kertas kerja big ( kami ambil tahu ).doc
TRANSCRIPT
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
KERTAS KERJA “PROGRAM KAMI AMBIL TAHU ”
PENAMBAHBAIKAN TAMAN ORKID
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MUDA
1.Pengenalan
Projek penambahbaikan taman orkid di persekitaran Sekolah Kebangsaan Seri Muda merupakan
satu langkah penting dan strategik, yang bertujuan menyediakan suasana pembelajaran yang
kondusif terutamanya bagi murid yang kurang berminat untuk belajar dan kerap ponteng sekolah.
Program ini amat diperlukan kerana secara tidak langsung ia dapat menaiktaraf Taman orkid yang
sedia ada, di samping memberi satu motivasi baru kepada murid supaya lebih berminat untuk datang
ke sekolah. Murid yang terlibat akan lebih bertanggungjawab untuk hadir ke sekolah kerana mereka
mempunyai satu tugas luar bilik darjah yang lebih menarik minat mereka. Program ini dirancang atas
kesedaran bahawa proses pengajaran tidak harus terikat dan terhad kepada apa yang berlaku di
dalam ruang kelas, tetapi melibatkan persekitaran sekolah yang ceria dan berupaya meransang dan
membina kecemerlangan intelek dan sahsiah murid.
2. Matlamat
Menjadikan persekitaran sekolah ceria, sifat bertanggungjawab, ambil tahu serta berupaya
merangsang intelek, sahsiah dan minat murid, selaras dengan hasrat menjadikan sekolah sebagai
pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua.
3. Misi
Menyediakan persekitaran sekolah yang ceria dan berupaya merangsang kecemerlangan akademik
dan sahsiah murid serta minat untuk datang belajar di sekolah. Murid-murid yang mempunyai
1
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
masalah ponteng diberi tanggungjawab menjaga Taman orkid secara tidak langsung mendorong
mereka hadir ke sekolah.
4. Visi
Menjadikan Taman orkid sebagai agen meningkatkan kesedaran kepada murid bermasalah dan
menangi masalah ponteng sekolah serta mewujudkan sikap tanggungjawab terhadap persekitaran
sekolah.
5. Objektif
Antara objektif perlaksanaan projek ini ialah :
1. Menyediakan suasana yang boleh merangsang minat murid untuk hadir ke sekolah.
2. Memberi peluang kepada murid untuk rasa lebih bertanggungjawab.
3. Menyediakan suasana yang boleh merangsang intelek dan sahsiah murid
4. Meningkatkan sifat ingin tahu dan minat murid kepada alam sekitar, khasnya kawasan sekolah.
5. Meningkatkan sifat menghargai kebersihan dan keceriaan di kalangan murid.
6. Mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran
7. Membebaskan proses pembelajaran daripada ruang lingkup kelas
6. Matlamat
Terbahagi kepada 3 iaitu :
( i ) Jangka pendek:
- Hebahan projek kepada pihak pentadbiran sekolah
- Mendapatkan dana dan sumbangan.
- Membuat pembersihan kawasan serta mendapatkan alatan dan bahan untuk melaksanakan
projek.
( ii ) Jangka Sederhana:
2
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
- Penyediaan tanaman, mendapatkan anak pokok yang sesuai
- Menaiktaraf taman yang sedia ada.
- Mewujudkan suasana ceria di persekitaran sekolah.
(iii) Jangka Panjang:
- Menjadikan taman orkid tempat kegemaran setiap murid
- Meningkatkan minat murid untuk selalu hadir ke sekolah.
- Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran di sekitar taman orkid
- Menubuhkan kelab pencinta alam di sekolah dalam usaha mengekalkan kebersihan dan keceriaan
Taman Orkid secara khususnya dan kawasan sekolah amnya.
- Membuat jadual tugasan khas untuk bergilir-gilir membersihkan dan menjaga kawasan taman.
- Meransang sikap tanggungjawab di kalangan murid bermasalah ponteng.
7. Kumpulan sasaran
Kumpulan sasaran projek ialah murid Sekolah Kebangsaan Seri Muda, tahun 4 dan 5 yang selalu
ponteng sekolah, seramai 30 orang. (Senarai nama rujuk lampiran)
8. Kekuatan Dan Kelemahan
Kekuatan
1. Mempunyai 20 pokok orkid yang pelbagai jenis yang ditanam secara sebaris. Sebelum ini
telah diusahakan oleh beberapa orang guru.
2. Kawasan taman orkid berhampiran kelas dan laluan murid membolehkan murid sentiasa
membuat pemantauan.
3. Kerjasama dari guru-guru sangat memberansangkan untuk memberi galakan kepada murid.
Kelemahan
3
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
1. Kawasan taman orkid yang tersedia ada agak terhad dan ia berhampiran kaki lima menuju
ke kantin sekolah. Kawasan ini agak terbuka dan kawasan tidak dipagar.
2. Lanskap taman kurang ceria dan kurang menarik.
9. Pelan Pelaksanan Projek
- Penyediaan jadual kerja
- Pembahagian tugasan mengikut kerja dan masa
- Pembentangan struktur projek
- Pemerhatian dan lawatan ke Taman Orkid
- Gotong-royong membersihkan kawasan projek.
- Memperbaiki dan mencantikkan lanskap di kawasan projek
- Mendapatkan benih-benih dan anak pokok untuk Taman Orkid.
- Meletakkan papan tanda nama untuk setiap jenis orkid yang ditanam.
10 . Jawatankuasa Pelaksana
Berikut adalah senarai AJK Kerja :
Pengerusi : Encik Anuar b Zainol ( Guru Besar )
Naib Pengerusi 1 :Puan Hajah Arpah bt Awang ( PK Pentadbiran )
Naib Pengerusi 2 : Pn. Che Embut bt Abdullah ( PK HEM )
Naib Pengerusi 3 : Pn. Korsiah bt. Syukur (PK Ko-Kurikulum)
Setiausaha 1 : Pn. Rohasnita bt Mat
Publisiti dan Buku Program : Nurul Huda bt. Rashid
4
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
Pn. Hanida bt. Muda
PA Sistem :
En. Mohd Ali b Hashim
En. Kamaruddin Ali
Hadiah dan Cenderamata : Pn. Kamariah bt. Abdullah
Pn. Hjh Rohani bt. Ismail
Juruacara : Suhaini bt. Alias
Jurugambar dan dokumentasi
: En. Bayani b Yusof
En. Kamaruddin b Ali
Riadah : En. Amin b. Jalaludin
Pn. Hjh. Zabedah bt. Musa
Pendaftaran : Noor Hayati bt. Ngah
Noor Asma bt. Embong
Penyelia Peserta :
Che Ku Maimun bt. Che Ku Ali
Osman bin Abd. Samad
Cik Ku Badrinawati bt Ku Bulat
Pn. Farah Hanim bt Mansor
En Mohd Sofri b. Khamis
Keselamatan dan kebajikan : Tuan Sembok b Tuan Puteh
Makanan dan minuman : Roslan b Muda
Pn. Sarimah bt. Mohamed
Pn. Sharizan Idayu bt. Mat Yasim
Pn. Noor Asma bt. Embong
5
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
Pn. Hanisah bt. Hashim
11. Strategi Pelaksanaan
- Merancang aktiviti dan projek di peringkat AJK induk
- Merancang aktiviti bersama dan mengenal pasti guru yang bertanggungjawab dan sasaran
projek
- Membuat Kertas kerja dan perancangan yang disusun dilaksanakan.
- Keberkesanan akan dinilai.
12. Kewangan
a) Sumbangan diperolehi daripada :
i. Sumbangan PIBG RM 1000.00
ii. Kutipan daripada guru-guru RM 300.00
iii. Sumbangan Koperasi Sekolah RM 400.00
-------------------
Jumlah RM 1700.00
___________
b) Anggaran Perbelanjaan
6
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
i. Pasu RM 200.00
ii. Anak pokok orkid RM 300.00
iii. Bata merah RM 80.00
iv. Makan dan minum murid RM 400.00
-----------------
Jumlah RM 980.00
-----------------
Baki = RM 720.00 ( Belanja penyelenggaraan jangka masa panjang)
13. Senarai peralatan dan Keperluan
BIL Perkara Kuantiti1 Anak pokok orkid 10 pokok2 Sabut 5 guni3 Gunting pokok 5 bilah4 Arang 5 bungkus5 Pasu 10 buah6 Tanah 10 bungkus
14. Maklumat Program
Tarikh : 9 Ogos 2014
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Sekolah Kebangsaan Seri Muda
7
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
Tentatif
8.00 am – 8.30 am
Semua peserta mendaftar di dewan terbuka SKSM.
Semua murid berkumpul di dewan terbuka.
8.30 am – 9.00
Taklimat dan pembahagian kumpulan
9.00 am – 10.00 am
Aktiviti Malaysia Cergas- Senaman robik
10.30 am – 10.30 am
Rehat
10.30 am – 12.30 tengahari
Perbincangan dalam kumpulan
Agihan tugas kepada murid di bawah bimbingan guru.
Aktiviti menanam semula dan menambah pokok orkid
12.30 pm – 2.00 pm
Makan tengahari dan Solat Zohor
2.00 pm -5.00 pm
Aktiviti penambahbaikan Taman Orkid dengan bimbingan dan pengawasan guru yang terlibat
mengikut kumpulan.
Menceriakan kawasan Taman orkid
8
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
5.00 pm – 5.30 pm
Rehat dan solat Asar
5.30 pm – 6.00 pm
Majlis penutupan dan penyerahan sijil kepada peserta.
13. Penutup
Adalah diharap agar perancangan yang telah dirancang dan disusun akan berjalan dengan lancar di
samping mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak. Ini bertujuan untuk memastikan Taman
Orkid sentiasa berada dalam suasana bersih, ceria dan cantik serta boleh merangsang
kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik dan sahsiah serta dapat mengurangkan kadar
ponteng sekolah oleh pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Muda. Selain dari itu, ia akan
menjadikan persekitaran sekolah lebih ceria dan membentuk sikap keprihatinan dan sayang terhadap
alam sekitar di kalangan murid-murid.
Disediakan oleh Disahkan oleh
…………………….. ……………………..
( PN. ROHASNITA BT. MAT ) ( EN. ANUAR B. ZAINOL )
Setiausaha Guru Besar
Projek Kami Ambil Tahu Sekolah Kebangsaan Seri Muda
Dan Sayangi Sekolah Kita
9
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
Tel: 04-7949509
Ruj Kami: SKSM 600-2/114(1) Tarikh : 29 Julai 2014
Kepada,
Tuan /Puan/Encik /Cik
…………………………………………..
Mesyuarat Program “Kami Ambil Tahu” Kali Pertama.
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
10
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
2. Tuan/ Puan adalah dijemput menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa” Program Kami Ambil Tahu” yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 31 Julai 2014
Hari ` : Khamis
Masa : 1:30 petang
Tempat : Bilik Anjung Seri, SKSM.
3. Antara agenda yang akan dibincangkan :
3.1 Ucapan Aluan Pengerusi
3.2 Aluan Penasihat
3.3 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat
3.4 Senarai Jawatankuasa Kerja
3.5 Jadual Program “ kami ambil tahu” 2014
3.6 Hal-hal lain
3.7 Ucapan Penangguhan
Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG, KEDAH TERBILANG”
Saya yang menurut perintah,
…………………………………
11
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
( KORSIAH BT. SYUKOR)
Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sek. Keb. Seri Muda.
MINIT MESYUARAT PROGRAM “KAMI AMBIL TAHU” KALI PERTAMA 2014
Tarikh : 31 Julai 2014 ( Khamis )
Masa :1:30 petang
Tempat : Bilik Anjung Seri, SKSM
KEHADIRAN : 1. En. Anuar bin Zainon ( Guru Besar )
2. Pn. Puan Hajah Arpah bt Awang ( PK Pentadbiran )
3. Pn. Che Embut bt Abdullah ( PK HEM )
4. Pn. Korsiah bt. Syukur (PK Ko-Kurikulum)
12
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
6. Pn. Rohasnita bt Mat
7. Nurul Huda bt. Rashid
8. En. Mohd Ali b Hashim
9. En. Amin b. Jalaludin
10. En. Kamaruddin b Ali
11. Pn. Hjh Rohani bt. Ismail
12. Suhaini bt. Alias
13. Che Ku Maimun bt. Che Ku Ali
14. Roslan b Muda
Tidak Hadir Bersebab: 1. Tuan Sembok b Tuan Puteh
2. Pn. Kamariah bt. Abdullah
3. En. Bayani b Yusof
AGENDA
1. Ucapan Aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada AJK yang dapat meluangkan masa untuk hadir pada mesyuarat kali pertama ini, dan mengucapkan tahniah kepada AJK kerana telah diberi kepercayaan untuk menjayakan program “kami ambil tahu” ini. Pengerusi menerangkan bahawa tujuan program ini diadakan adalah bertujuan untuk menarik minat murid untuk sentiasa hadir ke sekolah.
1.2 Pengerusi juga berharap semua AJK dapat memberi komitmen yang tinggi bagi menjayakan program ini.
2. Aluan Penasihat
2.1 Puan penasihat mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua AJK yang hadir pada mesyuarat ini.
13
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
2.2 Beliau berharap, semua AJK dapat memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan program yang telah dirancang di peringkat sekolah ini.
2.3 Pn. Penasihat juga berharap, agar segala program yang telah dirancang dan disusun ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan dapat merangsang minat murid untuk hadir ke sekolah serta berasa lebih bertanggungjawab.
3. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat
3.1 Tiada.
4. Senarai Jawatankuasa kerja
Pengerusi : Encik Anuar b Zainol ( Guru Besar )
Naib Pengerusi 1 :Puan Hajah Arpah bt Awang ( PK Pentadbiran )
Naib Pengerusi 2 : Pn. Che Embut bt Abdullah ( PK HEM )
Naib Pengerusi 3 : Pn. Korsiah bt. Syukur (PK Ko-Kurikulum)
Setiausaha 1 : Pn. Rohasnita bt Mat
Publisiti dan Buku Program : Nurul Huda bt. Rashid
Pn. Hanida bt. Muda
PA Sistem :
En. Mohd Ali b Hashim
En. Kamaruddin Ali
Hadiah dan Cenderamata : Pn. Kamariah bt. Abdullah
Pn. Hjh Rohani bt. Ismail
14
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
Juruacara : Suhaini bt. Alias
Jurugambar dan dokumentasi
: En. Bayani b Yusof
En. Kamaruddin b Ali
Riadah : En. Amin b. Jalaludin
Pn. Hjh. Zabedah bt. Musa
Pendaftaran : Noor Hayati bt. Ngah
Noor Asma bt. Embong
Penyelia Peserta :
Che Ku Maimun bt. Che Ku Ali
Osman bin Abd. Samad
Cik Ku Badrinawati bt Ku Bulat
Pn. Farah Hanim bt Mansor
En Mohd Sofri b. Khamis
Keselamatan dan kebajikan : Tuan Sembok b Tuan Puteh
Makanan dan minuman :
Roslan b Muda
Pn. Sarimah bt. Mohamed
Pn. Sharizan Idayu bt. Mat Yasim
Pn. Noor Asma bt. Embong
Pn. Hanisah bt. Hashim
5. Jadual Program “ kami ambil tahu” 2014
15
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
5.1 Pengerusi menyenaraikan antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program ini berlangsung.
5.2 Antara aktiviti yang dirancang :
8.00 am – 8.30 am
Semua peserta mendaftar di dewan terbuka SKSM.
Semua murid berkumpul di dewan terbuka.
8.30 am – 9.00
Taklimat dan pembahagian kumpulan
9.00 am – 10.00 am
Aktiviti Malaysia Cergas- Senaman robik
10.30 am – 10.30 am
Rehat
10.30 am – 12.30 tengahari
Perbincangan dalam kumpulan
Agihan tugas kepada murid di bawah bimbingan guru.
Aktiviti menanam semula dan menambah pokok orkid
12.30 pm – 2.00 pm
Makan tengahari dan Solat Zohor
2.00 pm -5.00 pm
Aktiviti penambahbaikan Taman Orkid dengan bimbingan dan pengawasan guru yang
terlibat mengikut kumpulan.
16
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
Menceriakan kawasan Taman orkid
5.00 pm – 5.30 pm
Rehat dan solat Asar
5.30 pm – 6.00 pm
Majlis penutupan dan penyerahan sijil kepada peserta.
6. Hal-hal lain
6.1 Pn. Hajah Rohani mencadangkan agar hadiah disediakan kepada kumpulan yang memberi kerjasama yang baik.
7. Penangguhan mesyuarat
7.1 Pengerusi meminta agar semua AJK dapat memberi sumbangan tenaga dan membantu memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar kita tentang kepentingan menuntut ilmu serta menjadi insan yang lebih bertanggungjawab pada masa hadapan dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas kerjasama yang diberikan serta berharap segala program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2:15 petang.
Disediakan oleh Disahkan oleh
…………………………… ………………………..
( ROHASNITA BT. MAT) ( En. Anuar bin Zainon )
17
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
Setiausaha Guru Besar
“Program Kami Ambil Tahu” SKSM
Jawatankuasa kerja
Pengerusi : Encik Anuar b Zainol ( Guru Besar )
Naib Pengerusi 1 :Puan Hajah Arpah bt Awang ( PK Pentadbiran )
Naib Pengerusi 2 : Pn. Che Embut bt Abdullah ( PK HEM )
Naib Pengerusi 3 : Pn. Korsiah bt. Syukur (PK Ko-Kurikulum)
Setiausaha 1 : Pn. Rohasnita bt Mat
Publisiti dan Buku Program : Nurul Huda bt. Rashid
Pn. Hanida bt. Muda
PA Sistem :
En. Mohd Ali b Hashim
En. Kamaruddin Ali
Hadiah dan Cenderamata : Pn. Kamariah bt. Abdullah
Pn. Hjh Rohani bt. Ismail
18
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
Juruacara : Suhaini bt. Alias
Jurugambar dan dokumentasi
: En. Bayani b Yusof
En. Kamaruddin b Ali
Riadah : En. Amin b. Jalaludin
Pn. Hjh. Zabedah bt. Musa
Pendaftaran : Noor Hayati bt. Ngah
Noor Asma bt. Embong
Penyelia Peserta :
Che Ku Maimun bt. Che Ku Ali
Osman bin Abd. Samad
Cik Ku Badrinawati bt Ku Bulat
Pn. Farah Hanim bt Mansor
En Mohd Sofri b. Khamis
Keselamatan dan kebajikan : Tuan Sembok b Tuan Puteh
Makanan dan minuman :
Roslan b Muda
Pn. Sarimah bt. Mohamed
Pn. Sharizan Idayu bt. Mat Yasim
Pn. Noor Asma bt. Embong
Pn. Hanisah bt. Hashim
19
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM “KAMI AMBIL TAHU”
BIL NAMA KELAS 1 KHUMUHAMMAD NIZAM BIN KHUZAIMAN 4P 2 MOHAMAD FIRDAUS BIN MOHAMAD ZABIDI 4P 3 MUHAMMAD AFIQ FARIS BIN ZULHADI 4W 4 MUHAMMAD AFIQ SAFWAN BIN ABDUL LATIF 4W 5 MUHAMMAD AZIM IMRAN BIN ISMAIL 4W 6 MUHAMMAD DANIF BIN ROSLI 4W 7 MUHAMMAD DANISH BIN ROSLI 4C 8 MUHAMMAD FAHMI BIN MAHAMAD SOBRI 4C 9 MUHAMMAD FARIS IRFAN BIN ROSMADI 4C
10 MUHAMMAD HAFIL DANIAL BIN MAT DESA 4C 11 MUHAMMAD HAZIMEY BIN MOHAMAD HAYAZI 4C
20
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
12 MUHAMMAD HELMI BIN MOHAMAD TARMIZI 5W 13 MUHAMMAD NUR IMAN FITRI B NORLI 5W 14 MUHAMMAD SHAHRIL BIN MHD SUHAIMI AZIZI 5W 15 MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD NADZIR 5W 16 MUHAMMAD SYAHMI BIN ZAKARI 5C 17 MUHAMMAD WAZIR HAKIMI BIN MOHAMAD AZUAN 5C 18 MUHAMMAD ZULKIFLI BIN RAMLI 5C 19 RAJA MUHAMMAD ATIF NAFIS BIN RAJA ABDULLAH 5C 20 NOOR HIDAYAH BINTI NOOR AZMAN 4P 21 NORSHAFIKAH BINTI AZRIZAL 4P 22 NUR ALYAA MAISARAH BINTI MOHD ZAHARI 4W 23 NUR AMILEA BINTI NANYAN 4W 24 NUR AMINDA ZUHANEEM BINTI ZUBIR 4C 25 NUR ATHIRAH BINTI SAIDIN 4C 26 NUR EISYA BINTI SUHAIMI 5W 27 NUR SUZAINI BINTI RUSLAN 5W 28 NURUL AMIRA BINTI MUHAMAD AZHAM 5C 29 ROS AL'KHALIJAH BINTI ROSDI 5C 30 WAN NUR SHAKIROH BINTI WAN HASSAN 5C
_______________________________________________________________________________
.....................................................
......................................................
...................................................... Tarikh : ………..……………...
Guru BesarSk Seri Muda,
KEBENARAN IBU / BAPA PENJAGA
21
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
Saya ...................................................... *ibu / bapa penjaga kepada ...................................................... dari
Tahun ...................................................... * MEMBENARKAN / TIDAK MEMBENARKAN *anak / anak jagaan saya menyertai
.......................................................
2. Saya memahami bahawa segala langkah pengawasan dan keselamatan sewajarnya telah diambil oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, saya mengakui bahawa pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas apa-apa kejadian atau kemalangan yang berlaku sepanjang kegiatan tersebut, bukan disebabkan oleh kelalaian guru yang bertugas.
3. Saya bersetuju memberi kebenaran kepada pihak sekolah atau guru yang bertugas menurunkan tandatangan bagi pihak saya, sekiranya anak / anak jagaan saya memerlukan rawatan kecemasan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
......................................................T/tangan Ibu bapa / Penjaga
Nama ……………………………..No. KP ……………………………..Tel. ........................................
* potong yang tidak berkenaanPenafian : Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini, maklumat lanjut sila rujuk pengamal perundangan.LAPORAN REFLEKSI PROGRAM
Program ini dirancang adalah untuk menyiapkan satu kertas kerja BIG ( Bina
Insan Guru ) yang perlu disediakan oleh pelajar PPG ( Program Pengsiswazahan Guru)
di sekolah tempat bertugas masing-masing. Maka saya telah memilih program ini yang
saya rasakan amat sesuai dengan situasi di sekolah saya yang terletak di luar bandar.
Ada ibu bapa masih lagi tidak mementingkan pelajaran kepada anak-anak. Anak-anak
bebas untuk hadir ataupun tidak ke sekolah. Keadaan ini sangat membimbangkan
pihak guru dan pihak pentadbir sekolah.
22
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
Maka dengan ini saya telah merancang satu program yang dirasakan dapat
membantu menanam minat murid untuk sentiasa hadir ke sekolah dan sentiasa ada
rasa tanggungjawab dalam diri masing-masing. Program “ Kami Ambil Tahu “ ini adalah
satu program untuk mendekatkan pelajar-pelajar dengan sekolah, di mana pelajar telah
diberi tugas untuk menceriakan dan menambah keindahan kawasan sekolah dengan
membuat penambahbaikan pada taman orkid yang sedia ada.
Pada awal program ini dirancang saya sentiasa bertanyakan pendapat Penolong
Kanan Ko-Kurikulum, Pn. Korsiah bt Syukor mengenai pelaksanaan program ini,
kerana ketika itu Guru Besar jarang berada di sekolah disebabkan berkursus. Pn.
Korsiah sentiasa memberi pendapat tentang pelaksanaan program “ Kami Ambil Tahu “
ini. Atas persetujuan Guru Besar saya telah membuat kertas kerja dan menyiapkan
senarai ahli jawatankuasa program. Akhirnya pada 31 Julai 2014 satu mesyuarat khas
untuk program ini telah diadakan. Satu penyusunan jawatankuasa telah dibuat dan
mendapat persetujuan daripada guru besar. Saya juga telah menyenaraikan barang-
barang keperluan yang akan digunakan sewaktu program ini dijalankan. Saya
bersyukur kerana program ini telah mendapat kerjasama daripada semua yang terlibat.
Pada 3/8/2014 saya bersama seorang lagi guru PPG di sekolah saya telah
membeli barang-barang keperluan seperti bata merah, arang, pasu bunga, anak pokok
orkid dan cat. Saya juga telah meminta batuan daripada pelajar-pelajar saya untuk
membawa sabut kelapa dari rumah. Akhirnya, sehari sebelum program berjalan kami
telah berjaya menyediakan semua keperluan yang diperlukan.
Pada hari program ini berjalan pelajar-pelajar yang terlibat ada yang datang lebih
awal untuk sesi pendaftaran. Tetapi ada juga murid yang tidak dapat hadir. Sesi
pendaftaran berjalan dengan lancar. Selepas diberi taklimat pelajar-pelajar telah dibawa
ke tapak perhimpunan untuk sesi “ Malaysia Cergas “. Guru yang terlibat dalam aktiviti
ini ialah En. Amin bin Jalaluddin. Beliau telah memberi bimbingan dan tunjuk cara
dengan baik sekali pada sesi ini. Semua murid dilihat bersemangat melakukan aktiviti
23
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
“Malaysia Cergas “ ini, dan ia telah berjalan lebih kurang sejam. Kemudian para pelajar
telah diberi minum pagi iaitu Nasi Goreng bersama sirap.
Pada pukul 10:30 pagi hingga 12:30 tengah hari , aktiviti pembahagian kumpulan
dan agihan tugas diadakan. Para pelajar telah diberi kumpulan dan agihan tugas
masing-masing. Kemudian mereka telah dibawa ke tempat tanaman orkid untuk melihat
kawasan yang akan mereka jalankan aktiviti mereka. Saya telah memberi sedikit
penerangan sebelum menjalankan aktiviti tersebut, supaya pelajar-pelajar ini tidak
melakukan aktiviti dengan tergopoh-gapah ataupun secara bergurau- senda kerana
bimbang mungkin akan terkena cat pada baju mereka atau sebagainya lagi. Para
pelajar nampak begitu teruja untuk melakukan aktiviti yang diberi.
Kemudian para pelajar telah diberi rehat pada pukul 12:30 tengah hari hingga
2:00 petang untuk makan tengah hari dan solat zohor. Selepas itu saya dan rakan guru
yang terlibat telah membawa pelajar-pelajar ke tapak penanaman orkid untuk
memulakan aktiviti penambahbaikan untuk taman orkid Sekolah Kebangsaan Seri
Muda. Kami memulakan dengan membawa dan mengumpulkan semua barang-barang
keperluan untuk penanaman orkid ini ke tapak tanaman orkid. Kemudian para pelajar
yang telah diberi tugas masing-masing mula mengambil tempat dan tugas masing-
masing dengan bimbingan guru yang terlibat.
Pelajar-pelajar mula mencabut rumput pada perdu pokok orkid yang lama,
sebelum meletakkan bata merah dan arang padanya. Kemudian sabut juga diletakkan
sekeliling perdu pokok orkid, ini biasa dilakukan pada penanaman pokok orkid jenis ini.
Pelajar-pelajar melakukan aktiviti ini dengan kerjasama yang baik . Bagi meletakkan
anak pokok orkid jenis gantung, dua pokok kayu yang mati telah ditanam oleh beberapa
orang guru lelaki yang terlibat dengan program ini seminggu lebih awal bagi
mengukuhkannya. Pokok kayu mati tersebut dicat terlebih dahulu oleh pelajar-pelajar
untuk mencantikkannya. Sebelum dicat kulit-kulit kayu yang sudah kering terlebih
24
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
dahulu ditanggalkan dari batangnya. Pelajar-pelajar melakukan aktiviti ini dengan teliti
dan penuh tekun.
Sewaktu mengecat para pelajar diminta berhati-hati dan melakukannya dengan
cermat agar tidak terkena cat pada baju dan juga tangan mereka. Setengah jam
selepas dicat anak-anak pokok orkid pun digantung pada dahan pokok tersebut.
Kelihatan pemandangan di taman orkid sangat cantik setelah semua tugas selesai.
Pada pukul 5:00 hingga 5:30 petang pelajar-palajar berehat untuk menunaikan solat
asar, dan majlis penutupan berlangsung pada pukul 5:30 petang. Semua pelajar
bersurai dengan dijemput oleh waris masing-masing pada pukul 6:00 petang.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Perlu ada tempat yang sesuai dan lebih luas.
2. Sentiasa ada peruntukan untuk penyelenggaraan dari semasa ke semasa.
3. Ada peruntukan untuk membeli anak-anak pokok orkid yang baharu .
4. Mengadakan kursus khas untuk penjagaan orkid kepada guru-guru yang terlibat bagi memudahkan membuat penyelenggaraan.
25
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
5. Mendapat kerjasama daripada ibu bapa yang mahir dan berpengetahuan berkaitan tanaman orkid.
Analisis
KEKUATAN KELEMAHAN
- Meningkat motivasi murid untuk selalu hadir ke sekolah.
- Murid sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan.
- Mengindah dan menceriakan kawasan sekolah.
- Memberi peluang kepada pelajar yang berminat terhadap kecantikan orkid untuk belajar cara penanaman dan penjagaannya.
- Kurang mendapat sambutan daripada murid .( ada murid yang tidak hadir pada hari program )
- Murid kurang berminat terhadap penanaman orkid.
- Tidak tahu cara penjagaan yang khusus terhadap penanaman orkid.
- Ruang tapak projek sempit dan menjadi laluan pelajar.
26
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
PELUANG ANCAMAN
- Memahirkan murid terhadap penanaman orkid dan penjagaannya.
- Murid berminat terhadap orkid dan boleh dijadikan sebagai peluang perniagaan pada masa hadapan.
- Menyediakan peluang kemahiran mengubahsuai landskap kepada murid.
- Penanaman orkid perlu penjagaan yang rapi untuk berbunga dan tahan lama. Tiada kemahiran khusus disediakan.
- Pokok orkid akan rosak atau mati kerana ketiadaan pengawasan yang sempurna.
- Pelajar lebih berminat untuk aktiviti outdoor berbanding belajar secara formal di dalam kelas.
PENILAIAN KENDIRI
Alhamdulillah, selesai sudah program yang telah saya rancang sejak beberapa
bulan yang lalu. Akhirnya ia berjaya dijalankan dengan baik sekali. Terima kasih saya
yang tak terhingga saya ucapkan kepada pihak pentadbiran sekolah saya iaitu Sekolah
Kebangsaan Seri Muda serta semua guru yang terlibat secara langsung ataupun tidak,
kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung.
Sepanjang program ini berjalan saya mendapat beberapa manfaat yang akan
saya jadikan panduan sebagai seorang pendidik. Ketika memberi tugasan kepada para
pelajar saya mendapati bahawa para pelajar sentiasa berminat untuk melakukan setiap
tugasan yang diberi, ini menunjukkan bahawa para pelajar yang tidak berminat untuk
datang belajar di sekolah juga mempunyai kemahiran yang perlu kita asahkan supaya
ia dapat menjadi perkara yang berguna kepada mereka pada hari kemudian. Di sini,
saya dapat mengambil pengajaran bahawa saya perlu bijak mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran saya agar dapat menarik minat pelajar supaya sentiasa
hadir ke sekolah untuk menimba ilmu.
27
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
Sikap tolong-menolong dalam melakukan sesuatu tugas dalam kumpulan juga
dapat membantu menyiapkan tugasan tersebut dengan mudah. Sekiranya tugasan
dilakukan dengan tergesa-gesa, hasil yang dapat pasti tidak memuaskan. Sewaktu
aktiviti dalam kumpulan ada dikalangan pelajar yang tidak mahu memberi tugasan yang
dilakukannya kepada rakan lain, hasilnya bahagian aktiviti tersebut jadi kurang
memuaskan , ini kerana melakukan tugas seorang diri menyebabkan kita berasa penat
dan tidak dapat mengenal pasti kawasan yang tidak dilakukan dengan sempurna.
Akhir sekali, sepanjang program ini berlangsung dapatlah saya kenal pasti
beberapa perkara yang dapat membantu saya memperbaiki kaedah pengajaran saya
agar ia menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan dan sentiasa dinantikan oleh pelajar-
pelajar saya. Keadaan ini sedikit sebanyak dapat juga membantu pihak pentadbiran
sekolah bagi mengurangkan gejala ponteng sekolah di sekolah ini.
28
BIG Fasa 4 “Program Kami Ambil Tahu”
29