kerja latihan sajak ' dialog buat anak
TRANSCRIPT
8/8/2019 Kerja Latihan Sajak ' Dialog Buat Anak'
http://slidepdf.com/reader/full/kerja-latihan-sajak-dialog-buat-anak 1/2
Sajak Dialog Buat Anak
yah anak tak payah lagilah kaubaca buku cerita
burung bangau dengan ikan seluang
tapi bacalah buku bagaimana hendak ke bulankerana dunia ini bakal ditinggalkan.
hari ini atau esok
adalah utusan sebuah tamadun
dalam sandiwara yang pernah ditontonkan
rama mati dalam satu panggilan
dan sita tak mau berkata apa-apa
ketika penonton dibisukan dalam udara dingin
yang nyaman.
kini tanah laman dan padang permainan telahkebanjiran
para peneroka entah dari mana datangnyatau-tau kita di hutan mati pada tanah yang tak
berpenghuni
ada hanyut di air mata dalam rumah yang tak
bertepi.
lihatlah anak
betapa ghairahnya mereka mencari tapak
peninggalan
yang berada menyisa segala tidak kira apa warna
dan engkau bakal melihat dengan memejamkan
mata
kerana selama jaga kita mimpi
pada kebenaran tak kunjung tiba
sedang sebuah jalan lurus entah bagaimana boleh
dipesongkan!
Demikianlah anak
hidup hari ini adalah permulaan hari esok dan ia bakal menyisihkan jika kau lupa dan
dilupakan
justeru kaulah bakal menentukan hari depan yanggampang
bukan pada janji atau harapan dari seluang
yang hilang dari ingatan.
Bengkurong Brunei, Mei 1995. Abdullah Idris
8/8/2019 Kerja Latihan Sajak ' Dialog Buat Anak'
http://slidepdf.com/reader/full/kerja-latihan-sajak-dialog-buat-anak 2/2
Kerja Latihan
1) Apakah Bentuk sajak ini?
2) Huraikan gaya bahasa yang terkandung didalam sajak ini?
3) Prosakan sajak ini?4) Apakah Tema dan Persoalan sajak Ini?
Arahan: Anda boleh menghantarkan jawaban kepada emel Seni-pusaka-