kerja kursus semester 03.docx
DESCRIPTION
4TRANSCRIPT
MOHD NOR RIDZWAN BIN DOLLAH.
870504-06-6169
MOHD SHAHIDAN BIN ISMAIL.
881223-08-5279
FAUZUL AZMI BIN ABD. GHANI.
870610-11-5155
KAJIAN SOSIAL
EN. ABDULLAH BIN ABDUL RAHMAN
TARIKH HANTAR : 22 OKTOBER 2007
Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali
nurkilan dan ringkasan yang tiap- tiap satunya telah kami jelaskan
sumbernya.
Tandatangan :
Nama Penulis : Mohd Shahidan bin Ismail.
Tandatangan :
Nama Penulis : Mohd Nor Ridzwan bin Dollah.
Tandatangan :
Nama Penulis : Fauzul Azmi bin Abd. Ghani
Tarikh : 22 Oktober 2007.
Biodata
KERJA KURSUS KAJIAN SOSIAL SEMESTER TIGA
AMBILAN SESI JULAI 2006PPISMP PJ/BI/BM/KS
NAMA : FAUZUL AZMI BIN A. GHANI
ALAMAT : A- 86 KG MAK KEMASBUKIT PAYONG21400 MARANGTERENGGANU
NO K/P : 870610115155
NO MATRIK : 06/00604
KELULUSAN: SPM
OPSYEN : PPISMP PJ 02
FALSAFAH : HIDUP BIAR TAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN
NAMA ; MOHD NOR RIDZWAN BIN DOLLAH.
NO K.P; 870504-06-6169.
NO MATRIK : IPKB/Jul/06/00601
KETURUNAN; MELAYU.
JANTINA; LELAKI.
AGAMA; ISLAM.
KUMPULAN; PPISMP PJ 02.
SEMESTER; SEMESTER 01 ( PERSEDIAAN )
SESI; JULAI 2006.
TARIKH LAHIR; 04 MEI 1987.
TEMPAT LAHIR; KG BATU ENAM, SG LEMBING.
STATUS; PELAJAR & BUJANG.
PRINSIP : AMANAH DALAM HIDUP.
ALAMAT; NO.52, KG. BATU ENAM, JALAN
SG. LEMBING,26200 KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.
TEMPAT PENGAJIAN; INSTITUT PERGURUAN
KOTA BHARU, KELANTAN.
NAMA : MOHD SHAHIDAN BIN ISMAIL
NO. KAD PENGENALAN : 881223085279
TARIKH LAHIR : 23 DISEMBER 1988
TEMPAT LAHIR : SITIAWAN, PERAK
STATUS : BUJANG
KELAYAKAN : SPM
KURSUS : PPISMP PJ
SEMESTER : SATU
NAMA INSTITUT : INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU
ALAMAT PENGAJIAN : 16109, KOTA BHARU, PENGKALAN CHEPA, KELANTAN.
PRINSIP HIDUP : NIAT ITU PENTING.
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN PENGAKUAN i
HALAMAN MUKASURAT ii
BIODATA iii
PENGHARGAAN vi
1. SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA 1
2. KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN 28
3. PEMBINAAN NEGARA BANGSA 37
4. REFLEKSI 51
5. KOLABORASI 57
6. BIBLIOGRAFI 59
7. LAMPIRAN
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam manis pembuka bicara….
Terlebih dahulu kami ingin memanjat kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah
mengizinkan kami menyempurnakan tugasan ini dengan sebaik mungkin.
Di sini kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang
mengajar mata pelajaran Kajian Sosial kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan
menerangkan cara melakukan tugasan dengan sempurna. Beliau telah membuka
ruang kepada kami untuk melakukan sesuatu kerja dengan cekap.
Di samping itu,kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu
bapa kami kerana banyak memberi dorongan kepada kami semasa kami
menjalankan tugasan ini terutamanya dari segi kewangan. Begitu juga kepada
kawan-kawan yang sudi memberi tunjuk ajar dan sering membantu kami semasa
tugasan dibuat.
Selain itu, ucapan terima kasih juga kami hulurkan kepada senior-senior yang
tidak jemu membantu kami semasa melaksanakan tugasan ini.
Daripada pelaksanaan tugasan ini, kami telah mempelajari cara untuk
menguruskan masa dengan betul dan wujud interaksi serta kerjasama yang baik
antara kami.
Justeru itu, kami amat berbangga dan senang hati kerana dapat menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.
SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA
Perjuangan menentang penjajah di Tanah Melayu telah bermula sejak awal
kurun ke-20 lagi. Penentangan ini bertujuan untuk mendapatkan hak kebebasan.
Gerakan penentangan ini telah mewujudkan kesedaran untuk membaiki taraf
pendidikan , ekonomi dan menjana semangat bersatu padu sebagai satu bangsa telah
menjadi titik permulaan untuk membentuk satu Negara yang berdaulat.
Sebab-sebab penentangan penduduk di Tanah Melayu sebelum perang dunia
kedua ialah:
1) dasar penaklukan British ; Naning telah dipaksa menjadi jajahan British dan
membayar ufti.
2) Penguasaan ekonomi tempatan ; british mengeksploitasi ekonomi tempatan
3) Perlaksanaan system pentadbiran barat ; pengenalan system cukai , undang-
undang dan peraturan tanah oleh british adalah untuk mendapatkan hasil
yang maksimum.
4) Campur tangan dalam adat istiadat tempatan ; penduduk tempatan dipaksa
menerima nilai barat yang bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat
tempatan.
5) Kehilangan kuasa di kalangan pemimpin tempatan ; pemimpin tempatan
kehilangan kuasa dan pengaruh dalam pentadbiran ke atas kawasan-
kawasan dan anak buahnya
6) Kesulitan penduduk tempatan ; british telah memperkenalkan undang-
undang yang menyulitkan kehidupan mereka.
Diantara pemimpin tempatan yang berusaha menentang penjajah adalah :
Tokoh Negeri
Dol said Naming
Dato’ Maharaja Lela Perak
Linggir Abang Apong
Rentap
Sharif Masahor
Sarawak
Yamtuan Antah Negeri Sembilan
Mat Salleh
Mat Safar Sabah
Dato’ Bahaman Pahang
Tok Janggut Kelantan
Haji abdul Rahman Limbong Terengganu
Perjuangan Nasionalisme oleh Persatuan-persatuan Melayu
Persatuan Pemimpin Infomasi
Kesatuan Melayu
Singapura
Diasaskan oleh
Eunos Abdullah
Tengku KAdir
Embok Suloh
*ditubuhkan pada Tahun 1926
*Untuk menjaga kepentingan
sosioekonomi Orang Mealyu
Singapura
Persatuan
Sahabat
Pena(PASPAM)
S.M zainal
Abidin Ahmad
*ditubuhkan pada tahun 1934
*bertujuan menggalakkan ahli-
ahlinya berkenalan di antara satu
sama lain dan bertukar-tukar
pendapat untuk memajukan diri
sendiri dan bangsa
*merupakan sebuah organisasi
yang kemas dan mempunyai
perlembagaan sendiri
Persatuan-
persatuan negari
-persatuan Melayu Peraj
-Persatuan Melayu Selangor
-Persatuan Negeri Sembilan
-Persatuan Melayu Pahang
* tujuan Untuk penggabungan
utama Intelek Melayu dalam satu
forum
Kesatuan Melayu
Muda(KMM
ibrahim Hj.
Yaakob
*antata tindakan Persatuan ini:
menjadi badan propaganda
Jepun
ii. Membeli Warta Malaya Untuk
menjadi alat propaganda anti
british
Gerakan NAsionalisme semasa pendudukan Jepun
( 1942-1945)
1. pemerintahan Jepun sangat tegas telah menyekat kebebasan rakyat untuk
bersuara.
2. Jepun hanya membenarkan pertubuhan-pertubuhan yang mneyokongnya
bergerak di bawah pengawasannya.
3. Ahmad Boestaman telah menubuhkan BArisan Pemuda di Perak bagi
menyatukan pemuda-pemuda Melayu. Mereka dilatih berkawad sebagai tentera
sukarela Jepun.
4. Parti Komunis Malaya pula telah menubuhkan pasukan bawah tanah utnuk
menentang Jepun dengan sokongan British, Iaitu MPAJA
5. pasukan Bintang Tiga telah ditubuhkan dan keahliannya terdiri daripada tiga
bangsa utama di Tanah Melayu ; Cina, India dan Melayu.
6. Orang Melayu telah menubuhkan Force 136 untuk menjalankan gerakan secara
gerila di hutan
7. PAsukan Wataniah telah ditubuhkan sebagai pasukan sukarelawan untuk
menentang Jepun.
8. Kekalahan Jepun pada perang dunia kedua telah menyebabkan British kembali
memerintah Tanah Melayu
Pentadbiran Tentera British ( British Military Administration)
1945- 1946
Pengunduran Jepun di Tanah Melayu berlaku secara drastic dan ini
mengakibatkan kekosongan ruang kekuasaan (power Vacuum) . keadaan ini digunakan
oelh Parti Komunis Malaya apabila Tentera Bintang Tiga membuat huru-hara di Tanah
Melayu. Bagi mengatasi masalah yang lebih besar, kerajaan British menghantar
tenteranya ke Tanah Melayu secepat mungkin dan membentuk Pentadbiran Tentera
British atau British Military Administration (BMA). BMA di tubuhkan untuk mewujudkan
keadaan tenteram di TAnah Melayu dan mengembalikan kepercayaan orang Melayu
terhadap British.
Pada 31 Mac 1946 , BMA dibubarkan dan pemerintahan rasmi kerajaan British
kembali menerajui pemerintahan di Tanah Melayu.
Penduduk Tanah Melayu semakin menginginkan kemerdekaan disebabkan :
i. Kuasa penjajah barat mula membuka ruang pembebasan diri bagi Negara-
negara yang terjajah akibat beban ekonomi dan pengurusan yang tinggi
tepaksaa ditanggung oleh penjajah
ii. Didorong oleh perjuangan kemerdekaan di sesetengah Negara seperti
Indonesia mencetus kebangkitan minat yang sama di Negara-negara sekitar.
iii. Slogan kebebasan yang dilaungkan oelh Amerika Syarikat dilihat sebagai
suatu isyarat kepada rakan-rakan Kuasa Berikat supaya membebaskan tanah
jajahan yang ada,
iv. Resolusi PBB yang memutuskan supaya tanah-tanah jajahan diberikan
kemerdekaan.
v. Kemerdekaan Myanmar, India dan Pakistan menggalakkan lagi suasana
yang ada.
Namun berbeza di Tanah Melayu, kekayaan dan keunikan masyarakatnya
menyebabkan British menangguhkan usaha kemerdekaan yang diimpikan oleh semua
pihak. British telah hadir kembali di Tanah Melayu dengan Gagasan Malayan Union
(kesatuan Malaya).
Malayan Union 1946-1948
Penubuhan ini bermatlamatkan untuk
i. memusatkan dan menyatukan semua pentadbiran di Tanah Melayu.
ii. Pentadbiran yang menurut British akan berjalan dengan lancar, cekap dan
licin juga mnegukuhkan system pertahanan serta menjimatkan kos
iii. Sebagai persediaan menggabungkan kesemua kaum di Negara ini dalam
suatu bentuk persamaan iaitu kewarganegaraan dan persamaan hak.
Sebab-sebab pengenalan Malayan Union
i. persediaan kepada Tanah Melayu untuk pemerintahan sendiri
ii. british inginmemastikan kuasan politik orang Melayu dapat dikurangkan
disebabkan curiga terhadap orang Melayu yang telah bekerjasama dengan
Jepun.
iii. Untuk menjamin penguasaan British ke atas sumber ekonomi Tanah Melayu
iv. Membentuk satu bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang
melupakan Negara asal dan memberi taat setia kepada Malayan Union.
v. Menyatukan tiga unit pentadbiran sedia ada, iaitu NEgeri-negeri Melayu
Bersekutu (NNMB), Negeri-negeri Selat (NNS) dan Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu (NNMTB) kepada satu pentadbiran.
vi. Mengadakan satu bentuk pentadbiran
Kesan-kesan Penubuhan Malaan Union
a) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Malayan Union secara langsung membuka jalan kepada terbentuknya
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Isi kandungan perlembagaan ini
merupakan isi kandungan yang telah diperbaiki daripada rancangan Malayan
Union.
b) Kewujudan Parti-parti Politik
Menjadi factor penggalak kepada tertubuhnya parti-parti politik di Tanah
Melayu. Kesan secara langsung yang jelas ialah tertubuhnya Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malayan Nation Organization
(UMNO) pada 11 mei 1946. UMNO telah membawa kepada gerakan kearah
kemerdekaan dan menjadi kuasa pengimbang dalam mewujudkan perpaduan
yang dicari bagi memperoleh kemerdekaan Tanah Melayu 1957
c) Kesedaran akan Pemerintahan Sendiri
Malayan Union juga tidak ketinggalan membuka mata kepada penduduk
Negara ini bahawa orang melayu boleh memerintah dan mentadbir kerajaan
sendiri. Malayan Union juga menonjolkan bahawa dengan kerjasama dan
toleransi kaum, sesuatu matlamat dpat dicapai. Justeru itu, dengan
perpaduan, kemerdekaan dapat dicapai seperti yang dikehendaki oleh semua
pihak. Malayan Union juga memberi gambaran jelas bahawa kewujudan
kerajaan sendiri tanpa perpaduan adalah sukar.
Persekutuan Tanah Melayu 1948
Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 1hb. Februari 1948 melalui perjanjian
Persekutuan. Perjanjian Persekutuan merupakan hasil desakan seluruh orang Melayu
tehadap British.
Langkah-langkah Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu:
1. Penubuhan Jawatankuasa Eksekutif terdiri daripada Pegawai kanan British,
pemimpin UMNO dan wakil raja-raja Melayu.
2. Mesyuarat membincangkan lima tuntutan orang Melayu. Lima tuntutan orang
Melayu.
i. Menolak dasar dan prinsip Malayan Union
ii. Mahukan sebuah Persekutuan seperti NNMB
iii. Tolak kerakyatan terbuka Malayan Union
iv. Perlindungan orang dan Negara Melayu dipulihkan
v. Raja-raja Melayusebagai ketua negri Melayu dipulihkan semula
3. perundingan ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal Melayu pimpinan
Dr. Burhanuddin al-Helmy.
Sebab penentangan:
(a) TIada wakil orang dagang dalam Jawatankuasa Eksekutif
(b) Mahukan Negara republic seperti Indonesia
(c) Kemerdekaan penuh
4. penubuhan Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya (AMCJA) dan PUsat
Tenaga Rakyat (PUTERA)
5. AMCJA dan PUTERA mengadakan ceramah politik, mogok, demonstrasi dan
mencadangkan Perlembagaan Rakyat.
6. Britidh menubuhkan Jawatankuasa Perundingan bagi mendapatkan pandangan
mereka dan menyediakan Perjanjian Persekutuan 1948.
7. Akhirnya ,Perjanjian Persekutuan ini telah ditandatangani pada 21 hb Januari
1948 di antara Raja-raja Melayu dan British di King’s House , kuala Lumpur.
Pilihan raya Majlis Tempatan 1951-1952
Proses demokrasi secara rasmi diperkenalkan pada Pilihan Raya Majlis
Tempatan sebagai satu langkah kea rah memupuk perpaduan di kalangan kaum.
Keputusannya, gabungan UMNO dan MCA berjaya memenangi 9 daripada 12 kerusi
yang dipertandingkan
PERKEMBANGAN PARTI POLITIK 1952-1955
United Malays National Organization (UMNO)
Umno merupakan parti politik yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Perkumpulan
orang-orang Melayu bergabung di dalam sati kongres yang dikenali sebagai KOngres
Melayu se-Malaysia. Perhimpunan pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada Mac,
1946. pada 11 Mei, 1946 satu persidangan rasmi diadakan di IStana Sultan Ibrahim,
Johor Bahru yang disertai oleh 40 buah persatuan Melayu termasuk sebuah persatuan
orang asli. HAsil perhimpunan menghasilkan sebuah parti politik abru yang dikenali
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersekutu (PEKEMBAR) atau United Malays National
Organization (UMNO). Dato’ Onn Jaafar dilantik sebagai presiden yang pertama.
Umno ditubuhkan dengan tujuan untuk mengadakan rapat umum dan
menentang Malayan Union . Penubuham UMNO mengerakkan tumpuan perhatian
orang MElayu supaya bersatu padu.
Malayan Chinese Association
Pada Januari 1949, Tan Cheng Lock telah mengumumkan rancangan
penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) berasaskan pada memperjuangkan
kepentingan masyarakat CIna di Tanah Melayu. Tujuan beliau adalah untuk melahirkan
kesedaran baru di kalangan kaum Cina dan menganggap Tanah Malayu sebagai tanah
air dan tempat mencurahkan taat setia mereka. Di samping itu, Leong Yew Koh iaitu
seorang pemimpin Cina yang menetap di Perak telah mengutarakan hasratnya
menyatupadukan seluruh kaum Cina di Tanah Melayu dalam ssuatu pertubuhan
bersifat kebajikan.
Pada 27 Februari 1949 , Persatuan Cina Malaya(MCA) berjaya ditubuhkan dan
Tan Cheng Lock dipilih sebagai presiden yang pertama. Penubuhan MCA juga
bertujuan mengawal kaum-kaum Cina daripada pengaruh komunis.
Malayan Indian Congress (MIC)
Parti ini telah ditubuhkan pada Ogos 1946 di Tanah Melayu. Ia ditubuhkan aas
keperluan komuniti India selepas zaman pemerintahan British selain mewakili kaum
India dalam arus pembangunan Negara selepas zaman peperangan.
PILIHAN RAYA UMUM 1955
Parti perikatan telah meletakkan calon-calon bagi kesemua 52 kerusi yang
dipertandingkan. Seramai 1.6 juta orang penduduk yang layak mengundi dan daripada
angka ini 1.28 juta telah mendaftar mengundi . sejumlah 85% daripada yang mendaftar
itu telah keluar mengundi , antara pengundi yang berdaftar didapati 84% daripadanya
Melayu, 11% CIna dan kurang daripada 5% penduduk berketurunan India.
Sungguhpun peratusan menunjukkan kelebihan yang besar bagi undi Melayu
tetapi Perikatan telah meletakkan Cuma 35 calon Melayu daripada UMNO, 15 calon
Cina daripada MCA dan 2 Calon daripada MIC.
Keputusan Pilihan Raya UMUM 1955
Parti yang bertanding Bilangan kerusi Kerusi yang dimenangi
Perikatan 52 51
Parti Negara 30 0
PAS 11 1
Bebas 18 0
Tunku Abdul Rahman selaku Yang Dipertua UMNO dan Pengerusi Perikatan
dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Tunku telah menetapkan 6
orang MCA dan seorang daripada wakil MIC.
Rundingan Kemerdekaan 1956
Langkah pertama dalam proses mendapatkan kemerdekaan ialah dengan
menghantar rombongan ke London untuk berunding dengan penjajah British.
Pemergian rombongan perunding kemerdekaan ini juga dikenali dengan misi
kemerdekaan ke London. . Misi ini disertai oleh empat orang wakil Raja-raja Hasil
daripada perbincangan yang diadakan. Hasilnya:
Kerajaan British akan memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan
pemerintahan secara demokrasi
Selaras dengan tanggungjawabnya terhadap Komanwel, British juag mendapat
hak menempatkan tenteranya di Negara ini
Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal perlembagaan TAnah Melayu
yang dinamakan Suruhanjaya Reid
Suruhanjaya Reid
Sebuah suruhanjaya bagi merangka perlembangaan yang bersesuaian dengan
keperluan TAnah Melayu yang merdeka. Suruhanjaya Reids dipengerusikan oleh Lord
Reid (Britain) dan Sir Ivor Jennings (Britain) manakala ahli-ahlinya terdiri daripada Sir
Wiliam MCKell (Australia), Hakim B. Malik(India) dan Hakim Abdul HAmid (Pakistan).
Rangka perlembagaan Persekutuan yang telah siap dan dipersetujui oleh
kebanyakan pihak kemudiannya dibawa kepada majlis raja-raja Melayu bagi
mendapatkan perkenan. Setelah dipertimbangkan oleh Majlis Raja-raja Melayu akan isi
perlembagaan yang dicadangkan, perlembagaan ini telah mendapat perkenan sebagai
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada Mei 1957. Perlembagaan ini
diisytiharkan secara rasmi pada bulan Ogos 1957 sebelum kemerdekaan diisytiharkan.
Pengisytiharan Kemerdekaan 31 Ogos 1957
Pada MAlam 31 Ogos 1957 tepat jam 12.00 tengah malam, perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan secara rasmi dengan menurunkan bendera
Union Jack. Pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman telah membuat pengisytiharan
kemerdekaan dengan laungan ”merdeka” dihadapan lebih kurang 20,000 penduduk
Tanah Melayu di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.
Pembentukan Persekutuan Malaysia
Walaupun Persekutuan Tanah Melayu secara rasminya disytiharkan
merdeka ,wilayah-wilayah negeri Melayu yang lain seperti Singapura, Sarawakk,
Borneo Utara (Sabah) dan Brunei Utara dan Brunei masih lagi menjadi tanah jajahan
British.
Cadangan dan idea bagi menggabungkan kesemua wilayah ini sebagai sebuah Negara
telah dibuat beberapa kali sejak 1880-an sehinggalah tahun1960.
Cadangan Awal Penubuhan Gagasan Malaysia
Cadangan kepada penubuhan Negara gabungan dalam bentuk penyatuan politik
telah dinyatakan buat pertama kali pada tahun 1887-88 secara serius oleh Lord
Brassey, salah seorang anggota pengarah dalam Syarikat Berpiagam Borneo Utara
British. MAksud Beliau pada ketika itu ialah mewujudkan percantuman negeri-negeri
Tanah Melayu, Singapura dan wilayah-wilayah Borneo supaya pihak British dapat
membentuk sebuah tanah jajahan yang besar. Bagaimanapun, cadangan beliau pada
ketika itu tidak mendapat perhatian pihak British. Seorang lagi pegawai British iaitu
Frank Swettenham juga pernah menyampaikan cadangan yang sama kemudiannya
ketika sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua, tetapi ia juga tidak mendapat
sebarang sambutan.
Hasrat penyatuan politik untuk Malaysia ini disuarakan buat kali pertamanya oleh
seorang pegawai utama dalam pentadbiran Kerajaan British iaitu Malcolm MacDonald,
iaitu Pesuruhjaya Tinggi British di Asia Tenggara (1949-52) selepas perang dunia
Kedua.
Akhirnya , Tunku Abdul Rahman menyuarakan konsep ataupun Gagasan
Persekutuan Malaysia. Pengumuman Tunku dibuat dalam ucapannya kepada
Persatuan Wartawan-wartawan Luar Negara di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei
1961.
Factor-faktor pendorong pembentukan Malaysia
i. keselamatan
ii. imbangan kaum
iii. jalan pintas Kemerdekaan
iv. meningkat taraf hidup bumiputera Sabah dan Sarawak
v. mengeratkan hubungan sedia ada
vi. ekonomi
Proses Pembentukan Persekutuan Malaysia
(a) Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia(JPPM)
Bertujuan menerangkan dengan lebih jelas berkenaan konsep Malaysia kepada
orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei.
(b) Suruhanjaya Cobbold
Bertujuan meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak berkenaan
Gagasan Malaysia.
Suruhanjaya ini juga menggubal suatu perlembagaan bersama yang merupakan
tambahan kepada perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
(c) Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK)
Dengan tujuan menyelenggarakan perkara berkenaan gagasan Malaysia
sebelum bulan Disember 1963.
JAK mengadakan mesyuarat pada 30 Ogos 1963 dan kemudian
menubuhkan lima jawatankuasa kecil berkenaan perkara perlembagaan
kewangan, undang-undang dan perkhidmatan awam dan perkara yang
berkaitan dengan jabatan dalam persekutuan Malaysia kelak.
Memainkan peranan meyakinkan wilayah-wilayah Borneo bahawa mereka
tidak akan dijajah dalam Persekutuan yang baru ini.
(d) Pungutan Suara Singapura
Tentangan hebat daripada pihak Komunis dan parti Barisan sosialis
memaksa kerajaan Singapura mengadakan pungutan suara bagi membuktikan
sokongan rakyat.
Perjanjian Malaysia 1963
Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di Marlborough House, London,
pada 8 Julai 1963 di antara kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu,
singapura, sabah dan Sarawak.
PENCAPAIAN DAN PEMBANGUNAN MALAYSIA
Pembangunan ekonomi Negara selepas merdeka
1. Program pembangunan ekonomi Negara dilancarkan melaui rancangan lima tahun
dengan memberi tumpuan kepada pembangunan luar Bandar pada peringkat
awal.
2. Antara tahun 1970-1990 ,pembangunan ekonomi dirancang secara menyeluruh,
lengkap dan bersepadu melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB).
3. Dasar pembangunan Nasional (DPN) diperkenalkan untuk meneruskan hasrat
DEB sehingga tahun 2000.
Tahap pertama
Mempunyai tiga rancangan lima tahun iaitu :-
(a) Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
(b) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
(c) Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
Tahap kedua
Dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) yang
dilaksanakan di bawah DEB
Mempunyai empat rancangan lima tahun iaitu :-
(a) Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
(b) Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
(c) Rancan0an Malaysia Keempat (1981-1985)
(d) Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua dilaksanakan dari tahun
1991-2000
Matlamat RRJP 2:
Mewujudkan keseimbangan yang optimum diantara matlamat
pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama
Memastikan pembangunan yang seimbang
Mengurangkan dan menghapuskan ketidakseimbangan social dan
ekonomi Negara
Menggalakkan dan meperkukuhkan integrasi nasional dengan
mengurangkan ketidakseimbangan yang luas antara negeri dan
antara kawasan Bandar dan luar Bandar
Membangunkan masyarakat progresif dimana kesejahteraan
dinikmati oleh semua rakyat
Memajukan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang
berdisiplin dan produktif
Menjadikan sains dan teknologi sebagai suatu asas penting dalam
perancangan dan pembangunan sosioekonomi
Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP 3) 2001-2010
Merupakan lanjutan daripada perancangan RJP bagi menangani beberapa
perkara yang belum dapat diselesaikan. Strategi utama adalah pembasmian
kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyaralat sera
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang menekankan pembangunan
seimbang
Dasar pembangunan Ekonomi
Dasar pandang ke Timur
Dasar Pensyarikatan Malaysia
Dasar Pertanian Negara
Dasar Penswastaan
Dasar Perindustrian Negara
Dasar Pembangunan Sosial
Dsara Penerapan Nilai-nilai Islam
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Rukun Negara
Kesan daripada rancangan Ekonomi
Banyak tanah baru dibuka untuk penempatan semula penduduk
Banyak kawasan perindustrian dibuka
Lebih banyak kemudahan asas disediakan di kawasan luar Bandar
Memperbaiki keadaan ekonomi dan mempertingkatkan taraf hidup
penduduk Bandar dan luar Bandar
Jurang antara kaum dan wilayah berjaya dikurangkan
TOKOH-TOKOH NEGARA
Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
Perdana Menteri Malaysia yang pertama
Dilahirkan 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah
Belajar di Sekolah Melayu di Alor Star sebelum belajar
di Bangkok dan seterusnya menyambung pelajaran di
sekolah Melayu kembali pada tahun 1916, sebelum
memasuki Penang Free School
Kemudiannya menuntut di St. Catherin’s College,
Universiti Cambridge, England dan mendapat ijazah
B.A dalam sastera.
Pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah di KUlim
dan Sungai Petani juga Timbalan Pendakwa Raya dan
Presiden Session Court.
Tunku berjaya menyatupadukan kaum-kaum di
samping menjaga keutuhan bangsa Melayu
Semasa menjadi Perdana Menteri, pelbagai usaha
dibuat bagi mengukuhkan pemerintahan Negara
melalui perpaduan rakyat dan kemajuan ekonomi.
Di bawah pimpinan beliau, Tanah Melayu menyertai
secara aktif dalam politik antarabangsa seperti
menganggotai Bangsa-bangsa Bersatu dan menjadi
Komanwel British.
Tunku telah mengasaskan ASA atau Pertubuhan Asia
TEnggara pada tahun 1961. seterusnya membuka
jalan kepada penubuhan ASEAN pada tahun 1967.
Pada bulan September 1963, Tunku telah berjya
menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura
dan Sarawak juga Sabah.
Akibat peristiwa 13 MEi 1969, Tunku meletakkan
jawatannya pada 22 september 1970.
Setelah bersara TUnku menjawat sebagi setiausaha
Agung Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam
(OIC) yang pertama.
Tunku juga pernah mengetuai PERKIM atau
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia.
Beliau juga merupakan pengasas Pestabola merdeka
dan pernah menjadi presiden Persatuan Bolasepak
Malaysia dan Presiden Konfederasi Bolasepak Asia.0
Tunku Abdul Razak Bin Datuk Hussein
Merupakan Menteri Malaysia yang ke-2
Dilahirkan pada 11 hb. Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan,
Pahang
Bersekolah di Sekolah Melayu pada pendidikan awal.
Kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu
Kuala Kangsar diikuti Rafles College Singapura dan
seterusnya ke pengajian undang-undang di Lincoln’s Inn,
London.
Berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Pahang sebagai
Penolong setiausaha Kerajaan dan setiausaha Kerajaan
Negeri Pahang.
Seterusnya dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO diikuti
dengan perlantikan sebagai Ahli Tidak Rasmi MAjlis
Undangan Persekutuan 1951
Dipilih menjadi Timbalan Yang Dipertua semasa Berumur
29 tahun.
Juga pernah menjawat jawatan Pemangku Menteri Besar
Pahang pada tahun 1955.
Apabila merdeka, bermulalah perkhidmatannya sebagai
Timbalan Perdana Menteri yang menjangkau lebih 13
tahun.
Sebagai Menteri Pelajaran yang pertama, beliau telah
melahirkan Penyata Razak 1956 bertujuan
menyatupadukan rakyat yang berbagai-bagi kaum.
Mempelopori gerakan pembangunan luar Bandar dengan
Rancangan Buku MErah
Turut membentuk berbagai-bagai agensi Kerajaan bagi
membantu rakyat terutamanya petani dengan
menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(FELDA)
Beliau juga dikenali bapa Pembangunan dan bapa
Perdamaian setelah berjaya menyelesaikan konfrontasi
dalam peristiwa 13 Mei 1969.
Dilantik sebagai Perdana Menteri pada 22hb.
September,1970.
Dasar Ekonomi Baru yang diketengah oleh beliau telah
berjaya mengurangkan kadar kemiskinan tanpa mengira
kauum dan menyusun semula masyarakat untuk
menghapuskan pengenalan kaum melalui kegiatan
ekonomi.
Beliau berjaya menukarkan politik konfrontasi di Negara
ini kepada politik akomodasi dan dialog. Turut melahirkan
Dasar Pengecualian Asia Tenggara (ZOPFAN) pada
tahun 1971.
Tun Abdul Razak telah pulang ke rahmatullah ketika
usianya menjelang 54 tahun, di London pada 14 hb.
Januari 1976
Tun Hussein Onn
Merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-3.
Dilahirkan pada 12hb. Februari 1922 di JOhor Bahru.
Mendapat pendidikam awal di Singapura dan English
College, Johor Bahru.
1940, beliau berkhidmat sebagi kadet dalam Pasukan
Timbalan Setia Negeri Johor dan 1942 menyertai Regiment
Hydrabad ke-19 di India.
British melantiknya menjadi jurulatih di pUsat Rekrut dan
LAtihan Polis Malaysia di Rawalpindi.
1945 – komanden Polis Depot , johor Bahru seterusnya
memasuki Perkhidmatan PEntadbiran Melayu sebagai
Penolong Pegawai Pentadbir Di Daerah Segamat Kelang
1950 – dilantik sebagai Ahli Majlis Undangan Negeri JOhor
dan Majlis Undangan Persekutuan.
1958 – Belajar undang-undang di Lincoln’s Inn, England dan
telah lulus sebagai seorang peguam
1968 – kembali menyertai UMNO atas desakan Tun Abdul
Razak
Jun 1969 – dilantik menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
22 september 1970 – dilantik sebagai Menteri Pelajaran
1972 – terpilih sebagai seorang Naib Presiden UMNO
13 Ogos 1973 – dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
menggantikan Tun Dr. Ismail yang telah meninggal dunia.
Juga menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Menteri
Penyelarasan Perbadanan Awam
14 Januari 1976 – Menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-3
Tun berusaha sedaya upaya mengekalkan perpaduan di
kalangan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO supaya
parti dapat menghadapi cabaran.
Melancarkan Koperasi Usaha Bersatu (KUB) pada bulan Mei
1977
1978 – menjadi Presiden UMNO ke-4
April 1981 – Merasmikan pelancaran Skim Amanah Saham
Nasional (ASN)
Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Malaysia ke – 4
Dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Lorong Kilang Ais,
Seberang Perak, Alor Setar, Kedah
Memulakan persekolahan di Sekolah Melayu Laki-laki
Seberang Perak, Kedah.
Terus menyambung pelajarannya ke Sekolah Inggeris
Alor Setar
Tamat Perang Dunia Kedua, menyambung pelajarannya
di sekolah yang sama sehingga Senior Cambridge.
Melanjutkan pengajian ke King Edward VII College Of
Medicine, UNiversiti Malaya, Singapura
1952, beliau lulus dengan ijazah perubatan MBBS
1945 – menganggotai SABERKAS
1946 - menyertai Kesatuan Melayu Kedah
1957 – Bersama isteri menubuhkan Maha Klinik di Alor
Setar, kedah
1964 – dipilih sebagai ahli parlimen setelah memenangi
kerusi kawasan Kota Setar Selatan di atas tiket
Perikatan.
13 Mei 1969 – disingkir daripada uMNO kerana lantang
mengkritik Tunku atas tragedi yang berlaku.
1972 - Diterima kembali UMNO setelah Tun Abdul
RAzak menjadi Presiden UMNO..
1973 – dilantik menjadi senator
1974 – dilantik menteri Pelajaran
1975 - Memenangi kerusi Naib Presiden UMNO.
16 Julai 1981 – Mengangkat sumpah sebagai Perdana
Menteri Malaysia yang ke-4.
Diantara sumbangan beliau :
Menyatakan hasratnya dalam Wawasan 2020 pada 28
Februari 1991
Menggerakkan kempen ‘ Bersih-Cekap-Amanah’ ,
‘Kepimpinan Melalui teladan’ , ‘Dasar Kependudukan
70juta’, Kempen peningkatan ‘ Daya Pengeluaran
Negara ‘, dasar ‘Penerapan Nilai-nilai Islam’
Menukar waktu Negara dengan mempercepatkan
setengah jam di Semenanjung supaya selaras dengan
Sabah dan Sarawak sebagai satu usaha integrasi
nasional
Mengamalkan dasar ‘ Buy British Last’ sebagai satu
tindak balas atas sikap London yang
mendiskriminasikan kepentingan Malaysia.
Memperkenalkan ‘dasar Pandang Ke Timur’, dasar
penswastaan , ‘ Dasar Pensyarikatan Malaysia’,
‘Sogossosha Malaysia’ ,’Dasar Pensyarikatan
Malaysia’, projek kereta nasional, projek lebuhraya
utara-selatan dan timur-barat semenanjung.
September 1997, Dr. Mahathir mengumumkan
pembinaan bandaraya pentadbiran persekutuan
‘Putrajaya’ untuk aktiviti pentadbiran awam Negara
Mewujudkan ‘kerajaan elektronik’ di dunia.
Merancang pembinaan KLCC dan LApangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA).
1997 – memperkenalkan ‘ Koridor Raya Multimedia
(MSC)’.
Dianggap ‘Pencetus Malaysia Negara Maju.
KESIMPULAN ;
Keseluruhannya, kemerdekaan Pembentukan Persekutuan Malaysia bukanlah
dicapai dengan mudah. Perjalanan yang cukup panjang dan memberikan
pengalaman kepada penduduknya. Barisan pemimpin yang terdiri daripada pelbagai
pihak berjaya berkompromi bagi mewujudkan permuafakatan politik. Bermula
dengan penjajahan, Negara bergerak kepada permuafakatan awal demi
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu diiikuti pula dengan kerjasama dan
toleransi dengan pemimpin dari Sabah , Sarawak dan Singapura bagi
merealisasikan penubuhan Persekutuan Malaysia 1963. Atas kekuatan yang sedia
ada terbina sejak 1950-an ini, maka landasan politik Malaysia pada masa kini dilihat
sebagai suatu warisan unggul berdasarkan adunan kefahaman dan tolak ansur
antara parti UMNO-MCA-MIC dan kemudiannya dengan masyarakat Bumiputera
dan Bukan Bumiputera , Sabah dan Sarawak. Generasi sekarang seharusnya
menghargai kemerdekaan dengan menjadi warganegara yang berjaya.
KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN
a. Malaysia yang dibina dengan penyatuan Sabah dan Sarawak merupakan
sebuah Negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum
b. Menurut Berghe (1967) , masyarakat majmuk terbentuk berasaakan kepada
cici-ciri yang khusus iaitu :
Tidak ada penyesuaian nilai di antara satu kelompok dengan
kelompok yang lain
Tidak wujud keseragaman budaya
Selalu wujud konflik dan pertentangan di antara kelompok-kelompok
yang ada
Tiap-tiap kelompok mengekalkan kuasa otonomi mengikut bahagian-
bahagian dalam system social mereka
Unsure-unsur paksaan dan saling bergantungan dalam bidang
ekonomi di antara kelompok dengan kelompok yang lain
Dominasi daripada segi kuasa politik oleh satu kelompok terhadap
kelompok yang lain
Pemecahan pucuk pimpinan adalah berdasarkan kepada kepentingan
kelompok-kelompok tertentu
Bangsa Melayu
Budaya Melayu merangkumi aspek-aspek, agama ,kepercayaan , adat resam ,
undang-undang,bahasa dan kesenian.
Kebudayaan Melayu melalui banyak perubahan apabila berlaku pertembungan
dengan peradapan luar seperti peradapan Hindu, Islam dan Barat
Sebelum kedatangan Islam masyarakat sangat mempercayai kuasa-kuasa ghaib
dan alam-alam ghaib( anisme) akibat pengaruh daripada Hinduisme.
Orang-orang melayu percaya dengan memuja semangat padi dapat memberi
hasil yang lebih banyak begitu juga nelayan yang memuja pantai untuk
mendapat tangkapan yang lebih
Bomoh atau pawang wujud diantara penduduk dengan kuasa-kuasa ghaib
tersebut. Bomoh dan pawang dikatakan mempunyai kebolehan dan kepakaran
memanggil dan berbicara dengan kuasa-kuasa ghaib.
Bomoh juga berperanan dalam mengubat orang sakit. Mereka akan berinteraksi
dengan kuasa ghaib bagi mengetahui masalah dan punca penyakit serta
mengenai penawar bagi menyembuhkan penyakit
Masyarakat Melayu di zaman tradisional mempunyai banyak pantang larang
dalam kehidupan seharian.
Gerakan dakwah Islamiyah yang dijalankan dari semasa ke semasa bagi
membersihkan akidah masyarakat Melayu telah berjaya memisahkan perkara-
perkara yang berbentuk adat dengan agama
Islam telah berjaya membentuk nilai baru dalam masyarakat Melayu kearah yang
lebih ilmiah dan saintifik
PERAYAAN ORANG MELAYU
Penghayatan terhadap ajaran Islam dizahirkan melalui banyak cara termasuklah
dalam merayakan perayaan-perayaan besar dalam Islam iaitu HAri Raya Aidil
Fitri an Hari Raya Qurban
Aidilfitri membawa pengertian bahawa pada hari raya tersebut umat Islam
dikehendaki makan dan minum sebagaimana fitrah manusia
Fitri juga membwa maksud semula jadi iaitu manusia kembali bersih dan suci
Aidil fitri juga memberi maksud kemenangan bagi umat Islam melawan nafsu
amarah
Pada pagi Hari Raya umat Islam disunatkan supaya mandi sunat Aidil Fitri dan
memakai pakaian yang baik
Mereka juga dituntut supaya bermaaf-maafan, mengucapkan salam Aidil Fitri di
samping bersama-sama menyatakan kegembiraan dan kesyukuran serta saling
kunjung-mengunjungi.
Hari Raya Aidil Fitri Adha dirayakan setelah tamatnya kerja-kerja menunaikan
fardhu haji Di Tanah Suci Makkah
Di sunatkan mengerjakan korban iaitu penyembelihan binatang-binatang
ternakan iaitu kambing dan biri-biri, lembu dan unta.
Bangsa Cina
Kedatangan kaumimigran Cina ke Tanah Melayu adalah bagi menjayakan dasar
ekonomi kapitalis British di Tanah Melayu.
Orang-orang cina lebih menghargai pemikiran daripada hal-hal yang berbentuk
kebendaan
Sebahagian besar masyarakat cina di Negara kita menganut beberapa
kepercayaandan agama sperti Buddha, Toism dan Konfusius
Menurut agama Buddha, kehidupan ini adalah suatu kesengsaraan dan jalan
tunggal menuju keselamatan ialah membebaskan diri daripada berulang-ulang,
dilahirkan semula bagi mencapai nirvana.
Konfusiusnisme ialah suatu fahaman dan falsafah , bukannya suatu agama.
Pada asasnya, ia adalah berkaitan dengan tradisi ,etika dan idea-idea
pemerintahan
PERAYAAN MASYARAKAT CINA
Tahun baru cina adalah perayaan yang disambut oleh seluruh masyarakat Cina
di seluruh dunia pada lewat Januari atau awal Februari bergantung kepada
Kalendar Lunar
Hari tersebut adalah hari yang penuh kegembiraan dan ia disambut dengan
mengadakan majlis berkumpul bersama-sama dengan seluruh keluarga,
pemberian angpau dan lain-lain.
Bagi masyarakat Cina yang beragama Buddha, mereka akan menyambut
perayaan Hari Wesak. Sambutan ini sebagai tanda kegembiraan dan merasai
kelahiran serta kematian Gautama Buddha iaitu pengasas ajaran ini.
Para penganut ajaran Buddha akan berada di dalam kuil dan akan melakukan
mandian Buddha serta membaca Kalimah Sutra
Mereka juga akan menyalakan kayu wangi, lampu minyak, melepaskan burung
merpati dan menyambut sami baru.
Masyarakat cina di Negara ini turut merayakan perayaan Chap Goh Meh yang
sambut menandakan tamatnya perayaan Tahun BAru Cina.
Bermula sejak dua ribu tahun dulu apabila kerajaan Han di China mengadakan
sambutan bagi mendoakan kebahagian dan kesihatan keluarga mereka.
BABA DAN NYONYA
Warisan sejarah telah menghasilkan satu kumpulan “kacukan” iaitu kaum Baba
dan Nyonya. Sebahagian besarnya menetap di Melaka
Mereka memanggil diri mereka “bapa” ataupun “peranakan” kerana kebudayaan
mereka yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsure-unsur
pengaruh kebudayaan Melayu.
Baba melaka yang terdapat pada hari ini bertutur dalam Bahasa Melayu dengan
menggunakan gaya bahasa Baba yang boleh dipanggil sebagai bahasa Melayu
Baba
Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh masakan Melayu dan
menjadi suatu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan
Generasi Nyonya yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain
sarong sebagaiman yang dipakai oleh orang-orang Melayu
Bangsa India
Kebanyakan daripada mereka datang dari wilayah Negapatam dan Madras di
selatan India. Keadaan huru-hara, kacau bilau serta tekanan yang dihadapi oleh
masyarakat India akibat daripada system kasta mendorong penghijrahan mereka
ke tanah Melayu.
Keperluan tenaga buruh dalam perladangan getah menyebabkan pertambahan
yang mendadak penduduk India di Tanah Melayu
Diantara kaum-kaum India ialah Tamil, Malayalis, Telegu dan Punjabi ataupun
Benggali
Kebanyakan daripada masyarakat India menganut agama Hindu. Sindhu ialah
sebutan bagi orang-orang Parsi terhadap Negara India iaitu mereka menyebut
“tanah di seberang Sindhu”
Agama Hindu sendiri dikenali sebagai ‘sanatan-dharama’ yang membawa
pengertian agama yang abadi iaitu suatu agama yang tiada permulaan dan
pengakhiran.
Sumber utamaagam Hindu yang menjadi asas kepada amalan-amalan
penganutnya ialah pengalaman keagamaan para maharesi purbakala India yang
diperturunkan kepada generasi sterusnya.
Agama ini menekankan kepada keperluan terhadap budi pekerti yang mulia
sebagai suatu syarat mencapai kesedaran rohani.
System kasta adalah perkara yang paling khusus yang terdapat daalm amalan-
amalan penganut agama Hindu yang telah membezakan status social para
penganut agama tersebut:
i. Berahmana
ii. Ksyatria
iii. Vaisya
iv. Sundra
PERAYAAN KAUM INDIA
Terdapat beberapa perayaan penting yang dirayakan oleh para penganutnya
iaitu perayaan Deepavali, Thaipusan, Thaiponggal dan Onam
Deepavali atau dikenali juga sebagai Diwali atau pesta Cahaya
Perayaan ini disambut pada bulan ketujuh menurut calendar Hindu iaitu antara
bulan Oktober hingga November pada setiap tahun
Deepa membawa penegrtian “pelita” ,manakala avalai membawa maksud
“aturan” dan Deepavali bermaksud sebarisan pelita. Ia melambangkan kebaikan
mengatasi kejahatan
Penganut agama Hindu percaya bahawa sambutan perayaan Deepavali adlah
sebagai suatu peringatan dan pemujaan terhadap kepulangan Seri Rama ke
Ayudha manakala sesetangah pula percaya ia adalah bagi mengenangi
kemenangan Sri Krishna yang berjaya mengalahkan raksasa Nakasura
Pengisian perayaan Hindu termasuklah mengunjungi kuil-kuil dan melakukan
upacara sembahyang.
Seluruh rumah masyarakat India yang merayakan akan dinyalai dengan lampu-
lampu kecil atau pelita
Perayaan Thaipusam adlah perayaan disambut pada bulan purnama Tamil.
Thaipusam ialah perayaan kemenangan bagi yang benar dan Dewa
Subramaniam adalah lambing kebaikan, kebenaran, keagungan dan kecantikan
Upacara membawa kavadi, pembawa kavadi merupakan penganut Hindu yang
bernazar. Mereka dikehendaki melakukan amalan-amalan tertentu seperti
berpuasa sebelum membawa kavadi. Upacara ini mengkehendaki seseorang
pembawa Kavadi berjalan sepanjang upacara dan membawanya menaiki bukit di
mana letaknya Kuil Dewa Subramaniam.
Manakala bagi masyarakat Hindu peranakan yang juga dikenali sebagai
masyarakat Chitty Melaka. Mereaka adalah hasil perkahwinan campur antara
penduduk yang berbangsa India dengan masyarkat Cina dan Melayu tempatan
dan lain-lain.
Diantara makanan tradisi mereka ialah tause dan itali , kedua-dua makanan ini
diperbuat daripada beras yang direndam dan dikisar halus.
Hari ponggol iaitu Hari Kesyukuran mereka kepada nenek moyang dan tuhan
mereka. Sambutan perayaan ini bermula pada hari terakhir bulan Margli (13
Januari) yang membawa maksud bulan berbunga dan pada hari itu dipanggil ‘
paru’ atau ‘ Bogi’
Masyarakat Chitty akan bersembahyang setiap hari sepanjang bulan Margli
sebelum matahari terbit manakala wanitanya pula akan membasuh lantai di
depan ruamh dan menabur bunga serta meletakkan bekas bara sebagai tanada
kesyukuran ketika sembahyang arwah.
Serani
Mereka kebanyakannya dalah rakyat Eropah yang tinggal di Negara ini sejak
zaman pemerintahan British lagi.
Sebahagian daripada mereka sama ada berkahwin dengan rakyat tempatan
ataupun sesame bangsa mengalami banyak perubahan budaya sesuai dengan
keadaan di Malaysia.
Cirri penting dalam nilai budaya dan kemasyarakatan mereka dapat dilihat
semasa perayaaan Hari Krismas Ataupun HAri Natal yang disambut pada setiap
25 September pada setiap tahun.
Sambutan diadakan diseluruh dunia dan dirayakan oleh para penganut gama
Kristian.
Rumah-rumah mereka akan dihiasi dengan pokok-pokok Krismas yang
digantungkan dengan lampu-lampu kecil yang cantik dan bergemerlapan.
Mereka juga kunjung-mengunjungi dan saling bertukar-tukar hadiah.
KESIMPULAN ;
Kepelbagaian dan kemajmukan yang terdapat dalam masyarakat Malaysia
adalah suatu keunikan yang jarang terdapat di mana-mana Negara dinegara ini.
Pengekalaan nilai-nilai kemasyarakatan yang diamalkan oleh kaum-kaum di Negara ini
kerana semua rakyat memahami bahawa agama, adapt resam dan nilai-nilai budaya
yang lain yang diamalkan oleh penduduk di Negara ini merupakan hak peribadi dengan
syarat masing-masing saling menghormati hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia
Prinsip “memberi dan menerima” ini adalah tunjang persefahaman dan
kestabilan politik dan social yang masih berjaya dikekalkan. Dalam pada masa itu, kita
tidak boleh menafikan peranan kerajaan dalam memastikan penerusan kestabilan ini
dengan mengadakan dasar-dasar dan peruntukan perlembagaan supaya sentiasa
berada pada landasan yang ditetapkan.
PEMBINAAN NEGARA BANGSA
Apakah wasilah terpenting untuk membentuk bangsa Malaysia? Jawapannya
jelas: Bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) kerana ``Bahasa Jiwa Bangsa''. Ini
bermakna bahasa apa yang kita daulatkan, maka bahasa itulah yang membentuk jiwa
kita yang sekali gus memercikkan jati diri kebangsaan.
Justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul
mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai
satu bangsa - bangsa Malaysia. Sebaliknya, jika kita mendaulatkan bahasa-bahasa
asing, akan terpancarlah `jati diri asing'. Lantas, akan terencatlah pembentukan jati diri
kita sebagai bangsa Malaysia.
Untuk menghakikatkan gagasan ini bukanlah mudah, apatah lagi jika kita
sebagai rakyat Malaysia mendaulatkan bahasa-bahasa asing di negara kita sendiri -
dogma pemikiran bahasa yang aneh sekali pada zaman pascakolonialisme.
Perlu ditegaskan bahawa, dalam konteks pembinaan bangsa Malaysia dan
pemajuan negara menurut acuan kemalaysiaan sendiri, pendaulatan hanyalah kepada
bahasa kebangsaan - bukannya bahasa-bahasa asing.
Inilah prinsip umbi yang seharusnya kita junjung, jika benar kita serius untuk
menghakikatkan gagasan pembentukan bangsa Malaysia, seperti kata pepatah di mana
bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Justeru, kita dituntut menguasai bahasa asing, tetapi janganlah pula jiwa dan
pemikiran kita dikuasai oleh bahasa asing. Ini bukanlah budaya bangsa yang maju.
Bangsa yang maju-moden perkasa menjunjung tiga pacak ketamadunan: Mendaulatkan
bahasa kebangsaannya, menyintai jati diri kebangsaannya (bukan perkauman-
kesukuan) dan setia pada nusanya yang satu.
Secara jujur, perlu diakui bahawa kita belum mematuhi acuan tersebut. Lantaran
itu, Malaysia dilihat sebagai `negara tanpa bangsa' - bangsa Malaysia. Hakikat ini
terasa amat pahit, tetapi itulah kebenarannya.
Persoalannya, mengapakah hanya bahasa kebangsaan yang dinobatkan
sebagai alat pemersatuan bangsa, seperti yang terpancar menerusi slogan ``Bahasa
Jiwa Bangsa''? Perlu dinyatakan di sini hanya bahasa kebangsaan (bukannya bahasa
asing atau bahasa ibunda) yang dapat menitiskan semangat satu bangsa,
menyerapkan roh sebangsa, senegara dan menyemarak jati diri kebangsaan (lawannya
identiti perkauman), di samping pendaulatan bahasa kebangsaan yang menjadi bukti
ketaatsetiaan, penghormatan dan pemuliaan kepada nusa tercinta.
Malah, bahasa kebangsaan jugalah yang berperanan sebagai bahasa ilmu
(dalam segenap bidang), bahasa pentadbiran, bahasa ekonomi, bahasa sosial dan
bahasa peradaban moden.
Oleh itu, kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wadah terpenting - selain
wadah pendidikan dan kebudayaan kebangsaan, untuk membentuk keperibadian
bangsa Malaysia bersemboyankan gagasan ``satu bahasa, satu bangsa, satu nusa'',
jelas tidak sewajarnya disangsikan oleh sesiapa pun.
Di sini terletaknya peranan bahasa kebangsaan dalam rancangan
merealisasikan Wawasan 2020. Sekiranya kita mengabaikan peranan dan kepentingan
bahasa kebangsaan, ini bermakna kita telah tergelincir daripada gerabak pembentukan
bangsa Malaysia itu sendiri.
Kejayaan pembentukan negara-bangsa Jepun, Korea, selain pengasasan
negara-bangsa di benua Eropah dan Amerika Syarikat, sewajarnyalah kita teladani.
Mereka terbukti telah berupaya memodenkan negara sekali gus membina bangsa
dengan mendaulatkan bahasa kebangsaan negara-bangsa masing-masing.
Justeru, akan tercapaikah gagasan pemajuan negara dan pembinaan bangsa
Malaysia, jika rakyat tidak mendaulatkan bahasa kebangsaan mereka sendiri?
Sehubungan itu, kita perlu memperbetulkan beberapa kesilapan mengenai
konsep bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda. Pertama, sejak bahasa Melayu
diangkat sebagai bahasa rasmi-kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu yang merdeka, ia bukan lagi menjadi milik tunggal pribumi Melayu. Malah,
bahasa Melayu menjadi milik bersama seluruh warganegara Persekutuan Tanah
Melayu.
Justeru, bahasa Melayu dengan sendirinya menjadi hak milik orang Cina dan
India yang menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu juga. Lebih penting lagi,
bahasa Melayu itulah yang menjadi bahasa kebangsaan orang Cina-India yang telah
menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.
Kedua, apabila orang Cina-India telah diberikan hak kerakyatan dan menjadi
warganegara yang sah, taraf bahasa Mandarin-Tamil dengan sendirinya menjadi
bahasa asing kerana bahasa-bahasa tersebut merupakan bahasa rasmi-kebangsaan
China dan India. Ini juga bermakna bahasa Mandarin-Tamil bukanlah bahasa ibunda
mereka lagi kerana mereka telah menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.
Alangkah anehnya, mereka diterima menjadi warganegara (seterusnya
Malaysia), tetapi mereka masih mengatakan bahasa Mandarin-Tamil sebagai bahasa
ibunda mereka. Ketersilapan ini perlu diperbetulkan hatta dalam perlembagaan negara
sekalipun!
Jika ditinjau semula akar sejarahnya, sejak 1957, (lihat pecahan fasal Perkara
153) kesilapan ini tidak pernah dipinda, walhal bercanggah dengan hakikat sejarah
kenegaraan Malaysia. Kesilapan inilah yang menjadi antara pemunca utama yang
mengakibatkan peranan bahasa kebangsaan terus ditenggelami oleh gerakan
mendaulatkan bahasa-bahasa asing, khasnya sebagai bahasa pengantar dalam sistem
pendidikan kebangsaan.
Oleh itu, saranan dan gesaan mujahid-mujadid bahasa kebangsaan (seperti
Gapena dan Awang Sariyan dalam Mingguan Malaysia, 5 Mac 2006) amatlah wajar
dilaksanakan secara tuntas. Masanya telah hampir-hampir nazak, tetapi belum lagi
terlambat. Keazaman politik amat diperlukan.
Jika kita mendaulatkan bahasa-bahasa asing, bahasa asinglah yang beruntung
kerana ia akan terus kekal sebagai bahasa ilmu, teknologi dan peradaban moden;
sebaliknya bahasa Malaysia akan terus mundur dan `mandul' di negaranya sendiri.
Perlu ditegaskan bahawa kita bukan antibahasa asing. Prinsip kita jelas dan
tegas: Pelajari dan kuasailah bahasa asing, tetapi pendaulatan hanyalah terhadap
bahasa kebangsaan kita sendiri. Inilah sikap dan pemikiran yang amat diperlukan untuk
mencapai Wawasan 2020.
Membina negara bangsa
PEMBINAAN Negara Bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti
Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan
pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia
tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.
Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta
semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan
demokrasi.Kementerian Pelajaran (KPM) merasakan aktiviti pendidikan mesti memberi
keutamaan kepada usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di
kalangan rakyat yang boleh dicapai melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan.
Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem
pendidikan bagi melahirkan warganegara ‘glokal’ yang bertindak bijak menghadapi
cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau tempatan.
KPM yang menyokong hasrat mewujudkan bangsa Malaysia, bertanggungjawab
memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta
membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan negara.
Matlamat KPM di bawah PIPP kini ialah melahirkan pelajar yang memiliki jati diri
yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup
sebagai sebuah masyarakat penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran
dan berbudaya saintifik.
Sehubungan itu, fokus KPM dalam membina Negara Bangsa mencakupi usaha-
usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagi asas perpaduan dan
bahasa ilmu serta memantapkan perpaduan dan integrasi nasional.
Fokus lain ialah memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa
serta memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam
membentuk pemikiran kehidupan.
Dalam tempoh PIPP, KPM akan membina Negara Bangsa melalui pendidikan
dengan memberi tumpuan kepada beberapa fokus dan strategi pelaksanaan.
Antaranya, menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasakan bahasa
kebangsaan, memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara, menyelaras peranan
semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan,
pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan serta mewujudkan bulan bahasa dan
sastera negara dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan.
Sementara itu, bagi memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional,
KPM akan berusaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat agar
menghormati Perlembagaan Malaysia, meningkatkan semangat patriotik melalui aktiviti
kokurikulum dan menanam semangat hormat-menghormati sensitiviti masyarakat
pelbagai kaum.
Selain itu, KPM juga akan memberi kefahaman menyeluruh tentang pentingnya
semangat kejiranan ke arah perpaduan dan integrasi nasional serta memperingatkan
aktiviti RIMUP.
Kementerian itu juga akan menyusun program bagi memupuk kecintaan
terhadap seni, warisan dan budaya melalui membina kurikulum kesenian, membina
sekolah seni, meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian
dan Warisan serta membudayakan penggunaan tulisan Jawi.
Bagi memupuk kefahaman yang jelas tentang pendekatan Islam Hadhari, KPM
akan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk bimbingan melalui siri ceramah, seminar dan
penerbitan bahan bacaan berkaitan Islam Hadhari.
Perpaduan dan perdamaian etnik
Negara yang dianggap paling maju sekalipun, harus berusaha melakukan
penyelidikan dan inovasi untuk terus menjadi lebih maju. Begitu juga negara yang
dianggap paling aman juga harus terus berusaha mengekalkan keamanan. Malaysia
bukanlah negara yang paling maju mahupun yang paling aman. Kita mempunyai
wawasan yang tertentu untuk menjadi negara maju dan banyak tanda menunjukkan
bahawa kita akan dapat mencapai sasaran kita tepat pada waktu yang ditetapkan. Kita
juga terus berusaha dan cuba mencari jalan bukan saja untuk mengekalkan keamanan
yang sedia ada, tetapi mencari penyelesaian kepada isu-isu yang boleh memantapkan
keamanan dalam masyarakat Malaysia. Salah satu isu fokus yang sering memberikan
cabaran kepada kita ialah isu hubungan etnik.
Hubungan etnik adalah antara isu yang paling penting dalam sejarah
pembentukan negara-bangsa Malaysia. Dalam sebuah negara multi-etnik, dengan
sistem politik yang berpaksikan etnik, dengan banyak parti politik yang ditubuhkan
untuk mewakili kepentingan kumpulan etnik mereka yang tersendiri, etnisiti sering
dipolitikkan untuk mendapat undi, kuasa, dan kekuasaan. Etnisiti dalam konteks ini
bukan sahaja merupakan simbol yang mencerminkan, menggambarkan, atau mewakili
sesuatu kumpulan, tetapi ianya juga boleh dan sering digunakan sebagai alat
mendapatkan sesuatu kepentingan. Etnisiti, kalau dilihat secara kasar, mempunyai
kedua-dua konotasi positif dan negatif, tergantung kepada bagaimana ianya diterima
dan digunakan. Manusia, sebagai individu, maupun sebagai sebahagian dari kelompok
yang lebih besar, tidak boleh lari dari isu-isu, simbol, dan label etnisiti. Kita juga tidak
tidak boleh lari dari terlibat dengan aksi tolak-tarik dan perdebatan positif-negatif etnisiti.
Yang penting ialah kita mengakui dan menerima bahawa wujudnya senario ini
dan berusaha supaya cara penyelesaian yang terbaik dapat ditimbulkan. Perkara-
perkara dan nilai-nilai yang boleh dianggap sebagai positif haruslah ditonjol dan
difokuskan. Perkara yang negatif dikurangkan, sementara usaha-usaha yang
berterusan dijalankan untuk mencari penyelesaian yang sesuai kepada masalah
tersebut. Tidak dilupakan atau diketepikan, tetapi dikurangkan untuk sementara waktu,
dan dihadapi bila senario berubah menjadi lebih baik dan masyarakat lebih bersedia
untuk menghadapinya.
Isu hubungan etnik dan masalah yang timbul dari “hubungan” ini bukanlah
perkara yang baru dalam konteks Malaysia. Masalah tinggalan era penjajah ini kerap
timbul dari masa ke semasa walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mengurus dan
menyelesaikannya. Dalam beberapa tahun ini sahaja, kita berhadapan dengan insiden-
insiden yang mencabar keutuhan hubungan etnik di negara ini dan memberi tanda
tanya tentang keberkesanan program-program yang telah diperkenalkan untuk
mewujudkan perdamaian dan perhubungan etnik yang positif. Antara insiden besar
termasuk kes-kes Kampung Rawa pada tahun 1998 dan Kampung Medan pada tahun
2001. Di samping itu, data-data yang dikumpulkan oleh Jabatan Perpaduan mengenai
insiden konflik sosial dari tahun 1998 hingga 2004 menunjukkan bahawa walaupun
insiden konflik kerana isu etnik atau perkauman adalah sedikit (cuma 1 peratus dari
semua jenis isu konflik), insiden-insiden lain yang melibatkan isu-isu seperti sosial,
agama, keselamatan, politik, dan ekonomi, banyak melibatkan aktor atau pelaku dari
kumpulan etnik yang berbeza.
Ini boleh dibaca dengan dua cara. Satu, kita tidak perlu bimbang dengan isu
etnik kerana ianya bukan isu utama yang menimbulkan konflik di negara ini. Kedua, kita
harus meneruskan usaha memperbaiki hubungan etnik kerana majoriti insiden konflik
sosial yang berlaku melibatkan pihak atau aktor dari kumpulan etnik yang berbeza.
Bahayanya jika insiden-insiden ini tidak ditangani dengan baik, mereka mungkin akan
meningkat menjadi konflik etnik. Bahayanya juga jika hubungan etnik ahli masyarakat
Malaysia tidak baik, trend ini akan berterusan dan kesemua insiden yang berlaku akan
ditafsirkan oleh pihak-pihak tertentu sebagai konflik etnik, kerana aktor-aktornya adalah
daripada kumpulan etnik yang berbeza. Selain insiden-insiden konflik sosial yang
tercatat ini, indikator lain perhubungan etnik adalah tanggapan masyarakat sendiri
terhadap status dan tahap perhubungan antara etnik yang dibuat secara pemerhatian
kasar dan analisa oleh ahli masyarakat.
Saban hari kita sering mendengar keluhan-keluhan tentang status dan tahap
hubungan etnik. Ini selalunya dilakukan oleh beberapa kelompok. Pertama, golongan
yang pernah melalui era perpaduan dalam masyarakat. Yang membesar, bermain,
belajar, dan berkongsi sejarah dalam masyarakat majmuk dengan kepelbagaian etnik,
budaya, dan agama. Golongan ini sering membuat perbandingan antara masyarakat
sekarang dengan masyarakat dulu, dan melihat masyarakat sekarang sebagai sudah
hilang perpaduan, dan hubungan etnik sekarang tidak lagi semurni dulu kerana telah
dikotori oleh politik – ahli politik dan kepentingan politik.
Kedua, golongan yang melihat hubungan etnik sebagai sesuatu yang tidak
relevan. Yang melihat kepentingan sendiri, sama ada individu ataupun kelompok,
ekonomi atau politik, sekarang atau masa depan, sebagai sesuatu yang lebih penting.
Usaha mencapai perpaduan yang dijalankan dilihat sebagai boleh melemahkan (secara
sengaja atau tidak) kepentingan dan kedudukan mereka yang selalunya sangat fokus,
kepada etnisiti, bahasa, budaya, ekonomi, serta politik. Keluhan-keluhan ini harus
ditanggapi sebagai cabaran pembangunan negara.
Menghadapi cabaran yang ditimbulkan oleh hubungan etnik bukannya mudah.
Pelbagai usaha dijalankan termasuk penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional pada awal tahun tujuhpuluhan yang memperkenalkan program-
program memupuk perpaduan dalam masyarakat. Antara program-program yang telah
diperkenalkan oleh negara untuk menangani masalah ini termasuklah Rukun Tetangga
hinggalah kepada Pelan Integrasi Nasional; penubuhan Sekolah Wawasan; Program
Latihan Khidmat Negara di samping banyak lagi program yang memfokuskan kepada
kelompok belia ini; program "Kongsi-Raya" dan lain-lain yang berusaha mempromosi
perpaduan dan kefahaman tentang budaya yang berbeza melalui cara meraikan hari
kebesaran semua kelompok secara bersama.
Di peringkat pengajian tinggi pula, fokus diberikan kepada pembelajaran dan
pemahaman budaya yang berbeza dengan harapan akan timbul apresiasi di kalangan
mahasiswa terhadap budaya-budaya tersebut. Pengenalan kursus-kursus ini selalunya
bersesuaian dan bertindan dengan cabaran-cabaran terkini yang dihadapi oleh negara.
Contohnya, bila Islam sedang dilihat oleh sebahagian kelompok sebagai agama yang
sering dikaitkan dengan keganasan dan penggunaan kekerasan, kursus Tamadun
Islam dan Tamadun Asia Tenggara diperkenalkan. Ini diteruskan di peringkat nasional
dengan memperkenalkan konsep Islam Hadhari supaya Islam dapat dikaitkan kembali
dengan fokusnya yang sebenar iaitu pembangunan insan, pembangunan masyarakat,
dan perdamaian.
Pengenalan kursus hubungan etnik di institusi pengajian tinggi negara yang
begitu hangat diperdebatkan pada masa ini pula adalah sebagai salah satu usaha untuk
menangani masalah hubungan etnik yang sering menjadi isu dalam proses
pembangunan negara. Ianya tidak bersifat reaktif, kerana ini bukanlah masalah yang
baru, tetapi lebih kepada meneruskan kesinambungan dalam usaha kita mencari jalan
penyelesaian kepada isu ini. Huraian di atas yang berdasarkan kajian dan sejarah
menunjukkan bahawa ianya adalah sesuatu yang sangat perlu. Fokusnya kepada
golongan mahasiswa di institusi pengajian tinggi adalah sesuai, dan usaha-usaha
Kementerian Pengajian Tinggi haruslah disokong dan dibantu. Pengenalan kursus
seumpama ini adalah yang terbaik kepada golongan ini kerana di samping didedahkan
kepada konsep-konsep hubungan etnik, mereka juga diberi peluang untuk melakukan
aktiviti secara bersama yang bukan sahaja dapat menambah ilmu tentang isu yang
difokuskan, tetapi lebih penting lagi dapat menggalakkan interaksi antara mereka.
Contohnya, di Universiti Sains Malaysia (USM), di samping mengikuti kuliah tentang
hubungan etnik di negara ini, mahasiswa juga diletakkan di dalam kumpulan-kumpulan
kecil untuk menjalankan praktikum atau kerja luar dengan menfokuskan kepada isu-isu
berkenaan masyarakat Malaysia sebagai bahan kajian. Isu-isu ini merujuk kepada
kepelbagaian etknik di Malaysia dengan harapan akan timbul dan berkembang
apresiasi mahasiswa terhadap kekayaan budaya, adat resam, dan cara hidup yang
berbeza di negara ini. Tajuk-tajuk yang dipilih oleh mahasiswa sebagai tajuk praktikum
ini pada semester yang lalu termasuk kajian terhadap alat muzik, tarian, atau pakaian
tradisional; kepercayaan-kepercayaan dan hari-hari perayaan yang utama; tokoh dan
karyawan dalam sejarah pembentukan dan pembangunan negara; serta amalan-
amalan seharian termasuk apa yang dimakan, dijadikan sebagai permainan, dan lain-
lain lagi. Penekanan diberikan khususnya kepada mempelajari dan memahami apa
yang menjadi amalan kumpulan etnik yang lain. Interaksi dalam kumpulan yang
berbilang kaum serta interaksi dengan responden untuk mendapatkan maklumat lanjut
tentang tajuk yang dipilih dapat memberi ruang dan peluang mengeratkan lagi
hubungan etnik antara mahasiswa di institusi pengajian tinggi, serta antara mereka
dengan ahli masyarakat.
Ini semua dilakukan dalam keadaan kita sedar bahawa usaha perpaduan dan
memantapkan hubungan etnik bukanlah sesuatu yang hanya boleh “diajarkan” kepada
masyarakat, terutamanya golongan muda. Ianya adalah sesuatu yang seharusnya
dirasai, dinikmati, dan dilalui bersama. Ia seharusnya dimulakan pada peringkat yang
paling awal kerana pada waktu itulah kanak-kanak mempelajari pelajaran-pelajaran
yang paling berguna dalam hidup mereka dan yang akan menjadi pegangan hidup
mereka nanti. Pada waktu itu juga mereka secara umumnya belum diwarnai dengan
warna-warna kehidupan dengan efeknya yang pelbagai, positif maupun yang negatif.
Kita juga tahu bahawa pengaruh kepada mereka yang paling utama pada ketika itu
ialah ibu bapa, ahli keluarga, dan guru. Inilah golongan-golongan yang seharusnya
menjadi sasaran kita kerana di sinilah semuanya bermula.
Kembali kepada hubungan etnik di IPT, pendekatannya boleh dimantapkan lagi.
Memantapkan program ini memerlukan kita melihat isu hubungan etnik di negara ini
dari kaca mata perpaduan dan perdamaian. Memantapkannya juga memerlukan kita
memberi ruang yang lebih luas kepada golongan akademik, terutama pensyarah dan
mahasiswa, untuk berbincang secara jujur dan ikhlas tentang isu-isu yang mungkin
dianggap sensitif. Tafsiran, asumsi, dan andaian mereka mungkin berbeza-beza bila
membincangkan konsep-konsep hubungan etnik. Begitu juga dengan pendapat mereka
tentang sejarah pembentukan negara dan pelajaran masa silam, tetapi kepelbagaian
pendapat seperti ini tidak dapat dielakkan dalam negara yang mempunyai kepelbagaian
budaya dan yang kaya dengan kepelbagaian ini. Kepelbagaian pendapat ini harus
dipertahankan jika kita ingin menjadi negara yang matang. Jika golongan akademik
mentafsirkan konsep dan sejarah sedemikian rupa, peranan masyarakat bukanlah
untuk menyekat tafsiran ini, tetapi membincangkannya, dan memberikan ruang untuk
ianya dibincangkan. Perbincangan ini juga seharusnya berlaku dalam senario yang
tidak melibatkan golongan politik dengan kepentingan politik yang kadang-kadang agak
sempit.
Memantapkannya juga memerlukan kita kembali menekankan perhubungan
antara hubungan etnik dengan perpaduan dan dengan perdamaian. Hubungan etnik
adalah sinonim dengan perpaduan. Perpaduan adalah kedua-dua matlamat akhir dan
juga proses yang dapat membantu kita mencapai objektif bersatu-padu. Perpaduan
sebagai matlamat akhir adalah satu keadaan di mana masyarakat yang berbilang etnik
dapat hidup dalam satu masyarakat sebagai sebuah komuniti masyarakat Malaysia.
Perbezaan, yang jelas dan tidak jelas, masih tetap wujud dalam komuniti ini kerana
setiap kumpulan membawa keistimewaan mereka yang tersendiri, dengan ciri-ciri
agama, bahasa ibunda, makanan, pakaian, budaya, dan adat resam yang telah
dipengaruhi oleh sejarah perkembangan kumpulan mereka. Perbezaan-perbezaan ini,
walaubagaimanapun tidak mengganggu (atau tidak seharusnya mengganggu) proses
perpaduan dan pembentukan komuniti ini. Sejarah telah membawa terwujudnya
komuniti ini dan kepada terbentuknya sejarah yang dikongsi bersama, sejak zaman
sebelum merdeka sehinggalah sekarang ini.
Perpaduan sebagai satu proses juga mengajak kita menggunakan kaedah dan
pendekatan yang inklusif (inclusive) dan bukannya eksklusif (exclusive). Matlamat
negara haruslah dicapai dengan melibatkan semua kelompok masyarakat dan bukan
hanya segelintir ahlinya sahaja. Proses ini memerlukan penglibatan semua golongan
dan lapisan, bergerak bersama untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama.
Perpaduan seterusnya adalah sinonim dengan perdamaian, yang juga
merupakan matlamat akhir yang diimpikan, di samping proses yang boleh membawa
kita ke matlamat tersebut. Jika cara yang digunakan dalam proses untuk mendapatkan
perdamaian bukanlah dengan cara yang damai, hasilnya iaitu perdamaian dalam erti
kata yang sebenar tidak akan tercapai. Perdamaian boleh dilihat dari dua perspektif
yang berbeza. Perspektif yang pertama melihat perdamaian dalam masyarakat apabila
tidak berlakunya keganasan, penggunaan kekerasan, dan peperangan dalam
masyarakat tersebut. Pertumpahan darah tidak berlaku, walaupun terdapat isu-isu yang
mungkin ingin dibangkitkan oleh ahli masyarakat. Dan peperangan tidak berlaku,
walaupun terdapat konflik dalam masyarakat tersebut. Keadaan ini lebih dikenali
sebagai perdamaian negatif.
Negatif kerana situasi masyarakat ini sebenarnya adalah rapuh dengan banyak
isu yang mungkin satu hari nanti menjadi tidak terkawal atau tidak dapat dikawal.
Kawalan yang ketat berupa undang-undang dan peraturan serta sistem pemantauan
dan implementasi yang terperinci dan keras, memastikan situasi terkawal dan luahan
aspirasi yang berlebihan pada masa kini dapat dikawal dan dicegah. Bak gunung berapi
yang masak, ianya akan pasti meletup satu hari kelak. Apabila ini berlaku, masyarakat
akan huru-hara dan sistem ini akan melalui proses perubahan yang mungkin akan
membawa pembaharuan, sama ada baik atau lebih buruk, kepada masyarakat tersebut.
Perdamaian yang positif pula membawa maksud bahawa wujud semua perkara
yang disebut di atas tentang perdamaian negatif - iaitu masyarakat yang tiada
keganasan, kekerasan, dan peperangan. Bezanya ialah dalam perdamaian positif,
undang-undang dan peraturan yang ada dalam masyarakat bukanlah untuk menekan
rakyat tetapi adalah berdasarkan keadilan dan bertujuan mewujudkan keadilan sosial,
ekonomi, dan politik dalam masyarakat tersebut. Ianya tidak bertujuan menindas luahan
aspirasi ataupun mengetepikan mana-mana kelompok masyarakat. Terdapat pula
saluran-saluran dan mekanisme yang sah untuk memastikan luahan ini dapat
disalurkan dan konflik yang ada, dan bakal timbul, dalam masyarakat dapat diurus dan
diselesaikan dengan baik. Perdamaian yang positif juga tiada keganasan “struktural” -
iaitu struktur masyarakat yang menindas sebahagian ahlinya sendiri; dan tidak
mempunyai “budaya” keganasan - iaitu kebiasaan menggunakan kekerasan dan
keganasan dalam menyelesaikan masalah. Apa yang ada adalah budaya perdamaian.
Untuk menanam budaya perdamaian ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Salah
satu daripada cara yang paling penting adalah melalui pendidikan. Di sini pentingnya
kursus-kursus seperti hubungan etnik ini yang menekankan perdamaian sebagai cara
hidup kita.
KESIMPULAN:
Kesimpulannya, Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi pembentukan
sesebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum seperti negara Malaysia. Sebagai
negara yang mempunyai variasi kaum, kita harus memahami dan menerima satu- satu
kaum sebagai satu bangsa yang harmoni dan intelek dari segi anasir atau fitnah yang
boleh menjatuhkan dan meruntuhkan satu negara bangsa yang sudah kian lama
mencapai kemerdekaan, sudah 5 dekad. Malaysia mampu untuk mengharungi dalam
proses pembinaan negara bangsa yang berjaya dalam semua aspek yang dilihat.
Konteks Malaysia, perdamaian adalah sinonim dengan perpaduan dan
perpaduan pula sinonim dengan hubungan etnik yang baik. Jika kita menyokong
perdamaian, maka kita haruslah menyokong perpaduan dan usaha-usaha untuk
meningkatkan kualiti hubungan etnik di negara ini. Program-program yang
diperkenalkan untuk meningkatkan usaha-usaha seperti ini, termasuk program seperti
hubungan etnik di institusi pengajian tinggi, akan dapat memberi kesan yang positif jika
ianya dilakukan dengan niat yang betul dan sokongan masyarakat yang komited
kepada perpaduan dan perdamaian. Alternatifnya boleh kita perhatikan dalam
masyarakat lain yang bergelumang dengan isu dan konflik etnik yang tidak terkawal dan
merosakkan, dan seharusnya dicegah dari berkembang di bumi Malaysia.
REFLEKSI
Pada bulan ogos 2007 kumpulan PPISMP PJ2 telah menerima satu tugasan
daripada pensyarah Kajian Sosial kami Iaitu En Abdullah. Kami telah diberi masa
sebulan untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Kami diberi tugasan untuk mencari
erti kemerdekaan dari sudut pandangan kami sendiri. Kami dikehendaki membuat
tugasan dalam kumpulan seramai tiga orang.
Sebelum memulakan tugasan ini kami telah berbincang dan bertanya dan
membahagikan tugas-tugas kecil untuk ahli kumpulan untuk memudahkan
penyempurnaan tugas. Saya telah diberi tugas untuk mencari buku rujukan dan
menaip tentang sejarah kemerdekaan tersebut, manakala ahli kumpulan lain
menyelesaikan perkara yang selebihnya.
Dalam proses menyempurnakan tugasan ini kumpulan kami telah melakukan
banyak kesilapan kerana tidak begitu mengambil serius perkara ini. Kami telah
menangguh-nangguhkan tugasan ini di mana pada satu tahap kami dihujani dengan
kerja-kerja dari matapelajaran lain. Akibatnya kami kesuntukkan masa untuk
menyiapkan kerja ini dengan sebaik mungkin. Kami tergesa-gesa mencari bahan
untuk melengkapkan tugasan kerana bahan yang kami perolehi masih belum
mencukupi. Walaupun begitu kami tidak pernah berputus asa malah kami
berpendapat bahawa kesilapan kami masih boleh ditampung sekiranya kami
menetapkan hati dan matlamat kami dengan bersungguh-sungguh.
Akhirnya apa yang saya dapati semasa menyiapkan tugasan ini adalah jangan
sekali-kali kita menangguhkan kerja kerana kita tidak mengetahui apa yang bakal
menanti kita di hadapan. Sikap saling bekerjasama juga amat penting dan perlulah
saling mengingatkan antara satu sama lain. Pengajaran lain yang saya perolehi
adalah perlulah bersemangat dan tidak mudah putus asa. Apa yang saya harapkan
setelah menyiapkan tugasan ini hanyalah kesedaran diri yang tinggi dan mengambil
iktibar atas segala kesilapan dan membaiki kesilapan itu serta menjadikan kesilapan
sebagai penggorak langkah saya untuk menjadi seorang guru yang berdisiplin kelak.
Mohd Shahidan bin Ismail.Opsyen PJ/BI/BM/KS.
REFLEKSI
Bismillahi rahmani rahim.
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Pertama sekali saya panjatkan
kesyukuran pada Yang Maha Esa kerana dengan izin dan limpah kurnia-NYa dapat
kami bertiga menyiapkan tugasan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan.
Setelah hampir sebulan proses menghasilkan folio kerja kursus, maka inilah yang
dapat kami sembahkan dalam folio kerja kursus Kajian Sosial. Dalam usaha untuk
menyiapkan tugasan ini, kami terpaksa menghadapi beberapa masalah yang sedikit
menggangu proses penghasilan folio kerja kursus ini.
Pada hari pertama saya menerima tugasan ini iaitu pada Ogos 2006, saya
menghadapi masalah untuk memahami kehendak soalan walaupun telah diberi
penerangan oleh pensyarah pembimbing. Setelah mengkaji dan mendapatkan
keterangan lanjutan daripada pensyarah pembimbing dan berdiskusi dengan rakan
sekumpulan, saya mula memahami kehendak soalan dan mula membuat senarai
semak kerja berjadual bagi memudahkan kami bertiga membuat dan mencari bahan
bagi kerja kursus ini. Saban hari saya datang berjumpa pensyarah dari Jabatan
Kajian Sosial untuk terus mendapat bimbingan daripada mereka. Pensyarah tidak
lokek untuk memberi tunjuk ajar dan tips kepada saya.
Kesempitan masa juga turut memeningkan kami dalam usaha menyiapkan
tugasan ini. Walaupun tempoh yang diberikan selama satu bulan, lamun kerja
kursus dari pensyarah bagi mata pelajaran berbeza, yang mana inginkan tugasan
mereka di hantar dalam tempoh yang lebih singkat. Alhamdulliah, dengan adanya
jadual kerja yang tersusun, masalah ketidaksempatan masa dapat kami bertiga atasi
sebaiknya.
Dalam penyediaan bahan pula, saya tidak menghadapi masalah yang ketara
kerana proses mencari bahan dilakukan bersama- sama ahli kumpulan. Cuma
sedikit masalah dalam pengolahan data yang ingin dipersembahkan dalam bentuk
grafik, ringkas, padat dan mudah difahami. Idea- idea ini saya dapat daripada
pensyarah pembimbing hasil perbincangan lanjutan dengan beliau. Sumber internet
juga dijadikan sebagai rujukan kami bagi mencanangkan lebih banyak idea.
Secara kesuluruhannya, saya dapat lebih kefahaman, pengetahuan dan
mengaplikasi apa yang di ajar oleh pensyarah semasa proses menyediakan kerja
kursus ini. Tugasan ini dapat saya siapkan hasil dorongan keluarga, para pensyarah
dan bantuan daripada rakan sekumpulan. Saya amat berharap apa yang kami
sembahkan ini telah menjawab dan menepati kehendak soalan.Di akhir coretan
refleksi ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan, kiranya ada terdapat
salah silap, kekurangan dan kelemahan dalam folio kerja kursus ini. Terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalm penghasilan kerja kursus ini sama ada
secara langsung ataua tidak langsung.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh:
Mohd Nor Ridzwan bin Dollah.
870504-06-6169.
Opsyen PJ/BI/BM/KS.
REFLEKSI
Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Pertama sekali kami panjatkan
kesyukuran pada Yang Maha Esa kerana dengan izin dan limpah kurnia-NYA dapat
kami menyiapkan tugasan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan. Setelah
hampir tiga minggu proses menghasilkan folio kerja kursus. Maka inilah yang dapat
kami sembahkan dalam folio kerja kursus Kajian Sosial. Dalam usaha untuk
menyiapkan tugasan ini, kami terpaksa menghadapi beberapa masalah yang sedikit
menggangu proses penghasilan folio kerja kursus ini.
Pada hari pertama kami menerima tugasan ini iaitu pada Ogos 2007, kami
menghadapi masalah untuk memahami kehendak soalan walaupun telah diberi
penerangan oleh pensyarah pembimbing. Setelah mengkaji dan mendapatkan
keterangan lanjutan daripada pensyarah pembimbing, kami mula memahami
kehendak soalan dan mula membuat senarai semak kerja berjadual bagi
memudahkan kami membuat dan mencari bahan bagi kerja kursus ini. Saban hari
saya datang berjumpa pensyarah dari Jabatan Kajian Sosial untuk terus mendapat
bimbingan daripada mereka. Pensyarah tidak lokek untuk memberi tunjuk ajar dan
tips kepada kami sekumpulan.
Kesempitan masa juga turut memeningkan kami dalam usaha menyiapkan
tugasan ini. Dengan tempoh yang diberikan selama satu minggu, ditambah kerja
kursus dari pensyarah bagi mata pelajaran berbeza, yang mana inginkan tugasan
mereka di hantar dalam tempoh yang lebih singkat. Alhamdulliah, dengan adanya
jadual kerja yang tersusun, masalah ketidaksempatan masa dapat kami atasi
sebaiknya.
Dalam penyediaan bahan pula, saya tidak menghadapi masalah yang ketara
kerana kami mempunyai bahan rujukan yang mencukupi dan sebelum tugasan ini
diberikan, kumpulan kami telah membuat pembentangan di dalam kelas, di samping
mendapatkan bahan rujukan dari pusat sumber institut. Cuma sedikit masalah
dalam pengolahan data yang ingin dipersembahkan dalam bentuk grafik, ringkas,
padat dan mudah difahami. Idea- idea ini kami dapat daripada pensyarah
pembimbing hasil perbincangan lanjutan dengan beliau. Sumber internet juga
dijadikan sebagai rujukan kami bagi mencanangkan lebih banyak idea.
Tugasan ini dapat kami siapkan hasil dorongan keluarga, para pensyarah dan
kerjasama daripada rakan- rakan sekumpulan. kami amat berharap apa yang kami
sembahkan ini telah menjawab dan menepati kehendak soalan.
Di akhir coretan refleksi ini, kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan,
kiranya ada terdapat salah silap, kekurangan dan kelemahan dalam folio kerja
kursus ini.Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan kerja
kursus ini sama ada secara langsung ataua tidak langsung.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh:
Fauzul Azmi bin A. Ghani.
Jadual Kerja Kerja Kursus Kajian Sosial
Langkah Jenis Aktiviti/ Tindakan
Tempoh Penglibatan/ Tanggungjawab
Tarikh
01Penerimaan kerja kursus. Minggu 01
Pelatih guru, pensyarah pembimbing. Ogos /2007
02
Membina jadual kerja dan perancangan pelaksanaan.
Minggu 01
Perbincangan dalam kumpulan
03
Mencari bahan secara individu / berkumpulan.
Kolaborasi bersama pensyarah pembimbing.
Minggu 02
Bersama –sama pelatih guru.
Bersama pensyarah pembimbing
04
Menyediakan draf pertama kepada pensyarah pembimbing.
Kolaborasi bersama pensyarah pembimbing selepas semakan berjadual.
Minggu 02
Pelatih guru, pensyarah pembimbing.
Pelatih guru.
05
Kolaborasi bersama pensyarah pembimbing selepas semakan berjadual.
Menyiapkan kerja – kerja terakhir tugasan.
Minggu 03
Pelatih guru, pensyarah pembimbing
Pelatih guru.
06
Menghantar tugasan KKBI yang sempurna kepada pensyarah pembimbing.
Minggu 03 Pelatih guru. 22/10/2007
Bibliografi.
1. Zulhimi Paidi & Rohani Abdul Ghani.2003. Pendidikan Negara bangsa. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd
2. Abd. Aziz Ismail. 2002. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Salafi Sdn. Bhd
Internet
1. http://hids.arkib.gov.my/pengenalan.htm 2. http://www.uum.edu.my/datovc/kertaskerja.htm 3. http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?
y=2007&dt=0118&pub=utusan_malaysia&sec=pendidikan&pg=pe_06.htm&arc=hive