konsep ibadat dalam islam
TRANSCRIPT
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
149
PELAJARAN 6PELAJARAN 6PELAJARAN 6PELAJARAN 6PELAJARAN 6
KONSEP IBADAH DALAM ISLAMKONSEP IBADAH DALAM ISLAMKONSEP IBADAH DALAM ISLAMKONSEP IBADAH DALAM ISLAMKONSEP IBADAH DALAM ISLAM
Objektif:Objektif:Objektif:Objektif:Objektif:
✔ Mendedahkan kepada para pelajar konsep ibadah
dalam Islam supaya mereka memahami makna ibadah
dan bagaimana ia dapat dilaksanakan dalam kehidupan
mereka.
✔ Mendedahkan mereka k eindahan ibadah dalam Islam
dan bagaimana konsep ini mampu mencipta sebuah
tamadun yang cemerlang.
✔ Mendedahkan beber apa f aedah ibadah y ang diperoleh
oleh hamba apabila ber ibadat k epada Allah S.W. T.
✔ Mendedahkan beber apa salah f aham terhadap ibadah
Islam agar para pelajar menghindarinya.
PENGAJIAN ISLAM
150
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
151
K A N D U N G A NK A N D U N G A NK A N D U N G A NK A N D U N G A NK A N D U N G A N
• Pendahuluan 153
• Matlamat Kejadian Manusia 154
• Hakikat Ibadah dalam Islam 155
• Salah F aham Terhadap K onsep ‘Ibadah 156
• Ruang Lingkup Ibadah dalam Islam 158
• Matlamat Ibadah dalam Islam 159
• Keistimewaan Ibadah dalam Islam 165
• Hikmah Ibadah-ibadah Islam 165
– Puasa 166
– Zakat 174
– Haji 175
• Penutup 175
PENGAJIAN ISLAM
152
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
153
P E N D A H U L U A NP E N D A H U L U A NP E N D A H U L U A NP E N D A H U L U A NP E N D A H U L U A N
Ibadah adalah suatu tuntutan ke atas seorang Mukmin.
Beribadah hanya kepada Allah S.W. T. adalah r isalah utama
penciptaan man usia di alam maya ini. Firman Allah S.W. T.
Ert inya: “Dan tiadalah Aku menciptakan jin dan manu -
sia k ecuali supaya mereka memperhambakan diri kepada-
Ku.”
(Surah al-Dhariyat :56)
Firman-Nya lagi y ang ber maksud:
Ert inya: “ Wahai man usia! Sembahlah T uhan kamu
yang telah menciptakan kamu dan menciptakan orang-
orang y ang sebelum kamu m udah-m udahan kamu ber-
taqwa.”
Firman-Nya lagi:
Ert inya: “Bahawa sembahlah Allah S.W. T. dan jauhilah
Thaghut.”
(Surah al-Nahl: 36)
Firman-Nya:
PENGAJIAN ISLAM
154
Ert inya: “Sembahlah kamu akan Allah S.W. T. Tidak ada
bagi kamu tuhan selain-Nya.”
(Surah al-A‘raf: 9)
M AM AM AM AM AT L A M AT L A M AT L A M AT L A M AT L A M AT KEJT KEJT KEJT KEJT KEJ ADIAN MANUSIAADIAN MANUSIAADIAN MANUSIAADIAN MANUSIAADIAN MANUSIA
Manusia diciptakan oleh Allah S.W. T. dengan matlamat
yang ter tentu, y ang telah ditetapkan oleh penciptanya .
Matlamat itu ialah ber ibadah k epada Allah S.W. T. Hal ini
dinyatakan dalam surah al-Zari yaat , ayat 56 yang berert i:
“Dan tiadalah Aku menciptakan jin dan manusia kecuali
supaya mereka memperhambakan diri kepada-Ku .”
Seseor ang man usia sepatutnya bertany akan diri nya
sendiri: Kenapa aku diwujudkan? Apakah tugasku di alam
maya ini? Apakah pula visiku dalam kehidupan ini? Ia adalah
soalan y ang w ajib atas seor ang man usia agar dia bertanya -
kan diri nya dan berfikir sejenak untuk mencari jawapannya
(al-Qardhawi 1985:11).
Seseor ang man usia harus mengetahui dengan jelas ja-
wapan soalan-soalan berikut:
Soalan Pe rtama: Siapakah aku? Dari manakah aku datang?
Atau dalam ungkapan lain, siapakah yang
menciptakan aku?
Soalan Kedua: Apakah kesudahanku selepas kewujudan-
ku ini? Dan ke manakah aku akan pergi
selepas maut?
Soalan Ketiga: Kenapakah aku diwujudkan? Untuk apa?
Atau apakah visi kehidupanku ini?
Apabila ketiga-tiga soalan ini dapat dijawab dengan
baik, maka seseorang manusia akan mampu menjalani ke-
hidupan ini dengan baik dan jaya. Sebaliknya kegagalannya
menjawab persoalan ini akan mengakibatkannya gagal men-
jalani k ehidupan ini dengan baik dan penuh berert i.
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
155
HAKIKAHAKIKAHAKIKAHAKIKAHAKIKAT IBT IBT IBT IBT IB A DA DA DA DA DAH DALAM ISLAMAH DALAM ISLAMAH DALAM ISLAMAH DALAM ISLAMAH DALAM ISLAM
Makna IbadahMakna IbadahMakna IbadahMakna IbadahMakna Ibadah
Ibadah dari segi bahasa: Menu rut al-Qamus (‘abada): Ke -
taatan. Menu rut kamus al-Shihah : Asal-usul ‘Ubudiyyah
ialah ketundukan dan kehinaan.
Asal Ibadah: al-tazl i l (penghinaan).
Ibadah dari segi istilah sya ra’: Menu rut Syeikh Mu-
hammad Abduh ibadah ialah: Ketaatan dengan kemuncak
ketundukan. (Tafsir al-Manar: al-F atihah)
Ibn Taimiyyah meny atakan ibadah dalam Islam itu me-
ngandungi unsur ketundukan/ ketaatan yang digabungkan
dengan unsur kecintaan. Ibadah dalam Islam mengandungi
makna kemuncak ketundukan, kemuncak ketaatan dan
kemuncak kecintaan. Beliau berkata lagi: Sesiapa yang tun-
duk kepada seseorang manusia dengan keadaan benci, dia
tidak menjadi hambanya. Begitu juga jika dia mencintai se-
suatu tanpa ketundukan kepadanya, ia juga bukan ibadah,
seumpama cinta seseorang kepada anaknya dan kawan-ka-
wannya. Oleh itu salah satu dari dua unsur tersebut (tunduk
dan cinta) tidak cukup untuk dipanggil ibadah kepada Allah
S.W.T. Seor ang hamba mestilah mencintai Allah S.W. T.
mengatasi segala k ecintaan y ang lain. Firman Allah S.W. T.:
Ert inya: “Katakanlah (w ahai Muhammad): Jika ibu bapa
(nenek moyang) kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara
kamu (adik ber adik), isteri -isteri kamu, harta-hart a yang
kamu kumpulkan, perniagaan y ang kamu takut ke rugiannya
PENGAJIAN ISLAM
156
dan tempat k ediaman y ang kamu redhai terlebih kasih
kepada kamu berbanding Allah dan Rasul-Nya dan juga
jihad Fi Sabillah , maka tunggulah sehingga Allah S.W. T.
mendatangkan titah perintah-Nya.”
(Surah al-T aubah: 24)
SALAH FAHAM TERHADAP KONSEP ‘ IBADAHSALAH FAHAM TERHADAP KONSEP ‘ IBADAHSALAH FAHAM TERHADAP KONSEP ‘ IBADAHSALAH FAHAM TERHADAP KONSEP ‘ IBADAHSALAH FAHAM TERHADAP KONSEP ‘ IBADAH
Terdapat dua golongan y ang salah f aham atau salah tanggap
tentang k onsep ibadah Islam y ang sebenar. Ada golongan
yang hanya menganggap ibadah dan ubudiyyah itu tercapai
dengan hanya unsur kecintaan, manakala golongan lain
menganggap ia tercapai hanya dengan unsur k etundukan
dan ketakutan semata-mata tanpa sebarang cinta.
Golongan Pe rtama: Melampaui had dalam mendakwa
mencintai Allah S.W. T., sehingga mendorongnya melaku-
kan sesuatu yang terkeluar daripada garisan makna ibadah,
dan memasukkan manusia dalam lingkungan Rububiyyah
(ketuhanan) yang tidak layak bagi manusia. Ada yang men-
dakwa melebihi batasan anbiya dan para Rasul, seperti men-
dakwa sesuatu yang tidak layak bagi hak ketuhanan Allah
S.W.T., atau menghilangkan hak Allah S.W. T., atau men-
dakwa dakwaan-dakwaan yang batil. Contoh yang boleh
diketengahkan ialah sepert i:
(1) Dakwaan mempunyai kemampuan atau kewibawaan
untuk mengeluarkan semua pengikutnya daripada
neraka memasuki syurga.
(2) Dakwaan mempunyai kemampuan atau kewibawaan
untuk menghalang (menyelamatkan) semua pengikut-
nya daripada memasuki neraka.
(3) Dakwaan mendapat kelonggaran melaksanakan ke-
wajipan syara’ kerana ia dianggap hanya untuk go-
longan awam.
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
157
(4) Dakw aan mencintai Allah S.W. T. sehingga Allah S.W. T.
dianggap berada di dalam poketnya atau dalam jubah-
nya. Ini lantaran kemesraan yang keterlaluan dengan
Allah S.W.T. sehinggakan Allah S.W. T. dianggapnya ber-
ada bersamanya sepanjang masa dan di dalam poketnya.
Golongan kedua: Golongan orientalis cuba menggam-
barkan ibadah dalam Islam sebagai ibadah y ang berdiri atas
dasar ketundukan dan ketaatan semata-mata tanpa digan-
dingkan dengan per asaan cinta dan rela. Mereka mengata-
kan bahawa umat Islam tidak mengenali unsur kecintaan
dalam ibadah, k ecuali hanya apabila golongan Tasawwuf
mengimport nya daripada sumber asing (agama Kristian dan
agama-agama budaya).
Pandangan ini juga menyimpang daripada hakikat
ibadah Islam. Dalam al-Quran dijelaskan unsur kecintaan
antara m uslim dan Allah S.W. T. dalam banyak tempat, di
antaranya i alah f i rman Allah S.W. T.:
Ert inya: “Dia (Allah) mencintai mereka dan mereka men-
cintai Allah S.W. T.”
(Surah al-Maidah: 54)
Ert inya: “Dan orang-orang yang ber iman terlebih hebat ke -
cintaan mereka kepada Allah S.W. T.”
(Surah al-Baqarah: 165)
Dalam hadis pula, Rasulullah s .a.w. bersabda:
†‰«ÍƒÂʆšÕœ„Â†Õ È†Í„Ëʆ«‰‰Á†Ë—”ˉÁ†šÕ»†³‰ÍÁ†Â«†”Ë«Á«
PENGAJIAN ISLAM
158
Ert inya: “Tidak beriman (iaitu tidak sempurna iman) salah
seorang kamu sehinggalah Allah dan Rasul-Nya terlebih
kasih kepadanya lebih daripada segala sesuatu selain kedua-
duanya ”
[Hadis Muttafaq ‘alaihi]
Menguatkan hal ini, Ibn al-Qayyim ( Madarij al-Sali-kin: 99) berkata:
Asal-usul ibadah itu ialah k ecintaan k epada Allah S.W. T.,
bahkan mentauhidkan-Nya dengan kecintaan, dan bahawa
segala cinta itu hanya bagi Allah S.W. T., maka janganlah
dia (mukmin) mencintai orang lain selain-Nya. Sesungguh-
nya dia hanya boleh mencintai (orang lain) kerana-Nya dan
pada-Nya (pada perkara y ang diredhai Allah S.W. T.).
RUANG LINGKUP IBADAH DALAM ISLAMRUANG LINGKUP IBADAH DALAM ISLAMRUANG LINGKUP IBADAH DALAM ISLAMRUANG LINGKUP IBADAH DALAM ISLAMRUANG LINGKUP IBADAH DALAM ISLAM
1.1.1.1.1. SyumSyumSyumSyumSyumul Ibadah Merangkumi Agama Seluruhnul Ibadah Merangkumi Agama Seluruhnul Ibadah Merangkumi Agama Seluruhnul Ibadah Merangkumi Agama Seluruhnul Ibadah Merangkumi Agama Seluruhn yyyyyaaaaa
Ruang lingkup ibadah dalam Islam amat luas. Oleh kerana
manusia dicipta supaya ber ibadah k epada Allah S.W. T.,
maka sudah tentu dalam Islam, seluruh k egiatan man usia
adalah ibadat k epada Allah S.W. T. Ibn T aimiyyah ( al-
‘Ubudiyyah : 38) berkata: Ibadah ialah kata-nama yang me-
rangkumi segala sesuatu y ang disukai oleh Allah S.W. T. dan
yang diredhai-Nya sama ada per kataan, perb uatan, yang
zahir dan batin. Justeru itu, sembahy ang, zakat, puasa, haji,
jujur dalam kata-kata, menunaikan amanah, melakukan
kebajikan kepada dua ibubapa, menunaikan janji, amar
maaruf, nahi m ungkar, berjihad menentang orang-orang
kafir dan munafiqin, melakukan ehsan kepada jiran te-
tangga, anak yatim, orang fakir miskin dan musafir juga
hamba-hamba abdi dan binatang, doa, zikir dan bacaan al-
Quran, semuanya adalah ibadah.”
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
159
2.2.2.2.2. Ibadah Merangkumi Seluruh Aspek KIbadah Merangkumi Seluruh Aspek KIbadah Merangkumi Seluruh Aspek KIbadah Merangkumi Seluruh Aspek KIbadah Merangkumi Seluruh Aspek K ehidupanehidupanehidupanehidupanehidupan
Ibadah Islam memen uhi seluruh r uang hidup Muslim dan
mengatur k ehidupan mereka seluruhnya, berm ula dengan
cara atau adab makan min um, b uang air, hinggalah k epada
cara membina negara, politik pemerintahan, polisi kewa-
ngan dan ek onomi, ur usan m uamalat dan undang-undang,
serta dasar perhub ungan antar abangsa sama ada semasa
aman mahupun zaman peperangan.
3.3.3.3.3. Ibadah Merangkumi Seluruh AngIbadah Merangkumi Seluruh AngIbadah Merangkumi Seluruh AngIbadah Merangkumi Seluruh AngIbadah Merangkumi Seluruh Ang gota Mangota Mangota Mangota Mangota Man usiausiausiausiausia
Di antara keistimewaan ibadah Islam ialah bahawa ia me-
rangkumi seluruh anggota man usia.
a. Ibadah Hati.
b. Ibadah Lidah.
c. Ibadah P endengaran (T elinga).
d. Ibadah Penglihatan (Mata).
e. Ibadah Deria Rasa (Lidah/ T angan).
f. Ibadah Deria Hidu.
g. Ibadah T angan dan Kaki.
h. Ibadah Kemaluan.
M AM AM AM AM AT L A M AT L A M AT L A M AT L A M AT L A M AT IBT IBT IBT IBT IB A DA DA DA DA DAH DALAM ISLAMAH DALAM ISLAMAH DALAM ISLAMAH DALAM ISLAMAH DALAM ISLAM
Mungkin ada orang akan bertanya : “Kenapakah kita harus
beribadah k epada Allah S.W. T.? Kenapakah Allah S.W. T.
memfardhukan ke atas man usia supaya beribadah k epada-
Nya? Sedangkah Dia adalah T uhan terkaya dar ipada ibadah
itu, dan Dia tidak memer lukan khidmat man usia terhadap-
Nya? Apakah faedahnya kita beribadah kepada Allah
S.W.T.?”
Sesungguhnya, Allah S.W. T. langsung tidak meng-
ambil faedah daripada hamba-Nya. Dia juga tidak akan
PENGAJIAN ISLAM
160
term udharat akibat k eengganan hamba-Nya dar ipada me-
nyembah-Nya. Keagungan ke rajaan-Nya tidak ber tambah
dengan sebab ibadah man usia, zikir dan tahmid mereka
kepada-Nya . Dia adalah T uhan y ang Maha Kaya, dan kita
adalah hamba-hamba-Nya y ang fa ki r.
Firman Allah S.W. T.:
Ert inya: “Dan barangsiapa y ang bersyukur maka sesung-
guhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri. Dan barang-
siapa y ang kufur, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya
dan Pemurah.”
(Surah al-Naml: 40)
Apabila Allah S.W. T. adalah T uhan y ang Kaya secara
mutlak, maka mengapakah Dia mentaklifkan hamba-Nya
supaya menyembahNya? Sesungguhnya jawapan kepada
persoalan ini tersembunyi dalam tabi‘at diri manusia itu
sendiri, tabi‘at tugasnya di muka bumi dan matlamat yang
jadikan tujuan di sebalik kehidupan dunia ini.
Berikut dinukilkan sedikit faedah yang mungkin kita
dapati di sebalik ibadat k epada Allah S.W. T. Al-Imam
Fakhr uddin al-Razi per nah ber kata:
Ketahuilah bahawa barangsiapa yang mengetahui faedah-
faedah ibadah, nescaya lazatlah dia beribadah, dan beratlah
hatinya mahu melakukan perkara-perkara lain selain
ibadah .
Faedah tersebut dapat disingkapi daripada beberapa
bentuk:
Pertama: Bahawa al-kamal iaitu sifat kesempurnaan
dicintai, dilobai dan dituntut. Hal keadaan manusia yang
paling sempurna ialah apabila dia sibuk dengan beribadah
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
161
kepada Allah S.W. T., kerana hatinya akan bersinaran dan
bergemer lapan dengan cahaya Ilahiyyah . Lidahnya akan
mendapat kemuliaan dengan kemuliaan zikir dan bacaan,
iaitu bacaan al-Qur’an. Anggota-anggotanya akan kelihatan
indah dengan keindahan ber khidmat akan Allah S.W. T.
Maka k eadaan-k eadaan begini adalah mer upakan semu lia-
m ulia mar tabat insaniyyah dan darjat k emanusiaan. Terca-
painya mar tabat dan darjat ini adalah ke m uncak kebahagia-
an manusia di dunia ini. Apabila kemuncak kebahagiaan di
dunia ini sudah diperolehi, maka sudah tentu ia juga akan
memperolehi kebahagiaan y ang paling sempurna di akhi-
rat. Oleh demikian, bar angsiapa yang telah mengecapi mar-
tabat dan darjat ini, hilanglah segala kepenatan dan keberat-
an beribadah, dan nescaya dia akan memperolehi halawah
atau kemanisan ibadah yang amat lazat di dalam hatinya.
Kedua: Ibadah adalah suatu amanah. Firman Allah
S.W.T. yang ber maksud:
Ert inya: “Sesungguhnya Kami telah bentangkan amanah ke
atas langit, b umi dan gun ung-ganang, lalu mereka tidak
sanggup memikulnya, dan mereka takut mener imanya, l alu
manusia memikulnya.”
Menunaikan ibadah adalah suatu sifat daripada sifat-
sifa t kesempur naan y ang disukai oleh jiwa . Menunaikan
ibadah k epada Allah S.W. T. adalah penunaian separuh dari -
pada amanah, dan ia akan menjadi sebab kepada penunaian
separuh k edua lagi. Dicer itakan, bahawa seor ang sahabat
berkata: Saya melihat seorang Arab kampung datang ke
PENGAJIAN ISLAM
162
pintu masjid, lalu turun dar ipada untanya, lalu ditinggalkan
untanya dan memasuki masjid dan terus sembahyang de-
ngan penuh k etenangan dan khusyu’, berdoa dengan segala
apa yang dikehendakinya sehingga kami merasa takjub.
Apabila dia k eluar, didapati untanya telah hilang, lantas dia
berkata: Aku telah menunaikan amanah-Mu maka di mana-
kah amanahku? Pe rawi ceri ta i ni berkata: Kami ber tambah
hairan. Tidak lama dia duduk di situ, sehingga datanglah se-
orang lelaki menunggang untanya dan menyerahkan unta
itu kepadanya.
Al-Imam al-Razi ber kata: I ktibarnya, ialah apabila dia
telah menjaga amanah Allah S.W. T. ( iai tu beribadah k epa-
danya dengan sempur na), Allah S.W. T. menjaga amanah-
nya. I ni l ah yang dik ehendaki oleh Rasulullah s .a.w. dalam
hadith yang dituturkan kepada Ibn Abbas:
†«Õ·ÿ†«‰‰Á†ÍÕ·ÿ„
Ert inya: “Jagalah (peliharalah) Allah S.W. T., nescaya Dia
akan menjagamu (memeliharamu).”
Ketiga: Kesibukan beribadah atau keasyikan beribadat
adalah suatu per pindahan dar ipada alam al-ghuru r kepada
alam al-suru r , ialah per pindahan dar ipada alam tipu-daya
kepada alam suka-ri a. Ia juga mer upakan per pindahan dari -
pada k esib ukan bersama makhluk kepada k esib ukan ber-
sama Allah S.W. T. Hal ini sudah tentulah membawa kepada
kelazatan dan k egembir aan y ang sempurna.
Di ri wayatkan dar ipada Imam Abu Hanifah r .h., baha-
wa seekor ular telah terjatuh dari siling dan orang ramai lari
bertempiaran. Abu Hanifah r. h. ketika itu di dalam sem-
bahyang, dan beliau tidak tersedar apa yang terjadi.
Perkara ini bukanlah suatu perkara ganjil. Sesiapa yang
meraguinya, maka hendaklah dia mer ujuk ayat al-Qur’an
yang mencer itakan kisah Nabi Y usuf:
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
163
Ert inya: “Apabila perempuan-perempuan itu melihatnya
(iaitu Yusuf), mereka hairan ter pegun, sehingga mereka me-
motong tangan-tangan mereka.”
(Surah Y usuf: 31)
Perempuan-perempuan y ang ter pegun melihat Nabi
Yusuf, lantaran k ekacakan dan ketampanan baginda,
sebenarnya hati mereka telah dikuasai oleh per asaan asyik
dengan k ekacakan Nabi Y usuf, yang mana membawa
kepada hal tidak sedar diri, sampai mereka ter potong jari -
jari tangan mereka. Apabila hal ini (iaitu keter pegunan dan
keasyikan sampai tidak sedar diri) boleh berlaku pada
hak seorang makhluk, maka tentulah lebih aula hal yang
sama, (iaitu keasyikan yang amat mendalam dalam hati
hamba) boleh ber laku terhadap Allah S.W. T. Demikianlah
kupasan Imam al-Razi dalam percubaan beliau untuk
menerangkan faedah ibadah bagi seorang hamba Allah
S.W.T.
Seseor ang y ang mer asai k elazatan iman y ang sebenar,
dan hatinya diselubungi cahaya keyakinan, dia tidak akan
memandang ibadah sebagai ketundukan, atau kepatuhan
kepada titah perintah semata-mata, bahkan dia akan dapati
pada ibadah itu kelazatan. Lazat dengan munajat kepada
Allah S.W. T. dan lazat dengan usaha merebu t keredhaan
Allah S.W. T., di mana dia pasti akan merasai suatu
kebahagiaan yang tidak dapat ditolok-bandingkan dengan
kebahagiaan orang yang hidup mewah di istana mewah,
atau dalam timb unan harta benda, dan emas pera k. Keba-
hagiaan orang yang beribadah jauh lebih istimewa dan
unik.
PENGAJIAN ISLAM
164
Jika kita toleh k epada Rasulullah s .a.w. kita dapati ba-
hawa baginda s .a.w. menanti saat-saat k etibaan w aktu sem-
bahyang bagaikan penantian seorang yang haus dahaga
akan setitis air y ang sejuk.. Baginda menerpa berl ari meluru
ke arah solat, seumpama melurunya seor ang y ang ber-
musafir di padang pasir ke arah lembah wadi yang kehijau-
an. Baginda seringkali berkata kepada Bilal apabila tiba
waktu sembahyang, dalam keadaan yang rindu dan meng-
harap, dengan sabda baginda s .a.w. :
†š—ÕÊ«†»Á«†Í«†»‰«‰
Ert inya: “Rehatkan kami ya Bilal dengannya (iaitu dengan
sembahyang) wahai Bilal.”
[Hadis riwayat Ahmad, Nasaai, Hakim dan Baihaqi]
‘Aisyah juga per nah mencer itakan, di mana kata be-
liau: ‘Telah adalah Rasulullah s .a.w. bercakap-cakap dengan
kami dan kami bercakap-cakap dengan baginda. Apabila
tiba waktu sembahyang, baginda seolah-olahnya tidak me-
ngenali kami lagi, kami tidak mengenali baginda. Maka
tidak hair anlah jika baginda s .a.w. bersabda:
†ÃŸ‰ †‚—…†ŸÍÊ͆·Í†«‰’‰«…
Ert inya: “Dijadikan k esejukan mata hatiku dalam sem-
bahyang.”
Selain apa yang dibentangkan di atas, di sana masih
banyak matlamat ibadah Islam yang ingin dicapai. Di an-
taranya sebagaimana y ang digar iskan oleh Prof. Dr. Yusuf
al-Qardhawi ialah (1985: 95–129):
• Ibadah sebagai makanan ruh
• Ibadah dan ‘Ubudiyyah jalan pembebasan manusia
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
165
• Ibadah sebagai ujian
• Ibadah adalah hak Allah S.W. T. ke atas hamba-Nya
• Ibadah sebagai cara mendapat pahala
• Ibadah adalah matlamat b ukan hanya cara ( W asail )
• Ibadah sebagai cara pembersihan jiwa (bukan ‘Illah
kepada ibadah)
• Ibadah sebagai akhlak dan akhlak sebagai ibadah
KEISTIMEWKEISTIMEWKEISTIMEWKEISTIMEWKEISTIMEWAAN IBAAN IBAAN IBAAN IBAAN IB A DA DA DA DA DAH DALAM ISLAMAH DALAM ISLAMAH DALAM ISLAMAH DALAM ISLAMAH DALAM ISLAM
Ibadah Islam adalah ibadah y ang istimewa dan unik, sert a
amat berbeza daripada ibadah dalam agama lain. Ia bersifat
Rabbani , syumul, berseimbangan dan lain-lain ciri yang
agung. Berikut dinukilkan beberapa keistimewaan terse-
but:
1. Tiada tuhan y ang disembah melainkan Allah S.W. T.
2. Pembebasan ibadah daripada perhambaan k epada tokoh
agama
3. Ikhlas hati asas makbul ibadah
4. Ibadah hanya dengan kaifiyyat yang disyara‘kan
5. Perimbangan antara ruh dan jasad
6. Mudah dan menghapuskan kepayahan
HIKMAH IBADAH-IBADAH ISLAMHIKMAH IBADAH-IBADAH ISLAMHIKMAH IBADAH-IBADAH ISLAMHIKMAH IBADAH-IBADAH ISLAMHIKMAH IBADAH-IBADAH ISLAM
1.1.1.1.1. SembahyangSembahyangSembahyangSembahyangSembahyang
Di sini, dipaparkan secara ringkas beberapa rahsia sembah-
yang. Di antaranya ialah:
• Sembahyang sebagai penyuci dosa
• Sembahyang sebagai cara menjaga kebersihan dan ke-
cantikan
PENGAJIAN ISLAM
166
• Sembahyang sebagai Riadah Badaniyyah (senaman
badan)
• Sembahyang sebagai sumber k ekuatan roh
• Sembahyang kekuatan akhlak
Peranan Sembahyang berjemaah
• Sembahyang jemaah sebagai kelab masyarakat
• Sembahyang jemaah sebagai latihan askar
Masjid dan peranannya dalam kehidupan
a. Masjid sebagai universiti awam
b. Masjid sebagai dewan parlimen tetap
c. Masjid sebagai dewan muktamar
d. Masjid sebagai medan latihan amali
e. Kebebasan
f. Persaudaraan
g. Persamaan
PuasaPuasaPuasaPuasaPuasa
Antara hikmah puasa ialah:
(1) Meninggikan roh
Roh adalah hakikat sebenar kejadian manusia. Manusia
dinamakan man usia lantaran dia mempunyai roh, atau jiwa .
Manusia tidak dinamakan manusia kerana tulang-belulang-
nya, atau anggota zahirnya, daging, dar ah, urat dan lendir-
nya semata-mata. Manusia hanya dipanggil manusia oleh
kerana rohnya dan jiwanya . Apabila nyawanya sudah ter-
cabut keluar daripada tubuh-badannya, maka dia tidak di-
panggil manusia lagi.
Tubuh-badan, ke rangka, tulang-belulang, daging, da-
rah, urat dan lendir hanya mer upakan sar ang tempat roh
bertenggek buat sementara w aktu. Tubuh-badan adalah ru -
mah k ediaman roh. Tuan ru mah y ang sebenarnya ialah roh.
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
167
Alangkah hairan apabila didapati r umah dihiasi dan
diper indahkan dengan segala perhiasan dan dilengkapi de-
ngan perabu t yang beraneka r upa, sedangkan tuan r umah-
nya kurus ke ring, kusut masai, lesu tidak berm aya sert a
tidak teru rus.
Begitulah perbandingan yang jelas tentang sikap ma-
nusia y ang hanya menjaga tub uhbadan lahirnya dengan
segala makan minum y ang lazat lagi berzat. Mereka hiasi
tubuh-badan mereka dengan pakaian y ang cantik dan
mahal. Mereka menjaga k ebersihan tub uh-badan mereka
dengan mandi-manda, bersabun, bersyampu dan dikenakan
pula dengan segala macam bau-bauan. Mereka sanggup
berhabis w ang lantaran membeli ubat, pil vitamin dan ubat
kuat. Mereka sanggup bersenam dan bersukan, demi mem-
pastikan agar jasad yang fana ini kelihatan segar bugar dan
sihat sentiasa, sedangkan jasad ini akhirnya akan hancur
luluh ditelan bumi.
Tetapi, ber apa r amai di kalangan man usia y ang meng-
ambil berat soal rohnya, atau jiwanya y ang bakal hidup
kekal abadi? Sedangkan hakikat kejadiannya, hakikat ke-
manusiaannya hanya bergantung kepada roh dan jiwanya?
Mereka biarkan roh mereka kurus ke ring, kusut-masai, se-
lekeh, berbau busuk dan hanyir dan terlantar kelesuan atau
terbar ing k esakitan. Man usia ser ing melupakan rohnya . Dia
tidak sudi member ikan rohnya makanan y ang lazat, atau
membelikannya ubat-ubatan roh y ang boleh menguatkan
tenaga rohnya y ang tidak berm aya .
Oleh yang demikian, antara hikmat besar diwajibkan
umat Islam berpuasa, ialah agar roh mereka y ang lesu kem-
bal i c eria, sihat, segar dan b ugar. Puasa adalah sebahagian
daripada makanan roh y ang amat lazat. Puasa mampu me-
ringankan roh seseor ang manusia. Roh or ang yang ber puasa
akan dekat dan hampir k epada Allah S.W. T.
Oleh demikian, ‘ulama berkata: “Bulan Rejab untuk
membersihkan tubuh-badan, bulan Sya‘aban untuk mem-
PENGAJIAN ISLAM
168
bersihkan hati, sementara bulan Ramadhan pula untuk
membersihkan roh.
Sesungguhnya, gabungan ibadat puasa di siang hari,
bacaan ayat suci al-Qur’an, sembahy ang tera wih dan witir,
qiyaamullail dan I‘tikaf di masjid pada 10 malam ter akhir,
serta ibadat pada malam lailatul-qadr mampu mengem-
balikan k ekuatan roh, jika kita benar-benar menjadikan
Ramadhan pesta ibadat yang beraneka ragam. Malangnya,
umat Islam lupa dan lalai. Mereka hanya tahu menjadikan
Ramadhan sebagai pesta kuih-muih dan beraneka sajian
makanan.
(2) Memulihkan Kesihatan
Hikmah puasa y ang seterusnya ialah mem ulihkan k esihatan
tubuh badan zahir. Rasulullah s .a.w. semenjak 14 kurun
yang lampau telah bersabda:
†’ËÂË«† ’ÕË«
Ert inya: “Ber puasalah kamu, nescaya kamu akan sihat.”
Dalam hadith y ang lain, baginda s .a.w. bersabda:
«†Â‰š†«»Ê†¬œÂ†ËŸ«¡†‘—«†Âʆ»•ÊÁ̈†»Õ”»†«Íʆ¬œÂ†š„͉« †Í‚ÂÊ’‰»Á̈†·³Ê†„«Ê†‰«ÂÕ«‰…̈†·À‰À†‰•Ÿ«ÂÁ̈†ËÀ‰À†«‘—«»Á̈†ËÀ‰À
‰Ê·”ÁƱ
Ert inya: “Tidak ada sesuatu bekas y ang diisikan oleh anak
Adam y ang ter lebih bu ruk daripada mengisi uncang peru t-
1 Hadith ri wayat at-Tir mizi, dan beliau mengkategor ikannya sebagai
hadith hasan. Juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dengan lafaz yang
hampir sama, juga oleh Ibn Hibban dalam sohihnya.
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
169
nya. Jika dia tidak mampu, maka hendaklah 1/3 untuk
makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi untuk na-
fas.”
Kata-kata Rasulullah s .a.w. ini adalah wahy u. Baginda
tidak men utur kannya mengikut selera hawa nafsu. W alau-
pun baginda tidak mempelajari i lmu perubatan dan ke si -
hatan, namun ilmu per ubatan moden telah tampil di akhir
zaman untuk membuktikan kebenaran kata-kata baginda
itu. Pakar per ubatan telah mengiyakan keny ataan bahawa
berpuasa adalah suatu cara terbaik untuk menjaga kesihatan.
Atau atau istilah yang lain, ber pantang. Mereka juga meng-
iyakan bahawa makanan yang beraneka ragam adalah punca
kebanyakan penyakit manusia.
Sebuah majalah perubatan barat per nah meny iarkan
berita tentang 300 kes pesakit kencing manis telah dapat
disembuhkan mener usi progr am berpuasa. SubhaanalLah !
Maha suci Engkau Ya Allah! Sebenarnya, puasa mampu me-
nyembutkan berbagai-bagai jenis penyakit yang berpunca
daripada makanan, sepert i darah tinggi, k egemukan, k eta-
gihan rok ok, dan lain-lain.
(3) Mengawal Perasaan Menahan Kemahuan Hawa Nafsu
Suatu hikmat puasa yang tidak kurang pentingnya, ialah
sebagai latihan diri dengan tarbiyyah mengawal perasaan
dan menundukkan desakan kemahuan nafsu. Seseorang
Muslim yang berpuasa, dia sanggup tidak menjamah ma-
kanan yang ada di hadapannya, demi kerana taatkan Allah
S.W.T., walaupun makanan itu adalah makanan k egemaran-
nya yang paling lazat.
Seor ang Muslim tidak sanggup meminum air, walau-
pun ketika dia keseorangan, tidak ada orang yang melihat-
nya. Dia sanggup men ahan kehausannya semata-mata
kerana ketaatannya k epada Allah S.W. T.
PENGAJIAN ISLAM
170
Demikian pula seorang Muslim, sanggup mengenepi-
kan kemahuan syahwatnya dan menundukkan desakan
nafsu seksnya, walaupun isterinya yang cantik jelita terba-
ring di sebelahnya, walaupun dalam keadaan yang meng-
giurkan, sedangkan dia mampu memuaskan nafsunya yang
sedang meronta-ronta itu. Semuanya ditinggalkan, dik etepi-
kan dan ditundukkan semata-mata kerana taatkan Allah
S.W.T.
Sebab itulah, Allah S.W. T. menyediakan pahala yang
amat besar kepada or ang yang ber puasa. A l lah S.W. T. ber-
firman Allah S.W. T. berfirman dalam hadith qudsi y ang ber-
bunyi:
†„‰†ŸÂ‰†«»Ê†¬œÂ†‰Á†³‰«†«‰’ˆ·³ÊÁ†‰Í†ËšÊ«†šÃ“͆»Á
Ert inya: “Semua amalan anak Adam adalah baginya , kecuali
puasa. Ia adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan membalas-
nya.”
Apakah di sana ada suatu kuasa yang lebih besar yang
mampu menundukkan nafsu makan, minum dan nafsu seks
manusia, dalam keadaan yang dia mampu melakukan se-
muanya itu dengan mudah? Sesungguhnya puasa adalah
suatu kekuatan. Kekuatan untuk menahan dan menunduk-
kan r untunan hawa nafsu. Sesungguhnya menundukkan
hawa nafsu adalah suatu perkara y ang amat sukar, kecuali
oleh or ang-orang yang ber iman kepada Allah S.W. T.
Oleh itu, puasa adalah suatu latihan agung untuk
menundukkan kemahuan hati, mematahkan r untunan diri
dan memaksa hawa nafsu agar tunduk menyerah kalah
kepada undang-undang dan peraturan puasa.
Seor ang ahli psik ologi Jer man telah menjalankan suatu
kajian berhub ung den gan k ekuatan man usia untuk me-
nahan diri daripada r untunan hawa nafsu dan menew askan
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
171
pujuk-rayunya . Beliau akhirnya membuat k eputusan ilmiah-
nya dengan menyatakan, bahawa puasa adalah satu-satunya
cara terbaik dan paling mampu melatih manusia menun-
dukkan nafsu dan kemahuan diri.
Kita umat Islam ser ingkali mer asa seronok apabila
orang bukan Islam yang membuat kajian tentang Islam dan
memuji Islam. Namun dalam masa yang sama, kitalah
orang yang paling alpa dan lalai dalam melaksanakan ke-
baikan Islam yang telah dibuktikan secara ilmiah itu. Kita
kadang-kadang, tidak merasakan kehebatan Islam, melain-
kan apabila ada kajian orang barat yang membuktikan kehe-
batan Islam. Sepatutnya, kita merasa yakin akan kehebatan
Islam, walaupun tanpa apa-apa pembuktian saintifik. Se-
sungguhnya, semua ajaran dan anjuran yang dibawa oleh
Islam, adalah yang terbaik dan paling cemerlang, kerana ia
adalah gar apan wahyu dar ipada Allah S.W. T. Sesungguhnya
Allah S.W. T. tahu apa y ang baik untuk man usia dan apa
yang bu ruk untuk hamba-Nya .
(4) Mengingatkan Nikmat Makanan Dan Minuman
Hikmah puasa y ang seterusnya ialah mengingatkan nikmat
makanan dan min uman serta nikmat keny ang. Man usia
seringkali tidak dapat menilai sesuatu nikmat, dan lupa pula
untuk bersyukur, terutamanya apabila nikmat itu datang
selalu mencurah-curah pagi dan petang. Dia hanya tahu
akan nilai nikmat itu apabila nikmat itu sudah hilang. Kita
tidak tahu nikmat sihat yang kita nikmati sepanjang tahun,
kecuali semasa sakit, walaupun sehari dua. Kita tidak menilai
nikmat siang, kecuali apabila malam menjelma. Demikian
juga nikmat makan minum. Oleh kerana kita selalu makan,
pagi petang, siang dan malam, kita menganggap makan
minum itu perkara biasa. Semua orang makan dan minum.
Kita kadang-kadang terlupa untuk bersyukur. Oleh itu, ma-
nusia tidak akan mengingati nikmat makan minum kecuali
PENGAJIAN ISLAM
172
apabila nikmat itu hilang. Oleh ke rana itu, Allah S.W. T.
mensyari‘at puasa, agar kita dapat mensyukuri nikmat
makanan dan minuman, walaupun sedikit. Setengah orang
tidak bersyukur jika makan minum ala kadar. Dia hanya
mengucap al-hamdulillah dan bersyukur jika makan besar
sahaja. Tetapi, semasa ber puasa, dia akan ter asa betapa
besarnya nikmat makanan, w alaupun sek etul kuih, atau
seteguk air. Dengan itu, dia akan mengingati k ebesaran Tu -
han yang menciptakan makanan dan minuman.
Sebab itulah, Nabi kita Muhammad s .a.w. apabila
Allah S.W. T. membentangkan k epada baginda supaya lem-
bah Makkah dijadikan emas, baginda menjawab: “Tidak
wahai T uhanku! Biar lah aku keny ang sehari, dan lapar se-
hari. Apabila aku lapar, aku akan merengek k epada-Mu dan
mengingati-Mu, dan apabila aku kenyang, aku akan men-
syukuri-Mu dan memuji-muji-Mu.
(5) Mengingati Kesengsaraan Orang Miskin
Seterusnya puasa mempunyai hikmah agar dengan ke la-
paran sepanjang hari yang dilalui oleh or ang y ang ber-
puasa itu, dia dapat mengingati kesengsaraan orang-orang
yang lapar. Agar dia akan ter panggil untuk sama-sama me-
ngasihi orang fakir miskin yang masih melata di bumi Allah
S.W.T. ini. Mereka terpanggil sedemikian, b ukan ke rana
khutbah yang berapi, atau pidato, atau ceramah agama,
tetapi dia tersedar dari lamunan hidup mewahnya dengan
berkat suara perutnya yang ‘bercerut dan menyany i’ tatkala
dia lapar ber puasa. Suara perutnya yang sa yu, nyan yian un-
cang perutnya y ang menda yu, dihar apkan menjadi daya
panggilan untuk dia segera insaf tentang bagaimana orang-
orang miskin hidup sepanjang tahun, tanpa makanan yang
cukup.
Kadang-kadang, manusia yang dibesarkan dalam sua-
sana senang dan mewah, mereka meny angka semua man usia
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
173
macam dirinya. Makan minum senang dan hidup senang.
Jadi tepatlah Allah S.W. T. menjadikan puasa ini sebagai
suatu cukai hidup kemasyarakatan yang adil, tidak kira kaya
atau miskin, semuanya mesti membayar cukai ini. Orang
kaya dan memiliki harta berbillion r inggit atau dollar wa j ib
berpuasa. Orang miskin merempat, y ang tidak ada apa-
apapun untuk dimakan, dia juga wajib berpuasa. Ia adalah
proses pembaikan sosial, agar jangan ada or ang kaya yang
lupa daratan, lupakan golongan fakir miskin.
Oleh ke rana itu, diri wayatkan bahawa Nabi Y usuf a.s.
terlalu banyak berpuasa, sedangkan baginda memegang ja-
watan Menteri Kewangan kerajaan Mesir purba, yang kaya
raya. Apabila ditanya tentang hal itu, baginda menjawab:
Aku takut jika aku kenyang, aku akan lupakan kelaparan
orang-orang yang fakir dan miskin!.
Marilah kita mengenang kesusahan orang yang susah,
kelaparan or ang y ang lapar, kesejukan orang y ang tidak
berpakaian tebal di negara berm usim sejuk. Lembutkanlah
hati kita untuk sama-sama kita berkongsi kesusahan dan
kepedihan mereka. K etahuilah, bahawa harta kita adalah
harta Allah S.W. T. Ia hanya milik sementara jua, y ang diberi
pinjam sahaja. Gunakanlah untuk membantu fakir miskin,
terutamanya di b ulan puasa ini. Untuk mengetahui bagai-
manakah pemurahnya Rasulullah s .a.w. di bulan puasa,
dinukilkan di sini hadis yang meriwayatkan bahawa baginda
s.a.w. adalah seor ang man usia y ang amat pemu rah, dan ke -
m urahan baginda di b ulan Ramadhan bertambah-tambah
lagi, seumpama angin yang lain.
Sabda Rasulullah s .a.w. :
«‰—«ÕÂËʆ͗ÕÂÁ†«‰—ÕÂÊ̈†«—ÕÂË«†·Í†«‰š—÷†Í—Õ„†Âʆ·Í«‰”«¡
Ert inya: “Orang-orang y ang membelas-kasihan, akan
PENGAJIAN ISLAM
174
dibelas kasihan oleh T uhan y ang ber nama al-Rahman.
Kesianilah orang yang berada di muka bumi, nescaya kamu
akan dibelas-kesiani oleh orang yang berada di langit.”
ZakatZakatZakatZakatZakat
• Zakat sebagai sistem inov atif Allah S.W. T.
• Zakat hak wa j ib orang kaya b ukan sukarela
• Hak fakir miskin
• Hak masyarakat
• Hak Allah S.W. T.
Rahsia Zakat:Rahsia Zakat:Rahsia Zakat:Rahsia Zakat:Rahsia Zakat:
1. Rahsia pembersihan.
• Perbersihan jiwa orang kaya daripada sifat kede-
kut.
• Pembersihan jiwa fakir miskin daripada hasad
dengki terhadap or ang kaya .
• Pembersihan masya rakat dar ipada f aktor-f aktor ke -
hancur an, per pecahan dan per tembungan.
• Pembersihan harta itu sendiri .
2. Menyuburkan hart a.
• Penyuburan jiwa oranga kaya.
• Penyuburan jiwa dan keperibadian fakir miskin.
• Penyuburan harta itu sendiri .
3. Pemeliharaan terhadap hart a. Nabi bersabda:
†Õ’ÊË«†šÂË«‰„†»«‰“„«…
Ert inya: “Pertahankanlah (Bentengilah) har ta-harta kamu
dengan mengeluarkan zakat.”
4. Mewujudkan masyarakat penyayang.
5. Zakat sebagai cara mendekatkan jurang kekayaan dan
kemiskinan.
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
175
HajiHajiHajiHajiHaji
a. Hubungan muslim dengan Baitullah al-Haram dan
pengasasnya
b. Kaabah lambang perpaduan umat
c. Haji sebagai penjaga kekuatan ruh
d. Haji sebagai latihan
e. Haji dan per niagaan
f. Persamaan, perpaduan Dan keamanan
g. Haji muktamar sedunia umat
h. Penyatuan Umat:
• Penyatuan perasaan.
• Penyatuan syiar/lambang.
• Penyatuan perkataan.
• Penyatuan matlamat.
• Penyatuan amal.
• Haji muktamar sedunia umat
P E N U T U PP E N U T U PP E N U T U PP E N U T U PP E N U T U P
Ibadah dalam kehidupan seorang Mukmin adalah kehidup-
an keselur uhannya, kerana setiap kegiatan hariannya adalah
dikira ibadah k epada Allah S.W. T. Dia hanya memerlukan
niat dan pelaksanaannya y ang tidak ber tentangan dengan
syarak untuk melayakkan setiap kegiatannya dianggap setiap
ibadah. Oleh kerana itu, adalah amat benar sekali bahawa
Islam adalah way of life atau cara hidup kerana kemampuan
Islam men ukar kan seluruh bentuk k egiatan k ehidupan
manusia menjadi ibadah atau kegiatan keagamaan.