kpf unit 1

10
UNIT 1: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN, FALSAFAH, DASAR, KURIKULUM DAN PEMBANGUNAN TUGASAN: Jelaskan pengertian dan hubungkait di antara pendidikan, falsafah, dasar dan sistem pendidikan di Malaysia. Apakah implikasi falsafah terhadap pendidikan dan kurikulum? Bagaimanakah konteks pendidikan dapat difahami menerusi hubungannya dengan pembangunan? Aktiviti: Anda perlu mencari maklumat dari sumber perpustakaan dan internet. http://encyclopedia.thefreedictionary.com/education i. Berikan pengertian yang tepat terhadap perkara berikut: (a) Pendidikan Tokoh Pengertian Pendidikan 1. Al-Ghazali 2. Iman al- Syafie 3. Imam Malik 4.ImamAbu Anifa 5. Ibnu Khaldun 6. Al-Jamali 7.Khursid Ahmad - Pendidikan ialah proses pembentukan akhlak dan nilai- nilai kerohanian sebagai persediaan menghadapi rintangan hidup . -Pendidikan bermatlamat membentuk akidah dan penguasaan ilmu untuk melengkapkan diri menghadapi dunia . - Pendidikan ialah pembentukan individu yang berilmu , berakhlak , bermasyarakat dan bersedia memimpin . - Pendidikan merupakan perihal membina ummah bersandarkan agama , pemikiran dan ilmu sehingga ke peingkat Ijtihad. -Pendidikan ialah usaha mempersiapkan individu bagi membina masyarakat dan Negara. -Pendidikan sebagai membentuk tabiat dan sikap manusia dalam pelbagai aspek kehidupan (jasmani,rohani,akal,akhlak,sosial)supaya dapat mengabdi diri kepada Allah. -Pendidikan sebagai latihan aqliah , jasmaniah dan rohaniah bagi melahirkan manusia kebudayaan tinggi , berupaya melaksanakan tanggungjawab sebagai insan yang baik dan warganegara yang sempurna . -Pendidikan ialah merubah dan memindahkan nilai-nilai 1

Upload: husna-mayra

Post on 17-Nov-2015

87 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

untuk rujukan

TRANSCRIPT

Unit 1: Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah, Dasar, Kurikulum dan Pembangunan

UNIT 1: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN, FALSAFAH, DASAR, KURIKULUM DAN PEMBANGUNANTUGASAN: Jelaskan pengertian dan hubungkait di antara pendidikan, falsafah, dasar dan sistem pendidikan di Malaysia. Apakah implikasi falsafah terhadap pendidikan dan kurikulum? Bagaimanakah konteks pendidikan dapat difahami menerusi hubungannya dengan pembangunan?Aktiviti: Anda perlu mencari maklumat dari sumber perpustakaan dan internet.

http://encyclopedia.thefreedictionary.com/education i. Berikan pengertian yang tepat terhadap perkara berikut:

(a) PendidikanTokohPengertian Pendidikan

1. Al-Ghazali

2. Iman al-Syafie

3. Imam Malik

4.ImamAbu Anifa5. Ibnu Khaldun

6. Al-Jamali

7.Khursid Ahmad

8.Hasan Langgulung 9. Gunning dan Kohnstamm

10. Carter V. Good- Pendidikan ialah proses pembentukan akhlak dan nilai-nilai kerohanian sebagai persediaan menghadapi rintangan hidup .

-Pendidikan bermatlamat membentuk akidah dan penguasaan ilmu untuk melengkapkan diri menghadapi dunia .

- Pendidikan ialah pembentukan individu yang berilmu , berakhlak , bermasyarakat dan bersedia memimpin .- Pendidikan merupakan perihal membina ummah bersandarkan agama , pemikiran dan ilmu sehingga ke peingkat Ijtihad.

-Pendidikan ialah usaha mempersiapkan individu bagi membina masyarakat dan Negara.

-Pendidikan sebagai membentuk tabiat dan sikap manusia dalam pelbagai aspek kehidupan (jasmani,rohani,akal,akhlak,sosial)supaya dapat mengabdi diri kepada Allah.

-Pendidikan sebagai latihan aqliah , jasmaniah dan rohaniah bagi melahirkan manusia kebudayaan tinggi , berupaya melaksanakan tanggungjawab sebagai insan yang baik dan warganegara yang sempurna .

-Pendidikan ialah merubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada individu melalui berbagai proses dan cara bagi melahirkan manusia yang bertanggungjawab dan berbakti kepada Allah .

- Pendidikan adalah merupakan salah satu proses pembentukan hati nurani. Sebuah pembentukan dan penentuan diri secara beretika yang sesuai dengan hati nurani.

- Proses perkembangan kecekapan individu dalam sikap dan perilaku bermasyarakat. Proses sosial di mana seseorang dipengaruhi oleh suatu lingkungan yang berorganisasi, seperti rumah atau sekolah, sehingga dapat mencapai perkembangan diri dan kecekapan sosial.

Rumusan anda tentang pendidikan:

Bagi saya, pendidikan merupakan satu proses untuk seseorang manusia untuk mempelajari sesuatu dan mencapai sautu tahap yang belum dicapai oleh mereka. ia juga merupakan satu proses di mana mereka mempelajari sesuatu ilmu yang baru yang boleh mereka gunakan di dalam kehidupan seharian. Ia juga merupakan satu sistem bagi perkembangan jasmani, rohani, dan intelek.

(b) Falsafah (http://www.philosophy-religion.org/living/philosophy/1.pdf) TokohPengertian Falsafah

1. Socrates

2. Plato

3. Aristotle

4.Al-Farabi

5. Al-Ghazali6.John Horpers

7.Cicero

8.Schofield

9. Immanuel Kant10. Fung Yu Lan-Falsafah ialah usaha menyelidik bagi membentuk pengetahuan yang murni bagi mencapai kebijaksanaan .

-Falsafah ialah usaha mengetahui segala yang ada berhubung dengan manusia dan kehidupannya untuk mencapai hakikat kebenaran .

-Falsafah ialah disiplin yang menyelidik asas dan sebab segala benda.

-Falsafah ialah ilmu tentang alam yang maujud dan bertujuan menyelidik hakikat yang sebenar . -Falsafah ialah perbincangan berkaitan soal-soal agama dan ketuhanan semata-mata dan hasil pemikiran manusia yang spekulatif yang berdasarkan ujikaji dan pengamatan yang tajam.-Pencarian tentang sesuatu yang benar.

-Pengetahuan tentang sesuatu yang maha agung.

-Proses menyoal untuk mencari kebenaran.

- Perkara yang berkaitan dengan falsafah ialah bukan menentukan peraturan, tetapi menganalisis pendapat peribadi terhadap penjelasan umum.

- Falsafah merupakan pemikiran relektif yang sistematik terhadap kehidupan.

Rumusan anda tentang falsafah:

Falsafah merupakan suatu pertimbangan atau penaakulan bijaksana yang berasaskan kebenaran untuk menjelaskan sesuatu. Ini memerlukan ketajaman akal, kemantapan ilmu, dan keteguhan nilai. Selain itu, falsafah juga cenderung untuk mengumpulkan rumusan kepada bentuk-bentuk mazhab atau sistem pemikiran. Falsafah juga mempersoalkan prinsip-prinsip reality, ilmu, dan nilai.

(c) Falsafah Pendidikan

TokohPengertian Falsafah Pendidikan

1.Abdul Fatah Hasan

2.Al-Syaibani

3.Dewey

-Suatu sistem kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang membincangkan hal tentang pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankan di sekolah.

-Usaha bagi melaksanakan teori dan kaedah berhubung pengalaman manusia.

-Sebagai satu dasar yang fundamental, intelektual dan fungsional ke arah menuju tabiat manusia yang cemerlang.

Rumusan anda tentang falsafah pendidikan:

Falsafah pendidikan merupakan suatu sistem yng mampu menilai, menyelaras, dan menganalisis masalah yang berkaitan dengan kehidupan.

(d) Dasar Pendidikan

TokohPengertian Dasar Pendidikan

Trowler

-Suatu prinsip dan tindakan yang khusus berkaitan dengan isu-isu pendidikan, yang diikuti atau seharusnya diikuti dan direka bentuk untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Rumusan anda tentang dasar pendidikan:Dasar Pendidikan merupakan satu pernyataan yang bermatlamat tentang sistem pendidikan negara.

(e) Sistem Pendidikan

TokohPengertian Sistem Pendidikan

Zahara Idris

-Sistem pendidikan adalah suatu kesatuan yang terdiri atas komponen atau unsur-unsur sebagai sumber-sumber yang mempunyai hubungan fungsional yang teratur untuk mencapai sesuatu hasil.

Rumusan anda tentang sistem pendidikan:

Sistem pendidikan merupakan suatu sistem yang lebih teratur dalam usaha untuk menyampaikan ilmu kepada seseorang.

ii. Berdasarkan Rajah 1.1 di bawah, jelaskan hubungkait di antara pendidikan, falsafah, falsafah pendidikan, dasar pendidikan dan sistem pendidikan

HuraianContoh

A

Falsafah pendidikan

- Falsafah pendidikan merupakan satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, dan jasmani, berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.- Ianya bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang mempunyai ilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan

B

Dasar Pendidikan

- Dasar pendidikan amat penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara. - Ianya bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politik, di samping dapat menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta dapat mematuhi dan menghormati ibu bapa, menentukan perkembangan sistem pendidikan yang berprogresif. Dasar Pendidikan Kebangsaan

C

Sistem Pendidikan

- Terdapat beberapa sistem pendidikan di Malaysia. Antaranya ialah: Pendidikan prasekolah bagi murid yang berumur 4 6 tahun.

Pendidikan rendah untuk tempoh selama 6 tahun, terdiri daripada Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan.

Pendidikan menengah yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas. Terdapat Sekolah Akademik, Sekolah Teknik Dan Vokasional, dan Sekolah Kebangsaan Agama.

Pendidikan tertiary (IPTA, IPTS).

Pendidikan swasta (GMI, MMU).Sistem Pendidikan Kebangsaan

iii. Berdasarkan Rajah 1.2 di bawah, jelaskan implikasi falsafah terhadap pendidikan dan kurikulum.

iv. Bagaimanakah konteks pendidikan dapat difahami menerusi hubungannya dengan pembangunan?

(a) Definisi pembangunanTokohPengertian Pembangunan

Sufean Hussin, 2004Todara

Syed Hussien Ali

- Pembangunan adalah perubahan yang berkait dengan pertumbuhan, adaptasi dan kemajuan. - Pembangunan melibatkan proses menyusun dan mengorientasi semua sistem ekonomi dan sosial.

- Pembangunan ekonomi adalah bertujuan untuk menaikkan taraf hidup manusia.

Rumusan anda tentang pembangunan:

Pada pendapat saya, pembangunan merupakan satu kemajuan sesuatu daripada satu tahap yang rendah dan kurang maju kepada tahap yang lebih tinggi dan lebih maju daripada yang asal.

(a) Definisi Pembangunan PendidikanTokohPengertian Pembangunan Pendidikan

Rumusan anda tentang pembangunan pendidikan:

Pada pendapat saya, pembangunan terhadap pendidikan akan dapat membantu dalam menyediakan peruntukan dan kebolehdayaan untuk perkembangan pendidikan.

(b) Pengaruh pendidikan terhadap pembangunan di Malaysia

Aspek

PembangunanHuraian + Contoh

Modal Insan

Kognitif: Mendedahkan potensi diri.

: Meluaskan pandangan dan pemikiran.

: Dapat mempelajari pelbagai kemahiran. Afektif: Membina keyakinan diri.

: Melahirkan insan yang lengkap dengan nilai murni serta bermoral. Psikomtor: Membina keyakinan diri.

: Peningkatan keterampilan dan produktiviti tenaga kerja.

: Mempunyai kemahiran dalam melaksanakan tugas.

Ekonomi

- Golongan yang berpendidikan mempunyai kedudukan yang tinggi dari segi ekonomi.- Menstabilkan ekonomi dengan peluang kerja yang lebih baik.

- Mencapai tenaga kerja yang dijamin dan membawa kepada pertumbuhan ekonomi.

Sosial

- Menurut teori Alokasi Mayer, pendidikan bertindak sebagai satu lembaga sosial yang salah satu fungsinya adalah untuk meletakkan individu secara sosial.- Menjamin kestabilan individu dalam fungsi sosial.

- Mencapai kesejahteraan diri atau keharmonian masyarakat.

Politik

- Politik yang stabil akan menarik minat pelabur untuk melabur dalam ekonomi negara.

Agama/

Moral- Menambah pengetahuan dalam bidang agama. - Memiliki sikap yang positif terhadap ajaran agama Islam.

Alam Sekitar

- Menjaga alam sekitar supaya kawasan persekitaran sesuai dan selamat untuk didiami oleh rakyat. - Sentiasa mencari jalan untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

- Menjaga kebersihan di tempat awam supaya pelancong selesa untu melancong di negara kita.

Falsafah pendidikan

Dasar pendidikan

A

PENDIDIKAN

B

FALSAFAH

Sistem pendidikan

C

-Falsafah Pendidikan Kebangsaan merevolusikan sistem pendidikan dalam tiga sektor utama iaitu sektor kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan itu sendiri.

-Nilai-nilai positif telah diserap dalam semua mata pelajaran agar melahirkan insane yang seimbang dan harmonis.

-Sistem pendidikan telah dilaraskan untuk berorientasikan kepada pendidikan umum dimana bidang vokasional dan teknologi telah diserap masuk dalam sukatan pelajaran.

-Perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugas

-Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajaran yang sesuai

-Perubahan kemudahan

-Berpaksikan kepada tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Negara, maka perubahan sukatan pelajaran telah dilaraskan untuk berorientasikan kepada program bersepadu.

Makna

Arah/

Hala tuju

Hasil

Proses

Pembaikan

PENDIDIKAN

(Pembolehubah Bebas)

PEMBANGUNAN

(Pembolehubah Bersandar)

1KPF3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar

6