keselamatan di makmal dan bilik sains.doc
TRANSCRIPT
1SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
Soalan 1: Esei pendek
a) KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS
Keselamatan di makmal dan bilik sains merupakan aspek utama yang perlu diberi
perhatian untuk melindungi mereka yang bekerja dalam makmal dan bilik sains daripada
segala kemalangan akibat kecuaian atau kejadian di luar jangkaan. Antara kemalangan
yang mungkin berlaku di makmal dan bilik sains adalah kebakaran, letupan, kejutan elektrik,
kebocoran gas dan kebocoran bahan kimia. Keselamatan dalam makmal dan bilik sains
merupakan tanggungjawab pengetua, guru besar, guru sains, kakitangan sokongan makmal
dan bilik sains dan murid sendiri. Tugas guru sains menjadi lebih mencabar apabila
berhadapan dengan kumpulan murid yang kurang berpengalaman, kemahiran dan kurang
berkeyakinan tentang perkara yang hendak dilakukan di dalam makmal dan bilik sains.
Pengetahuan guru tentang peraturan dan langkah keselamatan di dalam makmal
sains adalah penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran serta
mengelak berlakunya sebarang kecelakaan. Pengetahuan dan kemahiran tentang
pengurusan dan penyelenggaraan makmal sains merupakan aspek penting yang perlu
dipelajari oleh setiap guru sains bagi memastikan setiap makmal sains dapat dimanfaatkan
sepenuhnya. Di dalam makmal sains terdapat banyak bahan kimia yang berbahaya seperti
kalium dikromat, asid sulfurik pekat, asid kromik dan sebagainya boleh menyebabkan
kecederaan sekiranya tidak digunakan dengan betul. Misalnya, kebanyakan haba yang
dikeluarkan dari larutan ini senang mercik. Oleh itu, guru harus menasihatkan murid supaya
memakai sarung tangan, cermin mata dan pakaian makmal semasa menyediakannya.
Selain itu, makmal sains di sekolah perlu diurus dan diselenggara dengan baik
adalah bagi mengelakkan pembaziran dan memudahkan pencarian bahan kimia dan
peralatan yang diperlukan untuk pengajaran. Buku rekod radas rosak dan pecah mesti
disediakan di dalam setiap makmal. Ini bertujuan merekod dan menyemak senarai dan
bilangan radas dan peralatan yang telah rosak dan pecah.Oleh kerana itu, guru sains dapat
mengetahui jumlah bahan atau radas yang ada dalam stok. Tambahan pula, guru perlu
menyimpan bahan kimia beracun atau berbahaya di dalam almari berkunci. Hal ini kerana,
ia boleh mengkakis, toksik, mudah terbakar dan meletup. Bagi menjamin kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaran seseorang guru sains mempunyai pengetahuan dalam
penyelenggaran makmal sains.
2SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
Aktiviti penyiasatan yang dilakukan di makmal sains mendedahkan para pelajar dan
guru kepada risiko yang tinggi untuk menghadapi kemalangan. Guru sains yang tidak
berpengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal akan menjadi salah satu
penyebab berlakunya kemalangan di dalam makmal sains. Oleh hal yang demikian, guru
perlu menyediakan satu petunjuk “JAGALAH KESELAMATAN ANDA“ yang berukuran lebih
kurang m x ½ m dalam tulisan huruf besar tersergam dan dipaparkan di tempat yang mudah
dilihat atau dibaca di setiap makmal dan bilik sains. Selain itu, “NOTIS PENTING“ seperti
JANGAN BISING, JANGAN BERGURAU, JANGAN MAKAN, PERATURAN
MAKMAL SAINS, SENARAI BAHAN/IVENTORI hendaklah ditulis dalam bentuk poster
dengan huruf yang nyata dan dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di setiap makmal
dan bilik sains.
Selain itu,guru harus memberi arahan yang jelas dan terperinci mengenai langkah-
langkah keselamatan semasa menjalankan eksperimen. Guru mengawasi murid semasa
menjalankan eksperimen.Misalnya, dalam menjalankan eksperimen mengukur suhu air,
murid-murid perlu menggunakan penunu Bunsen untuk memanaskan air. Nyalahan api
boleh menyebabkan kebakaran sekiranya murid cuai mengendalikan eksperimen. Oleh itu,
murid hendaklah mematuhi arahan guru dan peraturan makmal dan bilik sains dengan teliti.
b) Teknik asas makmal berkenaan kerja kaca
Sebagai seorang guru Sains adalah penting menjadi bijak untuk memanipulasi kaca
menjadi sesuatu kegunaan di dalam makmal. Pada asasnya, guru Sains mestilah
mengetahui bahawa terdapat dua jenis alat kaca yang digunakan di makmal iaitu kaca
borosilikat yang lebih tebal, keras dan tidak mudah pecah oleh haba.(contoh: bikar, tabung
uji dan condenser dan kaca kapur soda yang lebih rendah ketahanan terhadap haba dan
kimia.(contoh: botol dan bekas kaca) Dalam pada itu, pengetahuan guru dalam kerja kaca
dari segi memotong tiub kaca bermula dari menanda bahagian yang hendak dipotong
dengan pemotong kaca atau kikir tiga segi dan kemudian meletakkan kedua-dua ibu jari
kepada garisan yang telah dibuat dan menyentap dengan perlahan lalu keratan yang dibuat
itu perlu dilicinkan dengan cara dikikis atau dibakar. Untuk memasukkan tiub kaca yang
disediakan ke dalam penyumbat getah/gabus, adalah penting untuk mempunyai kemahiran
memasukkan tiub kaca ke dalam penyumbat dengan memegang berhampiran lubang
penyumbat, dan memasukkan tiub perlahan-lahan secara putaran selepas menyapukan
sedikit bahan pelincir pada kedua-dua lubang penyumbat dan hujung tiub kaca tersebut.
Kemahiran manipulatif tersebut banyak di diaplikasikan dalam eksperimen. Melalui
kemahiran ini, murid-murid berupaya menggunakan dan mengendalikan peralatan dan
bahan sains dengan betul. Murid juga tahu menyimpan peralatan dan bahan sains dengan
cara yang betul disamping boleh membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul
3SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
Selain daripada itu, pengetahuan dalam mengendalikan kerja kaca juga melibatkan
kemahiran membaiki radas kaca yang rosak. Kerosakan pada bahagian tertentu seperti
penyambung atau tiub sisi yang tidak melibatkan tiub utama boleh cuba diperbaiki. Radas
kaca yang mengalami kerosakan minor seperti terkopek pada bibir kelalang konikal boleh
dibakar untuk melicinkannya dan radas boleh digunakan semula. Pengetahuan dalam kerja
kaca dapat membantu guru Sains dalam mereka bentuk peralatan kaca yang kecil seperti
penitis, rod kaca, tiup penyambung berbentuk T dan tiub L dan sebagainya untuk kegunaan
di makmal dan memperbaiki kerosakan pada peralatan dan ini secara tidak langsung dapat
memberi keyakinan pada diri guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
c) Pengawetan spesimen biologi
Sains merupakan satu subjek yang membolehkan murid-murid sekolah meneroka
sesuatu konsep dengan pendekatan inkuiri. Guru sains memainkan peranan yang amat
penting dalam pembentukan konsep dan pengetahuan murid. Sejurus dengan itu, bagi
meningkatkan keberkesanan pengajaran sains, guru perlu mempunyai pengetahuan dan
kemahiran dalam penyediaan bahan yang diperlukannya supaya kerja amali dapat
dijalankan dengan sempurna dan berkesan. Salah satu bahan yang boleh dihasilkan bagi
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains ialah spesimen biologi
yang telah diawet. Penghasilan spesimen biologi seperti serangga dan tumbuhan kecil
secara kering merupakan salah satu kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh guru sains.
Pengawetan spesimen menjadikan sesuatu specimen biologi tahan lama dan tidak
mudah rosak supaya spesimen berkenaan boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar.
Dua jenis pengawetan yang asas ialah pengawetan basah dan pengawetan kering.
Pengawetan basah bermaksud spesimen diawet di dalam larutan pengawet yang
sesuai. Pengawetan basah sesuai digunakan untuk menyimpan spesimen haiwan kecil
seperti ikan, katak atau tikus. Selain haiwan, tumbuhan seperti alga, fungi dan buah-buahan
berisi adalah antara tumbuhan yang sesuai diawet secara basah. Oleh itu, guru sains perlu
menguasai kemahiran dan pengetahuan dalam pengawetan tersebut. Hal ini dapat
membantu guru sebagai alat bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Justeru, guru harus mengetahui bahan-bahan yang diperlukan untuk penyediaan spesimen
basah. Contohnya, Etanol dan formalin merupakan dua jenis bahan yang sering digunakan
sebagai bahan pengawet. Etanol adalah bahan pengawet yang terbaik tetapi harganya jauh
lebih mahal daripada formalin. Oleh itu, guru boleh menggunakan etanol untuk mengawet
spesimen yang bersaiz kecil.Manalaka, formalin pula digunakan untuk mengawet spesimen
yang bersaiz besar. Balang spesimen merupakan bekas terbaik untuk menyimpan
spesimen. Jika balang spesimen sukar diperolehi, guru yang berwibawa, menggunakan
4SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
balang reka ganti yang sesuai boleh digunakan. Sebagai contoh, botol-botol kaca tanpa
warna, tinggi, bermulut lebar, dan mempunyai penutup seperti botol Nescafe, adalah
sesuai.Pengawetan basah sesuai digunakan untuk menyimpan spesimen haiwan kecil.
Sekiranya sesuatu spesimen tumbuhan perlu diawet untuk mengekalkan warna asal
bahagian-bahagiannya, maka pengawetan basah juga adalah sesuai. Hal ini perlu diketahui
oleh guru sains sekirannya murid mengalami keraguguan atau kekeliruan.
Untuk pengawetan kering, guru hendaklah meneliti bahawa spesimen tidak direndam
dalam sebarang bahan pengawet. Walau bagaimanapun,spesimen yang diawet secara
kering tidak boleh bertahan lama sekiranya langkah-langkah penjagaan berterusan kurang
diberi perhatian. Oleh kerana itu, seorang guru sains perlu mengetahui cara-cara
pengawetan kering. Beliau perlu mengetahui tempat penyimpanannya harus kering, gelap,
bebas daripada kehadiran sebarang perosak dan kalau diizinkan, berhawa dingin. Setiap
bahagian bagi sesuatu tumbuhan biasanya disimpan sebagai sampel secara pengawetan
kering, tetapi warna asalnya tidak dapat dikekalkan. Koleksi spesimen tumbuh-tumbuhan
yang dikeringkan, disimpan dan dikelaskan secara sistematik dipanggil herbarium.
Pengawetan kering juga sesuai digunakan untuk mengawet bahagian luaran sesuatu
haiwan kecil. Oleh yang demikian, guru boleh menghasilkan proses pembelajaran yang
berkesan di kalangan pelajar. Ia dapat mengubah tingkah laku, membina dan
mengembangkan aspek rohani, minda serta jasad pelajar.Dalam bahasa yang mudah,
pelajar berasa seronok, bertambah minat, faham, menghayati bahan yang diajar, meningkat
kemahiran dalam aspek kognitif dan manipulasi mereka serta dapat melakukan aktiviti yang
berkaitan dengan proses pengajaran yang telah dijalani.
Sebagai kesimpulannya, aspek keselamatan makmal sains hendaklah diberi perhatian
oleh semua pihak terutamanya guru sains dalam pengendalian makmal bagi memastikan
keselamatan. Keadaan ini akan menjadikan makmal sains tempat yang kondusif bagi proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Di samping itu, guru sains dan pelajar harus
mempunyai pengetahuan serta kemahiran dalam menggunakan dan mengendalikan alatan
kaca dengan selamat, supaya aktiviti kerja amali dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan sempurna.Selain daripada itu, spesimen haiwan dan tumbuhan
merupakan bahan maujud yang sesuai digunakan dan pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai seorang guru sains kita haruslah meningkatkan pengetahuan dan pemahaman
mengenai peralatan dan bahan eksperimen . Oleh hal yang demikian, penggunaan alat
bantu mengajar adalah elemen penting dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran
sains menjadi makna.
5SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
Soalan 2: Keselamatan di makmal sains
a) Aktiviti 1
Matapelajaran : Sains
Tahun : 5 Vetri
Masa : 15 minit
Tajuk : Haba
Objektif pembelajaran: 4.1 Memahami bahawa suhu adalah petunjuk darjah kepanasan
Hasil pembelajaran :Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat,
1. Menyukat suhu dengan teknik yang betul
Kaedah : Eksperimen
Radas : Termometer, bikar, kaki retot, penunu Bunsen, kasa dawai, jam randik, pemetik api,
Tungku kaki tiga, jubin
Aktiviti P&P :
1. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.
2. Guru menerangkan langkah-langkah yang perlu dipatuhi untuk melakukan eksperimen.
3. Murid menyediakan radas dengan meletakkan kasa dawai di atas tungku kaki tiga dan bikar
yang mengandungi 100ml air di atas kasa dawai.
4. Murid-murid menyalahkan penunu Bunsen dengan pemetik api untuk memanaskan air secara
perlahan-lahan.
5. Murid menyukat suhu dengan menggunakan termometer dengan betul.
6. Murid mengumpul maklumat tentang unit piawai untuk menyukat suhu.
7. Murid mencatatkan dapatan eksperimen dalam buku latihan.
6SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
Kecederaan kecil dan pertolongan cemas
Guru-guru sains dan pembantu makmal perlu mengetahui prosedur
pertolongan cemas. Apabila berlaku kemalangan atau kecemasan di makmal, guru-
guru sains dan pembantu makmal perlu mengambil tindakan segera untuk memberi
pertolongan cemas kepada mangsa sebelum menghantarnya ke hospital. Berikut
disenaraikan jenis tindakan yang perlu diambil apabila berlaku kes-kes kecemasan
Luka dan cedera
mungkin berlaku pada langkah yang ketiga kerana bikar kaca adalah alat
yang licin. Sewaktu mengisi air ia kemunginan boleh jatuh daripada tangan murid dan
pecah. Sekiranya murid cuba menyambut bikar kaca yang pecah di tangan ia akan
mengakibatkan kecederaan.
Pertolongan cemas
Jika luka ringan dengan sedikit pendarahan, keluarkan kotoran atau kaca dan
basuh di bawah aliran air. Lap dengan kain kasa yang bersih, kering dan steril. Bawa
ke hospital jika perlukan jahitan.
Pendarahan berlebihan
Disebabkan apabila menyambut serpihan kaca (bikar) yang jatuh di lantai.
Jika serpihan kaca yang tajam cucuk pada bahagian jari secara mendalam, ia akan
menyebabkan pendaraan berlebihan dengan tidak terhenti.
Pertolongan cemas
Jika pendarahan berlebihan, cuba berikan bantuan kecemasan untuk
memberhentikan kehilangan darah. Baringkan mangsa dengan bahagian yang luka
ditinggikan. Tekap dengan kuat luka dengan menggunakan kain yang bersih.
Dapatkan rawatan doktor dengan segera
Melecur disebabkan terkena air panas
Kecederaan melecur boleh berlaku apabila aktiviti memanaskan air di
langkah 4. Air yang menjadi panas akan memercik keluar dari bikar. Ia boleh terkena
pada tangan dan tubuh murid sewaktu menyukat suhu air.
7SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
Pertolongan cemas
Rendamkan tempat melecur ke dalam air sejuk atau letakkan di bawah air
mengalir sehingga kesakitan reda. Jika kawasan melecur tidak boleh direndam
dalam air sejuk, tuamkan dengan ais. Jangan cucuk bahagian yang melecur atau
melepuh. Jika kebakaran menyebabkan luka, tutup bahagian melecur dengan kain
kasa yang distreril untuk mengelakkan jangkitan sebelum mendapat rawatan doktor.
Kemudaratan disebabkan pecahnya termometer
Termometer merupakan alat yang nipis dan mudah pecah. Merkuri di dalam
bulbnya sangat bahaya sekiranya termometer pecah. Hal ini boleh berlaku pada
aktiviti yang kelima dan keenam.Ketika termometer pecah, sebahagian dari merkuri
menguap ke udara. Merkuri tersebut dapat terhirup oleh murid yang berada di
dekatnya.
Pertolongan cemas
Jika kecederaan berlaku disebabkan kaca termometer, mangsa perlu
diberikan rawatan perubatan segera kerana luka tersebut mungkin dicemari dengan
logam dan bendasing yang tidak dapat disterilkan dengan antiseptik.
Kebakaran
Ia boleh berlaku apabila murid-murid menunjukkan kesungguhan semasa
menjalankan eksperimen dan disebabkan oleh kecuaian. Kebakaran ini
kemungkinan besar akan berlaku pada langkah 4 dan 5. Hal ini kerana, penyalahan
penunu Bunsen dengan salah seperti menggunakan kertas dan mancis. Tambahan
pula, terlalu dekat dengan api sewaktu mengukur haba.
Pertolongan cemas
Guru hendaklah memastikan semua murid keluar dengan cepat dan teratur.
Pastikan semua suis dalam litar ditutup. Sekiranya berlaku kebakaran pada
pakaian atau badan seseorang, pastikan mangsa kebakaran tidak berlari dan
arahkan mangsa baring. Gunakan selimut kalis api atau gebar tebal untuk
memadamkan api setelah mangsa dibaringkan. Jika tiada selimut kalis api,
gulingkan mangsa di atas lantai.
8SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
b) Aktiviti 2
Sengatan serangga
Kecederaan kecil seperti sengatan serangga boleh berlaku pada langkah satu
kerana taman sains merupakan tempat pengunjung haiwan kecil atau serangga .
Contoh-contoh serangga adalah seperti tabuan,lebah, kala jengking dan lipan
Pertolongan cemas
Matapelajaran : Sains
Tahun : 4 Vivegam
Masa : 15 minit
Tajuk : Haiwan berkumuh
Objektif pembelajaran: 2.3 Menganalisis proses hidup haiwan
Hasil pembelajaran :Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat,
menyatakan bahawa haiwan berkumuh .
menyatakan bahawa haiwan menyahtinja
Radas : spesimen hidup haiwan atau model haiwan
Aktiviti P&P :
1. Murid memerhati haiwan di taman sains untuk memutuskan bahawa haiwan berkumuh
dan menyahtinja.
2. Murid berbincang bahawa haiwan berkumuh dan menyahtinja untuk mengeluarkan bahan
buangan dari tubuh mereka.
3. Murid berbincang tentang kesan terhadap kesihatan jika haiwan tidak berkumuh dan
menyahtinja.
4. Murid melihat model atau spesimen hidup untuk melihat organ penafasan bagi :
a) burung,
b) ikan,
c) belalang,
d) ketam,
e) katak
9SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
Baringkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya. Jika masih ada, keluarkan
dengan menggunakan penyepit.penyepit mestilah disterilkan atau dibakar hujungnya supaya
dapat membasmi kuman. Sapukan krim antihistamine atau larutan ammonia atau larutan
soda bikarbonat boleh digunakan.Tuamkan kulit dengan tekanan sejuk untuk melegakan
kesakitan dan mengurangkan bengkak. Sekiranya disengat di dalam mulut, beri mangsa
seketul ais untuk di hisap. Jika ragu-ragu, dapatkan bantuan perubatan seperti berjumpa
dengan doktor.
c) Aktiviti 3
a) Terkena objek panas
Mentol merupakan objek yang cepat menjadi panas. Sewaktu menjalankan aktiviti
hands on di langkah tiga, Ia boleh menyebabkan melecur pada jari sekiranya ia terbiar
menyala dengan lama.
Matapelajaran : Sains
Tahun : 5 Vivegam
Masa : 20 minit
Tajuk : Litar bersiri dan litar berselari
Objektif pembelajaran: 2.2 Memahami litar bersiri dan litar selari
Hasil pembelajaran :Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat,
1) membandingkankecerahan mentol dalam litar bersiri dan litar selari.
2) membandingkan kesan pada mentol apabila pelbagai suis dalam litar bersiri dan litar selari ditutup. Radas : sel kering, mentol, wayar, battery holder, bulb holder
Aktiviti P&P :
1. Murid melukis gambarajah litar bersiri dan litar selari dan membandingkan susunan mentol
dalam litar tersebut.
2. Murid diberi beberapa bateri, mentol,suis dan wayar penyambung untuk membina litar bersiri
dan litar selari.
3. Murid memerhati dan membandingkan kecerahan mentol dalam litar bersiri, litar selari dan di
antara litar bersiri dan litar selari.
4. Murid menjalankan aktiviti dan membandingkan apa yang berlaku pada mentol dalam litar bersiri
dan litar selari apabila pelbagai suis dalam litar ditutup.
10SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
Pertolongan cemas
Dalam keadaan yang selamat, matikan suis dengan serta merta dan pindahkan
mangsa daripada bersentuhan dengan mentol. Periksa bahagian badan mangsa jika
terdapat tanda melecur. Letakkan kain yang disteril di atas tempat melecur dan balut dengan
pembalut luka. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
b) Kebakaran
Kesilapan mengendalikan alatan elektrik boleh menyebabkan kebakaran. Hal ini mungkin
berlaku dalam langkah 3 dan langkah 4..
Pertolongan cemas
Guru hendaklah memastikan semua murid keluar dengan cepat dan teratur. Pastikan semua
suis dalam litar ditutup. Sekiranya berlaku kebakaran pada pakaian atau badan seseorang,
pastikan mangsa kebakaran tidak berlari dan arahkan mangsa baring. Gunakan selimut kalis
api atau gebar tebal untuk memadamkan api setelah mangsa dibaringkan. Jika tiada selimut
kalis api, gulingkan mangsa di atas lantai.
c) Kejutan elektrik
Menyentuh suis ketika tangan basah dan membaiki peralatan elektrik sekiranya tiada
kemahirannya boleh menyebabkan kebakaran. Keadaan ini mungkin boleh berlaku
dalam langkah 3 dan 4.
Pertolongan cemas
Dalam keadaan yang selamat, matikan suis dengan serta merta dan pindahkan
mangsa daripada bersentuhan dengan sumber elektrik. Jangan sentuh mangsa tanpa
perlindungan sehingga memastikan mangsa tidak bersentuh dengan sumber elektrik. Jika
tidak dapat menghentikan arus elektrik serta merta, berdiri di atas benda kering seperti kayu,
getah atau kertas tebal atau sebarang bahan penebat, cuba pisahkan mangsa daripada
sumber elektrik menggunakan sebarang bahan bukan pengalir yang kering seperti kayu.
Periksa bahagian badan mangsa jika terdapat tanda melecur. Letakkan kain yang disteril di
atas tempat melecur dan balut dengan pembalut luka. Dapatkan rawatan perubatan dengan
segera.
11SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
3. Penghasilan sumber Pengajaran dan Pembelajaran
(Model Bulan, Bumi dan Matahari)
Tahun : 4
Tema : Menyiasat bumi dan angkasa
Objektif : Memahami saiz relatif dan jarak di antara bulan, bumi dan Matahari
Tajuk : ‘How far? How Big?’
Bahan-bahan yang diperlukan : Double tape , gambar matahari , Globe ‘earth’ , 1
papan‘mounting board’, bola plastik , bola kertas
Prosedur Penghasilan :
1. Sejenis bola tampar, bola kertas dan globe disediakan.
2. Mencari gambar matahari di internet dan mencetak.
3. Bola tampar dibalut dengan kertas emas dan diikuti dengan gambar matahari
4. Menempatkan ketiga-tiga model bumi, bulan dan matahari di atas mounting board.
5. Menggunakan double tape untuk melekat ketiga-tiga model bumi, bulan dan matahari.
6. Taip dan cetak nama dan saiz bagi ketiga-ketiga model itu.
7. Kemudian menampal tulisan itu di atas mounting board secara urutan.
8. Model sedia digunakan untuk P&P.
Fungsi dan kegunaan
Alat bantu mengajar
Memberi gambaran jelas kepada murid mengenai topik yang mengajar.
Dapat menunjukkan saiz relatif bulan, bumi dan matahari.
Memberikan gambaran mengenai jarak di antara bulan, bumi dan matahari.
Sebagai bahan pameran
12SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
Kelebihan model yang dihasilkan
Kos yang rendah.
Mudah dihasilkan.
Dapat menjimatkan masa.
Cara penghasilan yang selamat.
Murid-murid dapat menghasilkan dengan sendiri.
Dapat dibawa ke mana-mana sahaja.
Aktiviti P&P :
1. Murid-murid dibahagikan kepada lima kumpulan
2. Murid-murid diberi kertas mahjung dan pen maker
3. Diminta murid-murid melukis gambarajah bulan,bumi dan matahari dengan
membezakan saiz.
4. Murid diminta memberi penjelasan tentang saiz gambarajah tersebut
5. Guru menunjukkan model bulan,bumi dan matahari yang guru sediakan.
6. Guru menerangkan saiz setiap satunya dengan gambaran angka.
1 4 400
X4 x100
Bulan
Bumi
Matahari
13SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
Bikar
Tahun : 5
Tema : Menyiasat bahan
Objektif : Air terkondensasi menjadi wap air
Tajuk : Keadaan Jirin
Radas : cerek elektrik, cermin , air, bikar
Aktiviti P&P :
1. Murid dalam kumpulan kecil memasak air melalui cerek elektrik.
2. Kemudian, mendekatkan cermin ke mulut cerek untuk menunjukkan wap air terkeluar.
3. Mengumpul stim yang bertukar menjadi titisan air melalui bikar.
4. Membaca unit air yang dikumpul.
5. Merekod suhu kepanasan air.
Bikar
Bahan-bahan yang diperlukan :
1. Botol plastik
2. Gunting
3. Pen maker
Prosedur penghasilan bikar :
1. 1 botol plastik shampo dibersihkan.
2. Jumlah kandungan botol ditentukan.
3. Selinder penyukat digunakan bagi menentukan paras isipadu air dan aras ditandakan
pada bahagian luar botol.
4. Garis senggatan bagi isipadu air yang ditentukan dan ditanda dengan menggunakan
pen maker.
5. Setiap senggatan yang ditanda dengan nombor bagi isipdu air yang betul.
6. Bikar bersedia untuk digunakan
14SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
Paku pakis
Tahun : 3
Tema : Tumbuhan
Objektif : Memahami tumbuhan yang tidak berbunga
Tajuk : Tumbuhan tidak berbunga
Bahan bantu mengajar: specimen kering (paku pakis)
Kelebihan:
Senang dapat
Kosnya rendah
Menghayati situasi sebenar
Mudah dihasilkan
Aktiviti P&P :
1. Murid –murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2. Murid-murid diberi enam gambar tumbuhan.
3. Murid-murid diminta membahagikan gambar tumbuhan kepada tumbuhan berbunga dan
tumbuhan tidak berbunga.
4. Murid-murid mengelas dan melekat gambar dalam ruang yang disediakan.
5. Guru menyemak aktiviti murid.
6. Murid ditunjukkan specimen paku pakis yang guru sediakan sebagai tumbuhan tidak
berbunga
Famili : Davalliaceae
Nama Saintifik : Pteridophyta
Ciri-ciri : Tidak berbunga, tiada biji benih, membiak melalui spora
15SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
1
2
Teknik Pengawetan Spesimen Tumbuh-tumbuhan
Bahan-bahan yang diperlukan :
4. Jarum
5. Mounting Board
6. Benang
7. Alas plastik
8. Pisau pemotong
9. Spesimen tumbuh-tumbuhan yang dikeringkan.
Prosedur
1) Mengumpul spesimen tumbuh-tumbuhan
a) Mencari tempat yang sesuai untuk mendapatkan tumbuhan yang
dikehendaki.
b) mencabut tumbuhan tersebut dengan perlahan supaya akarnya turut dapat
dikeluarkan.
c) Setelah mencabut tumbuhan tersebut, mencuci bahagian akarnya supaya
tidak ada sebarang tanih serta mengelakkan ia daripada berkulat.
2) Mengeringkan spesimen
a) meletak tumbuhan yang dicari ke atas kertas yang tidak berguna.
b) memastikan kertas tersebut dapat menyerap air.
c) menutup tumbuhan tersebut dengan kertas yang lain.
d) Meletak spesimen tersebut pada tempat yang tiada gangguan iaitu di bawah
tilam supaya tumbuhan tersebut dapat ditekan dengan sekata.
16SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
3 4 5 6
7
e) Biar ia kering selama 7 hari.
3) Memindahkan spesimen pada ‘Mounting Board’
a) memotong sekeping ‘Mounting Board’ pada saiz spesimen kering. Setelah
spesimen yang diambil telah kering, memindahkan spesimen tersebut pada
‘Mounting Board’.
b) Menjahit spesimen tersebut pada ‘Mounting Board’ supaya ia tidak jatuh atau
bergerak daripada posisinya.
4) Melabel spesimen kering
Famili : Davalliaceae
Nama Saintifik : Pteridophyta
Nama Tempatan : Paku pakis
Lokasi specimen ditemui :Kampung Lebai Man, di tepi jalan
Tarikh dikumpul : 25.03.2014
Nama pengumpul : Sri Arati a/p Subramaniam
Ciri-ciri : Tidak berbunga, tiada biji benih, membiak
melalui spora
17SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
a) Melebel spesimen dengan nama saintifik, nama tempatan, lokasi dan habitat,
nama pengumpul tarikh dikumpul dan ciri-ciri tumbuhan.
b) Nama saintifik pada label telah digaris dan di italic.
c) Label yang dihasil telah di tampal pada bahagian atas.
5) Pembalutan
a) Setelah siap melabel, membalut “Mounting Board’ dengan alas plastik supaya
tiada pengaliran udara.
b) Hal ini amat penting agar spesimen tersebut tidak berkulat dan dapat tahan
bagi jangka masa yang panjang.
Litar bersiri dan litar berselari
18SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
Tahun : 5
Tema : Menyiasat bahan
Objektif :
Tajuk : Tumbuhan tidak berbunga
Bahan bantu mengajar: specimen kering (paku pakis)
Aktiviti P&P :
1. Murid –murid ditayangkan slaid power point tentang litar siri dan litar selari.
2. Murid-murid menonton youtube cara memasang litar bersiri dan litar berselari.
3. Murid-murid membaca nota litar bersiri dan litar berselari melalui tayangan slaid.
4. Murid-murid ditanya 5 soalan berdasarkan tajuk P&P.
5. Murid-murid seronok dalam aktiviti ini kerana slaidnya sangat menarik dengan pelbagai
animation.
Terangkan bagaimana sumber yang dihasilkan dapat digunakan dalam aktiviti yang
dicadangkan bagi topic yang dipilih.
19SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja alat atau bahan
yang berperanan dan bertugas untuk membantu guru-guru supaya dapat menyampaikan isi
pelajaran supaya pelajar dapat memperolehi pengetahuan,kemahiran, sikap dan nilai
berdasarkan objektif kurikulum. Alat-alat atau bahan-bahan ini dapat membantu guru
dengan menyokong penyampaian pelajaran.
Terdapat beberapa jenis sumber atau alat yang saya sediakan boleh membantu
dalam pengajaran guru. Jenis- jenis alat tersebut ialah model , kerja kaca, persembahan
slaid dan spesimen kering. Sumber P&P yang digunakan bukan sahaja menyampaikan isi
pelajaran tetapi merangsang deria rangsangan murid-murid, kefahaman dan interpretasi
maklumat kepada murid-murid, pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai
media,peningkatan daya ingatan, kemahiran berfikir, peningkatan motivasi, peningkatan
kreativiti, keseronokan dalam pembelajaran, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan
akhir sekali kemahiran psikomotor.Guru-guru perlu tahu menggunakan sumber ini mengikut
kesesuian murid-murid dari segi tajuk,objektif, dan isi pelajaran.
Selain itu aspek tahap kebolehan dan perkembangan kognitif pelajar juga harus
diambil perhatian oleh guru. Sumber pengajaran yang digunakan juga harus menepati
keperluan murid iaitu dari segi mutunya iaitu sesuai dengan mesej, tahan lasak serta tidak
mudah rosak. Dalam pada itu, specimen kering iaitu paku pakis dapat digunakan sebagai
bahan bantu mengajar dengan lama. Lagipun,ia tidak akan layu. Penghasilan sumber ini
harus dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Ini adalah bertujuan supaya dapat
merangsang dan memotivasikan pelajar untuk memberi lebih perhatian kepada proses
pengajaran tersebut sekaligus menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih efektif serta
berkesan.
Refleksi
20SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
Saya Sri Arati a/p Subramaniam pelajar ppg Sce 6Q di Institut Pendidikan Guru,
Kampus Sultan Abdul Halim (IPG KSAH) diberi tugasan Pengurusan Makmal Sains dan
Sumber. Tugasan ini merupakan tugasan individu.
Dalam tugasan pertama saya diarahkan untuk menyediakan esei pendek mengenai
langkah keselamatan dalam makmal sains, teknik asas makmal berkenaan kerja kaca dan
pengawetan spesimen biologi. Dalam pada itu, saya telah mencari nota dengan melayari
internet dan membaca modul Sce 3112 untuk mengumpul maklumat yang berkaitan dengan
tajuk itu.
Seterusnya, saya telah memilih beberapa topik dalam huraian sukatan pelajaran
sains dan menyenaraikan langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, saya
telah nyatakan kecederaan kecil yang mungkin berlaku semasa aktiviti sains berdasarkan
cadangan aktiviti yang diutarakan di atas.
Bagi tugasan seterusnya pula, saya diarahkan untuk merancang, mereka bentuk dan
mengubahsuaikan beberapa alat bantu mengajar. Saya telah memilih dua alat bantu
mengajar berbentuk model dan paparan slaid. Dalam penghasilan model saya telah memilih
tajuk ‘Bumi, Bulan dan Matahari’ serta saiz rationya. Seterusnya, saya telah memilih satu
resos dalam bentuk kerja kaca iaitu bikar yang diperbuat daripada botol plastik. Akhir sekali,
saya telah membuat spesimen kering yang bertajuk paku pakis.
Menyediakan alat bantu mengajar bukanlah salah satu tugasan yang beban bagi
guru-guru sains. Ini kerana tanggungjawab seseorang guru bukan sekadar menyediakan
RPH pada saban hari malahan menghasilkan BBM juga merupakan aspek utama dalam
pengajaran makro di bilik darjah. Tambahan pula, tanpa penggunaan BBM, murid akan
menghadapi masalah dalam memahami pengajaran guru dengan jitu. Sehubungan itu, guru
juga tidak akan mencapai objektif yang ditentukan pada hari itu.
Pada mulanya, saya amat khuatir dalam tugasan ini kerana kekangan masa dan
tanggujawab di sekolah. Atas dorongan dan bimbingan daripada beberapa guru pakar sains,
saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Penghasilan sumber pengajaran dan
pembelajaran ini merupakan satu pengalaman yang seronok berbanding dengan merangka
esei pendek dalam tugasan satu. Hasil kerja ini memberi kepuasan kepada diri saya kerana
saya dapat melaksanakan satu projek yang sangat bernilai. Bagi pengawetan tumbuh-
tumbuhan kering pula, saya dapat melakukannya penuh yakin. Saya juga menyedari
bahawa saya mempunyai kebakatan untuk menghasilkan bahan-bahan berkaitan tugasan.
Sebagai seorang guru sains , kita harus mengetahui perkara-perkara ini untuk
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti pengawetan
saya telah mempelajari cara mengawet spesimen kering. Hal ini tentu akan membantu saya
untuk menyediakan pelbagai spesimen yang lain untuk ditunjukkan kepada murid-murid.
21SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
Penghasilan sumber ini dapat menarik minat dan memberi motivasi kepada murid-murid
yang lemah terhadap pengajaran sains. Penglibatan murid-murid juga dapat dipertingkatkan
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran jika pelbagai kaedah baharu dan menarik
digunakan.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
En. Nasir kerana memberi masa tambahan untuk menyiapkan tugasan ini. Justeru itu, saya
bersyukur kepada Tuhan kerana memberi suami yang baik kerana beliau telah memberi
dorongan dan sokongan yang tertinggi terhadap diri saya untuk menghasilkan tugasan ini
dengan sempurna.
Rujukan
22SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1259131313.pdf
http://www.diamondtechglass.com/manuals/cutting%20techniques.pdf
http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1259131313.pdf
http://www.ukm.my/fst/images/nota/makmal.pdf
http://www.1000sciencefairprojects.com/Science-Experiments/Science-Models.php
http://infosainstahun5.blogspot.com/
http://www.pingje.org/toolbar/58065
http://ge2123.tripod.com/Norazura/nota1.html
30SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan bakal guru sains tentang peraturan
dan keselamatan di makmal sains
31SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
Guru memberi arahan yang jelas dan terperinci mengenai langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan eksperimen.
.
mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam perlaksanaan eksperimen.
Dalam pengurusan keselamatan makmal dan bilik sains, perkara-perkara berikut perlu
diambil perhatian:
Poster keselamatan dan peraturan makmal dan bilik sains mestilah dipaparkan di
tempat yang mudah dilihat dan dibaca.
Makmal dan bilik persediaan mestilah sentiasa bersih, teratur dan kemas.
Kaca yang pecah dan tumpahan bahan kimia mesti diberi perhatian serta merta.
Semua pintu dan laluan perlu dibuka ketika eksperimen dijalankan.
Pelan laluan ketika kebakaran mestilah dipaparkan dengan jelas dalam setiap
makmal.
Pencahayaan dalam makmal, bilik sains dan bilik persediaan mestilah mencukupi.
Semua botol reagen mesti dilabel dengan jelas. Label lama dan kabur mestilah
diganti dengan segera.
Bahan kimia berbahaya mesti disimpan dengan selamat dalam almari berkunci dan
jauh dari sumber haba. Sebahagian bahan kimia perlu diselia selalu. Rekod yang
lengkap mesti disimpan.
Makanan dan minuman tidak boleh disimpan di dalam makmal dan bilik sains kecuali
untuk tujuan eksperimen.
32SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
Sebelum meninggalkan makmal dan bilik sains untuk jangka masa yang lama,
semua paip air, suis elektrik dan punca gas mestilah ditutup dan semua pintu dan
tingkap mesti dikunci.
Kemalangan di dalam makmal dan bilik sains boleh dielakkan dengan cara:
Guru memberi arahan yang jelas dan terperinci mengenai langkah-langkah keselamatan
semasa menjalankan eksperimen.
b. Guru mengawasi murid semasa menjalankan eksperimen.
c. Murid hendaklah mematuhi arahan guru dan peraturan makmal dan bilik sains.
d. Murid menunjukkan kesungguhan semasa menjalankan eksperimen.
e. Murid sentiasa menggunakan alat keselamatan dan alat perlindungan yang dibekalkan.
f. Meningkatkan kemahiran asas dalam pengendalian dan pengoperasian alat radas.
g. Mempunyai maklumat yang lengkap mengenai bahaya eksperimen.
h. Menyusun langkah aktiviti dengan baik dan mematuhi prosedur kerja yang ditetapkan.
i. Mengetahui sifat-sifat utama bahan kimia serta langkah keselamatan semasa
menggunakannya.
j. Mematuhi prosedur keselamatan penggunaan peralatan di dalam makmal dan bilik sains.
Prosedur Keselamatan Makmal Dan Bilik Sains
Menurut Pekeliling KP(BS)8600/7/A/(81) Tindakan Sertamerta Di dalam Makmal Sains yang
bertarikh 21 Feb 1980, perkara berikut perlu diambil perhatian dan tindakan:
8.2.1 Satu petunjuk “JAGALAH KESELAMATAN ANDA“ berukuran lebih kurang m x ½ m
dalam tulisan huruf besar tersergam hendaklah dipamerkan di suatu empat yang mudah
dilihat di setiap makmal dan bilik sains.
33SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling bil KP(BS) 600/12/A/(7)
Keselamatan Dalam Makmal Sekolah bertarikh 8 Jun 1973 hendaklah ditulis dalam bentuk
poster dengan huruf yang nyata dan dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di setiap
makmal dan bilik sains.
8.2.3 Kebakaran
Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2000: Mencegah Kebakaran di Sekolah yang
bertarikh 14 Mac 2000. Bagi mengelakkan dari berlakunya kebakaran di makmal sains,
langkah-langkah seperti berikut perlu diambil: Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan
Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 86
34SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
a. Sentiasa bersedia menghadapi bahaya kebakaran di sekolah dengan membuat
pemeriksaan rapi pendawaian di makmal sains.
b. Memastikan sistem dan alat pencegahan kebakaran seperti pili bomba dan alat pemadam
api dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
c. Menyediakan pelan keselamatan kebakaran di makmal sains.
Kebanyakan eksperimen yang dicadangkan dalam pembelajaran sains adalah selamat
dijalankan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa eksperimen yang boleh menyebabkan
kebakaran jika tidak dilakukan dengan cermat. Kebakaran boleh berlaku jika terdapat ketiga-
tiga sumber kebakaran iaitu punca oksigen, sumber pencucuhan dan bahan api.
Kebakaran boleh berlaku di dalam makmal disebabkan oleh kecuaian, bahan kimia, letupan
dan elektrik. Kebakaran boleh dibahagikan kepada 4 kelas. Jadual 8.1 menunjukkan jenis
kebakaran dan cadangan pemadam api yang sesuai digunakan.
Langkah keselamatan dalam makmal sains.
35SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
a) Suis, alat-alat dan penghubung letrik
Suis-suis elektrik, sambungan-sambungan dan penghubung-penghubung kepada alat-alat
elektrik hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa untuk mempastikan bahawa tiada
berlaku bahaya litar pintas. Fius-fius hendaklah diperiksa dan fius yang betul hendaklah
digunakan untuk alatan elektrik. Justeru, guru-guru dan murid-murid hendaklah sedar di
mana letaknya suis besar bekalan elektrik (main switch)
b) Latihan kecemasan api
Satu latihan kecemasan api (fire drill) hendaklah dijalankan khas untuk murid-murid di bilik
makmal pada awal dan pertengahan tahun. Aturan-aturan kecemasan jika berlakunya
kebakaran mestilah dijelaskan di kelas amali pertama bagi tahun itu. Arahan keselamatan ini
juga hendaklah ditampal di papan kenyataan di dalam makmal dan bilik sains supaya murid
boleh membiasakan diri dengan peraturan tersebut. Satu pelan laluan kecemasan yang
menunjukkan arah keluar semasa kebakaran mestilah ditampalkan di tempat yang mudah
dilihat.
c) Selinder, paip dan saluran gas
Selinder-selinder gas sebaik-baiknya disimpan dalam bilik gas yang mempunyai
pengudaraan yang sempurna. Gas hendaklah jangan terlepas keluar apabila paip-paipnya
ditutup. Tiap-tiap paip gas hendaklah diperiksa pada awal penggal dan sebarang kebocoran
diperbaiki dengan serta merta.
d) Kelengkapan Pemadam Api
Satu poster mengandungi cara-cara mengunakan alat pemadam api hendaklah dilekatkan
pada alat itu. Adalah mustahak bagi semua guru dan kakitangan sokongan makmal sains
mengetahui cara penggunaan alat-alat ini. Setiap makmal dan bilik sains mesti
dilengkapkan dengan alat pemadam api jenis karbon dioksida atau jenis busa atau
jenis serbuk kering. Dalam pada itu, Setiap makmal dan bilik sains mesti dilengkapi
sekurang-kurangnya salah satu dari alat pemadam api tersebut. Alat pemadam api
itu mesti diletakkan berdekatan pintu dan mudah dicapai iaitu kira-kira 900 mm dari
atas lantai. Pentadbir sekolah perlu memastikan alat pemadam api ini sentiasa
dalam keadaan baik. Alat pemadam api hendaklah dihantar sekurang-kurangnya setahun
sekali untuk diperiksa oleh syarikat swasta yang berdaftar dengan Jabatan Bomba dan
Penyelamat.
Disamping itu, Setiap makmal dan bilik sains mesti dilengkapi sekurang-kurangnya
satu selimut kalis api dari jenis yang diluluskan. Selimut kalis api digunakan untuk
menyelubungi tempat yang terbakar seperti kebakaran pada pakaian seseorang atau
36SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN BAHAN
kebakaran pelarut dalam singki. Ia perlu disimpan dalam makmal hanya untuk tujuan
kebakaran dan diletakkan ditempat yang mudah dicapai.
Selain itu, perlu ada dua baldi berisi pasir. Ia sesuai digunakan untuk memadamkan
api kecil termasuk kebakaran logam seperti natrium, serbuk zink, magnesium, fosforus dan
lain-lain. Guru dan kakitangan sokongan makmal sains hendaklah membiasakan diri dengan
penggunaan alat pemadam api. Jabatan Bomba dan Penyelamat hendaklah dihubungi bagi
mendapatkan nasihat dan tunjuk cara.