kertas kerja papan kenyataan

12
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH 31150 IPOH, PERAK ___________________________________________________ ____ KERTAS KERJA MENGHIAS DAN MENGEMASKINI SUDUT PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) SEKOLAH INTERNSHIP SEMESTER 8 ____________________________________ __ TARIKH : 8 JULAI – 6 OGOS 2014 TEMPAT :

Upload: hamizah-jaffar

Post on 27-Dec-2015

198 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Papan Kenyataan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS IPOH

31150 IPOH, PERAK

_______________________________________________________

KERTAS KERJA MENGHIAS DAN MENGEMASKINI SUDUT

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)

SEKOLAH

INTERNSHIP SEMESTER 8

______________________________________

TARIKH :8 JULAI – 6 OGOS 2014

TEMPAT :PAPAN KENYATAAN DI HADAPAN TEMPAT MELETAK

KENDERAAN PENTADBIR SEKOLAH.

Page 2: Kertas Kerja Papan Kenyataan

SK (P) TREACHER METHODISTJALAN LUMBA KUDA,

34000, TAIPING

_______________________________________________________

KERTAS KERJA MENGHIAS DAN MENGEMASKINI SUDUT

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)

SEKOLAH

______________________________________

TARIKH :8 JULAI – 6 OGOS 2014

TEMPAT :PAPAN KENYATAAN DI HADAPAN TEMPAT MELETAK

KENDERAAN PENTADBIR SEKOLAH.

Page 3: Kertas Kerja Papan Kenyataan

MENGHIAS DAN MENGEMASKINI PAPAN KENYATAAN

1.0 PENGENALAN

Internship ialah satu program latihan dalam lapangan yang bertujuan

untuk mengaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan

sebenar tugas guru permulaan. Dalam pada itu, pelajar dikehendaki merancang,

melaksana dan menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan

pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. Lantaran itu, aktiviti mengemaskini

dan menghias papan kenyataan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPP) sekolah ini dirancang bagi memenuhi objektif tersebut.

Di SKPTM, terdapat banyak papan kenyataan yang biasanya dilengkapi

dengan maklumat-maklumat yang terkini dan bermanfaat supaya para pelajar

dan guru-guru dapat membaca maklumat tersebut pada masa lapang. Para

pelajar biasanya akan berbual kosong atau menceritakan hal-hal mereka

seharian apabila mereka lapang. Jika kita amati, perkara ini dianggap

membuang masa dan tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Oleh itu, pihak sekolah haruslah memainkan peranan agar papan

kenyataan yang terdapat di sekitar kawasan sekolah dapat sentiasa dikemaskini

dan dihias dengan cantik dan menarik perhatian sebagai tempat yang boleh

memberikan informasi kepada pelajar. Justeru itu, maklumat-maklumat yang

diperolehi daripada papan kenyataan sedikit sebanyak dapat membantu para

guru dan pelajar untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di

sekolah.

Page 4: Kertas Kerja Papan Kenyataan

2.0 RASIONAL

Papan kenyataan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

yang dirancang ini akan dapat membantu guru-guru khususnya dan para pelajar

amnya agar lebih mengenali konsep PPPM yang telah diperkenalkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2013. Maklumat-maklumat yang

terdapat di papan kenyataan dapat membantu tahap pembacaan dan meluaskan

pengetahuan murid. Dengan membaca maklumat-maklumat yang terdapat pada

papan kenyataan tersebut, para pelajar dapat mengisi masa lapang dengan

berfaedah dan secara tidak langsung dapat melahirkan generasi yang

berpengetahuan tinggi dan peka tentang perkembangan pendidikan semasa.

3.0 TUJUAN

Projek mengemaskini dan menghias papan kenyataan ini bertujuan untuk

membantu para pelajar dan warga SKPTM mendapatkan malkumat terkini dan

ilmu pengetahuan berkaitan PPPM.

4.0 OBJEKTIF

Projek ini dijalankan agar warga Sekolah Kebangsaan (P) Treacher Methodist,

Taiping, Perak dapat:

1. Memanfaatkan sepenuhnya penggunaan papan kenyataan dengan baik.

2. Menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat terkini tentang PPPM.

3. Menunjukkan kepekaan pihak sekolah dalam memberi kesedaran tentang

PPPM agar ianya diketahui, difahami, diamalkan oleh warga sekolah dan

seterusnya sedia berubah. Semua warga sekolah hendaklah sentiasa

berinovasi dalam dunia pendidikan.

Page 5: Kertas Kerja Papan Kenyataan

4. Guru-guru tahu dan mengamalkan 11 anjakan dalam PPPM

5.0 TARIKH

8 Julai – 6 Ogos 2014

6.0 MASA

Sepanjang sesi persekolahan.

7.0 TEMPAT

Papan kenyataan:

1. Berhadapan tempat letak kenderaan pentadbir sekolah.

8.0 SASARAN

Semua pelajar dan warga SKPTM

Page 6: Kertas Kerja Papan Kenyataan

9.0 JAWATANKUASA PROJEK

Penasihat : Pn. Juriah binti Abu Bakar

(Guru Besar SKPTM)

Pengerusi : Pn. Juniadah binti Abdul Rahim

(Guru Penolong Kanan 1)

Mentor : Pn. Juniadah binti Abdul Rahman

Setiausaha

AJK

:

:

Cik Hamizah binti Jaffar

(Guru Pelatih IPG Kampus Ipoh)

Guru-guru sekolah SKPTM

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan

Kertas warna : RM 15

Kertas laminate : (sumber sekolah)

Riben : RM 10

Plastik : RM 15

Lain-lain : RM 10

Jumlah : RM 50

Page 7: Kertas Kerja Papan Kenyataan

11.0 CADANGAN BAHAN :

1. Misi dan Visi PPPM

2. Maklumat berkaitan PPPM yang akan ditukar pada setiap minggu.

3. Rencana tentang PPPM

12.0 TENTATIF:

Aktiviti 1 : Mengemaskini papan kenyataan Pelan Pembangunan

Pendidikan (PPPM).

Tarikh : 8/7 – 8/8 2014

Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi.

Tempat : Papan kenyataan PPPM berhadapan tempat meletak

kenderaan pentadbir sekolah.

Aktiviti 2 : Penyampaian Informasi tentang Pelan Pembangunan

Pendidikan (PPPM).

Tarikh : 14/7 – 18/7 2014

Masa : 7.20 pagi – 7.25 pagi.

Tempat : Dataran Gemilang

Aktiviti 3 : Kuiz PPPM

Tarikh : 22/7 – 24/7 2014

1) 22/7 – Tahun 1 & 2

2) 23/7 – Tahun 3 & 4

3) 24/7 – tahun 5 & 6

Masa : 7.20 pagi – 7.28 pagi.

Tempat : Dataran Gemilang

Aktiviti 4 : Penyampaian Hadiah

Tarikh : 25/7 2014

Masa : 7.20 pagi – 7.28 pagi.

Page 8: Kertas Kerja Papan Kenyataan

Tempat : Dataran Gemilang

13.0 PERUNTUKAN KEWANGAN :

BIL PERKARA PENGIRAAN JUMLAH1. HADIAH

Tahap 1 – 3 orang murid x RM 4

Tahap 2 – 6 orang murid x RM 4

RM 12.00

RM 12.00

JUMLAH RM 24.00

14.0 PENUTUP

Adalah diharapkan projek ini dapat memberikan pendedahan kepada

warga sekolah mengenai kepentingan dan kegunaan papan kenyataan di

sekolah agar ia dapat memanfaatkan masa lapang para pelajar sambil

memberikan maklumat dan pengetahuan yang berfaedah kepada mereka.

Page 9: Kertas Kerja Papan Kenyataan

Disediakan oleh :

…………………………..……

(Hamizah binti Jaffar)

Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Disemak oleh :

………………………………... (Pn. Juniadah binti Abdul Rahim )Guru Penolong Kanan 1,SK (P) Treacher Methodist,34000 Taiping, Perak

Disahkan Oleh :

……………………………………( Pn. Juriah binti Abu Bakar )Guru Besar, SK (P) Treacher Methodist,34000 Taiping, Perak.

.