kepimpinan instruktional terhadap iklim sekolah
DESCRIPTION
jurnalTRANSCRIPT
-
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak Berkuasa/organasasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini Perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. # Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DAN IKLIM SEKOLAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN ZON BATU ANAM SEGAMAT
SESI PENGAJIAN : 2011/2013
Saya NILAM BINTI MOHAMED . (HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafal)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **sila tandakan ( 4 )
SULIT TERHAD
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
________________________________ ___________________________________ ( TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PEYELIA) LOT 122, JALAN LAWSON, HAJI HASSAN BIN HUSHIN BATU ANAM, 85100 SEGAMAT, JOHOR. Tarikh : ____________________________ Tarikh : _____________________
9
-
HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DAN IKLIM SEKOLAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN ZON BATU ANAM SEGAMAT
NILAM BINTI MOHAMED
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2013
-
HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DAN IKLIM SEKOLAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN ZON BATU ANAM SEGAMAT
NILAM BINTI MOHAMED
Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi Sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)
Penyelia
TN HJ HASSAN BIN HUSHIN
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2013
-
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Pendidikan ( Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan )
Tandatangan : ...................
Nama Penuh : TUAN HAJI HASSAN BIN HUSHIN
Tarikh : ..
-
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya
Tandatangan :
Nama Penulis : NILAM BINTI MOHAMED
Tarikh :.
-
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya kajian ini
telah berjaya disiapkan. Jutaan terima kasih dan sekalung budi diucapkan kepada
penyelia saya iaitu Tuan Haji Hassan Hushin kerana kesungguhan beliau memberi
tunjuk ajar, nasihat dan panduan sepanjang saya menyiapkan kajian ini. Semoga
rantaian jasa dan baktimu akan mendapat rahmat Allah hendaknya. Ucapan terima
kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah di Fakulti Pendidikan yang telah
memberikan ilmu yang amat berguna kepada saya.
Istimewa buat suamiku yang tersayang Azni bin Haji Adnan yang banyak
memberikan semangat dan dorongan kepadaku, anak-anakku Nur Amirah Batrisyia,
Muhammad Arif, Aiman Syahmi dan Humaira Az Zahra yang bersabar mengharungi
liku-liku ini bersama. Sekalung penghargaan dan terima kasih ku ucapkan buat
kalian yang kusayangi.
Buat kedua ibubapa yang tercinta, terima kasih di atas doa dan semangat yang
tidak pernah putus dari kalian berdua. Semoga Allah jua yang dapat memberi rahmat
kepada kedua ibubapaku yang tercinta. Akan ku hadiahkan kejayaan ini buat kalian
berdua.
Istimewa buat sahabat seperjuangan, terutama sekali pada Norsilah Maskan,
kerana dorongan dan semangatmu aku berada di sini. Tidak lupa pada sahabat yang
lain, Anu Surya, Nurul Jalilah, Hatif, Raja Rozita, Kharni dan Ustaz Nasir yang
banyak membantu. Terima kasih yang tak terhingga ku ucapkan.
Akhirnya, ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung sehingga kajian ini dapat disiapkan. Semoga Allah
S.W.T akan membalas setiap sumbangan baik yang kalian berikan. Harapan dan
doaku agar kalian berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.
NILAM BINTI MOHAMED
-
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara kepimpinan instruksional guru
besar dengan profil iklim sekolah yang dipimpinnya. Hubungan ini dikaji
berdasarkan persepsi guru-guru terhadap kekerapan pengetua mereka dalam
melaksanakan fungsi-fungsi kepimpinan instruksional dan persepsi mereka terhadap
kewujudan faktor-faktor penentu pembentukan iklim sekolah yang kondusif di
sekolah masing-masing. Sampel terdiri daripada 130 orang guru dari lapan buah
sekolah kebangsaan Zon Batu Anam, Segamat yang dipilih secara rawak. Kajian ini
menggunakan soal selidik Principal Instructional Management Rating Scale dan
CFK Ltd School Climate Profile. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS (
Statistical Packages for the Social Sciences) versi 18.00. Kaedah statistik deskriftif
digunakan bagi melihat frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Statistik
infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu
hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa para guru besar kerap melaksanakan fungsi-
fungsi beliau sebagai pemimpin instruksi. Kekerapan hanya pada tahap sederhana.
Begitu juga dengan profil iklim sekolah, guru-guru mempunyai persepsi yang baik
terhadap kewujudan profil iklim sekolah mereka. Hasil kajian juga menunjukkan
bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan pada kadar sederhana antara
kepimpinan instruksional dan iklim sekolah dengan nilai r=0.457.
-
ABSTRACT
This study aims to examine the relationship between teachers instructional leadership with school climate profile leads.This relationship is studied based on the perceptions of teachers on the frequency of their principals in performing the functions of instructional leadership and their perceptions of the determinants of the existence of the school climate that is conducive in their respective schools.The sample consists of 130 teachers from eight primary school at Zon Batu Anam, Segamat randomly selected.This study used questionnaires Principal Instructional Management Rating Scale and CFK Ltd. School Climate Profile. Data were analyzed using SPSS (Statistical Packages for the Social Sciences) version 18.00.Descriptive statistical methods used for the frequency, percentage, mean and standard deviation.Multivariate statistics are used to perform Pearson correlation test and one-way ANOVA.The results showed that the teachers frequently perform his functions as instructional leaders.Frequency only at a moderate level.Similarly, the profile of the school climate, teachers have a good perception of the existence of their school climate profile. The results also showed that there is a significant positive relationship between moderate to instructional leadership and school climate with r = 0.457.
-
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKASURAT
Jadual 3.1 Jadual Krejcie, R.V.Morgan yang MenunjukkanKadar menentukan jumlah sampel daripada Populasi 49
Jadual 3.2 Taburan Populasi Kajian 50
Jadual 3.3 Taburan Sampel Kajian 51
Jadual 3.4 Taburan item soal selidik mengikut Dimensi Kepimpinan Instruksional 53 Jadual 3.5 Taburan skor untuk setiap pilihan jawapan Responden soal selidik kepimpinan Instruksional 54 Jadual 3.6 Taburan item soal selidik mengikut faktor iklim sekolah 55 Jadual 3.7 Taburan skor untuk setiap pilihan jawapan Responden soal selidik iklim sekolah 55 Jadual 3.8 Jadual ringkasan pengujian statistik objektif Kajian 59 Jadual 3.9 Guilfords Rule Of Thumbs 61
Jadual 4.1 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Jantina 63
Jadual 4.2 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Umur 64
Jadual 4.3 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 64
Jadual 4.4 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Jawatan 65
-
Jadual 4.5 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden
Mengikut Tempoh Berkhidmat Dengan Guru Besar. 66
Jadual 4.6 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Taraf Akademik Tertinggi 66
Jadual 4.7 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Kelulusan Ikhtisas 67
Jadual 4.8 Taburan responden mengikut Frekuensi, Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi Guru-
Guru Terhadap Amalan Kepimpinan Instruksional Bagi Dimensi Pentakrifan Matlamat Sekolah. 69
Jadual 4.9 Taburan responden mengikut Frekuensi, Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi Guru-
Guru Terhadap Amalan Kepimpinan Instruksional Bagi Dimensi Pengurusan Program Pengajaran. 71
Jadual 4.10 Taburan responden mengikut Frekuensi, Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi Guru-
Guru Terhadap Amalan Kepimpinan Instruksional Bagi Dimensi Pemupukan Iklim Pengajaran dan Pembelajaran Yang Kondusif. 73
Jadual 4.11 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus,
Min dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi Guru-Guru Terhadap Profil Iklim Sekolah Bagi Faktor Rasa Hormat. 75
Jadual 4.12 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus,
Min dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi Guru-Guru Terhadap Profil Iklim Sekolah Bagi Faktor Kepercayaan. 76
Jadual 4.13 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus,
Min dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi Guru-Guru Terhadap Profil Iklim Sekolah Bagi Faktor Semangat kerja/Belajar 77
-
Jadual 4.14 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus,
Min dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi Guru-Guru Terhadap Profil Iklim Sekolah Bagi Faktor Peluang Turut Serta 78
Jadual 4.15 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus,
Min dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi Guru-Guru Terhadap Profil Iklim Sekolah Bagi Faktor Budaya Penyayang 79
Jadual 4.16 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus,
Min dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi Guru-Guru Terhadap Profil Iklim Sekolah Bagi Faktor Kejeleketan 80
Jadual 4.17 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus,
Min dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi Guru-Guru Terhadap Profil Iklim Sekolah Bagi Faktor Usaha Pembaharuan 81
Jadual 4.18 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi Guru-Guru Terhadap Profil Iklim Sekolah Bagi Faktor Peningkatan Akademik dan Sosial 82
Jadual 4.19 Pengkelasan Persepsi Guru-guru Terhadap
Amalan Kepimpinan Instruksional Berdasarkan Skor Min. 83
Jadual 4.20 Persepsi Guru-guru Terhadap Amalan Kepimpinan
Instruksional Mengikut Frekuensi dan Peratus Bagi Dimensi-dimensi Dalam Kepimpinan Instruksional. 84
Jadual 4.21 Persepsi Guru-guru Terhadap Amalan
Kepimpinan Instruksional Mengikut Min dan Sisihan PiawaI Bagi Dimensi-dimensi Dalam Kepimpinan Instruksional. 86
Jadual 4.22 Pengkelasan Persepsi Guru-guru Terhadap
Faktor-Faktor Profil Iklim Sekolah Berdasarkan Skor Min. 87
-
Jadual 4.23 Persepsi Guru-guru Terhadap Faktor-Faktor Profil Iklim Sekolah Mengikut Frekuensi dan Peratus. 88
Jadual 4.24 Persepsi Guru-guru Terhadap Faktor-faktor Profil
Iklim Sekolah Mengikut Min dan Sisihan Piawai. 88 Jadual 4.25 Dimensi Kepimpinan Instruksional Yang Paling
Dominan Dilihat Oleh Guru-Guru di Sekolah Kebangsaan Zon Batu Anam. 89 Jadual 4.26 Hubungan Signifikan Antara Amalan Kepimpinan Instruksional Dengan Iklim sekolah. 90 Jadual 4.27 Ringkasan ANOVA satu hala perbezaan
persepsi guru-guru terhadap Kepimpinan Instruksional. 91
Jadual 4.28 Ringkasan ANOVA satu hala perbezaan
persepsi guru-guru terhadap profil iklim sekolah. 92 Jadual 4.29 Ringkasan ANOVA satu hala perbezaan persepsi
guru-guru terhadap Dimensi Pentakrifan Matlamat Sekolah. 93
Jadual 4.30 Ringkasan ANOVA satu hala perbezaan persepsi
guru-guru terhadap dimensi Pengurusan Program Pengajaran. 94
Jadual 4.31 Ringkasan ANOVA satu hala perbezaan persepsi guru-guru terhadap dimensi pemupukan iklim pembelajaran. 95
Jadual 4.32 Ringkasan Korelasi antara Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar Dengan Iklim Sekolah. 96
Jadual 4.33 Ringkasan Korelasi antara Dimensi Pentakrifan
Matlamat Sekolah dalam Kepimpinan Instruksional dengan Iklim Sekolah. 97
Jadual 4.34 Ringkasan Korelasi antara Dimensi Pengurusan
Program Pengajaran Dalam Kepimpinan Instruksional dengan Iklim Sekolah. 98
-
Jadual 4.35 Ringkasan Korelasi antara Dimensi Pemupukan Iklim Pembelajaran dan Pengajaran Yang
Kondusif Dalam Kepimpinan Instruksional dengan Iklim Sekolah. 99
Jadual 4.36 Keseluruhan Analisis Data Persoalan Kajian 100
-
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKASURAT
Rajah 1.1 Kerangka konsep kepimpinan instruksional dan iklim sekolah 12 Rajah 2.1 Model Teori Hubungan Kepimpinan Instruksional-Iklim Sekolah Menurut Bossert et.al 30 Rajah 2.2 Model Teori Kepimpinan Instruksional-Iklim Sekolah Dwyer (1986) 31 Rajah 2.3 Sintesis Model-model Teori oleh Hussien (1993) 33
Rajah 2.4 Model Interaktif Iklim Sekolah (1998) 41
Rajah 2.5 Model Iklim Sekolah Fox et.al 44
-
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
DEKLARASI
DEDIKASI ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
SENARAI JADUAL vi
SENARAI RAJAH vii
1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 3
1.3 Penyataan masalah 5
1.4 Objektif kajian 7
1.5 Persoalan kajian 8
1.6 Hipotesis kajian 9
-
1.7 Kepentingan kajian 10
1.8 Kerangka konsep 12
1.9 Skop kajian 13
1.10Batasan kajian 13
1.11Definisi operasional 15
1.11.1 Kepimpinan instruksional 15
1.11.2 Iklim sekolah 16
1.12 Penutup 17
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Kajian-kajian lampau 18
2.3 Model-model kepimpinan 26
2.3.1 Teori kepimpinan artribusi 26
2.3.2 Teori kepimpinan karismatik 26
2.3.3 Kepimpinan jenis pelaksanaan 27
2.3.4 Kepimpinan jenis transformasi 28
2.3.5 Kepimpinan berwawasan 28
2.4 Model teori kepimpinan instruksional 29
2.4.1 Model Teori Bossert et.al 29
2.4.2 Model Teori Dwyer 31
-
2.4.3 Model Teori Hussein 32
2.5 Kepimpinan Instruksional 34
2.5.1 Merangka matlamat sekolah 35
2.5.2 Pengurusan program-program pengajaran 37
2.5.3 Pemupukan iklim pengajaran dan pembelajaran yang positif 38
2.6 Iklim sekolah 39
2.7 Hubungan antara kepimpinan instruksional dengan iklim sekolah 44
2.8 Penutup 45
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 47
3.2 Reka bentuk kajian 47
3.3 Populasi dan sampel 48
3.4 Instrumen kajian 51
3.4.1 Persepsi guru-guru terhadap kepimpinan Instruksional guru besar 53 3.4.2 Persepsi guru-guru terhadap profil iklim sekolah 54
3.5 Prosedur kajian 56
3.6 Keesahan dan kebolehpercayaan 57
3.7 Kaedah pengumpulan data 58
-
3.8 Proses penganalisaan data 59
3.8.1 Statistik Deskriptif 60
3.8.2 Statistik Inferensi 60
3.9 Penutup 61
4 ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 62
4.2 Huraian Latar Belakang Responden 62
4.3 Analisis Data Item-item Persoalan Kajian 68
4.3.1 Persoalan kajian 1 68
4.3.2 Persoalan kajian 2 75
4.3.3 Persoalan kajian 3 83
4.3.4 Persoalan kajian 4 86
4.3.5 Persoalan kajian 5 89
4.3.6 Persoalan kajian 6 90
4.4 Analisis Inferensi 91
4.4.1 Hipotesis 1 91
4.4.2 Hipotesis 2 92
4.4.3 Hipotesis 3 93
4.4.4 Hipotesis 4 94
-
4.4.5 Hipotesis 5 95
4.4.6 Hipotesis 6 96
4.4.7 Hipotesis 7 97
4.4.8 Hipotesis 8 98
4.4.9 Hipotesis 9 99
4.5 Ringkasan Keseluruhan Analisis Data Persoalan Kajian 100
4.6 Kesimpulan 101
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 103
5.2 Rumusan 104
5.3 Perbincangan 105
5.3.1 Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar 106
5.3.2 Amalan Profil Iklim Sekolah 108
5.3.3 Dimensi Kepimpinan Instruksional Yang Paling Dominan. 110
5.3.4 Hubungan Antara Kepimpinan Instruksional Guru Besar Dengan Iklim Sekolah 111
5.4 Implikasi Dapatan Kajian 113
5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 116
-
5.6 Penutup 117
RUJUKAN 118
SENARAI LAMPIRAN
A SOAL SELIDIK
B SURAT KEBENARAN
C KEBOLEHPERCAYAAN SOAL SELIDIK
D HASIL ANALISIS DATA
-
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Dunia pendidikan sentiasa mengalami perubahan selari dengan peredaran
zaman dan tuntutan keperluan negara. Era teknologi maklumat telah menjanjikan
pelbagai perubahan drastik kepada dunia pendidikan dan perubahan ini sekaligus
mencabar para pendidik, para pelajar dan masyarakat secara keseluruhannya. Oleh
itu, untuk menghadapi perubahan dunia pendidikan ini, sesebuah institusi pendidikan
adalah memerlukan kepimpinan yang berkesan.
Kepimpinan instruksional mendapat perhatian sejak 25 tahun yang lalu
bermula dengan kajian sekolah berkesan oleh Edmonds (1979). Model kepimpinan
instruksional telah dibangunkan sejak 1980an oleh pengkaji barat seperti Hallinger
dan Murphy (1985,1987),Bossert (1988), Murphy (1990), Weber (1996), Sourthworth
(2002) dan Hallinger (2000). Model Hallinger dan Murphy (1985) paling kerap
digunakan dalam kajian-kajian mengenai kepimpinan instruksional. Halllinger
(2011) menyatakan bahawa bermula tahun 1980an sehingga 2010, sebanyak 130
kajian telah dijalankan menggunakan model Hallinger (1985).
Di Malaysia kepimpinan instruksional mula mendapat tempat dalam kalangan
pengetua sekolah kerana ia amat signifikan dalam melahirkan sekolah berkesan
-
2
(Sazali, Rusmini, Abang Hut & Zamri 2007). Dalam abad ke-21 amalam kepimpinan
instruksional masih relevan dan dapat menyumbang kepada kecemerlangan sekolah
(Hallinger 2005:Jabatan Perdana Menteri 2010). Keberkesanan amalan kepimpinan
instruksional turut dinyatakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (KPM
2007) dan Jabatan Perdana Menteri (2010).
Alimuddin (2010) menjelaskan seorang pemimpin instruksional yang menjadi
egen perubahan dan mewujudkan persekitaran di sekolah yang kondusif dapat
memberi impak yang signifikan dalam kecemerlangan pelajar. Menurut beliau lagi,
tanggungjawab pengetua dan guru besar sebagai pemimpin instruksional adalah
memastikan pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti akademik dirancang dan
dilaksanakan dengan baik serta teratur agar guru dapat mengajar dengan berkesan.
Ramai pengkaji yang telah mengkaji tentang perkara ini, sebagai contoh
kajian yang dilakukan oleh (Brookover & Lezotte, 1982), Duke (1983), Edmonds
(1979) dan Kroeze (1984) menekankan tentang kepentingan peranan pengetua dan
guru besar sebagai pemimpin instruksional. Walaubagaimanapun, tinjauan literature
berkaitan isu ini mendapati kepimpinan instruksional jarang dipraktikkan (Flath
1989). Stronge (1988) mendapati pengetua dan guru besar menumpukan 62.2%
daripada masa mereka kepada isu-isu pengurusan sekolah, dan hanya 6.2% daripada
masa mereka difokuskan kepada isu-isu yan berkaitan program pendidikan di
sekolah. Stronge juga mendapati bahawa walaupun seorang pengetua atau guru
besar melaksanakan pelbagai tugas setiap hari, hanya 11% daripada tugas-tugas
tersebut berkait rapat dengan kepimpinan instruksional. Hallinger (1989)
berpendapat bahawa keadaan ini berlaku kerana kurang dan tiada persediaan untuk
meningkat dan menyokong kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam bidang
kepimpinan instruksional. Justeru imej kepimpinan instruksional wujud hanya
sebagai retorik professional dan seringkali tidak dipraktikkan.
-
3
1.2 Latar belakang masalah
Kepimpinan merupakan satu proses mengembleng tenaga insan ke arah
pencapaian matlamat organisasi. Gaya kepimpinan seseorang pengurus amat penting
bagi menentukan dan menjamin keberkesanan sesebuah organisasi. Di samping itu,
sikap pemimpin berkenaan dalam menjalankan kegiatan mentoring dan minatnya
mencari jalan untuk membangunkan kerjaya pekerjanya membawa petanda
pemimpin tersebut berorientasikan pencapaian tinggi serta memiliki bakat sebagai
seorang pengurus yang cemerlang (Abas Haji Awang, 2006). Dalam konteks institusi
pendidkan, pengetua dan guru besar menjadi mentor utama dalam menggerakkan
aktiviti instruksional atau pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Kepimpinan instruksional dilihat dapat mempengaruhi perkembangan bidang
pedagogi, iaitu sains pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa mengalami
perubahan yang dinamik, positif dan relevan dalam menghadapi cabaran-cabaran
hasil daripada dunia yang sentiasa berubah bagi menghasilkan outcome sejajar
dengan kehendak target clientele dalam sistem pendidikan untuk melahirkan murid
yang berdaya saing dan berkualiti serta dapat menempa sejarah yang unggul serta
mampu mencapai kejayaan cemerlang ke tahap terbilang.
Dalam usaha mewujudkan kepimpinan instruksional yang berkesan, pengetua
atau guru besar seharusnya mampu mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran
yang kondusif, mengutamakan aktiviti peningkatan profesionalisme untuk semua
tenaga pengajar secara berterusan di samping menggalakkan aktiviti penyelidikan dan
pembangunan dalam kalangan guru agar standard dan kualiti pengajaran guru sentiasa
berada di tahap yang tinggi. Kita harus mempertingkat kualiti dalam bidang
pendidikan kerana pendidikan merupakan sumber utama dan daya penggerak penting
dalam pencapaian matlamat Wawasan 2020.
-
4
Pemimpin sekolah yang berkualiti sudah tentu menjadi teraju utama di
sekolah yang terbilang. Sebagai pemimpin, seharusnya dapat mengatur strategi
berdasarkan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Dalam
konteks inilah kepimpinan instruksional yang melibatkan unsur keilmuan dan proses
penyampaian ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran, penterjemahan dan
pengoperasian kurikulum dan pembangunan staf, proses pencerapan dan penyeliaan,
pembangunan kurikulum dan pembangunan kumpulan, seharusnya difahami dan
sekaligus diamalkan oleh semua pihak dan peringkat kepimpinan di sekolah.
Selain itu, guru berkualiti sewajarnya mampu memiliki kemahiran sosial dan
interpersonal yang baik, berjaya menjalin kerjasama dengan ibu bapa murid dan ahli
masyarakat serta mampu menyumbang ilmu demi pembangunan dan kemajuan
sekolah. Adalah menjadi tugas pengetua dan guru besar untuk memastikan setiap
guru mempunyai ilmu dan kemahiran dalam aspek komunikasi dan ia boleh
direalisasikan melalui program perkembangan staf.
Sebagai contoh, pengetua atau guru besar memainkan peranan yang penting
sebagai pemimpin instruksional yang efektif bagi merealisasikan pelaksanaan latihan
secara school-based seperti saranan oleh Hanny (1987). Pengetua/Guru Besar
haruslah melaksanakan perkara-perkara berikut sebelum latihan school-based dapat
dilaksanakan iaitu menubuhkan jawatankuasa latihan school-based peringkat sekolah,
mengadakan kajian keperluan latihan bagi guru-guru, memuat turun modul latihan,
membuat rujukan dari pelbagai sumber, melaksanakan school based kepada guru-
guru, mengkaji keberkesanan latihan yang dijalankan dan melaksanakan kajian impak
keberkesanan latihan.
-
5
Justeru itu, amalan kepimpinan instruksional yang cekap dan berkesan serta
amalan iklim yang positif dalam semua dimensi kepimpinan dan pengurusan amat
penting sebagai penggerak warga sekolah bagi menunaikan amanah dan
tanggungjawab secara kolektif untuk membangunkan modal insan melalui program
dan aktiviti pendidikan berkualiti serta holistik di sesebuah sekolah.
1.3 Penyataan masalah
Dalam suasana yang mencabar dan kompleks hari ini, peranan guru besar
menjadi semakin penting dalam menjayakan matlamat sekolah. Pengetua atau guru
besar harus bijak menyesuaikan kepimpinannya bagi membawa sekolah ke arah yang
lebih berkesan dan cemerlang. Menurut Sergiovanni (1995) tugas menjadikan
sekolah yang berkesan dapat dilaksanakan sekiranya pengetua dapat melaksanakan
segala aktiviti pendidikan serta mengurus segala bentuk sumber di bawah jagaannya.
Sehubungan itu, pengetua atau guru besar disarankan supaya berperanan
sebagai pemimpin pengajaran (Ibrahim 2001). Rosenblum et al dalam Azizah (2001)
mengatakan sekolah yang berjaya , inovatif, tempat tumpuan murid-murid terkenal
kerana kecemerlangan dalam pembelajaran dan terdapat murid yang gigih mengikut
kebolehan masing-masing kerana kepimpinan pengetua atau guru besar.
Di samping itu, kewujudan dan kecemerlangan sesebuah sekolah berkait
rapat dengan iklim positif yang diterapkan oleh seseorang pemimpin sekolah. Iklim
sesebuah sekolah dapat dilihat dengan menilai kewujudan faktor-faktor yang
mempengaruhi proses pembentukannya. Apa jua program untuk memperbaiki iklim
sekolah yang ingin dilaksanakan perlulah menumpukan perhatian kepada aspek
-
6
kemanusiaan. Perlunya aspek ini diberi perhatian kerana semua aktiviti pendidikan
yang dijalankan sebenarnya adalah untuk mengatasi masalah di atas tidak lain dan
tidak bukan adalah peranan yang dimainkan oleh pengetua atau guru besar. Pengetua
atau guru besar haruslah memainkan peranannya sebagai seorang pemimpin
organisasi sekolah di samping menampilkan kemahiran dalam membuat keputusan
secara berkumpulan.
Para guru besar sebenarnya menghadapi dilema kerana adanya konflik
peranan. Pada hakikatnya, mereka perlu menjalankan dua tugas utama iaitu
mengurus atau mentadbir dan memimpin (Hussein,1993). Melalui kajian semula
terhadap penyelidikan yang relevan dengan topik pengalaman sebagai guru yang
terbaik, Greenfield & rakan-rakannya (1986) telah membuat kesimpulan bahawa
orientasi pengetua terhadap peranan yang lebih menekankan fungsi kepimpinan
instruksional telah melahirkan a dysfunctional socialization outcome .
Persoalannya kini, bagaimanakah senario amalan kepimpinan instruksional
dan kondisi iklim sekolah yang wujud di sekolah- sekolah kebangsaan.
Sejauhmanakah pula hubungan kepimpinan instruksional sebagai salah satu peranan
utama guru besar dengan iklim organisasi sekolah yang mereka pimpin. Masalah
inilah yang menjadi fokus kepada kajian ini.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini telah menentukan tujuh objektif utama berdasarkan kepada
pernyataan masalah yang telah dinyatakan seperti di atas :
-
7
i) Mengenal pasti persepsi guru-guru terhadap amalan kepimpinan
instruksional guru besar mereka di Sekolah Kebangsaan Zon Batu Anam.
ii) Mengenalpasti persepsi guru-guru terhadap profil iklim sekolah di tempat
mereka bertugas.
iii) Mengenalpasti perbezaan persepsi guru-guru terhadap amalan dimensi-
dimensi dalam kepimpinan instruksional guru besar mereka di Sekolah
Kebangsaan Zon Batu Anam.
iv) Mengenalpasti perbezaan persepsi guru-guru terhadap faktor-faktor yang
mempengaruhi profil iklim sekolah tempat mereka bertugas di Sekolah
Kebangsaan Zon Batu Anam.
v) Mengenalpasti dimensi kepimpinan instruksional yang paling dominan
dilihat oleh guru-guru di Sekolah Kebangsaan Zon Batu Anam.
vi) Mengenalpasti kekuatan hubungan antara amalan kepimpinan
instruksional guru besar dengan profil iklim sekolah di Sekolah
Kebangsaan Zon Batu Anam.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada objektif kajian yang disenaraikan, tujuh persoalan kajian
yang telah dibentuk iaitu:
-
8
i) Apakah persepsi guru, terhadap amalan kepimpinan instruksional guru
besar mereka di Sekolah Kebangsaan Zon Batu Anam Segamat?
ii) Apakah persepsi guru, terhadap profil iklim sekolah tempat mereka
bertugas di Sekolah Kebangsaan Zon Batu Anam Segamat?
iii) Apakah terdapat perbezaan persepsi guru-guru terhadap amalan
kepimpinan instruksional guru besar mereka di Sekolah Kebangsaan Zon
Batu Anam Segamat?
iv) Apakah terdapat perbezaan persepsi guru-guru terhadap profil iklim
sekolah tempat mereka bertugas di Sekolah Kebangsaan Zon Batu Anam
Segamat?
v) Apakah dimensi kepimpinan instruksional yang paling dominan dilihat
oleh guru-guru di Sekolah Kebangsaan Zon Batu Anam ?
vi) Apakah terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan
instruksional guru besar dengan profil iklim sekolah?
1.6 Hipotesis Kajian
Bagi mencari jawapan kepada persoalan-persoalan kajian di atas, hipotesis-
hipotesis kajian berikut diuji pada aras kesignifikan 0.05. Hipotesis diterima jika
hasil ujian adalah signifikan pada aras yang lebih besar dari yang ditetapkan.
-
9
i) Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan di kalangan guru-guru
terhadap amalan kepimpinan instruksional guru besar mereka.
ii) Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan di kalangan guru-guru
terhadap profil iklim sekolah mereka.
iii) Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan di kalangan guru-guru
terhadap dimensi pentakrifan matlamat sekolah dalam kepimpinan
instruksional.
iv) Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan di kalangan guru-guru
terhadap dimensi pengurusan program pengajaran dan kepimpinan
instruksional.
v) Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan di kalangan guru-guru
terhadap dimensi pemupukan iklim pembelajaran dalam kepimpinan
instruksional.
vi) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan
instruksional guru besar dengan profil iklim sekolah yang dipimpinnya.
vii) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi pentakrifan
matlamat sekolah dan kepimpinan instruksional guru besar dengan iklim
sekolah yang dipimpinnya.
viii) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan program
pengajaran dalam kepimpinan instruksional guru besar dengan iklim
sekolah yang dipimpinnya.
-
10
ix) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi pemupukan
iklim pembelajaran dalam kepimpinan instruksional guru besar dengan
iklim sekolah yang dipimpinnya.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini memberikan beberapa kepentingan kepada pihak-pihak yang
tertentu. Sebagaimana yang dikemukakan di atas, kajian ini bertujuan untuk
mengetahui samaada wujudnya hubungan antara kepimpinan instruksional guru besar
dengan kondisi iklim organisasi di sesebuah sekolah. Jika terdapat hubungan yang
signifikan antara kedua-dua variable, berapa besarkah pula pengaruh kepimpinan
tersebut terhadap pembentukan iklim yang kondusif untuk berlakunya proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dapatan kajian ini dapat memberikan
maklumat kepada pihak-pihak yang berkaitan tentang tindakan yang perlu di ambil
kira dalam usaha mereka untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan
seterusnya menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan.
Cita-cita yang tinggi ini menuntut adanya anjakan paradigma dalam
memberikan ruang lingkup peranan dan tanggungjawab guru besar agar sesuai
dengan persaingan dalam era globalisasi pada masa akan datang. Bagi Kementrian
Pelajaran Malaysia (KPM), dapatan ini dapat dijadikan panduan dalam penggubalan
dasar dan perancangan bentuk latihan dalam program kepengetuaan yang sering
dijalankan. Ia juga boleh dijadikan rujukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
dalam merancang program peningkatan tahap profesionalisme guru besar agar sesuai
dengan tuntutan para ibubapa dan masyarakat pada masa akan datang.
-
11
1.8 Kerangka konsep
Rajah 1.1 di bawah menunjukkan kerangka konsep yang dijadikan panduan
dalam kajian ini. Berdasarkan rajah ini, kajian ini melibatkan dua variabel yang akan
diuji darjah korelasi antara keduanya. Variabel bebas dalam kajian ini ialah
kepimpinan instruksional yang difokuskan kepada 3 dimensi utama iaitu :
(i)Pentakrifan Matlamat Sekolah (ii) Pengurusan Program-program Pengajaran dan
(iii)Pembentukan Iklim Sekolah yang kondusif.
Variabel bersandar ialah iklim sekolah yang diwakili oleh lapan faktor
penyumbang pembentukan iklim yang positif iaitu rasa hormat dan dihormati, saling
percaya-mempercayai, semangat yang tinggi, kejeleketan di kalangan anggota,
peluang untuk menyumbang idea dan melibatkan diri, terbuka terhadap perubahan
dan penambahbaikan, budaya penyayang yang menjadi amalan dan peningkatan
terhadap akademik dan hubungan sosial yang berterusan.
-
12
Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kepimpinan Instruksional dan Iklim Sekolah
KEPIMPINANINSTRUKSIONAL
TakrifMatlamat
UrusProgram
PupukIklim
Rasa hormat
Saling percaya
Semangat tinggi
Kejeleketan
Peluang terlibat
Pembaharuan
Penyayang
Peningkatan tahap akademik dan hubungansosial
Pembolehubah Bersandar
Pembolehubah Tidak Bersandar
IKLIMSEKOLAH
-
13
1.9 Skop Kajian
Oleh kerana kajian ini hanya melibatkan dua variabel sahaja sebagaimana
yang telah dijelaskan dalam kerangka konsep di atas, maka skopnya adalah seperti
berikut :
i) Kajian hanya memberi tumpuan kepada hubungan antara amalan
kepimpinan instruksional guru besar dengan profil iklim sekolah yang
dipimpinnya. Faktor-faktor lain juga mempunyai hubungan dengan profil
sekolah, sebagai contoh kepimpinan pentadbir adalah diabaikan.
ii) Kajiaan ini hanya melibatkan persepsi guru-guru terhadap amalan
kepimpinan instruksional guru besar mereka dan profil iklim sekolah
tempat di mana mereka bertugas sahaja. Persepsi dan pendapat daripada
pihak-pihak lain misalnya pelajar dan ibu bapa tidak di ambil kira.
iii) Kajian ini hanya berfokus kepada amalan kepimpinan terhadap guru besar
berdasarkan dimensi dan fungsi yang dikemukakan oleh Hallinger &
Murphy (1987) sahaja.
iv) Kajian ini hanya melihat profil iklim sekolah berdasarkan faktor-faktor
yang dicadangkan oleh Howard et al 1987 sahaja.
1.10 Batasan Kajian
Berpandukan kepada variabel-variabel yang dikaji, kajian ini menjadikan
kepimpinan guru besar dan profil sekolah sebagai fokus melalui persepsi guru-guru.
-
14
Untuk menjadikan agar kajian ini dapat dijalankan dengan lebih terarah dan tidak
terpesong dari ruang lingkup masalah dan objektif yang telah digariskan sebelum ini,
beberapa batasan telah ditetapkan seperti berikut :
(a) Kajian ini hanya menilai amalan kepimpinan instruksional lapan orang guru
besar sekolah kebangsaan di Zon Batu Anam sahaja. Kepimpinan
instruksional guru besar di sekolah-sekolah jenis kebangsaan atau sekolah
agama kerajaan negeri tidak dinilai.
(b) Kajian ini hanya menilai profil iklim sekolah bagi lapan buah sekolah di Zon
Batu Anam sahaja. Profil bagi ikilim bagi sekolah-sekolah jenis kebangsaan
dan sekolah agama kerajaan negeri tidak diambil kira.
(c) Kajian ini dijalankan secara tinjauan dan terbatas kepada penggunaan item-
item yang terdapat di dalam soal selidik:
Principal Instructional Management Rating Scale untuk mengukur persepsi guru-guru tentang amalan kepimpinan instruksional guru
besar ; dan
The CFK Ltd.School Climate Profile untuk mengukur persepsi guru-guru tentang profil iklim sekolah tempat mereka bertugas.
Instrumen-instrumen tersebut telah diubah suai mengikut kesesuaian
penggunaannya di Malaysia dan telah digunakan oleh beberapa orang
pengkaji sebelum ini.
(d) Oleh kerana responden kajian hanya melibatkan guru-guru sekolah
kebangsaan dari lapan buah sekolah Zon Batu Anam maka dapatan kajian
mungkin tidak sesuai untuk dibuat generalisasi bagi tempat-tempat lain.
-
15
1.11 Definisi Operasional
Kajian ini menggunakan kedua-dua variabel dan diberikan definisi yang khusus
untuk kegunaan kajian ini sebagaimana berikut :
1.11.1 Kepimpinan Instruksional
Kajian ini menggunakan definisi kepimpinan instruksional yang dikemukakan
oleh Hallinger & Murphy 1987. Dalam konteks ini kepimpinan instruksional merujuk
kepada tiga dimensi dalam aktiviti kepimpinan pengetua. Aktiviti in telah
dikelompokkan dengan meliputi 11 fungsi kepimpinan instruksional menurut persepsi
guru-guru seperti berikut :
(a) Pentakrifan matlamat sekolah
Penetapan matlamat sekolah Penyebaran matlamat sekolah Penguatkuasaan dasar akademik pelajar
(b) Pengurusan program pengajaran
Pencerapan dan penilaian pengajaran Penyelarasan kurikulum Pengawasan kemajuan pelajar Penjagaan waktu pengajaran
(c) Pemupukan iklim pengajaran dan pembelajaran
Pengukuhan usaha guru Sokongan dalam aktiviti pengajaran Pemberian insentif untuk pembelajaran Penggalakkan perkembangan professional
-
16
1.11.2 Iklim sekolah
Iklim sekolah ialah istilah yang digunakan untuk menggambarkan perasaan
seseorang terhadap sekolah tempat ia belajar dan bekerja (Sweeny,1988), (Howard et
al, 1987) telah menggariskan lapan faktor utama yang turut memberikan sumbangan
dalam usaha untuk mewujudkan iklim sekolah positif iaitu :
Hormat-menghormati menghormati idea dan pandangan guru. Saling mempercayai memberikan kepercayaan kepada individu di sekolah
untuk melakukan sesuatu yang dapat meningkatkan bakat dan keyakinan
mereka.
Semangat yang tinggi memberikan sokongan moral yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara.
Kejeleketan memastikan setiap individu di sekolah merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada sekolah.
Peluang untuk turut serta melibatkan individu sekolah bersama-sama dalam proses pembuatan keputusan yang tertentu bagi meningkatkan nilai kendiri
mereka.
Pembaharuan melakukan pembaharuan yang tidak menjadi ancaman tetapi merupakan sesuatu yang menarik dan seronok untuk dilakukan.
Budaya penyayang membuatkan individu sekolah merasakan bahawa mereka sentiasa di sayangi.
Peningkatan peningkatan akademik dan hubungan sosial yang berterusan. Memberikan peluang yang berterusan kepada individu sekolah untuk
meningkatkan pencapaian akademik dan kemahiran sosial.
-
17
1.12 Penutup
Sekolah sebagai institusi pendidikan paling dasar perlu membuktikan bahawa
proses dan produknya berkualiti dan sempurna. Oleh itu, budaya kerja semua pihak
wajar menjadi sorotan dan kajian secara berterusan, agar sekolah dilihat sebagai
tempat yang menarik dan menyeronokkan maka ia perlu diperkasa dan diperkaya
dengan sebaik mungkin.
Amalan kepimpinan instruksional yang cekap dan berkesan dalam semua dimensi
kepimpinan dan pengurusan amat penting sebagai penggerak warga sekolah bagi
menunaikan amanah dan tanggungjawab secara kolektif untuk membangunkan modal
insan melalui program dan aktiviti pendidikan berkualiti serta holistik di sesebuah
sekolah.
MUKA DEPAN TESISISI KANDUNGAN TESIS FINALBAB 1