kertas cadangan kokurikulum

11
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KERTAS KERJA DASAR ” HARI ALAM SEKITAR” TARIKH : 21 SEPTEMBER 2009 TEMPAT : PADANG UNIVERSITI, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ANJURAN : KELAB PENCINTA ALAM DAN REKREASI

Upload: mohd-hanis

Post on 24-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kertas cadangan pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas cadangan kokurikulum

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KERTAS KERJA DASAR

” HARI ALAM SEKITAR”

TARIKH :

21 SEPTEMBER 2009

TEMPAT :

PADANG UNIVERSITI,

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ANJURAN :

KELAB PENCINTA ALAM DAN REKREASI

” PELESTARIAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

Page 2: Kertas cadangan kokurikulum

1.0 PENDAHULUAN

Alam sekitar merupakan sebuah harta yang tidak ternilai dan menjadi nadi kepada

kehidupan manusia dan segala benda hidup di atas muka bumi ini. Dari aspek

yang umum, tidak dinafikan bahawa wujudnya keadaan saling bergantungan

antara persekitaran dengan setiap makhluk khususnya manusia.

Namun faktor peredaran masa dan sikap manusia yang sering berlumba-

lumba untuk mengejar kemewahan material telah menyebabkan hilangnya rasa

tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar yang semakin terbiar tanpa

penjagaan sewajarnya. Malah secara tidak langsung juga alam sekitar turut

menjadi mangsa pencemaran kepada kerakusan manusia yang tidak

bertanggungjawab.

Lantaran daripada itu, atas rasa prihatin Kelab Pencinta Alam dan

Rekreasi telah mengambil insiatif dengan menganjurkan Hari Alam Sekitar.

Progran tahunan ini diadakan bagi menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri

setiap pihak yang terlibat untuk bersama-sama melestarikan alam sekitar untuk

kesejahteraan bersama melalui cara tersendiri.

1

Page 3: Kertas cadangan kokurikulum

2.0 NAMA PROGRAM

HARI ALAM SEKITAR 2009

3.0 TUJUAN

3.1 Mendapatkan kelulusan, bantuan kewangan, peralatan dan pengangkutan

dari pihak kerajaan khususnya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

3.2 Memohon dan mendapatkan penajaan daripada badan kerajaan dan agensi

swasta.

4.0 MAKLUMAT PROGRAM

4.1 OBJEKTIF

a) Memupuk rasa tanggungjawab di kalangan para peserta dalam memulihara

dan memelihara alam sekitar dengan baik.

b) Melahirkan perasaan sayangkan alam sekitar melalui aktiviti melukis dan

seterusnya dapat mencungkil bakat di kalangan peserta.

c) Membolehkan para peserta berkongsi dan bertukar-tukar maklumat.

d) Mengeratkan hubungan antara pihak kelab dengan badan kerajaan

khususnya pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

4.2 JUSTIFIKASI PROGRAM

a) Kurangnya kesedaran di kalangan para peserta khususnya mengenai

peranan dalam menjaga alam sekitar dan kesan buruk yang bakal timbul.

b) Tiada pendedahan maklumat dan program berbentuk santai ilmiah bagi

menarik para peserta.

4.3 TARIKH

21 September 2009

4.4 TEMPAT

Padang Universiti, Universiti Pendidikan Sultan Idris

2

Page 4: Kertas cadangan kokurikulum

4.5 JENIS PROGRAM

Program Hari Alam Sekitar ini lebih berbentuk santai ilmu di mana setiap

peserta berpeluang untuk mendedikasikan perasaan mereka terhadap

alam sekitar melalui kaedah lukisan dan tulisan di atas kain rentang yang

disediakan.

4.6 BILANGAN PESERTA

Program ini melibatkan 45 orang peserta yang terdiri daripada ahli

Kelab Pencinta Alam dan Rekreasi.

5.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

5.1 Carta Organisasi

Rujuk Lampiran A

5.2 Nama Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Rujuk Lampiran B

6.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran C

7.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Rujuk Lampiran D

8.0 PENUTUP

Kami berharap agar melalui program yang diadakan ini mampu memberi impak

yang baik terutamanya dari aspek pemupukan rasa tanggungjawab dan kesedaran di

kalangan diri para peserta untuk memlihara dan mengekalkan persekitaran yang lebih

baik untuk generasi akan datang. Ini kerana alam sekitar bukanlah warisan dari ibu bapa

3

Page 5: Kertas cadangan kokurikulum

kita tetapi kita meminjamnya dari generasi yang akan datang. Sesuai dengan temanya

iaitu ”Pelestarian Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”.

Disediakan oleh,

_____________________________

(MAHSURI BT. HASAN)

Pengarah,

Program Hari Alam Sekitar 2009

Disokong oleh,

_______________________________

(MOHD JOHARI BIN HASSAN)

Pengerusi,

Kelab Pencinta Alam dan Rekreasi

Diperakui oleh,

________________________________

(EN. MUZAHIR BIN MAT ISA)

Penasihat,

Kelab Pencinta Alam dan Rekreasi

4

Page 6: Kertas cadangan kokurikulum

Lampiran A (Carta Organisasi)

5

PENGARAH PENGARAH

SETIAUSAHA SETIAUSAHA

PENOLONG PENGARAH

PENOLONG PENGARAH

BENDAHARI BENDAHARI

PENOLONG PENGARAH TUGAS-TUGAS KHASPENOLONG PENGARAH

TUGAS-TUGAS KHAS

SETIAUSAHA SETIAUSAHA SETIAUSAHA SETIAUSAHA SETIAUSAHA SETIAUSAHAPENOLONG PENGARAH TEKNIKALPENOLONG PENGARAH

TEKNIKAL

PENOLONG PENGARAH MAKANAN & MINUMAN PENOLONG PENGARAH

MAKANAN & MINUMAN

Page 7: Kertas cadangan kokurikulum

Lampiran B (Senarai Nama Jawatankuasa Pelaksana)

Penasihat : En. Muzahir Bin Mat Isa

Pengerusi : Mohd. Johari Bin Hassan

Pengarah : Mahsuri Bt. Hasan

Timb. Pengarah : Rosnah Bt. Yaakob

Setiausaha : Norzaridah Bt. Jaya

Bendahari : Salmiza Bt. Mohd. Shaari

Tugas-tugas Khas : Siti Umi Kalsom

Teknikal : Siti Norlinah Bongkol

Makanan /Minuman : Mek Esah Bt. Ismail

6

Page 8: Kertas cadangan kokurikulum

Lampiran C (Tentatif Program)

29 September 2009, Isnin

4.00 – 4.15 petang : Ketibaan para hadirin dan peserta

4.15 – 4.30 petang : Bacaan doa oleh Saudara Norshayamil Qhairil

Kata-kata Aluan Pengarah

Saudari Mahsuri Bt. Hasan

4.30 – 4.50 petang : Persiapan peralatan untuk aktiviti

Para peserta bergerak ke padang

Taklimat aktivti oleh koordinator

4.50 – 6.00 petang : Aktiviti berlangsung

Persembahan hasil aktiviti

6.00 – 6.30 petang : Penyampaian cenderahati

Kudapan Petang

Bersurai

7

Page 9: Kertas cadangan kokurikulum

Lampiran D (Anggaran Belanjawan)

8