kertas kerja cadangan program bulan bahasa 2007

11
KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM BULAN BAHASA S.M.K GADONG 2007 Pendahuluan Bidang Bahasa S.M.K Gadong akan mengadakan aktiviti bulan bahasa bagi mengisi takwim bidang bahasa bagi tahun 2007. Aktiviti Bulan Bahasa ini adalah kesinambungan dari aktiviti Bulan Bahasa pada tahun-tahun yang lepas. Bulan Bahasa ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua tingkatan iaitu dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam dengan membawa motto ‘Bahasa Mencerminkan Kualiti Keperibadian’. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada pelajar selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan tenaga pengajar S.M.K Gadong. Matlamat

Upload: ayet-zul

Post on 26-Sep-2015

100 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM BULAN BAHASA

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM BULAN BAHASA

S.M.K GADONG 2007Pendahuluan

Bidang Bahasa S.M.K Gadong akan mengadakan aktiviti bulan bahasa bagi mengisi takwim bidang bahasa bagi tahun 2007. Aktiviti Bulan Bahasa ini adalah kesinambungan dari aktiviti Bulan Bahasa pada tahun-tahun yang lepas. Bulan Bahasa ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua tingkatan iaitu dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam dengan membawa motto Bahasa Mencerminkan Kualiti Keperibadian. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada pelajar selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan tenaga pengajar S.M.K Gadong.

Matlamat

Matlamat utama penganjuran Bulan Bahasa adalah bagi mencungkil bakat terpendam pelajar-pelajar S.M.K Gadong secara menyeluruh. Di samping itu para guru dapat mengenal pasti potensi pelajar yang mampu mengharumkan nama baik S.M.K Gadong di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingn yang dianjurkan antara sekolah atau sebagainya.

Objektif

1. Mencungkil bakat pelajar.

2. Menguji pengetahuan am para pelajar

3. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.

4. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu semasa.

5. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan audien.

6. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat tradisional daripada luput ditelan zaman.

7. Menguji, melatih, dan membantu meningkatkan pengetahuan bahasa, sastera dan penggunaan bahasa yang gramatis dan tepat dalam memberi hujah dan dalam aspek penulisan.

Rasional

Penganjuran Bulan Bahasa oleh Bidang Bahasa adalah sesuai dan menepati saranan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya bakat pelajar dan potensi pelajar dapat dicungkil dari sekolah lagi. Di samping itu memenuhi program yang telah dirancang di dalam takwim Bidang Bahasa S,M,K Gadong.

Jawatankuasa

Penaung: En. Umar Bin Muamat (Pengetua S.M.K Gadong)

Penasihat: En. Lil Kiplee Bin Hj. Kadir (Ketua Bidang Bahasa)

Pengerusi Bersama: En. Muhamad Fared Bin Zulkafli

Ustaz Ruslimi Bin Zakaria

Setiausaha: Pn. Normadiah Binti Liasmat

Bendahari: Cik Fadzilah Binti Samsudin

Ajk Program: Semua Guru Yang Terlibat Di Bawah:

a. Panitia Bahasa Melayu

b. Panitia Bahasa Inggeris

c. Panitia Bahasa Arab

d. Panitia Pengajian Am

e. Panitia Kesusasteraan Melayu

* Semua Pelajar Tingkatan Enam Atas 2007

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran bagi penganjuran Bulan Bahasa S.M.K Gadong ini adalah semua pelajar dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam. Manakala pelajar yang menyertai pula akan dikategorikan mengikut kategori menengah rendah, menengah atas dan Pra Universiti bagi tingkatan enam atas.

Strategi

Program Bulan Bahasa ini akan melibatkan penyertaan pelajar secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan semua panitia di bawah Bidang Bahasa bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses pengajaran dan pemelajaran. Namun bagi memastikan penyertaan pelajar menggalakan, pada tahun 2007 penganjuran Bulan Bahasa akan dilaksanakan secara lebih bersistematik dan meriah. Program Bulan Bahasa ini juga akan dilaksanakan pada semester pertama kerana pada semester kedua situasi pemelajaran di sekolah akan lebih tertumpu kepada peperiksaan.

Keterangan Program

Program ini melibatkan pelajar S.M.K Gadong dari tingkatan satu hingga tingkatan enam. Pelajar juga akan dikategorikan kepada dua kategori iaitu menengah rendah dan menengah atas. Manakala Program ini akan dilaksanakan selama satu bulan (4 minggu) yakni setiap panitia akan melaksanakan aktiviti bulan bahasa sepanjang kempen bulan bahasa masih terlaksana. Cadangan tarikh pelaksanaan aktiviti Bulan Bahasa ini adalah pada ketetapan berikut:

Tarikh: 23 April 2007 sehingga 27 April 2007

Jadual Pelaksanaan

CADANGAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN

DALAM BULAN BAHASA

S.M.K GADONG 2007

PANITIA BAHASA MELAYU

1.

PERTANDINGAN FORUM

2.

PIDATO

3.

KUIZ KOMSAS DAN KUIZ TATABAHASA

4.

PERTANDINGAN SUDUT BAHASA MELAYU

5.

PERTANDINGAN MEMBACA CERPEN

6.

PANITIA BAHASA INGGERIS

1.

ESSEY WRITING

7.

ENGLISH CORNER

2.

SINGING CONTEST

3.

PUBLIC SPEAKING

4.

COIR COMPETITION

5.

DEBATE

6.

QUIZ

PANITIA BAHASA ARAB

1.

SYARAHAN

2.

MENULIS ESEI

3.

NASYID

4.

PERBUALAN BAHASA ARAB

5.

PERTANDINGAN SUDUT BAHASA ARAB

6.

PANITIA PENGAJIAN AM DAN SASTERA

1.

KUIZ KENEGARAAN

PENGAJIAM AM

2.

MENULIS ESEI ISU SEMASA

3.

PERTANDINGAN BAHAS KENEGARAAN

4.

PERTANDINGAN SUDUT KENEGARAAN

5.

PERTANDINGAN SCRAP BOOK ISU SEMASA

1.

PERTANDINGAN MENGANALISIS SAJAK

SASTERA

2.

PERTANDINGAN DRAMA

3.

PERTANDINGAN MENULIS CERPEN

4.

PERTANDINGAN SUDUT SASTERA

5.

PERTANDINGAN MENDEKLAMSIKAN SAJAK

Disediakan oleh,Disemak oleh,

...

(NORMADIAH LIASMAT) ( LIL KIPLEE KADIR)

Setiausaha,Penasihat,

Program Bulan Bahasa,Program Bulan Bahasa,

S.M.K Gadong.S.M.K Gadong.

TENTATIF PROGRAM PELANCARAN PROGRAM

BULAN BIDANG BAHASA 23 APRIL 2007

7.00 PAGI-PERHIMPUNAN BERMULA

PROSEDUR BIASA PERHIMPUNAN SEHINGGA LAPORAN GURU BERTUGAS.

UCAPAN OLEH PENGERUSI BULAN BAHASA

UCAPAN OLEH KETUA BIDANG BAHASA

UCAPAN PERASMIAN OLEH TUAN PENGETUA

UPACARA SIMBOLIK PERASMIAN

PERSEMBAHAN DARI PELAJAR ENAM ATAS

MAJLIS PERAASMIAN SELESAI DAN DITERUSKAN DENGAN PROSEDUR PERHIMPUNAN SEMULA SEPERTI BIASA

SEK. MEN. KEB. GADONG

PETI SURAT 178,

89808 BEAUFORT

KERTAS KERJA BULAN

BIDANG BAHASA

SMK GADONG

2007

ANJURAN:

BIDANG BAHASA SMK GADONG

DENGAN KERJASAMA

PANITIA BAHASA MELAYU

PANITIA BAHASA INGGERIS

PANITIA BAHASA ARAB

PANITIA PENGAJIAN AM

PANITIA KESUSASTERAAN MELAYU

23-27 APRIL 2007

BAHASA MENCERMINKAN KUALITI KEPERIBADIAN