khubaid

17
SEKOLAH MENENGAH AGAMA SULTAN ZAINAL ABIDIN LADANG, 20000, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU TOKOH ISLAM DI TERENGGANU “TOKKU PALOH” NAMA: MUHAMMAD KHUBAID ADY BIN MD HISHAM KELAS: 2 KT1 NO IC: 990806-03-5137 NAMA GURU: ENCIK SHAFIE BIN SHAMSUDDIN

Upload: farhana-hisham

Post on 01-Dec-2015

53 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: khubaid

SEKOLAH MENENGAH AGAMA SULTAN ZAINAL ABIDIN LADANG,

20000, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

TOKOH ISLAM DI TERENGGANU

“TOKKU PALOH”

NAMA:

MUHAMMAD KHUBAID ADY BIN MD HISHAM

KELAS:

2 KT1

NO IC:

990806-03-5137

NAMA GURU:

ENCIK SHAFIE BIN SHAMSUDDIN

Page 2: khubaid

SENARAI KANDUNGAN

Bil Perkara

1 Senarai kandungan

2 Penghargaan

3 Tujuan kajian

4 Kaedah kajian

5 Hasil kajian5.1. LATAR BELAKANG5.2. PENDIDIKAN

5.3. SUMBANGAN

5.4. KEISTIMEWAAN

6 Rujukan

7 Lampiran

Page 3: khubaid

1.0 PENGHARGAAN

Syukur saya kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah pada kali ini yang bertajuk Tokoh Islam Di Terengganu. Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu Encik Shafie Bin Shamsuddin kerana telah membantu saya dalam penyediaan kerja kursus ini. Hasil tunjuk ajar beliau sepanjang penyediaan kerja kursus ini merupakan hasil komitmen yang jitu daripada beliau.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Haji Md Hisham Bin Mohd Nor dan Puan Fauzilah Binti Salleh yang memberi kebenaran kepada saya dalam usaha menyempurnakan kerja kursus ini.Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada kakak saya Sarah Shafinaz Binti Md Hisham kerana turut sama menyumbang tenaga dan masa kepada saya dalam proses melaksanakan kerja kursus ini.  Sekian terima kasih.

2.0 PENGENALAN

Page 4: khubaid

SAYYID Abd al-Rahman Muhammad Zayn al-Idrus atau lebih dikenali sebagai Tukku Paloh merupakan tokoh ulama dan umarak yang terkenal di Terengganu sekitar hujung kurun ke-19 hingga awal kurun ke-20.

Tokku Paloh yang dilahirkan pada 1817 disanjung tinggi kerana sumbangannya terhadap perkembangan politik, semangat patriotisme, keilmuan serta pelaksanaan hukum-hukum Islam di negeri tersebut. Beliau yang dilahirkan di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu dan meninggal dunia pada 1918 juga amat disegani ramai hingga kini lantaran kesungguhannya melaksanakan hukum-hukum Islam.

Kesungguhan nasab ke-32 daripada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. ini dalam melaksanakan hukum Islam di Terengganu dapat dilihat menerusi sebuah kitab tulisannya yang berjudul Ma’arij al-Lahfan li al-Taraqqi iq al-Irfan. Kitab itu antara lain memperlihatkan sikap Tokku Paloh yang cukup serius terutamanya dalam memerangi jenayah aqidah yang berleluasa berlaku ketika di zamannya itu.Banyak mazhab sesat dan penyelewengan aqidah yang didedahkan oleh Tokku Paloh menerusi kitab itu di mana ia menggambarkan senario yang berlaku di Terengganu pada ketika itu.

Tok Ku Paloh dirahmati berumur panjang. Beliau meninggal dunia pada bulan Zulhijjah 1335 H/September 1917 M. Bererti ketika meninggal dunia Tok Ku Paloh berusia sekitar 102 tahun menurut perhitungan tahun hijrah atau 100 tahun menurut tahun masihi.

Page 5: khubaid

3.0 KAEDAH KAJIAN

Terdapat tiga kaedah kajian yang saya lakukan bagi memenuhi keperluan melaksanakan Kerja Kursus Sejarah 2013 . Maklumat adalah seperti di bawah.

1.                  Kaedah kajian membaca buku ilmiah. Saya merujuk beberapa buku di perpustakaan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.2.                  Kaedah mengakses internet saya gunakan bagi mengetahui perkara berkaiatan dengan tajuk kajian dengan lebih mendalam .3.                  Kaedah seterusnya ialah dengan merujuk tajuk kajian pada akhbar dan majalah .

Page 6: khubaid

4.0 TUJUAN KAJIAN

Terdapat empat objektif kajian saya dijalankan, iaitu :

1.      Mengkaji sejarah latar belakang Tokku Paloh di negeri Terengganu.2.      Mengetahuai sejarah pendidikan Tokku Paloh3.      Mengenalpasti sumbangan Tokku Paloh terhadap perkembangan Islam dan perjuangan di Tanah Melayu.4.      Menyelidik keistimewaan dan kelebihan yang di kurniakan kepada Tokku Paloh```.

Page 7: khubaid

5.0 HASIL KAJIAN

5.1 LATAR BELAKANGNama penuh beliau ialah Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad al-Aidrus. Beliau lebih dikenali sebagai Tok Ku Paloh. Gelaran lain beliau ialah Engku Sayyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik dan Syaikh al-Islam Terengganu. Beliau lahir pada tahun 1233 Hijrah bersamaan dengan1817 Masihi dan meninggal dunia pada bulan Zulhijjah 1335 Hijrah bersamaan dengan September 1917 Masihi. Ayahnda beliau ialah Sayyid Muhammad bin Sayyid Zainal Abidin al-Aidrus atau dikenali sebagai Tok Ku Tuan Besar di Terengganu.

Adik-beradik kandung Tok Ku Paloh ialah Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus yang dikenali sebagai Engku Sayyid Seri Perdana, Sayyid Ahmad al-Aidrus yang dikenali sebagai Tok Ku Tuan Ngah Seberang Baruh dan Sayyid Mustafa al-Aidrus yang dikenali sebagai Tok Ku Tuan Dalam, Tuan Embung Abu Bakar yang dikenali sebagai Tuan Embung Solok atau Tok Ku Tuan Kecik dan Tuan Nik (Senik).

Dilahirkan pada tahun 1817 [1236 Hijrah] di Kg. Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Tokku Paloh adalah nasab yang ke-32 daripada Rasulullah s.a.w. di kalangan keluarga Al Idrus. Nasab sebelah bapanya sampai kepada Sayidina Hussein r.a. anak Sayidatina Fatimah Az Zahrah r.ha. bt. Rasulullah. Ibunya, Hajah Aminah ialah isteri pertama daripada beberapa orang isteri Sayid Muhammad yang terkenal dengan gelaran Tokku Tuan Besar. Semasa pemerintahan Sultan Omar, Tukku Tuan besar menjadi Syeikhul Ulama iaitu ketua seluruh ulama Terengganu dan dianugerahkan gelaran Paduka Raja Indra oleh baginda Sultan. Kedua-dua kedudukan itu menjadikan Tokku Tuan Besar sangat dihormati dan berpengaruh di kalangan istana dan rakyat keseluruhannya.

Tok Ku Paloh dikurniakan umur yang panjang. Bererti ketika meninggal dunia Tok Ku Paloh berusia sekitar 102 tahun menurut perhitungan tahun Hijrah atau 100 tahun menurut tahun Masihi.

Beliau ialah seorang ulama dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III.

Page 8: khubaid

5.2 PENDIDIKAN

Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus atau Tok Ku Paloh berketurunan ‘Saiyid’. Oleh itu sudah menjadi tradisi keturunan itu untuk lebih mengutamakan usaha mempelajari ilmu-ilmu daripada orang yang terdekat dengan mereka. Ayah beliau, Saiyid Muhammad al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar, pula merupakan seorang ulama besar yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam urusan Islam di Terengganu. Dapat dipastikan Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus telah belajar pelbagai bidang ilmu daripada orang tuanya sendiri.

Hampir semua orang yang menjadi ulama di Terengganu pada zaman itu memperoleh ilmu melalui jalur daripada ulama-ulama yang berasal dari Patani. Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus, selain belajar daripada ayahnya, juga berguru dengan Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-Fathani atau Tok Syeikh Duyung (lihat Utusan Malaysia, Isnin, 6 Mac 2006).

Saiyid Muhammad al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar dan Tok Syeikh Duyung bersahabat baik dan sama-sama belajar daripada Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani di Bukit Bayas, Terengganu. Mereka juga sama-sama belajar dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani di Mekah.

Dalam artikel ini saya terpaksa menjawab satu e-mel dari Brunei Darussalam yang bertanyakan apakah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani berketurunan Nabi Muhammad s.a.w.? Sepanjang dokumen yang ditemui ada tulisan meletakkan nama ‘Wan’ pada awal nama beliau. Ada saudara pupu saya di Mekah memberi maklumat bahawa beliau menemui satu catatan Syeikh Ismail al-Fathani (Pak De 'El al-Fathani) bahawa ulama Patani itu juga berketurunan marga ‘al-Aidrus’.

Sejak dulu saya mengetahui ada catatan lain menyebut hal yang sama bahawa Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani di Bukit Bayas, Terengganu juga termasuk marga ‘al-Aidrus’. Dengan keterangan ini bererti antara ulama Patani dengan ulama Terengganu yang diriwayatkan ini selain ada hubungan keilmuan mereka juga ada perhubungan nasab.

5.3 SUMBANGAN

Page 9: khubaid

Tokku Paloh adalah ulama kerohanian yang berkecimpung dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu. Beliau hidup dalam zaman pemerintahan lapan orang sultan silih berganti, paling lama dan paling kuat pengaruh beliau ialah semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-11.

Kerana kewibawaannya, beliau diberi mandat oleh Sultan

mentadbir kawasan Paloh dan mengawasi kawasan Hulu Terengganu. Beliau juga diterima sebagai penasihat pertama dan utama kepada sultan dalam berbagai persoalan. Beliau tegas dan pintar dalam bidang diplomatik dan sering diberi peluang mewakili sultan berunding dengan pihak British sehingga pada zaman itu British gagal menjajah Terengganu.Tokku Paloh terkenal sebagai seorang wali Allah yang mempunyai berbagai karamah dan sentiasa mendapat bantuan Allah swt khususnya sewaktu mengendalikan urusan rakyat. Tokku Paloh adalah khalifah Tareqat Naqsyabandiah, dan beliau turut mengamal dan mengembang luaskan ‘Syahadat Tokku’ satu amalan yang disusun oleh ayahnya Tokku Tuan Besar.

Tambahan, Tok Ku Paloh ialah ulama yang tidak takut menanggung risiko tinggi dalam perjuangan demi mempertahankan Islam dan bangsa Melayu. Beliau melindungi pejuang-pejuang Islam dan Melayu yang bermusuh dengan penjajah Inggeris pada zaman itu. Semangat jihadnya sungguh indah, menarik dan ada hembusan segar seperti yang diriwayatkan oleh Muhammad Abu Bakar.

Katanya: “Dalam Perang Pahang, penentang-penentang British yang dipimpin oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri setelah mengalami tekanan daripada kerajaan.’’

Pada Mei 1894, mereka menghubungi Tok Ku Paloh, dan mendapat simpati daripada ulama tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka, tetapi mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh mereka di Pahang. Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad.

Hasil semangat baru yang diperoleh daripada Tok Ku Paloh, serta penambahan kekuatan, pasukan pahlawan menjadi lebih besar dan tersusun.

Daripada riwayat ini, kita dapat mengambil iktibar berdasarkan

Page 10: khubaid

peristiwa dunia terkini bahawa ramai tokoh Islam menjadi pejuang Islam dan bangsanya, dan ramai pula yang menjadi pengkhianat. Afghanistan, Iraq, Palestin dan Lebanon menjadi sasaran bom yang dilancarkan oleh bangsa-bangsa bukan Islam. Ada ramai pejuang Islam di sana. Pengkhianat pun banyak. Bangsa kita, bangsa Melayu yang beragama Islam, patut mencontohi perjuangan bijak Tok Ku Paloh. Janganlah ada manusia Melayu yang khianat terhadap agama Islam dan bangsanya.

Tok Ku Paloh sangat berpengaruh terhadap murid dan saudara ipar beliau iaitu Sultan Zainal Abidin III. Beberapa pandangan dan nasihat Tok Ku Paloh kepada Sultan Zainal Abidin III tentang pentadbiran kerajaan banyak persamaan dengan surat-surat dan puisi Syeikh Ahmad al-Fathani kepada Sultan Terengganu itu. Semasa Tok Ku Paloh dan Sultan Zainal Abidin III masih hidup,

Inggeris tidak berhasil mencampuri pentadbiran negeri Terengganu.

5.4KEISTIMEWAAN

Menurut cucunya Sayid Abdul Aziz, sejak kecilnya lagi sudah ada tanda-tanda pelik yang mengisyaratkan Tokku Paloh akan muncul menjadi orang penting masyarakat. Satu ketika semasa Tokku Paloh berada bersama ayahnya Tokku Tuan Besar, tiba-tiba saja Tokku Paloh melihat seorang yang berserban dan berjubah hijau memanggilnya. Tokku Tuan Besar menahannya seraya berkata, “Engkau jangan pergi dekat dengan orang itu, nanti kamu tidak boleh bersama abah lagi.” Perkataan Tokku Tuan Besar itu tidak begitu pasti apa maksudnya. Tetapi yang nyata, Tokku Tuan Besar juga seorang yang kasyaf ; dapat melihat kemunculan seorang yang berserban dan berjubah hijau itu. Siapa orangnya? Wallahu a’lam.

Selain itu, ada kisah yang meriwayatkan yang punggung penjajah melekat di kerusi kerana menyebabkan beliau marah.

“Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun,” kata Tokku Paloh. “Tetapi kalau nak tanah, silakan. Isilah ke dalam armada tuan sebanyak mana pihak British mahu… ambillah tanah.”

Itulah jawapan Tokku Paloh kepada wakil British, semasa berlaku

Page 11: khubaid

perundingan antara pihak British dengan Tukku Paloh yang mewakili kerajaan Negeri Terengganu. Jawapan dalam bentuk sindiran itu yang diluahkan dengan tenang tetapi tegas, ternyata menyakitkan hati wakil-wakil British itu. mereka bangun untuk beredar. Tetapi dengan kuasa Allah, punggung mereka tidak semena-mena terlekat di kerusi. Apabila mereka mengangkat punggung, kerusi turut terangkat sama buat seketika sebelum jatuh ke lantai. Waktu itu Tukku Paloh bersuara secara bersahaja :“Sudahlah tuan2 hendak ambil tanah Terengganu, kerusi rumah saya pun tuan2 hendak ambil?”

6.0 RUJUKAN

Page 12: khubaid

BukuAbdul Ghani Said, Oktober 1998, 7 Wali Melayu , Kuala Lumpur , Mahbook Publication.

AkhbarUtusan Malaysia, Isnin, 6 Mac 2006

Orang sumberMohd Nor Bin Abdullah, 70 tahun, 323, Jalan Penarik, 22100, Setiu, Terengganu

Internet:

http://republikbesut.blogspot.com/2008/06/tokoh-ilmuan-islam-terengganu.html

http://teratak-benyusof.blogspot.com/p/tokku-paloh.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Saiyid_Abdur_Rahman_bin_Saiyid_Muhammad_al-Aidrus

7.0 LAMPIRAN

Page 13: khubaid

Rajah 1: Tokku Paloh

RAJAH 2: MAKAM TOKKU PALOH

Page 14: khubaid

RAJAH 3: MASJID TOK KU PALOH

RAJAH 4: ISTANA TOKKU PALOH