kertas kerja badminton piala pengarah

Upload: muhammad-ariffuddin

Post on 08-Oct-2015

83 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja Badminton Piala Pengarah

TRANSCRIPT

1.0Pengenalan

Kejohanan badminton tertutup Piala Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM) merupakan sebuah kejohanan buat julung kalinya dianjurkan oleh guru pelatih semester 5 PISMP Pendidikan Jasmani Kesihatan. Sukan badminton merupakan subjek (PJM 3132) yang dipelajari oleh guru pelatih opsyen Pendidikan Jasmani Kesihatan Semester 5. Pelaksanaan kejohanan ini adalah berasaskan kepada mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran pengurusan dalam melaksanakan aktiviti dan juga untuk memperkayakan lagi penglibatan siswa dan siswi guru Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan dengan kejohanan seperti ini. Kejohanan Badminton Tertutup Piala Pengarah IPG KSM 2015 yang dianjurkan akan dikelolakan dengan sepenuhnya oleh guru pelatih 5 PISMP Pendidikan Jasmani Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani Kesihatan. Selain itu juga, Kejohanan Badminton Tertutup Piala Pengarah IPG KSM 2015 yang dianjurkan oleh guru pelatih 5 PISMP Pendidikan Jasmani Kesihatan menekankan elemen Plan Pembagunan Pendidikan Malaysia (PPPM) di dalam kejohanan ini. Antara eleman yang ditekankan di dalam Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia ke dalam kejohanan ini adalah Kemahiran Pemimpin. Ini kerana di dalam proses menjayakan kejohanan ini,guru pelatih 5 PISMP Pendidikan Jasmani Kesihatan telah dibahagikan tugas dan tanggungjawab di dalam menjayakan kejohanan ini. Sebagai contoh seseorang telah dilantik sebagai jawatankuasa pertandingan,ia bermakna seseorang itu akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan pertandingan seperti kepengadilan. Sijil Kepengadilan Badminton yang telah diambil oleh guru pelatih 5 PISMP Pendidikan Jasmani Kesihatan pada tahun 2012 di IPG Kampus Dato Razali Ismail menjadi kekuatan untuk menjayakan kejohanan ini. Dengan perlantikkan seperti ini para peserta akan membentuk daya kempimpinan dalam menjayakan kejohanan ini mahupun kejohanan-kejohanan lain.Selain itu,elemen Etika Dan Kerohanian di dalam kejohanan ini juga ditekankan kerana para penganjur dan perserta semasa kejohanan berlangsung. Bermakna,setiap penganjur dan perserta akan membentuk etika dan kerohanian yang tinggi sepanjang kejohanan ini kerana peganjur akan mematuhi etika penganjuran kejohanan dan peserta akan mematuhi syarat-syarat dan undang-undang yang telah ditetapkan di dalam kejohanan ini. Perkara ini dapat membentuk nilai etika dan kerohanian di dalam setiap peserta.

Di samping itu, eleman Kemahiran Dwibahasa juga ditekankan semasa kejohanan berlangsung. Ia berfokuskan kepada etika kepengadilan yang akan dikelolakan oleh 5 PISMP Pendidikan Jasmani Kesihatan, ini kerana semasa perlawanan berlansung segala arahan daripada pengadil akan menggunakan Bahasa English sebagai bahasa perantara antara peserta. Seterusnya pula ialah, elemen Identiti Nasional ditekankan ini kerana guru-guru pelatih di IPG Kampus Sultan Mizan mempunyai pelbagai bangsa dan kaum. Kejohanan ini merupakan ruang kepada mereka untuk membina pertalian persahabatan yang utuh bukan sahaja semasa kejohanan berlangsung malahan berada di luar kampus mereka mampu membina pertalian persahabatan walaupun berbeza bangsa dan kaum. Di dalam elemen ini juga,ia akan mewujudkan jiwa seorang guru pelatih untuk bersedia untuk hidup bersama dalam kepelbagaian bangsa apabila mereka berada di luar kampus.

2.0Objektif

Selain pendedahan kepada kejohanan, objektif kejohanan ini adalah untuk;1.1 Memenuhi sukatan pelajaran sukan dan permainan (PJM 3123 Badminton)1.2 Memperolehi satu pengalaman baru melalui kejohanan yang dijalankan.1.3 Peserta dapat mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan.1.4 Memupuk semangat setia kawan, kerjasama, dan bertolak ansur antara satu sama lain terutama semasa dalam pasukan atau kumpulan.1.5 Membina keyakinan diri dan semangat yang kental serta dapat menghadapi cabaran dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri.1.6 Memperkukuhkan pertalian persahabatan diantara guru pelatih walaupun berbeza kaum dan agama.

3.0Tentatif ProgramTarikh : 1-3 Mac 2015Masa : 9.00 12 .00 malamTempat : Gimnasium IPG Kampus Sultan Mizan Besut, Terengganu

4.0Ahli Jawatankuasa Induk

Penaung: Dr Haji Mohd Aziz Bin Mohd DinPenasihat: En. Khairuddin Bin Mat Hassan

Pengerusi: Siti Fatihah Binti AbdullahNaib Pengerusi : Mohd Ikhwan Bin SabiesSetiausaha: Muhammad Hidhir bin Abd GhaniBendahari: Siti Suhaila Binti Mat Hassan

AJK Urusetia : Wan Nurzaleha Binti Wan Zaidi: Ling Chin Chuan: Nor Bahiah Binti SamsudinAJK Teknik dan Pertandingan : Muhamad Hanif Bin Mamat: Syahida Binti Ali: Low Ying Yee

AJK Peralatan: Amir Nurakmal Bin Ajahar: Aida Sakira Binti Mamat: Heu Wai Yee

AJK Siaraya dan Publisiti: Muhammad Aysraf Bin Shaari: Lim Koh Kheng: Nurul Anis Syamimi Binti Mat Asri

AJK Keselamatan dan : Mohd Idris Bin JusohKecemasan: Noratiqah Hanim Binti Roslin: Lisa Wong Siao Ching

AJK Hadiah dan Cenderahati: Muhammad Ariffuddin Bin Sukiat : Nurul Amirah Binti Hazizi: Lee Seo Lin: Muhammad Huzair Al Hakim Bin Zaini

AJK Kesegaran dan : Nurulazmira Binti AzmiKebersihan: Amir Ikhmal Bin Zuhaimi: Lee Hooi Sun: Nurul Amiliani Binti Azmi

AJK Dokumentasi: Muhammad Tajuddin Bin Abdul Manap : Sunia Yapp Yiying5.0Peraturan Pertandingan

5.1Syarat Pertandingan

1. Terbuka kepada semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan2. Penyertaan adalah secara regu,satu regu hanya mempunyai dua orang pemain sahaja.3. Setiap pasukan mestilah terdiri daripada satu jantina sahaja.4. Setiap pasukan mesti berada dalam gelanggang 5 minit sebelum perlawanan.5. Setiap pemain dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dan seragam dalam satu pasukan semasa pertandingan.6. Pasukan yang menarik diri akan dibatalkan keseluruhan penyertaan.

5.2Undang Undang Pertandingan

1. Undang-undang pertandingan adalah tertakluk kepada undang-undang yang dikeluarkan oleh PERSATUAN BADMINTON KEBANGSAAN MALAYSIA.2. Segala keputusan pengadil adalah muktamad.3. Sistem pertandingan adalah sistem kalah mati.4. Sebarang bantahan dikenakan sebanyak RM 100.00

7.0Kewangan

7.1PerbelanjaanAnggaran PerbelanjaanSumber Kewangan

PerkaraJumlahKeteranganJumlah

Medal (Tempat Pertama- Keempat Setiap Kategori)Lelaki 8 MedalWanita 8 MedalRM 10.00 x 16= RM160.00 RM 160.00

Sumbangan IPG Kampus Sultan Mizan

RM 160.00

Hemper (Tempat Pertama- Ketiga Setiap Kategori)Tempat Pertama RM 40.00 x 2= RM 80.00Tempat KeduaRM 30.00 x 2= RM 60.00Tempat KetigaRM 20.00 x 2= RM 40.00Tempat KeempatRM 10 x 2= RM 20.0Jumlah= RM 200.00

RM 200.00

Sumbangan IPG Kampus Sultan Mizan

RM 200.00

Bulu Tangkis (Shuttle)RM 50.00 (Satu Botol)RM 50.00 x 10 Botol= RM 500.00 RM 500.00Sumbangan IPG Kampus Sultan Mizan RM 500.00

JUMLAHRM 860.00JUMLAHRM 860.00

JUMLAH KESELURUHANRM 860.00JUMLAH KESELURUHANRM 860.00

8.0Penutup

Segala kerjasama yang baik dari pihak Institut kami amat hargai dan amat berterima kasih. Semoga kejohanan seperti ini dapat meningkatkan lagi prestasi kerja guru pelatih,serta warga Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu bukan sahaja dalam bidang kesukanan malah dalam bidang kerja lain-lain. Kejohanan yang berlangsung boleh mengeratkan lagi perpaduan serta ukhwah antara warga institut hendaknya.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

________________________________ _____________________________(Siti Fatihah Binti Abdullah) (Khairuddin Bin Mat Hassan)Pengerusi Pensyarah Penyalaras SubjekKejohanan Badminton Tertutup Sukan dan Permainan (PJM 3123 Badminton)Piala Pengarah IPG KSM 2015

Diluluskan oleh;

__________________________________________(Dr Haji Mohd Aziz Bin Mohd Din)Pengarah, Institut Pendidikan Guru,Kampus Sultan Mizan,22200 Besut,Terengganu

Ulasan: Bahawasanya saya* meluluskan/tidak meluluskan program ini.