kisah pembunuhan pertama dunia.docx
TRANSCRIPT
KISAH BERCERITA (LELAKI)TAJUK 3 : PEMBUNUHAN PERTAMA DUNIA
Assalamualaikum warahtullah .......
Ahlan Wasahlan bicara bermula,Hakim bijaksana, hadirin sejahtera,Qisasul Anbiya wadah ditinta,Pembunuhan pertama dunia dengarkan bersama.
Salutasi
(nasyid)
1.Qabil adalah, petani yang tamak dan bakhil. Habil pula, seorang penternak yang berhati mulia.
Qabil dan Iqlima kembar sulung,Habil pula pasangannya Labuda;Zuriat kurniaan Yang maha Agung, Pasangan istimewa Adam dan Hawa.
Bertani dan menternak adalah sumber rezeki mereka sekeluarga.
Bertepatanlah firman Azza Wajalla :
(Surah Al-Jumuah ; Ayat 10)
Bertebaranlah kamu di muka bumi mencari rezeki Allah.
Pertanian dan penternakan adalah pekerjaan yang mulia.
Pelancaran Inovasi MAHA2014 membuktikan, Malaysia bersungguh-sungguh dalam meningkatkan produktiviti pertanian.
Isi 1
Huraian(pantun)
Dalil
Sumber
Pengertian
Pengajaran
Isu
2.
Tibalah masanya..... dewasalah mereka (nasyid - Jihad)Keinginan berumahtangga......mulai terasa
Allah telah mengilhamkan kepada Nabi Adam agar melaksanakan perkahwinan bersilang. Qabil dengan Labuda.. manakala Habil pula dengan Iqlima.
Maksudnya :Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.
(Dalil Surah An Nisa; Ayat 3)
Pensyariatan perkahwinan adalah untuk mengembangkan keturunan manusia dan melengkapkan kehidupan manusia.
Majlis perkahwinan beramai-ramai Mega Sri Pengantin Anjuran Jakim adalah satu usaha murni.
Isi 2
Huraian
Dalil
Pengertian
Sumber
Pengajaran
Isu Semasa
3.
Qabil membantah. Tidak setuju dengan keputusan ayahandanya. Nak tahu kenapa ?
Beliau sukakan kembarnya. Bukan Labuda yang tidak secantik Iqlima.
Kawan-kawan nak tahu,
Qabil dan Habil telah diperintahkan Korbakann tanaman dan haiwan ternakan Hikmah Ilahi uji keimanan Tentukan pasangan Iqlima rupawan
Habil mengorbankan kambing gemuk dan terbaik manakala Qabil memilih buah-buahan yang tidak elok dan hampir busuk.
Maksudnya :Ketika keduanya (anak Adam mempersembahkan korban lalu diterima seorang dari mereka).
(Surah Al-Maidah : Ayat 27)
Allah menerima korban Habil maka dialah yang berhak mengahwini Iqlima.Dendam Qabil semakin membara.
Kawan-kawan..Berjuanglah dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan.
Bantuan kemanusiaan di Kemboja adalah satu usaha yang murni.
Isi 3
Huraian
Huraian (nasyid-alam barzah)
Dalil
Pengertian
Sumber
Pengajaran
Isu Semasa
4.
Qabil lambang kedegilan, Kesombongan insan,Di dadanya iri, penuh dengki,Di hatinya penuh benci.
Sesungguhnya aku akan membunuhmu.Jawab Habil, Sesungguhnya Allah hanya menerima korban dari orang-orang bertakwa
(Surah Al Maidah ayat 27)
Maka terjadilah pembunuhan pertama di dunia.
Qabil mula gelisah menyesal., takut.Diusung mayat adiknya ke sana. ke mari tanpa tujuanTidak tahu. apa yang perlu dilakukan.
Dengan kuasa Allah
Termaktub dalam firman Ar Rahman
Maksudnya :
Kemudian Allah mengutuskan seekor burung gagak yang menggali tanah untuk menunjukkan kepadanya bagaimana menguburkan mayat saudaranya.
(Surah Al-Maidah : Ayat 31)
Ya kawan-kawan, menyempurnakan jenazah adalah satu kewajipan.
Bengkel pengurusan jenazah yang dianjurkan badan swasta kini mendapat sambutan hebat daripada masyarakat. Isi 4Huraian(Sajak)
Dalil
Pengertian
Sumber
Pengajaran
Isu Semasa
5.Begitulah Habil dikebumikan. Pengkebumian pertama manusia di dunia. Benarlah firman Allah :
Maksudnya :Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam.
(Surah Al-Isra : Ayat 70)
Sesal dahulu pendapatanSesal kemudian tiada gunanya (Nasyid-Kasih kekasih)Kisah ini jadikan teladanAmbil ikhtibar sebagai panduan.
Sekian,Wassalamualaikum...
Isi 5dan dalil
Pengertian
Sumber
Penutup(Nasyid)