kertas kerja internship

5
SEKOLAH KEBANGSAAN MERU JALAN TAP KLANG, SELANGOR. KERTAS KERJA PROJEK INOVASI BAHASA MELAYU TINGGAM PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU) PPG BAHASA MELAYU AMBILAN FEB 2012 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA DISEDIAKAN OLEH: HAPIZAH BT HARON

Upload: hapizah-haron

Post on 09-Dec-2015

147 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

internship

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Internship

SEKOLAH KEBANGSAAN MERU JALAN TAP

KLANG, SELANGOR.

KERTAS KERJA PROJEK INOVASI BAHASA MELAYU

TINGGAM

PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU)

PPG BAHASA MELAYU AMBILAN FEB 2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

DISEDIAKAN OLEH:

HAPIZAH BT HARON

750119016978

Page 2: Kertas Kerja Internship

1.0 PENGENALAN

Internship merupakan satu program latihan yang bertujuan untuk mengaitkan

pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru. Dalam

pada itu, pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek/aktiviti yang

berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.

Lantaran itu, satu projek inovasi “Tinggam” telah dirancang bagi sesi pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu.

      Bahan bantu mengajar Tinggam merupakan satu bahan yang dijalankan

dengan membuka tetingkap yang terdapat dalam gambar. Setiap tetingkap

mempunyai soalan asas yang dapat membantu murid membina ayat berpola FN+FK

dengan betul. Cantuman jawapan-jawapn berdasarkan soalan tersebut itu boleh

menghasilkan satu ayat dasar yang lengkap. Aktiviti ini mudah keran murid hanya

perlu membuka tingkat-tingkap yang terdapat pada gambar aktiviti. Di sebalik

tingkap-tingkap tersebut terdapat kata tanya yang perlu dijawab. Sebagai

penambahbaikan, guru boleh menyediakan imej-imej yang berbeza dalam kepingan

‘Tinggam’ bersaiz A3. Soalan yang disertakan disebalik tetingkap tersebut ialah

‘siapa’, ‘buat apa’, ‘apa’ dan ‘di mana’.

Adalah menjadi matlamat dan kehendak Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR) untuk membentuk dan melahirkan murid yang aktif, kreatif, inisiatif, inovatif

dan berilmu pengetahuan. Oleh itu selain penerapan nilai-nilai murni dalam setiap

mata pelajaran, aktiviti-aktiviti yang boleh menambahkan kemahiran pelajar adalah

satu perkara yang tidak boleh dinafikan kepentingannya. Penggunaan bahan bantu

mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran adalah satu alternatif dalam usaha

menjayakan agenda tersebut. Di dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan

tinggam sebagai bahan bantu mengajar untuk mencapai objektif pembelajaran.

Page 3: Kertas Kerja Internship

2.0 OBJEKTIF

Dapat menarik minat pelajar untuk mengulangkaji mata pelajaran.

Dapat memupuk serta meningkat tahap kerjasama diantara pelajar-pelajar.

Dapat menyelesaikan masalah-masalah proses pengajaran dan pembelajaran

yang membosankan.

Dapat merangsang kemahiran berfikir murid secara menghubungkaitkan

bahan pembelajaran.

Menggunakan pengetahuan kefahaman dan kemahiran praktikal yang yang

diperolehi semasa P&P.

Memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui kerja secara berpasukan

dikalangan murid.

Berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat, idea,

masalah, penyelesaian secara jelas dan menyakinkan.

Penyediaan ke arah kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) bagi murid-murid

dan warga sekolah.

Memenuhi objektif Plan Pembangunan Pendidikan ke arah tranfomasi

pendidikan yang dapat memenuhi aspek aspirasi sistem dan murid bagi

membentuk hala tuju yang jelas untuk menghasilkan pendidikan yang

berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah

Pendidikan Khas yang dapat membentuk keseimbangan murid dari aspek

intelek, jasmani ,emosi, rohani dan sosial.

Memberikan ruang dan peluang kepada murid-murid untuk

memperkembangkan bakat, minat dan potensi dalam menghasilkan projek

inovasi dengan mengikut kreativiti murid berdasarkan garis panduan yang

disediakan.

Page 4: Kertas Kerja Internship

3.0 RASIONAL

Rasional projek inovasi ini dijalankan adalah untuk membantu proses pengajaran

di dalam dan di luar kelas. Projek ini adalah satu projek yang dapat menarik minat

pelajar terhadap permainan dan seterusnya memberi pengetahuan tentang sesuatu

subjek. Pelajar-pelajar mendapat ilmu pengetahuan sambil permainan tangram yang

diminati oleh pelajar. Projek ini juga dapat mempelbagaikan teknik pengajaran dan

pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru-guru di dalam kelas.

4.0 TARIKH

28 Ogos 2015

5.0 TEMPAT

Kelas 1 Mutiara

6.0 KUMPULAN SASARAN

Murid- murid kelas 1 Mutiara seramai 36 orang

7.0 ANGGARAN KOS

BARANG HARGA

Mounting Board RM 15.00

Marker pen RM 10.00

Kertas A3 RM 10.00

Gam RM 2.50

Manik RM 2.50

Fotostat Saiz A3 RM 20.00

Jumlah RM 50.00

Page 5: Kertas Kerja Internship

8.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, projek inovasi “ Tinggam ” ini memerlukan

kerjasama berpasukan dalam kalangan pelajar. Pelajar-pelajar dapat

berbincang dan mengemukakan idea-idea yang kreatif untuk menjayakan

projek ini. Perbincangan dengan guru pembimbing memantapkan lagi

pengembangan idea yang kreatif. Bantuan daripada semua pihak akan

menjadikan projek ini dapat mencapai sasarannya. Sesungguhnya, untuk

menterjemahkan sesuatu idea yang kreatif dan inovatif itu memerlukan usaha

yang jitu daripada semua pihak.

Disediakan oleh,

.........................................

( HAPIZAH BT HARON )

Pelaksana Projek Inovasi Internship

PPG BMD Ambilan 2012

Disemak oleh,

..........................................

( MOHD SALMIZAN BIN IBRAHIM )

Mentor Projek Internship,

Guru Bahasa Melayu SK Meru

Disahkan oleh,

..........................................................

( AZIZAH BT MAT)

Guru Besar,

SK Meru .