kepentingan revolusi pertanian
TRANSCRIPT
UAW 101- PENGANTAR ARKEOLOGI
Kepentingan Revolusi Pertanian Terhadap Kemunculan
Tamadun Awal Manusia
NAMA : NUR HIDAYAH BINTI AJMAL MAHUDAI
NO. IC : 920602-06-5058
NO MATRIK : 110419
PUSAT PENGAJIAN : SAINS KEMASYARAKATAN
PROGRAM MAJOR : ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI
PENYELARAS : EN. HAMID BIN ISA
TARIKH HANTAR : 20 DISEMBER 2012
Kepentingan Revolusi Pertanian Terhadap Kemunculan Tamadun Awal Manusia
2 | P a g e
ISI KANDUNGAN
Pengenalan...........................................................................3
Masyarakat Pemburu dan Pemungut...................................4
Transisi Masyarakat Pemungut Dan Pemburu
Kepada Masyarakat Bertani Dan Menternak.......................5
Pertanian dan Tanaman........................................................8
Penternakan dan Haiwan Domestik.....................................9
Bagaimana Revolusi Pertanian Membawa Kepada
Kemunculan Tamadun ........................................................10
Rumusan..............................................................................17
Rujukan................................................................................18
Kepentingan Revolusi Pertanian Terhadap Kemunculan Tamadun Awal Manusia
3 | P a g e
PENGENALAN
Zaman Neolitik yang bermaksud “Zaman Batu Baru” merupakan tempoh permulaan
teknologi masyarakat primitif, iaitu pada akhir “Zaman Batu Lama”, Zaman Paleolitik.
Zaman Neolitik yang bermula kira-kira 10,000 tahun dahulu merupakan titik permulaan
Revolusi Pertanian. Sebelum Zaman Neolitik, masyarakat primitif hidup secara nomadik dan
berselerak. Masyarakat pada masa itu juga sedang berusaha menyesuaikan diri dengan
persekitaran. Apakah Revolusi Pertanian? Revolusi Pertanian bermaksud perubahan besar
yang berlaku dalam bidang pertanian sehingga membawa faedah dan keuntungan kepada
masyarakat. Ia berlaku apabila manusia sudah mampu meguasai persekitaran fizikal untuk
memenuhi keperluan ekonomi mereka. Revolusi Pertanian menyebabkan kehidupan manusia
bertambah kompleks dan menyebabkan wujudnya kehidupan bersosial. Hal ini dapat diukur
melalui perubahan aktiviti manusia daripada masyarakat pemburu dan pemungut kepada
bercucuk tanam dan menternak binatang. Faktor-faktor perubahan aktiviti manusia ini saling
berinteraksi antara satu sama lain sehingga mewujudkan Revolusi Pertanian sehingga
memberi perubahan terbesar kepada kehidupan manusia iaitu kemunculan tamadun awal
manusia.
Tamadun pula diterbitkan daripada kata kerja maddana yang bererti pemilihan suatu
lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesutu kawasan menjadi bandar (Ibrahim et
al. 1960:873). Gordon Childe berpendapat revolusi urban meletakkan asas bagi
perkembangan tamadun khususnya dari segi perkembangan tamadun iaitu perkembangan
budaya, perkembangan budaya material, intelektual dan kesenian. Sementara itu, Colin
Renfew menyatakan tiga ciri yang menjadi pemangkin terhadap lahiriah tamadun iaitu;
kemunculan bandar, tempat ibadat, dan sistem tulisan.
Kepentingan Revolusi Pertanian Terhadap Kemunculan Tamadun Awal Manusia
4 | P a g e
MASYARAKAT PEMBURU DAN PEMUNGUT
Sebelum Revolusi Pertanian bermula, masyarakat Zaman Paleolitik hanya bergantung
hidup dengan aktiviti berburu dan memungut hasil hutan. Mereka banyak mengeksploitasi
hasil hutan yang luas tanpa bergantung kepada sumber yang sedikit. Mereka bergerak dalam
kumpulan yang kecil supaya bebas bergerak mencari sumber makanan di sekeliling mereka.
Untuk mendapatkan hasil yang maksimum daripada sumber yang luas, mereka bergerak
secara nomadik mengikut musim. Kebiasaannya, terdapat pembahagian tugas pada zaman itu.
Kaum wanita melakukan aktiviti memungut manakala kaum lelaki keluar berburu.
Masyarakat pada zaman ini mempunyai sedikit kemahiran berburu dan mereka memburu
haiwan terrestrial dan arboreal. Haiwan terrestrial ialah haiwan yang berhabitat di atas darat
dan air seperti gajah, khinzir, rusa dan lain-lain. Kebanyakan haiwan jenis ini bersaiz besar.
Haiwan arboreal pula merujuk kepada haiwan yang berhabitat di atas pokok seperti tupai,
monyet, siamang dan sebagainya. Manusia Zaman Paleolitik menguasai beberapa teknik
perburuan untuk menyenangkan aktiviti berburu mereka iaitu dengan cara menjerat dan
menggunakan perangkap serta alat batu seperti alat repehan dan pemukul untuk melapah,
memasak, dan memotong binatang yang diburu. Masyarakat zaman ini juga turut memungut
hasil hutan seperti ubi, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Masyarakat memburu dan memungut ini hidup bergerak secara kelompok kecil untuk
mencari sumber yang baru. Mereka hanya bergantung kepada faktor ekologi dan hasil buruan
serta pungutan, biasanya bergantung pada bilangan ahli kumpulan. Jika ahli kumpulan
sedikit, maka hasil buruan dan pungutan yang diperolehi sedikit. Begitu juga jika sebaliknya.
Tahap interaksi antara ahli kumpulan biasanya baik dan mereka mengamalkan perkongsian
bersama yang bermaksud, setiap hasil buruan dan pungutan akan dikongsi bersama ahli
kumpulan yang lain.
Kepentingan Revolusi Pertanian Terhadap Kemunculan Tamadun Awal Manusia
5 | P a g e
TRANSISI MASYARAKAT PEMUNGUT DAN PEMBURU KEPADA
MASYARAKAT BERTANI DAN MENTERNAK
Revolusi Pertanian ialah keupayaan manusia untuk mengawal bekalan makanan dan
menawarkan bekalan tersebut secara berterusan dengan penggunaan alat-alat teknologi
khusus untuk pertanian yang lebih baik dan pemilihan tanaman dan ternakan yang sesuai.
Kemajuan manusia dalam pertanian telah membuka jalan kemunculan tamadun awal
manusia. Apa pula yang dimaksudkan dengan agro pertanian? Agro pertanian ialah proses
pengubahsuaian sumber bumi melalui proses penanaman tumbuhan dan penternakan haiwan
untuk mendapatkan sumber makanan dan meningkatkan ekonomi sara diri. Aktiviti ini
dianggarkan telah wujud 10,000 tahun dahulu apabila manusia mula menjadikan tumbuhan
dan haiwan liar sebagai tanaman dan haiwan ternakan. Secara umumnya, tinggalan tumbuh-
tumbuhan yang dijumpai di tapak pertanian awal masyarakat Neolitik menunjukkan pertanian
wujud kira-kira 6700 S.M. Pertanian awal dikatakan bermula di kawasan Timur (Near East)
seperti Iran, Iraq, Israel, Jordan, dan Syria, Asia Barat Daya seperti Turki, Asia Tenggara
seperti di Thailand, dan kawasan lain seperti Afrika, sepanjang Sungai Nil di Mesir,
sepanjang Sungai Danube, Mecedonia, Thrace, dan Thessaly (Eropah), Huang He, China,
Sungai Indus, India, Pakistan serta dikebanyakan tempat lagi.
Revolusi Pertanian berkembang apabila manusia pada Zaman Neolitik mula
mendomestikasi tumbuh-tumbuhan dan haiwan dengan membawa tumbuh-tumbuhan dan
haiwan sebagai keperluan makanan kawasan mereka dan disimpan di situ sehingga boleh di
makan. Manusia sebelum Zaman Neolitik hanya bergantung kepada persekitaran untuk
memenuhi diet dan keperluan mereka. Kebanyakan ciptaan teknologi terhad kepada alatan
batu sahaja dan mereka mendapatkan makanan dengan hanya berburu binatang dan
memungut hasil hutan. Kehidupan mereka berbentuk kelompok kecil dan mereka hidup
bercorakkan sara hidup dan nomadik mengikut musim. Sejak bermulanya kegiatan bercucuk
Kepentingan Revolusi Pertanian Terhadap Kemunculan Tamadun Awal Manusia
6 | P a g e
tanam, menternak haiwan dan hidup menetap, iaitu pada akhir Zaman Paleolitik kira-kira
10,000 tahun dahulu, manusia semakin pandai mencipta inovasi baru bagi membolehkan
mereka menguasai persekitaran mereka. Pada zaman ini masyarakat hanya bergantung
kepada tumbuhan yang sedikit. Hal ini kerana, mereka hanya bergantung kepada tanaman dan
hasil tuaian sepenuhnya sebagai sumber makanan mereka. Kelemahannnya, pergantungan
kepada sumber makanan ini juga menyebabkan mereka turut bergantung kepada iklim dan
cuaca kerana tanaman dan ternakan turut bergantung kepada cuaca untuk tumbuh dan hidup.
Perkampungan yang diduduki semakin berkembang dan muncul bandar-bandar awal
sehingga membawa kepada kemunculan tamadun sekitar 3000-4000 S.M apabila manusia
tidak lagi hidup berpindah randah.
Kepentingan Revolusi Pertanian Terhadap Kemunculan Tamadun Awal Manusia
7 | P a g e
Gambar di atas menunjukkan beberapa tapak pertanian awal dengan jumpaan bukti
arkeologi- tinggalan bijian domestik.
Kepentingan Revolusi Pertanian Terhadap Kemunculan Tamadun Awal Manusia
8 | P a g e
PERTANIAN DAN TANAMAN
Faktor pemilihan tumbuhan untuk dijadikan tanaman pertanian ialah tumbuhan
tersebut cepat matang, boleh menghasilkan biji atau buah yang banyak, dan boleh disimpan
untuk tempoh masa yang lama. Antara contoh tumbuhan yang bertepatan dengan ciri-ciri
tersebut ialah, bijirin seperti gandum, padi, barli, jagung, gandum hitam dan tebu.
Barli
Pelbagai jenis gandum.
Kepentingan Revolusi Pertanian Terhadap Kemunculan Tamadun Awal Manusia
9 | P a g e
PENTERNAKAN DAN HAIWAN DOMESTIK
Mendomestikasikan haiwan melibatkan proses biologi dan perubahan sosial. Perubahan
ketara transisi aktiviti berburu dan memungut kepada pertanian dan penternakan ialah
mengawal pergerakan dan pembiakan haiwan dan melindungi mereka daripada pemangsa.
Aktiviti penternakan melibatkan memelihara dan membiakkan binatang iaitu menyesuaikan
tingkahlaku haiwan agar sesuai dengan keperluan manusia. Haiwan ternakan perlu dipilih
daripada spesis yang boleh dikawal manusia, boleh hidup dalam berkumpulan, boleh
membiak dalam peliharaan, biasanya haiwan ini pemakan tumbuhan (herbivor) dan bersaiz
besar. Sebagai contoh haiwan ternakan terawal ialah, kambing biri-biri, kerbau, lembu,
kambing, ayam daging, ayam turki dan sebagainya. Haiwan ternakan ini berguna sebagai
makanan, membuat pakaian, pemburuan, pengangkutan, kerja dan sebagainya.
Ovis Aries
Capra Hircus
Kepentingan Revolusi Pertanian Terhadap Kemunculan Tamadun Awal Manusia
10 | P a g e
BAGAIMANA REVOLUSI PERTANIAN MEMBAWA KEPADA KEMUNCULAN
TAMADUN AWAL MANUSIA?
Apabila manusia tidak lagi hidup secara berselerak, mereka hidup menetap dan
tanaman dan ternakan perlu dilakukan untuk menampung kehidupan mereka. Perubahan
iklim berlaku dan munculnya kepelbagaian tumbuhan pada ketika itu menyebabkan manusia
mengubahsuai ekonomi berburu dan memungut kepada aktiviti pertanian. Dengan
perkembangan kawasan petempatan kekal di kawasan tanah subur dan berhampiran dengan
sumber air, ia turut menyumbang kepada kegiatan pertanian. Dengan kehidupan
bermasyarakat, mereka dapat menghadapi cabaran fizikal supaya persekitarannya dapat
dikuasai dengan lebih efektif.
Pertambahan populasi juga mendorong masyarakat pada Zaman Neolitik untuk
meneroka kawasan-kawasan baru yang subur tanahnya untuk tujuan pertanian. Jumpaan
tapak pertanian awal Zaman Neolitik oleh ahli arkeologi menunjukkan bukti kesamaan ciri-
ciri utama yang sama seperti kegiatan pertanian, penternakan, penggunaan tembikar,
pembuatan rumah dan kemahiran menenun walaupun corak kehidupan beberapa tapak
tersebut berbeza. Sebagai contohnya, penemuan tapak Neolitik di Yunani, Turki, Iran, Syria,
Turkestan, Mesir dan Eropah. Pertambahan penduduk menyumbang kepada kehidupan
berorganisasi yang mendorong kepada munculnya Tamadun Awal manusia. Selain itu, kesan
daripada kemajuan hidup masyarakat manusia, berlaku perubahan orientasi ekonomi sara diri
kepada komersial. Mereka menyimpan lebihan hasil untuk pertukaran barang. Kemajuan
sistem kawalan air sungai dan pengairan turut membantu memajukan kegiatan pertanian.
Sebagai contoh, tamadun awal yang terletak di tebing sungai besar seperti Sungai Nil, Tigris-
Euphrates, Indus, dan Hwang Ho mempunyai sistem pengairan yang unik.
Kepentingan Revolusi Pertanian Terhadap Kemunculan Tamadun Awal Manusia
11 | P a g e
Kebanyakan alat-alat walaupun diperbuat daripada batu, adalah lebih halus dan
diubahsuai dengan keperluan pertanian. Justeru, kemajuan teknologi juga memainkan
peranan yang penting terhadap perkembangan aktiviti pertanian. Hal ini menunjukkan
manusia pada Zaman Neolitik adalah lebih inovatif dan kreatif. Ciptaan tenggala dan roda
untuk tujuan pengangkutan telah memudahkan dan mempercepatkan perkembangan aktiviti
pertanian. Sistem pengairan misalnya terusan dan tali air dibina dengan sistematik.
Selain itu, pertambahan penduduk menyumbang kepada organisasi sosial. Institusi
keluarga yang berasaskan unit pertanian kecil wujud dan melantik seorang ketua untuk
menjamin keselamatan kelompoknya. Dengan organisasi bermasyarakat, kehidupan
masyarakat menjadi lebih sistematik dan wujud pengkhususan kerja dan hierarki masyarakat.
Pengkhususan kerja berlaku misalnya golongan wanita terlibat dengan kegiatan pertanian
manakala golongan lelaki terlibat dengan kegiatan berburu dan menternak binatang. Terdapat
golongan agama yang menguruskan urusan agama dan kepercayaan yang ada kaitannya
dengan kuasa semula jadi yang menentukan hasil pertanian dan kebajikan masyarakat. Selain
itu, terdapat golongan yang menguruskan penghasilan alat-alat baru pertanian. Dengan
pengkhususan kerja ini, maka berlaku perkembangan masyarakat bertamadun berlaku
dengan pantas. Sistem kepercayaan berkembang dengan cepat kerana manusia pada Zaman
Neolitik percaya kepada kuasa semulajadi yang menentukan hasil pertanian dan kebajikan
masyarakat. Sebagai contoh, jumpaan artifak yang dikenali sebagai „dewi kesuburan‟ yang
dipercayai perlu di puja untuk memastikan tanaman mereka hidup subur dan orang Tamadun
Indus mempercayai bahawa Firaun menguasai segala sumber semulajadi serta dianggap
sebagi anak tuhan Amon-re (Tuhan Matahari). Sistem kepercayaan ini menyebabkan sistem
masyarakat lebih teratur dan menunjukkan perkembangan sistem pemikiran manusia secara
konseptual. Contohnya, kesenian tembikar yang dihiasi pola-pola teometrik serta simbolik
dan penciptaan kepercayaan- dewa-dewa menjamin hasil pertanian berlipat ganda.
Kepentingan Revolusi Pertanian Terhadap Kemunculan Tamadun Awal Manusia
12 | P a g e
Revolusi Pertanian turut dipengaruhi oleh faktor bentuk muka bumi, lokasi, iklim dan
jenis tanih. Manusia Zaman Neolitik bijak menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran.
Mereka memilih petempatan di tepi sungai, pantai dan tanah pamah. Kawasan lembah dan
tepian sungai subur dan sesuai pertanian dan perdagangan. Mereka juga dapat menguasai
ilmu iklim dan tumbuhan yang sesuai dengan iklim tersebut. Sebagai contoh, tanaman
gandum sesuai ditanam pada musim panas. Dalam proses penyesuaian diri manusia terhadap
alam sekitar, akan berlaku beberapa mobiliti dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Proses
ini dikenali sebagai penghijrahan, iaitu, migrasi dan imigrasi penduduk untuk mencari
kawasan petempatan yang sesuai dengan pertanian atau pertambahan penduduk.
Menurut Colin Renfew, beliau menyatakan tiga ciri yang menjadi pemangkin kepada
pembangunan tamadun iaitu; kemunculan bandar, tempat ibadat, dan sistem tulisan. Pertama,
kemunculan bandar. M.A.J Beg (1986) dalam bukunya yang bertajuk “Historic Cities of
Asia” mengistilahkan bandar sebagai satu kawasan yang dihuni oleh penduduk yang ramai
dan sebahagian besarnya boleh membaca dan menulis dan ada di antaranya mereka terlibat
dalam aktiviti ekonomi selain pertanian. Bandar-bandar besar yang muncul pada awal
kemunculan tamadun termasuklah Mohenjo-daro, Harappa, Babylon, Catal Huyuk dan
Jericho menjadi penguat kepada pembangunan tamadun. Bandar-bandar ini muncul apabila
manusia tidak lagi hidup berpindah randah dan mula menumpukan perhatian untuk
memajukan petempatan mereka. Antara langkah untuk memajukan bandar yang mereka
duduki, manusia melakukan aktiviti pertanian dan ternakan sebagai sumber makanan mereka.
Lebihan makanan hasil daripada pertanian akan mendorong aktiviti perdagangan dan sistem
pertukaran barang. Aktiviti perdagangan akan membantu dalam perkembangan pengangkutan
darat dan air. Sistem perdagangan yang paling mudah apabila ia melibatkan pertemuan biasa
antara kumpulan manusia atau wakil-wakil mereka yang menjalankan sistem barter atau
pertukaran barang. Tiada penemuan yang membuktikan berlakunya perdagangan pada zaman
Kepentingan Revolusi Pertanian Terhadap Kemunculan Tamadun Awal Manusia
13 | P a g e
Paleolitik dan ini menunjukkan bahawa manusia pada zaman itu hanya menjalankan ekonomi
sara diri sahaja.
Apabila manusia sudah pandai menyimpan makanan, aktiviti merekod perlu
dilakukan bagi memudahkan proses penyimpanan makanan. Maka dengan itu, lahirlah sistem
tulisan kuno. Antara tulisan kuno terawal manusia ialah, tulisan cuneiform (Tamadun
Mesopotamia), tulisan ideogram (Tamadun China) dan tulisan codex (Tamadun Maya) dan
tulisan hieroglif (Tamadun Mesir Purba). Tulisan cuneiform ini dibuat dengan menggunakan
pen rumput buluh yang ditekan di atas tanah liat dan dijemur. Ia berbentuk pepaku dan
bergambar. Tulisan ideogram pula biasanya di tulis di atas tulang, gangsa ataupun di atas
kepingan buluh kemudian dibuat skrol. Tulisan awal ini biasanya digunakan untuk tujuan
perubatan yang berkembang di Tamadun China. Tulisan hieroglif yang muncul dalam
Tamadun Mesir pula lebih kepada penulisan formal dan merupakan gabungan antara elemen
logograf dan alfabet. Ia merupakan tulisan suci orang Mesir Kuno yang ditulis di atas papyrus
dan kayu dan biasanya digunakan untuk tujuan keagamaan. Selain itu, tulisan codex orang
Maya pula ialah gabungan fonetik dan ideogram yang mewakili bahasa pertuturan yang
mempunyai tahap yang sama dengan bahasa tulisan dunia lama. Namun, pemahaman
penulisan ini belum dapat dirungkai kerana kurangnya penemuan rujukan.
Tulisan Hieroglif dalam Tamadun
Mesir Purba
Kepentingan Revolusi Pertanian Terhadap Kemunculan Tamadun Awal Manusia
14 | P a g e
Tempat ibadat mempunyai kaitan dengan kepercayaan masyarakat terdahulu. Sistem
pertanian menyumbang kepada perkembangan pemikiran manusia secara konseptual.
Manusia pada zaman itu percaya ada satu kuasa “supernatural” yang menentukan hasil
pertanian. Oleh itu, satu upacara dibuat untuk menyajikan „sesuatu‟ kepada kuasa tersebut
atau memuja figura-figura tertentu supaya pertanian dapat menghasilkan tuaian yang banyak.
Kepercayaan ini wujud sejak dari Zaman Paleolitik apabila mereka cuba untuk berinteraksi
dengan semangat atau roh yang abstrak. Sebagai contoh, masyarakat Paleolitik akan melukis
lukisan binatang buruan sebelum mereka keluar berburu sebagai simbol mengikat roh
binatang yang bakal diburu. Mereka percaya upacara tersebut membantu meningkatkan hasil
buruan dan menyenangkan aktiviti perburuan tersebut. Patung Venus dari Willendorf yang
berusia 20 000- 30 000 tahun dahulu pula di puja oleh masyarakat pada akhir Zaman
Paleolitik iaitu, tempoh titik pertanian baru bertapak. Patung itu melambangkan kesuburan
dan penciptaan manusia. Di „Ain Ghazal iaitu tapak pertanian awal yang terletak di Jordan,
Tulisan Cuneiform dalam
Tamadun Mesaopotamia
Tulisan Ideogram dalam
Tamadun China
Kepentingan Revolusi Pertanian Terhadap Kemunculan Tamadun Awal Manusia
15 | P a g e
beberapa artifak figura wanita dijumapai. Ia berukuran 10 cm dan dipercayai sebagai dewi
kesuburan, yang membantu kesuburan tanaman.
Emile Durkheim, ahli sosiologi Perancis menekankan kepercayaan seperti ini
mengukuhkan integrasi sosial yang mana dapat menguatkan perpaduan masyarakat yang
mengikuti upacara tersebut.
Artifak ini merupakan artifak tertua yang
dijumpai di „Ain Ghazal, Jordan yang
merupakan salah satu tapak pertanian awal.
Patung ini menyerupai susuk wanita, dikenali
sebagai „dewi kesuburan‟ dan berukuran 10 cm.
Alat batu vital yang dijumpai di makam kuno,
Israel- Kfar HaHoresh dekat Nazareth. Alat batu
yang berusia antara 8500- 6750 Sebelum Masihi
ini dipercayai digunakan sebagai sajian kepada
Dewi Pertanian
Figura 15 inci berbentuk haiwan ternakan
yang berusia 9000 tahun. Ia dijumpai di Tapak
Israel membuktikan amalan keagamaan dan
kepercayaan memuja untuk penternakan.
Kepentingan Revolusi Pertanian Terhadap Kemunculan Tamadun Awal Manusia
16 | P a g e
Patung Venus dari Willendorf yang berusia
antara 20 000-30 000 tahun. Berbentuk
figura wanita gendut yang melambangkan
kesuburan dan kesinambungan kehidupan
manusia.
Pembuatan patung penolak bala pada
Zaman Neolitik.
Tapak Gobekli, Tepe, Turki yang berusia
antara 9000-4000 BC. Dijumpai di kawasan
gurun dan berfungsi sebagai rumah ibadat.
Kepentingan Revolusi Pertanian Terhadap Kemunculan Tamadun Awal Manusia
17 | P a g e
RUMUSAN
Secara ringkasnya, pertanian awal mula bertapak kira-kira 10 000 tahun dahulu dan
Zaman Neolitik merupakan titik permulaan kepada Revolusi Pertanian manusia. Pada Zaman
Neolitik jugalah teknologi dan konseptual pemikiran masyarakat primitif mula berkembang.
Untuk meningkatkan kelangsungan hidup, mereka berusaha untuk menyesuaikan kehidupan
sosial mereka dengan persekitaran melalui cara hidup menetap, cuba menguasai alam sekitar
dengan cara mengawal pertanian dan melakukan penternakan haiwan, menguasai teknologi
yang bersesuaian dengan aktiviti tersebut, dan cuba berinteraksi dengan kuasa „supernatural‟
dengan berpegang pada satu amalan dan kepercayaan. Selain itu, mereka juga pandai memilih
jenis tanaman dan haiwan yang sesuai dijadikan tanaman pertanian dan ternakan serta
menghubungkan antara faktor cuaca dengan kemampuan tanaman untuk hidup. Dalam
proses mengadaptasi diri mereka dengan persekitaran dan iklim, akan berlaku penghijrahan
manusia apabila mereka sudah pandai memilih tempat yang sesuai dan subur untuk tujuan
pertanian. Kehidupan menetap pula menggalakkan pertumbuhan bandar-bandar dan
kemajuan bandar. Proses kemajuan bandar inilah yang menjadi pemangkin kepada
kemunculan tamadun awal manusia.
Kepentingan Revolusi Pertanian Terhadap Kemunculan Tamadun Awal Manusia
18 | P a g e
RUJUKAN
1) Frank Hole dan Robert F. Heizer, (1977), Prehistoric Archeology : A Brief
Introduction, New York : Holt, Rinehart and Winston Inc.
2) Richard A. Watson dan Patty Jo Watson, (1969) “The Domesticator of Plants and
Animals,” Diedit oleh Stuart Struever (ed.) Prehistoric Agriculture , USA : Library
of Congress
3) Wight, J.A., Rowe, A. & Farquharson, J. (1975) Farming in prehistory : from
hunter-gatherer to food-producer