kontrak sosial

16
KONTRAK SOSIAL KUA ZI LIN AM090075 MOHD SHAIFUL AM090XXX NUR AMIN AM09XXX TEE SHI FENG AM090265

Upload: tee-shi-feng

Post on 20-Aug-2015

6.895 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kontrak sosial

KONTRAK SOSIAL

KUA ZI LIN AM090075

MOHD SHAIFUL AM090XXX

NUR AMIN AM09XXX

TEE SHI FENG AM090265

Page 2: Kontrak sosial

ASAL USUL KONTRAK SOSIAL Teori kontrak sosial menurut pandangan

ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya.

Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.

Page 3: Kontrak sosial

APAKAH ITU KONTRAK SOSIAL kontrak sosial merupakan satu istilah

permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.

Page 4: Kontrak sosial

BAGAIMANA TERBENTUKNYA KONTRAK SOSIAL? Kewujudan pekerja kontrak di bawah

penjajahan asing. Isu hak kerakyatan. Kemerdekaan bersyarat yang

ditawarkan oleh kerajaan british. Permuafakatan pemimpin UMNO, MCA,

MIC. Kelahiran kontrak sosial. Pemberian kerakyatan kepada

pemastaudin. Pembentukan perlembagaan. Negara Malaysia yang berdaulat.

Page 5: Kontrak sosial

ADAKAH KONTRAK SOSIAL TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN?

Kontrak sosial bukan istilah yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 tetapi permuafakatan yang mewakili semangat Perlembagaan.

Ia merupakan muafakat antara kaum yang mewarnai Perlembagaan, persepakatan yang diterjemahkan ke dalam Perlembagaan. Walaupun istilah kontrak sosial tidak ada dalam Perlembagaan tetapi semangatnya ada pada ciri-ciri perlembagaan itu.

Page 6: Kontrak sosial

APAKAH KANDUNGAN DALAM KONTRAK SOSIAL INI?

Page 7: Kontrak sosial

KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Terhasilnya sistem raja berperlembagaan. Institusi kesultanan dilindungi oleh Perlembagaan

dengan cara bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri.

Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah. Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan

Tentera Persekutuan dan merupakan salah satu unsur utama daripada tiga unsur utama badan perundangan persekutuan iaitu parlimen.

Page 8: Kontrak sosial

HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai

perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu.

Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.

Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak dan diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewarganegaraan dalam perlembagaan.

Page 9: Kontrak sosial

KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI “Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi

agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”

Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut “tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan: Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi

maksud-maksud agama atau khairat, dan Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang

dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

Page 10: Kontrak sosial

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam

menentukan jati diri sesebuah negara. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya.

Terdapat bantahan dari pihak lain,tetapi isu ini dapat diselesaikan malalui penerangan Tun Tan Siew Sin :Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan

dan bahasa mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan menegmbangkan bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa lain.Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju

Page 11: Kontrak sosial

APAKAH PERKARA PENTING PERLU DIFAHAMI DALAM KONTRAK SOSIAL?

Rakyat Malaysia perlu memahami kontak sosial dengan jelas berdasarkan kepada fakta sejarah. Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya tentang hubung kaitnya kepada empat perkara utama iaitu - perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara. Tanpa kontrak sosial mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat. Kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Page 12: Kontrak sosial

ISU KONTRAK SOSIAL DAN PANDANGAN AHLI POLITIK

Page 13: Kontrak sosial

KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL Ternyata selepas hampir 50 tahun

kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku sebarang konflik perkauman.

Malah negara kita juga pernah gempar dengan kontroversi berkaitan isu agama iaitu tentang penubuhan IFC.

Page 14: Kontrak sosial

SAMBUNG Ini adalah rentetan daripada polemik kes Lina Joy

dan juga kes perebutan mayat Moorthy, Nyonya Tahir dan juga terbaru Rayappan antara keluarga si mati dan juga Jabatan Agama Islam.

Contoh-contoh polemik di atas seharusnya perlu dielakkan bagi menjamin keharmonian kaum di Malaysia. Ini kerana mengapa perlu kontrak sosial dirombak sedangkan formula tersebut ternyata berkesan hingga kini dalam memelihara perpaduan antara kaum.

Page 15: Kontrak sosial

ADAKAH MASIH RELEVAN LAGI KONTRAK SOSIAL INI?

Kontrak sosial merupakan benda abstrak yang seringkala dipertikaikan oleh orang yang ingin merosakkan perpaduan.Perlembagaan menjadi teras negara.

Sekarang semua kaum hidup secara aman dan bersumbang dalam kemajuan negara, diskriminasi tidak berlaku. Kerajaan harus terus berusaha untuk melindungi rakyat dan mengukuhkan perpaduan yang amat berharga itu.

Page 16: Kontrak sosial

KESIMPULAN

'Perpaduan teras kemajuan''persefahaman teras kemakmuran'