuan negara kita, Malaysia.
Komitmen yang tinggi demi anak bangsa, para
pendidiklah model maha perancang, pembina
dan pembentuk dalam penguasaan ilmu yang
berterusan tanpa titik noktahnya. Bermula dari
pendidikan awal prasekolah, peringkat rendah
dan mengah dan seterusnya pada peringkat
kolej, Matrikulasi serta Institut Pendidikan Guru.
Terbukti dan signifikannya bahawa para pendidik
merupakan pencorak kelahiran anak watan yang
boleh membaca, menulis, mengira yang menjadi
insan yang mempunyai nilai kepada negara kita.
Kesungguhan guru sejak dahulu maka
terhasillah para ilmuan, tokoh-tokoh kepimpinan
anak bangsa dan menzahirkan para pakar
bidang profesional negara, sehingga menjadi
sebuah negara Malaysia yang merdeka, pesat
membangun hingga mencipta nama Malaysia ke
persada antarabangsa.
Sumber : Teks Ucapan KPM 2018
GURU PEMACU
TRANSFORMASI PENDIDIKAN
TRANSFORMASI PPPM 2013-2025
KPM permudahkan pengurusan permohonan
menjalankan kajian
Mulai 1 Disember 2017, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) telah
menggunakan Sistem eRAS 2.0 untuk menerima permohonan dan mengeluarkan surat keputusan
permohonan kebenaran menjalankan kajian.
Semua urusan permohonan kebenaran menjalankan kajian akan lebih mudah dan cepat dan hanya
boleh dibuat melalui sistem eRAS 2.0 sahaja. Oleh itu, permohonan melalui borang BPPDP 1.2 tidak
akan diterima lagi. Pemohon hanya perlu membuka aplikasi Eras dan memasukkan maklumat yang
lengkap seperti yang digariskan.
Syarat-syarat Permohonan
Rujuk panduan mengisi borang permohonan menjalankan penyelidikan di sekolah, kolej
vokasional, kolej matrikulasi, IPG dan JPN;
Permohonan menjalankan penyelidikan perlu dikemukakan sebelum melaksanakan kajian rintis
dan kajian lapangan;
Setiap permohonan yang dikemukakan adalah hanya untuk satu penyelidikan sahaja;
Sekiranya penyelidikan dibuat secara berkumpulan, permohonan hanya perlu dikemukakan oleh
pengurus/ketua projek;
Perkara-perkara berikut (dalam format pdf) hendaklah dilampirkan/dimuat naik bersama-sama
dengan permohonan yang telah lengkap diisi;
i. Surat pengesahan status pelajar daripada universiti/majikan.
ii. Kertas cadangan penyelidikan (Tidak melebihi 10 muka surat atau saiz fail 1 MB).
iii. Instrumen kajian.
iv. Borang BPPDP 2 (A) yang disahkan oleh penyelia (pelajar Institut Pengajian Tinggi) / ketua
jabatan (kajian am).
Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses dalam tempoh 5 hari.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi: Tel : 03-8884 6591
Sumber : Sektor Pusat Dokumentasi dan Portal KPM 2018
Log In Sistem eRas 2.0
eras 2.0: Teks Perutusan Tahun Baharu 2018
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 15
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP
2018
Kajian TIMSS
BPPDP laksanakan Jerayawara
Kajian Rintis TIMSS 2019
Jerayawara Rintis TIMSS 2019 di SMK St Peter, Telipok, Sabah
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan April telah menjalankan pentadbiran Kajian Rintis TIMSS 2019. Kajian Rintis TIMSS 2019 ditadbirkan pada 1 hingga 13 April 2018, telah disertai oleh 1408 orang murid dan 120 orang guru daripada 24 buah sekolah di semua negeri seluruh Malaysia. Pentadbiran kajian peringkat antarabangsa yang dijalankan ini telah melibatkan penggunaan komputer sepenuhnya dalam menjawab soalan ujian. Soal selidik murid pula dijawab secara bertulis, manakala soal selidik sekolah dan guru dijawab secara atas talian. Kerjasama sepenuhnya telah diberikan oleh pegawai daripada Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan juru teknik Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri serta Pusat kegiatan Guru. Kerjasama bersepadu semua pihak telah memastikan kesediaan murid dan komputer yang memenuhi spesifikasi TIMSS dan PISA disediakan dengan sempurna pada hari kajian. Bagi menjayakan kajian ini, satu siri jerayawara kajian tersebut telah diadakan di seluruh sekolah yang terlibat pada 28 Januari hingga 28 Februari 2018. Jerayawara dihadiri oleh penyelaras TIMSS negeri, pegawai BTPN, penyelaras TIMSS sekolah, dan penyelaras ICT sekolah. Siri jerayawara ini adalah bagi memastikan kesemua jentera yang terlibat mendapat maklumat yang jelas dan tepat mengenai pelaksanaan kajian tersebut.
Pada 23 – 27 April 2018 telah diadakan satu bengkel penskoran dan pemasukan data kajian di Avillion, Port Dickson. Bengkel penskoran ini telah dihadiri oleh para pegawai dan guru-guru yang dipilih berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam kurikulum/pentaksiran Matematik dan Sains bagi membantu BPPDP dalam proses pemberian skor kajian mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh IEA. Pegawai dan guru yang terlibat telah dilatih oleh Puan Azlina Osman dan Puan Maszuraini Miswan, wakil TIMSS kebangsaan, yang telah menghadiri sesi mesyuarat dan latihan penskoran kajian rintis TIMSS di Madrid, Sepanyol pada 5 – 9 Mac 2019. Aktiviti TIMSS tersebut adalah di bawah Inisiatif
#20: Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi Dalam Pembelajaran Abad Ke-21.
Penyertaan murid dalam ujian dan menjawab
soal selidik, serta penyertaan guru-guru dan
pentadbir dalam menjawab soal selidik
merupakan input yang memberi makna yang
besar dalam sistem pendidikan negara.
Mesyuarat NRC TIMSS ke - 4 dan latihan penskoran ujian rintis TIMSS di Madrid, Sepanyol
pada 5-9 Mac 2019
Sumber : Sektor Penyelidikan dan Penilaian, BPPDP 2018
16
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018
2018
17
Kajian Peringkat Antarabangsa
Kajian Rintis Southeast Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM) 2018
Kajian SEA-PLM merupakan kajian pertama di
peringkat global yang turut menilai kemahiran menulis dan domain kewarganegaraan global (global citizenship). Ini adalah sejajar dengan sasaran Education 2030 Target 4.7 - ensure that all learners acquire the knowledge and skills needed to promote sustainable development, including, among others, through education for sustainable development and sustainable lifestyles, human rights, gender equality, promotion of a culture of peace and non-violence, global citizenship and appreciation of cultural diversity and of culture’s contribution to sustainable development. Sekretariat Kajian SEA-PLM dianggotai oleh SEAMEO Bangkok, SEAMEO Innotech, UNICEF EAPRO, Australian Council for Educational Research (ACER), Centre for Universal Education at Brookings Institution (CUE) dan wakil-wakil daripada Kementerian Pendidikan negara-negara SEAMEO. Tujuan Kajian Utama SEA-PLM 2019 ialah untuk menilai pencapaian pembelajaran murid Tahun 5 (Grade 5) dalam domain membaca, menulis, numerasi dan kewarganegaraan global (global citizenship). Manakala, Kajian Rintis SEA-PLM 2018 bertujuan untuk menilai kesesuaian dan kesahan indikator bagi domain Membaca, Menulis, Numerasi dan Kewarganegaraan Global, bukan untuk menilai pencapaian murid. KPM yang diwakili oleh Lembaga Peperiksaan, Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian Pembangunan Kurikulum dan SEAMEO Centre for Education in Science and Mathematics (RECSAM) telah terlibat dalam pembentukan konsep, domain dan indikator bagi Kajian SEA-PLM.
Steering Committee dan Technical Team di
peringkat KPM telah dibentuk.
Dapatan daripada Kajian Utama SEA-PLM
diharap dapat mengenal pasti tahap
pencapaian murid Tahun 5 bagi komponen
membaca, menulis, mengira dan
kewarganegaraan global. Maklumat ini akan
menyumbang kepada perancangan,
penggubalan dan penambahbaikan dasar
berkaitan Kurikulum Pendidikan Kebangsaan,
latihan guru, dan pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di sekolah. Ia juga
membantu dalam usaha menilai dan mentaksir
prestasi sistem pendidikan Malaysia ke arah
merapatkan jurang pencapaian antara sistem
pendidikan Malaysia dan negara lain seperti
yang digariskan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dapatan
daripada Kajian Rintis SEA-PLM 2018 akan
memberi maklumat berkaitan kesahan item
yang akan digunakan dalam Kajian Utama
SEA-PLM pada tahun 2019. Ia juga membantu
mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam
pentadbiran ujian ini.
Kajian Rintis SEA-PLM 2018 telah
dilaksanakan pada 4-13 Februari 2018 di lima
buah negeri berdasarkan zon (utara, tengah,
selatan, timur dan Sabah/Sarawak), iaitu negeri
Selangor, Kedah, Johor, Pahang dan Sabah.
Murid berkeperluan khas yang berkebolehan
dari segi pencapaian kognitif juga terlibat sama
dalam Kajian Rintis SEA-PLM 2018. Sampel
melibatkan 4,058 murid, 4,058 ibu bapa, 1,655
guru dan 64 Guru Besar. Di samping itu
pelibatan pegawai dan guru di peringkat
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah juga
membantu dalam pentadbiran kajian rintis ini.
Bengkel Test Administrator and School
Coordinator Training telah diadakan di setiap
negeri sampel sebelum ujian dijalankan bagi
memastikan ujian rintis berjalan dengan lancar
pada tarikh yang ditetapkan.
Proses penskoran dan memasukkan data telah
dijalankan sebaik sahaja ujian rintis selesai.
Sumber : Sektor Penyelidikan dan Penilaian, BPPDP 2018