konsruktivime

6
KONSRUKTIVIME 1.1 Pengenalan Dalam sistem pendidikan terkini di Malaysia, guru pelatih sains dan matematik yang sedang menuntut di universiti tempatan atau maktab perguruan kerap didedahkan kepada pelbagai teori pengajaran baru. Teori- teori seperti konstruktivisme, kontekstual, masteri dan inkuiri- penemuan, ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Dalam kajian ini, penyelidik ingin menumpukan perhatian terhadap pengetahuan guru pelatih tentang konstruktivisme yang amat sesuai dengan kehendak pendidikan sains dan matematik terkini. Selain itu, penyelidik akan fokus terhadap golongan guru pelatih sains dan matematik yang sedang menjalankan latihan mengajar di sekolah. Penyelidik ingin mengkaji sama ada golongan guru pelatih dapat mencari titik keseimbangan pengetahuan teori konstruktivisme dengan pelaksanaan praktis. Menurut Ahmad Ramli (2002), pengajaran dan pembelajaran berdasarkan fahaman konstruktivisme dapat menggalakkan dan memberi ruang kepada murid untuk mengamal dan memperkembangkan kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir. Pandangan ini selaras dengan objektif Kurikulum Sains dan Matematik KBSM yang menggalakkan latihan minda, supaya rakyat Malaysia berkemampuan berfikiran terbuka dan reseptif kepada idea baru. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) juga telah bertungkus lumus menghasilkan satu modul yang bertajuk “Pembelajaran Secara Konstruktivismesupaya dapat membantu guru memahami dan mengamalkan strategi tersebut. Ini menunjukkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memberi penekanan yang tinggi atas pelaksanaan teori konstruktivisme, khususnya bagi subjek sains dan matematik. Dari segi latihan mengajar pula, antara satu faktor yang penting dalam situasi latihan mengajar bagi guru pelatih sains dan matematik ialah membuat keputusan tentang kaedah yang terbaik dalam penyampaian subjek mereka. Menurut Kertas Kerja yang bertajuk “Persediaan Rancangan Pengajaran dan Penilaian Pengajaran Guru Pelatiholeh Abu Hassan (2003), penyampaian merupakan pengajaran sebenar, di mana segala konsep, prinsip dan fakta yang berkaitan dengan tajuk akan disampaikan kepada murid. Penyampaian yang berkesan melibatkan usaha guru menggunakan segala kemahiran, melalui peralatan, kaedah, strategi dan pendekatan yang tertentu yang sesuai untuk menyampaikan bahan pengajaran. Di samping itu, dalam modul Pembelajaran Sains dan Matematik pula, Meor Ibrahim (2001) telah menyatakan bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, walau apapun strategi yang digunakan oleh guru, penekanan perlu diberikan kepada pendekatan konstruktivisme,

Upload: kobri-umi

Post on 23-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

student work

TRANSCRIPT

Page 1: KONSRUKTIVIME

KONSRUKTIVIME1.1 Pengenalan Dalam sistem pendidikan terkini di Malaysia, guru pelatih sains dan matematik yang sedang

menuntut di universiti tempatan atau maktab perguruan kerap didedahkan kepada pelbagai teori pengajaran baru. Teori-teori seperti konstruktivisme, kontekstual, masteri dan inkuiri-penemuan, ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Dalam kajian ini, penyelidik ingin menumpukan perhatian terhadap pengetahuan guru pelatih tentang konstruktivisme yang amat sesuai dengan kehendak pendidikan sains dan matematik terkini. Selain itu, penyelidik akan fokus terhadap golongan guru pelatih sains dan matematik yang sedang menjalankan latihan mengajar di sekolah. Penyelidik ingin mengkaji sama ada golongan guru pelatih dapat mencari titik keseimbangan pengetahuan teori konstruktivisme dengan pelaksanaan praktis.

Menurut Ahmad Ramli (2002), pengajaran dan pembelajaran berdasarkan fahaman konstruktivisme dapat menggalakkan dan memberi ruang kepada murid untuk mengamal dan memperkembangkan kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir. Pandangan ini selaras dengan objektif Kurikulum Sains dan Matematik KBSM yang menggalakkan latihan minda, supaya rakyat Malaysia berkemampuan berfikiran terbuka dan reseptif kepada idea baru. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) juga telah bertungkus lumus menghasilkan satu modul yang bertajuk “Pembelajaran Secara Konstruktivisme” supaya dapat membantu guru memahami dan mengamalkan strategi tersebut. Ini menunjukkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memberi penekanan yang tinggi atas pelaksanaan teori konstruktivisme, khususnya bagi subjek sains dan matematik.

Dari segi latihan mengajar pula, antara satu faktor yang penting dalam situasi latihan mengajar bagi guru pelatih sains dan matematik ialah membuat keputusan tentang kaedah yang terbaik dalam penyampaian subjek mereka. Menurut Kertas Kerja yang bertajuk “Persediaan Rancangan Pengajaran dan Penilaian Pengajaran Guru Pelatih” oleh Abu Hassan (2003), penyampaian merupakan pengajaran sebenar, di mana segala konsep, prinsip dan fakta yang berkaitan dengan tajuk akan disampaikan kepada murid. Penyampaian yang berkesan melibatkan usaha guru menggunakan segala kemahiran, melalui peralatan, kaedah, strategi dan pendekatan yang tertentu yang sesuai untuk menyampaikan bahan pengajaran.

Di samping itu, dalam modul Pembelajaran Sains dan Matematik pula, Meor Ibrahim (2001) telah menyatakan bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, walau apapun strategi yang digunakan oleh guru, penekanan perlu diberikan kepada pendekatan konstruktivisme, dengan memberi peluang kepada pelajar supaya terlibat secara aktif. Oleh itu, guru pelatih sains dan matematik haruslah memahami konsep konstruktivisme dengan lebih mendalam dan teliti sebelum mula menjalani latihan mengajar supaya dapat melaksanakan pengajaran secara konstruktivisme dengan lebih berkesan.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) menyatakan terdapat beberapa kesulitan berkaitan dengan pelaksanaan pembelajaran secara konstruktivisme. Sebagai contoh, guru pelatih merasa kawalan kelas agak merosot kerana mereka tidak mengajar, amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme dianggap tidak realistik dan sebagainya. 197 Namun demikian, memandangkan pelaksanaan konstruktivisme sungguh digalakkan dan dipentingkan oleh pelbagai pihak yang berkaitan, guru pelatih menghadapi cabaran mencari titik keseimbangan di antara pengetahuan tentang teori konstruktivisme dan kenyataan praktis semasa mengajar. Penyelidik harap kajian kes dan cadangan yang dikemukakan dapat memberi idea dan panduan kepada pihak-pihak yang tertentu, khasnya guru pelatih sains dan matematik semasa menjalankan latihan mengajar di sekolah.

Page 2: KONSRUKTIVIME

2. Pengertian Konstruktivisime

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.

John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.

Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murdi dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. murid

Page 3: KONSRUKTIVIME

bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas satu sesi perbincangan murid bersama-sama menetnukan perkara penting yang harus dipelajari dan tujuan mempelajarinya. Dalam proses ini murid akan mengalami prosedur yang digunakan oleh seorang saiantis seperti menyelesaikan masalah dan memeriksa hasil yang diperolehi

Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik sains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan.

Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya. Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan dengan ibu yang melahirkan anak. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang membina fahaman sendiri.

TEORI KONSTRUKTIFPENDAHULUANPembelajaran merupakan suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran ataulebih dikenali sebagai kognitif dan kesan dari proses ini akan dapat dilihat melaluiperubahan dalam tingkah laku dan percakapan.Di dalam proses pembelajaran pelbagai kaedah serta teori telah diutarakan bagimemastikan proses pembelajaran ini akan lebih berkesan kepada murid-muridserta para pelajar.Salah satu teori yang ditemui ialah teorikonstruktif.Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) berdasarkan konstruktif inimenyeimbangkan peranan guru dan pelajar untuk saling bersandar di antarasatu sama lain. Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selainmereka seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang mempunyaiciri-ciri perlakuan yang berbeza.Melalui teori ini ia dapat membuka ruang sertapeluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehisesuatu konsep dan pengetahuan.1DEFINISISebelum kita membincangkan masalah yang di utarakan ini,terlebih dahulu kitaperlu mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan konstruktif.Konstruktif diambil dari perkataan bahasa Inggeris ‘konstruktivisme’ yang membawa maksudfalsafah membina.Di bawah konteks pembelajaran teori konstruktif menganggapbahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi dibina dalamminda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu pengetahuan dibina melaluiproses pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaruyang berkaitan.Para pelajar membina ilmu pengetahuan dengan aktif dalammerialisasikan teori ini.

Page 4: KONSRUKTIVIME

Menurut Borich & Tombari (1997)-Educational Phychology,AContemporary Approach halaman 177 menyebut “Constructivisme...an approachto learning in which learners are provided the opportunity to construct their ownsense of what is being learned by building internal or relationship among theideas and fact being taught”.Petikan ini dapat difahami sebagai pendekatan pembelajaran yangmenyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadapperkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan antara idea serta faktayang sedang diajar atau dipelajari.Apabila kita merujuk kembali kepada persoalan yang ditimbulkan ini iaituuntuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan fahaman2konstruktif tidak boleh tidak dua pihak perlu diberi tumpuan iaitu murid dan guru.Setiap kumpulan ini mempunyai peranan mereka yang tersendiri bagimerealisasikan perjalanan teori ini.PERANAN GURUPengamal teori konstruktif berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurusbilik darjah. Guru seharusnya menerima murid sebagai individu yang mempunyaiciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu penting dalam prosespengajaran dan pembelajaran tanpa menafikan hak mereka di dalammengutarakan sebarang pendapat mahupun idea yang berkaitan denganpembelajaran pada waktu itu..keadaan ini secara tidak langsung menjadipenyokong kepada minat murid dalam pembelajaran dan akan terhapusnyasituasi keterasingan di kalangan pelajar dan murid-murid sendiri.Kefahamanmurid terhadap fakta akan lebih berkesan dan mantap dengan mengabungjalinkan antara pengalaman sedia ada dan fakta yang sedang dibina.Selain dari itu guru perlu mengelakan diri dari beranggapan bahawaminda murid sebagai tin kosong yang hanya cukup diisi dengan fakta danpengetahuan baru sebaliknya mengambil kira,menilai,mengukur keterlibatan dankefahaman mereka dalam mengembangkan maklumat yang disampaikansewaktu proses P&P.Peranan guru sebagai pembimbing dan fasilitator jugadapat membantu dalam mengawal disiplin para pelajar dengan baik. Di dalammenghadapi situasi di mana kewujudan murid yang enggan melibatkan diri didalam aktiviti P&P,Golongan pendidik seharusnya lebih kreatif dalam3mempelbagaikan aktiviti serta mengajukan pelbagai persoalan sebagairansangan terbaik sebagai jaminan keterlibatan aktif murid-murid dalammenemukan idea-idea terbaru.Melaui teori konstruktif ini kita tidak lagi melihataktiviti P&P berpusatkan murid.PERANAN MURIDPerbincangan teori konstruktif menyatakan bahawa murid sekali-kali tidakmenganggap guru hanya sebagai pembekal maklumat tetapi sebagai sesuatudari sumber pengetahuan untuk membantu mereka mencari maklumat danperansang bagi mereka berfikir dan berkomunikasi.Ilmu baru yang terbentukadalah berasakan kepada inisiatif diri individu dan perkongsian pandangandikalangan mereka selain mengadaptasi setiap pengalaman yang dilalui dengan

Page 5: KONSRUKTIVIME

alam sekeliling sewaktu sesi P&P berjalan.Dengan wujudnya lontaran-lontaranidea dan pengalaman murid ini secara tidak langsung berjaya memecahkansuasana ‘dingin’ di kalangan pelajar itu sendiri.KESIMPULANKonstruktif adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk muridmuridbelajar untuk belajar (learn how to learn) dengan membina makna dankefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-masing. Berdasarkankepada pengalaman dan persekitaran yang sedia ada.Keadaan ini menuntutagar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak pelajar secaraindividu.walaupun begitu konstruktivisme merupakan suatu anjakan yang perlu4diaplikasikan bertujuan untuk memberi peluang dan membuka ruang kepadapelajar di dalam merialisasikan dalam kehidupan seharian mereka.BIBLIOGRAFI1. Mok Soon Sang. (2005). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah):Kompenan 1 & 2. Psikologi Pendidikan dan Pedagogi. Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn Bhd.2. Ramlah Jantan. (2004). Psikologi Pendidikan Pendekatan Kotemporari.Edisi Revisi. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.3. Modul Ilmu Pendidikan. Bahagian Pendidikan Guru. KementerianPendidikan Malaysia.4. Sumber Internet