komunikasi bencana
DESCRIPTION
Komunikasi bencanaTRANSCRIPT
KOMUNIKASI BENCANA‘Izzat Najmi bin Ibrahim
Jeffrey Yeoh Ze Hui
Apakah Komunikasi Bencana? Ketika berlakunya bencana alam,
penggunaan talian komunikasi biasa akan tergendala.
Hal ini disebabkan kerosakan menara pencawang atau stesen komunikasi terputus bekalan kuasa.
Gangguan tersebut tidak terjadi jika menggunakan set komunikasi radio amatur
Definisi Radio Amatur
Radio amatur adalah suatu perkhidmatan radio komunikasi yang digunakan bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan penyiasatan teknikal yang dijalankan oleh individu yang memegang lesen radio amatur.
Seseorang pengendali radio amatur juga dikenali sebagai “Ham Radio” dan terdapat lebih 3 juta pengendali diserata dunia yang mana mereka akan berpeluang berhubung diantara sama lain.
Contoh Alat
Tujuan Penggunaan
Penggunaan radio amatur boleh dibahagikan kepada 4 perkara:1. Aktiviti komunikasi2. Aktiviti uji kaji teknikal3. Perkhidmatan komunikasi semasa
kecemasan4. Memantau (monitoring)
1. Aktiviti komunikasi Pengendali radio amatur akan berpeluang
berhubung dengan jutaan pengguna dunia menggunakan frekuensi tertentu kerana liputanya tidak terbatas.
2. Aktiviti uji kaji teknikal Pengendali radio amatur akan berpeluang
membina, menguji-kaji dalam pembuatan radio, antena dan perkara-perkara yang berkaitan dengan teknikal.
3. Perkhidmatan komunikasi semasa kecemasan Di dalam keadaan darurat peranan radio
amatur amat membantu dalam memberikan kemudahan perhubungan.
Contohnya semasa berlaku bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, banjir dan lain-lain lagi memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara petugas-petugas terutama di kawasan pedalaman.
Begitu juga semasa menjalankan operasi SAR mengesan orang yang hilang atau sesat.
4. Memantau (monitoring) Pengendali radio amatur akan
berpeluang memantau frekuensi-frekuensi di dalam dan di luar negara serta stesen angkasa lepas.
Badan Kawal Selia
ITU International Telecommunication Union (ITU) atau
Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa merupakan sebuah badan kawal selia dalam menetapkan segala frekuensi dan aktiviti komunikasi radio di dunia.
IARU International Amateur Radio Union (IARU) atau
Kesatuan Radio Amatur Antarabangsa merupakan sebuah badan dunia mengenai radio amatur yang dianggotai terdiri dari lebih 189 negara.
SKMM Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) atau Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) merupakan sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam mengawal selia segala perkhidmatan yang melibatkan komunikasi di Malaysia.
MARTS Malaysian Amateur Radio Transmitters Society
(MARTS) atau Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia adalah satu-satunya persatuan radio amatur yang mewakili Malaysia di dalam Kesatuan Radio Amatur Antarabangsa.
Call sign (Tanda Panggilan)
“Call Sign” (Tanda Panggilan) adalah sesuatu yang unik bagi satu-satu stesen pemancar amatur.
Ianya dibezakan dengan lokasi atau negara dari mana stesen tersebut memancar.
“Call Sign” (Tanda Panggilan) ini mengandungi dua bahagian yang terdiri dari “Prefix” dan “Suffix”.
“Prefix” - dikeluarkan oleh ITU (International Telecommunication Union) yang mana ianya mengandungi pengenalan negara, kelas dan kawasan geografi pemilik “Call Sign” (Tanda Panggilan) tersebut,
“Suffix” - merupakan pengenalan pilihan pemilik
“Call Sign” (Tanda Panggilan) mengikut huruf yang bersesuaian dan bergantung kepada kekosongan jika ia belum digunakan lagi semasa permohonan “Call Sign” (Tanda Panggilan) dari SKMM
“Prefix” dan “Suffix”Contoh call sign ialah 9W2LNT
Prefix Suffix
9W2 LNT*Telah ditetapkan *Pilihan kita
Peruntukan Tanda Panggilan ( Call Sign ) di Malaysia adalah
seperti berikut :
S.MALAYSIA KELAS A 9M2xxx
S.MALAYSIA KELAS B 9W2xxx
SABAH KELAS A 9M6xxx
SABAH KELAS B 9W6xxx
SARAWAK KELAS A 9M8xxx
SARAWAK KELAS B 9W8xxx
Cara Beroperasi
Secara asasnya, terdapat 2 jenis komunikasi di dalam radio amatur iaitu 1. Simpleks (simplex) 2. Pancar ulang (repeater)
Simpleks
komunikasi secara dua hala iaitu dari stesen ke stesen tanpa menggunakan repeater. Jarak komunikasi bergantung kuat kepada jenis antena, ketinggian antena dan kekuatan kuasa pancaran. Jika kesemua faktor tersebut dapat diselaraskan dengan sempurna, jarak komunikasi yang agak jauh dapat dicapai dengan jarak 20-30km.
Pancar ulang (repeater)
perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita. Pancar ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti di gunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain pada jarak yang lebih jauh.
Pancar ulang penting kerana ada kalanya komunikasi agak sukar kerana terlindung oleh halangan seperti struktur binaan manusia seperti bangunan mahupun muka alam seperti bukit dan gunung. Oleh yang demikian, bagi membolehkan audio disampaikan ke kawasan yang terlindung, pancar ulang diperlukan
Fonetik Abjad
A - AlfaB - BravoC - CharlieD - DeltaE - EchoF - FoxtrotG - GolfH - HotelI - IndiaJ - JuliettK - KiloL - LimaM - Mike
N - NovemberO - OscarP - PapaQ - QuebecR - RomeoS - SierraT - TangoU - UniformV - VictorW - WhiskeyX - X-rayY - YankeeZ - Zulu
Q-kod
Q-kod digunakan oleh operator CW yakni Morse-Code.
bertujuan untuk meringkaskan penghantaran mesej melalui Morse-Code.
sebahagian daripada budaya radio amateur dan digunakan di udara.
Gunakan sesekali sahaja bukannya sepanjang perbualan.
Senarai Q-kod
QRA - Nama station/handle atau alamat?QRK - Setakat manakah bacaan (suara) saya? (R1 – R5).QRL - Jalur sedang digunakan atau Sebok.QRM - Adakah anda mendapat gangguan? QRO - Perlukah saya meningkatkan kuasa pancaran?/Kuasa
tinggi.QRP - Perlukah saya merendah kuasa pancaran? Kuasa rendah.QRT - Berhenti dari memancar atau tutup station.QRU - Ada apa-apa lagi untuk saya? atau saya tiada apa-apa
lagiuntuk anda atau itu sahaja dari saya.QRV - Anda bersedia? atau saya bersedia sekarang.QRX - Berhenti sementara (akan masuk balik ke jaluran) atau
saya akan panggil anda nanti, jam ………… atau tunggu di jaluran atau bila nak panggil saya balik?
QRZ - Siapa yang memanggil saya ini? atau anda dipanggil oleh 9W2…… di V…..
QSA - Setakat manakah kekuatan signal saya? (S1 - S9)QSB - Adakah signal saya kian menurun (menghilang)? atau
signal anda kian menurun (menghilang).QSD - Penghantaran kurang baik atau pemancaran terok.QSL - Diterima dan faham.QSN - Anda dengar saya? atau saya dengar anda.QSO - Perhubungan radio atau perbualan di radio.QSP - Boleh sampaikan pesanan saya kepada …………..? atau
saya akan sampaikan pesanan kepada ……………..QSY - Tukar ke jaluran lain.QTH - Anda berada di lokasi mana sekarang? QTR - Jam pukul berapa sekarang? atau sekarang pukul
Cara Berkomunikasi(Cara memanggil stesen)
Dimulakan dengan menyebut tanda panggilan stesen yang hendak di panggil (9W2MIE) dan barulah mengenalkan tanda panggilan stesen yang memanggil (9M2DA)
Contoh: Nine Whiskey Two Mike India Echo di sini Nine Mike Two Delta Alpha over
Cara Berkomunikasi(Cara menjawab panggilan)
Berinteraksi dimulakan dengan menyebut tanda panggilan stesen yang memanggil dan barulah diikuti tanda panggilan stesyen yang menerima panggilan.
Contoh: Nine Mike Two Delta Alpha di sini Nine Whiskey Two Mike India Echo “nama saya azmi, saya eja, Alpha, Zulu, Mike, India, saya ulang” umur saya………tahun. , Semoga dapat bertemu lagi di udara, over.