kepimpinan

29
1. Pengenalan Terdapat banyak definisi tentang kepimpinan serta sama banyaknya jumlah orang yang cuba mendefinisikannya. Secara ringkasnya kepimpinan boleh didefinisikan sebagai satu proses mengarah dan mempengaruhi aktiviti-aktiviti yang berkaitan tugas ahli-ahli kumpulan. Terdapat empat implikasi definisi ini: Pertama, kepimipinan melibatkan orang lain – pekerja atau pengikut. Apabila pengikut-pengikut sanggup menerima arahan daripada seorang pemimpin , status pemimpin tersebut telah dibentuk. Tanpa manusia untuk dipimpin, semua ciri-ciri kepimpinan adalah tidak perlu. Kedua, kepimpinan melibatkan pengagihan kuasa yang tidak seimbang di antara pemimpin dan ahli kumpulan. Ini tidak bermakna pengikut-pengikut tidak mempunyai kuasa langsung. Mereka masih boleh mempengaruhi aktiviti-aktiviti kumpulan dengan pelbagai cara, tetapi seorang ketua akan mempunyai kuasa yang lebih. Terdapat pelbagai bentuk kuasa pemimpin seperti kuasa ganjaran, kuasa paksaan, kkuasa sah, kuasa rujukan dan kuasa kepakaran. Sekiranya seorang ketua kumpulan mempunyai sumber kausa yang banyak, keupayaan beliau untuk memimpin dengan lebih berkesan akan bertambah. 1

Upload: noorazian-noordin

Post on 13-Dec-2014

831 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Albukhary, Kepimpinan

TRANSCRIPT

Page 1: Kepimpinan

1. Pengenalan

Terdapat banyak definisi tentang kepimpinan serta sama banyaknya jumlah orang

yang cuba mendefinisikannya. Secara ringkasnya kepimpinan boleh didefinisikan

sebagai satu proses mengarah dan mempengaruhi aktiviti-aktiviti yang berkaitan

tugas ahli-ahli kumpulan. Terdapat empat implikasi definisi ini:

Pertama, kepimipinan melibatkan orang lain – pekerja atau pengikut. Apabila

pengikut-pengikut sanggup menerima arahan daripada seorang pemimpin , status

pemimpin tersebut telah dibentuk. Tanpa manusia untuk dipimpin, semua ciri-ciri

kepimpinan adalah tidak perlu.

Kedua, kepimpinan melibatkan pengagihan kuasa yang tidak seimbang di antara

pemimpin dan ahli kumpulan. Ini tidak bermakna pengikut-pengikut tidak mempunyai

kuasa langsung. Mereka masih boleh mempengaruhi aktiviti-aktiviti kumpulan

dengan pelbagai cara, tetapi seorang ketua akan mempunyai kuasa yang lebih.

Terdapat pelbagai bentuk kuasa pemimpin seperti kuasa ganjaran, kuasa paksaan,

kkuasa sah, kuasa rujukan dan kuasa kepakaran. Sekiranya seorang ketua

kumpulan mempunyai sumber kausa yang banyak, keupayaan beliau untuk

memimpin dengan lebih berkesan akan bertambah.

Ketiga, seorang pemimpin mempunyai kebolehan untuk menggunakan berbagai

bentuk kuasa untuk mempengaruhi gelagat pekerja-pekerja. Seorang pemimpin

yang berkesan mampu mempengaruhi pangikut beliau untuk bekerja dengannya

atau membuat pengorbanan terhadap syarikat.

Aspek keempat menggabungkan aspek pertama dan ketiga. Apabila kita

membicarakan tentang kepimpinan kita bercakap tentang nilai, James McGregor

Burns pernah menyatakan bahawa seorang pemimpin yang gagal mengambilkira

komponen moral ekpimpinan tidak akan kekal lama sebagai pemimpin.

1

Page 2: Kepimpinan

Sebahagian dari moral kepimpinan menuntut supaya pengikut-pengikut diberikan

pilihan-pilihan yang baik apabila mereka diminta menuruti cadangan pemimpin.

Harus diingat bahawa walaupun kepimpinan mempunyai kaitan yang rapat dengan

pengurusan, kepimpinan dan pengurusan adalah konsep yang berbeza. Seorang

pengurus yang popular tidak semestinya seorang pemimpin yang berkesan.

2. Profil Pemimpin – TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARI

Umur - 53 tahun

Pendidikan - SPM

Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)

Kekayaan -RM1,425 juta

Ke 7 terkaya di Malaysia

Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

“Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam orang lain juga. Tuhan

jadikan manusia ini sama saja, Cuma proses kematangan saya yang

membezakannya. Saya percaya sesiapa saja boleh menjadi apa saja asalkan

mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Saya sendiri

melalui pahit maung dan merasai segala-galanya untuk sampai ke tahap ini.”

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari

2

Page 3: Kepimpinan

Melihat dari kata-katanya, dapat dirumuskan bahawa beliau adalah merupakan

seorang yang suka merendah diri dan telah melalui pelbagai pengalaman di

dalam bidang perniagaan. Beliau tidak seperti kebanyakan tokoh korporat yang

muncul pada tahun 1990-an yang naik mendadak hasil penganugerahan kontrak

projek-projek kerajaan atau mendapat durian runtuh dari pasaran saham yang

memuncak ketika itu.

Syed Mokhtar yang dilahirkan pada tahun 1951, merupakan anak seorang

penternak lembu. Beliau merupakan anak ketiga daripada tujuh orang adik

beradik. Ayahnya, Syed Nursin Al-Bukhary yang berketurunan Arab Hadharami

sementara ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed seorang suri rumah.

Pengalaman pertamanya berniaga ialah membantu ayahnya menjual di pasar

serta memereksa kira-kira perniagaan bapanya setiap hari. Ilmu berniaga

dihayatinya sedikit demi sedikit dengan memerhatikan ayahnya berurusan

dengan pembekal lembu dan kerbau dari Thailand.

Beliau kemudiannya bertemu dengan seorang kawan yang membuka jalan

untuknya memohon permit lori. Syed Mokhtar berjaya mendapat empat permit

lori Kelas A atas nama Syarikat Kenderaan Sentosa. Beliau kemudiannya

mendapat pinjaman MARA sebanyak RM 110,000 yang hanya cukup untuk

membeli dua buah lori saja. Ketika itu terdapat seorang Cina yang menawarkan

untuk menyewa dua lagi permit yang tidak dipakai, namun begitu Syed Mokhtar

enggan menyewakannya kerana tidak mahu menggadai maruahnya.

Dengan dua buah lori tersebut Syed Mokhtar memulakan perniagaan berasnya

bersama dengan dua orang rakan kongsi berbangsa Cina. Ini adalah kerana

beliau sedar kedudukan orang Melayu dalam perniagaan yang dikuasai oleh

Cina itu. Syed Mokhtar memegang 52% saham di dalam syarikat tersebut.

3

Page 4: Kepimpinan

Perniagaan beras itu boleh dikatakan membentuk peribadi dan pemikiran Syed

Mokhtar di mana apabila beliau menerima elaun pengarahnya yang mula

berjumlah RM 1,500. Beliau kemudiannya menyerahkan semuanya kepada

ibunya, tetapi ibu beliau menyuruh beliau memberikan separuh daripada jumlah

itu kepada jiran yang memerlukan.

3. Latarbelakang Organisasi

Syed Mokhtar mempunyai pelbagai jenis organisasi di bawah pimpinannya bermula

dari awal penubuhan Syarikat Pengangkutan Sentosa yang menjalankan

perniagaan pengangkutan lori.

3.1. PENGLIBATAN AWAL PERNIAGAAN

Beliau memulakan perniagaan daging di Alor Setar pada tahun 1971 dan

kemudiannya menubuhkan Syarikat Pengangkutan Sentosa. Apabila Syarikat

Pengangkutan Sentosa semakin berkembang maju, Syed Mokhtar

kemudiannya membeli sebuah rumah kedai di kawasan yang sama di mana

beliau pernah membantu ibunya menjual sayur (pasar Teluk Wan Jah).

Tidak lama kemudian pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah

selepas memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara

yang kini dikenali sebagai Bernas. Berdasarkan pengalamannya dalam

perniagaan pengedaran beras, beliau berjaya mendapatkan kontrak bagi

membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Pernas Edar dan juga Sergam

Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor

(PKENJ).

Selepas menubuhkan Syarikat Shah, beliau menubuhkan pula Syarikat

Bukhary yang juga terlibat dalam perniagaan beras dan gula. Seperti Syarikat

4

Page 5: Kepimpinan

Pengangkutan Sentosa, Bukhary masih wujud dan masih berkembang

hingga kini dengan pendapatan tahunan sekitar RM250 juta!

Syarikat berkenaan kemuidiannya dikembangkan kepada Bukhary (KL) Sdn.

Bhd. pada tahun 1977. Syarikat ini kemudiannya Berjaya mendapatkan

banyak kontrak kerajaan yang ditawarkan kepada peniaga bumiputera ketika

itu dan menjalankan operasinya di rumah kedai empat tingkat di Jalan

Pahang.

Oleh kerana perniagaan itu semakin berkembang maju, beliau kemudiannya

mengubahsuai bahagian bawah pejabatnya kepada ruang pembungkusan

bagi coklat, tepung dan teh kepada kerajaan. Beliau kemudiannya

menubuhkan pula syarikat Susu Mas Sdn. Bhd (Susu Mas) pada tahun 1979

untuk melicinkan urusan pembekalan bahan kepada kerajaan.

Seperti Bukhary, Susu Mas juga merupakan sebuah syarikat usahasama, kali

ini dengan New Zealand Milk Products. Beliau memegang 51 peratus saham

di dalamnya. Produk Susu Mas dipasarkan di bawah jenama Fernleaf.

Bagaimanapun, ekoran kemelesetan ekonomi yang melanda negara pada

hujung tahun 80-an, beliau mengambil keputusan menjual kepentingannya di

dalam syarikat berkenaan.

Sekitar tahun 1980-an dan 1990-an, menyaksikan beliau mula menceburkan

diri dalam perniagaan pakaian dan pembuatan pula. Bintangnya terus

bersinar cemerlang apabila berjaya mendapat kontrak membuat pakaian

seragam tentera untuk Kementerian Pertahanan. Menerusi kontrak

berkenaan, syarikatnya dikehendaki membekalkan Angkatan Tentera

Malaysia (ATM) dengan lebih 100,000 pasang kasut serta 330,000 pasang

pakaian seragam.

5

Page 6: Kepimpinan

Kejayaan itu membuatkan beliau mengambil keputusan untuk menubuhkan

dua syarikat pakaian iaitu Amtek Holdings (Amtek) yang mengeluarkan kasut,

manakala dan Oriental Garments Uniform Division (Oriental) bagi

mengeluarkan pakaian. Oriental merupakan satu lagi syarikat kerjasama

miliknya. Kali ini dengan Oriental Garments di Pulau Pinang.

Meskipun Amtek kemudiannya berjaya disenaraikan di Bursa Saham Kuala

Lumpur pada 1998, beliau masih tidak berpuas hati, malah mahu

mengembangkan lagi empayar peniagaannya. Syed Mokhtar seterusnya

membeli jenama Sparkmanshop dan hak untuk memasar dan mengeluarkan

barangan Crocodile. Crocodile kini mempunyai pelbagai variasi pakaian baik

untuk wanita mahupun lelaki seperti, baju kemeja, seluar, tali pinggang, dan

kasut.

Terbaru, anak syarikat Amtek, Amtek Shoes mengeluarkan kasut untuk

kegunaan ATM dan pakaian jenama Lee Cooper serta Louis.

3.2. YAYASAN ALBUKHARY

6

Page 7: Kepimpinan

MISI

Menjadi badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin,

menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga

menggalakkan persefahaman antara peradaban. 

VISI

Menjadi penyumbang kepada pembangunan Ummah secara global.

Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 dan objektif utamanya

adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri

daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja

kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana

daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada

kepentingan di dalamnya. 

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta

bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga,

Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif

yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata

ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan

Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka

siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan

7

Page 8: Kepimpinan

sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti

masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi

khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam

Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat

tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang

memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12

buah masjid di serata negara.

Sumbangan dalam bidang pendidikan. Pada tahun 2000, Yayasan al-

Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for

Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia.

Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan

Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut

Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. 

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog

peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara

masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh

bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih

menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap

menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan

Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu

juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi

8

Page 9: Kepimpinan

mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan

juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

3.3. SYARIKAT BERKEPENTINGAN

Nama Syed Mokhtar muncul di peta korporat pada tahun 2000 apabila

syarikat miliknya yang kurang dikenali, Impian Teladan Sdn Bhd telah

membeli dan mengawal pegangan ke atas Malaysian Mining Corp Bhd

(MMC), sebuah syarikat naungan Permodalan Nasional Berhad.

Pegangannya melebar dalam pelbagai sektor – pelabuhan, hartanah,

hotel, tenaga, pembinaan, logistik, pengangkutan, penerbitan, peruncitan,

pembuatan dan perdagangan beras.

Berikut adalah beberapa syarikat induk dimana beliau mempunyai

kepentingan:

a ) Malaysia Mining Corporation (MMC)

Misi : Kecermelangan di dalam bidang perniagaan utama

b) DRB -Hicom Berhad

9

Page 10: Kepimpinan

Visi : Untuk menjadi organisasi no. 1 di dalam apa juga bidang yang

diceburi.

Misi : Untuk mengembangkan pembangunan bangsa di dalam urusan

perniagaan utama DRB-HICOM

c) Tradewinds Corporation Berhad

Visi : Untuk menjadi kumpulan utama yang melibatkan diri di dalam

pembangunan, pelaburan serta pengurusan harta dan hotel.

Sejak pengambilan MMC pada tahun 2001. Syed Mokhtar semakin

mengukuhkan pegangannya terhadap syarikat timah itu. Pegangannya

sebanyak 19.9% di dalam MMC bertambah kukuh ekoran pembelian

ekuiti 50.1% dalam Port of Tanjung Pelepas (PTP) dan kawalan 90%

beliau di dalam Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd yang memiliki 20.4%

dalam saham MMC, membolehkan Syed Mokhtar mwngawal saham

MMC sebanyak 40.3%.

Di dalam dunia perlombongan, Syed Mokhtar memegang saham dalam

Malaysian Mining Corporation (MMC) sebannyak 19% melalui syarikat

miliknya Impian Teladan Sdn Bhd.Beliau juga mempunyai kepentingan

dalam Mamma Holdings Berhad sebanyak 18.68% mellaui Syarikat

Perdana Padu Sdn Bhd dan Corak Kukuh Sdn Bhd. Syed Mokhtar juga

mempunyai kepentingan dalam syarikat tempatan dan asing di Malaysia.

10

Page 11: Kepimpinan

Beliau turut bertanggungjawab terhadap kemasukan pusat membeli belah

Harrods ke Malaysia.

4. Perhubungan Antara Kepimpinan dan Kejayaan Organisasi

Pencapaian organisasi bergantung kepada dua elemen utama iaitu elemen

kemanusiaan dan bukan kemanusiaan. Elemen kemanusiaan ini yang dimiliki

oleh pekerja akan menyumbang keupayaan, kepakaran, kemahiran dan

pengetahuan dalam usaha untuk mencapai objektif organisasi yang dilakukan

secara individu atau kumpulan.

Sungguhpun begitu pencapaian kerja yang cemerlang akan hanya mampu

dilakukan oleh pekerja apabila mereka mempunyai kesanggupan serta autonomi

terhadap tugas yang dilakukan serta mendapat sokongan padu daripada elemen

bukan kemanusiaan seperti proses, polisi, struktur dan teknologi. Oleh itu,

kedua-dua elemen ini perlu diurus secara berkesan dan bertindak sebagai

penghubung dalam usaha untuk mencapai matlamat organisasi.

Dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi, pemimpin perlu proaktif melalui

aspek keberkesanan gaya kepimpinannya terhadap pekerja. Seorang pemimpin

tidak semestinya hanya seorang Pengarah ataupun seseorang yang memegang

jawatan tertinggi dalam organisasi. Tetapi mereka yang mampu mempengaruhi

organisasi ke arah pencapaian matlamat juga boleh diklasifikasikan sebagai

pemimpin berasaskan kemampuan memimpin menggunakan kebijaksanaan,

kemahiran, pengalaman, tahap senioriti dan sebagainya.  

Seorang pemimpin perlu menguatkan hubungan di antara gaya kepimpinannya

dengan perwatakan pekerja dan agenda tugas sesebuah organisasi. Dengan ini,

pemimpin akan memahami bahawa pekerja akan termotivasi sama ada dalam

keadaan merasa berkemampuan untuk mencapai sesuatu tugas yang diberikan;

ataupun mereka dapat menjangkakan hasil kerja yang akan disiapkan; ataupun

11

Page 12: Kepimpinan

berkepercayaan tentang aspek penghargaan yang akan diberikan berkaitan

hasilnya.

Justeru, adalah menjadi cabaran kepada seseorang pemimpin untuk

menggunakan gaya kepimpinan terbaik bagi menemukan titik keperluan motivasi

pekerja. Pemimpin perlu menyediakan elemen-elemen yang difikirkan dapat

mengisi keperluan pekerja bagi mencapai matlamat organisasi.

Pemimpin yang berorientasikan kemanusiaan akan berusaha dan menggalakkan

pekerja bawahan melaksanakan tugas sebaik mungkin. Hubungan yang mesra,

saling menghormati antara pemimpin dengan pekerja diberikan keutamaan. Bagi

pekerja, pemimpin yang berkesan merupakan mereka yang berjaya menjalinkan

perhubungan yang baik, memberikan perangsang dan bimbingan kepada

pekerja bawahan. Manakala proses membuat keputusan berlaku melalui

perbincangan dengan kumpulan yang terlibat. Pemimpin dalam golongan ini

mendapat sokongan daripada pekerja bawahan.

Sekiranya dinilai dari sudut hubungan kepimpinan dengan kejayaan organisasi,

Syed Mokhtar telah membuktikan bahawa kepimpinan yang berorientasikan

kemanusiaan telah membawa kejayaan kepada organisasi yang diterajuinya. Ini

dapat dilihat daripada sifat rendah diri serta keperihatinan beliau terhadap

pekerja-pekerjanya. Setiap keputusan yang dibuat akan mengambil kira

kedudukan pekerja-pekerjanya.Dengan itu, pekerja-pekerja beliau akan merasa

dihargai dan akan memberi sokongan kepada Syed Mokhtar sebagai pemimpin

mereka.

12

Page 13: Kepimpinan

5. Analisa Gaya Kepimpinan

Pemimpin wujud dalam semua budaya. Mereka mengembelengkan sumber-

sumer kemanusian, kebendaan dan simbolik masyarakat kea rah tujuan social

tertentu. Seorang pemimpin yang berkesan seharusnya mengetahui tentant teori,

model dan konsep kepimpinan yang wujud bagi memudahkan dirinya memilih

dan mengubahsuai dengan gayanya sendiri.

Syed Mokhtar ialah seorang usahawan yang tegas dan sentiasa berhemat.

Beliau mudah didampingi dan suka menyerahkan kepercayaan kepada mereka

yang mahir dan berkeboleh untuk mengendalikan perniagaannya. Ini terbukti

melalui orang kepercayaannya, Mohamad Sidek Shaikh Osman yang

memberitahu majalah Time, Syed Mokktar mengumpulkan para professional di

sekelilingnya dan membiarkan mereka menguruskan perniagaannya.

5.1. Teori Gelagat – Pengajian Ohio State

Gaya kepimpinan Syed Mokhtar ini bertepatan dengan Teori Gelagat oleh

Pengajian Ohio State yang telah mengenalpasti dimensi kepimpinan di

gabungkan kepada dua kategori utama iaitu:

i) Struktur Daya Usaha

Struktur daya usaha menjelaskan bahawa seorang pemimpin boleh

mendefinikan pesanannya sebagai seorang pemimpin dan begitu juga

kepada pekerja dalam usaha mencapai matlamat dengan mengambil

tindakan berikut:

Memberikan tugas-tugas tertentu kepada pekerja bahawannya

Meletakkan harapan yang pekerja akan mengambil berat tahap

prestasi yang telah ditentukan.

Penekanan kepada “datelines” iaitu setiap pekerjaan yang diberikan

perlu disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

13

Page 14: Kepimpinan

Dapat dilihat Syed Mokhtar telah memberikan kepercayaan kepada Mohamad

Sidek Shaikh Osman bagi menjalankan perniagaannya. Kepercayaan yang

diberikan sehingga mencecah kontrak bernilai RM 100 juta, dimana sekiranya

jumlah kontrak kurang RM100 juta, Syed Mokhtar menyerahkan pengurusan

kepada Mohamad Sidek sendiri. Hanya jika projek itu bernilai lebih daripada RM

100 juta maka, barulah Mohamad Sidek perlu memaklumkan perkembangan

kontrak tersebut kepada beliau.

ii) Bertimbang rasa

Kategori ini menjelaskan sejauh mana seorang pemimpin cuba menwujudkan

hubungan antara pekerja yang berasaskan kepada saling menyakini,

menghormati sumbangan mereka dari segi buah fikiran dan mengutamakan

perasaan pekerja bawahan mereka.

Syed Mokhtar telah memberikan kepercayaan yang penuh kepada Mohamad

Sidek bagi menguruskan perniagaannya kerana beliau yakin serta menghargai

Mohamad Sidek di dalam mentadbir urus perniagaannya.

Pemimpin seperti Syed Mokhtar ini menurut Teori Gelagat ini lebih bersedia

untuk membantu menyelesaikan masalah pekerja, lebih mudah didekati dan

memberikan layanan yang sama rata kepada pekerja. Orientasi kepimpinan

Syed Mokhtar lebih memberikan tumpuan kepada orientasi kemanusiaan.

5.2 Gaya Kepimpinan Syed Mokhtar

5.2.1 Kepimpinan Berwawasan

Daripada petikan temuramah serta artikel-artikel berkaitan, Syed Mokhtar

boleh dilihat sebagai seorang yang mempunyai gagasan dalam

memimpin. Wawasan tersebut diterapkan di dalam kepimpinan beliau

melalui misi dan visi organisasinya.

14

Page 15: Kepimpinan

Pemimpin berwawasan seperti Syed Mokhtar yakin dengan perubahan

yang ingin dilakukan dan bersedia menentang status-quo. Ini dapat dilihat

di dalam wawancara apabila beliau bekerjasam dengan kaum Cina di

dalam memulakan perniagaannya tanpa menjual maruahnya.

5.2.2 Kepimpinan Demokratik

Pemimpin demokratik memberi peluang kerjasama di antara beliau

dengan pekerjanya di dalam membuat keputusan. Pekerja di beri peluang

untuk menyuarakan pendapat sebelum sebarang keputusan atau

penyelesaian konflik di buat.

5.2.3 Kepimpinan Transaksi

Pemimpin ini dapat menilai beban tugas pekerja dengan ganjaran, upah

atau gaji dengan baik. Pemimpin transaksi percaya bahawa apabila

pekerja diberikan gaji yang lebih atau kenaikan pangkat, pekerja akan

bekerja dengan lebih dedikasi atau akan melakukan apa saja yang

disuruh. Pekerja yang gagal pula akan meningkatkan produktiviti supaya

tidak lagi diberi amaran atau dihukum. Melalui kepimpinan inilah, beliau

mempengaruhi pekerja dengan memperlihatkan gaya yang

berorientasikan tugas dan hubungan untuk mencapai matlamat

organisasinya.

5.2.4 Kepimpinan Transformasi

Kepimpinan transformasi dapat membawa organisasi ke satu tahap yang

bukan sahaja lebih baik tetapi keluar dari kebiasaan. Pemimpin

transformasi bersedia untuk menentang arus statu quo dalam

melaksanankan perubahan. Ianya amat bertepatan dengan pendekatan

yang dilakukan oleh Syed Mokhtar apabila beliau menentang arus di

dalam membawa organisasi pimpinan beliau ke arah kejayaan di mana

15

Page 16: Kepimpinan

beliau berani bekerjasama dengan bangsa Cina dan bukannya bekerja

untuk bangsa Cina.

5.2.5 Kepimpinan Mengikut Situasi

Syed Mohktar sebagai pemimpin mengikut situasi dapat dilihat memimpin

dengan gaya manakah yang lebih berkesan di dalam menangani sesuatu

situasi, misalnya di dalam menyelesaikan masalah kewangan, beliau

menggunakan pendekatan yang berbeza apabila menghadapi masalah

pengurusan sumber.

Syed Mokhtar bagaimanapun turut tidak terlepas dalam mengalami

kerugian apabila Bukhari Shipping berdepan masalah. Ekoran itu, beliau

terpaksa menjual Angsa Mas dan menanggung kerugian sebanyak

AS$400,000. Lebih teruk, beliau telah kerugian kira-kira RM2 billion

ketika kegawatan ekonomi 1997/1998 untuk melindungi beberapa

kepentingan masyarakat bumiputera negara ini.

Ini jelas bahawa Syed Mokhtar bertindak mengikut situasi semasa di

dalam membuat keputuan.

5.3 Gelagat Kepimpinan Islam

Kempimpinan Islam pada dasarnya adalah kepimpinan yang bertunjangkan

matlamat berdasarkan undang-undang Islam. Kaedah yang digunakan dalam

kepimpinan perlu berdasarkan kaedah-kaedah yang halal di sisi Islam. Dalam

erti kata lain, kedua-dua matlamat dan kaedah dalam kepimpinan Islam perlu

berlandaskan ajaran Islam.

Oleh itu gelagat kepimpinan Islam yang ada pada Tan Sri Syed Mokhtar boleh

disenaraikan seperti berikut:

i) Berkhidmat bagi mendapat keredhaan Tuhan

16

Page 17: Kepimpinan

Pemimpin ini akan bekerja ataupun berkhidmat di organisasinya demi

kejayaan organisasi tetapi objektif utama beliau adalah bagi mencari

keredhaan Allah kerana beliau percaya keredhaan Tuhan lebih berharga.

ii) Berkhidmat sebagai hamba Tuhan dan Khalifahnya

Apabila tauhid menjadi akar tunjang kepada seseorang itu, beliau sedar

beliau adalah hamba Tuhan dan juga pentadbir di muka bumi ini.

Gabungan fahaman ini menghasilkan sikap amanah di dalam diri

pemimpin itu.

iii) Menganggap tugas hariannya sebagai ibadah kepada Tuhan

Ibadah sebenarnya terdiri daripada ibadah khusus dan ibadah umum iaitu

fardu ain dan fardu kifayah. Ilmu fardu kifayah ini termasuklah soal-soal

mengurus sesebuah organisasi.

iv) Bertanggungjawab kepada Tuhan

Rasa tanggungjawab pemimpin ini adalah sebagai khalifah Tuhan yang

akan memakmurkan bumi Tuhan. Sebagai khalifah, beliau akan berhati-

hati dengan tindak-tanduknya supaya beliau tidak melanggar peraturan

syariat Islam dan sekali gus peraturan yang ditetapkan oleh organisasi.

v) Perhubungan sesama insan yang lebih tulus dan ikhlas

“Apabila saya dapat rezeki sedikit ditambah pula dengan didikan ibu bapa

saya, saya mula menolong orang. Itulah juga punca saya mewujudkan

yayasan di Alor Star itu. Insya-Allah, harapan saya setelah mati nanti

yayasan itu tetap kekal dan terus memberi bakti.” Tan Sri Syed Mokhtar.

Pemimpin yang berlandaskan hubungann beliau dengan pengikutnya

berasaskan semangat Islam akan menjalinkan hubungan yang tulus dan

ikhlas dengan pengikutnya. Seperti Syed Mokhtar, beliau menjalinkan

17

Page 18: Kepimpinan

hubungan atas dasar hubungan Islam serta menjalankan tanggungjawab

sosialnya berlandaskan Islam.

6. Pendekatan Pemimpin

Syed Mokhtar dilihat menggunakan pendekatan Tranfromasional di dalam

memimpin organisasinya. Kepimpinan transformasional adalah merupakan kepimpinan

yang memberikan perhatian dan tumpuan kepada pembangunan keperluan individu

pengikutnya. Mereka cuba mengubah pandangan pengikut-pengikut mereka mengenai

beberapa isu dengan membantu mereka melihat permasalahan lama dengan cara baru.

Sebagai pemimpin transformasional, Syed Mokhtar mampu membuktikan

kecermelangan yang luar biasa kerana mereka berjaya meluaskan dang

mengembangkan minat pekerja dalam membangunkan kesedaran dan penerimaan

terhadap tujuan dan misi pasukan kerja di bawah kepimpinan mereka. Pemimpin seperti

ini juga bukan hanya mempunyai kebolehan membangunkan minat pekerja tetapi minat

yang dibangunkan melangkaui minat peribadi pekerja itu sendiri. Mereka juga

berkemampuan untuk membangkitkan kesedaran, rangsangan dan memberikan

sumbangan melebihi daripada apa yang ditetapkan oleh organisasi.

Ciri-ciri pemimpin transformasional yang ada di dalam diri Syed Mokhtar adalah:

Berkarismatik

Pemimpin ini akan menyediakan wawasan dan rangsangan terhadap

misi di samping menanam semangat kebangaan, memperoleh

penghormatan dan keyakina terhadap tugas yang dilaksanakan. Seperti

yang dapat dilihat, Syed Mokhtar mempunyai misi yang jelas untuk

dikomunikasikan kepada pekerja.

Menyuntik dorongan bekerja

18

Page 19: Kepimpinan

Pemimpin transformasional bersedia mengkomunikasikan jangkaan

yang tinggi tetapi yakin ia mampu untuk dicapai oleh pekerja hasil

daripada sokongan yang diberikan. Mereka mempunyai kebolehan untuk

menjelaskan kepentingan tujuan mereka dengan cara yang mudah

difamahi. Apa yang penting bagi mereka ialah bagaimana hendak

membangkitkan dan mengekalkan semangat kerja yang tinggi dengan

memastikan pekerja bersedia untuk menyumbang sepenuh potensi yang

dimiliki semasa melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Menyediakan rangsangan intelektual

Pemimpin seperti Syed Mokhtar ini juga bersedia menyediakan

rangsangan intelektual dengan memberikan didikan dan dorongan

kepada pekerja supaya melihat permasalahan dan peluang daripada

perepektif yang berbeza.

Meningkatkan pengaruh

Sama seperti apa telah dilakukan oleh Syed Mokhtar, kepimpinan

transformasional bersedia untuk membelakangkan keeogoan dan status

quo untuk memimpin pasukan kerja mereka. Pemimpin ini membuktikan

tindakan mereka sama dengan apa yang diucapkan. Tindakan

sedemikian akan membolehkan pekerja mengambil initiatif menjalankan

tugas yang lebih mencabar kerana mereka mempunyai “role model”

untuk diikuti dalam usaha mencapai kejayaan.

7. Kesimpulan

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan suatu nama lambang kejayaan orang

Melayu khasnya. Beliau merupakan pemimpin yang mempunyai gaya kepimpinan

tersendiri yang mengutamakan nilai-nilai kemanusiaan dan sosial. Kepimpinan

beliau membuktikan bahawa dengan mengutamakan nilai-nilai tersebut organisasi

19

Page 20: Kepimpinan

akan lebih berjaya dan dapat bertahan lama. Unsur bukan materialistik diutamakan

di dalam kepimpinan beliau dan ini membuktikan bahawa dengan memberi

keutamaan kepada unsur tersebut, pekerja-pekerja lebih setia serta bermotivasi

untuk mengikut kepimpinan beliau.

Sehingga kini, beliau telah berjaya mempimpin beberapa organisasi yang besar dan

masih dapat mengekalkan kejayaan organisasi-orgasasi tersebut. Sesungguhnya,

kejayaan yang dikecapi oleh Syed Mokhtar pada hari ini bukan menerusi jalan yang

singkat lagi mudah. Beliau melalui perjalanan yang penuh cabaran dan dengan

usaha yang tekun, percaya kepada kemampuan diri, dan menyakini semuanya

adalah anugerah Tuhan menjadikannya ikon konglomerat bumiputera yang patut

dicontohi.

Rujukan:

1) Greenberg,J. and Baron R. (1995). Behaviour in Organisation, (6th Ed). New

Jersey: Prentice Hall.

2) Mohd Sofi Munajir. (2009). 20 Tokoh Jutawan, Selangor:Medium Publications

3) http://univestgroup.com.my/main , 30th January 2010:12:09

Lampiran

50 Perkara yang anda perlu tahu mengenai Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

20