keusahawan

Upload: norain-abdullah

Post on 16-Jul-2015

137 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

CGE 2071 KEUSAHAWANAN

CGE 2071 ENTREPRENEURSHIPNAMA:AINUL MARDIAH BT ISHAK NO. MATRIK:CFDJUL11001 TUGASAN:TOKOH USAHAWAN TARIKH HANTAR:9 MAC 2012

NAMA PENSYARAH: PN. NURUL HUDA BT KHAMIS

1.1 SENARAI KANDUNGAN

Bilangan 1 2 3 4 5 6

Perkara Pengenalan Huraian Kesimpulan Rujukan Lampiran Abstrak

Muka surat 1 2-7 8 9 10 11

CGE 2071 KEUSAHAWANAN

1.2 PENGENALAN

Perniagaan yang dijalankan ini adalah perniagaan yang membekalkan pelbagai jenis

kurma.

Perniagaan ini telah diasaskan oleh pemiliknya yang bernama Datuk Yusuf Taiyoob.

Pemilik ini telah menamakan produknya dengan memetik namanya sendiri iaitu Yusuf

Taiyoob.

Beliau telah membelanjakan kira-kira 5 juta.

Perniagaan ini juga membekalkan produknya di serata dunia seperti Amerkia Syarikat,

Iran, Dubai, Afrika Utara dan Arab Saudi.

Perniagaan ini telah mengambil masa yang lama untuk perniagaannya berjalan dengan

lancar dan dikenali oleh masyarakat umum.

1

CGE 2071 KEUSAHAWANAN

1.3 HURAIAN &PERBINCANGAN DAN CADANGAN

PROFIL Nama Jawatan Asal Umur Isteri Anak Adik-beradik :Datuk Yusuf Taiyoob :Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd :Georgetown, Pulau Pinang :51 tahun :Datin Yusnita Ramli :Waseem (9), Safiya (6), dan Safina (3) :Anak sulung daripada empat beradik

Jenis Perniagaan :Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering, dan jus buah

2 Siapa tak kenal, kurma yang paling popular di Malaysia.. berjenama Yusuf Taiyoob,

iaitu bersempena dengan nama big big boss nya sendiri iaitu Datuk Yusuf Taiyoob.

Hari-hari asyik dengar iklan Yusuf Taiyoob di radio dan TV.. Kalau akhbar tu xpayah

cakap la.. siap full page lagi tu..

Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh

Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.

Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan

dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.

Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar Raja Kurma Malaysia, malah anak

sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran Datuk Kurma.

CGE 2071 KEUSAHAWANAN Kini syarikat miliknya, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob) menjadi pembekal

terbesar pelbagai jenis kurma dan produk mentah makanan kering serta basah dari luar negara untuk pasaran di Malaysia dengan kira-kira 3,000 rangkaian pengedar di seluruh negara. 3 Prinsip utama dalam hidup Yusuf ialah beliau tidak suka bekerja dengan orang lain atau

bergelar pekerja tetapi lebih suka menjadi bos biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran dan pengalaman pahit.

Saya menghadapi banyak kesukaran dalam perniagaan pertama saya iaitu menjual

minyak wangi. Pada masa itu saya berumur 21 tahun dan ada pihak langsung tidak memandang saya, tetapi saya bersyukur mendapat bantuan keluarga.

Itu menyedarkan saya, apabila anda tiada kepentingan atau daripada syarikat kecil, orang tidak akan pandang langsung, malah anda akan ditendang ke sana ke sini, kata bapa kepada tiga anak itu.

Yusuf yang masih kelihatan muda dan bertenaga meskipun usia mencecah 50 tahun

berkata, selepas gagal dalam perniagaan minyak wangi, beliau mencuba pelbagai perniagaan lain, termasuk mengedar produk bunga safron, biji gajus, makanan kering dan rempah.

Beliau kemudian mencari bentuk perniagaan baru, walaupun menyedari kesulitan bakal

dihadapi hinggalah terfikir untuk menjadi pembekal kurma di negara ini.

Walaupun menyedari wujud persaingan pada waktu memulakan perniagaan kurma pada

1990, beliau percaya sudah ada pelanggan tetap, selain harga berpatutan dengan jaminan produk berkualiti.

4 Yang penting, menurut Yusuf, seseorang perlu tahu tahap mana kemampuan mereka

untuk bersaing dalam perniagaan yang penuh cabaran dan berliku-liku meskipun sedar kadangkala pesaing sanggup membuat apa saja dalam perniagaan mereka.

Selain itu kita perlu bersyukur dengan rezeki diberikan Allah dan jangan cepat lupa

diri, katanya yang sentiasa merancang bentuk jenis iklan yang mahu disiarkan setiap kali menjelang Ramadan.

Dalam usaha memastikan semua produk edarannya dijamin berkualiti dan segar, beliau

membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk menggunakan teknologi terkini dalam mengendalikan stor simpanan sejuk bekunya.

Teknologi yang diimport dari Amerika Syarikat itu membolehkan sebarang kebocoran gas amonia dapat dikesan lebih awal. Sistem itu mampu memberi amaran awal secara automatik jika berlaku kebocoran.

CGE 2071 KEUSAHAWANAN Ketika ini kompleks itu memiliki enam stor simpanan sejuk yang mampu memuatkan

kira-kira 7,000 tan barangan satu-satu masa dan dua stor simpanan kering untuk kirakira 3,000 tan barangan.

Syarikat itu ketika ini mengimport antara 200 hingga 300 pelbagai jenis makanan

daripada buah kurma, minyak zaitun, kacang dhal hingga kepada rempah ratus dari kirakira 30 negara, antaranya Amerika Syarikat, Iran, Dubai, Afrika Utara dan Arab Saudi.

5 Bagi memastikan stok kurma mampu memenuhi permintaan pasaran, Yusuf memesan

dan menyimpan stok berkenaan tiga bulan lebih awal dan sebaik saja musim perayaan tamat, beliau mula memesan stok untuk menyambut Ramadan tahun depan.

Menceritakan sejarah awal pembabitannya dalam perniagaan kurma, beliau pernah

berdepan cabaran pertama apabila dua kontena (40 tan) kurma yang diimport dari Iran tidak berapa elok, namun beliau tidak panik.

Ini menyebabkan Yusuf pergi ke Iran untuk menemui pengeluar kurma supaya tidak

menghadapi masalah sama pada masa akan datang.

Keadaan berubah apabila saya mempunyai lebih pengalaman berbanding pada awal

pembabitan. Dulu, disebabkan percayakan pengeluar dan pembekal dari sana (Iran), akhirnya saya terkena, katanya.

Beliau berkata, syarikatnya mengambil masa antara 10 hingga 12 tahun untuk dikenali

sebagai pembekal kurma di negara ini, selain kurma edarannya turut menembusi pasaran di Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.

Pada masa ini syarikatnya mengedar lebih 10 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia,

Mariami, Safina, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara yang dijual pada harga berpatutan.

Kurma mempunyai tiga peringkat iaitu khalal (kurma muda), rotab (kurma madu) dan

thamar (kurma kering) diperolehi dari Tunisia, Oman, Iran, Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir dan Jordan. 6

Dalam menjual kurma, kita perlu membuat penjenamaan dan teknik pembungkusan

yang elok. Apabila ada jenama, orang mudah kenal produk sebelum membelinya, malah saya menitikberatkan aspek kualiti kerana keutamaan kami ialah kepuasan pelanggan.

Saya juga memberi jaminan kepada pelanggan, kurma yang rosak boleh diganti dengan

kurma yang lain, katanya yang boleh dianggap sebagai satu daripada pengimport terbesar produk makanan di rantau Asia kerana kebanyakan produknya diimport dari lebih 30 negara.

CGE 2071 KEUSAHAWANAN

Malah, Ramadan ini beliau sibuk membekalkan kurma kepada peniaga selepas

mendapat banyak bekalan kerana sesuai dengan musim kurma pada Ogos, September dan Oktober.

Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, kata Yusuf, beliau tidak pernah lupa untuk

memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.

Kita kena bantu orang susah sebab saya rasa seronok apabila mampu mengurangkan

beban mereka, kalau ada lebih kita kena bersedekah dan beringat bahawa rezeki dikurniakan Tuhan, katanya.

7

1.4 KESIMPULAN Berdasarkan maklumat yang telah dinyatakan dalam perniagaan ini,dapat disimpulkan

bahawa perniagaan Yusuf Taiyoob ini telah berjaya dalam perniagaan yang dijalankan iaitu kurma.

Walaupun pada awalnya, terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi,.namun

segala masalah yang ditempuhi dapat dirintangi dengan baik sehinggalah kini.

Oleh itu, kini beliau diketogerikan dalam usahawan yang berjaya di Malaysia.

Beliau juga digelar `Raja Kurma Malaysia.

8 1.5 RUJUKAN

http://www.hafizizain.com/tag/kisah-kejayaan-yusuf-taiyoob Surat khabar metro Surat khabar berita harian

CGE 2071 KEUSAHAWANAN

9

1.6 LAMPIRAN

CGE 2071 KEUSAHAWANAN

10

1.7 ABSTRAK

Perniagaan Yusof Taiyoob ini telah diasaskan oleh pemiliknya iaitu Yusof Taiyoob sama dengan nama produknya.Beliau telah membekalkan pelbagai jenis kurma sebagai

perniagaannya.Sebelum menceburi bidang ini beliau juga telah mencuba pelbagai jenis perniagaan namun semuanya tidak sesuai dengan beliau.Oleh itu, beliau telah mencuba untuk menjadi pembekal kurma.Pada permulaannya,beliau terpaksa menempuhi pelbagai cabaran dan rintangan.Contohnya,beliau pernah berdepan cabaran pertama apabila dua kontena (40 tan) kurma yang diimport dari Iran tidak berapa elok.Ini adalah liku-liku dalam perniagaan.Semua ini harus dihadapi demi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.Namun,sekarang nama perniagaan ini telah menjadi buah mulut orang.Majoriti masyarakat Malaysia mengenali perniagaan ini.Perniagaan ini juga telah berkembang keluar negara.

11

CGE 2071 KEUSAHAWANAN