kesantunan bahasa pp

14
KESANTUNAN BAHASA KESANTUNAN BAHASA Yang kurik itu kendi Yang kurik itu kendi Yang merah itu saga Yang merah itu saga Yang baik itu budi Yang baik itu budi Yang indah itu bahasa Yang indah itu bahasa

Upload: lany-bala

Post on 10-Nov-2015

215 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

LANGUAGE ARTS

TRANSCRIPT

  • KESANTUNAN BAHASAYang kurik itu kendiYang merah itu sagaYang baik itu budi Yang indah itu bahasa

  • KESANTUNAN BAHASA Bahasa merupakan alat utama dalam komunikasi.Komunikasi berkesan andainya wahana yang digunakan itu betul, tepat dan mantap.Sehubungan itu kesantunan bahasa dalam komunikasi amat penting.

  • KESANTUNAN BAHASAAPA KESANTUNAN BAHASA?timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar kita bercakap.dapat menimbulkan suasana komunikasi yang berkesan.elakkan kebiadaban berbahasa dalam komunikasi

  • KESANTUNAN BAHASAKebiadaban BAHASATerlalu singkat menggambarkan sikap tidak menghormati perasaan penerimanya.Sindiran boleh menyebabkan maruah seseorang tercabar atau mengguris perasaan.

  • KESANTUNAN BAHASAKebiadaban BAHASABerpura-pura sikap yang memperlihatkan seolah-olah kita lebih mengetahui daripada orang lain.Kemarahan/ Curiga boleh dikesan daripada nada percakapan sekalipun kata-kata yang digunakan itu manis.Penghinaan adakalanya berlaku tidak sengaja, contoh notis yang berbunyi dilarang masuk tanpa urusan.

  • KESANTUNAN BAHASAKebiadaban BAHASATuduhan/ Sangkaan sesuatu kenyataan akan jadi tuduhan apabila tidak disertai dengan bukti yang kukuh.Mengajar-ajar - mengandaikan seseorang yang tidak tahu apa yang sudah jelas.Kemesraan yang tidak diingini kemesraan yang ditunjukkan tidak kena pada tempatnya, contoh panggilan yang kurang sesuai.

  • KESANTUNAN BAHASAKebiadaban BAHASATerlalu merendahkan diri boleh menggambarkan sikap hipokrit.Pujian yang menjulang mencerminkan ketidakjujuran contoh, ungkapan tanpa pertolongan saudara kami pasti akan kebuluran.Berputar-putar percakapan yang berbelit-belit.

  • KESANTUNAN BAHASA BAHASA SAPAANBahasa Sapaan atau kata ganti diri iaitu imbauan, gelaran, sebutan nama yang disebut kerana kesukaan atau kecenderungannya dalam sesuatu lapangan, pekerjaan dan lain-lain.

  • KESANTUNAN BAHASA BAHASA SAPAANPenggunaan bahasa sapaan adalah berdasarkan sistem-sistemnya yang tertentu serta mengikut urutan tertentu, iaitu urutan dari segi hubungan persaudaraan dan pertalian darah, usia kedudukan dan pangkat, gelaran yang disandang, kuasa dan kewibawaan yang dimiliki serta jawatan-jawatan yang dipegang.

  • KESANTUNAN BAHASA BAHASA SAPAANPenggunaan bahasa sapaan yang betul memperlihatkan sikap menghormati dan memuliakan seseorang yang dilawan bercakap.

  • KESANTUNAN BAHASA BAHASA SAPAAN Bentuk-bentuk kata ganti nama diri atau bahasa sapaan yang digunakan harus bersesuaian dengan keadaan.

  • KESANTUNAN BAHASA BAHASA SAPAANketika berkomunikasi denganAhli Keluarga yang boleh terdiri daripada keluarga sedarah, keluarga semenda dan keluarga angkat

  • KESANTUNAN BAHASA BAHASA SAPAANketika berkomunikasi dengan Seseorang yang mempunyai pangkat atau status dalam masyarakat sama ada gelaran itu gelaran diraja, turun temurun, kurniaan darjah kebesaran, kurniaan ikhtisas dan gelaran keagamaan.

  • KESANTUNAN BAHASA BAHASA SAPAANketika berkomunikasi dengan Seseorang yang mempunyai perbezaan usia yang ketara.