konsepsi pembelajaran pelajar tahun satu dan … filedan memahami maklumat (ruu) bagi pelajar tahun...
TRANSCRIPT
KONSEPSI PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN SATU DAN TAHUN EMPAT
DI FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS GEOINFORMASI, UTM.
LOH HUEH YONG
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa
/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja khusus dan
penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL : KONSEPSI PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN SATU DAN TAHUN EMPAT DI
FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS GEOINFORMASI, UTM.
SESI PENGAJIAN : 2009/ 2010
Saya LOH HUEH YONG
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti
Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tanda ()
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDANTANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : PROF. DR. ZAITUN BINTI HJ SIDIN
L.B.S 2/470 BATU DUA, NAMA PENYELIA
08000 SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN.
Tarikh : 19 APRIL 2010 Tarikh : 19 APRIL 2010
Tarikh: MAC 2010 Tarikh: MAC 2010
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia/Matematik)”
Tandatangan : …………………………………..
Nama Penyelia : PROF. DR. ZAITUN BINTI HJ SIDIN
Tarikh : APRIL 2010
i
KONSEPSI PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN SATU DAN TAHUN EMPAT
DI FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS GEOINFORMASI, UTM.
LOH HUEH YONG
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia/Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama : LOH HUEH YONG
Tarikh : APRIL 2010
iv
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang
selalu memberikan sokongan dan membangkitkan semangat saya dalam melengkapkan
Projek Sarjana Muda ini.
Penyelia Projek Sarjana Muda saya, Prof. Dr. Zaitun Binti Hj Sidin telah
memberikan bimbingan, nasihat, tunjuk ajar, cadangan yang berguna sepanjang
penulisan Projek Sarjana Muda ini. Ribuan terima kasih dan penghargaan yang tertinggi
disampaikan kepada Prof. Dr. Zaitun Binti Hj Sidin.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dan
semua pihak yang telah membantu saya dengan ikhlas sepanjang tempoh ini. Terima
kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti konsepsi pembelajaran di kalangan
pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi sesi 2009/2010. Kajian ini
mengkaji sama ada terdapat perbezaan konsepsi pembelajaran antara pelajar Tahun Satu
dan Tahun Empat. Kajian ini juga mengenal pasti konsepsi pembelajaran yang paling
dominan dan kurang dominan di kalangan pelajar Tahun Satu dan Tahun Empat di
fakulti ini. Subjek kajian ini terdiri daripada 105 orang pelajar Tahun Satu dan Tahun
Empat daripada lima kursus yang berlainan di Fakulti Kejuruteraan dan Sains
Geoinformasi yang dipilih melalui kaedah pensampelan berlapis. Borang soal selidik
digunakan untuk mengumpul maklumat. Dapatan kajian menunjukkan secara umumnya
pelajar mempunyai tahap konsepsi yang tinggi dengan nilai min 3.76. Konsepsi
pembelajaran adalah berbeza bagi pelajar Tahun Satu dan Tahun Empat, nilai min bagi
pelajar Tahun Satu ialah 3.87 dan nilai min bagi pelajar Tahun Empat ialah 3.77.
Namun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara konsepsi pembelajaran
berdasarkan tahun pengajian dan pengkhususan. Ini menunjukkan pelajar Tahun Satu
dan Tahun Empat memegang pelbagai konsepsi pembelajaran yang lebih kurang sama.
Manakala Ujian MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
berasaskan konstruk pembelajaran berdasarkan tahun pengajian dan kursus. Konsepsi
pembelajaran yang paling dominan ialah pembelajaran sebagai mengingati, mengguna,
dan memahami maklumat (RUU) bagi pelajar Tahun Satu dan konsepsi pembelajaran
sebagai pembentukan sosial (SOC) bagi pelajar Tahun Empat. Manakala konsepsi
pembelajaran yang kurang dominan ialah pembelajaran sebagai mendapatkan maklumat
(INFO) bagi pelajar Tahun Satu dan konsepsi pembelajaran sebagai mengingati,
mengguna, dan memahami maklumat (RUU) bagi pelajar Tahun Empat.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to investigate students’ learning conceptions from
Faculty of Geo-information Science and Engineering session 2009/2010 in UTM. This
study is aimed to determine whether there is a difference in learning conception among
First Year and Fourth Year students. This study also determine the most and the least
dominant learning conception among First and Fourth Year students in this faculty. The
subjects were 105 First Year and Fourth Year students chosen by using stratified random
sampling from five different courses in the Faculty of Geo-information Science and
Engineering. A set of questionnaires were used to collect data. Findings indicates that
students have high level of learning conceptions with mean value 3.76. There is a
difference of learning conception among First and Fourth Year students, the mean value
for First Year students is 3.87 whilst mean value for Fourth Year students is 3.77.
However, there is no significant difference for learning conception based on academic
years and courses. It shows that First and Fourth Year students held various learning
conceptions which are almost the same. While MANOVA test shows that there are
significant difference for learning constructs based on academic years and courses. The
most dominant learning conception for First Year students is learning as remembering,
using, and understanding information (RUU) wheares for Fourth Year students is
learning as the development of social competence (SOC). The least dominant learning
conception for First Year students is learning as gaining information (INFO) whereas
for Fourth Year students it is learning as remembering, using, and understanding
information (RUU).
vii
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN NAMA xiv
LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Skop Kajian 11
viii
1.8 Batasan Kajian 11
1.9 Definisi Operasi 12
1.9.1 Konsepsi Pembelajaran 12
1.9.2 Pelajar 12
1.10 Penutup 13
2 KAJIAN LITERATUR 14
2.1 Pengenalan 14
2.2 Pembelajaran 14
2.3 Konsepsi Pembelajaran 16
2.4 Pembentukan Konsepsi Pembelajaran Pelajar 17
2.5 Konstruk Konsepsi Pembelajaran 18
2.5.1 Konsepsi Pembelajaran Yang
Dikemukakan Oleh Saljo (1979) 18
2.5.2 Konsepsi Pembelajaran Yang
Dikemukakan Oleh Marton, Dall’ Alba
dan Beaty (1993) 19
2.5.3 Konsepsi Pembelajaran Yang
Dikemukakan Oleh Purdie dan Hattie
(2002) 20
2.5.4 Konsepsi Pembelajaran Yang
Dikemukakan Oleh Pengkaji Lain 23
2.6 Kajian-kajian Lepas Mengenai Konsepsi
Pembelajaran Pelajar Di Universiti 24
2.6.1 Konsepsi Pembelajaran Dengan
Kematangan Pelajar 24
2.6.2 Konsepsi Pembelajaran Dengan
Pendekatan Pembelajaran Pelajar 26
2.6.3 Konsepsi Pembelajaran Dengan
Pencapaian Akademik Pelajar 27
ix
2.6.4 Konsepsi Pembelajaran Dengan
Pelbagai Latar Belakang Sosio Budaya 28
2.6.5 Konsepsi Pembelajaran Dengan Displin 29
2.7 Penutup 30
3 METODOLOGI 31
3.1 Pengenalan 31
3.2 Reka Bentuk Kajian 31
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 32
3.4 Lokasi Kajian 34
3.5 Instrumen Kajian 34
3.6 Kajian Rintis 36
3.7 Prosedur Kajian 37
3.8 Analisis Data 38
3.8.1 Analisis Demografi Responden
(Bahagian A) 38
3.8.2 Analisis Konsepsi Pembelajaran Pelajar
(Bahagian B) 38
3.8.3 Analisis Perbandingan Konsepsi
Pembelajaran Pelajar Tahun Satu dan
Tahun Empat 40
3.8.4 Analisis Konsepsi Pembelajaran Yang
Paling Dan Kurang Dominan di Kalangan
Pelajar Tahun Satu Dan Tahun Empat 40
3.9 Penutup 41
4 PENGANALISISAN DATA 42
4.1 Pengenalan 42
4.2 Demografi Responden 43
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Kursus
Dan Tahun Pengajian 43
x
4.3 Analisis Data Bagi Persoalan Kajian 44
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1
Tahap Konsepsi Pembelajaran Keseluruhan
Pelajar di FKSG 44
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2
Tahap Konsepsi Pembelajaran Pelajar
Tahun Satu dan Tahun Empat Di FKSG 48
4.3.2.1 Tahap Konsepsi Pembelajaran
Pelajar Tahun Satu 49
4.3.2.2 Tahap Konsepsi Pembelajaran
Pelajar Tahun Empat 50
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3
Perbandingan Konsepsi Pembelajaran
Pelajar Tahun Satu dan Tahun Empat di
FKSG 51
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4
Konsepsi Pembelajaran Yang Paling
Dominan di Kalangan Pelajar Tahun Satu
di FKSG 62
4.3.5 Analisis Persoalan Kajian 5
Konsepsi Pembelajaran Yang Paling
Dominan di Kalangan Pelajar Tahun Empat
di FKSG 63
4.3.6 Analisis Persoalan Kajian 6
Konsepsi Pembelajaran Yang Kurang
Dominan di Kalangan Pelajar Tahun Satu
di FKSG 64
4.3.7 Analisis Persoalan Kajian 7
Konsepsi Pembelajaran Yang Kurang
Dominan di Kalangan Pelajar Tahun Empat
di FKSG 65
xi
4.4 Penutup 65
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 66
5.1 Pengenalan 66
5.2 Rumusan Dapatan Kajian 66
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 68
5.4 Cadangan Tindakan 73
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 74
5.6 Penutup 76
RUJUKAN 77
Lampiran A-C 82-97
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Enrolmen pelajar mengikut tahun dan kursus
2009/2010, FKSG 5
1.2 Peratusan gred-gred graduan di FKSG 6
3.1 Taburan populasi dan sampel kajian 34
3.2 Taburan item konsepsi pembelajaran 36
3.3 Lima aras skala Likert 39
3.4 Pembahagian markat setiap item 39
4.1 Bilangan responden mengikut kursus dan tahun
pengajian 43
4.2 Nilai min mengikut item 45
4.3 Nilai min mengikut konstruk 47
4.4 Bilangan pelajar mengikut tahap konsepsi
pembelajaran 47
4.5 Nilai min konsepsi pembelajaran pelajar 48
4.6 Tahap konsepsi pembelajaran pelajar Tahun Satu
dan Tahun Empat 49
4.7 Tahap konsepsi pembelajaran pelajar Tahun Satu
mengikut kursus 49
4.8 Tahap konsepsi pembelajaran pelajar Tahun
Empat mengikut kursus 50
4.9 Taburan min skor mengikut enam konstruk
konsepsi pembelajaran 52
4.10 Analisis Ujian-T antara pelajar Tahun Satu dan
xiii
Tahun Empat 55
4.11 Ujian ANOVA satu hala berasaskan kursus
pengajian 56
4.12 Ujian MANOVA berasaskan konstruk antara
Tahun Satu dan Tahun Empat 56
4.13 Ujian MANOVA berasaskan konstruk (Tahun
Satu dan Tahun Empat) 57
4.14 Ujian MANOVA berasaskan konstruk antara
kursus pengajian 58
4.15 Ujian MANOVA berasaskan konstruk 59
4.16 Nilai min pelajar Tahun Satu mengikut enam
konstruk 62
4.17 Nilai min pelajar Tahun Empat mengikut enam
konstruk 63
xiv
SENARAI SINGKATAN NAMA
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
FKSG - Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi
SGP - Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta Tanah)
SGT - Sarjana Muda Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah)
SGS - Sarjana Muda Sains (Remote Sensing)
SGG - Sarjana Muda Sains (Geoinformatik)
SGU - Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik)
xv
SENARAI LAMPIRAN
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
A Borang soal selidik 82
B Pengesahan instrumen kajian 90
C Taburan kekerapan dan peratusan bagi setiap 91
konstruk
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam zaman yang berpengetahuan dan canggih ini, perkara yang terpenting bagi
seseorang adalah meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang dengan alasan
ilmu dan pengetahuan merupakan syarat asas untuk menuju ke arah kecemerlangan dan
kejayaan. Dalam hal ini, institusi pendidikan tinggi berperanan untuk memupuk dan
menghasilkan graduan yang berkualiti dan mahir dalam apa jua bidang. Ini selaras dengan
hasrat pendidikan tinggi negara dalam pembangunan modal insan berkualiti, menghasilkan
graduan yang berilmu dan beriman serta memupuk pendidikan sepanjang hayat. Justeru,
generasi baru yang dihasilkan perlu menguasai pelbagai kemahiran, ilmu, pengetahuan,
pemikiran kreatif dan inovatif. Sehubungan dengan itu, pembelajaran merupakan satu
proses penting dalam pembentukan generasi yang memenuhi syarat- syarat ini.
Keupayaan untuk belajar adalah satu kurniaan Tuhan bagi manusia supaya dapat
menyempurnakan kehidupan sebagai insan yang berpengetahuan. Pembelajaran berlaku
sepanjang hayat manusia dan hanyalah melalui pembelajaran, kita dapat menyempurnakan
diri sebagai insan yang diperlukan oleh masyarakat. Pembelajaran adalah penting kerana ia
berupaya mengubah kehidupan sesuatu masyarakat, masyarakat yang berakhlak dan
berilmu dapat meningkatkan kualiti dan mutu sesebuah negara. Lagipun, pembelajaran
adalah suatu proses yang berterusan dan tiada pengakhiran, ia harus
2
diamal sepanjang kehidupan kita. Secara umumnya, pembelajaran boleh dianggap
sebagai peubahan potensi dalam perasaan, tingkahlaku, persepsi, intelektual seseorang.
Ini menjelaskan bahawa pembelajaran membawa erti yang penting dalam pembentukan
sahsiah, tingkahlaku, akademik dan kejayaan seseorang pelajar, ia harus diberi perhatian
yang sepenuhnya agar berlaku pembelajaran yang berkesan.
Sejajar dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi yang menegaskan pemantapan
kualiti pengajaran dan pembelajaran, UTM selaku institusi pendidikan tinggi yang
cemerlang sentiasa memantapkan kualiti akademik pelajar. UTM telahpun
membekalkan suasana belajar yang fleksibel dan sesuai bagi proses pembelajaran serta
memupuk gaya pembelajaran yang berkesan, yang selebihnya bergantung kepada pelajar
tersebut untuk belajar. Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran, pendekatan
pembelajaran serta konsepsi pembelajaran tersendiri, namun tujuannya adalan sama iaitu
mereka sentiasa berusaha untuk mencapai keputusan akademik yang cemerlang.
Dengan pencapaian akademik yang terserlah, barulah UTM dapat menempakan nama
dan menerima pengiktirafan di seluruh dunia.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sejak kebelakangan, topik perbualan tentang kemahiran generik menjadi
semakin hangat dan popular di kalangan siswazah atas alasan untuk menghasilkan modal
insan yang berkualiti. Mengikut Megat Aman Zahiri dan rakan-rakannya (2007),
“kemahiran generik juga dikenali sebagai kemahiran insaniah yang merupakan
kemahiran yang perlu ada pada seseorang untuk berfungsi dengan berkesan pada kadar
minima sewaktu melakukan pekerjaan mengikut kemahiran-kemahiran kursus yang
dimiliki”. Kemahiran generik yang dipupuk di institusi pengajian tinggi termasuk (a)
kemahiran berfikir, bertindak, mengadaptasi, menyelesai masalah dan membuat
keputusan, (b) kemahiran interpersonal dan berkomunikasi, (c) kemahiran ICT,
multimedia dan kemahiran pengurusan maklumat, (d) kemahiran kepimpinan dan (e)
3
kemahiran keusahawanan. Dengan menguasai kemahiran generik ini, barulah dapat
diperkatakan bahawa graduan yang dihasilkan mempunyai kualiti yang tinggi.
Kemahiran generik ini penting kerana ia dapat meningkatkan daya persaingan seseorang
graduan dalam pasaran perkerjaan, memperolehi ilmu baru dan meningkatkan lagi
kemahiran sosial supaya graduan dapat berinteraksi dengan dunia luar secara efektif.
Dalam konteks pengajaran universiti, semua program yang ditawarkan harus
menepati hasilan pembelajaran (LO) yang ditetapkan. Pengukuran kemahiran generik
dapat dilakukan berdasarkan hasilan pembelajaran seperti (a) ilmu bidang, (b) praktikal/
teknikal, (c) kemahiran berkomunikasi, (d) pemikiran kritis dan kemahiran
menyelesaikan masalah, (e) kemahiran kerja berpasukan, (f) pembelajaran berterusan
dan pengurusan maklumat, (g) kemahiran keusahawanan, (h) etika dan moral
profesional, (i) kemahiran kepimpinan dan (j) tanggungjawab sosial dan alam sekitar.
Hasilan pembelajaran wajib untuk dicapai pada setiap pengakhiran semester
kerana ia memastikan bahawa pelajar dapat menguasai kemahiran generik yang
diperlukan. Dengan hasrat menghasilkan graduan yang berkualiti, proses pembelajaran
merupakan elemen yang terpenting bagi pihak universiti untuk memupuk pembelajaran
yang berkesan di kalangan pelajar. Jadi, pihak pengurusan UTM telah mengambil
beberapa langkah efektif untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.
Ekoran daripada itu, sistem e-Pembelajaran telah diperkenalkan pada tahun 2005 dengan
tujuan mempertingkatkan pencapaian akademik dan kualiti pembelajaran pelajar.
Mengikut Kod Amalan e-Pembelajaran, e-Pembelajaran ialah penggunaan web dan lain-
lain teknologi internet untuk meningkatkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran.
Menerusi sistem ini, pelajar dapat mengambil bahagian dengan aktif dalam aktiviti
pembelajaran yang disediakan seperti nota kuliah, maklumat kursus, sumber rujukan,
soalan-soalan latihan dan tutorial. E-Pembelajaran ini telah menyediakan satu platform
yang begitu berkesan dengan meningkatkan pembelajaran dan memperbaiki komunikasi
antara pelajar dengan pensyarah.
4
Selain itu, Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) juga merupakan satu sistem
sokongan besar yang dapat membekalkan sumber bacaan, maklumat dan bahan rujukan
kepada pelajar. Ia amat berguna dan penting bagi setiap pelajar untuk memperolehi
maklumat akademik ataupun bukan akademik yang diperlukan dalam proses
pembelajaran. Memang tidak dapat dinafikan bahawa penubuhan PSZ telah
membawakan manfaat yang besar dan memainkan peranan serba penting dalam proses
pembelajaran pelajar.
Universiti Teknologi Malaysia adalah sebuah institusi tinggi yang berperanan
dalam menghasilkan pelajar yang berdaya saing, berkeupayaan dan berkepimpinan serta
berpengetahuan. Pada masa kini, enrolmen pelajar di UTM semakin meningkat atas
reputasi yang baik dan kecemerlangan universiti dalam platform pendidikan
antarabangsa. Banyak pelajar tertarik dengan nama UTM dan ini telah menyebabkan
mereka memilih UTM sebagai destinasi untuk menyempurnakan pendidikan tinggi.
Secara umumnya, terdapat dua belas fakulti di UTM dan ia telah menyediakan peluang
pendidikan yang luas bagi pelajar untuk memilih kursus pengajian.
Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi (FKSG) merupakan salah satu
fakulti yang unggul di UTM dan telah ditubuhkan sejak tahun 1978, fakulti ini telah
menyumbangkan usaha dan menghasilkan banyak graduan yang berprofesional sejak
penubuhan UTM (laman web rasmi FKSG, 2009). Terdapat lima kursus telah
disediakan iaitu Sarjana Muda Sains Pengurusan Harta Tanah, Pentadbiran dan
Pembangunan Tanah, Remote Sensing, Geoinformatik dan Kejuruteraan Geomatik.
Mengikut statistik enrolmen pelajar sesi tahun 2009/2010, terdapat seramai 1203 pelajar
telah berdaftar (meliputi pelajar Tahun Satu hingga pelajar Tahun empat) di fakulti ini.
Kelima-lima program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di fakulti itu merupakan
program empat tahun pengajian. Selain itu, kursus Ijazah Sarjana dan kursus Ijazah
Doktor Falsafah juga ditawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk melanjutkan
pelajaran.
5
Jadual 1.1 : Enrolmen pelajar mengikut tahun dan kursus 2009/2010, FKSG
Nama Kursus Tahun
1
Tahun
2
Tahun
3
Tahun
4
Jumlah
Sarjana Muda Sains (Pengurusan
Harta Tanah) SGP
56 129 98 102 385
Sarjana Muda Sains (Pentadbiran dan
Pembangunan Tanah) SGT
35 47 59 54 195
Sarjana Muda Sains (Remote
Sensing) SGS
29 34 47 45 155
Sarjana Muda Sains (Geoinformatik)
SGG
27 43 42 35 147
Sarjana Muda Kejuruteraan
(Geomatik) SGU
66 94 84 77 321
Jumlah Keseluruhan 213 347 330 313 1203
(Sumber: Pejabat Akademik FKSG)
Kursus-kursus pengajian di fakulti ini mementingkan pembelajaran sains dan
kejuruteraan serta mengalakkan pelajar mengaplikasikan teori pelajaran secara praktikal.
Pelajar-pelajar banyak menghabiskan masa dalam kuliah, tutorial, makmal komputer,
pengukuran tanah, kerja geografi, perancangan dan pengurusan teknologi, mereka
dikehendaki mempelajari banyak kemahiran dan kurikulum yang terkandung dalam
kursus pengajian. Oleh sebab itu, mereka harus mempunyai cara pembelajaran yang
efektif supaya dapat mengurus pelajaran yang berat dan mencabarkan. Antara kaedah
pembelajaran yang sesuai dan efektif digunakan dalam kursus pengajian ini adalah
pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif dapat mewujudkan suasana kerjasama
yang positif dan menggalakkan pelajar berinteraksi secara aktif dalam kumpulan (Abu
Hasan dan Meor Ibrahim, 2006). Melalui cara ini, pelajar dapat menyelesaikan masalah
pelajaran atau kerja projek yang diarahkan oleh pensyarah dengan cepat dan tepat.
Pelajar lebih minat dengan cara pembelajaran ini kerana semua ahli kumpulan
6
berkerjasama dan berbincang untuk mencari penyelesaian, mereka akan mencurah idea
masing-masing dan mempelajari antara satu sama lain. Proses pembelajaran ini lebih
menyeronokkan dan membimbing pelajar ke arah bersatu-padu serta berkerjasama.
Selain itu, praktikum industri juga penting bagi setiap pelajar kerana ia membekalkan
peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan teori dalam tempat
kerja. Jadi, setiap pelajar di fakulti ini wajib menjalankan praktikum yang mengambil
masa lebih kurang sepuluh minggu.
Walaupun kebanyakan pelajar minat dengan cara pembelajaran ini, namun setiap
pelajar mempunyai tahap keupayaan pembelajaran yang berlainan, ini akan
menghasilkan pencapaian akademik yang berbeza iaitu pencapaian bertahap rendah,
sederhana atau tinggi. Dari perspektif umum, pelajar yang mempunyai pencapaian
akademik yang cemerlang berpeluang besar untuk mendapat kerjayaan yang lebih baik,
jadi pelajar dikehendaki berusaha bersungguh-sungguh sepanjang hayat belajar mereka.
Menurut Fuller (1999), konsepsi pembelajaran pelajar berhubung kait dengan
pencapaian akademik, pelajar yang mempunyai konsepsi pembelajaran yang konstruktif
mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik. Konsepsi pembelajaran yang
berlainan akan menentukan sama ada pelajar itu dapat mencapai kecemerlangan dalam
akademik atau tidak.
Jadual 1.2 : Peratusan gred-gred graduan di FKSG
Sesi Tahun
Kelas
2006/2007
2007/2008 2008/2009
S1 (Kelas Pertama) 8.56 % 8.07 % 13.74 %
2T (Kelas Kedua
Tengah)
75.88 % 78.88 % 80.53 %
2R (Kelas Kedua
Rendah)
15.56 % 13.04 % 5.73 %
Jumlah 100 % 100 % 100 %
(Sumber: Pejabat Akademik FKSG)
7
Mengikut Jadual 1.2, ini jelas dilihatkan bahawa peratusan graduan yang
mendapat gred Kelas Pertama (S1) sudah bertambah pada sesi tahun 2006/2007 iaitu
daripada 8.56 % kepada 13.74 % pada sesi tahun 2008/2009. Namun, peratusan graduan
yang mendapat gred Kelas Pertama masih sedikit dan tidak berapa memuaskan.
Manakala, peratusan graduan yang mendapat gred Kelas Kedua Tengah (2T) adalah
terbanyak dalam ketiga-tiga tahun berturutan ini, iaitu sebanyak 70-80% graduan di
FKSG mendapat gred ini. Fenomena ini menunjukkan pelajar di FKSG masih
mempunyai ruang yang banyak untuk memperbaiki keputusan akademik mereka.
Kajian lepas telah menyatakan konsepsi pembelajaran akan mempengaruhi keputusan
akademik seseorang pelajar. Dengan demikian, berkemungkinan besar pelajar di FKSG
boleh mengenal pasti atau memilih konsepsi pembelajaran yang sesuai untuk
memperbaiki keputusan akademik mereka.
Sebenarnya, konsepsi pembelajaran amat penting untuk difahami oleh pelajar
mahupun pensyarah kerana konsepsi pembelajaran akan mempengaruhi cara pelajar
belajar dalam pendidikan formal (Marton, Dall’Alba dan Beaty, 1993). Maka hanyalah
dengan memahami konsepsi pembelajaran sendiri, barulah dapat kita merealisasikan
pembelajaran secara mendalam dan mencapai ke tahap yang lebih tinggi.
1.3 Pernyataan Masalah
Mengikut kajian-kajian lepas, pencapaian akademik, pendekatan belajar, strategi
belajar dan gaya belajar akan dipengaruhi oleh konsepsi pembelajaran yang dipegang
oleh seseorang pelajar. Ini telah dibuktikan oleh kajian empirikal yang dijalankan oleh
Marton, Dall’Alba dan Beaty (1993) menunjukkan bahawa konsepsi pembelajaran akan
mempengaruhi cara belajar, strategi dan pemikiran kognitif pelajar. Justeru, konsepsi
pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam dunia pendidikan, ia merupakan
kunci utama dalam menentukan kejayaan dan pencapaian pelajar. Di sinilah dapat
dilihat betapa pentingnya konsepsi pembelajaran pelajar dalam proses pembelajaran.
8
Pensyarah harus memahami konsepsi pembelajaran setiap pelajar agar dapat mencari
jalan penyelesaian dalam mengatasi masalah-masalah yang wujud dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Selagi seseorang pensyarah tidak mengetahui konsepsi
pembelajaran pelajar, maka ia akan menjadi satu kekangan dalam proses penyampaian
pengetahuan dan ini akan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar secara tidak
langsung.
Terdapat pelbagai kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran yang boleh
digunakan oleh pensyarah untuk menyalurkan ilmu dan pengetahuan mereka, namun ia
amat bergantung kepada konsepsi pembelajaran pelajar untuk menentukan sama ada
kaedah, teknik atau pendekatan pengajaran yang digunakan sesuai untuk mereka atau
tidak. Jikalau kaedah pengajaran itu tidak sesuai dengan konsepsi pembelajaran pelajar,
maka pelajar itu mungkin akan ketinggalan dalam pelajaran. Perkara ini serius kerana ia
berkaitan dengan pencapaian akademik pelajar dan reputasi UTM. Di samping itu,
pelajar juga perlu mempunyai konsepsi pembelajaran yang positif kerana ia amat
membantu untuk mendapat kecemerlangan dalam akademik.
Menurut hasilan kajian Fuller (1999), dia melaporkan bahawa konsepsi
pembelajaran pelajar adalah berbeza mengikut tempoh pengajian di Universiti. Hasilan
kajian tersebut juga menyatakan bahawa konsepsi pembelajaran yang dipegang oleh
pelajar universiti Tahun Satu agak berbeza dengan pelajar Tahun Empat. Sejajar dengan
keputusan kajian lepas yang dilakukan, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan
melihat sama ada wujudnya perbezaan konsepsi pembelajaran pelajar di kalangan Tahun
Satu dan pelajar Tahun Empat di Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi di UTM,
kampus Skudai.
9
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
(a) Mengenal pasti tahap konsepsi pembelajaran keseluruhan pelajar di
FKSG.
(b) Mengenal pasti tahap konsepsi pembelajaran pelajar Tahun Satu dan
Tahun Empat di FKSG.
(c) Mengkaji sama ada terdapat perbezaan konsepsi pembelajaran antara
pelajar Tahun Satu dengan pelajar Tahun Empat di FKSG.
(d) Mengenal pasti konsepsi pembelajaran yang paling dominan di kalangan
pelajar Tahun Satu di FKSG.
(e) Mengenal pasti konsepsi pembelajaran yang paling dominan di kalangan
pelajar Tahun Empat di FKSG.
(f) Mengenal pasti konsepsi pembelajaran yang kurang dominan di kalangan
pelajar Tahun Satu di FKSG.
(g) Mengenal pasti konsepsi pembelajaran yang kurang dominan di kalangan
pelajar Tahun Empat di FKSG.
1.5 Persoalan Kajian
Secara umumnya, kajian ini dilakukan untuk menjawab beberapa persoalan
seperti berikut:
(a) Apakah tahap konsepsi pembelajaran keseluruhan pelajar di FKSG?
10
(b) Apakah tahap konsepsi pembelajaran pelajar Tahun Satu dan Tahun
Empat di FKSG?
(c) Adakah wujud perbezaan konsepsi pembelajaran antara pelajar Tahun
Satu dengan pelajar Tahun Empat di FKSG?
(d) Apakah konsepsi pembelajaran yang paling dominan di kalangan pelajar
Tahun Satu di FKSG?
(e) Apakah konsepsi pembelajaran yang paling dominan di kalangan pelajar
Tahun Empat di FKSG?
(f) Apakah konsepsi pembelajaran yang kurang dominan di kalangan pelajar
Tahun Satu di FKSG?
(g) Apakah konsepsi pembelajaran yang kurang dominan di kalangan pelajar
Tahun Empat di FKSG?