komsas t4 drama gelanggang tuk wali
TRANSCRIPT
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre DramaTingkatan : 4
Masa : 80 minit
Tajuk : Gelanggang Tuk Wali
Genre : Drama
Fokus Utama : 10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan,pemikiran, nilai dan pengajaran. Aras 1
(iv) Menganalisis perkara yang menarik dalam karya.
Fokus Sampingan : 2.4 Mengemukakan cadangan yang membina untuk mencapai tujuan perbincangan Aras 1
(iii) Mendengar pendapat yang dikemukakan untuk memberikan respons yang sesuai
Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat:i. Menganalisis perkara yang menarik dalam karyaii. Melengkapkan jadual persoalan dan peristiwa berdasarkan dramaiii. Menulis cakap ajuk kepada cakap pindah dengan betul
Kemahiran Bahasa: Fokus Utama: Kemahiran mendengar dan bertutur
Fokus Sampingan: Kemahiran menulis
Sistem Bahasa:Tatabahasa : Cakap ajuk, cakap pindah
1
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre DramaKosa Kata :
Umum : histeria, tengkolok, srikandi, copot, kecundangIstilah : rongga hidung, jurus tari silat, tongkat ali, melankolik
Pengisian Kurikulum:
Ilmu : Kemasyarakatan, Warisan Budaya Bangsa (ilmu persilatan)
Nilai : Keberanian, ketaatan, kasih sayang, menghargai alam semula jadi
Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran Berfikir :
Membuat kesimpulanMenilaiMenghubungkaitkan
2
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Drama
Langkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Penilaian
FormatifKBT/Catatan
Set Induksi
1
Set Induksi
1. Guru menunjukkan gambar keris dan meminta murid bercerita tentang keris.
2. Guru bersoaljawab dengan murid tentang penggunaan keris dalam kalangan masyarakat Melayu pada zaman dahulu dan zaman sekarang.
3. Guru mengaitkan penggunaan keris dengan isi pelajaran pada hari ini.
Menganalisis Perkara Yang Menarik dalam Karya
1. Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan mengikut nama-nama watak drama Gelanggang Tuk Wali, iaitu :
(i) Tuk Wali(ii) Ripin(iii) Siak(iv) Mak Umi(v) Mariam
2. Guru memberikan arahan kepada setiap kumpulan.
a. Guru meminta murid-murid dalam kumpulan membaca petikan teks drama yang ditugaskan kepada mereka.
Set Induksi Tercapai
Catatan :Murid telah membaca teks drama Gelanggang Tuk Wali
Lampiran 1 (Gambar keris)
Lampiran 2(Soalan Tentang Keris)
KBT:Kemahiran berfikir:Menghubungkaitkan
3
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Drama
b. Guru meminta setiap kumpulan menjalankan aktiviti menilai.
i. Guru meminta murid memerhatikan idea yang hendak disampaikan oleh penulis dalam petikan yang diberi.
ii. Guru meminta murid dalam kumpulan menyenaraikan ciri positif (kebaikan) yang terdapat dalam petikan teks.
iii. Guru meminta murid dalam kumpulan menyenaraikan ciri negatif (keburukan) dalam teks.
iv. Guru meminta murid memberikan wajaran kepada setiap ciri
v. Guru menyuruh murid membuat wajaran secara keseluruhan.
vi. Guru menyuruh murid membandingkan wajaran secara keseluruhan.
3. Guru meminta ketua setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.
4. Guru meminta murid membuat kesimpulan tentang Perkara yang menarik dalam petikan.
Objektif (i) tercapai
Teknik: Sumbangsaran
Lampiran 3(Cadangan jawapan)
Kemahiran berfikir: Menilai
4
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Drama
2
5. Guru membetulkan jawapan murid sekiranya perlu.
Persoalan dalam Petikan Drama
1. Guru mengedarkan kertas sebak kepada setiap kumpulan.
2. Guru meminta murid dalam kumpulan mencari peristiwa yang bersesuaian dengan persoalan dalam drama
a. Kumpulkan maklumat yang berkaitan dengan persoalan yang diberi dari petikan yang dibaca.
b. Susun semula maklumat dalam urutan yang logik
c. Analisis maklumat
d. Buat pernyataan kesimpulan dengan sokongan bukti yang ada dalam petikan dan pindahkan dalam jadual.
3. Guru meminta salah seorang murid dalam setiap kumpulan membentangkan hasilan dapatannya di depan kelas.
4. Guru membetulkan jawapan murid dan meminta murid membuat kesimpulan tentang persoalan yang diperoleh dalam drama Gelanggang Tuk Wali.
Objektif (ii) tercapai
Lampiran 4 (Lembaran kerja)
Kemahiran berfikir:Membuat Kesimpulan
5
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Drama
3 Cakap Ajuk Cakap Pindah
1. Guru memilih satu dialog yang terdapat dalam drama Gelanggang Tuk Wali dan menulisnya di papan tulis.
2. Guru menyediakan kad perkataan yang mengandungi cakap pindah dan meminta beberapa orang murid menyuaikan kad perkataan dalam cakap pindah dengan perkataan dalam cakap ajuk dan lekatkan kad perkataan di bawah tulisan cakap ajuk.
3. Guru melukis beberapa anak tangga di papan tulis.
4. Guru mengarahkan seorang murid menyusun ayat cakap pindah mengikut keutamaan supaya membina ayat yang gramatis.
a. Guru meminta seorang murid meletakkan perkataan yang mengandungi subjek dalam ayat pada anak tangga paling bawah.
b. Guru meminta seorang murid meletakkan perkataan yang terdapat dalam predikat pada anak tangga seterusnya.
c. Guru meminta murid-murid menyusun perkataan dari perkataan yang penting kepada yang kurang penting pada anak tangga.
d. Ulangi sehingga sehingga kesemua perkataan
Ojektif (iii) tercapai Teknik Adaptasi
KBTKemahiran BerfikirKritis – Menyusun mengikut keutamaan
6
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Drama
tersusun pada anak tangga.
5. Guru meminta murid-murid menyemak sama ayat yang terbina adalah ayat yang gramatis dan bersesuaian dengan dialog yang diberi.
6. Guru membetulkan jawapan murid.
7. Guru meminta murid-murid dalam kumpulan memilih satu dialog, drama Gelanggang Tuk Wali, antologi Harga Remaja.
8. Guru meminta murid-murid melakukan teknik yang sama dan mengubah cakap ajuk kepada cakap pindah.
9. Guru meminta wakil daripada setiap kumpulan untuk datang ke depan dan menulis dialog yang dipilih dan juga cakap pindah yang sudah dibuat.
10.Guru meminta murid-murid membuat penilaian berdasarkan jawapan yang ditulis di papan tulis.
11.Guru memilih jawapan pelajar yang paling betul sebagai pemenang.
12.Guru membetulkan jawapan-jawapan pelajar.
Lampiran (5)Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
7
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Drama
Peneguhan dan Penilaian
1. Guru meminta beberapa orang murid menyenaraikan jenis-jenis senjata tradisional yang terdapat dalam masyarakat di Malaysia.
2. Guru membuat rumusan keseluruhan isi pelajaran tentang tajuk yang dipelajari pada hari ini.
8
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre DramaLampiran 1 : Gambar Keris
Gambar Keris
9
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Drama
Lampiran 2 : (Soalan tentang Keris)
Soalan :
1. Dimanakah senjata ini boleh dilihat ?
2. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat senjata ini ?
3. Apakah kegunaan keris pada masa dahulu ?
4. Apakah pula kegunaan keris pada masa sekarang ?
5. Mengapakah keris menjadi lambang kekuatan kepada orang Melayu?
10
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Drama
Lampiran 3
1. Jangkaan Jawapan Pemikiran dan Huraian2. Jangkaan Jawapan Persoalan dan Huraian
Pemikiran Kekentalan semangat juang dan jati diri seorang guru silat dalam mempertahankan warisan budaya bangsanya yang pada suatu ketika dahulu menjadi kebanggaan generasi lama.
Tuk Wali atau nama sebenarnya Wak Raja Waliudin bin Raja Agus Salam merupakan seorang guru silat yang terkenal dan mempunyai kehebatan yang tersendiri. Tuk Wali banyak mencurah jasa kepada kesejahteraan kampungnya dengan mengajar anak-anak muda ilmu persilatan dan berjaya mempertahankan kampung mereka daripada serangan komunis. Tuk Wali menyandarkan harapan kepada dua orang anak muridnya yang masih setia dalam ilmu persilatan, iaitu Ripin dan Mariam agar meneruskan perjuangan mereka memartabatkan ilmu persilatan.
Persoalan Golongan muda yang semakin melupakan nilai-nilai budaya
Pergolakan masyarakat khususnya golongan muda pada hari ini yang semakin melupakan nilai-nilai budaya yang perlu dipelihara dan diamalkan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat. Contohnya, empat orang pemuda yang datang untuk belajar silat dengan Tuk Wali telah menimbulkan kekecohan sehingga mencetuskan pergaduhan antara Tuk Wali dan Siak.
Masalah sosial dalam masyarakat Berlaku pelbagai masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, dengki khianat dan tamak haloba yang akhirnya membawa padah dan kehancuran kepada masyarakat pada hari ini. Contohnya, Piee (cucu tiri Tuk Wali) terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
11
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Drama
Kepercayaan lama dalam masyarakat Mengamalkan pantang larang dan petua dalam menjalankan kerja-kerja seharian seperti masuk ke hutan untuk menebang pokok atau rotan. Contohnya, Tuk Wali tidak akan menebang pokok yang sedang berbunga atau pokok yang masih kecil.
Keberanian Keberanian seorang tua yang mempunyai kehebatan dalam ilmu persilatan dan handal bermain senjata. Contohnya, Tuk Wali berjaya mengalahkan empat orang perompak bersenjata dan mempertahankan kampung daripada serangan komunis.
Kemusnahan alam semula jadi Terdapat ahli masyarakat yang tidak menghargai alam semula jadi dan mementingkan diri sendiri. Contohnya, Guan dan Berahim yang memusnahkan alam semula jadi sewaktu mengambil hasil hutan seperti tongkat ali, pasak bumi dan rancang besi semata-mata untuk mengaut keuntungan.
12
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre DramaLampiran 4
Latihan (Jadual Persoalan & Peristiwa)
Lengkapkan jadual di bawah dengan menulis peristiwa yang berkaitan.
Bil Persoalan Peristiwa
1 Golongan muda yang semakin melupakan nilai-nilai budaya
2 Masalah sosial dalam masyarakat
3 Kepercayaan lama dalam masyarakat
4 Keberanian
13
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre DramaJawapan Latihan
Bil Persoalan Peristiwa
1 Golongan muda yang semakin melupakan nilai-nilai budaya
Empat orang pemuda yang datang untuk belajar silat dengan Tuk Wali telah menimbulkan kekecohan sehingga mencetuskan pergaduhan antara Tuk Wali dan Siak.
2 Masalah sosial dalam masyarakat Piee (cucu tiri Tuk Wali) terlibat dalam penyalahgunaan dadah, sanggup mencuri wang Tuk Wali yang berjumlah RM2,000.00. Selain itu turut mencuri biola dan keris kepunyaan Tuk Wali.
3 Kepercayaan lama dalam masyarakat Tuk Wali tidak akan menebang pokok yang sedang berbunga atau pokok yang masih kecil.
4 Keberanian Tuk Wali berjaya mengalahkan empat orang perompak bersenjata dan mempertahankan kampung daripada serangan komunis.
14