kertas kerja sambutan hari lahir
DESCRIPTION
Contoh Kertas kerja. Belum siapTRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN GONG PASIR
DUNGUN, TERENGGANU
KERTAS KERJA
PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG
SAMBUTAN HARI LAHIR
BULAN MEI- DISEMBER
TARIKH :
15 OKTOBER 2015
TEMPAT :
DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN GONG PASIR
ANJURAN :
GURU PELATIH IPG KAMPUS KOTA BHARU
PROJEK INTERNSHIP 2015
PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG
SAMBUTAN HARI LAHIR
1.0 PENGENALAN
Sambutan meraikan hari lahir murid-murid dan warga kerja SK Gong Pasir,
merupakan suatu program yang terkandung dalam Amalan Guru Penyayang.
Program ini adalah satu inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
memupuk budaya penyayang di kalangan warga sekolah. Sambutan hari
lahir ini akan melibatkan semua murid SK Gong Pasir bermula murid Pra
Sekolah sehingga murid Tahun 6. Murid Prasekolah juga tidak dilupakan
dalam sambutan ini. Melalui program sebegini diharap ia dapat mengeratkan
hubungan sesama murid dan guru serta pihak pengurusan sekolah
2.0 MATLAMAT
Menghidupkan budaya saling menghargai dan menyayangi sesama warga
sekolah.
3.0 OBJEKTIF
i. Menghargai serta menjaga kebajikan setiap warga SK Gong Pasir.
ii. Memenuhi agenda Program Amalan Guru Penyayang.
iii. Mengeratkan hubungan murid dengan para guru.
iv. Melahirkan warga sekolah yang sensitif dan peka kepada hari atau tarikh
istimewa bagi kakitangan sekolah
4.0 TARIKH
15 Oktober 2015 / Khamis
5.0 TEMPAT
Dewan SK Gong Pasir
6.0 KUMPULAN SASARAN
Semua murid, guru-guru dan warga sekolah SK Gong Pasir
7.0 AHLI JAWATANKUASA
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Sumber Kewangan
Sumbangan guru-guru SK Gong Pasir = RM
Sumbangan Koperasi Sekolah = RM
Anggaran Kewangan
Bil Jenis BahanKuantiti x Harga
SeunitJumlah Kos
1. Kek Hari Lahir 1 x RM 80.00 RM 80.00
2. Hadiah Guru
3.
JUMLAH
9.0 TENTATIF PROGRAM
7.45 pagi : Murid berkumpul di dewan -Ucapan Pengerusi Majlis
-Bacaan Doa -Ucapan Guru Besar -Nyanyian -Penyampaian hadiah hari lahir kepada semua murid dan guru
( Mei- Disember) - Sesi Bergambar
9.30 pagi : Majlis bersurai
10.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini diharap dapat menjadi satu titik tolak ke
arah mengeratkan hubungan guru, murid dan warga sekolah. Usaha ini
dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera.
Program ini secara langsung akan dapat meningkatkan kecemerlangan
sahsiah diri murid seperti yang disasarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Bagi pihak guru pelatih, program ini dapat dijadikan satu pengalaman baru
yang berguna sebagai bekalan ilmu ketika sudah menjadi guru sebenar kelak.
Pelaksanaan projek ini juga diharapkan dapat memberi impak kepada konsep kendiri
guru pelatih terhadap kemahiran mengurus dan memimpin.
Sehubungan itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak adalah
diharapkan bagi kejayaan program ini.
Disediakan oleh,
.............................................................. ( FATIMAH DAYANA BT BAHAROM )
Setiausaha,
Guru Pelatih PISMP Muzik,
IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan.
Disemak oleh,
..........................................
( PN. NORMALA BT ALI )
Mentor Projek Internship,
Guru SK Gong Pasir.
Disahkan oleh,
.......................................................... (Pn. Myshithah Bt Mohamad Ali)
Guru Besar,
SK Gong Pasir, Dungun, Terengganu