kerja tanah
TRANSCRIPT
8/12/2019 KERJA TANAH
http://slidepdf.com/reader/full/kerja-tanah 1/23
8/12/2019 KERJA TANAH
http://slidepdf.com/reader/full/kerja-tanah 2/23
5
Rajah 2.1 : Keratan Lapisan Turapan Jalanraya
2.2 SIFAT-SIFAT ASAS KEJURUTERAAN TANAH
Definasi tanah di dalam konteks kejuruteraan awam ialah tanah terdiri
daripada mineral yang longgar dan bahan-bahan organic yang meliputi kerak bumi
yang membentuk sebagai tanah baki dan tanah angkut, hasil daripada proses
luluhawa dan proses geologi yang berlaku dipermukaan bumi.Ciri-ciri asas tanah
boleh dikaitkan dengan kejadian dan pembentukan asal, saiz dan bentuk butiran yang
menghasilkan prinsip sifat-sifat asas kejuruteraan sesuatu jenis tanah.
2.2.1 KEBOLEHTELAPAN
Tanah merupakan satu bahan yang boleh telap air. Air bebas mengalir
menerusi liang-liang di antara zarah-zarah pepejal tanah ( Bujang K. Huat, 1991 ).
Proses aliran air berlaku disebabkan oleh wujudnya perbezaan turus tekanan. Air
mengalir dari satu titik yang mempunyai tekanan tinggi kepada satu titik yang
mempunyai tekanan rendah. Sekiranya tiada perbezaan turus tekanan, air tidak akanmengalir menerusi tanah.
8/12/2019 KERJA TANAH
http://slidepdf.com/reader/full/kerja-tanah 3/23
6
Kebolehtelapan juga merupakan satu ukuran bagi menunjukkan bagaimana
mudahnya aliran air melalui tanah. Ketelapan adalah amat penting di dalam bidang
kejuruteraan, terutamanya kepada jurutera awam untuk mengawal kadar resipan di
bawah empangan dan saliran tanah.
Terdapat beberapa faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kebolehtelapan air
di dalam tanah ( Bujang K. Huat, 1991 ) iaitu :-
1) Keliangan tanah
2) Bentuk, saiz dan susunan zarah-zarah tanah
3) Ketumpatan dan kelikatan air dalam tanah
4) Darjah ketepuan tanah
5) Jenis aliran
6) Ketebalan lapisan terserap ( bagi tanah berbutir halus )
Kebolehtelapan bergantung terutamanya kepada keliangan dan bentuk, saiz
dan susunan zarah-zarah tanah.
2.2.2 KEKUATAN RICIH TANAH
2.2.2.1 Mekanisme Kekuatan Ricih
Mekanisme kekuatan ricih merupakan aspek yang paling penting dalam
bidang kejuruteraan geoteknik. Di dalam rekabentuk struktur tambakan, analisis
kestabilan cerun serta keupayaan galas tanah asas dikuasai oleh kekuatan ricih tanah.
Mekanisme kekuatan ricih boleh didefinasikan sebagai daya rintangan
terhadap kegelinciran di antara zarah-zarah tanah sehingga tahap apabila berlakunya
gelinciran pada stah dalam jisim tanah. Ia boleh berubah apabila berlakunya
perubahan kepada daya ricih di dalam jisim tanah. Mekanisme yang disebabkan oleh
8/12/2019 KERJA TANAH
http://slidepdf.com/reader/full/kerja-tanah 4/23
7
perubahan daya ricih ini adalah disebut sebagai Mekanisme Kekuatan Ricih.( Smith,
G.N. 1982 )
Semasa bahan tambakan diletakkan pada tanah lembut, tegasan mendatar (
tegasan ricih ) yang dikenakan ke atas jisim tanah ( terutamanya tanah di bawah kaki
tambakan ) bertambah dan zarah-zarah tanah jisim tanah akan mengalami
penyusunan semula disebabkan oleh penambahan tegasan ricih. Ubahbentuk yang
terhasil akan mengurangkan keliangan di dalam jisim tanah dan justeru itu akan
meninggikan tekanan air liang.
Dengan penambahan tekanan air di dalam jisim tanah akan mengurangkan
titik persentuhan di antara zarah-zarah dan ikatan atau kejelekitan satu sama lain juga
menjadi lebih lemah mengakibatkan rintangan terhadap kegelinciran dikurangkan. Ini
berlaku apabila tiada pelepasan air di dalam tanah terjadi. Air akan mengalir keluar
dari liang tanah secara perlahan dan tekanan air turut berkurangan menyebabkan titik
persentuhan dan ikatan antara ikatan di antara zarah-zarah tanah bertambah dan ini
akan memberikan kekuatan ricih yang lebih tinggi.
Mekanisme kekuatan ricih tanah membawa dua kesan kepada jisim tanah di
bawah struktur tambakan iaitu ubahbentuk dan perubahan tekanan air liang. Jika
beban luar ditambahkan dengan kadar yang laju dan air tidak sempat untuk mengalir
keluar, kekuatan ricih akan dikurangkan sehingga berlakunya kegagalan.
2.2.2.2 Tekanan Air Liang dan Kekuatan Ricih
Kekuatan ricih tanah adalah bergantung kepada tegasan normal. Zarah-zarah
tanah terpaksa mengikat dengan lebih ketat dan jisim isipadu tanah turut berkurangan
di bawah keadaan tegasan normal. Oleh kerana isipadu zarah-zarah tanah tidak dapat
berubah, perubahan isipadu tersebut adalah berlaku pada liang-liang tanah. Jika
liang-liang tanah dipenuhi dengan air, isipadunya tetap tidak boleh diubah kecualisebahagian daripadanya disalirkan keluar.( Craig, R.F. 1978 )
8/12/2019 KERJA TANAH
http://slidepdf.com/reader/full/kerja-tanah 5/23
8
Apabila saliran air tidak boleh berlaku, sesuatu tegasan akan dihasilkan di
dalam liang air untuk menentang tegasan dari luar. Tegasan yang dihasilkan adalah
tekanan air liang. Walaupun liang tanah mingkin terdiri daripada air dan juga udara,
tekanan air liang masih lagi dihasilkan, tetapi pada tahap yang rendah. Oleh kerana
tekanan air liang adalah bersifat untuk menentang tegasan normal, rintangan terhadap
ricihan akan dikurangkan bila mana tekanan air liang positif wujud.
2.2.3 TEGASAN DALAM TANAH
Pengurangan isipadu bagi tanah tepu boleh berlaku apabila air boleh
dikeluarkan dari ruang rongga atau liang. Pengurangan isipadu bagi tanah kering
boleh berlaku apabila penyusunan semula zarah mengisi ruang rongga. Rintangan
terhadap tegasan ricih adalah hasil dari geseran pada titik-titik sentuh antara zarah
dalam rangka zarah dalam tanah. Rintangan terhadap tegasan normal adalah hasil
penambahan daya terhadap rangka zarah dalam tanah.
Bagi tanah tepu air yang memenuhi liang boleh merintangi tegasan normal
dengan penambahan tekanan. Rintangan terhadap tegasan normal dan ricih
bergantung kepada kandungan lembapan tanah, terutamanya tanah berjelekit.
2.2.4 HAD-HAD ATTERBERG
Air yang memenuhi lompang sesuatu tanah boleh memberi kesan kepada
kelakuan kejuruteraan tanah terutamanya tanah yang berzarah halus. Ini bukan sahaja
penting di dalam menentukan kandungan air dalam satu endapan tanah tetapi ianya
akan dikaitkan dan dibandingkan antara kandungan lembapan dengan beberapa aspek
kelakuan kejuruteraan yang piawai. Kelakuan tanah yang berzarah halus dikenalisebagai Had-had Atterberg iaitu Had Plastik dan Had Cecair (Azman Kassim, 2003).
8/12/2019 KERJA TANAH
http://slidepdf.com/reader/full/kerja-tanah 6/23
9
Semakin kandungan air bertambah, keadaan konsistenan tanah turut berubah
daripada pepejal rapuh kepada pepejal plastik dan kemudian kepada cecair likat
Had-had Atterberg dan kandungan lembapan merupakan unsur yang penting di
dalam pemerihalan tanah berzarah halus yang akan digunakan di dalam pengelasan
sesuatu tanah. Had-had ini juga adalah penting kerana satu korelasi ciri kejuruteraan
dan kelakuan kejuruteraan boleh diperolehi bagi zarah halus. ( Rajah 2.2 ).
2.3 UJIAN DAN SISTEM KLASIFIKASI TANAH
2.3.1 PENGENALAN
Tanah boleh diklasifikasikan kepada satu cara yang umum iaitu sebagai tidak
berjelekit atau berbutir kasar ataupun berbutir halus. Sebutan ini adalah terlalu umum
untuk membekalkan samada pengulangan atau penegeluaran semula pengenalan
tanah yang serupa. Sebagai tambahan, pengkelasan sahaja tidak mencukupi untuk
mengenalpasti samada tanah tersebut sesuai untuk digunakan sebagai bahan
pembinaan.
Terdapat beberapa sistem pengkelasan yang pernah atau yang telah pun
dicadangkan pada masa yang lalu dan pada baru-baru ini, di mana seseorang
mencadangkan satu pengubahsuaian yang baru kepada yang telah pun wujud. Jadual
2.0 dan Jadual 2.1 menunjukkan beberapa jenis sistem pengkelasan yang pernah
dicadangkan dan dua daripadanya sahaja yang digunakan sehingga pada masa
sekarang. Cadangan pengubahsuaian yang terkini ( Mirza 1982 ) iaitu untuk sistem
pengkelasan tanah bersekutu atau USCS.(Craig. R.F.1978 )
Sifat-sifat fizikal tanah tersebut digunakan di dalam meramalkan kesesuaian
jenis tanah sebagai bahan pembinaan untuk tambakan seperti empangan tanah dan
pembinaan bangunan. Manakala untuk kerja-kerja penambakan jalan adalah seperti berikut :-
8/12/2019 KERJA TANAH
http://slidepdf.com/reader/full/kerja-tanah 7/23
10
1. Peratus kelikir, pasir dan batubaur halus : memerlukan analisis
ayakan
2. Bentuk garis lengkung bagi saiz bijian : memerlukan plotan data
analisis ayakan
3. Wi, Wp dan Ip memerlukan had-had Atterberg
Penggunaan sistem pengkelasan tanah tidak hanya diperlukan untuk kajian
tanah yang lebih teliti atau untuk menguji ciri-ciri atau sifat-sifat kejuruteraan.
Contohnya, berat unit, sifat-sifat pemadatan, prestasi di bawah keadaan tepu,
kebolehrantan terhadap tindakan fros, kekuatan dan sebagainya adalah tidak
termasuk di dalam sebarang sistem pengkelasan
8/12/2019 KERJA TANAH
http://slidepdf.com/reader/full/kerja-tanah 8/23
8/12/2019 KERJA TANAH
http://slidepdf.com/reader/full/kerja-tanah 9/23
12
Jadual 2.0 : Sistem Pengkelasan Tanah Bersekutu USCS
8/12/2019 KERJA TANAH
http://slidepdf.com/reader/full/kerja-tanah 10/23
Jadual 2.1 : Sistem Pengkelasan AASHTO
8/12/2019 KERJA TANAH
http://slidepdf.com/reader/full/kerja-tanah 11/23
14
2.4 SIFAT-SIFAT SUBGRED
Sifat-sifat subgred yang baik meliputi perkara-perkara berikut:-
1. Stabil di bawah berbagai beban kenderaan dan keadaan cuaca.
Suatu lapisan subgred berupaya menanggung pelbagai jenis beban
kenderaan yang melalui di atas struktur jalanraya pada pelbagai
keadaan cuaca seperti panas, hujan, ribut dan yang seumpamanya.
2. Mempunyai kekuatan yang berkekalan sepanjang hayat
rekabentuk.
Lapisan subgred mampu menanggung kekuatan dalam jangkamasa
yang lama mengikut hayat rekabentuknya.
3. Sebaik-baiknya dapat mengalirkan air.
Suatu lapisan subgred dapat mengalirkan air agar tidak merosakkan
lapisan struktur jalanraya kerana air merupakan faktor utama yang
menyebabkan kerosakan pada struktur jalanraya.
2.5 UJIAN UJIAN PEMILIHAN SUBGRED
Ujian-ujian yang perlu dijalankan terhadap bahan untuk subgred dan
tambakan adalah :-
1. Kehilangan akibat nyalaan ( LOI ) : BS 1377 : Part 3 : 1990
8/12/2019 KERJA TANAH
http://slidepdf.com/reader/full/kerja-tanah 12/23
15
2. Had Cecair ( LL ) dan Had Plastik ( PL ) : BS 1377 : Part 2 : 1990
( Lihat Bab 3 )
3. Pemadatan : BS 1377 : Test 13 : 1975 ( Part 4 : 1990 )
( Lihat Bab 2 )
4. Nisbah Galas California ( CBR ) : BS 1377 : Test 16 : 1975
( Part 4 : 1990 ) ( Lihat Bab 3 )
2.6 KAEDAH PEMBINAAN SUBGRED
2.6.1 PENGENALAN
Pembinaan subgred di tapak hendaklah dijalankan dengan teliti bagi
memastikan ianya mencapai kekuatan yang dikehendaki. Kekuatan subgred di tapak
semasa pembinaan boleh didapati dengan melakukan ujian ke atas lapisan jalanraya
iaitu in-situ test atau ujian in-situ. Terdapat sesetengah lapisan tanah tidak sesuai
untuk dijadikan subgred dan perlu kepada pembuangan bahagian di atas lapisan yang
terdiri daripada lapisan yang tidak sesuai untuk dijadikan subgred, dilakukan dengan
menggunakan 'grader'.
Kebiasaannya, lapisan yang tidak sesuai terdiri dari tanah yang mengandungi
bahan organik seperti rumput, sampah sarap, akar-akar kayu dan sebagainya. Tanah
yang dibuang lapisan yang tidak sesuai tadi dipadatkan dengan pengawalan
kandungan lembapan supaya tanah yang dipadatkan itu betul-betul mencapai
kepadatan yang dikehendaki iaitu pada ketumpatan kering yang maksima. Pada
keadaan ini lompang udara telah diisi oleh zarah-zarah tanah.
8/12/2019 KERJA TANAH
http://slidepdf.com/reader/full/kerja-tanah 13/23
16
2.6.2 KERJA-KERJA TANAH ( EARTHWORKS )
Kerja-kerja tanah merupakan kerja-kerja yang paling awal yang perlu
dilakukan di dalam pembinaan turapan jalanraya, di mana ia juga melibatkan
pembinaan subgred. Peringkat ini paling penting di dalam kerja-kerja awalan bagi
sesuatu projek pembinaan jalanraya. Kerja-kerja tanah atau earthworks ini boleh
dibahagikan kepada:-
1. Kerja Tanah Awalan ( Clearing )
Kerja ini melibatkan pembersihan tumbuh-tumbuhan, pokok, tunggul
dan sebagainya. Permukaan tanah yang sedia ada sedalam 150mm
hendaklah ditarah dan bahan yang tidak sesuai seperti tanah gambut
hendaklah dibuang. Tanah yang baik pula boleh digunakan bagi
tujuan tambakan. Antara jentera yang digunakan adalah jentolak
( track dozer ), shovel dan tippers.
2. Kerja-kerja Pemotongan ( Cutting )
Kerja ini akan dilakukan apabila pemotongan dalam merupakan
potongan cerun. Potongan akan dilakukan secara bertingkat-tingkat
dan permukaan tanah akan digred menghala ke cerun. Perlu diketahu
bahawa kecerunan setiap permukaan tidak boleh curam daripada 1:1
bagi tanah biasa dan jika keadaan kekuatan tanah (cohessive strength )
kurang, maka kecerunan landai diperlukan. Antara jentera-jentera
yang digunakan ialah long arm excavator, grader, dozer, scrapper
dan tipper.
8/12/2019 KERJA TANAH
http://slidepdf.com/reader/full/kerja-tanah 14/23
17
3. Kerja-kerja Tambakan ( Filling and Embankment )
Kerja ini melibatkan paras jalan yang dibina melebihi ketinggian
tanah sedia ada. Hanya tanah yang sesuai sahaja boleh digunakan
untuk tambakan berdasarkan Ujian Had Plastik, Had Cecair dan Ujian
Pemadatan. Jika tanah yang ditempatkan dan ditimbus didapati tidak
boleh dimampatkan setelah diuji di makmal dan di tapak, maka ia
mestilah digantikan dengan tanah lain yang lebih sesuai. Antara
jentera-jentera yang digunakan adalah seperti dozer, grader, tippers
dan vibrating roller.
2.6.3 PEMADATAN DI TAPAK
Pemadatan merupakan satu proses untuk meningkatkan ketumpatan tanah
dengan merapatkan zarah-zarah tanah ( Bujang K. Huat, 1991 ). Pemadatan juga
boleh didefinasikan sebagai satu proses untuk memampatkan tanah di mana
lompang-lompang udara dikurangkan. Akibat daripada proses ini, isipadu udara akan
berkurangan manakala isipadu air tidak akan berubah. Proses ini amat penting
terutamanya untuk membuat asas jalan, benteng daripada timbunan tanah, asas
bangunan dan lain-lain. Proses ini juga meningkatkan berat unit bahan dengan
membuang udara dan merendahkan nisbah rongga dan ini dapat dicapai dalam masa
yang singkat.
Sama seperti pemampatan, proses pemadatan juga dapat meningkatkan berat
unit bahan dengan mengeluarkan air dari dalam bahan, tetapi memerlukan masa yang
panjang dan adakalanya berterusan walaupun kerja pembinaan telah selesai. Terdapat
faktor-faktor utama yang mempengaruhi darjah pemadatan iaitu sifat fizikal tanah,
kandungan lembapan, jentera pemadat dan tebal setiap lapisan yang dipadatkan.
Manakala faktor-faktor yang mempengaruhi pemadatan tanah ialah:-
1. kandungan air atau lembapan pada kawasan yang dipadatkan.
8/12/2019 KERJA TANAH
http://slidepdf.com/reader/full/kerja-tanah 15/23
18
2. tenaga pemadatan yang dikenakan kepada tanah.
3. sifat-sifat atau ciri-ciri tanah.
4. had kerja pemadatan yang dilakukan.
Proses pemadatan ini dijalankan dengan menggunakan daya mekanikal
samada secara penggelekkan atau hentaman yang menyebabkan pemampatan
tanah.Ini boleh diperolehi daripada perkaitan di antara kandungan lembapan dan
pemadatan ( Rajah 2.3 ). Kebiasaannya proses ini dijalankan ke atas tanah tambakan
di mana dalam kerja-kerja pembinaan jalanraya tanah tambakan yang tidak dipadat
tidak dapat menanggung beban kenderaan yang menggunakan jalanraya.
Kebiasaannya, proses pemadatan dilakukan lapisan demi lapisan di mana tebal setiap
lapisan adalah di antara 200 - 300mm.
Rajah 2.3 : Hubungan di antara kandungan lembapan dan pemadatan
8/12/2019 KERJA TANAH
http://slidepdf.com/reader/full/kerja-tanah 16/23
19
2.7 JENTERA-JENTERA PEMBINAAN SUBGRED
2.7.1 PENGENALAN
Industri pembinaan merupakan salah satu sektor ekonomi yang utama di
Malaysia. Pertumbuhan yang pesat telah menuntut produktiviti yang lebih tinggi
yang telah dipantulkan oleh pertambahan nisbah jentera dan peralatan yang
digunakan di dalam kerja-kerja pembinaan.oleh itu adalah penting bagi kita untuk
menyedari serta peka akan teknologi, aplikasi dan pentadbiran bagi jentera-jentera
pembinaan.
Industri pembinaan boleh dipecahkan kepada dua kumpulan yang nyata iaitu
kejuruteraan awam dan pembinaan bangunan. Kejuruteraan awam adalah berkenaan
dengan penubuhan infrastruktur sesebuah negara terutamanya jalanraya, jambatan
dan lain-lain. Manakala pembinaan bangunan adalah bertumpukan kepada
perumahan, kilang dan pejabat. peralatan pembinaan dari segi pemilihan adalah
biasanya umum bagi kedua-dua belah pihak. Walaubagaimanapun kerja-kerja
kejuruteraan lebih cenderung kepada peralatan pembinaan terutamanya jentera-
jentera bagi kerja tanah.
Sebelum memutuskan untuk menggunakan sebarang jenis jentera terhadap
aktiviti ini, keadaan di tapak dan isipadu kerja yang diperlukan mestilah ekonomikal.
Pemilihan, pentadbiran dan pemeliharaan jentera pembinaan adalah amat penting
sekali. Pemilihan jentera mestilah berdasarkan kepada pengalaman, kebiasaan
penggunaan mesin khususnya serta kebolehdapatan mesin tersebut.
8/12/2019 KERJA TANAH
http://slidepdf.com/reader/full/kerja-tanah 17/23
20
2.7.2 FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JENTERA PEMBINAAN
Faktor-faktor yang harus dipertimbangkan dalam pemilihan jentera
pembinaan bagi sesuatu projek pembinaan subgred adalah:-
1. Fungsi yang akan dijalankan
Kebolehan peralatan untuk melaksanakan kerja tertentu. Contohnya,
jenis peralatan di dalam kebanyakan jenis perlu diatasi dengan
gabungan yang mendatar, menegak dan pergerakan jentera tersebut
2. Piawaian atau jenis peralatan khas
Bergantung kepada had bagi seseorang kontraktor yang akan
menggunakannya di dalam operasi pembinaan. Ini mungkin piawaian
bagi seseorang kontraktor tetapi mungkin lebih istimewa kepada
kontraktor yang lain.Piawaian peralatan boleh digunakan pada secara
ekonomik lebih daripada satu projek dan memperbaiki bahagian-
bahagian yang boleh diperolehi dengan cepat daripada yang asal
3. Muatan peralatan
Isipadu yang perlu dibuang adalah bergantung kepada masa yang
4. Cara operasi
Jarak dan arah perjalanan, kelajuan dan gerakan, turutan gerakan ,
tanah dan lain-lain mestilah dipertimbangkan terlebih dahulu
8/12/2019 KERJA TANAH
http://slidepdf.com/reader/full/kerja-tanah 18/23
21
2.7.3 JENIS-JENIS JENTERA PEMBINAAN
Jenis-jenis jentera yang digunakan di dalam pembinaan subgred serta
pembinaan jalanraya adalah seperti di dalam Jadual 2.2
Jadual 2.2 : Jenis-jenis Jentera Pembinaan
Jentera Ciri-ciri Fungsi
Pengikis
( Scrapers )
1. Mempunyai satu unit kuasa 1. Menggali dan
mengangkut tanah pada
permukaan yang telah
dikorek
2. Menghasilkan aras
formasi yang lebih licin
Penggred
( Graders )
1. Sama seperti jentolak 1. Untuk kemasan
keluasan tanah yang
besar
2. Menggred permukaan
tanah untuk kerja-kerja
korekan di luar kawasan
tapak kerja
Penggred
Enam Roda
(Six Wheeled
Drive Graders)
1. Mempunyai tahap
‘manoeuvrability’ yang
amat baik
1. Untuk kerja-kerja berat
dan keadaan underfoot
yang tidak elok
keadaannya
8/12/2019 KERJA TANAH
http://slidepdf.com/reader/full/kerja-tanah 19/23
22
Jadual 2.2 : Jenis-jenis Jentera Pembinaan
Jentera Ciri-ciri Fungsi
Penggred
Empat Roda
(Four Wheeled
Drive Graders)
1. Mempunyai traction yang
tinggi untuk setiap berat
mesin
2. Memerlukan laluan kerja
yang besar
1. Mengaras dan
meratakan keadaan
permukaan tanah yang
mendatar
2. Mengaras dan
meratakan cerun dan
permukaan tanah yang
tegak
3. Membentuk longkang
4. Menimbus dan
memadatkan tanah
sepanjang korekan
Penggred
Bersendi
(Articulated
Graders)
1. Mempunyai kebolehan
untuk bergerak ke
pertengahan paksi
2. Mempunyai jejari
pusingan yang lebih kecil
supaya boleh berputar
dengan cepat
1. Mengaras dan
meratakan keadaan
permukaan tanah yang
mendatar
2. Mengaras dan
meratakan cerun dan
permukaan tanah yang
tegak
3. Membentuk longkang
4. Menimbus dan
memadatkan tanah
sepanjang korekan
8/12/2019 KERJA TANAH
http://slidepdf.com/reader/full/kerja-tanah 20/23
23
Jadual 2.2 : Jenis Jentera Pembinaan
Jentera Ciri-ciri Fungsi
Penyodok /
Jengkaut (Tractor
Shovels / Loaders)
1. Mempunyai satu unit
kuasa dalam bentuk roda
atau crawler yang
dikawal secara hidraulik
2. Adakalanya dipanggil
‘loading shovel’ atau
‘front-end loader’
1. Untuk mencedok bahan
yang longgar
2. Menaikkan muatan
yang rosak ke satu
kedudukan untuk
mengeluarkan muatan
kepada lori
3. Menyebarkan dan
memadatkan bahan
Penyodok Muka
(Face Shovel)
1. Mempunyai banyak jenis
seperti ‘face
shovel’,’drag
shovel’,’crowd
shovel’,’luffing shovel’
dan ‘skimmer’
2. Terdiri daripada ‘crawler
mounted’ atau ‘wheeled
mounted’
1. Digunakan sebagai
penyodok muatan atau
menggali benteng
2. Digunakan untuk
melonggarkan dan
memuatkan bahan dan
kebanyakannya
digunakan di kuari dan
pemotongan jalan
Pengorek Kaut
(Backhoe)
1. Dikenali juga sebagai ‘pull
shovel’,’drag shovel’
1. Digunakan untuk
menggali di bawah aras
formasi seperti
longkang, asas dan
untuk kerja-kerja
korekan yang lain
2. Boleh dijalankan secara
hidraulik
8/12/2019 KERJA TANAH
http://slidepdf.com/reader/full/kerja-tanah 21/23
24
2.8 JENTERA PEMADATAN
Kerja-kerja tanah seperti pemadatan boleh dicapai berdasarkan kepada jenis
jentera-jentera pemadatan yang digunakan. Jentera pemadatan merupakan jentera
pembinaan yang paling penting di dalam proses pemadatan tanah bagi tanah tambak
dan subgred. Jenis-jenis jentera pemadatan yang digunakan adalah seperti yang
ditunjukkan di dalam Jadual 2.3. Ini termasuklah jenis-jenis jentera penggelek yang
digunakan di dalam kerja-kerja pemadatan tanah tambak serta subgred seperti yang
ditunjukkan di dalam Jadual 2.4
Jadual 2.3 : Jentera Pemadatan
Jentera Fungsi
1. Smooth drum;
Steel wheeled rollers
2. Vibrating rollers &
tampers
3. Rubber tyred rollers
4.Sheepfoot,wedgefoot,
padfoot rollers
Menggunakan tekanan statik
terhadap bahan
Menggunakan tekanan dan
menggetarkan bahan/tanah
Mengenakan tekanan melalui
getah yang fleksibel di mana
lebih cenderung kepada
menguli bahan
Tamping tanah; rola akan
tenggelam di dalam tanah
yang longgar dan akan
memadatkan bahagian lapisan
tanah rendah yang pertama
8/12/2019 KERJA TANAH
http://slidepdf.com/reader/full/kerja-tanah 22/23
25
Jadual 2.3 : Jentera Pemadatan
Jentera Fungsi
5. Hand-held rammers Memadat berdasarkan impak
daripada rammer foot
Jadual 2.4 : Jenis-jenis Jentera Penggelek
Jentera Ciri-ciri Fungsi
Penggelek beroda
licin
1. Sesuai untuk digunakan
terhadap kebanyakan
bahan kecuali pasir
bersih dan batu yang
bersaiz besar
2. Boleh dibawa naik ke
atas kawasan yang tinggi
3. Boleh dijalankan pada
tanah yang mendatar dan
permukaan yang seragam
1. Boleh memadatkan
lapisan tanah setebal
250mm
2. Memadatkan tanah dari
permukaan dan menuju
ke bawah yang
memerlukan 4 hingga 6
laluan untuk memadat
lapisan tanah
Pneumatic Tyred
Roller
1. Sesuai digunakan di
dalam kawasan yang
basah, bertujuan untuk
menutup permukaan
yang telah diisi oleh air
hujan
2. Digunakan bagi kerja
tanah di mana bahan
adalah kohesif seperti
tanah liat,tanah liat
berbutir atau ‘loam’
yang bebas dari batu
8/12/2019 KERJA TANAH
http://slidepdf.com/reader/full/kerja-tanah 23/23
26
Jadual 2.4 : Jenis-jenis Jentera Penggelek
Jentera Ciri-ciri Fungsi
Tamping Roller 1. Boleh digunakan di atas
kawasan yang kasar yang
tidak sesuai kepada
penggelek beroda licin
1. Sesuai memadatkan
lapisan tanah sehingga
ketebalan 250mm
2. Aplikasi normal untuk
jenis tamping adalah
untuk memadatkan
bahan tanah liat,tanah
liat berbutir dan tanah
liat berpasir