khalifah ali bin abi talib

Upload: nur-faza-rosli

Post on 09-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Khalifah Ali bin Abi Talib

    1/1

    Khalifah Ali bin Abi Talib

    Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim. Dilahikan 10 tahun sebelum kerasulan

    Nabi Muhammad S.A.W. Beliau seorang yang berrsifat berani, tegas dan menguasai pelbagai

    ilmu yang mendalam. Malah beliau adalah kanak-kanak yang pertama memeluk islam.

    Meninggal dunia pada 40 hijrah setelah memerintah selama 5 tahun. Sumbangan Khalifah Ali

    bin Abu Talib ialah beliau dilantik menjadi khalifah oleh seluruh masyarakat Islam Madinah al-

    Munawarah kerana kepakarannya dalam selok-belok hukum dan banyak membantu

    menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan masyarakat dan undang-undang Islam. Beliau

    sentiasa mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Khalifah Ali bin Abu Talib telah

    membina markas tentera di Parsi dan di sempadan Syria. Kutipan cukai jizyah diteruskan untuk

    mengembangkan ekonomi negara. Khalifah Ali juga menghantar surat dan mengarahkan al-

    Asytar supaya mengikat perjanjian dengan golongan Zimmi untuk mengenakan jizyah kepada

    mereka.

    Rujukan

    Sejarah Kertas Teks Dan Rujukan Lengkap, terbitan Arah Pendidikan Sdn. Bhd. , Penulis;

    Adibah Sulaiman, Siti Nor Baya Mat Yaakob, Noor Sham Abdul Hamit dan Mohd. Fauzi Naim

    Keria, tahun terbit 2005.

    Focus Super Hot Sejarah SPM, terbitan Pelangi Sdn. Bhd. , Penulis Akashah Ismail, tahun

    terbit 2008.