kitab tauhid jilid 1 fasal 2
TRANSCRIPT
Jilid 1
Fasal 2 _______
Kepentingan Ilmu Tauhid Dalam Islam_______
Iman Adalah Asas AmalanMengapa Allah SWT hanya menerima amalan
orang yang beriman?
Orang Yang Tidak Beriman
tidak mengharap pahala
tidak takut azab Allah
tidak mencari redha Allah
tidak peduli haram dan halal
tidak mencari agama Allah
menghina dan mengejek ajaran Allah
al-Furqan:23
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.
Debu yang berterbangan
Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran.
Ibrahim:18
an-Nur:39
Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah meyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisabNya.
Fatamorgana
Perumpamaan
Dua orang lelaki yang masuk ke kebun tanaman orang lain ....
Lelaki 1- tidak bertemu tuan kebun- Tidak minta izin- lakukan apa yang difikir betul
Lelaki 2- bertemu tuan kebun- minta izin- lakukan mengikut arahan tuan kebun
Siapakah yang benar dan berhak mendapat UPAH?
Pintu Masuk Islam : Mengucap Dua Kalimah
SyahadahKenapa Islam menjadikan ucapan dua kalimah syahadah
sebagai Rukun Islam yang pertama?
Syahadah 1 Allah mencipta, mengatur dan memerintah alam... Allah yang Maha Esa .. tiada suatu yang menyekutu Nya
Syahadah 2percaya, yakin dan beriman ...Nabi Muhammad utusan Allah, penyampai wahyu, pembawa hidayah, ikutan dan contoh teladan
mempelajari Ilmu Tauhid supaya Syahadah yang dilafazkan dan Islam yang dianuti
menjadi sah dan amalan diterima
Muhammad:19
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).
Ali-Imran:18A
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
KesimpulanAllah hanya menerima amalan orang yang
beriman.Allah menolak amalan orang kafir walaupun
amalan yang baik.Amalan orang kafir bukan bertujuan kerana
Allah.Pintu masuk bagi Islam ialah ucapan dua kalimah
syahadah.Ucapan dua kalimah syahadah yang sempurna
akan terlaksana dengan mempelajari ilmu tauhid.