konsep rantaian dan siratan makanan penggal 3
TRANSCRIPT
KONSEP RANTAIAN dan SIRATAN MAKANAN
ALIRAN TENAGA DALAM RANTAIAN DAN SIRATAN
MAKANAN
KONSEP RANTAIAN MAKANAN
Dapat dijelaskan sebagai hubungan pemakanan antara
PENGELUAR, PENGGUNA PRIMER, PENGGUNA SEKUNDER, dan PENGGUNA TERTIER yang
melibatkan pemindahan tenaga untuk menjalankan aktiviti tumbesaran dalam sesuatu
ekosistem
CONTOH 1 :Rantaian makanan dalam ekosistem kolam
Berudu IkanBurung
Raja Udang
Berudu (anak katak) akan dimakan oleh ikan
Berudu bertindak sebagai pengguna primer akan dimakan oleh pengguna tertier, iaitu burung pucung
Perpindahan tenaga berlaku apabila berudu menjadi makanan ikan dan ikan dimakan oleh burung raja udang
CONTOH 2 : Rantaian Makanan dalam Ekosistem Kebun Sayur atau Ladang
Daun Hijau
Beluncas Burung
Daun hijau merupakan pengeluar yang menjadi makanan beluncas
Beluncas merupakan pengguna primer yang akan dimakan oleh burung yang bertindak sebagai pengguna sekunder dalam ekosistem ini
Perpindahan tenaga berlaku apabila beluncas memakan daun hijau dan burung memakan beluncas
CONTOH 3: Peranan Manusia Sebagai Sebahagian daripada
Komponen Biotik dalam Ekosistem
Rumput Lembu Manusia
Rumput bertindak sebagai pengeluar akan menjadi makanan kepada lembu
Daging lembu pula menjadi hidangan kepada manusia dalam bentuk pelbagai jenis masakan
Proses perpindahan tenaga berlaku apabila lembu memakan rumput dan manusia memakan daging lembu
KONSEP SIRATAN MAKANANMempunyai hubung kait dengan rantaian makanan kerana siratan makanan ialah gabungan beberapa rantaian makanan untuk membentuk satu ekosistem yang rencam dan unik
Biasanya kebanyakan haiwan, iaitu pengguna tidak memakan satu jenis makanan sahaja dalam sesuatu ekosistem. Contohnya, burung ( pengguna sekunder) bukan hanya memakan serangga ,tetapi juga memakan ulat dan buah-buahan. Begitu juga dengan harimau (pengguna tertier) akan memakan rusa, kambing, musang dan kancil
ALIRAN TENAGA DALAM RANTAIAN
MAKANAN DAN SIRATAN MAKANAN
Matahari merupakan punca tenaga dan aliran tenaga dalam rantaian makanan dan siratan makanan
Hanya 48 peratus sahaja jumlah tenaga cahaya matahari yang sampai secara langsung ke permukaan bumi
52 peratus lagi diserap , diserak, dan dibalikkan semula sebelum sampai ke permukaan bumi
1
2 3
Daripada jumlah 48 peratus, hanya 8 peratus sahaja yang akan digunakan oleh tumbuh-tumbuhan hijau
4
Tumbuh-tumbuhan hijau yang bertindak sebagai pengeluar dalam rantaian makanan dan siratan makanan hanya akan menyerap 2 peratus sahaja daripada 8 peratus yang diterimanya
6 peratus lagi digunakan dalam bentuk tenaga haba untuk proses metabolisme,
transpirasi, dan pertumbuhan.
5
6
Tumbuh-tumbuhan hijau akan menyerap tenaga cahaya
matahari dengan bantuan klorofil.
7
Klorofil terdiri daripada bahan
organik dan magnesium
yang terdapat pada kloroplas
daun hijau
8
Kebolehan tumbuhan menyerap tenaga cahaya matahari membolehkan
tumbuhan membuat makanannya sendiri dan proses ini dinamakan
fotosintesis
9
Fotosintesis sangat penting kerana dapat menukarkan tenaga
cahaya matahari kepada tenaga kimia tumbuh-tumbuhan
untuk hidupan di bumi
Sama seperti pengeluar (tumbuhan) tidak semua
tenaga di dalam pengeluar dipindahkan ke badan pengguna primer, badan pengguna primer
ke badan pengguna sekunder dan badan
pengguna sekunder ke badan pengguna tertier.
Sebahagiannya telah hilang dalam
bentuk tenaga haba semasa
proses respirasi, pergerakan dan
pembiakan.
Perpindahan tenaga dan kehilangan tenaga dalam
rantaian makanan dan siratan makanan adalah
penting untuk mengekalkan kewujudan
hidupan di bumi
SEKIAN,
TERIMA KASIH