kertaskerjaharisukan-130320033918-phpapp01

6
SEKOLAH KEBANGSAAN ORANG KAYA SELAIR 96250 MATU, SARAWAK KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI TAHUN 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN ORANG KAYA SELAIR PENDAHULUAN Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah adalah merupakan salah satu program tahunan sekolah. Kejohanan ini dirancang bagi mengisi program kokurikulum Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Selair bagi Tahun 2015. MATLAMAT . Pelaksanaan program seumpama ini adalah untuk mengembangkan potensi dan minat pelajar ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti permainan dan olahraga di peringkat sekolah dan melalui pertandingan-pertandingan yang diadakan, membolehkan murid-murid mengimbangkan antara emosi, jasmani, intelek dan rohani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. OBJEKTIF : Adalah diharapkan program ini akan dapat : 2.1 Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat mereka ke tahap yang lebih optimum. 2.2 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam gerakerja yang diceburi. 2.3 Melahirkan pelajar yang aktif dan berpotensi di dalam bidang kokurikulum. 2.4 Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan memantapkan diri untuk lebih berjaya dengan lebih cemerlang.

Upload: nash

Post on 14-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

l

TRANSCRIPT

Page 1: kertaskerjaharisukan-130320033918-phpapp01

SEKOLAH KEBANGSAAN ORANG KAYA SELAIR96250 MATU, SARAWAK

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI TAHUN 2015SEKOLAH KEBANGSAAN ORANG KAYA SELAIR

PENDAHULUAN

Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah adalah merupakan salah satu program tahunan sekolah. Kejohanan ini dirancang bagi mengisi program kokurikulum Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Selair bagi Tahun 2015.

MATLAMAT

. Pelaksanaan program seumpama ini adalah untuk mengembangkan potensi dan minat pelajar ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti permainan dan olahraga di peringkat sekolah dan melalui pertandingan-pertandingan yang diadakan, membolehkan murid-murid mengimbangkan antara emosi, jasmani, intelek dan rohani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

OBJEKTIF :

Adalah diharapkan program ini akan dapat :

2.1 Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat mereka ke tahap yang lebih optimum.

2.2 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam gerakerja yang diceburi.

2.3 Melahirkan pelajar yang aktif dan berpotensi di dalam bidang kokurikulum.2.4 Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan memantapkan diri untuk lebih berjaya dengan

lebih cemerlang.2.5 Pelajar yang aktif dan berpotensi akan dipilih dan dihantar mewakili sekolah ke kejohanan

olahraga peringkat daerah.

PELAKSANAAN :

Kejohanan kali ini akan dilaksanakan bagi mempertandingkan kategori antara rumah-rumah sukan. Sekolah akan mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan bagi Tahun 2015 pada tarikh, masa dan lokasi seperti di bawah ;

Tarikh :

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Stadium Matu

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN :

Page 2: kertaskerjaharisukan-130320033918-phpapp01

1. Kategori rumah sukan yang dipertandingkan :

Kejohanan Sukan Tahunan ini disertai oleh 4 pasukan yang terdiri daripada semua murid-murid SK Orang Kaya Selair

Rumah Kuning Rumah Merah Rumah Biru Rumah Hijau

2. Acara sukan

Bil Acara Kategori1 Lari 75m (Individu) L Tahun 12 Lari 75m (Individu) P Tahun 13 Lari 75m (Individu) L Tahun 24 Lari 75m (Individu) P Tahun 25 Lari 75m (Individu) L Tahun 36 Lari 75m (Individu) P Tahun 37 Lari 100m (Individu) L Tahun 48 Lari 100m (Individu) P Tahun 49 Lari 100m (Individu) L Tahun 5

10 Lari 100m (Individu) P Tahun 511 Lari 100m (Individu) L Tahun 612 Lari 100m (Individu) P Tahun 613 Gelecek Bola Hoki PRASEKOLAH14 Tiup Belon Sampai Pecah PRASEKOLAH15 4 x 50m (L/Pasukan) K-116 4 x 50m (P/Pasukan) K-117 4 x 100m (L/Pasukan) K-318 4 x 100m (P/Pasukan) K-319 Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu (L+P/Pasukan) Tahap 120 Isi Air Dalam Botol (Guna Tangan) Tahap 121 Lari Bawa Bola Berpasangan Tahap 122 Bawa Gelung Getah Guna Straw (L+P/Pasukan) Tahap 223 Tarik Upih (P/Pasukan) Tahap 224 Lari Ikat Kaki (L/Pasukan) Tahap 225 Lari Undur Belakang Terbuka Belia26 Cari Gula-Gula Dalam Tepung Terbuka Beliawanis27 Kumpul Gelung Getah Guna Straw Terbuka Bapa28 Cari Pasangan (Ibu-Anak) Terbuka Ibu29 Pongkang Tin Pegawai Sukan- L30 Bowling Padang Pegawai Sukan- P

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KUANTITI HARGA/UNIT JUMLAH(RM)

Page 3: kertaskerjaharisukan-130320033918-phpapp01

1. Kanopi 3 RM 30 x 3 = RM90 90.00

2. Hadiah / Medal Medal : RM252.00 (Rujuk Lampiran)Hadiah : RM 720.00 (Rujuk Lampiran) 972.00

3. Buku Program 120 RM 0.20 x 120 = RM24 24.004. Minuman Pegawai 50 RM 3 x 50 = RM150 150.005. Cenderamata Pasukan 3 RM 50 x 3 = RM150 150.006. Cenderamata VIP 1 RM 50 x 1 = RM50 50.007. Pertandingan Futsal 2 (Hamper) RM100 x 2 = RM200 200.00

8. Cabutan Bertuah 10 (Hamper) RM20 x 10 = RM200 200.00

Jumlah Keseluruhan 1846.00

SUMBER KEWANGAN

BIL. PERKARA PERBELANJAAN (RM)

SUMBER KEWANGAN (RM)

1. Kanopi 90.00 PIBG

2. Hadiah / Medal 972.00 Wang SUWA (RM732.00)PIBG (RM240)

3. Buku Program 24.00 Wang SUWA4. Minuman Pegawai 150.00 PIBG5. Cenderamata Pasukan 150.00 Wang SUWA6. Cenderamata VIP 50.00 PIBG7. Pertandingan Futsal 200.00 PIBG / Wakil Penaja8. Cabutan Bertuah 200.00 Wakil Penaja

Jumlah Keseluruhan 1846.00 1846.00

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

Pertandingan ini dianjurkan berdasarkan Undang-undang K.O.A.M dan Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sarawak. Walau bagaimanapun Jawatankuasa penganjur telah menyesuaikannya mengikut keadaan, suasana dan persekitaran sekolah.

Setiap pelajar hanya dibenarkan menyertai maksimum 3 ( tiga ) acara iaitu 2 ( dua ) acara individu dan 1 ( satu ) acara berkumpulan.

Semua peserta mestilah cukup sihat. Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas kemalangan atau kecederaan yang disebabkan oleh kesihatan yang kurang baik.

Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kemalangan, kecederaan atau kehilangan harta benda semasa pertandingan dijalankan.

Pembatalan :

Pelajar yang melanggar peraturan penyertaan akan dibatalkan. Peserta tidak harus mendapat sebarang pertolongan di sepanjang penyertaan di dalam

acara-acara yang dipertandingkan.

Page 4: kertaskerjaharisukan-130320033918-phpapp01

Peserta yang didapati mengganggu atau memintas dengan maksud melengahkan kederasan lawan, akan dibatalkan haknya dari pertandingan ini, walaupun ia mendapat tempat kedudukan.

Hadiah-hadiah :

Peserta yang mendapat kedudukan Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga akan mendapat hadiah yang berbentuk medal di dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Peserta yang menyertai acara sukaneka dan mendapat kedudukan Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga akan mendapat hadiah di dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Olahragawan dan Olahragawati akan dipilih berdasarkan pencapaian keseluruhan individu dan berpasukan. Olahragawan dan Olahragawati akan menerima hadiah berbentuk cup dan hadiah iringan.

Johan keseluruhan bagi pertandingan kategori rumah-rumah sukan ialah berbentuk piala pusingan.

Bantahan :

Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Jemaah Juri Rayuan secara bertulis dan hendaklah disertakan selepas 15 minit keputusan diumumkan.

Keputusan Jemaah Juri Rayuan adalah muktamad.

JAWATANKUASA PROGRAM

Rujuk Lampiran di sebelah

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Disediakan Olah, Disahkan Oleh,

………………………… …………………………(Mohamad Nasrun B. Mohamad Zaki) (En Ahmady Bin Mushiri)S/U Sukan SKOKS PK Kokurikulum SKOKS