koleksi peribahasa
TRANSCRIPT
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
1/26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 1
KOLEKSI
PERIBAHASA
SIMPULAN BAHASA BIDALAN PEPATAH
PERUMPAMAAN KATA-KATA HIKMAT
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
2/26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 2
ISI KANDUNGANISI KANDUNGAN MUKA SURAT
MUKA DEPAN m/s 1
ISI KANDUNGAN m/s 2
SIMPULAN BAHASA m/s 3 hingga m/s 11
BIDALAN m/s 12 hingga m/s 17
PEPATAH m/s 18 hingga m/s 21
PERUMPAMAAN m/s 22 hingga m/s 23
KATA-KATA HIKMAT m/s 24 hingga m/s 25
RUJUKAN m/s 26
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
3/26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 3
SIMPULAN BAHASA
1. ada anginberkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
2. ada hatimempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau
memiliki sesuatu
3. air mukarupa atau wajah seseorang
4. ajak-ajak ayamtidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
5. ada bakatmempunyai tokoh atau perwatakan
6. alas perutmakanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan
yang mengenyangkan
7. anak angkatanak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
8. anak bapaanak yang disayangi oleh bapa
9. anak buahorang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
10.anak emasanak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
4/26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 4
11.angkat kakimeninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
12.atas anginnegara-negara di sebelah barat
13.atas pagartidak menyebelahi mana-mana pihak
14.ayam tambatanorang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
15.bahasa pasarbahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
16.banyak mulutorang yang banyak bercakap
17.batu apiorang yang suka menghasut
18.batu loncatansesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
19.bau-bau bacangtali persaudaraan yang jauh
20.bawah anginnegara-negara di sebelah timur
21.bekas tanganhasil kerja tangan seseorang
22.beralih akalberubah fikiran atau pendapat
23.beralih anginpergi ke sesuatu tempat untuk berehat
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
5/26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 5
24.berat hatienggan; malas
25.berat mulutpendiam atau tidak suka bercakap banyak
26.berat tulangorang yang malas bekerja
27.berat sebelahtidak berlaku adil
28.berbelah bagisukar untuk membuat keputusan
29.berhati batudegil dan sukar menerima nasihat
30.berhutang budipatut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
31.bermuka duatidak jujur
32.bertikam lidahbertengkar; berdebat
33.besar hatibergembira atau berbangga akan sesuatu
34.besar kepaladegil; sukar menerima pandangan orang lain
35.buah hatiorang yang dikasihi atau dipuja
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
6/26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 6
36.buah mulutsesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
37.buah tanganhadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
38.bulat hatibersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
39.buruk sikumengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
40.buta hatitidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
41.cahaya mataanak
42.cakar ayamtulisan yang buruk
43.campur tanganturut serta atau mencampuri urusan orang lain
44.cari jalanberusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
45.cepat tangansuka mencuri
46.dalam tangansudah pasti akan diperoleh
47.darah daginganak kandung
48.durian runtuhkeuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
7/26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 7
49.gaji butamendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
50.gelap matahilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
51.harga dirimaruah atau kehormatan seseorang
52.harga matiharga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
53.hati batudegil atau keras hati
54.hidung tinggisombong atau tinggi diri
55.hilang akaltidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
56.ikat perutmenahan lapar kerana berjimat
57.iri hatimenyimpan perasaan dengki atau cemburu
58.isi hatiperasaan dalam hati
59.jalan buntutidak ada jalan penyelesaian
60.kacang hantuorang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
8/26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 8
61.kaki ayamtidak berkasut atau berselipar
62.kaki bangkutidak berkebolehan bermain bola
63.kaki botolsuka minum minuman keras
64.kecil hatiberasa tersinggung atau merajuk
65.kepala anginperangai yang tidak menentu
66.kepala batudegil dan tidak mendengar nasihat
67.kera sumbangorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
68.khabar anginberita yang belum tentu benarnya
69.langkah kananbernasib baik
70.langkah seribucepat-cepat lari kerana ketakutan
71.lidah bercabangkata-kata yang tidak dapat dipercayai
72.lipas kudungcepat membuat kerja
73.lintah daratmengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
9/26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 9
74.makan anginbersiar-siar untuk berehat
75.makan suapmenerima rasuah
76.malu-malu kucingberpura-pura malu di hadapan orang
77.mati katakmati dengan sia-sia
78.membabi butamelakukan sesuatu tanpa berfikir
79.membawa diritahu menjaga diri
80.membuka jalanmemberi laluan kepada orang lain
81.membuka tembelangmenceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
82.memeras otakterlalu kuat berfikir atau belajar
83.menarik diritidak turut serta; meletak jawatan
84.mencari jalanberusaha untuk melakukan sesuatu
85.mencuci matagembira memperhatikan sesuatu yang indah
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
10/26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 10
86.mencuit hatilucu; menggelikan hati
87.mengabui matacuba memperdaya; menipu
88.mengadu dombamemperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan
sebagainya
89.mengambil anginbersiar-siar untuk berehat
90.mengambil beratmemberi sepenuh perhatian
91.mengambil hatidapat memikat atau mempengaruhi
92.mengasah bakatlatihan untuk mengembangkan bakat
93.muka temboktidak berasa malu
94.mulut muraikuat bercakap atau berbuat bising
95.mulut tempayantidak dapat menyimpan rahsia
96.murah hatisuka bederma; tidak kedekut
97.naik anginterlalu marah
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
11/26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 11
98.nyawa-nyawa ikanhampir-hampir mati
99.orang atasanorang yang berpangkat tinggi
100. otak udangbebal atau bodoh
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
12/26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 12
BIDALAN1. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha
2. Alur bertempuh, jalan berturutMelakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang lazim
3. Batu yang selalu bergoek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumutSeseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan
4. Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandaiLebih baik bekerja di bawah pimpinan ketua yang berpengalaman
5. Belum duduk sudah berlunjurBelum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira
6. Berbuat di alang, belayar di luar musimMelakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai
7. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilangBerhati-hati apabila bercakap tentang hal orang lain
8. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengarPerlu berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
13/26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 13
9. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuatBerfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak
10.Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masakMembuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap
11.Berkaul pada keramatMeminta sesuatu hendaklah kena pada tempatnya
12.Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudianMembuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat kemudian
13.Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orangMembetulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain
14.Bertanjak baharu tinjauMembuat kerja mengikut aturan
15.Bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampaiKalau membuat kerja, hendaklah dikaji dahulu dan lakukannya sampal selesai
16.Biar alah sabung, asalkan menang sorakTewas dalam perlawanan namun masih bercakap besar
17.Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hatiBiar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia
18.Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudianBerfikir baik-baik supaya tidak menyesal
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
14/26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 14
19.Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecilBiar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada orang yang lemah
20.Biar genting, jangan putusBiar rugi sedikit daripada rugi banyak
21.Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempasBerhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat
22.Biar lambat asalkan selamatMembuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati
23.Biar luka di dada, jangan luka di belakangBiar kalah selepas berlawan daripada kalah kerana melarikan diri
24.Biar mati anak jangan mati adatPegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban
25.Biar mati di mata pedang, jangan mati kena tendangBiar mati mempertahankan kehormatan daripada mati dalam kehinaan
26.Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tumaBiar mati kerana membuat kebaikan danipada mati kerana membuat kejahatan
27.Biar pecah di perut, jangan pecah di mulutMenyimpan rahsia
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
15/26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 15
28.Biar penat badan, asalkan hati sukaSeronok membuat sesuatu kerja walaupun kerja itu susah
29.Biar putih tulang jangan putih mataSanggup mati daripada menyerah kalah
30.Biar senget, jangan tertiarapBiar rugi sedikit danipada rugi banyak
31.Biar titik, jangan tumpahBiar rugi sedikit jangan rugi banyak
32.Buang yang keruh, ambil yang jernihMelupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja
33.Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekaliBerbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dicuba
34.Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakatSesuatu masalah dapat diatasi jika pihak-pihakyangterlibat bersedia untuk berunding
35.Cermat masa banyak, jimat masa sedikitSelalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu
36.Cicir dipungut, hilang dicarijangan melakukan pembaziran
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
16/26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 16
37.Dalam berselam, cetek bertimbaSesuaikan sesuatu dengan keadaan
38.Daripada bersahabat dengan orang bebal, lebih baik berseteru dengan orang berakalBermusuh dengan orang pandai lebih elok daripada berkawan dengan orang yang
bodoh
39.Daripada cempedak baiklah nangkaLebih baik ada daripada tiada langsung
40.Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bungaDaripada hidup menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan nama yang baik
41.Daripada hidup bercermin bangkai, Iebih balk mati berkalang tanahLebih baik mati danipada hidup menanggung malu dan kehinaan
42.Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak berlapang-lapangPendapat ramai lebih baik daripada pendapat individu
43.Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati jika tutur katanya elokseseorang itu akan disayang semasa ia hidup, jika budinya banyak, seseorang itu akan
dikenang walaupun ia telah mati
44.Elok lenggang di tempat datarBergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnyal
45.Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula?Sesuatu yang telah dilakukan tidak dapat ditarik semula
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
17/26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 17
46.Gara-gara kata gelegar, rasuk juga yang menahannyaJangan terlalu percaya akan kata-kata orang
47.Genggam bara api biar sampa jadi arangApabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan
menyempurnakan pekenjaan itu sehingga benjaya
48.Habis akal, baru tawakalSesudah habis segala khtiar barulah berserah kepadaTuhan
49.Habis alur maka beralu-aluJika persetujuan tidak dapat dicapal melalui rundingan, barulah gunakan paksaan
50.Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang jugaBudi baik seseorang tidakakan dilupakan walaupun orang itu sudah meninggal dunia
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
18/26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 18
PEPATAH
1.
Ada air, adalah ikanAda negeri tentulah ada rakyatnya
2. Ada angin, ada pokoknyaSegala sesuatu mestilah ada asal mulanya
3. Ada bangkai adalah heringDi mana ada perempuan jahat di situlah ada lelaki jahat
4. Ada batang mati, adalah cendawan tumbuhDi mana-mana sahaja kita tinggal, akan ada rezeki kita
5. Ada gula adalah semutDi tempat yang mudah memperoleh rezeki, di situlah banyak orang berkumpul
6. Adakah buaya menolak bangkai?Orang yang jahat tidak akan meninggalkan kesempatan untuk berbuat jahat
7. Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak akan berbauSeseorang yang ada ilmu jika tidak digunakan tidak akan mendatangkan faedah
8. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja derasSesuatu pekerjaan itu akan dilakukan dengan cepat dan sempurna jika cukup upahnya
9. Ada ubi ada batas, ada budi ada balasSekiranya seseorang membuat kebaikan, akan mendapat balasan yang baik juga
10.Ada udang di sebalik batuAda sesuatu tujuan di sebalik apa-apa yang dilakukan
11.Air beriak tanda tak dalamBanyak bercakap tanda tiada berilmu
12.Air dicencang tidak akan putusPerbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
19/26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 19
13.Air digenggam tidak tirisOrang yang kedekut atau terlalu cermat apabila berbelanja
14.Air mudik sungai, semua teluk diranaiOrang yang boros akan berbelanja tanpa perhitungan
15.Air pun ada pasang surutnyaKeadaan hidup seseorang tidak menentu, kadangkala senang dan kadangkala susah
16.Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi jugatidak berfaedah mencampuri pergaduhan antara suami isteri atau sanak-saudara orang
kerana setelah mereka berbaik-baik, kita akan diketepikan
17.Air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkanMemperbesar perkara yang kecil
18.Air yang tenang jangan disangka tiada buayaOrang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut
19.Alah bisa, tegal biasaPekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika kerap dilakukan
20.Alah jadi abu, menang jadi arang Dalam sesuatu pertikaian, sama ada menang ataukalah, kedua-dua pihak mendapat kerugian
21.Alah membeli, menang memakaiTidak mengapa barang yang dibeli itu mahal sedikit asalkan barang itu tahan lama
22.Alah sabung, menang sorakKalah dalam sesuatu perlawanan tetapi masih bercakap besar
23.Alang-alang berminyak biar licinSesuatu kerja yang dilakukan itu hendaklah dilakukan sehingga selesai)
24.Alang-alang mandi biar basah / Alang-alang berminyak biar licinMelakukan sesuatu perlu sehingga selesai
25.Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lenganKalau sudah terlanjur dalam membuat sesuatu perbuatan yang tidak baik, biarlah
dibuat sehingga memperoleh hasilnya
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
20/26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 20
26.Anak baik menantu molekMendapat untung baik yang datang berganda-ganda
27.Anak harimau jangan dibela peliharaOrang yang jahat jangan dibuat kawan
28.Angin berputar, ombak bersahutPerkara yang amat sulit
29.Angguk bukan, geleng yaLain di mulut, lain di hati
30.Anjing bercawat ekorOrang yang menyisihkan dirinya kerana perasaan malu atau sebagainya
31.Anjing biasa makan tahi, jika tidak makan, dicium ada jugaOrang yang pada suatu masa pernah berbuat jahat, sekali-sekala teringat akan
perbuatan jahatnya itu
32.Anjing galak, babi beraniBertemu lawan yang sepadan, berani sama berani, kuat sama kuat
33.Anjing ditepuk menjongket ekorOrang yang tiada berbudi pekerti jika dihormati akan menjadi sombong
34.Anjing itu, jika dipukul sekalipun, berulang juga ia ke tempat bangkai yang banyaktulang
Orang yang tamak dan tiada perasaan malu tidak akan menghiraukan nama baiknya
35.Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habisMemang mudah menyuruh seseorang melakukan sesuatu kerja tetapi orang yang
melakukan kerja itu yang akan menghadapi kesukaran
36.Apa payhnya menaupkan bibir atas bawahBanyak berjanji tetapi tidak ditepati
37.Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun adaCukup mempunyai segala yang diperlukan
38.Arang habis besi binasaPekerjaan yang sia-sia
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
21/26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 21
39.Asal berinsang ikanlahTidak memilih pekerjaan, makanan, atau perempuan
40.Aur ditanam betung tumbuhMendapat laba yang banyak dengan modal yang sedikit
41.Ayam berinduk, sirih berjunjungSetiap orang yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan
42.Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparanOrang yang hidup miskin di negara yang kaya dan makmur/ Hidup menderita walaupun
bergaji besar, beristeri, atau bersuamikan orang kaya
43.Ayam ditambat disambar helang, padi di tangan tumbuh lalangNasib yang malang
44.Ayam tak patuk, itik tak suduSeseorang yang hina dalam masyarakat
45.Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikamOrang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya
46.Ayam terlepas, tangan bau tahiOrang yang melakukan kejahatan akhirnya akan mendapat malu
47.Bagaimana acuan begitulah kuihnyaBagaimana kelakuan ibu atau bapa begitulah kelakuan anaknya
48.Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinyaBagaimana perintah, begitulah seharusnya sesuatu itu di lakukan
49.Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruhBerasa hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh
50.Baharu bertatih hendak berlari, langsung tersembamMelakukan sesuatu sebelum tiba masanya, akhirnya akan ditimpa kesusahan
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
22/26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 22
PERUMPAMAAN
Bagai aur dengan tebing tolong-menolong antara satu dengan yang lain
Bagai bunyi cempedak jatuh bunyi jatuh yang kuat
Bagai bulan dipagari bintang kecantikan gadis yang tiada bandingannya
Bagai diiris dengan sembilu perasaan yang sangat pedih
Bagai duri dalam daging sesuatu hal yang tidak menyenangkan
Bagai enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing
hanya mementingkan diri sendiri
Bagai itik pulang petang berjalan lambat sekali
Bagai isi dengan kuku persahabatan yang sangat erat
Bagai kacang melupakan kulit orang yang tidak tahu mengenang budi
Bagai kumbang putus tali amat cepat; terlepas daripada sengsara
Bagai melepaskan batuk di tangga membuat sesuatu kerja sambil lewa saja
Bagai menatang minyak yang penuh mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang
Bagai mencencang air membuat pekerjaan yang sia-sia
Bagai mural tercabut ekor seseorang yang becok mulutnya
Bagai si kudung mendapat cincin orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan
kemudahan yang diperoleh
Bagai pinang dibelah dua/ Seperti cincin
dengan permata
pasangan yang sama padan dan sama cantik
Bagai tikus membaiki labu merosakkan lagi barang yang dibaikinya
Seperti abu di atas tunggul/ Seperti telur
di hujung tanduk
kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin
Seperd anak ayam kehilangan ibu berpecah dan hilang tempat bergantung
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
23/26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 23
Seperti anjing dengan kucing adik-beradik yang suka bergaduh
Seperti anjing dengan bayang-bayang orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada
Seperti api dalam sekam dendam; perbuatan jahat yang tersembunyi
Seperti ayam berak kapur muka pucat dan tidak bermaya
Seperti bertih digoreng bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti
Seperti cacing kepanasan tidak diam atau tenang; selalu gelisah
Seperti embun di hujung rumput kasih sayang yang tidak berkekalan
Seperti gergaji dua mata/ Seperti talam
dua muka
seseorang yang mengambil kesempatan daripada
pertelingkahan antara dua pihak
Seperti harimau menyembunyikan
kukunya
menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya
Seperti hujan jatuh ke pasir/ Seperti
mencurahkan air ke daun keladi
memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan
Seperti katak di bawah tempurung orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar
Seperti kera kena belacan tidak suka duduk diam
Seperti kera mendapat bunga seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
Seperti kerbau dicucuk hidung seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain
tanpa usul periksa
Seperti langit dengan bumi perbezaan yang amat ketara
Seperti mengajar itik berenang mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita
Seperti pahat dengan penukul orang yang hanya bekerja apabila diperintah
Seperti pungguk rindu akan bulan mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh
Seperti rusa masuk ke kampung berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada di
tempat yang baru
Seperti tikus jatuh di beras memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka
Seperti ular kena palu alan atau barisan yang bengkang-bengkok
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
24/26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 24
KATA-KATA HIKMAT
1.
Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, danmencuba lagi dengan cara yang lain.
2. Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya3. Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada
hikmah di sebalik kejadiannya.
4. Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh.Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.
5. Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yangdilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada
Aisyah)
6. Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.7. Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia
yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.
8. Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lainkerana kejayaan dan kehebatannya
9. Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpanilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap
10.Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang samaadalah suatu kebodohan.
11.Sayidina Ali menyatakan Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qonaah(puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerjayang mulia.
12.Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
25/26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 25
13.Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampumemperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi
keuntungan
14.Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalahbuta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta
15.Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang,bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).
-
7/31/2019 KOLEKSI PERIBAHASA
26/26
RUJUKAN
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/simpul.htm
http://peribahasa-spm.blogspot.com/p/bidalan.html
http://peribahasa-spm.blogspot.com/p/pepatah.html
http://peribahasa-spm.blogspot.com/p/pepatah.html
http://anizyn.blogspot.com/2010/01/koleksi-kata-kata-hikmat-hikmah.html
DISUSUN OLEH,
(NURUL ALIAH SYAHIDAH BT HUT)
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/simpul.htmhttp://tatabahasabm.tripod.com/tata/simpul.htmhttp://peribahasa-spm.blogspot.com/p/bidalan.htmlhttp://peribahasa-spm.blogspot.com/p/bidalan.htmlhttp://peribahasa-spm.blogspot.com/p/pepatah.htmlhttp://peribahasa-spm.blogspot.com/p/pepatah.htmlhttp://peribahasa-spm.blogspot.com/p/pepatah.htmlhttp://peribahasa-spm.blogspot.com/p/pepatah.htmlhttp://anizyn.blogspot.com/2010/01/koleksi-kata-kata-hikmat-hikmah.htmlhttp://anizyn.blogspot.com/2010/01/koleksi-kata-kata-hikmat-hikmah.htmlhttp://anizyn.blogspot.com/2010/01/koleksi-kata-kata-hikmat-hikmah.htmlhttp://anizyn.blogspot.com/2010/01/koleksi-kata-kata-hikmat-hikmah.htmlhttp://peribahasa-spm.blogspot.com/p/pepatah.htmlhttp://peribahasa-spm.blogspot.com/p/pepatah.htmlhttp://peribahasa-spm.blogspot.com/p/bidalan.htmlhttp://tatabahasabm.tripod.com/tata/simpul.htm