kerjaya jurutera kimia
DESCRIPTION
Pengenalan dan Keterangan mengenai jurutera kimiaTRANSCRIPT
KERJAYA YANG DIMINATI: JURUTERA KIMIA
NAMA: AIMRAN ARIFFIN BIN MOKHTAR
KELAS: 3 BAKTI
1. PENGHARGAAN-M/S 3
2. PENGENALAN-M/S 4
3. KERJAYA YANG DIKAJI –M/S 5->7
4. SYARAT-SYARAT KEMASUKAN IPT- M/S 8 -> 9.
5. SENARAI IPT YANG TAWARKAN
KURSUS- M/S 10.
6. SKOP BIDANG KERJAYA- M/S 11 -> 14.
7. BIASISWA- M/S 15.
8. KESIMPULAN- M/S 16.
9. LAMPIRAN- M/S 17.
PENGHARGAAN
ISI KANDUNGAN
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Alhamdulillah,saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan
rahmat-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Di sudut penghargaan
ini juga, saya ingin menghulurkan ucapan terima kasih kepada guru-guru dan kaunselor iaitu
Cik Sharifah Norulzalihan binti Syed Abdul Rahim, Encik Abdul Rahim bin Ismail dan Encik
Ahmad bin Omar kerana memberi saya sokongan dan ilmu yang boleh saya gunakan dalam
melakasnakan kerja kursus ini. Kendatipun,sekalung penghargaan diucapkan kepada ibu bapa
saya kerana dengan titik peluh mereka membantu saya dalam kerja kursus ini akhirnya
membuahkan hasil yang efisien. Malahan jua,saya juga ucapkan terima kasih kepada adik-
beradik saya dalam memberi sumbangan idea kepada saya. Pada waktu yang sama,saya tidak
alpa untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang tidak pernah jemu
menolong saya melakukan kerja kursus ini. Akhirul kalam,terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus
ini.
Apa maksud kerjaya yang sebenarnya? Menurut Tolbert (1994), kerjaya didefinisikan
sebagai rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu
PENGENALAN
mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sepanjang hidupnya dan ada juga individu yang
gemar bertukar-tukar pekerjaan. Kerjaya menurut Super (1957, 1972) pula merangkumi
persediaan-persediaan yang dilakukan oleh seseorang individu sebelum bekerja dan juga
peranan lain yang dilakukan selepas bersara. Oleh itu, saya melakukan kerja kursus ini bagi
mencari kerjaya yang diminati untuk masa hadapan. Saya telah memilih kerjaya mengenai
kejuruteraan kimia.
Alhamdulillah,saya dapat hasilkan folio ini dalam sehari. Saya mendapat bahan
tentang projek ini melalui laman web dan juga majalah-majalah dan artikel. Saya memilih
kerjaya kejuruteraan kimia kerana saya amat meminati subjek yang berkaitan
kimia,matematik,dan subjek kira-kira yang lain. Melalui folio ini, saya dapat ketahui banyak
maklumat tentang kejuruteraan kimia yang bakal saya terajui setelah tamat pengajian nanti.
Selain itu, saya juga dapat mengetahui tentang sejarah kejuruteraan kimia.Tanpa membuat
folio ini sudah tentu sukar untuk saya memahami apa sebenarnya kejuruteraan kimia tersebut.
Di samping itu,saya juga dapat mengetahui tentang cabaran dan dugaan yang bakal
menimpa seorang jurutera kimia itu yang mana setiap hari mereka berhadapan dengan maut.
Akhir sekali,saya dapat tahu tentang kelebihan seorang pekerja kejuruteraan kimia tersebut.
KERJAYA YANG DIKAJI
( JURUTERA KIMIA )
Jurutera Kimia menjalankan penyelidikan dan penyeliaan operasi loji-loji kimia dan
kelengkapan untuk perlarutan, penurasan, kesejatan, kekontangan, penurunan,
kepekatan,kombinasi, penghabluran dan lain-lain operasi untuk membuat kimia berat atau
kimia halus mengikut spesifikasi.Mengkaji proses-proses yang sedia ada atau alat
kelengkapan yang digunakan, kecekapan dan tahap pengeluarannya.Menjalankan kajian
mengenai prinsip-prinsip kimia, fizik, dan kaji daya gerak haba untuk mencipta proses-proses
baru.Membaiki reka bentuk alat kelengkapan bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran.
Menyelia pemasangan alat kelengkapan untuk pengeluaran berasaskan skel yang besar
bagitujuan komersial.Mengkaji sifat-sifat kimia yang berbagai atau barang-barang kimia
seperti asid, rayon, pencelup-pencelup yang dicipta di makmal dan mencipta proses-proses
dan alat kelengkapan untuk membuatnya.Menyelia dan meyelaras aktiviti-aktiviti pekerja yang
menjalankan mesin-mesin pencanai, penyembur, pencelup, reaktor dan lain-lain alat
kelengkapan untuk mempastikan bahan- bahan mentah diperlukan dengan cekap melalui proses-
proses kimia, mekanik dan proses- proses lain.
Kejuruteraan kimia merupakan aplikasi sains, matematik, dan ekonomi kepada proses
menukarkan bahan mentah atau kimia kepada bentuk yang lebih berguna atau
berharga.Kejuruteraan kimia merangkumi reka bentuk dan baik pulih proses kimia untuk
pengilangan besar-besaran. Nama sebenar adalah tidak normal (misnomer) disebabkan kerja
juruterakimia termasuk lebih kepada pengetahuan fizikal berbanding kimia. Disebabkan
gelaran 'jurutera kimia' menyumbang kepada salah faham ini, ramai jurutera kimia digaji di
bawahgelaran 'jurutera proses'.
Perbezaan antara kejuruteraan kimia dengan kimia boleh digambarkan dengan melihat
contoh proses penghasilan jus oren. Pakar kimia menyelidik di dalam makmal menyiasat dan
menjumpai pelbagai jalan untuk mengeluarkan jus dari oren. Mekanisma termudah adalah
memotong buah oren kepada separuh dan menekan oren menggunakan mesin jus
manual.Cara yang lebih rumit dijumpai adalah dengan mengupas dan menggelek oren
untuk mendapatkan jus.Sesebuah syarikat kemudiannya akan menggaji jurutera kimia untuk
mereka kilang untuk menghasilkan beberapa tan jus oren setiap tahun. Jurutera kimia akan
menyiasat semua cara yang ada untuk menghasilkan jus oren dan menilai kesemua cara
tersebut mengikut daya ekonomi (economical viability). Jadi, walaupun kaedah jus secara
manual adalah mudah,kaedah ini tidak ekonomi untuk menggaji beberapa ribu orang untuk
menghasilkan jus oren secara manual. Oleh itu, cara yang lebih murah digunakan
(kemungkinannya teknik kupas dan gelek). Kaedah termudah bagi penghasilan di dalam
makmal tidak semestinya cara paling ekonomi untuk sesebuah kilang. Proses yang digunakan
oleh jurutera kimia (contoh: penyulingan atau penambahan klorin)dikenali sebagai operasi
unit dan mengandungi reaksi kimia atau proses pemisahan.
Dua hukum fizik yang menjadi asas reka bentuk kejuruteraan kimia adalah pemeliharaan jisim
(Conservation of mass)dan pemeliharaan tenaga ( Conservation of energy). Pergerakan jisim
dan tenaga melalui proses kimia dipertimbangkan menggunakan imbangan jisim dantenaga
yang menggunakan hukum ini pada keseluruhan kilang, unit operasi, atau bahagian peralatan
tertentu. Dalam melakukan ini, jurutera kimia menggunakan prinsip termodinamik (
thermodynamics),reaksi kinetik (reaction kinetics) dan fenomena pengangkutan
(transport phenomena). Kerja melakukan tugasan ini pada masa kini dibantu oleh simulator
proses,yang merupakan model aturcara rumit yang mampu menyelesaikan imbangan jisim
dantenaga, dan biasanya mempunyai model dalaman untuk simulasi unit operasi biasa.
Pada era kini, kejuruteraan kimia merupakan bidang yang luas yang merangkumi bidang dari bioteknologi dan nanoteknologi sehingga pemprosesan mineral. Antara cabang-cabangnya ialah:
Kejuruteraan biokimia Kejuruteraan bioperubatan ( Biomedical Engineering ) Bioteknologi ( Biotechnology )
Seramik Alam sekitar Dinamik cecair ( Fluid Dynamics ) Pemindahan haba ( heat transfer ) Sejarah kejuruteraan kimia Pemindahan jisim ( Mass transfer ) Sains mineral Teknologi nano Reaktor Proses penceraian ( separation processes ) (lihat juga: Penceraian campuran
( Separation of mixture ) ) o Proses membrane ( Membrane Processes ) o Proses penyulingan ( Distillation Processes ) o Proses pengkristalan ( Crystallization Processes )
Termodinamik Teknologi partikel ( particle technology ) Polymer Kawalan proses ( process control ) Rekabentuk proses ( process design ) Pulp dan kertas ( Pulp and Paper )
SYARAT – SYARAT KEMASUKAN IPT
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Loji Proses)
1) Syarat Minimum Kemasukan (Lepasan Matrikulasi)
Memenuhi Syarat Am Universiti Serta Keperluan Khas Program
i. Lulus Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dengan sekurang-
kurangnya mendapat PNGK 2.30
ii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Matematik dan
Kimia.
iii. Calon yang tidak mengambil mata pelajaran Fizik atau tidak mendapat sekurang-
kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Fizik di peringkat matrikulasi
dikehendaki mengambil mata pelajaran Fizik Asas di universiti.
iv. Calon dikehendaki menghantar keputusan peperikassan matrikulasi daripada
semester 1 hingga semester akhir.
v. Calon tidak boleh rabun/buta warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan
kerja amali.
vi. Lulus “Malaysian University English Test” (MUET)
* Tertakluk kepada pindaan universiti.
2) Syarat Minimum Kemasukan (Lepasan STPM)
Memenuhi Syarat Am Universiti Serta Keperluan Khas Program
i. Sekurang-kurangnya lulus Gred D dalam mata pelajaran seperti berikut :
Matematik T atau Matematik Lanjutan T; dan
Kimia
ii. Calon yang tidak mengambil mata pelajaran Fizik di peringkat STPM dikehendaki
mengambil mata pelajaran Fizik Asas di Universiti.
iii. Calon tidak boleh rabun/buta warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan
kerja amali.
iv. Lulus “Malaysian University English Test” (MUET)
* Tertakluk kepada pindaan universiti
Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (Loji Proses)
Syarat Minimum Kemasukan (Lepasan SPM)
1. Lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya serta mendapat
sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk .
1.1 Bahasa Melayu
1.2 Bahasa Inggeris
1.3 Matematik
1.4 Dua (2) Kepujian dalam mata pelajaran beriku:-
Matematik Tambahan
Fizik
Kimia
Teknologi Maklumat atau Reka Cipta
Sains Tambahan atau Biologi atau Sains
Teknologi Kejuruteraan atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
atau Teknologi Elektronik atau Teknologi Elektrik
Lukisan Kejuruteraan atau Luisan Geometri & Elektronik
Sejarah atau Geografi
1.5 Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kepujian dalam
Matematik Tambahan, Fizik atau Kimia.
2. Syarat 1.1, 1.2, 1.3 dan 1.4 boleh diperolehi dalam peperiksaan tambahan tertakluk
kepada syarat keputusan diperolehi dalam tempoh 3 tahun setelah calon lulus dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya. Keutamaan akan diberi
kepada calon yang memperolehi syarat yang ditetapkan dalam satu peperiksaan.
* Syarat rabun / buta warna perlu dimasukkan.
* Tertakluk kepada pindaan universiti.
SENARAI IPT YANG MENAWARKAN KURSUS
( KEJURUTERAAN KIMIA )
Institusi pengajian tinggi dalam negara:
-Diploma Kejuruteraan Kimia(Loji proses),UMP(Universiti Malaysia Pahang).
-Diploma Kejuruteraan Kimia,UiTm(Universiti Teknologi Mara).
-UKM(Universiti Kebangsaan Malaysia).
-USM(Universiti Sains Malaysia).
-UM(Universiti Malaya).
-UTM(Universiti Teknologi Malaysia).
-UTP(Universiti Teknologi Petronas).
-UPM(Universiti Putra Malaysia).
Institusi pengajian tinggi luar negara:
-California Institute of Technology, Amerika Syarikat
- Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat -Stanford University USA
- Princeton University, Amerika Syarikat
-University of California, Berkeley, Amerika Syarikat
- Swiss Federal Institution Of Technology Zurich, Switzerland
-Oxford University, United Kingdom
-Imperial College London, United Kingdom
- Georgia Institute of Technology, Amerika Syarikat
SKOP BIDANG KERJAYA
Jurutera bidang kimia mempraktikkan penggunaan sains kimia. Ahli Kimia
dan jurutera berganding bahu dalam makmal penyelidikan untuk memajukan produk kimia
seperti sabun pencuci, ubat-ubatan, plastik, fabrik di samping memajukan proses untuk
menghasilkan barangan ini.
Jurutera kimia kemudian menyesuaikan operasi berskala kecil yang
dijalankan dalam makmal kepada pengeluaran industri dan komersil berskala besar. Mereka
juga bekerja di bahagian jualan teknikal,pemasaran, personel,,kewangan, pengajaran dan
sebagainya.
Tugas seorang Jurutera Kimia membabitkan:
-Mentafsir dan menganalisis kertas kawalan mutu yang ditulis oleh jurutera penyelidik.
-Merekacipta dan memajukan kaedah kerja dan peralatan baru yang lebih baik serta
mengubahsuai kaedah kerja dan peralatan yang sedia ada.
-Menentukan kaedah yang paling berkesan bagi pengeluaran bahan kimia.
-Menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat serta membangunkan reka bentuk prosesdan
peralatan kimia secara komersil untuk menapis minyak mentah, cecair atau gas yang lain.
-Mengeluarkan bahan dan benda seperti bahan terbitan petroleum, letupan, produk makanan,
minuman, ubat atau bahan sintetik.
-Menentukan aspek yang berkaitan dengan pembinaan loji perkilangan kimia;
-Menentukan kaedah, bahan dan piawaian kualiti pengeluaran serta memastikannya selaras
dengan spesifikasi.
-Menyediakan piawaian kawalan dan prosedur kawalan bagi memastikan
keselamatan, perlindungan alam sekitar dan kecekapan dalam operasi dan proses pembuatan.
Mengesan dan membaiki kerosakan.
-Mengatur dan memberi nasihat berhubung dengan penyelenggaraan dan
pembaikan peralatan yang sedia ada.
-Mengkaji dan memberi nasihat berkenaan aspek teknologi bahan, produk serta proses- proses
berkaitan.
-Mengekalkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar lain yang berkaitan.
-Menyediakan laporan analisis dan lain-lain tugas yang berkaitan.
Ciri-ciri personaliti seorang jurutera kimia:
-Meminati bidang kejuruteraan kimia.
-Tidak mudah putus asa apabila mengalami kegagalan.
-Memahami masalah yang timbul dan selesaikannya dengan cara yang mudah.
-Sering membuat research tentang kandungan kimia dalam sesuatu peralatan itu.
-Sanggup menerima tomahan apabila membuat kesilapan yang besar ataupun kecil.
-Sentiasa mengambil peluang untuk mendapat projek yang lebih besar.
-Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan bahasa-Mempunyai kemahiran
komputer.
-Tekun dan bekerja keras.
-Mempunyai keinginan untuk berjaya.
-Seorang yang dinamik.
-Dapat bekerja secara berkumpulan.
Prospek kerjaya pada masa hadapan:
Syarikat yang terbabit dalam industri petroleum, gas, petrokimia, pulpa dan kertas
paling banyak menggaji Jurutera Kimia. Pengeluaran bahan kimia dan produk kimia juga
memerlukan Jurutera Kimia.
Ramai jurutera bekerja di bahagian penyelidikan dan pembangunan, namun mereka
juga diambil bekerja dalam indutri yang berkaitan dengan pengeluaran makanan, tenaga,
plastik,fiber sintetik, farmaseutikal dan logam.
Sektor kerajaan menggaji Jurutera Kimia untuk menjalankan penyelidikan dan
pembangunan dan menguatkuasakan piawai dan peraturan Syarikat-syarikat kimia menggaji
Jurutera Kimia dalam bidang pemasaran atau pengurusan. Universiti dan kolej pula
menawarkan kerjaya pensyarah kepada Jurutera Kimia yang mempunyai kelayakan yang
tinggi.
Pelajar lepasan Kejuruteraan Kimia mula bekerj sebagai jurutera rendah, ditempatkan
bekerja di samping jurutera berpengalaman. Jurutera Kimia yang mempunyai pengalaman
dan pendedahan dapat naik kapada kedudukan pengurusan dalam kerja penyelidikan,
rekaan, pengeluaran, pembinaan, jualan dan rundingan.
Oleh sebab pengambilan kerja Jurutera Kimia berkait rapat dengan pembangunan
sumber dan sektor tenaga, peluang kerja lebih banyak berubah mengikut keadaan
ekonomi berbanding kejuruteraan pengkhususan lain. Pengembangan ke bidang baru
bioteknologi dan bahan-bahan yang lebih maju mungkin meningkatkan pengambilan kerja
Jurutera Kimia. Kerumitan dan penggunaan jentera yang semakin bertambah dalam proses
kimia akan beransur-ansur meningkatkan keperluan lebih ramai Jurutera Kimia untuk
mereka,menjaga dan menguruskan kilang-kilang yang penting itu.
Kejuruteraan Kimia ialah profession yang sentiasa berubah. Peranan tradisional
JuruteraKimia berkembang ke dalam sains biologi, sains komputer, elektronik dan botani. Ini bermakna
profesion ini menjadi semakin luas. Jurutera Kimia akan datang hendaklah peka dalam
menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.
Sebagai konklusinya, peluang kerja untuk Jurutera Kimia sungguhpun terhad buat
masa ini, namun hal ini menunjukkan trend untuk bertambah pada masa depan akibat
pertambahan penduduk, penggantian jurutera yang meninggalkan kerjaya ini, peralihan
negara kepada perindustrian dan ekonomi yang berkembang pesat.
AnggaranPendapatan:
Walaupun kerjaya ini mencabar tetapi mampu memberi kepuasan.Tambahan pula,
gaji dan imbuhannya lumayan dan mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerjaya
ini. Buat masa ini, gaji permulaan seorang jurutera kimia adalah di antara RM 2000.00 hingga
RM 2500.00 sebulan.
Kerjaya sebagai Jurutera kimia sangat mencabar kerana sebagai Jurutera kimia akan
berhadapan dengan pelbagai jenis masalah dan cabaran yang berlainan setiap hari. Setiap
tugasan adalah unik kerana anda akan berhadapan dengan pelbagai situasi , tempat dan orang.
Dalam mencapai cita-cita ini calon harus memiliki ijazah dalam mana-mana bidang kejuruteraan
dari universiti tempatan atau luar negara. Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli :
-Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers
Malaysia (BEM).
Memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang
berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera kimia profesional.
BIASISWA
Biasiswa yang ditawarkan bagi kursus kejuruteraan kimia:
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Petronas.
Shell.
Yayasan United Engineers Malaysia (UEM).
Chemical Company of Malaysia (CCM).
Sime Darby.
Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Yayasan Tunku Abdul Rahman.
Yayasan Pahang.
KESIMPULAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, dengan limpah kurniaNya, dapat
juga sayamenyiapkan folio kerjaya ini. Secara keseluruhannya, Folio Kerjaya ini telah
banyak membantu saya dalam memilih bidang kerjaya dan kursus yang bersesuaian
dan bertepatan dengan personaliti saya.
Semetelahan itu, tugasan ini juga turut memberi rangsangan kepada saya untuk
meneruskan cita-cita yang saya idamkan sejak kecil lagi sehingga saya berjaya
mendapatkannya. Oleh yang demikian, saya akan memastikan saya berusaha bersungguh-
sungguh untuk mencapai tahap terbaik dalam peperiksaan SPM bagi membuka
peluang kepada saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia.
Kendatipun, tugasan ini juga telah membuka mata saya menyiapkan dir i saya
untuk memenuhi syarat-syara t kelayakan ke universi t i bagi meneruskan cita-
cita saya dalam bidang perubatan dan seterusnya mengecapi matlamat hidup saya.
Akhirul kalam, saya berdoa agar kerjaya jurutera kimia akan menjadi kenyataan di
masa hadapan.
LAMPIRAN