konsep pengujian dan penilaian.ppt
TRANSCRIPT
Konsep Pengujian dan Penilaian
Konsep Pengujian
Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik.
Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.
Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran.
Konsep PengujianUjian boleh diberikan sebelum
sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pre test.
Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan samada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.
sambungan
Ujian juga diberikan selepas sesuatu pengajaran untuk mengetahui samada pelajar dapat mengikuti pengajaran yang diberikan atau sebaliknya. Ujian ini dikenali sebagai ujian post atau post test.
Konsep Penilaian
Suatu proses yang sistematik dalam mengumpulkan maklumat dan seterusnya mentafsir serta membuat keputusan sebelum tindakan dilaksanakan.
Ia melibatkan proses mendapatkan maklumat (pengukuran) , membuat taksiran (analisis), dan memilih keputusan untuk tindakan (penilaian).
sambungan
Bagi pengumpulan maklumat ia melibatkan penggunaan pelbagai instrumen (objektif/subjektif/lisan/
bertulis), pemerhatian, dan soal selidik.
Tujuan Pengujian dan PenilaianProses Pengajaran dan Pembelajaran
i. dapat membantu guru melihat dan mengkaji pencapaian objektif P&P dengan lebih teliti dan menyeluruh.ii. Menjadi bahan rujukan dan dapat memberikan maklumat akan kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi- pengajaran guru, sukatan dan bahan ABM yang digunakan sesuai atau sebaliknya.iii. Dapat mengenalpasti kelemahan murid dan cara-cara bagi mengatasinya serta mengetahui keperluan murid semasa P&P.
Tujuan Pengujian dan Penilaian
Pengurusan dan Pentadbiran
i. sebagai satu alat pengawalan mutu
ii. Untuk tujuan pemulihan, penempatan dan pengelompokan.
iii. Untuk tujuan persijilan dan menentukan kedudukan.
iv. Sebagai rujukan untuk melihat keberkesanan kurikulum.
Tujuan Pengujian dan Penilaian
Pelaksanaan ke arah bimbingan
i. Menentukan tahap bantuan yang diperlukan oleh pelajar/ murid.
ii. Mengenalpasti pelajar yang perlu diberi bimbingan dan pendekatan yang bersesuaian.
iii. Membantu perubahan sikap yang positif.
Model Proses Pelaksanaan PenilaianMerancang menentukan hasil pembelajaran
berdasarkan senarai semakMerancang menentukan hasil pembelajaran
berdasarkan senarai semak
Membina Indikator
Nelaksanakan penilaian
Pemerhatian tingkahlaku
Pemerhatian interaksi/lisan
Hasil kerja murid
Merekod
Menganalisis maklumat
Tindakan susualan aktiviti pengayaan
Tindakan susualan aktiviti bimbingan
Sudakah murid menguasai
Melapor
Pelajaran/kemahiran baru
TidakYA
Proses Pelaksanaan PenilaianKaedah Pemerhatian
Ke atas tingkah laku murid
Perbualan/interaksi/lisan murid
Hasil kerja murid
Aspek Tingkah Laku seperti;
Bermain
Menyusun blok bersama rakan
Mengikat tali kasut
Berlari sambil melompat
Membuat kolaj
Menyelesaikan Masalah
Proses Pelaksanaan Penilaian
Perbualan/Interaksi/Lisan seperti; Interaksi murid dengan guru Interaksi murid dengan murid Interaksi murid dengan bahanMain PerananBersoal jawabBerceritaBacaanNyanyian Puisi
Proses Pelaksanaan Penilaian
Pemerhatian hasil kerja seperti;
– Lukisan– Tulisan– Buku Skrap– Kraf Tangan– Buku Kecil– model
Proses Pelaksanaan Penilaian
Merekod Pemerhatian
Mencatat maklumat secara
sistematik- Perkembangan,
kebolehan dan pencapaian
Kaedah merekod melalui:
Senarai semak Anekdot Rekod berterusan
Penilaian SumatifSatu teknik pengumpulan maklumat dari
satu-satu program setelah ianya tamat.Keputusan dari ujian akan menentukan
tahap pencapaian dan penentuan gred. Ia berbentuk rujukan norma kerana item
yang disoal adalah luas dan ada unsur perbandingan terhadap kebolehan dan pencapaian.
Contoh ujian itu adalah seperti ujian semester, ujian bulanan, ujian PMR, SPM, STPM, sijil, ijazah atau diploma.
Tujuan Penilaian Sumatif
Pemberian gred dan menentukan tahap pencapaian.
Perbandingan dalam aspek prestasi antara pelajar, antara kelas, antara jantina, status dsb.
Untuk tujuan merekod dan melaporkan pencapaian kepada pihak tertentu.
sambungan
Melihat samada matlamat tercapai atau tidak.
Melihat keberkesanan terhadap penggunaan pendekatan, kaedah atau strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan.
Menilai akan keberkesanan sesuatu model, ABM, bahan rujukan dan aktiviti yang dilaksanakan.
Penilaian Formatif
Sejenis penilaian yang membolehkan maklumat-maklumat digunakan untuk mempertingkatkan keupayaan pelajar dalam pelajaran.
Ia dijalankan secara berterusan semasa proses P&P berlaku.
Dilaksanakan selepas sesuatu pengajaran, selepas selesai sesuatu unit, bab, atau aras kemahiran.
sambungan
Ia termasuk dalam ujian rujukan kriteria
Ia berfungsi untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan, proses pengajaran dan samada pelajar dapat apa yang diajar.
Ia tidak ada kaitan dengan pengredan.
Jenis-jenis ujian
Ujian FormatifUjian SumatifUjian prestasiUjian kepantasan dan dayaUjian rujukan norma dan
kriteria.
Ujian Objektif dan Subjektif.
Ujian objektif – ujian yang disediakan yang terdiri dari soalan dengan 4 atau lima jawapan yang salah satunya adalah betul.
Ia mempunyai permarkahan yang standard.
Ia mungkin terdiri dari ujian aneka pilihan, salah benar, ujian padanan dan ujian lengkapkan.
Ujian Objektif dan Subjektif.
Ujian Subjektif – pelajar perlu menjawab sesuatu soalan dengan bebas dengan menggunakan ayat mereka sendiri dalam masa yang ditentukan.
Ujian ini lebih terarah kepada kemahiran memberi pendapat, penyataan idea-idea, perbincangan, penghuraian, dan pengintegrasian
Ujian Prestasi
Ujian ini adalah untuk melihat akan pencapaian yang diperolehi oleh pelajar dari semasa-ke semasa sama ada wujud peningkatan atau sebaliknya.
Ujian ini ujud samada dalam bentuk objektif dan subjektif.
Ujian Kepantasan dan Daya
Ujian kepantasan – bagi mengukur kecepatan seseorang dalam menyelesaikan masalah dalam masa yang ditentukan. Contohnya; ujian menaip, ujian menulis dsb.
Ujian daya – ia mengukur peringkat pencapaian dalam kemahiran. Soalan yang diberikan adalah dari tahap mudah ke tahap sukar.
Ujian Rujukan Norma
Untuk tujuan perbandingan tahap pencapaian antara pelajar-pelajar yang mengambil ujian yang sama.
Untuk menentukan kedudukan dalam kelas, penggredan dsbnya.
Ujian Rujukan Kriteria
Untuk mengukur perlakuan pelajar terhadap objektif pengajaran dan pembelajaran.
Untuk melihat akan kemajuan yang dicapai dalam sesuatu kemahiran.
Ujian ini tidak digunakan dalam perbandingan, pengaturan gred dll.
Jadual Spesifikasi Ujian
Merupakan gambaran keseluruhan ujian.Dilaksanakan sebelum ujian sebenar
dijalankan.Ia dibuat bagi menentukan bentuk-
bentuk ujian, kandungan ujian, jenis-jenis soalan, dan kemahiran-kemahiran yang diajar.
Soalan yang dibina untuk menguji kefahaman dan pencapaian pelajar.
Jadual Spesifikasi Ujian
Dibina dan dibuat ujian rintis untuk mengetahui ketekalan soalan dari aspek soalan senang, sederhana dan sukar.
Soalan yang dibina juga mestilah menekankan perkara yang berkaitan dengan pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintisis dan penilaian.
Langkah-langkah dalam penyediaan JSU
Tentukan dahulu objektif ujian.Menentukan isi ujianMengumpul soalan-soalan sampleMenentukan bilangan soalan
berasaskan isi kandungan dan tajuk-tajuk yang diajar.
Membina soalan yang menguji aras kemahiran
Buat ujian kepada pelajar yang dipilih dari berbagai tahap pencapaian dan gunakan sebagai sampling.
Kepentingannya
Menjadi garis panduan dalam menentukan tahap kesukaran sesuatu kertas peperiksaan.
Ia memastikan ketekalan ujian untuk jangka masa tertentu.
Meningkatkan kesahan ujian tersebut supaya soalan yang ditanya perlu merujuk kepada kemahiran dan tajuk.
Untuk mengelakkan dari membuat ujian yang tidak selaras.
Pemberian markah yang standard.
Bla bla blaSekian terima kasih. Kita semua sentiasa diuji. Yang lulus itulah yang berjaya. Pokoknya ialah kelapa.