kesan pil zat besi terhadap keupayaan daya tahan ... · zat besi adalah mineral yang terdapat dalam...
TRANSCRIPT
KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN
KARDIOVASKULAR SEMASA HAID DI KALANGAN ATLIT WANITA,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI
KUEH FOONG LING
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN
KARDIOVASKULAR SEMASA HAID DI KALANGAN ATLIT-ATLIT
WANITA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
SESI PENGAJIAN : 2005/2006
Saya : KUEH FOONG LING____ ______(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis *(PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara
institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atauSULIT kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
__________________________ __________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
13 B, LORONG 7, PUAN HALIJAH BT IBRAHIMJALAN LUCKY,96000 SIBU, SARAWAK.
Tarikh : 18 MAY 2006 Tarikh : 5 MAY 2006
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagaiSULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikanatau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjanamuda.
Nama Penyelia:
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”.
Tandatangan : ....................................................
Nama Penyelia : PUAN HALIJAH BT IBRAHIM
Tarikh : MAY 2006
KESAN PIL ZAT BESI TERHADAP KEUPAYAAN DAYA TAHAN
KARDIOVASKULAR SEMASA HAID DI KALANGAN ATLIT WANITA,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI
KUEH FOONG LING
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia
MAY, 2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ....................................................
Nama Penulis : KUEH FOONG LING
Tarikh : MAY 2006
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat ibu dan ayah yang tersayang,
Jutaan terima kasih atas segala pengorbanan, sokongan, dan kasih sayang yang
kalian berikan selama ini untukku agar berjaya dalam pelajaran.
Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas budi baik kalian.
iv
PENGHARGAAN
Penyelidik ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih dan setinggi-tinggi perhargaan kepada Pn. Halijah Ibrahim selaku
penyelia tesis saya atas bimbingan, nasihat dan panduan yang telah beliau berikan
sepanjang tempoh dalam menyempurnakan projek sarjana Muda (PSM) ini.
Seterusnya, ucapan terima kasih kepada jururawat-jururawat Pusat Kesihatan
dalam membantu pengujian darah sampel dan atlit-atlit wanita, Universiti Teknologi
Malaysia selaku sampel dalam kajian ini yang telah memberi bantuan dan kerjasama
dalam menjayakan projek ini. Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada kedua-dua
ibubapa, pensyarah-pensyarah serta rakan-rakan seperjuangan yang banyak
membantu dan memberikan sokongan dalam menyiapkan projek ini.
Akhir sekali, segala bantuan dan tunjuk ajar yang dicurahkan oleh semua
pihak yang terlibat akan dikenangi dan dihargai selama-lamanya.
Terima kasih semua.
v
ABSTRAK
Zat besi adalah mineral yang terdapat dalam hemoglobin daripada sel darah
merah untuk mengangkut oksigen ke seluruh anggota badan. Atlit wanita yang
mengambil pil zat besi semasa haid boleh meningkatkan tahap metabolisme badan
mereka. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pil zat besi
terhadap keupayaan daya tahan kardiovaskular semasa haid di kalangan atlit wanita
Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 8 orang atlit telah menjalani Ujian Bleep
untuk mengukur keupayaan daya tahan kardiovaskular. Setiap subjek dikehendaki
melakukan dua sesi ujian yang dijalankan secara rawak kepada subjek di mana ujian
tanpa mengambil zat besi dan ujian dengan mengambil zat besi. Pada sesi ujian
dengan zat besi, subjek diberi pil zat besi satu biji sehari dari hari 1 hingga hari 3
haid. Ujian Bleep dan pemeriksaan tahap hemoglobin dilakukan pada hari ketiga
kehadiran haid untuk kedua-dua sesi ujian. Penganalisisan data menunjukkan bahawa
terdapat perbezaan yang signifikan (t= 0.019, p<0.05) terhadap keupayaan daya
tahan kardiovaskular atlit perempuan dengan dan tanpa pengambilan zat besi semasa
haid. Dapatan ini menunjukkan bahawa pil zat besi dapat meningkatkan prestasi
subjek walaupun tahap hemoglobin dalam darah tidak menunjukkan peningkatan
yang nyata ketika kehadiran haid.
vi
ABSTRACT
Iron is a mineral that can be found in the heamoglobin of the red blood cells
to transport oxygen all over the body. Females athletes who take the iron supplement
during the menstruation period can increase their body metabolism level. This
research was to identify the effect of iron supplement on cardiovascular endurance
during menstruation period among women athletes in University Technology
Malaysia. Eight athletes were elected to undergo Bleep Test to measure the level of
the cardiovascular endurance. Each sample had to go through two sessions of the test.
They were randomly selected, and the test was done without taking iron supplement,
following by the test where iron supplements were provided. For the test with taking
iron supplement, the samples had been given one iron tablet each day, starting from
day 1 to day 3 of the menstruation period. Bleep test and blood test was conducted on
the third day of menstruation period for both sessions. Based on the data collected,
there was a significant difference (t= 0.019, p<0.05) on the cardiovascular endurance
performance of the female athletes with and without iron supplement during the
menstruation period. This had shown that the iron supplement had enhanced
performance although the level of hemoglobin in blood did no show a noticeable
increase during the menstruation period.
vii
KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii-ix
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xii
BAHAGIAN 1
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Hipotesis Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Definisi Istilah 7
viii
BAHAGIAN DUA
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 9
2.2 Zat Besi 9
2.3 Bidang Kajian Daya Tahan Kardiovaskular 11
2.4 Kajian Berkaitan Zat Besi Terhadap 13
Kitaran Haid
2.5 Kajian Berkaitan Zat Besi 15
Terhadap Kecergasan Kardiovaskular
BAHAGIAN TIGA
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 17
3.2 Rekabentuk Kajian 17
3.3 Sampel Kajian 18
3.4 Tempat Kajian 18
3.5 Instrumen Kajian 19
3.6 Prosedur Kajian 19
3.6.1 Protokol Pengambilan Pil Zat Besi 20
3.6.2 Prosedur Ujian Bleep 21
3.7 Pengiraan Skor Ujian Bleep 22
3.8 Jangkamasa Kajian 23
3.9 Pengumpulan Data 23
3.10 Kaedah Penganalisaan Data 24
ix
BAHAGIAN EMPAT
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 25
4.2 Statistik Deskriptif 26
4.3 Statistik Inferensi 33
BAHAGIAN LIMA
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 36
5.2 Perbincangan 36
5.3 Rumusan 38
5.4 Cadangan 38
5.5 Penutup 39
RUJUKAN 40
LAMPIRAN A - N 45 - 71
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Prosedur Pengambilan Pil Zat Besi, Ujian Bleep dan
ujian pemeriksaan tahap hemoglobin semasa Haid 21
3.2 Pengiraan Skor Ujian Bleep 23
4.1 Min dan Sisihan Piawai Umur dan Berat Badan Subjek 26
4.2 Min dan Sisihan Piawai Kadar Nadi Sebelum Ujian,
Kadar Nadi Latihan, Kadar Nadi Pemulihan Selepas
1, 2 dan 3 minit Subjek Menjalani Ujian Bleep 27
4.3 Min dan Sisihan Piawai bagi VO2 Max dan Tahap
Hemoglobin antara Ujian Tanpa dan Dengan Zat Besi 29
4.4 Ujian-T terhadap Keupayaan Daya Tahan
Kardiovaskular 33
4.5 Ujian-T terhadap Tahap Hemoglobin (mmol/l) 34
4.6 Ujian-T terhadap Kadar Nadi Sebelum Ujian,
Kadar Nadi Latihan dan Kadar Nadi Pemulihan
Selepas 1, 2 dan 3 minit 34
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
4.1 Perbandingan Min Kadar Nadi Sebelum Ujian,
Kadar Nadi Latihan, Kadar Nadi Pemulihan
Selepas 1, 2 dan 3 minit antara Ujian Tanpa
dan Dengan Zat Besi 28
4.2 Perbandingan VO2 Max bagi Subjek antara
Ujian Tanpa dan Dengan Zat Besi 30
4.3 Perbandingan Tahap Hemoglobin bagi Subjek antara
Ujian Tanpa dan Dengan Zat Besi 31
4.4 Perbandingan Min VO2 Max antara Ujian Tanpa
dan Dengan Zat Besi 32
4.5 Perbandingan Min Tahap Hemoglobin antara Ujian
Tanpa dan Dengan Zat Besi 32
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Recommended Dietary Allowances (RDA) untuk
zat besi mengikut peringkat umur 45
B Prosedur Ujian Bleep 47
C Taburan skor mentah bagi ujian Bleep dan ujian
tahap hemoglobin 48
D Taburan skor mentah bagi kadar nadi sebelum ujian,
kadar nadi latihan dan kadar nadi pemulihan
selepas 1, 2 dan 3 minit. 49
E Penilaian pengambilan maksimum oksigen (VO2 Max) 51
F Norma data bagi VO2 max wanita 53
G Borang skor Ujian Bleep 54
H Surat Perlantikan 55
I Surat Persetujuan 56
J Rekod Kesihatan Diri 57
K Pendiagnosan keputusan darah 58
L Gambar pentadbiran ujian 59
M Analisis skor data 61
N Analisis Ujian-t 69
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada zaman yang moden ini, penyertaan wanita dalam sukan dapat dilihat
menjadi semakin terserlah. Penyertaan wanita dalam sukan telah menjadi
petunjuk kepada peningkatan pertumbuhan sukan, rekreasi dan aktiviti senaman.
Namun demikian, seseorang atlit bukanlah begitu senang untuk mencapai prestasi
yang baik dalam bidang sukan kerana terdapat banyak faktor yang boleh
mempengaruhi tahap daya tahan kardiovaskular dan otot seperti genetik,
persekitaran, sosioekonomi dan pemakanan.
Pemakanan yang diambil oleh atlit wanita adalah bergantung kepada
aktiviti fizikal yang dilakukan mengikut peringkat umurnya. Pengambilan
makanan yang berkhasiat lebih diberi perhatian apabila seseorang wanita sedang
mengalami kehadiran haid pada setiap bulan. Menurut Hinton, Giordano,
Brownlie dan Hass (2000), seseorang wanita yang mengalami kehilangan darah
melalui haid boleh mempengaruhi prestasi sukan dan kecergasan fizikalnya. Oleh
sebab itu, terdapat satu makanan yang diperlukan semasa haid, iaitu zat besi.
Menurut Haas dan Brownlie (2001), zat besi adalah mineral dalam
hemoglobin, iaitu protein yang ditemukan dalam sel-sel darah merah. Zat besi
berfungsi dalam pembentukan sel darah merah dan mineral ini banyak memberi
2
faedah kepada pengangkutan oksigen ke seluruh anggota badan, di mana dapat
mengekalkan tahap metabolisme badan.
Menurut Dueck, Manore dan Matt (1996), semasa kitaran haid, seseorang
atlit wanita tidak dapat mempersembahkan prestasi dengan baik jika
dibandingkan sewaktu mereka tidak datang haid. Masalah ini boleh
mempengaruhi pencapaian daya tahan kardiovaskular ke tahap intensiti kerja
yang maksimum. Oleh itu, zat besi adalah amat diperlukan oleh atlit wanita
semasa kehadiran haid bagi membekalkan tenaga yang lebih dalam melakukan
aktiviti.
Menurut Weaver dan Rajaram (1992), zat besi digunakan dengan meluas
sebagai salah satu mineral tambahan untuk atlit wanita dalam melakukan latihan
fizikal seharian. Selain itu, atlit wanita daya tahan juga memerlukan penambahan
zat besi yang lebih banyak jika dibandingkan dengan wanita yang kurang aktif
untuk memperoleh tenaga yang lebih dalam melakukan sesuatu kerja yang berat
yang dinyatkan oleh Fogelholm, (1995).
Oleh hal yang demikian, kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan
pil zat besi yang diberikan kepada subjek terhadap perbezaan keupayaan daya
tahan kardiovaskular semasa haid bagi atlit-atlit wanita, UTM. Diharapkan hasil
kajian ini dapat memberi panduan kepada golongan atlit wanita yang mengalami
kekurangan darah semasa haid untuk mengekalkan prestasi yang cemerlang
dalam bidang sukan masing-masing.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kini, masalah kekurangan zat besi dalam badan melalui pendarahan haid
banyak berlaku ke atas atlit wanita. Pengambilan zat besi yang tidak memadai
bererti kurangnya oksigen yang disampaikan ke jaringan-jaringan otot. Masalah
3
ini timbul apabila atlit wanita tidak mengambil zat besi yang mencukupi dalam
menu makanan semasa haid, akibatnya darah yang membawa oksigen menurun
dan ini boleh menjejaskan prestasi mereka dalam sukan.
Garrison dan Shils (1985), selain jumlah zat besi yang dimakan secara
tidak mencukupi, wanita mempunyai keperluan akan bertambahnya zat besi.
Kehilangan kerana haid rata-rata dari bulan ke bulan merupakan kehilangan zat
besi harian kira-kira 1-2 mg atau kehilangan zat besi 28 mg setiap bulan.
Manakala, bagi wanita yang tidak mengalami haid juga mengalami kehilangan
zat besi sebanyak 0.5-1mg sehari. Looker, Dallman, Carroll, Gunter dan Johnson
(1997), menyatakan bahawa hampir 25,000 perempuan remaja American didapati
mengalami masalah kekurangan zat besi sebanyak 10% dan anemia 3-5%.
Menurut Goodhart dan Somer (1980), kebanyakan wanita tidak mengambil
jumlah zat besi yang mencukupi. Hanya terdapat 6 mg zat besi dalam setiap 1000
kalori makanan yang dipilih dengan baik daripada makanan seharian. Seorang wanita
yang sedang haid harus makan 3000 kalori untuk memenuhi keperluan zat besi
hariannya sebesar 18 mg. Masalah timbul apabila banyak wanita hanya mengambil
1500 hingga 1600 kalori setiap hari. Oleh itu, dengan pengambilan zat besi yang
dibekalkan dalam bentuk makanan tambahan (supplemention) sedikit sebanyak boleh
membantu dalam memenuhi keperluan zat besi yang tidak mencukupi dalam badan.
Menurut Clement dan Sawchuck (1984), kekurangan zat besi biasanya
berlaku di kalangan para atlit di mana terdapat satu penyelidikan menyatakan
bahawa terdapat 80% daripada atlit wanita muda dan 30% atlit elit lelaki
mengalami kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi ini biasanya berlaku pada
golongan wanita, remaja perempuan atau kanak-kanak terutamanya atlit wanita
yang aktif dalam sukan di mana mereka memerlukan oksigen yang banyak untuk
menjana tenaga metabolisme untuk melakukan aktiviti seharian. Tanpa
pengambilan zat besi yang mencukupi dalam tubuh badan semasa haid, atlit
wanita itu akan sentiasa berasa kelesuan dan tidak bersemangat dalam menjalani
aktiviti.
4
Menurut Beard dan Tobin (2000), kekurangan zat besi boleh
menyebabkan penurunan sistem imuniti dan prestasi atlet. Fisiologi badan tidak
dapat berjalan dengan lancar boleh mengakibatkan sistem-sistem badan tidak
dapat berfungsi dengan baik dalam pembentukan sel darah merah untuk
membekalkan oksigen ke keseluruhan badan. Maka, zat besi berfungsi sebagai
penyokong kepada sistem imuniti terutamanya kepada wanita dan kanak-kanak
Oleh kerana keadaan ini akan dialami pada setiap bulan maka wajarlah
atlit wanita mencari jalan penyelesaian dengan mengambil makanan yang kaya
dengan zat besi supaya mereka boleh menjalani aktiviti dengan cergas. Masalah
kekurangan zat besi di kalangan atlit wanita semasa haid yang boleh
mempengaruhi prestasi atlit telah menjadi punca penyelidik menjalankan kajian
ini.
1.3 Pernyataan Masalah
Secara umunya, atlit wanita mesti mempunyai daya tahan kardiovaskular
yang cergas apabila melakukan senaman atau sukan pada bila-bila masa
termasuklah pada waktu kehadiran haid. Pengambilan zat besi daripada makanan
sahaja biasanya adalah tidak mencukupi untuk memenuhi kehilangan zat besi
daripada pendarahan haid. Oleh itu, kehilangan zat besi semasa haid mestilah
ditambahkan dengan pengambilan pil zat besi. Penyelidik membuat kajian ini
adalah untuk mengkaji keberkesanan pil zat besi terhadap keupayaan daya tahan
kardiovaskular tanpa dan dengan pengambilan zat besi semasa haid bagi atlit-atlit
wanita, UTM. Zat besi yang dibekalkan adalah sebagai satu rawatan bagi sampel
perempuan yang mengalami kekurangan darah semasa haid.
5
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:
1.4.1 Mengetahui dan membuat perbandingan keupayaan daya tahan
kardiovaskular dari segi pencapaian VO2 max antara ujian tanpa dan
dengan pengambilan pil zat besi semasa haid melalui ujian Bleep di
kalangan atlit-atlit wanita, UTM.
1.4.2 Membuat perbandingan tahap hemoglobin antara ujian tanpa dan dengan
pengambilan pil zat besi semasa haid bagi subjek.
1.4.3 Mengetahui bilangan kadar nadi sebelum ujian, kadar nadi latihan, kadar
nadi pemulihan selepas 1, 2 dan 3 minit melakukan ujian di antara ujian
tanpa dan dengan pengambilan pil zat besi semasa haid.
1.5 Hipotesis Kajian
Ho 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap keupayaan daya tahan
kardiovaskular antara ujian tanpa dan dengan pengambilan pil zat besi
semasa haid melalui ujian Bleep
Ha 1: Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap keupayaan daya tahan
kardiovaskular antara ujian tanpa dan dengan pengambilan pil zat besi
semasa kehadiran haid melalui ujian Bleep.
Ho 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap hemoglobin
antara ujian tanpa dan dengan pengambilan pil zat besi semasa haid.
6
Ha 2: Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap hemoglobin antara
ujian tanpa dan dengan pengambilan pil zat besi semasa haid.
1.6 Kepentingan Kajian
Daripada hasil kajian ini, diharapkan dapat memberi gambaran yang jelas
kepada pengkaji, jurulatih dan atlit, terutamanya kepada para jurulatih tentang
kepentingan zat besi kepada atlit mereka yang mengalami kekurangan zat besi
sebagai tindakan pemulihan akibat kehilangan darah yang banyak melalui haid.
Selain itu, jurulatih juga mempunyai kesedaran dalam membuat perancangan
pengambilan makanan zat besi kepada setiap peringkat perubahan fizikal badan
atlit-atlit wanita.
Dengan melalui kajian ini juga dapat memberi pendedahan kepada
golongan wanita, terutamanya ahli sukan wanita tentang kepentingan zat besi
dalam pembentukan darah untuk mengatasi masalah kehilangan darah melalui
haid untuk mencapai prestasi yang cemerlang. Atlit wanita juga mendapat
maklum balas mengenai tahap kecergasan individu masing-masing semasa haid
antara ujian tanpa dan dengan pengambilan pil zat besi.
1.7 Batasan Kajian
1.7.1 Kajian ini melibatkan 8 orang atlit-atlit wanita yang mempunyai latar
belakang sukan yang baik, sihat, cergas dan bebas daripada sebarang
penyakit.
1.7.2 Kesemua subjek yang terpilih dalam kajian ini adalah terlibat dalam aktiviti
daya tahan kardiovaskular di mana mereka menjalani latihan sebanyak 3-4
kali dalam seminggu mengikut bidang sukan masing-masing.
7
1.7.3 Subjek dikehendaki mengawal diet harian di sepanjang tempoh ujian.
1.7.4 Kajian ini akan memberi penumpuan kepada tahap daya tahan
kardiovaskular melalui pencapaian sampel dengan menjalani ujian Bleep.
1.7.5 Sampel yang mempunyai masalah kesihatan haid seperti sakit kepala,
sesungut pada bahagian abdomen adalah tidak dibenarkan menjalani
ujian.
1.7.6 Semua sampel yang dipilih telah menjalani pemeriksaan terhadap darah
pada waktu bukan kehadiran haid untuk mendapatkan kandungan
hemoglobin yang normal dalam badan iaitu antara 12-16 mmol/l.
1.8 Definisi Istilah
Istilah-istilah penting yang digunakan dalam kajian ini mempunyai maksud
seperti berikut:
1.8.1 Zat Besi
Mineral yang diperlukan dalam pembentukan hemoglobin dalam sel darah
merah yang berfungsi sebagai pengangkutan oksigen ke seluruh badan.
1.8.2 Daya tahan Kardiovaskular
Keupayaan sistem peredaran darah, jantung dan saluran-saluran darah
untuk membekalkan oksigen kepada otot-otot yang berfungsi semasa
melakukan kerja atau senaman. Kekurangan bekalan oksigen akan
memaksa seseorang itu berhenti kerana kelesuan.
8
1.8.3 Kitaran haid
Darah yang turun setiap bulan biasanya berselang 28 hari daripada rahim
perempuan yang sudah baligh.
1.8.4 Haid
Perjalanan darah haid ialah keluruhan pelapik rahim yang disusuli oleh
pendarahan dari salur darah yang terkoyak.
1.8.5 Hemoglobin
Sejenis protein yg mengandungi zat besi dan terdapat di dalam sel darah
merah yang berfungsi untuk membawa oksigen dari paru-paru ke tisu badan.
1.8.6 Ujian Bleep
Ujian ini adalah berbentuk ujian larian ulang-alik pelbagai tahap secara
progresif meningkat di antara 2 pita penanda yang berjarak 20 meter yang
dijalankan dengan menggunakan pita CD yang telah direkodkan dengan
bunyi bleep.