(kertas kerja ini dibentangkan pada 25hb ogos 2002 … · dirumus mengikut aktiviti-aktiviti...
TRANSCRIPT
Sekuriti-sekuriti Yang diluluskan Syariah
Kriteria dan Pendekatan
Pembentang: SS Dato’Hj Hashim Hj Yahya
(Kertas Kerja ini Dibentangkan Pada 25hb Ogos 2002 sempena Persidangan Tahunan
Pegawai Syariah Kali ke-4 di Hotel Renaissance, Kota Bahru, Kelantan)
1.0 Pendahuluan
Sejak bulan Ogos 1995 Suruhanjaya sekuriti (SC) dengan Kerjasama Kumpulan Penyelidikan
Instruman Islam (KPII) telah berusaha membuat penyelidikan bagi memulakan penganalisaan
terhadap sekuriti-sekuriti yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Hasil
daripada penyelidikan tersebut terbentuklah criteria-kriteria yang dijadikan sebagai panduan asas
untuk menilai sekuriti-sekuriti tersenarai. Sehinggalah kemudiannya KPII dinaik tarafkan kepada
majlis Penasihat Syariah atau MPS, SC dapat mengumumkan senarai sekuriti yang diluluskan
berdasarkan prinsip Syariah pada bulan Jun 1997. pada masa itu jumlah sekuriti terbabit
hanyalah sebanyak 371 buah atau kira-kira 57% sahaja dari jumlah keseluruhan sekuriti
tersenarai. Namun pada kajian terbaru sehingga setakat Mei 1999 sebanyak 541 buah sekuriti atau
mewakili 73% sekuriti di dapati lulus menurut prinsip Syariah.
Pihak KPII dan MPS mengambil masa hampir setahun untuk membentuk criteria yang wajar
mengenai sekuriti yang diluluskan mengikut prinsip Syariah. Kajian dilakukan dari pelbagai
sudut termasuk mempertimbangkan pandangan-pandangan dari dalam dan luar negeri sebelum
senarai awal aekuriti yang diluluskan mengikut prinsip Syariah dapat diumumkan. Walaupun
begitu criteria ini masih terus dikemaskinikan dari semasa ke semasa berdasarkan pengalaman
penyelidikan dan kajian-kajian kes terhadap keseluruh sekuriti yang tersenarai di Bursa Saham
Kuala Lumpur (BSKL) dan Malaysia Exchange of Securities Dealing & Automated Quotation
Bhd (MESDAQ) atau Bursa Dagangan Sekuriti dan Sebut Harga Automasi Bhd. Ini bagi
memastikan sekuriti-sekuriti yang lulus prinsip Syariah telah melalui piawaian yang wajar selaras
dengan keperluan pembangunan dan kemajuan pasaran modal Islam di negara ini.
Kertas ini akan mengemukakan apakah kriteria-kriteria tersebut dan bagaimanakah pendekatan
dilakukan di dalam pembentukan dan penganalisaan sekuriti tersenarai.
1
2.0 Kriteria-kriteria Syariah
Di dalam membentuk criteria tersebut tumpuan diberikan kepada aktiviti-aktiviti utama syarikat
dari sudut barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan. Ini kerana aktiviti utama tersebut
mendatangkan pulangan kepada syarikat dan seterusnya dibahagikan kepada para pemegang
saham dalam bentuk keuntungan dan dividen. Aktiviti-aktiviti tersebut perlu dikenal pasti sama
ada ianya bertentangan dengan kehendak Syarak atau tidak. Sekiranya ianya bertentangan maka
sekuriti syarikat tersebut dianggap terkeluar dari senarai lulus prinsip Syari’ah. Manakala jika
sebaliknya maka ia dianggap sekuriti yang diluluskan mengikut prinsip Syari’ah.
Selain dari itu kajian juga ditumpukan kepada aktiviti sampingan syarikat. Aktiviti-aktiviti ini
bukan merupakan aktiviti utama. Sekiranya aktiviti sampingan ini terdapat percampuran halal dan
haram pihak MPS meletakkan suatu criteria tambahan dan meletakkan suatu tanda aras untuk
menentukan sama ada sekuriti-sekuriti tersebut terkeluar atau dimasukkan di dalam sekuriti yang
diluluskan mengikut prinsip Syariah. Kertas ini akan memberi penjelasan lanjut tentang perkara-
perkara yang digariskan.
3.0 Kriteria aktiviti utama
Setelah penyelidikan sekian lama dan perbincangan dengan berbagai pihak dalam dan luar negeri
MPS mendapati criteria-kriteria berikut dapat digariskan di dalam menilai sesuatu sekuriti itu
sebagai diluluskan mengikut prinsip Syari’ah atau sebaliknya. Dengan menggunakan criteria
tersebut kita dapat mengasingkan sekuriti-sekuriti yang bersih menurut pandangan Syarak
berbanding dari keseluruhan sekuriti yang tersenarai di BSKL.
Pada amnya kriteria-kriteria berkenaan dirangka setelah merujuk kepada al-Quran, al-Hadith
dan sumber-sumber perundangan islam yang lain serta prinsip-prinsip am syarak. Kriteria ini
dirumus mengikut aktiviti-aktiviti syarikat yang bersangkutan di negara ini.
Sesuatu sekuriti syarikat itu boleh terkeluar apabila melibatkan criteria berikut:-
3.1 Kriteria Pertama
2
Aktiviti utama syarikat berteraskan riba (faedah) sebagaimana yang dijalankan oleh institusi
kewangan konvensional termasuk bank perdagangan dan bank saudagar, syarikat kewangan dan
lain-lain;
Asas kepada kriteria ini adalah berdasarkan kepada larangan riba sebagaimana yang dinyatakan di
dalam al-Quran.
3.1.1 Jenis riba
Secara amnya riba dapat dibahagikan kepada dua kumpulan:
i. Riba al-Qurudh ( ربا القرؤض ) – riba yang berlaku melalui hutang/pinjaman
ii Riba al-Buyu’ ( ربا البوع )– riba yang berlaku melalui jual beli.
3.1.2 Fokus perbincangan
Perbincangan akan ditumpukan kepada jenis kumpulan pertama riba al-qurudh kerana ia amat
berkaitan dengan criteria yang akan dibincangkan.
3.1.3. Konsep riba al-qurudh
Menurut al-Jassas15 riba yang menjadi kebiasaan diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah
terdapat beberapa bentuk. Semasa turunnya ayat mengharamkan riba amalan tersebut sedang
berjalan. Ia merupakan Riba al-qurudh kerana melibatkan amalan peminjaman wang dan
mengenakan bunga. Antara bentuk-bentuk riba yang diamalkan semasa jahiliyah adalah seperti
berikut:
i. seorang yang berhutang/meminjam wang sekian dirham dan sekian dinar secara
persetujuan bersama secara bertempoh dengan menentukan jumlah bayaran lebih
yang mesti dibayar ke atas jumlah pokok hutang/pinjaman.
ii. Seorang yang memberi hutang/pinjaman wang kepada seseorang secara bertempoh
dan mengambil bunganya setiap bulan. Hutang/pinjaman pokok kekal sehingga
tempoh tamat. Apabila sampai ke tarikh tamat tempoh, sekiranya pihak yang
berhutang gagal membayar kembali hutang pokok, tempoh membayar pokok akan 15 Al-Jassas, Ahkam al-Quran,J2,h.183-189
3
diperpanjangkan lagi ke suatu masa. Pemberi hutang akan meneruskan pengambilan
bunganya sahaja sehingga sampai tamat ke tempoh baharu tersebut. Dengan kata lain
riba jenis ini lebih menepati maksud sewa matawang. Pemberi wang menyewakan
wang pokoknya untuk mengambil sewa setiap bulan sehingga ke satu tempoh.
3.1.3 Dalil al-Quran yang mengharamkan riba al-Qurudh
Allah SWT mengharamkan riba secara berperingkat, sehinggalah akhirnya mengharamkan secara
putus aktiviti tersebut. Ini dijelaskan di dalam ayat berikut:
يايهاالذين امنؤا اتقؤا اهللا ؤذروا ما بقي من الربا ان آنتم مؤمنين فان لم تفعلوا فادنوا بحرب من اهللا ورسوله وان تبتم فلكم رؤوس
اموالكم ال تظلمون وال تظلمون
Bermaksud: ‘Wahai orang-orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dan
tinggalkanlah saki baki riba (yang belum diambil lagi), sekiranya kamu beriman. Jika kamu tidak
berbuat demikian maka ketahuilah, bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu, dan jika
kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagi kamu modal pokok wang kamu, dan kamu
tidak menganiayainya dan tidak pula dianiayai.” Al-Baqarah ayat 278.
Ayat tersebut dengan jelas melarang aktiviti riba di dalam kegiatan ekonomi. Umat Islam
khususnya mestilah berusaha memperbaiki keadaan supaya kegiatan ekonomi mereka bersih dari
amalan riba. Walaupun Allah mengharamkan riba bukan bermakna kegiatan ekonomi tertutup. Ini
kerana kegiatan ekonomi menjadi nadi di dalam kehidupan manusia. Oleh itu Allah memberikan
alternatif kepada sistem riba iaitu sistem jual beli sebab itu dalam ayat yang lain dinyatakan:
ا لذين ياآل الربا اليقومون اال آما يقوم الذي يتخبطه الشيطان من المس ذلك بانهم قالوا انما البيع مثل الربا
واحل اهللا البيع وحرم الربا
Bermaksud: “Orang-orang yang makan (mengambil riba) tidak dapat berdiri melainkan seperti
berdirinya orang yang kerasukan syaitan, keadaan mereka demikian adalah disebabkan mereka
berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli sama dengan riba, pada hal Allah telah
menghalalkan jual beli dan megharamkan riba…” al-Baqarah ayat 275.
3.1.4 Riba al-qurudh dan institusi semasa
4
Melihat kepada bentuk riba al-qurudh yang berjalan semasa zaman jahiliyah dan dengan bentuk
demikian Allah SWT mengharamkannya, didapati bentuk yang sama dijalankan oleh bank-bank
komersil, bank perdagangan, dan syarikat kewangan konvensional. Ini kerana pihak bank atau
institusi yang berkaitan menjalankan aktiviti memberi hutang/pinjaman wang dan mengambil
bunga/interest daripada hutang/pinjaman wang tersebut. Oleh itu kriteria pertama menggariskan
perkara-perkara yang berkaitan aktiviti riba.
3.2 Kriteria kedua
Sekuriti syarikat yang aktiviti utamanya menjalankan kegiatan judi seperti syarikat yang
menjalankan kasino, sport toto, nombor ekor dan yang seumpamanya.
3.2.1 Maksud judi
Judi atau disebut sebagai al-maysir/al-qimar bermaksud apa jua aktiviti yang melibatkan
pertaruhan, di mana pihak yang akan menang akan mengambil semua pertaruhan dan pihak yang
kalah akan kehilangan pertaruhannya16. Di dalam al-Quran dinyatakan pengharamannya dengan
memerintahkan manusia yang beriman meninggalkan amalan judi. Firman Allah SWT:
اايها الذين امنوا انما الخمر والميسر واالنصاب واالزالم رجس من عمل الشيطان فاجتنبوه لعلكم تفلحوني
Bermaksud: “Wahai orang-orang beriman, sesungguhnya meminum arak (khamar), berjudi,
berkorban untuk berhala, menilik nasib, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan.
Maka jauhilah perbuatan-perbuatan tersebut agar kamu mendapat keberuntungan.”
Al-Maidah: 90
Oleh kerana judi adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT, maka umat Islam dilarang
melibatkan diri dengan memberi sumbangan untuk mengembangkan syarikat yang menjalankan
aktiviti perniagaan berasaskan judi. Dengan sebab itu sekuriti syarikat yang operasinya mengenai
judi terkeluar dari sekuriti yang diluluskan mengikut prinsip Syariah.
3.3 Kriteria ketiga
16 Abu Jaib, al-Qamus al-fighiy, h.309
5
Aktiviti utama syarikat mengeluar dan menjual barangan dan perkhidmatan yang
diharamkan dalam Islam. Syarikat tersebut merangkumi syarikat yang memproses,
mengeluarkan dan memasarkan minuman keras, daging yang tidak halal seperti daging
babi dan sebagainya. Begitu juga syarikat yang memberi perkhidmatan tidak bermoral
seperti pelacuran, pub, disko dan seumpamanya.
Asas kriteria ini ialah:-
3.3.1 Islam menggesa manusia seluruhnya memakan makanan yang halal dan baik.
Gesaan tersebut dapat dilihat berdasarkan firman Allah SWT di dalam ayat:
ياايها الناس آلوا مما فى االرض حالال طيبا وال تتبعوا خطوات الشيطان انه لكم عدو مبين
Bermaksud: “Wahai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik apa yang terdapat di bumi,
dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu
adalah musuh yang nyata bagimu”. Al-Baqarah: 168
Dalam ayat yang lain disebutkan secara terperinci perkara yang diharamkan seperti berikut:
حرمت عليكم الميتة والدم ولحم الخنزير وما اهل لغير اهللا به والمنخنقة والموقوذة والمتردية
….. ح على النصبذآيتم وما ذب ة وما اآل السبع االما والنطيح
Bermaksud: “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, daging haiwan yang
disembelih atas nama selain Allah, yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang mati terjatuh,
yang mati ditanduk, dan yang mati diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu
menyembelihnya (sebelum binatang itu mati) dan diharamkan juga bagimu memakan binatang
yang disembelih untuk berhala…” al-Maidah:3
Dalam satu hadith diriwayatkan:
Bermaksud: “Nabi Muhammad SAW melaknat sepuluh perkara tentang arak; pemerah anggur
untuk dijadikan arak, pembeli air perahan anggur untuk dijadikan arak, peminumnya, pembawa
arak, yang membawa hidangan arak, yang menuangkan arak ke dalam gelas untuk peminum,
6
penjual arak dan yang memakan hasil jualan arak, pembelinya dan orang yang membelikan arak
kepada peminumnya”.Hadis diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan Ibn Majah.
Dalam hal zina Islam melarang umatnya mendekati perbuatan terkutuk itu, sehingga pelakunya
layak menerima hukuman yang amat berat sekiranya sabit kesalahan. Allah berfirman:
وال تقربوا الزنى انه آان فاحشة وساء سبيال
Bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk”. Al-Isra’:32.
Ayat al-Quran dan hadith di atas mengharamkan beberapa perkara seperti daging babi, bangkai,
penyediaan dan meminum arak serta perbuatan zina. Oleh itu sekuriti syarikat yang aktiviti
utamanya terbabit dengan perkara-perkara tersebut adalah terkeluar dari senarai sekuriti yang
diluluskan mengikut prinsip Syariah. Begitu juga syarikat yang menjalankan aktiviti tidak
bermoral menjual minuman keras, pub, disko, pelacuran dan sebagainya kerana aktiviti tersebut
menggalakkan wujudnya maksiat kepada Allah.
3.4 Kriteria Keempat
Aktiviti utama syarikat bersifat gharar, ia merujuk kepada syarikat insuran konvensional.
Asasnya adalah berdasarkan hadith rasulullah SAW:
رواه مسلم-ان النبي عليه الصالة والسالم قد نهى عن بيع الغرر
Bermaksud: Sesungguhnya Nabi SAW menegah jual beli gharar.
Gharar adalah suatu yang tidak jelas dan samar. Maksud fuqaha’ tentang gharar ialah
mengadakan kontrak tentang perkara yang samar dan tidak pasti. Dalam kes insuran pembeli
membeli sesuatu yang tidak pasti kerana hasilnya diperolehi apabila berlaku kemalangan dan
bencana yang menimpa pembeli. Ini suatu yang tidak pasti (gharar) kerana kemalangan dan
7
bencana adalah suatu yang mungkin berlaku atau sebaliknya. Oleh itu perkara yang dibeli oleh
pembeli adalah tidak pasti.17
4.0 Kriteria syarikat bercampur
Syarikat bercampur bermaksud: aktiviti utama syarikat adalah terdiri dari aktiviti yang
dibenarkan syarak, namun terdapat juga aktiviti sampingan haram yang kecil.
Bagi syarikat bercampur, MPS mempertimbangkannya dari beberapa sudut tambahan sebelum
memasukkannya ke dalam sekuriti yang diluluskan mengikut prinsip Syariah iaitu:-
4.1 aktiviti utama syarikat mestilah bukan aktiviti yang bertentangan Syarak sebagaimana yang
telah digariskan oleh empat lriteria di atas, manakala unsur haram adalah amat kecil berbanding
dengan aktiviti utamanya;
4.2 pandangan msyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan mestilah baik; dan
4.3 aktiviti utama syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah (kebaikan secara umum)
kepada umat Islam dan negara manakala unsur haram yang amat kecil melibatkan perkara umum
balwa (kerumitan meluas yang sukar dielakkan), uruf (amalan kebiasaan) dan hak-hak
masyarakat bukan Islam yang diperakui oleh Islam.
Syarikat-syarikat tersenarai dewasa ini cepat berkembang dengan mempelbagaikan aktiviti
pengeluaran dan perkhidmatan. Aktiviti yang mereka jalankan terdapat yang bersifat bercampur
dengan aktiviti yang diharamkan namun jika dibandingkan dengan aktiviti utama yang lain
perkara yang haram adalah kecil. MPS membahaskan panjang lebar samada wajar atau tidak
syarikat sedemikian dimasukkan di dalam senarai lulus prinsip Syariah.
Perbincangan selanjutnya ialah kewajaran syarikat seperti ini dimasukkan dan apakah tanda aras
(benchmark) yang digunakan bagi membuat ukuran bersifat kualitatif dan kuantitatif sebelum
sesuatu syarikat itu dimasukkan di dalam senarai lulus prinsip Syariah.
5.0 Asas-asas penilaian syarikat bercampur 17 Az-Zuhaily, al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh, J4, h. 441-445
8
Sebelum ini sekuriti syarikat yang bercampur terkeluar dari sekuriti yang diluluskan mengikut
prinsip Syariah. Keputusan mengeluarkannya dibuat tanpa mengira sama ada perkara yang haram
itu banyak atau sedikit. Ia juga tidak memberi pertimbangan sama ada aktiviti halal adalah aktiviti
utama syarikat dan aktiviti yang melibatkan perkara haram hanya bilangan yang kecil dan
sampingan sahaja. Keputusan juga tidak melihat dari sudut maslahah penglibatan umat Islam
dalam bidang ekonomi, bagi memperkukuh tahap pencapai ekonomi dan kepakaran mereka.
Kedudukan syarikat yang strategik bagi negara dan ekonomi umat juga tidak dilihat sebagai suatu
yang penting mempengaruhi keputusan penentuan status.
Telah tiba masanya untuk melihat semula fenomena ini supaya satu pertimbangan yang lebih adil
untuk umat Islam dapat diberikan. Ini kerana ‘survival’ umat tidak dapat diketepikan dalam
bidang ekonomi. Keutuhan dan kekuatan ekonomi adalah amat penting. Penguasaan bidang ini
adalah juga merupakan faktor penting kekuatan umat. Kerana ia melibatkan soal hifz al-nafs dan
hifz al-mal 18 yang merupakan dua perkara utama di dalam al-dharuriyat al-khamsah iaitu
keperluan dharuri lima perkara umat yang tidak boleh diabaikan. Perkara ini dijelaskan panjang
lebar oleh Imam Asy Syatibi di dalam kitabnya Muwafaqat. Kertas ini akan mengemukakan
beberapa pertimbangan bagi perkara berkenaan.
Teks 3 6.0 Penglibatan Umat Islam Dalam Pembelian Ekuiti Sistem syarikat yang ada hari ini mengizinkan pemilik saham terbesar syarikat menguasai
syariakta tersebut. Umat Islam yang menguasai syarikat dapat dengan sendirinya mengubah
aktiviti dan dasar syariakat jika mereka mahu. Oleh itu menjadi satu logic dengan pembelian
saham terbanyak bermakna sesuatu syarikat itu dapat dikuasai oleh pemegang saham terbanyak.
Hakikat ini adalah suatu perkara yang strategic dan penting difahami. Namun pada masa yang
sama suatu persoalan yang mungkin timbul, ialah perpindahan penguasaan syarikat ke tangan
umat Islam tidak semestinya dapat menyelesaikan masalah aktiviti syarikat yang haram. Ada
kalanya syarikat bertukar tangan aktiviti haram terus berjalan. Ini bergantung kepada perihatin
mereka tentang perintah agama. Ini berkaitan dengan berkurangnya wara’ dan wujudnya suasana
fasaduz zaman.
18 Al-Syatibi, Al-Muwafaqat, J.2, h. 324-326
9
Dalam pada itu dunia umumnya, tidak terkecualai dunia Islam berada di dalam suatu kerangka
system ekonomi kapitalis. System ini mencengkam perjalanan ekonomi mereka secara
menyeluruh sama ada mahu atau tidak mahu. Ia merupakan system yang menjadi kepercayaan
sebagai yang terbaik dalam meyelesai masalah-masalah ekonomi setakat ini. Keadaan ini suatu
reality yang terpaksa diteriama dalam peringkat membangun system kewangan Islam.
Persoalan aktiviti haram dalam syarikat bukanlah suatu perkara baru. Al-Khayyat ( زيز د الع عب
اط .seorang fuqahak semasa ada menyebut perkara ini tetapi secara sepintas lalu sahaja ,(الخي
Misalnya di dalam masalah riba, beliau menyatakan muamalah riba yang dilakukan oleh
pengurusan syarikat adalah dosa yang ditanggung oleh pihak pengurusan dan ia tidak termasuk
fungsi utama syarikat. Namun suatu yang tidak diragukan lagi haramnya ialah jika aktiviti utama
syarikat itu adalah aktiviti haram seperti aktiviti judi, pembuatan arak dan sebagainya yang telah
dijelaskan dalam criteria sebelum ini.
7.0 Persoalan syarikat Bercampur
perkara yang menjadi persoalan di sini ialah, apabila aktiviti utama sesebuah syarikat itu halal,
terdapat juga di dalamnya aktiviti haram. Sebagai contoh sebuah syarikat besar dengan aktiviti
utamanya dalam bidang pengeluaran barangan industri, tetapi terdapat anak syarikat yang
ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti dalaman dengan memberikan pinjaman secara riba untuk
aktiviti syarikat mereka.
Aktiviti haram yang lain pula ialah seperti sebuah syarikat besar dengan aktiviti utamanya dalam
bidang hartanah tetapi terlibat menjalankan operasi hotelatau resort yang menjual arak.
Bagaimanakah kedudukan syarikat seperti ini? Apakah aktiviti utama yang lebih besar tidak
diambil kira oleh Islam untuk membenarkan umat Islam melabur di dalam syarikat mereka.
Sedangkan aktiviti halal tersebut memberi faedah lebih besar kepada orang ramai berbanding
aktiviti haram dengan yang lebih kecil. Bentuk aktiviti haram dalam kes pertama lebih kepada
untuk membiayai modal syarikat bagi pembelian mesin, peralatan dan sebagainya. Manakala
bentuk perkara haram bagi syarikat kedua lebih kepada memberi kemudahan kepada mereka yang
bukan Islam dan merupakan hak-hak mereka yang diiktiraf oleh Islam. Berasaskan fenomena ini
MPS membuat kajian mendalam bagi menetukan status yang wajar.
8.0 Pandangan Fuqahak Muktabar
10
Terdapat beberapa bukti secara klasik yang hampir, berkaiat rapat dengan persoalan syarikat
bercampur. Fuqkahak muktabar, telah melihat persoalan syarikat bercampur ketika menyentuh
tentang kewujudan syarikat antara Muslim dan Bukan Muslim. Mereka menyentuh bagaimana
tentang jika bukan Muslim menjalankan aktiviti riba dan berniaga minuman keras bagi syarikat
yang dikongsi bersama itu, sedangkan riba dan minuman keras diharamkan terhadap umat Islam ,
namun dalam masa yang sama Islam membenarkannya kepada bukan Muslim. Malahan, Islam
mengiktiraf kedua-dua perkara tersebut sebagai harta (mal) bagi bukan Muslim. Umat Islam tidak
boleh merosakkan atau menceroboh kepunyaan masyarakat bukan Muslim walaupun bagi
Muslim barangan tersebut adalah haram. Oleh kerana adanya keadaan ini terdapat perbezaan
pandangan di kalangan fuqaha’ muktabar tentang keharusan wujud syarikat sedemikian.
Perkara seterusnya yang juga disentuh oleh fuqahak silamialah syarikat yang dikongsi bersama
sesama Muslim, namun terdapat di dalamnya pihak yang melakukan aktiviti haram seperti riba.
Keadaan ini berlaku kerana pihak rakan kongsi yang Muslim itu tidak begitu berakhlak mulia dan
menjaga agamanya. Hal seperti ini juga menjadi perbezaan pandangan fuqahak kerana ia
menyentuh soal dosa seseorang yang tidak akan berpindah kepada seseorang yang lain dan juga
soal urusan muamalah pada prinsip amnya adalah bersifat harus. Maksudnya kita diharuskan
melakukan muamalah samada sesame Muslim yang baik atau yang fajir, atau sesame Muslim
dengan bukan Muslim atau sebaliknya.
8.1 Pandangan Fuqahak Tentang Syarikat Perkongsian Bersama Muslim Dengan Bukan Muslim
Fuqahak muktabar tidak mensyaratkan persamaan dari sudut agama untuk bersyarikat melainkan
mengenai syarikat mufawadhah.
8.2 Golongan Yang Membenarkan Syarikat Perkongsian Muslim Dengan Bukan Muslim
8.2.1 Membolehkan Dengan Menghukum Makruh
Fuqahak yang manghukum makruh syarikat perkongsian Muslim dengan bukan Muslim adalah
Mazhab syafie, sebahagian kalangan Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki dan Hanbali.
11
Di kalangan Mazhab Hanafi misalnya Abu Yusof berpendapat bahawa harus Muslim dan bukan
Muslim berkongsi bersama dalam satu syarikat namun hukumnya makruh. Hujah Abu Yusof
ialah kerana kedua-duanya layak menjadi wakil secara mutlak. Oleh itu mereka boleh
menjalankan syarikat mufawadhah sebagaimana bolehnya syarikat muwafadhah diwujudkan oleh
sesame Muslim dengan Muslim dan sesame bukan Muslim dengan yang bukan Muslim. Hujah
tambahan yang diberikan Abu yusof lagi ialah kedua-dua (Muslim dan Bukan Muslim) layak
untuk melakukan kerja syariakat dengan sendirinya, walaupun mereka berbeza dari segi kerja-
kerja yang dilakukan, di mana Muslim tidak boleh melakukan aktiviti yang haram seperti aktiviti
bersangkutan dengan riba dan berniaga minuman keras, sedangkan bagi yang bukan Muslim tiada
halangan untuk brbuat demikian. Persamaaan aktiviti tidaklah semestinya wujud dalam syarikat
mufawadhah kerana syarikat ini boleh dilakukan antara orang Majusi dan Ahli Kitab sedangkan
aktiviti kedua-dua pihak berbeza. Orang Majusi menyembah api, tempat sembahan mereka di
anggap harta (mal) sedangkan Ali Kitab tidak melakukan sedemikian.
Dalam Mazhab Maliki di kalangan mereka ada yang membolehkan Muslim dan bukan Muslim
bersyarikat tetapi dihukumkan dengan makruh juga. Ini jika syarikat tersebut dikendalikan oleh
bukan Muslim kerana agamanya boleh dipersoalkan. Sebagaimana yang dinaqalkan oleh al-
Hattab daripada Ibn Hajib tidak sepatutnya seorang Muslim yang memelihara agamanya
bersyarikat dengan orang Yahudi dan Nasrani, juga dengan Muslim yang tidak baik akhlaknya
(fajir) melainkan jika si Muslim yang baik itu sendiri yang melakukan kerja-kerja menjual dan
membeli bagi syarikat (pengurusan syarikat di tangan orang Muslim yang baik). Sebaliknya,
sekiranya syarikat tersebut diurus olah seorang Muslim yang baik akhlaknya, hukumnya adalah
harus menurut Mazhab Malik walaupun ia berupa syarikat yang dikongsi bersama Muslim dan
bukan Muslim.
Dalam Mazhab Hanbali juga membenarkan Muslim dan bukan Muslim bersyarikat dengan
hokum makruh. Hujah mereka ialah bukan Muslim tidak dapat dipastikan selamat dari melakukan
aktiviti riba dan menjual minuman keras.
Dalam Mazhab Syafie juga menghukum makruh bersyarikat dengan bukan Muslim atau dengan
orang yang tidak mengelak dari melakukan aktiviti riba dan syubhah.
8.2.2 Golongan Yang Tidak Mengharuskan Bersyarikat Muslim Dengan Bukan Muslim
12
Imam Hanafi dan Muhammad tidak mengharuskan bersyarikat antara Muslim dengan bukan
Muslim secara mufawadhah inikerana aktiviti Muslim dan bukan Muslim tidak sama. Apa yang
boleh bagi bukan Muslim malah dianggap sebagai mal seperti minuman keras dan khinzir adalah
haram bagi Muslim. Olah yang demikian tiada kesamaan antara pihak yang bersyarikat.
Setelah mengetahui pandangan fuqahak muktabar tentang syarikat yang dikongsi bersama
Muslim dengan bukan Muslim, dapat difaham bahawa isu syarikat yang terdapat aktiviti haram
telah dibincangkan oleh para fuqahak muktabar. Ini dapat menolong kita untuk membuat
penilaian terhadap aktiviti syarikat yang ada unsure halal dengan haram di Malaysia.
9.0 Rasional Mengharuskan Kemasukan Syarikat Bercampur Di Dalam Senarai Sekuriti Lulus
Syariah.
9.1 Pendapat ramai fuqahak tentang syarikat bercampur, tiada salah untuk mengharuskan saham
syarikat yang bercampur aktiviti halal dengan haram khasnya jika aktiviti utama syarikat
berkenaan adalah halal dan besar manakala aktiviti haram adalah sampingan dan kecil. Ini kerana
fuqahak muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian semasa menilai status syarikat yang
dikongsi Muslim dan bukan Muslim. Begitu juga bagi syarikat yang dikongsi bersama antara
Muslim yan baik dan fajir, walaupun syarikat itu kelak akan terdapat daripada aktivitinya yang
menjalankan perkara yang haram seperti aktiviti riba dan menjual minuman keras.
9.2 Fiqh Islam menerima hakikat gharar yasir dan ghibn yasir Gharar dan ghibn adalah dua unsur yang diharamkan wujud dalam muamalah. Namun sekiranya
ia berlaku dalam nya yang sedikit, fiqh Islam menganggap ianya suatu yang normal, diterima dan
tidak mengganggu keredhaan aqad. Perkara yang sama bagi aktiviti syarikat halal di mana
terdapat yang sedikit sahaja berlaku aktiviti yang terlarang. Aktiviti yang halal lebih banyak jika
dibandingkan dengan aktiviti haram.
9.3 Soal ‘umum al-balwa’
Dr. Yusuf al- Qardawi seorang ulama’ semasa19 ditanya oleh seorang pekerja muslim di sebuah
bank konvensional yang menjalankan aktiviti riba. Pekerja tersebut musykil mengenai nasibnya
19
13
bekerja dibank tersebut kerana terlibat secara terus dengan pekerjaan yang dilarang iaitu urusan
riba. Soalnya adakah ia patut meninggalkan kerja-kerja berkenaan sedangkan itu merupakan
sumber pendapatannya selaras dengan ilmu dan kepakarannya? Atau dia terus bekerja dengan
ertikata tidak menjadi kesalahan menurut Islam bekerja di bank yang terlibat dengan urusan riba.
Dr. Yusuf menfatwakan supaya ia terus kekal bekerja di bank itu. Walau bagaimanapun suatu
yang tidak dapat ditolak bahawa bekerja untuk aktiviti riba adalah haram. Namun aktiviti riba
sudah mencapai peringkat ‘umum al-balwa’ di mana sistem riba ini telah menyerap di dalam
sistem ekonomi keseluruhannya dan bukan semata-mata tugas di bank sahaja. Sistem riba juga
telah menjadi sistem ekonomi yang dipakai di seluruh dunia. Oleh kerana itu bala yang menimpa
adalah menyeluruh. Sebagaimana digambarkan oleh Rasulullah s.a.w:
لياتين على الناس زمان ال يبقى منهم احد اال اآل الربا فمن لم ياآله اصابه من غباره
Bermaksud: “ Akan tiba suatu masa manusia tidak terselamat dari bencana memakan /
mengambil riba sekiranya ada yang terselamat sekalipun pasti akan terkena debunya”. (Hadis
Riwayat Abu Daud dan Ibn. Majah)
Hadis tersebut membayangkan suasana riba sebagai suatu sistem yang menyeluruh sehingga
sukar umat Islam untuk mengelakkan diri daripadanya. Oleh itu berhenti dari bekerja di bank
sekalipun tidak akan meninggalkan apa-apa kesan. Cuma apa yang boleh mengubah ialah
kesedaran umat secara menyeluruh untuk menukar sistem ekonomi itu sendiri. Jadi persoalannya
ialah persoalan mengubah sistem dan bukan berhenti dari bekerja di bank. Malah lebih buruk lagi
kalau tempat-tempat yang dikosongkan oleh umat Islam dikuasai oleh pihak lain. Apa yang
penting ialah adanya kesedaran untuk mengubah keadaan dan ia boleh dilakukan secara tadriji
sehingga tidak menjejaskan kestabilan ekonomi. Pengharaman riba itu sendiri semasa jahiliyah
dahulu datangnya secara tadriji sebagaimana pengharaman ke atas arak.
Seperkara penting yang ditegaskan oleh Dr. Yusuf Qardawi jelas menampakkan penggunaan
maslahah serta melihat realiti kehidupan dan suasana sistem ekonomi semasa yang melingkungi
kehidupan umat Islam masa kini. Keadaan sistem ekonomi yang mahu tidak mahu terdapat unsur
halal dan haram ini sememangnya tidak diredhai Allah dan jiwa seorang muslim sendiri akan
berada di dalam dilema. Tetapi ini tidak menolak peranan muslim di dalam aktiviti ekonomi
untuk terus melibatkan diri secara aktif dan berusaha membaiki keadaan secara yang lebih
14
berhikmah. Jika muslim meninggalkan medan yang sedia ada, bukan saja pihak lain yang akan
menguasai keadaan, malah perubahan juga tidak dapat dilakukan, kerana keinginan mengubah
keadaan tidak datang dari dalam jiwa yang tidak merasa berkepentingan.
9.4 Dharuriyat al-khamsah
Merujuk kepada masalih al-dharuriah20( مصالح الضروريه ) yang lima telah menyenaraikan hifz al-
mal merupakan salah satu masalih al-dharuriah yang mesti diambil perhatian. Soal keutuhan dan
kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor yang menjadi “survival” umat
Islam. Di samping itu usaha-usaha tahrib mal al-muslimin تهريب مال المسلمين( ) adalah usaha
berterusan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak menyenangi ekonomi umat Islam menjadi
kuat dan kukuh. Perkara ini mesti disedari oleh umat Islam sendiri.
Syarikat-syarikat besar yang aktiviti utamanya halal tidak sepatutnya ditinggalkan oleh umat
Islam semata-mata kerana ada beberapa kegiatan yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak,
sedangkan pihak lain boleh menguasai segala kebaikan dan mendapat manfaat kekayaan dan
penguasaan dengan menyertai syarikat tersebut. Sedangkan jika umat Islam melibatkan diri
mereka dapat menyumbang pada aktiviti halal dimana ianya lebih besar dan utama. Ini dapat
memberi manfaat yang besar kepada penyertaan umat dalam aktiviti ekonomi disamping dapat
memperkukuhkan penglibatan dan ekonomi mereka di dalam syarikat-syarikat penting dan
strategik. Fuqaha muktabar sendiri menerima realiti kewujudan syarikat bercampur sebagaimana
yang telah diterangkan sebelum ini.
9.5 Dosa yang tidak berpindah
Syarikat-syarikat yang berbentuk joint stock company masa kini lebih bersifat syakhsiyah
i’tibariyah (الشخصيه االعتباريه ) di mana kerja-kerja syarikat adalah dilakukan oleh pihak
pengurusan syarikat. Atas sebab itulah Al-Khayyat ( عبد العزيز الخياط ) seorang fuqaha semasa
menyatakan dosa melakukan muamalah riba jika berlaku pada syarikat masa kini adalah
tanggungjawab pihak pengurusan. Ia tidak ada kena mengena dengan fungsi utama aktiviti
syarikat yang halal. Allah s.w.t berfirman:
ؤال تكسب آل نفس االعليها ؤال تزر ؤازرة وزر اخرى 20
15
Bermaksud: “ Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada
dirinya sendiri; dan seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.21
9.6 Perubahan hukum kerana perubahan tabie manusia
Perubahan suasana dan tempat memberi kesan besar kepada perubahan hukum disepanjang masa.
Ini adalah kerana Islam adalah agama yang bersifat sesuai untuk memenuhi keperluan manusia
segenap masa dan tempat. Perubahan hukum ini perlu untuk memenuhi tujuan dan tuntutan
hukum itu disyariatkan. Setiap hukum yang disyariatkan adalah mempunyai tujuannya yang
tersendiri. Hukum adalah untuk mewujudkan keadilan, mendapatkan maslahat dan
menghindarkan kerosakan. Selain masa dan tempat, perubahan hukum juga berkaitan dengan
perubahan akhlak umat. Secara keseluruhan terdapat banyak hukum telah beruabh kerana
berubahnya masa dan suasana. Oleh itu kaedah fiqhiyah22 menyatakan:
الينكر تغير االحكام بتغير االزمان
Bermaksud: “ Tidak salal perubahan hukum disebabkan perubahan masa”.
Namun perubahan itu terhenti setakat hukum ijtihad yang berkaitan dengan kias dan maslahah
sebagaimana yang ditegaskan oleh fuqaha.
Hukum boleh berubah kerana apa yang disebut sebagai kurangnya wara’ dan lemahnya
pematuhan terhadap suruhan agama secara menyeluruh. Ia disebut sebagai fasad al-zaman ( فساد
Hukum juga boleh bertukar dengan berlakunya perubahan sistem ekonomi (asalib . ( الزمان
iqtisadiyah) ( اسالبب االقتصاديه ) kerana jika hukum tidak berubah ia tidak dapat berjalan selaras
dengan apa yang berjalan secara praktikalnya. Implikasi ini nanti menjadikan Syariah itu seolah-
olah tiada makna dan sia-sia sedangkan menurut al-Syatibi tiada yang sia-sia di dalam Syariah (la
‘abath fi al-Syariah) ( العبث في الشريعة ).
21 Surah al-An’am, ayat 164 22
16
Contoh popular yang sering disebut ialah seperti tugas mengajar agama, mengajar al-Quran dan
seumpamanya adalah merupakan suatu kewajipan agama yang tidak perlu kepada pemberian
upah. Oleh kerana itu ulama silam menghukum haram mengambil upah untuk tujuan mengajar al-
Quran dan agama. Namun apabila zaman telah berubah kerja-kerja sedemikian, jika tiada diberi
upah setimpal maka tiada siapa yang akan bertanggungjawab khusus menjalankan kerja-kerja
mulia tiada siapa berminat untuk mendalami ilmu al-Quran dan agama. Maka ulama menghukum
sesuai dengan perubahan masa dan suasana tentang perlunya ganjaran setimpal diberi bagi kerja-
kerja mengajar agama dan al-Quran, upah boleh diambil dari kerja-kerja ini walaupun pada
asalnya haram.23
Tujuan ketetapan hukum yang berlainan sama sekali dari yang awal adalah supaya maslahah
agama akan terus kekal terpelihara. Sekiranya hukum tidak diselaraskan dengan perubahan masa
dan suasana sudah pasti urusan pengajaran agama dan penyebarannya akan terabai sama sekali.
Ini sudah pasti bertentangan dengan kehendak syarak sendiri yang mahukan usaha-usaha murni
ini berterusan. Oleh itu mengekalkan hukum lama yang tiada maslahah padanya bertentangan
pula dengan syariat pada masa ini.
Dalam kes yang bersangkutan dengan syarikat bercampur dan pasaran saham umat Islam akan
terus ketinggalan sekiranya mereka tidak menyertai sesuatu syarikat atas alasan syarikat
berkenaan terdapat menjalankan sedikit aktiviti haram sedangkan ia bukan dengan kehendak dan
keredhaannya. Sedangkan terdapat syarikat sedemikian yang bersifat strategik bagi kepentingan
ekonomi umat dan negara.
Muka surat 5
Sistem ekonomi akan berjalan terus sedemikian sama ada mereka mahu atau tidak mahu.
Persoalannya adakah selama-lamanya umat Islam akan menjadi pemerhati, sedangkan di
sekeliling mereka masyarakat berlumba-lumba bersaing dalam segenap segi dan semakin kukuh.
Ini menunjukkan amat tepat sekali jika perubahan sistem ekonomi dan suasana ekonomi masa
kini memerlukan kepada pendekatan hukum yang berbeza. Ini kerana jika umat Islam terus
terhalang dari menceburkan diri dalam syarikat sedemikian adalah sukar bagi umat Islam untuk
bersaing.
23
17
Oleh yang demikian kaedah fiqh sebagaimana yang dikemukakan oleh Izzuddin Abd al-Salam
dalam perkara yang bercampur kebaikan dari keburukan ialah:
.....اذا جتمعت مصالح ومفاسد فانظر
Bermaksud: “Apabila terdapat perkara kebaikan dan keburukan bercampur, maka perlu
dilihat….
Jika sekiranya perkara tersebut dilaksanakan harapan untuk memperolehi kebaikan lebih cerah
dan keburukan dapat diatasi dan dihindari maka hendaklah diteruskan perkara itu. Ini mengambil
kira perintah Allah:
فاتقوا اهللا ما استطعتم
Bermaksud: “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu”.
-al-Taghabun:16
Sebaliknya, sekiranya keburukan tidak dapat diatasi dan kebaikan tidak dapat diperolehi
disebabkan keburukan lebih besar berbanding kebaikan maka tidak meneruskan perlaksanaan
perkara berkenaan adalah lebih baik kerana dengan itu keburukan dapat dihindari. Dalam konteks
ini nyata sekali kebaikan adalah lebih besar.
10.0 Kadar peratus haram yang diterima
Untuk menerima syarikat yang bercampur, perlu digariskan kriteria tertentu dengan memastikan
elemen haram sangat kecil dan berkaitan dengan perkara yang dimaafkan. Dengan erti kata
kewujudan perkara haram yang kecil tidak menjejaskan perkara halal yang lebih utama dan besar.
Fuqaha silam yang muktabar tidak menggariskan berapakah kadar peratus aktiviti haram yang
boleh diterima dan setakat mana hadnya dalam sesebuah syarikat bercampur. Ini merupakan
ruang untuk fuqaha masa kini memikirkan tentang penentuan berapa peratuskah aktiviti haram
dalam syarikat bercampur yang dimaafkan, lalu ia boleh dimasukkan ke dalam senarai sekuriti
yang diluluskan mengikut Syariah.
18
MPS mempertimbangkan beberapa tanda aras sebagai kadar yang boleh dianggap sebagai ihtiyat
yakni berhati-hati sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Subki di dalam al-Aِsybah wa ( احتياط )
an-Nazo’ir “menghukum haram perkara bercampur halal dan haram sebagai haram adalah satu
ihtiyat bukan semestinya perkara tersebut haram adalah satu ihtiyat bukan semestinya perkara
tersebut haram”. Ini mengambil kira unsur maslahah bagi umat Islam bagi pengeluaran utama
syarikat, ‘umumul balwa ( عموم البلوى), uruf khas asalib iqtisodiyah ( عرف الخاص من االقتصادية
ان ) fasaduz zaman ,( االسليب اد الزم حقوق غير المسلمين المعترف عند ) dan huquq ghair muslimin ( فس
yang diiktiraf Islam sebagai mal mereka. Beberapa fatwa yang menjadi pengecualian ( الشريعة
kepada kaedah اذا اجتمع حالل وحرام غلب الحرام juga perlu diperhatikan.
Sebagai contoh fatwa tentang bercampur sembelihan Muslim dan Majusi maka campuran tersebut
dihukum haram keseluruhannya fatwa ini ma’qul ( معقول ) kerana zat benda yang
bercampur itu haram. Manakala jika zat benda itu suatu yang tidak haram, tetapi haram dengan
sebab lain, ia perlu ditangani secara berbeza. Sebagaimana pembahagian harta bercampur yang
dinyatakan oleh Ibn Qayyim di dalam Bada’ie al-fawaid ( بداءع الفواءد ) membahagikan harta
haram kepada dua bahagian:
i. haram dari segi zatnya seperti arak, khinzir dan sebagainya. Ini boleh disamakan
dengan sembelihan tadi.
ii. Haram disebabkan suatu perkara lain, seperti haram kerana hasil kerja bagi wang.
Wang pada zatnya tidak haram, tetapi menjadi haram kerana perbuatan yang
berkaitan dengannya seperti wang hasil curi, rompak, menipu dan sebagainya. Ini
boleh disamakan dengan sekuriti syarikat bercampur, kerana sekuriti pada zatnya
tidak haram. Ia haram kerana aktiviti syarikat yang menjadi hasil kepada sekuriti itu
dalam bentuk dividend an sebagainya.
Pengecualian kepada kaaedah اذااجتمع حالل وحرام غلب الحرام misalnya fatwa mengenai kain sutera
bercampur benang biasa. Kain sutera haram dipakai oleh lelaki sebagaimana hadith Rasulullah
s.a.w:
Bermaksud: “Rasulullah s.a.w mengambil sutera, ia meletakkan di sebelah kanannya, dan ia
mengambil emas kemudian kemudian diletakkan disebelah kirinya, lantas Baginda bersabda:
19
Kedua-dua barang ini haram bagi orang lelaki di kalangan umatku dan halal bagi
perempuannya.”
-Hadis diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Nasaie dan Ibn Majah.
Namun ia boleh dipakai (halal) oleh lelaki jika kain sutera bercampur dengan benang biasa dan
kadar benang sutera lebih kurang berbanding kadar benang biasa, begitu juga jika sama banyak
kadarnya atau 50%. Jika kadar sutera melebihi kadar benang biasa ia adalah haram bagi lelaki
memakainya.
Tanda aras mengenai percampuran perkara halal dan haram untuk lelaki disini adalah 50%.
Dengan kata lain jika percampuran itu tidak melebihi 50% kain tersebut masih diharuskan untuk
kaum lelaki memakainya. Persoalannyan sama ada tanda aras ini sesuai untuk diaplikasikan
mengenai sekuriti yang bercampur. Dari sudut sifat harta, ia adalah selaras, kerana kedua-duanya
merupakan harta yang tidak haram pada zatnya. Tidak hairanlah terdapat dikalangan pengurus
dana Timur Tengah menggunakan tanda arasa ini secara meluas. Namun MPS berpendapat kadar
peratus tersebut terlalu besar.
11.0 Isyarat Rasulullah tentang kadar 1/3 atau 33.33% kuantiti yang cukup besar
Isyarat Rasulullah SAW yang menyatakan 1/3 adalah had yang sudah cukup banyak juga boleh
dipertimbangkan sebagai tanda aras. Kenyataan tersebut dapat dilihat dalam perkara wasiat Sa’ad
Ibn Abi Waqas untuk mensedekahkan hartanya seperti dalam hadith berikut:
Bermaksud: “ Suatu hari Rasulullah SAW menziarahi Sa’ad Bin Abi Waqas yang sedang
sakit, Sa’ad menyatakan kepada Rasulullah SAW bahawa dia merasakan sakitnya telah
sampai ke penghujungnya dan saat kematian telah hampir, dia meminta pendapat dari
Rasulullah SAW untuk mensedekahkan hartanya kerana pewaris hartanya hanya seorang
anak perempuan, jadi diam mahu mensedekahkan 2/3 daripada hartanya. Namun Rasulullah
SAW menegahnya. Kemudian Sa’ad mahu mensedekahkan ½ hartanya. Namun Rasulullah
SAW masih menegahnya. Kemudian Rasulullah bersabda: 1/3 sudah memadai itu pun
terlalu banyak, sesungguhnya engkau meninggalkan warismu dalam kedaan kaya (berharta)
20
lebih baik dari meninggalknnya dalam keadaan hina dan meminta-minta belas kasihan orang
ramai.”
-Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim
Berdasarkan kepada kenyataan Rasulullah SAW tentang kadar 1/3 atau 33.33% sudah cukup
banyak ia boleh dijadikan panduan sebagai tanda aras. Persoalannya apakah tanda aras ini sesuai
untuk dijadikan tanda aras perkara haram bagi syarikat bercampur, kerana ia berkaitan dengan
soal wasiat harta dan sedekah harta. Namun tidak dapat disangkal ia boleh dijadikan satu
tanda aras bagi jumlah yang tidak keterlaluan.
Ini bermakna tanda aras ini dapat digunakan jika digabungkan dengan prinsip ihtiyat ( اط احتي
) mengambil kira factor-faktor maslahah umat Islam, umum balwa, hak-hak orang Islam yang
diiktiraf, fasaduzzaman, uruf dan asalib iqtisadiah.
12.0 Tanda aras lain yang menunjukkan unsur haram minima dimaafkan ialah seperti
kadar tanda aras ghibnul fahisy ( غبن الفاحش )
12.1 Tanda aras berasaskan teori ghibnul fahisy
Perbuatan tanajusy (التناجش ) atau manipulasi jika disertai unsur ghibnul fahisy boleh memberi hak
kepada pembeli membatalkan kontrak menurut jumhur fukaha’ Maliki, Syafie dan Hambali. Ini
menunjukkan ghibnul fahisy dengan wujudnya unsur tanajusy adalah haram. Namun jika
dibawah tanda aras ia adalah dimaafkan.
Tanda aras yang digariskan oleh fuqaha’ Hanafi tentang had tertinggi ghibn fahisy ialah seperti
berikut:-
a. 5% bagi barangan biasa
b. 10% bagi binatang termasuk tunggangan /kenderaan
c. 20% bagi aset tetap
Mungkin tanda aras ini boleh dijadikan pertimbangan utuk had tertinggi perkara haram
bercampur yang boleh dimaafkan.
12.0 Penetapan tanda aras:
Setelah membuat penelitian sekian lama dan perbincangan yang panjang MPS membuat
ketetapan tanda aras seperti berikut:
21
i. Bagi percampuran atas faktor ‘umum balwa’, hak-hak orang bukan Islam yang diiktiraf,
fasaduzzaman, uruf dan asalib iqtisodiah tanda aras yang ditetapkan adalah 5%. Ini
bermakna jika terdapat unsur-unsur percampuran didalam aktiviti syarikat mengenai perkara
tersebut jumlah unsur haram yang dibenarkan adalah setakat 5% sahaja. Jumlah ini dianggap
terlalu kecil jika dibandingkan dengan aktiviti utama syarikat yang halal. Ini adalah munasabah
bagi suatu aktiviti yang bukan utama. Sebagai langkah ihtiyat MPS akan melihat ini secara
berbanding dengan pendapatan perolehan atau keuntungan sebelum cukai yang mana lebih tinggi.
Dalam mesyuarat menganalisa sesuatu syarikat, MPS akan melihat hasil analisa Unit Pasaran
Modal Islam terhadap peratus sumbangan elemen haram kepada syarikat dengan merujuk kepada
dua keputusan analisa. Pertama dengan membandingkan perolehan aktiviti haram dengan
perolehan kumpulan. Kedua dengan membandingka keuntungan aktiviti haram dengan
keuntungan sebelum cukai kumpulan. Jika sesebuah syarikat selepas dianalisa peratus haramnya
melebihi tanda aras bagi mana-mana antara dua pendekatan tersebut ia akan dikeluarkan dari
senarai.
-Sebab kadar tanda aras 5% digunapakai
Tanda aras 5% diambil dalam kes ini, kerana ia dianggap tanda aras terkecil dari beberapa tanda
aras yang telah dibincangkan sebelum ini. Ia adalah tanda aras jumlah ghibn fahisy yang
dimaafkan bagi kes barangan biasa. Oleh kerana factor ‘umum balwa’, hak-hak orang bukan
Islam yang diiktiraf, fasaduzzaman, uruf dan asalib iqtisodiah adalah factor-faktor yang
diharuskan wujud, ia hendaklah diharuskan dengan jumlah yang terkecil.
ii. Kadar tanda aras 25% bagi faktor imej
Oleh kerana imej adalah factor yang bukan kuantitif, MPS memutuskan meletakkan satu tanda
aras yang wajar bagi memudahkan analisa terhadap aktiviti syarikat. Imej biasanya merujuk
kepada aktiviti seperti hotel dan resort, pub dan sebagainya. Aktiviti hotel dan resort pada amnya
pada amnya tidak bersalahan dengan Syariah kerana ia menyediakan penginapan, kemudaha
persidangan, aktiviti pelancongan dan sebagainya. Namun hotel dan resort berkait rapat aktiviti
disko, minuman keras, judi, perkhidmatan urut yang dijalankan oleh peremouan bagi pengunjung
lelaki dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti tersebut bertentangan dengan Syariah. Oleh sebab itu
MPS memutuskan mengenakan tanda aras 25% bagi aktiviti seperti hotel dan resort dan tanda
aras 5% bagi elemen haram seperti minuman keras dan sebagainya yang terdapat didalam
syarikat berkenaan, mengikut mana yang lebih tinggi. Jika aktiviti sampingan sebuah syarikat
adalah hotel, analisa akan dibuat berapakah sumbangan hotel terhadap perolehan dan pendapatan
22
sebelum cukai, jika sumbangannya kurang daripada 25% akan dilihat puka sumbangan jualan
arak dalam aktiviti hotel. Sekiranya jualan arak melebihi 5% syarikat itu akan dikeluarkan.
Begitu uga sebaliknya jika sumbangan arak kurang dari 5% tetapi sumbangan hotel melebihi 25%
syarikat itu akan dikeluarkan dari senarai.
-Sebab kadar tanda aras 25% digunapakai
Kadar 25% digunapakai kerana ia adalah merupakan separuh daripada pengecualian kaedah إدا
dalam kes fatwa bercampur benang sutera dan benang biasa yang اجتمع الحالل والحرام غلب الحرام
dibenarkan tidak melebihi 50%. Disamping itu kadar 25% tidak melebihi isyarat Rasulullah
SAW tentang perkara yang sudah cukup banyak iaitu kadar 1/3 atau 33.33%. Ini adalah
pendekatan ihtiyat yang diambil oleh MPS dalam keputusan-keputusannya.
14.0 Isu-isu syarikat bercampur:
Terdapat pihak yang mempertikaikan kenapa syarikat bercampur dimasukkan di dalam senarai
sekuriti yang diluluskan mengikut prinsip Syariah sedangkan ia bertentangan dengan kaedah: إدا
.di mana syarikat ini sepatutnya tidak tidak dimasukkan sama sekali اجتمع الحالل والحرام غلب الحرام
Namun perlu difahami bahawa disamping kuatnya hujah maslahah umat Islam, ‘umum balwa’,
hak-hak orang bukan Islam yang diiktiraf, fasaduzzaman, uruf dan asalib iqtisodiah yang
membolehkan syarikat ini dimasukkan, kaedah ini sendiri terbentuk dari hadirh yang tiada
diketahui asalnya ( ). Walaupun kita tidak menafikan terdapat kebenran kaedah
ini dalam kes-kes tertentu seperti fatwa percampuran sembelihan Muslim dan Majusi tentang
haramnya kesemua sembelihan itu. Ini selaras sebagimana yang ditegaskan oleh as-suyuti kaedah
ini betul menurut prinsip am syarak. Oleh kerana itu pengecualian kepada kaedah tersebut perlu
diambil kira dan diberi perhatian supaya tidak menyempitkan umat Islam di dalam aktiviti
ekonomi mereka.
Tentang sumber kaedah ini yang tiada diketahui asalnya, as-suyuti telah menyatakan didalam
Asybah. Beliau telah menukilkan perbahasan ulamak tentang status hadis yang menjadi sumber
kepada kaedah ini sebgai berikut:
Kaedah ini digariskan berdasarkan hadith Nabi SAW:
مااجتمع الحالل والحرام إالغلب الحرام الحالل
Namun terdapat perbahasan ulamak mengenai status hadis ini. Menurut al-Hafiz Abu al-Fadl al-
‘Iraqi ( ) hadis ini tidak dikethui asalnya. Menurut al-Subki di dalam
al-Asybah wa al-Nazo’ir di naqal dari al-Baihaqi: Hadith tersebut diriwayatkan oleh Jabir al-
23
Ja’fariy ( ) seorang yang bertaraf lemah meriwayat daripad al-Sya’biy (
) daripad Ibn Mas’ud dalam bentuk munqati’.
15.0 Kaedah berlawan dengan kaedah: اذا اجتمع الحالل والحرام غلب الحرام Terdapat kaedah berlawanan bagi kaedah tersebut yang disebutkan di dalam Asybah diakhir
perbincangan kaedah اذا اجتمع الحالل والحرام غلب الحرام kaedah tersebut adalah:
الحرام ال يحرم الحالل
Kaedah ini terbentuk berdasarkan hadis yang warid yang terdapat di dalam Sunan Ibn Majah dan
al-Dar Qutniy yang diriwayatkan dari Ibn Omar. Jika kaedah ini diaplikasikan mengenai syarikat
bercampur, sebenarnya ia tidak akan menimbulkan polimik lagi kerana tidak perlu melihat
kepada faktor-faktor maslahah umat Islam, umum balwa, hak-hak orang bukan Islam yang
diiktiraf, fasaduz zaman, uruf dan asalib iqtisodiah sekuriti syarikat berkenaan harus dibeli oleh
umat Islam kerana ia selaras dengan kaedah ini.
iii. Penutup
Kajian mendalam telah dibuat sebelum criteria terbentuk bagi digunakan untuk menganalisa
sekuriti-sekuriti tersenarai di BSKL. Diharap dengan pendedahan ini tidak timbul kekhuatiran
untuk menerima senarai sekuriti yang diluluskan mengikut prinsip Syariah yang dikeluarkan oleh
SC. Semua pihak perlu sedar pembangunan dan perkembangan pasaran modal Islam adalah
berdasarkan pendekatan sederhana serta suatu yang difikirkan boleh untuk dilaksanakan di dalam
perlaksanaan dwi sistem kewangan iaitu Islam dan konvensional di negara ini.
Wallahu ‘alam.
24