klsr pendidikan islam
TRANSCRIPT
-
7/30/2019 Klsr Pendidikan Islam
1/20
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
37
TAJUK 4 Analisa Perbandingan Kurikulum Lama dan Kurikulum BaruPendidikan Islam Sekolah Rendah.
4.0 Sinopsis
Semoga anda terus bersemangat untuk mengkaji dan memahami isi pelajaran dalam
topik-topik berikutnya. Dalam tajuk ini, beberapa aspek penting yang membincangkan
mengenai konsep, matlamat dan falsafah Pendidikan Islam. Perkara-perkara tersebut
telah menjadi kerangka utama dalam penggubalan kurikulum Pendidikan Islam samada
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).
Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia telah melalui beberapa fasa pemantapan dan
penambahbaikan. Selaras dengan perkembangan sains dan teknologi, menggalakkan
budaya kreatif dan inovatif, kurikulum Pendidikan Islam terus dimantapkan melalui KSSR
(Kurikulum Standart Sekolah Rendah).
4.1 Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i Menghuraikan konsep, matlamat dan falsafah Pendidikan Islam.
ii Menjelaskan skop dan bidang kurikulum Pendidikan Islam.
iii Menganalisis kandungan kurikulum lama dan kurikulum baru Pendidikan Islam.iv Mengenal pasti elemen-elemen penambaikan yang terdapat di dalam kurikulum.
4.2 Kerangka Tajuk
KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
KLSR KBSR KSSR
-
7/30/2019 Klsr Pendidikan Islam
2/20
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
38
4.3 Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR)
4.3.1 Pengenalan
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak Negara mencapai
kemerdekaan. Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata pelajaran telah
dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh
Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan
bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah
dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956 dan dasar pendidikan
awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Rahman Talib telah
mencadangkan beberapa aspek pendidikan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa
pengantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.
Laporan Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang
mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu,
perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi
pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini.Seterusnya pada
tahun 1966 Laporan Razak telah diperkenalkan. Sekolah umum menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar, sementara sekolah jenis umum seperti sekolah
Inggeris, sekolah Cina, dan Tamil boleh menggunakan bahasa pengantar masing-
masing. Satu sukatan yang sama diwujudkan untuk semua sekolah.
Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga
tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga
(1971-1975). Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem
pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula
merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia
Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial
yang timbul dalam tempoh ini. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah
memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial,
kebudayaan dan politik , menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik
dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta
melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun
-
7/30/2019 Klsr Pendidikan Islam
3/20
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
39
agama. Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan
pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan
ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar
Ekonomi Baru (DEB). Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi
sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa.
Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari konflik perkauman yang
tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat -
matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang
lebih sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat
mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali.
4.3.2 Pengurusan Bilik Darjah KLSR
Bilik darjah tradisi digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah Kurikulum
Lama Sekolah Rendah ( KLSR ) iaitu sebelum KBSR diperkenalkan. Bilik darjah tradisi ini
merupakan satu tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan
oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini
biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris. Guru
lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaran menggunakan
kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja guru serta papan hitam yang
digantung dihadapan kelas.
4.3.3 Ciri-ciri bilik darjah tradisi:
1. Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris.
2. Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaranditempatkan di hadapan.
3. Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebihberpusat pada guru.
4. Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalambilik darjah.
5. Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan
6. Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikanoleh guru.
-
7/30/2019 Klsr Pendidikan Islam
4/20
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
40
4.3.4 Pengujian dan Penilaian dalam KLSR
Dalam aspek pengujian menurut Laporan Rahman Talib, semua murid perlulah lulus
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peperiksaan awam, di mana kertas peperiksaan
tersebut ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Hal ini bertujuan
untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang
kaum.Selain itu, sistem pendidikan pada tahap ini berorientasikan kepada pembasmian
buta huruf. Murid diuji untuk mengetahui kebolehan mereka untuk mengujarkan sesuatu
huruf. Pengujian dalam aspek bacaan dititikberatkan mengikut kurikulum KLSR ini.
Peperiksaan LCE juga telah dimansuhkan dan diganti dengan SRP. (1978). Justeru,
peperiksaan Umum yang wujud pada masa ini ialah Peperiksaan Malayan Secondary
School Entrance Examination (MSSEE), Ujian Penilaian Darjah Lima, Ujian Diagnostik
darjah Tiga, SRP, SPMV dan MCE. Aspek penilaian dibuat sepenuhnya berdasarkan
peperiksaan bermula pada darjah tiga. Pada tahun 1973 ujian Diagnostik diperkenalkan
pada Darjah 3 supaya kerja pemulihan dapat dilaksanakan awal. Sementara itu, mulai
tahun 1967, muridmurid dikehendaki menduduki peperiksaan Penilaian Darjah 5.
Tujuannya adalah bagi menjalankan pemulihan ketika murid tersebut berada dalam
darjah enam.
Mengikut kajian terhadap Kurikulum lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah
dilaksanakan sejak merdeka, jawatankuasa kabinet telah mengenalpasti beberapa
kelemahan seperti:-
1. Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitanantara mata pelajaran atau antara darjah.
2. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Inimembebankan dan membosankan murid.
3. Guru dan murid selalu terdsak menghabiskan sukatan pelajaran terutamaapabila ada peperiksaan.
4. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Inimenghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebihmenarik dan berkesan.
-
7/30/2019 Klsr Pendidikan Islam
5/20
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
41
4.4 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
4.4.1 Matlamat KBSR
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi
murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-
aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang,
harmonis dan berakhlak mulia.
4.4.2 Objektif KBSR
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk
membolehkan untuk membolehkan murid:
i. menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai BahasaKebangsaan dan bahasa rasmi negara;
ii. menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulisdalam bahasa pengantar sekolah;
iii. menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannyadalam menyelesaikan masalah harian;
iv. menguasai kemahiran belajar;
v. menguasai kemahiran berfikir;
vi. bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengankedudukannya sebagai bahasa kedua;
vii. memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;viii. membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;
ix. mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusiadan alam sekitar;
x. menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;
xi. memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian danrekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;
xii. menjaga kesihatan dan kecergasan diri;
xiii. menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadapkeusahawanan dan produktiviti;
-
7/30/2019 Klsr Pendidikan Islam
6/20
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
42
xiv. menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;
xv. menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkanakhlak mulia;
xvi. membina semangat patriotisme;
xvii. mengembangkan bakat dan kreativiti; dan
xviii. mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yangmenjadikannya asas bagi amalan hidup.
4.4.3 Prinsip dan Ciri KBSR
KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan FalsafahPendidikan Kebangsaan:-
i. Pendekatan Bersepadu;
ii. Perkembangan individu secara menyeluruh;
iii. Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan
iv. Pendidikan seumur hidup.
Rajah di bawah menjelaskan cirri-ciri yang menjadikan modus operasi pelaksanaan
KBSR iaitu;
-
7/30/2019 Klsr Pendidikan Islam
7/20
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
43
4.4.4 Pelaksanaan KBSR
1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.
1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.
1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.
1988 Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi
1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum BersepaduSekolah Rendah.
1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.
Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada
tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka
tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Antaranya
termasuklah isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan
antara satu sama lain. Keduanya ialah dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu
banyak sehingga membosankan murid. Yang ketiga ialah guru dan murid terpaksa
menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang peperiksaan. Aspek keempat ialah
pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa menggunakan
sebarang bahan bantu lain. Aspek kelima ialah aktiviti kokurikulum dijalankan secara
berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah.
Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada
tahun 1983. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama
baharu iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama
sahaja yang berlaku. Kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya. Antara
objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama, murid dapat
menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai
alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. Rancangan KBSR juga telah menekankan
penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira.
Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru
Sekolah Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir program Bahasa Malaysia,
-
7/30/2019 Klsr Pendidikan Islam
8/20
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
44
murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud
dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk
keperluan seharian. Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi
pengajiannya. Di samping itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan
individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial (JERIS). Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut
ditekankan berbanding KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral dan
Pendidikan Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletak
pada guru agama sahaja. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang
komunikasi, bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri
individu. Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas
yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan
Inggeris serta mata pelajaran Matematik. Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula
terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen
Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata
pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang
perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Rekreasi yang
mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani.
Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan
KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh
dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial
selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara
dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem
pendidikan yang tersusun dan bersistematik.
Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan
serta unit beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami
budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan
kerjasama dengan rakan- rakan yang berlain agama dan budaya. Justeru, penerapan
nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi
nasional.
-
7/30/2019 Klsr Pendidikan Islam
9/20
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
45
4.4.5 Pengurusan Bilik Darjah KBSR
Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah
sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula diperkenalkan
apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke sekolah menengah
pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika
dibandingkan dengan bilik darjah tradisi.
Dari segi susunan fizikal, kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini
kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan
interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari
segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar
dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat
digalakkan.
Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang
pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu
bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini
menimbulkan suasana bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajran dan
pembelajaran. Berikut dirumuskan cirri-ciri bilik darjah dalam KBSR;
i. Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan
ii. Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehantersendiri.
iii. Menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif
iv. Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar
v. Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar denganpelajar
vi. Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif
vii. Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.
-
7/30/2019 Klsr Pendidikan Islam
10/20
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
46
4.4.5 Pengujian dan Penilaian dalam KBSR
Ujian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang
dapat dijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan. Penilaian Darjah 5 pula telah
digantikan dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid-murid KBSR,
tahun 6. Antara jenis ujian lain yang terdapat dalam kurikulum baru ialah Penilaian
Menengah Rendah(PMR) pada tingkatan tiga, Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau Sijil
Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM). Aspek
penilaian dalam KBSR pula menekankan penguasaan tiga kemahiran yang perlu
dikuasai dan diuji iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis.
Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan.
Daripada aspek penilaian pula, kurikulum ini memberikan kenaikan darjah secara
automatik tetapi murid yang lemah diberi peluang untuk mengulang darjah atau mengikuti
kelas pemulihan yang dijalankan.
Dari aspek bentuk penilaian yang dilaksanakan guru adalah secara formatif dan sumatif.
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu matapelajaran.
Contohnya adalah seperti ujian akhir tahun, dan ujian bulanan. Penilaian formatif pula
ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan seperti kuiz dan soal-jawab.
4.4.6 Fokus dan Struktur KBSR
KBSR mempunyai dua tahap iaitu;
Fokus Tahap I
i. Penguasaan kemahiran asas berbahasa(mendengar, bertutur, membaca dan
menulis)
ii. Penguasaan nombor dan operasi asas mengira
iii. Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran;
iv. Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.
-
7/30/2019 Klsr Pendidikan Islam
11/20
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
47
Fokus Tahap II
i. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;
ii. Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah;
iii. Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lainiv. Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif;
v. Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran;
vi. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai
Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:-
i. Komunikasi;
ii. Manusia dan Alam Kelilingnya; dan
iii. Perkembangan Diri Individu.
Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada
struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:-
i. Kemahiran Asas;
ii. Manusia dengan Persekitaran;
iii. Kesenian dan Kesihatan;
iv. Kerohanian, nilai dan sikapv. Kemahiran Hidup; dan
vi. Kokurikulum
4.4.7 Kekuatan dan Kelemahan KBSR
Matlamat kurikulum baru Sekolah Rendah adalah untuk memberikan pendidikan yang
menyeluruh kepada murid-murid. Jadi, oleh yang demikian, kejayaan KBSR ini dapat
dilihat dari segi aspek pencapaian 3M - Membaca, Menulis dan Mengira - kemahiran
belajar dan perkembangan sahsiah.
Satu kajian tentang penilaian pencapaian KBSR ini yang telah dijalankan oleh
Kementerian Pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982. Laporan
-
7/30/2019 Klsr Pendidikan Islam
12/20
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
48
Fasa I (1988) kajian tersebut menunjukkan bahawa taraf penguasaan murid-murid dalam
3M ini adalah lebih tinggi apabila dibandingkan dengan murid-murid yang mengikuti
kurikulum lama. Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang raudah
seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkan pendapat . Sebilangan besar murid juga
telah menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea
utama dan membuat rumusan Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid KBSR juga
didapati lebih berani bercakap dan yakin-dan menunjukkan minat dalam pembelajaran
mereka. Budaya membaca juga memuaskan. Selain daripada itu mereka boleh
berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan bertolak ansur.
Laporan kajian penilaian pencapaian KBSR, Fasa II telah dibentangkan pada tahun
1990. Jadi, satu lagi kajian "Projek Inspire" yang menilai tentang pencapaian KBSR bagi
murid-murid di luar bandar telah dijalankan. Projek Inspire ini adalah kajian yang
berterusan mengenai penggunaan alat Bantu mengajar .
KBSR telah menimbulkan kesan yang positif terutama dari segi murid. Penekanan KBSR
ke atas pengajaran yang berpusatkan kepada murid, kepelbagaian aktiviti serta
penglibatan semua murid dalam aktiviti yang berkenaan telah menghasilkan muridmurid
yang lebih berminat dalam pembelajaran. Cadangan pengelolaan pengajaran seperti
kaedah kelas, kumpulan, rakan sebaya dan individu serta penggunaan berbagai jenis
bahan telah dapat memberi kepelbagaian dalam teknik pengajaran dan pembelajaran,
gerakerja kumpulan khasnya pula dapat menanamkan sifat-sifat kepimpinan dan
bekerjasama di kalangan murid-murid. KBSR juga telah menegaskan bahawa aspek
penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan
hendaklah dijalankan berterusan. Ini adalah dengan tujuan supaya kelemahan tidak
terkumpul dan langkah-langkah pemulihan dapat dijalankan dengan serta-merta.
Program pemulihan dan pengayaan dijalankan untuk mengambil kira bahawa murid
berbeza dari segi pengalaman, tingkah-laku, amalan kecenderungan, bakat dan
kebolehan.
Melalui temuramah dengan guru-guru KBSR, adalah didapati bahawa golongan murid-
murid yang tahu membaca adalah lebih ramai daripada dalam KLSR dan mereka
membaca lebih pantas daripada murid-murid dalam KLSR. Penilaian yang telah
dijalankan yang menunjukkan bahawa pencapaian murid KBSR dalam Bahasa Malaysia,
-
7/30/2019 Klsr Pendidikan Islam
13/20
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
49
Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil adalah lebih baik daripada murid-murid
dalam KLSR. Dari sumber-sumber pengesanan yang lain didapati juga murid KBSR lebih
cekap dan lebih berdikari.
Kelemahan KBSR
Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Ini
mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai
sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah. Antara faktor yang mendorong kepada
perkara ini ialah fokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan.
Maka kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses
menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata
pelajaran tersebut. Ini secara langsung mengurangkan keberkesanan usaha ke arah
membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berdaya saing,
berkemahiran dan mempunyai jati diri bagi mememnuhi cirri-ciri modal insan cemerlang
yang dihasratkan.
4.5 Pengenalan Kurikulum Standart Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Secara umumnya, Kurikulum Standart Sekolah Rendah berteraskan kepada beberapa
sandaran utama iaitu;
Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan AgungUMNO 2006 menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada:
Pembangunan modal insan
Penghasilan pelajar celik minda
Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran danmaklumat
Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ululal-bab.
Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:
Dasar membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dankemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
Matlamat memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangatmenguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai
-
7/30/2019 Klsr Pendidikan Islam
14/20
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
50
Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang
holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat
menangani cabaran semasa dan masa depan. Berikut rentetan sejarah perkembangan
kurikulum sekolah rendah seperti berikut;
1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
2003 - KBSR (semakan)
2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
4.5.1 Transformasi Kurikulum
Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan
sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi,
peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di
sekolah.
KSSR
ORGANISAS
KANDUNGAN
BENTUK
PERUNTUKAN
MASA
PEDAGOGI
PENTAKSIRAN
BAHAN
PENGURUSAN
KURIKULUM
-
7/30/2019 Klsr Pendidikan Islam
15/20
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
51
Hasrat Pendidikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Cabaran Abad Ke-21
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Model Baru Ekonomi (MBE) Wawasan 2020
Teori Pembelajaran
Rangka Rancangan Jangka Panjang
4 Tonggak dalam Pendidikan iaitu;
4.5.2 CIRI MODAL INSAN (SEKOLAH RENDAH)
Pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk
kehidupan seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:
Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira
Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif
Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental)
Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni
Jati diri dan semangat patriotisme
Memahami dan menghayati budaya nasional
Murid yang seimbang dari segi intelek,rohani, jasmani dan emosi:
Berilmu Pengetahuan Berketrampilan Percaya kepada Tuhan
Berakhlak Mulia Berkeyakinan Independent learner
Warga Negara Bertanggung jawab : Berbudi Bersatu padu Patriotik Adil Penyayang
Berbakti
Pekerja Berilmu: Inovatif Kreatif Dahagakan Ilmu Menguasai Kemahiran
Teknologi Maklumat &Komunikasi
Creator of Technology Belajar Sepanjang Hayat
Global Player: Daya Saing Daya Tahan Kemahiran Berkomunikasi
Jati Diri
-
7/30/2019 Klsr Pendidikan Islam
16/20
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
52
4.5.3 Organisasi KSSR Tahap I dan Peruntukan Masa
BIL MODUL
MASA DALAM SEMINGGU (MINIT)
SK SJKCSJKT
MODUL TERAS ASAS
1 Bahasa Malaysia 360 300 300
2 Bahasa Inggeris 300 150 150
3
Bahasa Cina 360
Bahasa Tamil 360
4
Pendidikan Islam
180 120 120
Pendidikan Moral
5 Pendidikan Jasmani 60 60 60
6 Pendidikan Kesihatan 30 30 30
7 Matematik 180 180 180
MODUL TERAS TEMA
8
Dunia Seni Visual 60 60 60
Dunia Muzik 30 30 30
Dunia Sains dan Teknologi 60 60 60
MODUL ELEKTIF
9 BCSK/BTSK/B. Arab/B. Iban* 90
Perhimpunan 30 30 30
Jumlah 1380 1380 1380
-
7/30/2019 Klsr Pendidikan Islam
17/20
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
53
Bahan Kurikulum
1. Dokumen Kurikulum 2. Buku Teks
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Berpendekatan Modular
Namun begitu, dalam konteks kurikulum Pendidikan Islam mempunyai matlamat dan
kandungan yang digubal khusus bagi merelisasikan hasrat tersebut. Perbincangan
selanjutnya akan memfokuskan dalam konteks Pendidikan Islam.
4.5.4 Matlamat
Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk menghasilkan insan yang
berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia dengan menjadikan al-Quran dan
al-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan seharian supaya menjadi hamba Allah
yang berjaya didunia dan di akhirat.
4.5.5 Objektif
Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran kurikulum standard Pendidikan
Islam sekolah rendah berkebolehan untuk:
i. Membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannyadalam kehidupan seharian;
ii. Menghafaz surah-surah terpilih dari juzu amma untuk bacaan dalam solat danibadat harian;
iii. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayatipengajarannya;
iv. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih serta menghayati pengajarannya;v. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah danbenteng keagamaan;
vi. Memahami dan mengamalkan ibadat-ibadat asas fardu ain dan fardu kifayahsebagai kewajipan umat Islam;
vii. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. bagi menanamrasa kecintaan kepada baginda;
-
7/30/2019 Klsr Pendidikan Islam
18/20
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
54
viii. Memahami dan mengamalkan adab serta menghayati nilai-nilai akhlak dalamkehidupan seharian; dan
ix. Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa;
4.5.6 Fokus
Kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah memberi penekanan kepada
kemahiran membaca al-Quran, hadis, pemantapan asas-asas akidah, ibadah, akhlak
dan sirah Rasulullah s.a.w. serta kemahiran jawi. Pada akhir pembelajaran
Pendidikan Islam sekolah rendah murid mampu memahami, mengamal dan
menghayati tuntutan fardu ain dan fardu kifayah dalam kehidupan harian.
4.5.7 Organisasi Kandungan Pendidikan Islam
Kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dibangunkan dengan memberi penekanan
pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui dan boleh
dilakukan oleh murid. Standard kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah
dibahagikan kepada enam modul iaitu:
Modul al QuranModul ini memberikan tumpuan kepada membaca al-Quran dengan betul, fasih dan
bertajwid, menghafaz dan memahami surah al- Fatihah dan surah tertentu daripada juzu
Amma serta menghayati pengajarannya.
Modul Hadis
Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami maksud hadis secara umum serta
menghayati pengajarannya.
Modul Akidah
Modul ini memberikan tumpuan kepada pembentukan akidah, sikap dan tanggungjawab
terhadap Allah s.w.t, pemahaman akidah yang sahih dan mengaplikasikan tuntutan
akidah dalam kehidupan harian .
-
7/30/2019 Klsr Pendidikan Islam
19/20
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
55
Modul Ibadah
Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami dan menghayati cara beribadah yang
ditentukan oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya dalam kehidupan harian.
Modul Sirah
Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami sirah Rasulullah s.a.w dan
mengambil iktibar daripadanya serta mengaplikasikan dalam kehidupan harian.
Modul Adab
Modul ini memberikan tumpuan kepada menghayati tatacara perhubungan manusia
dengan Allah, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar.
Modul JawiModul ini memberikan tumpuan kepada kemahiran membaca dan menulis jawi serta
mempelajari asas seni khat.
Sebagai kesimpulan, persoalannya mengapa Standard diperlukan? Standart diperlukan
bagi merealisasikan hasrat;
Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.
Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).
Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .
Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit inidengan jayanya!
.
-
7/30/2019 Klsr Pendidikan Islam
20/20
PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
56
i. Berasaskan pendapat-pendapat sarjana Islam mengenai matlamat pendidikan Islam,
huraikan perkaitan pendapat-pendapat tersebut dengan kurikulum Pendidikan Islam
di Malaysia.
ii. Bincang dan kemukakan rasional dalam melaksanakan penambaikan dan
pemantapan kurikulum Pendidikan Islam dari semasa ke semasa.
iii. Bina satu grafik banding beza bagi merumuskan analisa kandungan KLSR dan
KBSR.
iv. Kenal pasti elemen-elemen baru dalam Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR)
dan cadangkan langkah-langkah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi
merealisasikan hasrat tersebut.
LATIHAN & TUGASAN