khutbah istisqa

23
له لاِ اله ا لا ي الذ مْ يِ ظ ع ل ا له ل اُ رِ فْ غ تْ س ا( ِ هْ ي لِ اُ $ بْ وُ ت ا وُ ومُ ي ق ل اُ ي ح ل ا وُ ه9 ) ي ل كا يِ ذ الِ ِ ُ ذ99 ْ م حْ ل ا ا9 هِ تْ و م ذ99 ْ ع $ ب ضْ ر D اْ الِ ه99 ِ $ ا ب99 يْ ح D ا فً اء99 مِ اء م 99 س ل ا N نِ م ل R ز 99 ن D ا يِ ف N نِ X ا N ونُ غ مْ س يٍ مْ و قِ لً ه ب] ا ل ^ كِ لٰ ذ9 كِ ذْ $ ب ع ي ل عْ مِ ل س وِ ل ص مُ ه ل ل . اِ ه9 ِ ل] ي ا ل ع وٍ ذ م حُ م ^ كِ لْ وُ 9 س ر و N نْ يِ ع مْ $ ج D اِ هِ $ يْ ح ص وْ ذ9 ق فِ ه9 ِ ي ع ا ط وِ ه9 ل ل ي ا و9 ْ ق تِ $ ب اي يِ X ا وْ مُ كْ بِ 9 صْ وُ D ا ه9 ل ل ا اْ و9 ُ ق ب ا N نْ و يِ مْ D وُ م ل ا ا9 هُ ت D ا ا9 ي فُ ذْ ع $ ب ا م D ا N نْ وُ ق تُ م ل ا ار فMARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan sebenar-benar taqwa, iaitu istiqamah dalam mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik dan unggul serta mendapat keredaan Allah di dunia dan di akhirat. Sidang hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Firman Allah S.W.T dalam ayat 27-31 surah as-Syura : ُ اء 9 ش ي ا9 مٍ رَ ذ9 قِ $ بُ لِ ز9 نُ بN نِ كٰ 9 ل وِ ضْ ر D اْ ال يِ ف اْ و9 غ $ ت لِ هِ اذ9 $ بِ عِ ل قْ رِ ر9 ل اُ ا ط س $ يْ و ل و ُ ه9 بِ X اٌ ز نِ ص $ بٌ ز نِ ب خِ هِ اذ $ بِ عِ ب﴿ ٢٧ ُ زُ 9 شR نَ ي ا و و9 ُ ط ن ف ا9 مِ ذ9 ْ ع $ بN نِ م ثْ ي عْ ل اُ لِ ز9 نُ ب يِ ذ9 ال وُ ه و

Upload: ibnu-sudin

Post on 07-Feb-2016

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: khutbah istisqa

له 

   استغفر الله العظيم الذي ال اله اال وم وا هو الحي القي كالي (9توب اليه )

 ذي ه ال ه األر ض بعد الحمد لل ا ب ماء ماء فأحي أنزل من الس

يسمعون  موتها قوم ل آلية ذلك في م. إن وسل صل اللهم عبدك ورسولك محمد وعلى آله وصحبه أجمعينعلى

اي بتقوى يكم وإي قوا الله أوص ها المؤمنون ات أما بعد فيا أيقون الله وطاعته فقد فاز المت

MARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan sebenar-benar taqwa, iaitu istiqamah dalam mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik dan unggul serta mendapat keredaan Allah di dunia dan di akhirat.

 Sidang hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Firman Allah S.W.T dalam ayat 27-31  surah as-Syura :ل ز ه الر زق لعباده لبغوا في األر ض ولكن ين ولو بسط الل

ير   بقدر ما يشاء ه بعباده خبير بص ل ﴾٢٧﴿ إن ز ذي ين وهو اله ر ر حمت ولي  الغيث من بعد ما قنطوا وينش وهو ال

ماوات واألر ض وما بث ﴾٢٨﴿ الحميد ه خلق الس ومن آياتة وما ﴾٢٩﴿ وهو على جمعهم إذا يشاء قدير   فيهما من داب

ير ديكم ويعفو عن كث بت أي ﴿ أصابكم من مصيبة فبما كسه  وما أنتم بمعجزين في األر ض ﴾٣٠ وما لكم من دون الل

من ولي وال نصير Maksudnya:  Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi )dengan perbuatan-perbuatan liar durjana(; akan tetapi Allah menurunkan )rezekiNya itu( menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata. Dan Dia lah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Ia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata. Dan )ingatlah( Dia lah pengawal )yang melimpahkan ihsanNya(, lagi Yang Maha Terpuji. Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata; dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya

Page 2: khutbah istisqa

apabila Ia kehendaki )melakukannya(. Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan )atau bala bencana(, maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan )dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa(; dan )dalam pada itu( Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah )daripada menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana sahaja( di muka bumi )atau di langit(; dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah. – sebagai pelindung atau pemberi pertolongan            Alhamdulillah pada hari ini kita berkumpul di sini bagi sama-sama memohan kasih sayang dan rahmat daripada Allah agar terus memberi kepada kita semua nikmat  yang berkat yang dapat menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Kita semua faham dan yakin bahawa nikmat anugerah Allah S.W.T kepada umat manusia amat banyak sehingga tidak terhitung jumlahnya. Anugerah nikmat ini mestilah disambut dengan penuh kesyukuran serta digunakannya dalam memperbanyakkan lagi ibadat kepada Allah S.W.T paada setiap masa dan tempat. Kita juga mesti ingat bahawa segala kebaikan yang diturunkan oleh Allah S.W.T ke atas hambaNya bergantung kepada baiknya amalan kita terhadap Allah S.W.T. Begitu juga dengan curahan keberkatan dan kebaikan dari langit disebabkan umat manusia berusaha menjauhkan diri daripada jalan-jalan kesesatan yang memesongkan mereka daripada landasan Islam yang sebenar. Kita sentiasa berdoa agar rezeki yang diperolehi adalah suatu nikmat yang datang bersama dengan keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T sehingga kita mampu meraih kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Disamping itu, kita juga sentiasa memohon perlindungan daripada Allah S.W.T agar jangan jadikan rezeki yang diterima sebagai suatu pemberian yang tiada bersamanya keberkatan apatah lagi ia bertujuan untuk melalaikan kita daripada mendapatkan keredhaan Allah S.W.T sehingga menjadikan kita umat yang rugi di dunia dan akhirat. Sidang muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah S.W.T,            Ketika kita mendapat rezeki yang bermacam-macam maka ada masanya di mana Allah S.W.T menahan nikmatNya sebagai suatu ujian untuk menguji tahap kesabaran dan kerelaan manusia dalam menghadapi bala’ atau pun ia merupakan suatu peringatan dan pengajaran kepada mereka yang melakukan kezaliman dan lalai daripada mematuhi perintah Allah S.W.T. Antara bala’ daripada Allah S.W.T ialah Dia tidak menurunkan hujan dengan cuaca panas yang begitu terik sebagaimana yang sedang kita hadapi sekarang ini. Ia menyebabkan manusia dan binatang menghadapi kesukaran, pokok dan tanaman turut kekeringan dan sebagainya. Islam sentiasa memberi tunjuk ajar yang sempurna kepada umatnya agar mencari jalan dalam menghadapi sebarang ujian yang datang. Kita mesti memperbanyakkan istighfar bagi memohon keampunan daripada Allah S.W.T di atas segala dosa dan kesilapan yang dilakukan. Jangan campur adukkan antara ibadat dan maksiat sehingga lebih banyak bala’ Allah S.W.T yang turun seumpama suburnya program maksiat samada dalam rumahtangga, masyarakat, Negara serta melalui kemudahan maklumat seperti TV, radio, media cetak, internet dan sebagainya yang melambangkan sebahagian daripada kita tidak bersungguh untuk bertaubat kepada Allah S.W.T.            Ingatlah kita kepada suatu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abdullah ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Page 3: khutbah istisqa

ر المهاجرين خمس إذا ابتليتم بهن وأعوذبالله أن ا معش ياة أموالهم إال منعوا القطر تدركوهن ……ولم يمنعوا زك

مآء ولو ال البهائم لم يمطروا…… من السWahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana jika telah menimpa kamu maka tiada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T agar kamu tidak menemui zaman itu. Antaranya…. Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari langit. Jika tiada binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak diturunkan hujan oleh Allah S.W.T…… Sidang muslimin dan muslimat yang dimuliakan Allah,            Pada hari ini saya memperingati diri saya sendiri dan muslimin muslimat sekalian agar kita sama-sama memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat kepada Allah atas dosa dan kesalahan yang dilakukan samada secara terang-terangan atau sembunyi, sedar atau tidak. Sesungguhnya amalan banyak istighafar dijanjikan dengan begitu banyak kelebihan oleh Allah.

Firman Allah S.W.T dalam ayat 10-12  surah Nuh :ان غفار ا ه ك كم إن ماء ﴾١٠﴿ فقلت استغفر وا ر ب ل الس ير س

كم١١﴿ عليكم مدر ار ا أموال وبنين ويجعل ل ﴾ويمددكم بكم أنهار ا ات ويجعل ل جن

Maksudnya:  Pohonlah keampunan daripada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Akan dikirimkan oleh Allah kepada kamu awan yang menurunkan hujan lebat. Diberikan oleh Allah S.W.T kepada kamu kekayaan harta dan anak-anak serta diadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu Sidang muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah S.W.T,

         Melihat kepada arahan dan amaran daripada Allah S.W.T dan rasulNya agar kita sentiasa bertaubat dengan segala dosa serta mematuhi segala perintah dan menjauhi segala apa yang ditegah maka sepatutnya kita lebih sedar tentang kesalahan kita yang menyebabkan turunnya sesuatu bala’ daripada Allah S.W.T. Kita juga mesti sentiasa istiqamah dan berada di atas landasan Islam yang sebenar dengan menghindarkan segala jalan yang membawa kepada kesesatan.Firman Allah S.W.T dalam ayat 16  surah al-Jin :

Page 4: khutbah istisqa

Khutbah Kedua

 استغفر الله العظيم الذي ال اله اال وم وا هو الحي القيكالي ( 7 توب اليه )

ذى اء الحمد لله ال ماء بن ا والس جعل لكم األر ض فر اشمر ات ر زقا ه من الث ماء ماء فأخر ج ب وأنزل من الس

كم أندادا وأنتم تعلمون  ل ه إله,  فال تجعلوا لل ال أن وأشهدعبده محمدا دنا سي أن وأشهد له شريك ال وحده الله إالوعلى , محمد عبدكورسولك على م وسل صل اللهم ورسوله

أجمعين وصحبه آلهاي بتقوى يكم وإي قوا الله أوص ها المؤمنون ات أما بعد فيا أي

قون الله وطاعته فقد فاز المتFirman Allah dalam ayat 55-57 surah al-A’raf :

ة ر عا وخفي كم تض دين  ادعوا ر ب ه ال يحب المعت وال ﴾٥٥﴿ إن إن  تفسدوا في األر ض بعد إصالحها وادعوه خوفا وطمعا

نين ه قر يب من المحس ل ﴾٥٦﴿ ر حمت الل ذي ير س وهو اله دي ر حمت ر ا بين ي حابا ثقاال  الر ياح بش ت س ى إذا أقل حت

ل ه من ك ا ب ه الماء فأخر جن ا ب ت فأنزلن د مي قناه لبل سمر ات ر ون  الث كم تذك كذلك نخر ج الموتى لعل

Maksudnya : Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan )dengan suara( perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang )kalau-kalau tidak diterima( dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan )supaya makbul(. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. Dan Dia lah )Allah( yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya )iaitu hujan(, hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati )ke daerah yang kering kontang(, lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan

Page 5: khutbah istisqa

)menghidupkan semula( orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat )mengambil pelajaran daripadanya(. Sidang muslimin dan muslimat yang dimuliakan Allah,            Sekali saya memperingati diri saya sendiri dan muslimin muslimat sekalian agar kita sama-sama memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat kepada Allah atas dosa dan kesalahan yang dilakukan. Semoga Allah menerima segala taubat kita dan seterusnya menurunkan rahmat dan kebaikan dari pelbagai aspek.

1) Khatib mula menghadap qiblat (membelakangi makmum)2) Bagi khatib dan sekalian makmum membalikkan selendangnya atau serbannya dengan menjadikan yang sebelah atas menjadi kebawah dan yang sebelah kanan menjadi ke kiri. Jika memakai baju 2 lapis seperti baju kot diterbalikkan juga Sidang muslimin dan muslimat yang dimuliakan Allah,وا ل لذين آمنو ا ص هاا بي ياأي ون على الن إن الله ومالئكته يصل

ليما موا تس دنا محمد وعلى عليه وسل ي ل على س اللهم صراهيم وعلى آل دنا إب ي يت على س ل دنا محمد كما ص آل سيدنا ي دنا محمد وعلى آل س ي ارك على س راهيم وب دنا إب ي سدنا ي راهيم وعلى آل س دنا إب ي اركت على س محمد كما ب

ك حميد مجيد إبراهيم في العالمين إن            Marilah kita sama-sama menadah tangan memohon kepada Allah segala kebaikan dan dihindari daripada kita segala keburukan

حيم مالك يوم الدين حمن الر الحمد لله رب العالمين . الر الله . هم أنت الله ال إله إال الله يفعل ما يريد ، الل ال إله إال

ي ونحن الفقراء ، أنزل علينا الغيث واجعل ما أنت الغنأنزلت علينا قوة وبالغا إلى حين

“Segala puji bagi Allah pemelihara alam semesta, Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Raja hari kiamat, tiada Tuhan selain Allah, Yang berbuat menurut kehendak-Nya. Ya Allah, Engkaulah Allah yang tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah Maha Kaya, sedangkan kami adalah papa, turunkanlah kepada kami hujan, dan jadikanlah apa yang Engkau turunkan itu menjadi bekal sampai beberapa lama.

هم أغثنا هم أغثنا ، الل هم أغثنا ، الل الل “Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami”

هم اسقنا غيثا مغيثا مريئا مريعا نافعا غير ضار عاجال اللغير آجل

Page 6: khutbah istisqa

“Ya Allah siramilah kami dengan hujan yang menyuburkan dan yang baik kesudahannya yang bertapis-tapis yang memberi manafaat tidak memberi mudharat segera tidak berlambat-lambat”دك ك وأحي بل ر رحمت ادك وبهائمك وانش ق عب هم اس الل

ت المي “Ya Allah siramilah hambaMu dan haiwan-haiwan ternakanMu dan sebarkanlah rahmatMu dan hidupkanlah negeriMu yang mati” 

Kemudian berpaling semula oleh khatib membelakangi kiblat menghadap kepada makmum sebagaimana biasa pada akhir khutbah yang kedua ini.

 مآء علينا مدرارا ك غفارا فأرسل الس ا نستغفرك إن اللهم إنمآء و ع غيث الس تي تمن ك من الذنوب ال ا نعوذب اللهم إن

ل األعداء, تي تذل األعز و تدل اللهم نعوذبك من الذنوب الاء اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات األحيي ك سميع قريب مجيب الدعوات وقاض منهم واألموات إن

رهم  الحاجات لح ذات بينهم وانص وبهم وأص ف بين قل وألط علينا من اليخافك وال على عدوك وعدوهم , اللهم ال تسلدنك ا من ل نا التزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لن يرحمنا , ربنة وفي ا في الدنيا حس ا آتن ن ك أنت الوهاب رب رحمة إنتهم فيها ارسبحانك اللهم وتحي اآلخرة حسنة وقنا عذاب الن

سالم وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

و استقاموا على الطر يقة ألسقيناهم ماء غدقا وأن ل

Page 7: khutbah istisqa

Maksudnya:  Dan sesungguhnya jika mereka )manusia dan jin( itu berjalan betul di atas landasan Islam maka sudah tentu Kami menurunkan hujan lebat kepada mereka              Kita mesti tegas dalam melawan kebatilan dan maksiat sehingga datangnya kemenangan dan keredhaan daripada Allah S.W.T. Kita jangan takut untuk menegur kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita kerana sebarang dosa bakal mengundang bala’ dan bala’ apabila telah turun maka ia menyeluruh bukan tertentu kepada pelakunya sahaja.

بما اكم وإي ونفعني العظيم القرآن في ولكم لي الله باركه إن تالوته ومنكم ي من ل وتقب الحكيم والذكر اآليات من فيه

ولسائر ولكم لي العظيم الله واستغفر العليم ميع الس هوفاستغفروه والمؤمنات والمؤمنين والمسلمات المسلمين

ائبين الت نجاة ويا المستغفرين فوز فيا

SOLAT ISTISQA’

 

Istisqa’ bermaksud meminta siraman air. Istisqa’ juga bermakna doa meminta hujan kepada

Allah S.W.T dengan cara yang tertentu seperti berdoa ketika khutbah Jumaat, berdoa setelah selesai

solat, doa secara sendirian (tanpa solat atau khutbah) dan mengerjakan solat Istisqa’. Oleh itu solat

sunat Istisqa’ adalah solat yang dikerjakan secara spesifik untuk memohon kepada Allah Subhanahu

wa Ta’ala agar menurunkan hujan di saat terjadinya musim kemarau. Kejadian kemarau ini

Page 8: khutbah istisqa

merupakan salah satu tanda kemurkaan Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai balasan terhadap hamba-

hamba-Nya yang tidak menurut perintah-Nya. Sebagai contohnya telah diriwayatkan daripada Ibnu

‘Umar radhiallahu’ anhbahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

  أخذوا ال والميزان إال وا المكي ...ولم ينقص

لطان عليهم نين وشدة المئونة وجور الس بالس 

منعوا القطر من اة أموالهم إال ولم يمنعوا زكماء... الس

 …Dan tidak akan ada suatu kaum yang mengurangi sukatan dan timbangan kecuali Allah

akan mencabut nikmat-Nya dan menjadikan penguasa zalim memerintah mereka. Tidak ada orang

yang menahan zakat daripaa harta-harta mereka kecuali Allah akan menahan turunnya titisan air

dari langit… – Hadis riwayat Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab al-Fitan, no: 4009

 

 Justeru itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengajar umatnya agar

mengerjakan solat Istisqa’, memperbanyakan doa serta istighfar (memohon keampunan) agar

Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menurunkan hujan dan mengembalikan nikmat rezeki kepada para

hamba-Nya. Hukum solat Istisqa’ ini adalah sunat dan tidak wujud satu dalilpun yang

mewajibkannya.

    TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT ISTISQA’

   Penampilan Fizikal Dan Mental Untuk Bersolat Istisqa’

Mereka yang mengerjakan solat Istisqa’ ini hendaklah menuju ke tempat perlaksanaan solat tersebut

dengan penampilan sederhana, tawadhu’ (merendah hati), tadharru’ (bersungguh-sungguh dalam

memohon) dan tamaskun (menunjukkan benar-benar perlukan permintaan tersebut) ول اس ما منعه أن يسألني خرج رس فقال ابن عب

م متواضعا متبذال ه عليه وسل ه صلى الل الل 

Page 9: khutbah istisqa

لي في لى ركعتين كما يص عا فص عا متضر متخشالعيدين ولم يخطب خطبتكم هذه.

 Maksudnya:

Daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh, dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam (keluar

untuk bersolat Istisqa’) dan mengenakan pakaian biasa (bukan pakaian yang indah-indah seperti

solat sunat pada Hari Raya-pen) dengan penuh harapan. Baginda bersolat dua rakaat

sebagaimana solat Hari Raya, tetapi tidak berkhutbah seperti khutbah yang biasa itu. - Hadis

riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab al-Istisqa’, no: 1504. 

  Solat Istisqa’ Dikerjakan Secara Berjemaah Sebanyak Dua Rakaat. لى ه ص ول الل اد بن تميم عن عمه أن رس عن عب

اس يستسقي م خرج بالن ه عليه وسل الل 

فصلى بهم ركعتين جهر بالقراءة فيها. 

Maksudnya:

Daripada ‘Abbad bin Tamim daripada pakciknya (‘Abdullah bin Zaid al-Mazini) dia berkata: Nabi

shallallahu ‘alaihi wasallam keluar bersama orang banyak untuk mengerjakan solat Istisqa’.

Baginda bersolat dua rakaat dan menguatkan bacaan dalam kedua rakaat itu. - Hadis Riwayat

Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 510.   Tidak Dilaungkan Azan Atau Iqamah Sebelum Solat Tersebut.

 ه لى الل ه ص ول الل عن أبي هريرة قال: خرج رس

م يوما يستسقي عليه وسل 

فصلى بنا ركعتين بال أذان وال إقامة Maksudnya:

Abu Hurairah radhiallahu’ anh berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada suatu hari

untuk mengerjakan solat Istisqa’, lalu bersolat bersama kami dua rakaat tanpa azan atau

Page 10: khutbah istisqa

iqamah…- Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab Iqaamatush Shalaah was

Sunnah Fiiha, no: 1258.   Dilaksanakan Sebagaimana Solat Hari Raya.

Solat Istisqa’ dikerjakan sama sebagaimana solat Hari Raya yakni dengan melakukan tujuh takbir

pada rakaat pertama dan lima takbir pada rakaat kedua. ول اس ما منعه أن يسألني خرج رس فقال ابن عب

م متواضعا متبذال ه عليه وسل ه صلى الل الل 

لي في لى ركعتين كما يص عا فص عا متضر متخشالعيدين ولم يخطب خطبتكم هذه.

 Maksudnya:

Daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh, dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam (keluar

untuk bersolat Istisqa’) dan mengenakan pakaian biasa (bukan pakaian yang indah-indah seperti

solat sunat pada Hari Raya-pen) dengan penuh harapan. Baginda bersolat dua rakaat

sebagaimana solat Hari Raya, tetapi tidak berkhutbah seperti khutbah yang biasa itu. - Hadis

riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab al-Istisqa’, no: 1504.   Waktu Perlaksanaan Solat Istisqa’.

Solat sunat Istiqa’ boleh dikerjakan pada bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan untuk

bersolat.

 

  Bacaan Dalam Solat Istisqa’ Adalah Secara Jahar (Kuat). 

ه صلى اد بن تميم عن عمه أن رسول الل عن عباس يستسقي م خرج بالن ه عليه وسل الل

 فصلى بهم ركعتين جهر بالقراءة فيها.

Maksudnya:

Daripada ‘Abbad bin Tamim daripada pakciknya (‘Abdullah bin Zaid al-Mazini) dia berkata: Nabi

shallallahu ‘alaihi wasallam keluar bersama orang banyak untuk mengerjakan solat Istisqa’.

Page 11: khutbah istisqa

Baginda bersolat dua rakaat dan menguatkan bacaan dalam kedua rakaat itu. - Hadis Riwayat

Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 510. Sebagaimana solat Hari Raya  dianjurkan juga untuk membaca surah Qaf atau surah al-Qamar pada

rakaat pertama dan bacaan semasa rakaat kedua sama ada surah al-A’laa atau al-Ghaasyiah.   Tempat Perlaksanaan Solat Istisqa’.

Tidak dikerjakan di dalam masjid tetapi di musolla iaitu di tanah yang lapang seperti padang atau

halaman masjid yang luas. اس كا الن ه عنها قالت: ش ي الل ة رض عن عائش

م ه عليه وسل ه صلى الل إلى رسول الل 

لى قحوط المطر. فأمر بمنبر فوضع له في المصاس يوما يخرجون فيه. ووعد الن

 Maksudnya:

Daripada ‘Aishah radhiallahu’ anha, dia berkata: Orang-orang mengeluh kepada

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kerana lambatnya hujan. Baginda lalu memerintahkan

agar disiapkan sebuah mimbar dan diletakkan di tanah yang lapang (untuk dikerjakan solat secara

berjemaah) dan ditetapkan kepada orang-orang itu supaya keluar bersama-sama (untuk

mengerjakan solat) pada hari yang ditentukan.... - Hadis riwayat Imam Abu Dawud

dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 992.

 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai ketua negara umat Islam telah turun bersama-sama

rakyat untuk mengerjakan solat Istisqa’ ini. Lantaran itu pada masa kini terdapat beberapa negara-

negara Islam di timur tengah yang mana para pemerintah tertinggi sesebuah negara itu turut turun

bersama rakyat jelata untuk mengerjakan solat Istisqa’ ini dimusolla. Kita ternanti-nanti bila sunnah

ini akan diamalkan pula oleh pemerintah di Malaysia.   Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Istisqa’.Rakaat Pertama1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Istiqa’

2)      Takbiratul Ihram

Page 12: khutbah istisqa

3)      Doa Iftitah

4)    Takbir Tujuh kali dan diselangi membaca zikir seperti  ه وال سبحان الله والحمد للر ه أكب ه والل الل ه إال ,Subhanallah“ إل walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu

akbar” sebanyak enam kali

5)      Membaca surah al-Fatihah

6)      Membaca Surah al-Qur’an

7)      Rukuk

8)      Iktidal

9)      Sujud

10)    Duduk antara dua sujud

11)    Sujud kali kedua

12)    Bangun untuk rakaat kedua Rakaat Kedua

1)   Takbir Lima kali dan diselangi membaca zikir seperti  ه وال ه والحمد لل سبحان اللر ه أكب ه والل الل ه إال ,Subhanallah“ إل walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu

akbar” sebanyak empat kali

2)      Membaca surah al-Fatihah

3)      Membaca Surah al-Qur’an

4)      Rukuk

5)      Iktidal

6)      Sujud

7)      Duduk antara dua sujud

8)      Sujud kali kedua

9)      Duduk untuk tahiyyat akhir

10)    Memberi salam ke kanan dan ke kiri   Bacaan Khutbah Untuk Solat Istisqa’.

Khutbah ringkas dilakukan sebelum atau sesudah solat Istisqa’ di atas mimbar yang disediakan.

Namun Imam al-Nawawirahimahullah lebih mengutamakan khutbah dikerjakan setelah solat

sebagaimana khutbah untuk solat Hari Raya. Berbeza dengan khutbah ketika solat Hari Raya, khutbah

untuk solat Istisqa’ adalah ringkas sahaja. Dalilnya adalah hadis berikut: 

Page 13: khutbah istisqa

اس كا الن ه عنها قالت: ش ي الل ة رض عن عائشم قحوط ه عليه وسل ه صلى الل إلى رسول الل

 

لى ووعد ه في المص المطر. فأمر بمنبر فوضع لاس يوما يخرجون فيه. الن

 ه قالت عائشة ه علي لى الل ه ص ول الل فخرج رس

مس فقعد م حين بدا حاجب الش على وسل 

ه عز م وحمد الل ه عليه وسل ر صلى الل المنبر فكبوجل ثم قال:

 كم شكوتم جدب دياركم واستئخار المطر عن   إن

ان زمانه عنكم إب ه عز وجل أن تدعوه ووعدكم أن   وقد أمركم الل

يستجيب لكم, 

ثم قال: ك   حيم مل حمن الر ه رب العالمين الر الحمد لل

ه يفعل ما يريد. الل يوم الدين ال إله إال  أنت الغني ونحن   ه ال إله إال هم أنت الل الل

ا زلت لن الفقراء. أنزل علينا الغيث واجعل ما أنقوة

 وبالغا إلى حين.   

Page 14: khutbah istisqa

اض دا بي ى ب فع حت زل في الر ثم رفع يديه فلم ياس ظهره وقلب أو حول إبطيه ثم حول إلى الن

 زل اس ون ل على الن ه ثم أقب رداءه وهو رافع يدي

فصلى ركعتين 

رقت ثم أمطرت حابة فرعدت وب ه س أ الل فأنشه … بإذن الل

 Maksudnya:

Daripada ‘Aishah radhiallahu’ anha, dia berkata: Orang-orang mengeluh kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kerana lambatnya hujan. Baginda lalu memerintahkan agar disiapkan sebuah mimbar dan diletakkan di tanah yang lapang (untuk dikerjakan solat secara berjemaah) dan ditetapkan kepada orang-orang itu supaya keluar bersama-sama (untuk mengerjakan solat) pada hari yang ditentukan.

Menurut ‘Aishah ketika matahari telah naik, baginda pun keluarlah lalu duduk di atas mimbar, bertakbir serta memuji Allah dan bersabda: Kamu semua mengeluh sebab keringnya negerimu, sedang Allah telah menyuruhmu semua agar berdoa serta Dia menjanjikan pasti akan mengabulkan permohonanmu itu.

Baginda meneruskan: “Alhamdulillaahi rabbil’aalamiin. Arrahmaanirrahiim, Maliki Yaumiddiin” Tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan berbuat sekehendak-Nya. Ya Allah, tiada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang Maha Kaya sedang kami adalah kaum fakir. Turunkanlah hujan kepada kami serta jadikanlah hujan itu menjadi kekuatan serta mencukupi kami sampai habis masanya.

Selanjutnya baginda mengangkat kedua tangannya dan berdoa sampai kelihatan putih ketiaknya, kemudian membalikkan diri dan menghadap ke arah kiblat, selendangnya dibalikkan letaknya sambil mengangkat kedua tangannya itu, lalu menghadap kepada semua manusia dan turun dari mimbar terus bersolat dua rakaat. Di saat itu Allah Ta’ala menampakkan segumpal awan, terdengarlah suara guruh dan petir dan kemudian turunlah hujan dengan izin Allah Ta’ala… - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 992. Menerusi hadis di atas dapat difahami bahawa setelah khutbah maka Imam hendaklah menghadapkan

wajahnya ke arah kiblat lalu mengangkat tangannya tinggi-tinggi ke langit lalu berdoa dengan

bersungguh-sungguh bersama-sama dengan para makmum. Disunnahkan juga untuk menterbalikkan

tapak tangan ketika berdoa di mana bahagian belakang tapak tangan tersebut di hadapkan ke arah

langit. 

ه ه علي لى الل بي ص ك أن الن عن أنس بن مالماء. م استسقى فأشار بظهر كفيه إلى الس وسل

Page 15: khutbah istisqa

 Maksudnya:

Daripada Anas bin Malik (radhiallahu’ anh) bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pada suatu

ketika memohon hujan sedangkan punggung kedua tapak tangannya itu diangkat ke atas langit. -

Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Solat al-Istisqa’, no: 896. Bagi mereka yang memakai selendang di atas kepala (syal yang dipakai oleh lelaki) maka disunatkan

untuk mengalihkan bucu selendang di bahu kanan ke bahu kiri dan yang di bahu kiri ke kanan dengan

membuka dan menterbalikkan tudung tersebut lalu memakainya semula. Ada yang berpendapat

bahawa tindakan mengalihkan selendang ini sebagai tafa’ul atau mengharapkan adanya perubahan

keadaan dari kemarau kepada hujan ه لى الل ه ص ول الل عن أبي هريرة قال: خرج رس

م يوما يستسقي عليه وسل 

ا ا ركعتين بال أذان وال إقامة ثم خطبن لى بن فصه وحول وجهه نحو القبلة رافعا يديه. ودعا الل

  ثم قلب رداءه فجعل األيمن على األيسر واأليسر

على األيمن. 

Maksudnya:

Abu Hurairah radhiallahu’ anh berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada suatu hari

untuk mengerjakan solat Istisqa’, lalu bersolat bersama kami dua rakaat tanpa azan atau iqamah,

kemudian menyampaikan khutbah serta berdoa kepada Allah, lalu berpaling ke arah kiblat sambil

mengangkat kedua tangannya. Selanjutnya dibalikkan selendangnya yang kanan diletakkan di kiri

dan yang kiri di kanan. - Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab Iqaamatush

Shalaah was Sunnah Fiiha, no: 1258.

Page 16: khutbah istisqa

بما اكم وإي ونفعني العظيم القرآن في ولكم لي الله باركه إن تالوته ومنكم ي من ل وتقب الحكيم والذكر اآليات من فيه

ولسائر ولكم لي العظيم الله واستغفر العليم ميع الس هوفاستغفروه والمؤمنات والمؤمنين والمسلمات المسلمين

ائبين الت نجاة ويا المستغفرين فوز فيا

Page 17: khutbah istisqa