kerja amal ( kitar semula)

8
Kerja Amal Pendidikan Moral TAJUK : KITAR SEMULA NAMA : LOW JEN HAHN NO. KAD PENGENALAN : SEKOLAH : SMJK YU HUA TINGKATAN : 4B TAHUN : 2011

Upload: serge-low-jen-hahn

Post on 04-Aug-2015

4.790 views

Category:

Documents


104 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Amal ( Kitar Semula)

Kerja Amal Pendidikan Moral

TAJUK : KITAR SEMULA

NAMA : LOW JEN HAHN

NO. KAD PENGENALAN :

SEKOLAH : SMJK YU HUA

TINGKATAN : 4B

TAHUN : 2011

Page 2: Kerja Amal ( Kitar Semula)

Kerja Amal

Tajuk Kerja Amal : Alam Sekitar, Kitar Semula

Tarikh : 29/7/2011

Hari : Jumaat

Masa : 11.00am-1.00pm

Tempat : Rumah kawan

Penganjur : Puan Kamisah, guru matapelajaran Pendidikan Moral

Matlamat : Matlamat pelaksanaan kerja amal ini adalah untuk mengurangkan penerokaan sumber asli yang tidak boleh dihasilkan. Tambahan pula, sikap kitar semula dapat dibinakan.

Objektif : (a) mengumpul bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti surat khabar untuk tujuan kitar semula.

Page 3: Kerja Amal ( Kitar Semula)

Pelaksanaan Projek Sebelum projek ini dilaksanakan, guru Pendidikan Moral kami, Puan Kamisah telah memberi penerangan dan panduan kepada kami tentang kerja amal ini. Puan Kamisah telah menjelaskan kepentingan pengurangan penggunaan bahan sumber, mengguna semula dan mengitar semula. Di samping itu, cara pelbagai Program Amanah Hijau dilaksanakan serta cara penglibatan diri kami dalam penjimatan penggunaan sumber juga diperkenalkan kepada kita melalui unit 18 pendidikan Moral, tajuknya adalah “Fikir Dahulu Sebelum Buang”. Kami telah sedar tentang kepentingan dan faedah kitar semula.

Kumpulan kami telah membuat persediaan selama 3 minggu sebelum pelaksanaan kerja amal ini. Pertama sekali, kami telah mengadakan perbincangan untuk menyelaras dan membincangkan perkara-perkara tentang kerja amal ini. Kami telah membincangkan tempat yang sesuai dan masa yang tepat. Projek ini telah dijalankan pada 29 July 2011. Sebelum itu, saya dan ahli kumpulan saya telah mengumpulkan bahan-bahan kertas untuk dikitar semula. Pada hari tersebut, kami telah membawa bahan-bahan itu ke pusat kitar semula untuk dikitar semula. Akhirnya, kerja amal ini telah dijalankan dengan sempurna.

Page 4: Kerja Amal ( Kitar Semula)

Peranan Saya Dalam kerja amal ini, saya telah memilih untuk melaksanakan kerja amal ini secara berkumpulan. Saya telah meluangkan masa dengan ahli kumpulan saya dengan membincangkan dan meyelaraskan projek ini. Saya telah menyumbang idea dengan mencadangkan mengitar semula surat khabar lama dan majalah lama kerana saya bersikap rasional serta menyayangi dan menghargai alam sekitar. Saya dan kawan-kawan saya juga telah menyumbang tenaga.

Semasa hari pelaksanaan projek ini, kami telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kami mengamalkan sikap kerjasama dan toleransi supaya tidak berlaku sebarang pertelingkahan dan perselisihan faham. Kumpulan satu iaitu saya dan seorang rakan ditugaskan mengumpul surat khabar lama dan majalah lama. Manakala kumpulan dua rakan saya telah mengumpul dan membalutkan surat khabar lama dan majalah lama untuk dikitar semula. Kumpulan tiga ditugaskan untuk menghantar surat khabar dan majalah-majalah tersebut ke pusat kitar semula. Oleh sebab sikap kami yang rajin dan bertanggungjawab, projek ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Selepas projek ini diselesaikan, barang-barang tersebut pun telah dikitar semula. Walaupun proses ini amat memakan masa, tetapi saya berasa amat berpuas hati kerana saya memahami nilai kemapanan alam sekitar.

Page 5: Kerja Amal ( Kitar Semula)

Kesan Kepada Saya

Setelah melaksanakan kerja amal ini, saya telah sedar memahami kepentingan dan keindahan alam sekitar, pengekalan ekosistem yang stabil dan juga kepentingan kitar semula. Bumi merupakan rumah kita, penduduk bumi seharusnya mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Menyayangi dan menghargai alam sekitar adalah tanggungjawab kita. Demi memelihara dan memulihara alam sekeliling, kita mestilah membantu menyedarkan masyarakat bersama-sama untuk mengekalkan keindahan dan keseimbangan alam.

Dalam tempoh pelaksanaan projek ini, saya telah mengumpulkan banyak maklumat tentang kitar semula. Banyak kawasan telah menjalankan program kitar semula tetapi tidak banyak disokong oleh orang ramai. Kita haruslah mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar, selalu peka terhadap masalah alam sekitar dan berdaya upaya untuk menyelesaikannya. Pengekalan keseimbangan ekosistem adalag tanggunjawab oenduduk bumi dan ini akan menjaminkan kesejahteraan manusia dan juga alam sekitar.

Dalam melaksananakan prjek ini, saya telah memperoleh banyak ilmu tentang kitar semula dan juga pengajaran dan kesedaran tentang kepentingan alam sekitar. Saya berjanji akan lebih peka terhadap alam sekitar dan lebih bertanggungjawab untuk memelihara dan memuliharakannya.

Page 6: Kerja Amal ( Kitar Semula)

( Put photo+caption)

Page 7: Kerja Amal ( Kitar Semula)

( Place the form)