kertas kerja perpustakaan (repaired)
DESCRIPTION
kertas kerjaTRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG MAN
D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH KECIL SIMUNJAN
94800 SIMUNJAN
SARAWAK
KERTAS KERJA
PROGRAM PEMUSATAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SEBAGAI PUSAT
PEMBELAJARAN
ANJURAN :
PANITIA BAHASA MELAYU
Dengan kerjasama :
PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) &PANITIA BAHASA INGGERIS
SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG MAN
TARIKH:
11 FEBRUARI 2016
TEMPAT:
PUSAT SUMBER SEKOLAH,
SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG MAN
1.0 NAMA PROGRAM
Pemusatan Pusat Sumber Sekolah Sebagai Pusat Pembelajaran
2.0 DIKEMUKAN KEPADA
Tuan Haji Mohd Fouat Bin Abdul Kamid
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Abang Man, 94800 Simunjan, Sarawak
3.0 KUMPULAN SASARAN
450 orang murid yang terdiri daripada murid darjah 1 sehingga darjah 6, para guru
Pusat Sumber Sekolah dan juga semua guru Sekolah Kebangsaan Abang Man
(LihatLampiran 1)
4.0 TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Abang Man, D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Simunjan, 94800 Simunjan, Sarawak
5.0 TARIKH
11 Februari 2016
6.0 PEMUSATAN PUSAT SUMBER SEBAGAI PUSAT PEMBELAJARAN
6.1 Definisi Pusat Sumber Sebagai Pusat Pembelajaran
Pusat Sumber Sekolah (PSS) sememangnya memainkan peranan yang penting dalam
mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah. Pusar sumber ini berfungsi dalam
membantu para guru dan juga murid-murid dalam usaha menjadikan sesi pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih berkesan serta dapat memberi sokongan kepada usaha belajar
sendiri berasaskan sumber
Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang berpotensi untuk menjadi satu pusat pembelajaran
merupakan satu kawasan yang merangkumi pelbagai sumber yang mendorong ke arah
pembelajaran yang optimum. Oleh itu, PSS meliputi penggunanya, bahan, peralatan, tujuan
dan proses. Secara umum PSS mengandungi komponen-komponen perpustakaan seperti
buku-buku, peralatan audio visual, peralatan dan produksi, tempat berlatih mengembangkan
kegiatan program kemahiran dan pelbagai lagi. PSS juga merupakan satu tempat bagi tenaga
pendidik untuk mengembangkan lagi bahan-bahan pengajaran dengan bantuan multimedia
pendidikan yang terdiri daripada unsur-unsur perpustakaan, (Zainuddin, 1984).
Menurut Muhyiddin (2008), pusat sumber merupakan tempat di mana pelbagai jenis sumber pembelajaran digunakanan, dikelola dan dimanfaatkan untuk membantu meningkatkan keberkesanan dalam kegiatan pembelajaran.
Beberapa orang tokoh pendidikan juga berpendapat bahawa pusat sumber mampu untuk menjadi sebuah pusat pembelajaran kerana PSS sendiri merupakan suatu organisasi yang tersusun serta mempunyai perhubungan yang rapat dengan kurikulum dan pembelajaran pada satu acuan pendidikan.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, PSS merupakan nadi bagi segala pergerakan dan aktiviti ke arah proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Terdapat beberapa peranan yang boleh dimainkan oleh PSS dalam hasrat untuk menjadikannya sebagai satu pusat pembelajaran yang unggul. Peranan tersebut adalah:
PSS perlu menjadi ‘centre of action’, ‘centre of learning’ dan ‘centre of consultancy’. Sebagai satu tempat yang menyediakan koleksi pengajaran dan pembelajaran, PSS pastinya memainkan peranan utama sebagau agen perubahan ke arah rakyat yang celik maklumat dan ilmu pengetahuan. Peranannya di sekolah khususnya perlulah diperkukuhkan lagi sekiranya negara ingin mengeluarkan pekerja bermaklumat ( knowledge worker) sebagai pemimpin generasi pada masa hadapan.
Oleh yang demikian, secara ringkasnya, pusat sumber yang berpotensi untuk menjadi sebuah pusat pembelajaran ini tidak hanya tertumpu kepada aspek-aspek kepustakaan yang berupa buku-buku sahaja bahkan turut merangkumi pelbagai aspek seperti media elektronik, pusat akses kendiri dan sebagainya. Dengan wujudnya pelbagai prasarana di dalam sesebuah pusar sumber, pastinya lebih banyak ilmu akan dapat diperoleh oleh para murid dan secara tidak langsung menjadikan mereka seorang insan yang berpengetahuan luas.
Peranan Pusat Sumber Sekolah
‘centre of action’
‘centre of consultancy’
‘centre of learning’
6.2 Organisasi Pusat Sumber
Organisasi Pusat Sumber Sekolah merupakan salah satu aspek pengting yang perlu ada bagi
memastikan keseluruhan perancangan dan perjalanan program berjalan dengan lancar dan
teratur rapi. Sesebuah organisasi diterajui oleh Pengerusi dan dibantu oleh beberapa ahli
jawatankuasa di dalam sesebuah organisasi. Walaupun tugas seorang Pengerusi di dalam
sesebuah organisasi dilihat penting, namun tugas sebagai ahli jawatankuasa juga tidak kurang
hebatnya. Hal ini kerana, ahli jawatankuasa merupakan jentera terpenting dalam Pusat
Sumber Sekolah. Oleh itu peranannya juga merupakan suatu yang mesti disusun dan
dirancang dengan teliti kerana walaupun Pengerusi bertindak sebagai ketua, namun ahli
jawatankuasa inilah yang memastikan kelancaran sesuatu program yang diadakan tersebut.
Berikut merupakan jawatan dan bidang tugas organisasi Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan
Abang Man berserta preskripsi tugasan bagi setiap ahli jawatankuasa masing-masing.
Jawatan Bidang Tugas
1. Pengerusi *Sebagai penasihat dalam pentadbiran PSS
*Membantu serta menasihat perancangan,pelaksanaan program yang diadakan
*Mengadakan kerjasama dengan pengerusi-pengerusi PSS yang lain dalam usaha
membentuk kesepakatan
*Mengadakan perbincangan bersama dengan wakil daripada jabatan Pendidikan
*Menasihatkan dan membantu mengurus perbelanjaan tahunan
*Menyebarkan konsep PSS kepada para guru, para pelajar dan masyarakat
tempatan
2. Naib
Pengerusi
* Bertindak sebagai ketua pentadbiran PSS
*Memastikan PSS berjalan dengan berkesan untuk mencapai objektif PSS
*Membentuk dasar praktikal bersama penasihat
*Menyelaraskan kursus dalam perkhidmatan bagi guru-guru yang berminat
*Merancang untuk mewujudkan pusat sumber dan merangka strategi
perkembangan
*Melakukan penilaian yang berterusan
*Melahirkan suasana yang boleh menggalakkan penggunaan PSS secara
menyeluruh
3. Guru
Penyelaras
PSS
*Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan PSS
*Merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS
*Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif
*Merancang dan mengurus program pembacaan NILAM
*Bekerjasama dengan para guru dalam pelaksanaan P&P berasaskan sumber
*Menyelia dan mengurus bahan-bahan PSS
*Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah
*Menjadi guru penasihat bagi kelas atau persatuan PSS
4. Ketua-
ketua Panitia
*Mengemaskini stok BBM masing-masing dengan bantuan panitia
*menilai tentang keberkesanan alat atau bahan yang dibeli atau dihasilkan
*Mempromosi bahan BBM kepada semua ahli panitia supaya dapat
mengoptimumkan penggunaan
*Membuat kajian tindakan tentang penggunaan BBM ahli panitia dan
menghantar laporan kepada ketua bidang
*Fail-fail inventori setiap ketua panitia perlu disimpan di dalam bilik PSS
*Mengorganisasi bahan-bahan BBM mengikut panitia masing-masing
*Membuat saranan tentang jenis kursus dalaman atau bengkel yang diadakan.
5. Guru
Perpustakaan
* Mengurus pentadbiran, pembelian dan penggunaan perpustakaan
*Merancang dan menyediakan peruntukan tahunan bagi membiayai
perkhidmatan yang telah dan akan dijalankan
*Bertanggungjawab memilih dan mendapatkan bahan-bahan bercetak untuk
kegunaan guru dan pelajar
*Menggalakkan pinjaman bahan cetak yang terdapat di sekolah
*merancang aktiviti tahunan perpustakaan
*menyediakan jadual pinjaman dan penggunaan perpustakaan
6. Guru Bilik
*komputer
*SALC
*Pusat akses
*Tayangan
*melakukan peraturan penggunaan bilik
*Menyediakan buku rekod penggunaan bilik
*melaksanakan aktiviti yang telah dirancang
*Membuat pelaporan bagi setiap aktiviti yang dirancang
*Menyebarkan nota guru untuk rancangan radio dan tv pendidikan
Membantu unit kokurikulum di sekolah dari segi rekod penggunaan bahan media
7. Guru
Bahan Bantu
Mengajar
*membuat peraturan penggunaan bilik dan brosur untuk promosi BBM kepada
semua guru
*menguruskan proses pinjaman dan pemulangan BBM
*Menyediakan carta organisasi AJK kerja dan dipamerkan di PSS
*Menyenaraikan bahan-bahan BBM dan lokasi serta membuat edaran kepada
semua guru
*Memastikan segala BBM yang ada dijaga dengan baik
*Menyemak stok BBM pada hujung tahun bersama pengawas PSS
8. Guru
NILAM
*Memahami segala dasar dan matlamat program NILAM
*Menubuhkan satu jawatankuasa khas NILAM
*Memberi taklimat kepada semua guru dan murid
*Memastikan semua murid memiliki buku NILAM
*Megumpul data NILAM dan analisanya setiap bulan bersama pengawas PSS
Memberi penghargaan kepada murid yang terlibat secara aktif di dalam program
NILAM setiap awal bulan
9. Penyelaras
Buletin PSS
* Menyediakan Buletin PSS sebanyak 3 kali setahun
*Mengedarkan bahan Buletin ke bilik khas dan kelas
*Menjadikan Buletin sebagai salah satu sumber untuk menambah dana PSS
*Jawatankuasa Penggerak bagi program Pemusatan Pusat Sumber sebagai Pusat
Pembelajaran pula boleh dirujuk pada lampiran 5
6.3 Struktur Fizikal Pusat Sumber Dan Fungsinya
Ruang ICT
Ruang Pembelajaran bukan bercetak
tv
Sudut seni
Struktur Fizikal Fungsi1. Sudut linus *Ruang untuk menempatkan bahan dan juga
murid yang lemah dalam literasi dan numerasi.
2. Rak fiksyen bi tahap 2 *Ruang untuk menempatkan pelbagai karya fiksyen bahasa Inggeris untuk tahap 2
3. Rak fiksyen bm tahap 2 *Ruang untuk menempatkan pelbagai karya fiksyen bahasa Melayu untuk tahap 2
4. Rak fiksyen bi tahap 1 * Ruang untuk menempatkan pelbagai karya fiksyen bahasa Inggeris untuk tahap 1
5. Rak fiksyen bm tahap 1 *Ruang untuk menempatkan pelbagai karya fiksyen bahasa Melayu untuk tahap 1
6. Rak buku bukan fiksyen (Sains) *Ruang untuk menempatkan pelbagai bahan bacaan berunsur sains kepada para murid
7. Meja bacaan murid *Kawasan murid untuk membaca dan terbahagi kepada dua jenis iaitu duduk dia atas kerusi dan di atas lantai
8. Kaunter Peminjaman *Kawasan untuk menyimpan segala urusan peminjaman dan rekod peminjam
9. Ruang Bilik Pusat Sumber *Kawasan lapang untuk menfadakan sebarang aktiviti p&p
10. Rak buku bukan fiksyen (lain-lain) *Ruang untuk menempatkan bahan bacaan selain fiksyen seperti keagamaan, nilai murni dan sebagainya
11. Rak buku bacaan dewasa *Ruang untuk menempatkan bahan bacaan kepada para guru dan kakitangan sekolah
12.Ruang untuk guru *Kawasan guru untuk berbincang dan bermesyuarat
13. Rak pengurusan pusat sumber *Kawasan yang menyimpan segala rekod keluar masuk buku, carta organisasi dan rancangan keseluruhan PSS
14. Ruang ICT *Sudut murid melakukan akses kendiri kerana melibatkan penggunaan internet dan juga perkakasan ICT
15. Ruang pembelajaran bukan bercetak *Ruang yang menempatkan bahan-bahan
pelajaran yang tidak bercetak seperti bahan seni, ICT dan sebagainya
16. Sudut Multimedia *Kawasan yang membolehkan murid serta guru menggunakan LCD dan alatan multimedia lain untuk sesi p&p
17. Sudut seni *Kawasan guru dan murid untuk berkarya serta menghasilkan hasil seni yang kreatif setiap minggu
18. Tv *Kawasan rehat untuk melihat perkembangan semasa yang berlaku
6.4 Pengurusan Pusat Sumber Yang Berkesan
Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, pengurusan membawa erti satu aktiviti yang terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Pengurusan seringnya merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan, dan teknologi, serta jugasumber alam semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan.
Proses penyusunan melibatkan kerja menstruktur organisasi dan kakitangan orgnisasi. Dalam sesebuah struktur organisasi merupakan perkara penting di mana maklumat tentang pembahagian kerja mengikut aktiviti dan tingkat autoriti ditunjukkan.
Terdapat beberapa kepentingan pengurusan. Contohnya adalah seperti berikut:
Berikut merupakan jadual pengurusan PSS Sekolah Kebangsaan Abang Man yang merangkumi beberapa aspek antaranya organisasi dan pengurusan sumber:
1. mematikan matlamat sesebuah organisasi tercapai
3. Memastikan semua sumber di dalam organisasi dapat
diselaras dan diagihkan dengan baik
dan teratur
2. Memastikan kelancaran perjalanan
keseluruhan sesebuah organisasi
BIL TUGAS PERINCIAN TUGAS
1. Organisasi *Menubuhkan Jawatankuasa induk kerja/NILAM/Pengawas
*Menyediakan carta organisasi
*Mempamerkan carta organisasi
2. Tugas *Menyedia dan menyerahkan dikripsi tugas Jawatankuasa
*Memantau dan membantu pelaksanaan tugas
*Merancang, menyusun, dan menjalankan tugas setiap bulan
*Mempamerkan senarai tugas
*Dokumentasi
3. Mesyuarat
a. Jawatankuasa Induk
b. Jawatankuasa Kerja
c. Jawatankuasa Pengawas PSS
*Menyediakan surat panggilan
*Mesyuarat Jatankuasa induk dan kerja
*Menyediakan minit mesyuarat
*Menyediakan agenda mesyuarat
*Mengurus dan menfail surat-menyurat
4. Fail Kuasa *Pengenalan
*Maklumat PSS
*Jawatankuasa induk dan PSS
*Pengawas PSS
*Peraturan PSS
*Pengurusan dan pentadbiran PSS
*Koleksi bahan PSS
*Kewangan PSS
*Aktiviti PSS
5. Rancangan Pembangunan Jangka Panjang
*Menyediakan matlamat pembangunan PSS
*Menyediakan objektif pembangunan PSS
*Menyediakan kajian kemajuan
6. Perancangan Tahunan *Mengedarkan borang aktiviti kepada ketua panitia
*Memungut borang aktiviti daripada ketua panitia
*Menyemak, memilih dan menyelaras aktiviti yang diperoleh
*Dokumentasi
7. Takwim *Menyelaras aktiviti PSS dengan aktiviti sekolah
*Memasukkan aktiviti PSS ke dalam takwim sekolah
*Menjalankan segala aktiviti PSS mengikut takwim
*Menyediakan pelaporan PSS
8. Pelantikan Pengawas PSS *Menfedarkan borang pencalonan pengawas baru kepada guru kelas
*Menyediakan surat pelantikan
*Menjalankan temuduga
*Pelantikan Pengawas PSS
9. Menyediakan Rekod-Rekod *Menyediakan rekod perolehan
*Menyediakan rekod perolehan
*Menyediakan buku pelawat
*Rekod bertugad pengawas PSS
10. Panduan dan Peraturan *Menyediakan panduan dan peraturan penggunaan bilik di PSS
*Mempamerkan panduan dan peraturan yang disediakan
*Dokumentasi
11. Keahlian *Menyediakan kad keahlian semua warga sekolah
*Menyediakan statistic pinjaman harian, mingguan,
bulanan dan tahunan
*Menganalisis jumlah pinjaman buku
*Memberi pengiktirafan kepada murid yang aktif
12. Jadual Penggunaan *Menyediakan jadual waktu penggunaan PSS murid
*Mempamerkan jadual waktu penggunaan PSS murid
13. Waktu Perkhidmatan *Menyedia, mempamer dan mengedar jadual ke bilik guru dan sebagainya
*Menyediakan waktu perkhidmatan khas di luar kelas
14. Sirkulasi *Menyediakan peraturan pinjaman dan pemulangan bahan buku dan bukan buku
15. Orientasi *Menyediakan brosur maklumat PSS
*Menyediakan jadual orientasi PSS
*Memberikan taklimat kepada murid
*Lawatan ke PSS mengikut kelas dengan kerjasama guru
16. Aktiviti *Menjalankan aktiviti PSS seperti dirancang
*Menyediakan laporan aktiviti
*Mempamerkan gambar aktiviti
*Dokumentasi
17. Sistem Fail *Menyediakan fail-fail
*Labelkan fail
*Mengemaskini isi kandungan fail dari masa ke masa
*Menyimpan di bilik pengurusan/ tempat yang sesuai
18. Daftar Stor Bekalan Pejabat *Menerima bahan/alatan
*Menyemak bahan/alatan
*Merekod bahan masuk
*Merekod bahan keluar
19. Daftar Inventori *Menerima peralatan
*Menyemak peralatan merekod
20. Daftar Pergerakan Harta *Merekod pergerakan harta modal dan peralatan yang dipinjam dari PSS
21. Kecerian, Kebersihan dan Keselamatan
*Mengubahsuai kedudukan rak, perabot dan sebagainya
*Menyusun perabot serta alatan mengikut ruang yang diperlukan
*Sediakan panduan dan label tunjuk arah
*Pamerkan peraturan dan panduan untuk membantu pelajar mencari dan menggunakan maklumat.
6.5 Projek Pusat Sumber Untuk Meningkatkan Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Pusat sumber sekolah yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Abang Man ini sememangnya
merupakan satu kawasan di dalam sekolah ini yang berfungsi sepenuhnya sebagai satu pusat
pembelajaran terhadap para murid dan juga guru. Oleh kerana fungsinya yang sedemikian,
pusat sumber ini memerlukan satu idea atau cetusan minda yang baharu untuk
mengetengahkan beberapa projek mahupuan rancangan yang mampu untuk memberikan
impak yang lebih positif terhadap fungsinya dan juga kesannya terhadap komuniti sekolah
ini.
Terdapat beberapa projek yang dilihat mampu untuk dibangunkan dan memberikan kesan
yang positif terhadap usaha untuk memusatkan PSS sebagai pusat pembelajaran. Antara
projek berkenaan adalah seperti berikut:
1. Mengadakan pelbagai program bersama dengan
pihak PIBG
2. Memperkasakan program LINUS
3. Mempromosikan program NILAM secara besar-besaran
1. Mengadakan Pelbagai Program Bersama Pihak PIBG
Selain daripada pihak sekolah, pihak PIBG juga perlu dilibatkan sama dalam usaha untuk meningkatkan aktiviti p&p. Hal ini kerana, PIBG terdiri daripada golongan ibu-bapa dan juga para guru, apabila ibu bapa para murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang mampu untuk meningkatkan aktiviti p&p, pastinya mereka akan tertarik dan akan mengemukakan beberapa langkah yang bernas untuk membantu anak-anak mereka di sekolah ini. Hal ini seterusnya akan dapat membantu pihak sekolah khususnya pihak PSS untuk merencana aktiviti yang menarik dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak sekolah iaitu PSS dengan pihak PIBG.
2. Memperkasakan Program LINUS
Umum mengetahui, Kementerian Pendidikan telah mengadakan satu program khusus untuk murid-murid yang lemah dalam literasi dan juga numerasi. Namun begitu, pelaksanaannya di sekolah mengalami sedikit masalah kerana ramai para guru yang tidak cakna terhadap perkembangan para muridnya. Oleh yang demikian, bagi mengurangkan kadar peratus murid LINUS di sekolah ini, pihak PSS bercadang untuk memperkasakan program LINUS dengan sepenuhnya. Cadangan ini melibatkan penyusunan jadual yang sistematik iaitu jadual guru bertugas untuk LINUS dan juga kelas yang terlibat. Dengan adanya pengurangan murid-murid yang terlibat program LINUS di sekolah, pastinya aktiviti p&p akan dapat ditingkatkan kerana semua murid dapat memahami apa yang guru sampaikan di dalam sesebuah kelas.
3. Mempromosikan Program NILAM Secara Konsisten
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya. Oleh yang demikian, dengan mempromosikan program NILAM ini secara konsisten terhadap sekolah, pihak PSS akan dapat membantu meningkatkan aktiviti p&p yang dijalankan.
Terdapat beberapa cara atau langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan program ini dilaksanakan secara berterusan. Antaranya dengan memberikan pengiktirafan terhadap murid aktif di dalam program NILAM ini dan juga memberikan insentif yang lumayan terhadap murid berkenaan. Hal ini secara tidak langsung akan memberikan motivasi ekstrinsik terhadap murid-murid yang lain untuk mengikuti jejak langkah murid yang aktif terbabit.
6.6 Usaha Mengembangkan Pusat Sumber
7.0 RASIONAL
Program Pemusatan Pusat Sumber Sekolah sebagai Pusat Pembelajaran ini adalah bertujuan
untuk menjadikan pusat sumber yang berada di sekolah ini sebagai satu pusat pembelajaran
yang sempurna. Sempurna dalam konteks ini adalah meliputi keseluruhan aspek pendidikan
seperti pendidikan secara formal mahupun tidak formal. Selain daripada itu, program ini juga
turut bertujuan untuk membantu merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan yang
inginkan kesemua murid yang berada di negara ini tidak hanya berfokuskan kepada
pendidikan semata-mata bahkan turut mementingkan aspek kemahiran seperti ICT dan
sebagainya dalam mendepani cabaran yang lebih mencabar pada masa yang akan datang.
7.1 Rasional Program
Pelaksanaan Program Pemusatan Pusat Sumber sebagai Pusat Pembelajaran merupakan satu
program yang bermanfaat kepada kesemua komuniti sekolah iaitu para murid,guru dan juga
kakitangan sekolah. Hal ini kerana, melalui program seperti ini, secara tidak langsung
komuniti sekolah akan dapat bekerjasama di dalam satu organisasi yang terancang serta
teratur. Selain daripada itu, hasil daripada dapatan program ini juga akan dapat membuatkan
para murid dan juga warga pendidik sedikit sebanyak menambah ilmu dan juga kemahiran
yang berguna kepada diri mereka
Program yang akan dijalankan ini juga bertujuan untuk memperkenalkan kepada murid dan
juga pihak yang berkenaan mengenai dimensi baharu yang boleh dilakukan terhadap PSS.
Lazimnya apabila berbicara mengenai PSS, akan tergambar di dalam kotak pemikiran kita
himpunan beberapa ratus bahkan ribuan buah buku yang tersusun di atas rak-rak. Namun
demikian, program Pemusatan ini akan memberikan satu gambaran yang lebih baharu kerana
melalui program ini, PSS akan mempunyai pelbagai fungsi dan pastinya akan dapat
memberikan pelbagai ilmu serta kemahiran yang bermanfaat kepada warga sekolah yang
bertuah ini.
7.2 Rasional Pemilihan Tempat
7.2.1 Membangunkan sistem pengurusan yang lebih bersistematik kepada Pusat
Sumber Sekolah
7.2.2 Memperkukuh serta menambahbaik prasarana yang boleh dilakukan
terhadap Pusat Sumber Sekolah
7.2.3 Merupakan sebuah venue untuk menempatkan segala bahan pengajaran dan
pembelajaranyang teratur dan sistematik
7.2.4 Sesuai untuk melaksanakan pelbagai aktiviti menarik selain dapat
memupuk budaya membaca dan cintakan ilmu
7.2.5 Segala perbelanjaan yang diberikan kepada aktiviti luar dapat dikurangkan
dengan adanya Pusat Sumber yang berpotensi untuk dijadikan venue untuk
segala aktiviti
8.0 MATLAMAT
8.1 Memupuk budaya ilmu dan cintakan pengetahuan dalam diri murid dan juga
para pendidik
8.2 Membantu menyelesaikan permasalahan dari aspek pembelajaran kepada
para murid daripada darjah 1 hingga darjah 6
8.3 Merealisasikan misi, visi dan moto sekolah yang berasaskan aspek
kecemerlangan dari pelbagai aspek
8.4 Memberi peluang kepada warga pendidik yang juga komuniti sekolah yang
terlibat untuk melatih diri bekerja dalam satu komuniti yang berkesan.
9.0 OBJEKTIF
9.1 Memperkukuhkan struktur, fungsi dan peranan Pusat Sumber Sekolah dalam
membangunkan modal insane yang berguna
9.2 Mempertingkatkan prasarana teknologi maklumat dan komunikasi dan
memudahkan akses kepada sumber maklumat untuk mengurangkan jurang
digital dan ilmu.
9.3 Mempelbagaikan program serta aktiviti yang menarik dan mampu untuk
meningkatkan kemahiran serta pengetahuan para murid yang berada di
sekolah ini.
9.4 Memaksimumkan pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi
dalam pengurusan dan operasi Pusat Sumber Sekolah
9.5 Menyediakan persekitaran perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah dan
maklumat yang kondusif terhadap murid-murid dan warga pendidik
9.6 Memperhebatkan program budaya membaca dan pembelajaran sepanjang
hayat melalui program nilam dan sebagainya
9.7 Menanam sifat kecintaan kepada ilmu baharu khususnya ilmu berkaitan
teknologi maklumar kepada diri murid dan juga warga pendidik
9.8 Menyediakan bahan-bahan bacaan yang sesuai dan yang berada di dalam
keadaan baik, kemas dan terkini sesuai dengan kehendak dunia pendidikan
pada masa kini
10.0 SENARAI PERALATAN DAN PERBELANJAAN
(LihatLampiran 2)
11.0 TENTATIF PROGRAM
(LihatLampiran 3)
12.0AHLI JAWATANKUASA
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM PUSAT SUMBER SEBAGAI PUSAT PEMBELAJARAN
JAWATANKUASA INDUK
Penaung : Tuan Haji Mohd Fouat Bin Abdul Kamid
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching,
Jalan 1/1 Bandar Rinching, 45300 Semenyih
Selangor
Panitia Mata Pelajaran : Pn. Siti Rohani Binti Yusoof,
Ketua Panitia Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching,
Jalan 1/1 Bandar Rinching, 45300 Semenyih
Selangor
Guru Penasihat: Nurul Syahidah Binti Ali
AHLI JAWATANKUASA PENGGERAK
Pengerusi
Zainal Bin Hazmi
NaibPengerusi
Nur Amalina Binti Salwa
Setiausaha
Nurul Hafidzah Binti Abdul Halim
NaibSetiausaha
Mohd Syahir Bin Zabidin
Bendahari
Rizal Bin Aman
AHLI JAWATANKUASA KECIL
JK Perhubungan
Abdul Zaki Binti Amran
JK Persegaran
Siti Zulaikha Binti Ahmad Ibrahim
JK Peralatan
Wan Adam Bin Wan Majid
JK Aktiviti
Wong Pei Si
Khairul Bariah Binti Suparman
JK KeselamatandanDisiplin
Raja Syakir Bin Raja Manaf
JK Publisiti / Buku Program / Fotografi
Ayisy Haris Bin Abu
13.0 PENUTUP
Diharapkan dengan terlaksananya Program ini, para murid dan guru di sekolah ini
khususnya, akan mendapat pendedahan berkaitan ilmu dan kemahiran yang
berguna kepada diri mereka. Selain itu, perkongsian ilmu dan kemahiran serta
pengalaman yang bermanfaat antara para guru, murid dan panel yang dijemput
diharapkan dapat memberikan faedah dan kesan yang berguna kepada semua
pihak yang terlibat. Secara tidak langsung, program ini juga dapat membantu para
guru di sekolah ini dari pelbagai aspek seperti mental, emosi dan intelek untuk
mempersiapkan diri menjadi seorang guru yang serba boleh serta berkeyakinan
tinggi dalam mendidik anak-anak harapan bangsa, agama dan negara.
Organisasi program ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
pihak yang berkenaan terutamanya pihak Kementerian Kesenian dan Kebudayaan
Negeri Sarawak serta Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak kerana memberi peluang
kepada pihak kami untuk menjalankan Program Pemusatan Pusat Sumber Sekolah
sebagai Pusat Pembelajaran ini dengan jayanya. Sokongan dan kerjasama yang
diberikan serta pengesahan daripada pihak atasan membolehkan kami memperoleh
pelbagai pengalaman, kemahiran dan ilmu baru yang berharga dan akan digunakan
pada masa hadapan sebagai seorang pendidik yang berjaya memimpin putera puteri
negara kita.
DiluluskanOleh :
....................................................(MOHD FOUAT BIN ABDUL KAMID)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching
Jalan 1/1 Bandar Rinching
45300 Semenyih
Selangor
[LAMPIRAN 1]
Disediakan Oleh :
..................................................(NURUL HAFIDZAH ABDUL HALIM) Setiausaha,Program Pemusatan Pusat Sumber Sekolah Sebagai Pusat Pembelajaran
Disahkan Oleh :
....................................................(NURUL SYAHIDAH ALI)Guru Penasihat,Program Pemusatan Pusat Sumber SekolahSebagai Pusat Pembelajaran
DisemakOleh:
........................................(ZAINAL BIN HAZMI)Pengerusi,Program Pemusatan Pusat Sumber Sekolah Sebagai Pusat Pembelajaran
Disokong Oleh :
....................................................(SITI ROHANI BINTI YUSOOF)Panitia Bahasa Melayu, SK Bandar Rinching
SENARAI NAMA PELAJAR MENGIKUTI PROGRAM PEMUSATAN PUSAT
SUMBER SEKOLAH SEBAGAI PUSAT PEMBELAJARAN
BIL PERKARA BILANGAN (ORANG)
1. TAHUN 1 (1 AKTIF, 1 BESTARI, 1 CEKAL) 65
2. TAHUN 2 (2 AKTIF, 2 BESTARI, 2 CEKAL) 70
3. TAHUN 3 ( 3 AKTIF, 3 BESTARI, 3 CEKAL) 85
4. TAHUN 4 (4 AKTIF, 4 BESTARI, 4 CEKAL) 70
5. TAHUN 5 (5 AKTIF, 5 BESTARI, 5 CEKAL) 80
6. TAHUN 6 (6 AKTIF, 6 BESTARI, 6 CEKAL) 80
JUMLAH 450
SENARAI NAMA GURU BERTUGAS UNTUK PROGRAM PUSAT SUMBER
SEKOLAH SEBAGAI PUSAT PEMBELAJARAN
GURU BESAR : HAJI SAHARDI BIN MANIKAM
BIL NAMA NO. K/P NO.TEL.
1. Zainal Bin Hazmi 750416-06-5549 013-9981435
2. Nur Amalina Binti Salwa 840311-10-5128 016-767567
3. Nurul Hafidzah Binti Abdul Halim 840807-11-5178 010-5673652
4. Mohd Syahir Bin Zabidin 650628-05-5682 019-1096917
5. Rizal Bin Aman 770128-03-5386 012-9657183
6. Abdul Zaki Binti Amran740122-11-5178 018-8787675
7. Siti Zulaikha Binti Ahmad Ibrahim830223-13-5504 016-7625647
8. Wan Adam Bin Wan Majid830111-13-5016 013-6120095
9. Wong Pei Si831205-06-5113 017-7171111
10. Khairul Bariah Binti Suparman760105-06-5647 016-9829999
11. Raja Syakir Bin Raja Manaf680824-06-5109 012-8189888
12. Ayisy Haris Bin Abu 771225-06-5821 012-9028856
13. Maxwell A/L Talung 691224-06-5299 013-8880092
14. Jahir Korotok 680824-06-5109 012-9714456
15. Hazizie Bin Rahman760107-06-5368 013-8911111
16. Alex Madais 850114-06-5613 017-2342345
[LAMPIRAN 2]
SENARAI PERALATAN DAN PERBELANJAAN
1. BAHAN &ALATANPERKARA KUANTITI
(UNIT)
HARGA
(RM)
1. Pen marker 2 kotak RM10.00
2. Kertas majong 10 helai RM20.00
3. Pen 3 kotak RM15.00
4. Pensel 4 kotak RM8.00
5. Pemadam 1 kotak RM2.50
6. Kertas lukisan 5 buah RM15.00
7. Warna air 60 buah RM600.00
8. Cat 8 buah RM160.00
9. Berus lukisan 3 kotak RM9.00
10. palet warna 3 kotak RM12.00
11. Dawai 10 gulung RM30.00
12. Tali 4 gulung RM20.00
13. Gam 1 kotak RM5.00
14. Air mineral 12 kotak RM120.00
15. Cenderamata 4 RM50.00
16. Plak Sekolah 4 RM50.00
17. Hamper 4 RM200.00
TOTAL - RM1326.50
2. BAJET PERSEGARAN: (Hasil Daripada Sumbangan Kementerian Kesenian Dan
Kebudayaan Negeri Sarawak) :
Makanan (RM 15 x 160 orang pelajar x 4 orang tetamu x 12 orang guru x 4hari) =
RM 10560.00
Jumlah Keseluruhan RM 11886.50
[LAMPIRAN 3]
TENTATIF
MINGGU TRANSFORMASI PUSAT SUMBER SEKOLAH
MASA
TARIKH
7.30 PAGI 7.45 PAGI 8.45 PAGI 9.15 PAGI 12.15 TENGAHARI
2.15 PETANG4.00 PETANG
HARI 1 : ISNIN
(11.02.2016)
PENDAFTARAN MURID TAHUN
5 DAN 6
PERASMIAN MINGGU TRANSFORMASI PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN
PERASMIAN NAMA BAHARU PSS
REHAT KELAS PENDEDAHAN TERHADAP MICROSOFT
POWERPOINT& AMALI(RujukLampiran 4)
MAKAN TENGAHARI,
SOLAT, REHAT
SESI PEMBENTANGAN HASIL KERJA OLEH PARA MURID DAN
GURU
BERSURAI
MINGGU 2 : SELASA
(12.02.2016)
PENDAFTARAN MURID TAHUN
5 DAN 6
PENERANGAN KELAS SENI CATAN
(RujukLampiran 4)
REHAT AMALI PENGHASILAN CATAN
MENGGUNAKAN PELBAGAI MEDIA
MAKAN TENGAHARI,
SOLAT, REHAT
SESI PEMBENTAGAN HASIL KERJA PARA MURID DAN GURU
BERSURAI
MINGGU 3 : RABU
(13.02.2016)
PENDAFTARAN MURID TAHUN
5 DAN 6
PENERANGAN SENI KRAFTANGAN TRADISIONAL
SARAWAK (RujukLampiran 4)
REHAT AMALI PENGHASILAN KRAFTANGAN TRADISIONAL
SARAWAK
MAKAN TENGAHARI,
SOLAT, REHAT
SESI PEMBENTANGAN HASIL KERJA PARA MURID DAN GURU
BERSURAI
MINGGU 4 : KHAMIS
(14.02.2016)
PENDAFTARAN MURID TAHUN
5 DAN 6
KELAS PENCIPTAAN VIDEO
(RujukLampiran 4)
REHAT PERSEMBAHAN VIDEO PENYAMPAIAN HADIAH &MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM
[LAMPIRAN 4]
SENARAI PIHAK LUAR YANG TERLIBAT
AKTIVITI PIHAK YANG TERLIBAT
1. Kelas Pendedahan Terhadap Microsoft
Powerpoint
GURU CEMERLANG ICT MUKAH
En. Rosman Bin Amin
2. Penerangan Seni Catan JABATAN KESENIAN NEGERI
SARAWAK
Pn. Rosmah Bin Najib
3. Penerangan Seni Kraftangan Tradisional
Sarawak
PENSYARAH JABATAN KESENIAN
UNIMAS
En. Mohd Syahrul Bin Adha
4. Kelas Penciptaan Video WAKIL DARIPADA LES COPAQUE
Mhd Lex Qayyum Bin Hais
SENARAI GURU YANG TERLIBAT
AKTIVITI GURU YANG TERLIBAT
1. Kelas Pendedahan Terhadap Microsoft
Powerpoint
Mohd Hamizan Bin Nasir
Zarita Bt Badarul Hisham
Noor Shamsiah Bt Hussin
2. Penerangan Seni Catan Zalina Binti Yusoff
Mohd Nizam Bin Mat Napi
Wan Rohana Bt Wan Mustafa
3. Penerangan Seni Kraftangan Tradisional
Sarawak
Nurul Huda Bt Alias
Sulaiman Bin Mat Saad
Zatamah Binti Yahya
4. Kelas Penciptaan Video Nazilah Binti Ismail
Kairul Azrin Bin Matsiah
Rohimah Binti Abdul Halib
[LAMPIRAN 5]
AHLI JAWATANKUASA PENGGERAK PROGRAM PEMUSATAN PUSAT
SUMBER SEBAGAI PUSAT PEMBELAJARAN
JAWATAN SKOP TUGAS
1.Bendahari i. Menyimpan kunci kira-kira.
ii.. Memastikan semua perbelanjaan dibuat dengan teratur.
iii. Lain-lain urusan yang bersangkut paut dengan kewangan
2. JK Penyambut tetamu
dan protokal
i. Mempastikan kehadiran dan kedudukan kerusi para jemputan.
ii. Menyambut dan mengiringi tetamu VIP, Para Jemputan dan
hadirin ketempat duduk masing-masing.
iii. Memastikan majlis berjalan dengan sempurna dan teratur.
iv. Lain-lain urusan yang bersangkut paut dengan penyambut tetamu
dan protocol.
3.JK publisiti dan media i. Menyediakan segala keperluan untuk membuat liputan.
ii. Membuat liputan sepanjang majlis.
iii. Menyediakan dan mengawasi peralatan PA system.
iv. Menyediakan dan mengawasi peralatan PA system.
v. Lain-lain urusan yang bersangkut paut dengan publisiti dan
media.
4. JK pendaftar
kedatangan perserta dan
jemputan
i. Menyediakan daftar kedatangan
ii. Menyediakan tempat bagi pendaftaran kedatangan.
iii. Lain-lain urusan yang bersangkut paut dengan pendaftaran.
5. JK Hadiah dan
Cenderamata
i. Menyediakan hadiah dan cenderamata kepada tetamu kehormat,
peserta
ii. ii. Menyediakan dan menguruskan sijil-sijil bagi peserta-peserta
iii. Mempastikan penyampaian hadiah dan cenderamata berjalan
dengan lancar
iv. Lain-lain urusan yang bersangkut paut dengan hadiah dan
cenderamata
6. JK Jemputan i. Menyediakan dan mengedarkan surat jemputan termasuk
memastikan penggunaan terasul yang betul.
ii. Bekerjasama dengan Jawatankuasa Penyambut Tetamu &
Protokol dan Jawatakuasa Program & kad nama.
iii. Lain-lain urusan yang bersangkut paut dengan jemputan.
7. JK Persembahan i. Menyediakan jenis-jenis persembahan.
ii. Memastikan kehadiran peserta-peserta yang akan membuat
persembahan.
iii. Lain-lain urusan yang bersangkut paut dengan persembahan.
8.JK Peserta i. Memastikan kehadiran peserta
ii. Memastikan pemakaian kad nama bagi peserta.
iii. Memberi penerangan yang cukup kepada peserta.
iv. Menguruskan keperluan peserta
v. Lain-lain urusan yang bersangkut paut dengan peserta.
9. JK Program i. Menyediakan buku program pertandingan dan mengedarkannya
kepada para jemputan.
ii. Menyediakan bahan-bahan yang difikirkan perlu.
iii. Lain-lain urusan yang bersangkut paut dengan program dan kad
nama
10. JK Persegaran i. Menyediakan jamuan.
ii. Mengawasi kesempurnaan jamuan.
iii. Menyediakan perkhidmatan jamuan.
iv. Memastikan kelancaran jamuan dari segi kuantiti dan kualiti/
kecukupan hidangan
12. Juru acara i. Menyediakan skrip untuk acara
ii. Lain-lain urusan yang bersangkut paut dengan juru acara
Faridah Doya. (2015). Galeri Hasil Kerja Saya. Diakses pada 26 Oktober 2016, daripada
http://faridahdoya.blogspot.my/p/gambar.html
Ismail Saiman, JoharJonid, MananSarbini, Mohd. Jamel Ismail, Mohd. TasnimAbd. Rahim,
ZahidiKhamis, ZalizaNasir&ZulkifliYaacob. (2014). SenidalamPendidikan.
Kuala Lumpur :Freemind Horizons Sdn. Bhd.
NoresahBaharom. (2010). KamusDewanEdisiKeempat. Kuala Lumpur :DewanBahasa
danPustaka.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying &SharifahFakhriah Syed Ahamd. (2012). Muriddan
AlamBelajar. Selangor : Oxford FajarSdn. Bhd.
Pakk Batu Buruk. (2011). Kraf Kertas - Anyaman Tikar. Diakses pada 23 Oktober 2016,
daripada
http://myblogpakkbatuburuk.blogspot.my/2011/02/kraf-kertas-anyaman-tikar.html
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. (2010). Perasmian Bengkel
Anyaman Mengkuang. Diakses pada 1 November 2016, daripada
http://pkkmkelantan.blogspot.my/2010_04_01_archive.html
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu. (2010). Aktiviti
Mewarna Lukisan Batik 1 Malaysia. Diakses pada 28 Oktober 2016, daripada
http://pkkmterengganu.blogspot.my/2010/06/aktiviti-mewarna-lukisan-batik-1.html
PusatPerkembanganKurikulum. ( 2002 ). SukatanPelajaranPendidikanSeni Visual. Kuala
Lumpur: KementerianPendidikan Malaysia.
REFLEKSI
Setelah ditugaskan untuk membuat kerja kursus ini secara individu , saya telah mendapatkan
maklumat yang secukupnya dari beberapa sumber iaitu sumber buku, internet dan juga
daripada rakan-rakan untuk memulakan tugasan yang diberi. Dengan ini, saya mula
mengumpulkan maklumat dan membentuk sebuah kertas kerja bagi aktiviti yang telah saya
pilih iaitu Program Pemusatan Pusat Sumber Sekolah sebagai Pusat Pembelajaran.
Perkara utama yang saya ingin fokuskan dalam tugasan kerja kursus pendek ini adalah
tentang format penulisan kertas kerja. Saya sudah beberapa kali mempelajari format
penulisan kertas kerja dengan baik sebelum ini. Namun begitu, saya masih kurang mahir
untuk menguasai kemahiran ini. Menerusi tugasan pada kali, saya mendapat banyak peluang
untuk melihat contoh-contoh hasil kertas yang berkaitan atau hampir serupa dengan tajuk
tugasan ini. Hal ini secara tidak langsung telah banyak membantu saya bagi lebih menguasai
kemahiran menulis kertas kerja.
Seterusnya, terdapat beberapa masalah yang telah dialami oleh saya sewaktu melaksanakan
tugasan ini. Salah satu daripadanya adalah menentukan objektif program tersebut dan
membentuk ahli jawatan kuasa serta membincangkan aktiviti-aktiviti bermakna yang akan
dijalankan dalam Program tersebut. Akhirnya, setelah menjalankan beberapa interaksi
bersama dengan rakan-rakan yang lain, saya telah mendapat ilham untuk menentukan objektif
dan menetapkan aktiviti yang boleh dijalankan pada program ini. Contohnya adalah seperti
kelas kraftangan, kelas ICT dan sebagainya. Saya juga telah menetukan jadual ataupun tetatif
program ini hasil daripada perbincangan dengan beberapa orang rakan yang lebih mahir.
Anggaran perbelanjaan juga telahpun saya ambil perhatian dalam kertas kerja ini. Akhirnya,
penulisan penutup yang bersesuaian dengan format dan juga matlamat kertas kerja yang telah
saya hasilkan.
Selepas siapnya kertas kerja ini, saya telah mengambil inisiatif untuk melakukan pemeriksaan
secara menyeluruh bagi mengesan sejauh mana kerasionalan kertas kerja yang telah saya
hasilkan. Hasilnya, saya mendapati bahawa aktiviti-aktiviti dalam program ini amatlah
membosankan dan harus digantikan dengan aktiviti yang menarik lagi memanfaatkan. Saya
juga mendapati bahawa tentatif kertas kerja saya ini tidak begitu teliti dan logik kerana masa
yang ditetapkan adalah amat singkat bagi setiap aktiviti. Oleh itu, saya telah memperbaiki
setiap kesalahan yang terdapat dalam kertas kerja ini bagi membolehkan saya mendapat
markah yang lebih baik.
Melalui tugasan ini juga, saya lebih memahami dan menyedari kepentingan kertas kerja bagi
melancarkan sesuatu aktiviti atau program. Kertas kerja adalah langkah pertama yang paling
penting sebelum mengadakan sebarang aktiviti di mana-mana sahaja, tanpa kertas kerja,
sesebuah aktiviti tidak akan dilaksanakan dengan sempurna.
Mengikut format kertas kerja yang saya gunakan ini, terdapat beberapa perkara yang amat
penting iaitu tentatif, objektif, ahli jawatan kuasa, dan juga masa, tarikh dan tempat
mengadakan program. Saya juga memahami pentingnya maklumat-maklumat daripada semua
sumber, kerana kemungkinan maklumat daripada satu sumber adalah salah. Oleh itu,
mengumpul maklumat sebelum melakukan sesuatu tugasan adalah amat penting sekali.
Saya berasa bersyukur kerana rakan-rakan sentiasa menhulurkan bantuan apabila saya
menghadapi sebarang masalah dalam membentuk kertas kerja ini. Selain itu, saya juga
mendapati bahawa pentingnya sebuah kertas kerja yang sempurna bagi sesebuah aktiviti atau
program kerana tanpa kertas kerja, aktiviti tersebut tidak akan berjalan dengan licin. Justeru,
sebagai individu yang bertanggungjawab menulis kertas kerja haruslah beramanah dalam
setiap langkah untuk menulis sebuah kertas kerja yang sempurna agar peserta-peserta
program atau aktiviti yang ingin diadakan dapat mengikuti setiap aktiviti dengan lancar.
konklusinya, sebagai seorang guru, saya berazam bahawa akan memikul tanggungjawab
saya sebagai seorang guru yang cemerlang walaupun ditugaskan untuk melancarkan sesuatu
aktiviti atau program di sekolah. Saya juga bertekad untuk memastikan bahawa setiap aktiviti
di sekolah akan dijalankan dengan lancar atas kerjasama antara guru-guru di sekolah tanpa
menolak tanggungjawab untuk melancarkan aktiviti sekolah.