kertas kerja peningkatan akademik
DESCRIPTION
for academic sessionTRANSCRIPT
RASIONAL
Program Peningkatan Akademik ini dirancang dengan harapan agar ia dapat membantu mempertingkatkan pengetahuan dan penguasaan murid-murid dalam semua mata pelajaran tidak kira mata pelajaran teras mahu pun elektif. Program peningkatan Akademik ini merangkumi murid dari tahun satu hingga tahun 6.
MATLAMAT
Memupuk budaya membaca dan meningkatkan minat belajar di kalangan murid-murid
Memupuk semangat berdaya saing dan berlumba-lumba untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran
Membantu dan membimbing murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran mengira, membaca dan menulis ke arah 100% celik 3M
Melatih murid-murid agar peka dan prihatin terhadap pengurusan masa dan taat kepada perintah Allah swt
Menolong murid-murid berusaha mencari ilmu di samping menjadikan ilmu itu sebagai panduan hidup
Membantu murid mencapai kecemerlangan dalam semua ujian dan peperiksaan yang dirancang oleh pihak sekolah
OBJEKTIF
Berusaha mencapai tahap kelulusan yang tinggi dan cemerlang dalam semua mata pelajaran semasa ujian-ujian dan peperiksaan penggal yang dijalankan oleh pihak sekolah.
Berusaha supaya tiada murid yang mencapai Gred E dalam mata pelajaran teras dan elektif.
Meningkatkan bilangan murid yang berjaya mengatasi TOV bagi setiap mata pelajaran dalam setiap ujian dan peperiksaan yang diduduki di peringkat sekolah, daerah dan jabatan.
Berusaha meningkatkan peratus keseluruhan sekolah dari 79.6 %(2011) kepada 84.6%(2012) dalam UPSR InsyaAllah
Berusaha melahirkan murid-murid yang memperolehi 5A dalam UPSR tidak kurang daripada 28(18.4%) orang.
Berusaha mengecilkan GPS Sekolah daripada 1.97(2011) kepada 1.82 pada tahun 2012.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41