kisah lucu pak pandir

7
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SERI INDERA, 01000 KANGAR, PERLIS. KISAH LUCU PAK PANDIR

Upload: maznah-harun

Post on 20-Feb-2016

140 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

cerita kanak-kanak

TRANSCRIPT

Page 1: Kisah Lucu Pak Pandir

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SERI INDERA, 01000 KANGAR, PERLIS.

KISAH LUCU PAK PANDIR

NAMA PESERTA: UMMI IZZATI BT CHE MOHAMAD

GURU PEMBIMBING: ANITA BT YOB

KISAH LUCU PAK PANDIR

Page 2: Kisah Lucu Pak Pandir

Assalamualaikumwbrkth,

Terima kasih tuan pengerusi majlis,

Barisan panel hakim yang arif,

Guru-guru yang dikasihi,

Para hadirin dan rakan-rakan sekalian.

Pada zaman dahulu, tinggal seorang lelaki dungu bernama Pak Pandir. Isterinya

bernama Mak Andeh. Pak Pandir bekerja membantu orang kampung di sawah. Sebagai upah,

Pak Pandir diberikan seguni beras. Pak Pandir tidak sabar hendak pulang ke rumah kerana

mahu menunjukkan beras itu kepada isterinya. “Tentu Andeh gembira,” fikir Pak Pandir.

Ada sebatang sungai kecil di laluannya. Airnya deras dan dalam. Pak Pandir melihat

ada sebatang ranting yang merintangi parit itu. Sekawan semut sedang melaluinya. “Jika

semut yang banyak itu boleh lalu, tentu aku yang seorang ini juga boleh,” fikir Pak Pandir.

Apabila dipijak sahaja, ranting kayu itu ranap. Pak Pandir dan beras yang dipikulnya

tenggelam bersama. Pak Pandir timbul semula lalu tercungap-cungap. Berasnya dibawa arus.

Pak Pandir sampai di rumah dalam keadaan basah kuyup. Dia terus menuju ke dapur

lalu membuka tudung saji. “Eh, Andeh! Mana makanan? Engkau tak masak kah? Aku

lapar,” kata Pak Pandir. “Mana ada beras nak masak nasi. Ke mana beras yang awak dapat?”

soal Mak Andeh kembali. Pak Pandir pun menceritakan apa yang berlaku. Setelah Mak

Andeh mendengar cerita daripada Pak Pandir, dia menangis mengenangkan kebodohan

suaminya itu. Dia merajuk lalu berlari masuk ke dalam bilik. Puas Pak Pandir memujuknya

namun Mak Andeh tidak mengendahkannya.

Page 3: Kisah Lucu Pak Pandir

Pak Pandir keluar dari rumah dengan perut yang lapar. Tangannya masih memegang

guni beras yang kosong. Dia mencari jalan bagaimana mahu memujuk isterinya.

“Beginilah nasib diriku yang , oh, Tuhan….!

Hari sudah hamper malam. Pak Pandir berjalan sehingga sampai di sebatang pokok

durian. Bau buah durian yang gugur menusuk hidung Pak Pandir. Dalam kegelapan, Pak

Pandir meraba-raba buah durian lalu memasukkannya ke dalam guni. “Andeh pasti gembira.

Dia memang suka makan buah durian,” fikir Pak Pandir. Dia tidak menyedari apa yang

dimasukkan ke dalam guni itu bukan buah durian tetapi sekawan landak.

Setelah guninya penuh, Pak Pandir pun pulang. Sampai di simpang jalan, dia

kebingungan. Dia lupa di mana arah rumahnya. Pak Pandir mengambil lorong sebelah kiri. Di

hujung jalan, Pak Pandirternampak sebuah rumah. Dia menyangka itulah rumahnya.“Andeh!

Oh, Andeh! Akubawakan durian!” jerit Pak Pandir dengan perasaan gembira.

Mak Andeh tidak juga muncul. Pak Pandir terus masuk ke dalam rumah.Dia melihat

makanan telah siap terhidang. Tanpa berfikir panjang, Pak Pandir terus makan dengan lahap.

Sebenarnya, rumah itu milik gergasi. Ketika Pak Pandir sedang makan itulah gergasi tersebut

pulang. Pak Pandir amat terkejut.

Gergasi sangat marah melihat Pak Pandir. “Siapa engkau, wahai manusia? Berani

engkau menceroboh rumahku dan makan makananku!” jeritnya. Tiba-tiba, gergasi itu

ternampak karung guni yang Pak Pandir bawa. “Itu apa?” Tanya gergasi tersebut. “Ini buah

Page 4: Kisah Lucu Pak Pandir

durian untuk isteriku,” jawab Pak Pandir dengan suara yang terketar-ketar. Ketika itu, seluruh

tubuh Pak Pandir menggigil kerana takut diapa-apa kan oleh gergasi itu.

“Durian? Aku juga suka makan durian. Aku mahu makan durian,” kata gergasi lalu

membuka karung guni berkenaan. Apabila terbuka sahaja karung itu, landak-landak di

dalamnya berlumba-lumba mahu keluar. Ia menggigit dan menikam-nikam gergasi itu.

“Argh! Landak! Landak! Aku benci landak! Engkau penipu!” jeritnya ketakutan.

Oleh sebab takut dan terkejut melihat landak, gergasi itu pengsan. Pak Pandir pulang

kebingungan. Dia berasa hairan bagaimana durian yang dibawanya boleh bertukar menjadi

landak.

“Hairan benar, ya. Bagaimana landak-landak ini boleh masuk ke dalam karungku! Ke

mana pula buah durian yang aku kutip tadi? Mungkin karung ini koyak. Buah durian tercicir

dan landak-landak ini masuk ke dalam karungku,” begitulah fikir Pak Pandir di dalam hati.

Pak Pandir meninjau-ninjau di dalam rumah gergasi. Di suatu sudut, Pak Pandir

terkejut melihat timbunan harta seperti emas, perak, intan dan berlian. “Pasti semua ini harta

rampasan gergasi itu,” fikir Pak Pandir.

Tiba-tiba, mata Pak Pandir tertumpu kepada suatu benda di antara timbunan harta itu.

Itulah benda yang paling bernilai bagi dirinya. Isterinya pasti gembira dan akan memaafkan

dirinya. Sebenarnya, antara timbunan harta itu adalah seguni beras. Pak Pandir lantas

memikul guni beras itu lalu keluar dari rumah gergasi.

Page 5: Kisah Lucu Pak Pandir

“Hai, senangnya dalam hati, Andeh tak marahku lagi..”

Ya, para hadirin, kita janganlah memandang rendah terhadap orang lain. Setiap

manusia pasti mempunyai kelebihan dan kekurangannya, seperti Pak Pandir. Walaupun

bodoh, tetapi kaya dengan kasih sayang. Kita juga jangan bersikap tamak kerana orang yang

tamak selalu rugi.

Sekian, terima kasih.