kepentingan perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah

Upload: pauzan-abu-bakar

Post on 03-Jun-2018

370 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Kepentingan Perubahan Dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah

    1/5

    KEPENTINGAN PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

    Pengurusan kurikulum bilik darjah merupakan proses menyempurnakan tempat dan

    lokasi, bahan dan sumber, rekod dan dokumen, komunikasi dan interaksi, ilmu, kemahiran,

    nilai, penilaian dan pentaksiran, pelajar dan pembelajaran dan kurikulum dan pengajaran. Akantetapi menurut Goodlad (1973), kurikulum merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan (ill-

    defined) dan tiada kata sepakat mengenai sempadan ilmunya. Oleh sebab itu, seiring dengan

    peredaran zaman, dapat dilihat pelbagai perubahan yang telah berlaku dalam domain

    pengurusan kurikulum bilik darjah ini.

    Perubahan dan inovasi dalam kurikulum bilik darjah itu juga merupakan salaha satu

    tahap dalam pengurusan bilik darjah di mana perubahan dan inovasi ini adalah hasil daripada

    refleksi kepada pelaksanaan kurikulum yang berlaku. Perubahan dalm inovasi kurikulum bilik

    darjah amat penting kerana asas pendidikan pelajar berlaku dalam bilik darjah. Perubahan daninovasi kurikulum bilik darjah juga harus bergerak seiring dengan peredaran zaman dan

    perkembangan bidang sains dan teknologi yang sedang berkembang pesat. Keberkesanan

    pengurusan kurikulum bilik darjah adalah terletak pada tangan guru.

    Perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah amat penting bagi memenuhi kehendak

    dan keperluan pelajar yang telah berubah dari semasa ke semasa. Kurikulum pada zaman

    sekarang telah berubah di mana proses pembelajaran tidak hanya tertumpu dalam bilik darjah

    yang memencilkan murid dalam lingkungan empat dinding sahaja. Pelajaran pada zaman kini

    adalah secara kolaboratif dan tanpa sempadan. Oleh sebab itu, bagi menjadikan pelajar lebih

    aktif, kreatif, motivatif dan dinamik kurikulum bilik darjah perlu sentiasa diperbaharui.

    Kamus Dewan edisi keempat mendefiniskan perkataan inovasi sebagai sesuatu yang

    baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru. Inovasi juga

    merupakan perihal (tindakan dan sebagainya) mengadakan, memulakan dan

    sebagainyasesuatu yang baru. Istilah yang berkait rapat dengan inovasi ialah inovatif yangbererti bersifat inovasi. Inovatif bermaksud suatu tindakan bagi mengada atau memulakan

    sesuatu yang baru. (Zainal bin Haji Bujang, 2008)

    Perubahan dan inovasi bilik darjah amat perlu bagi memastikan guru lebih

    berkemahiran. Oleh kerana keberkesanan inovasi bilik darjah adalah bergantung kepada guru,

    maka secara tidak langsung akan menjadikan guru sentiasa perlu melengkapkan diri dengan

    maklumat-maklumat terkini dan juga kaedah-kaedah pengajaran yang baru dan sesuai. Antara

    ciri guru berinovasi adalah mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan

    kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan

    daya kreativiti yang tinggi. Hal ini sejajar dengan pandangan Noriati A. Rashid dalam Guru dan

  • 8/12/2019 Kepentingan Perubahan Dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah

    2/5

    Cabaran Semasa iaitu guru-guru perlu memiliki keupayaan dalam melaksanakan pengajaran

    dan pembelajaran yang mampu melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif. Di samping itu,

    guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan

    pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk

    mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan. Menurut Esah SulaimandalamAmalan Profesionalisme Perguruan, guru perlu cekap mengubahsuai pengajaran, prihatin

    terhadap keperluan pelajar dan jangan terlalu terikat dengan sesuatu keadaan atau bahan

    tertentu.

    Satu daripada tanggungjawab guru kepada murid adalah menjadi kreatif dan inovatif.

    Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, 2010, mengemukakan bahawa

    guru yang kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea baharu dan dapat menterjemahkan

    kehendak dan matlamat kurikulum dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi

    pengajaran serta pembelajaran yang kreatif dan inovatif.

    Dengan adanya kurikulum bilik darjah yang sentiasa seiring dengan perkembangan

    zaman, guru akan sentiasa memikirkan apakah cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah

    mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah, dan apakah ilmu yang dipelajari di sekolah

    mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di dunia nyata, selari dengan tujuan

    pendidikan seperti yang terdapat dalam Undang-Undang Malaysia iaitu Pendidikan 1995 iaitu

    untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran, dan nilai murni yang

    diperlukan dalam dunia yang berdaya saning tinggi serta bersifat global, kesan daripada

    perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.

    Pendidikan pada abad ke-21 telah berubah tidak hanya tertumpu di dalam bilik darjah

    semata-mata. Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, kurikulum bilik darjah juga

    perlukan perubahan dan inovasi untuk menghasilkan pelajar yang lebih aktif, kreatif, motivatif

    dan dinamik. Ini disebabkan oleh pelajar pada zaman kini sudah didedahkan dengan

    penggunaan teknologi maklumat yang terkini dan sekiranya tiada perubahan bagi kurikulum

    bilik darjah, mereka akan mudah bosan.

    Noriati A. Rashid, 2009 menyatakan bahawa guru-guru tidak sepatutnya meneruskan

    pengajarannya sedangkan ada dalam kalangan muridnya yang didapati sudah hilang tumpuan.

    Halizah Hamzah, 2009, pula berpadangan bahawa guru seharusnya melaksanakan kaedah

    atau teknik yang baharu, efektif dan yang dapat merangsang minat murid. Kepelbagaian aktivti

    bukan sekadar berupaya menarik minat murid bahkan juga boleh mewujudkan suatu situasi di

    mana murid tertunggu-tunggu untuk melihat aktiviti berikutnya.

  • 8/12/2019 Kepentingan Perubahan Dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah

    3/5

    Sememangnya terdapat pelbagai cara yang boleh diusahakan oleh guru bagi

    meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kepelbagaian aktiviti

    yang dicadangkan oleh Noriati A. Rashid dalam Murid dan Alam Belajaradalah melalui pelbagai

    bermain sebagai usaha menarik minat murid menguasai sesuatu pengetahuan tanpa disedari

    oleh murid bahawa mereka sedang belajar. Bagi murid-murid yang mempunyai gaya berfikiryang tinggi, guru boleh menyediakan aktiviti analisis atau penyelesaian masalah dengan

    menggunakan borang grafik manakala bagi murid yang kurang berminat untuk belajar. Guru

    turut boleh mendorong pembelajaran pembelajaran aktif dengan menggunakan audio visual

    yang menarik selain daripada menggunakan banyak peralatan Teknologi Maklumat dan

    Komunikasi (TMK) atau menggalakkan murid menghasilkan sendiri bahan pembelajaran

    mereka.

    Pengajaran dan pembelajaran juga tidak seharusnya hanya tertumpu di dalam kelas,

    sejajar dengan inovasi dalam kurikulum bilik darjah, takrif bilik darjah juga adlah semakin luasdan tidak boleh dihadkan dalam ruang empat dinding seperti pada abad ke-20. Dengan adanya

    inovasi seperti ini akan menjadikan pembelajaran semakin menarik dan pelajar tidak mudah

    bosan dan melahirkan generasi pelajar yang aktif, kreatif, motivatif dan dinamik

    Selain itu, perubahan dan inovasi bilik darjah adalah penting bagi mewujudkan

    persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan memudahkan pengawalan kelas oleh guru.

    Menurut Anderson (1989), mengatakan pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah terdiri

    daripada tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti

    pembelajaran, meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar

    lain serta penggunaan masa pembelajaran yang efisyen.

    Selain itu, antara ciri guru berinovasi antara lainnya mampu menyediakan persekitaran

    pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk

    mengasah kebijaksanaan berfikir. Penyediaan persekitaran pembelajaran yang positif

    sememangnya merupakan suatu aspek yang amat penting. Noraini Idris dan Shuki Osman,

    dalam Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan Praktis, menyatakan bahawa guru perlu

    menyediakan suasana dan persekitaran yang kondusif terhadap pembelajaran semasa

    mengajar.

    Manakala menurut Choong Lean Keow, dalam Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah

    Laku, persekitaran pembelajaran dalam konteks pendidikan merujuk kepada iklim dan budaya

    bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek tertentu iaitu pola

    komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal, dan kebolehan guru

    mengurus murid-murid dalam bilik darjah.

  • 8/12/2019 Kepentingan Perubahan Dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah

    4/5

    Mook Soon Sang dalam Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Lakupula mengemukakan

    ciri-ciri iklim bilik darjah yang kondusif yang merangkumi hubungan yang saling hormat-

    menghormati di antara guru dengan pelajar-pelajarnya serta kesukarelaan pelajar-pelajar

    menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan. Menurut beliau perasaan kekitaanantara pelajar-pelajar dengan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan kewujudan

    satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap

    kesempatan juga antara ciri bilik darjah yang baik. Dari aspek iklim persekolahan yang

    kondusif, iklim persekolahan yang kondusif adalah iklim persekolahan yang terbuka dan

    menggalakkan murid bebas berinteraksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru,

    serta bebas melibatkan diri dalam aktiviti sekolah. Seorang guru yang baik berupaya untuk

    mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku pelajar proses pengajaran dan pembelajaran

    dapat dilaksanakan dengan lancar.

    Dengan adanya perubahan dan inovasi kurikulum bilis darjah ini juga boleh mengatasi

    masalah kekurangan bahan pembelajaran dan juga menjimatkan tenaga dan masa. Segala

    keperluan yang sukar disediakan oleh guru sebelum ini boleh digantikan dengan penggunaan-

    penggunaan teknologi sperti penggunaan perisian-perisian yang bersesuaian dan juga melalui

    simulasi ataupun animasi berkomputer yang dapat membantu para pelajar merasai pengalaman

    dan membayangkan yang tidak pernah mereka lalui. Selain penglibatan alatan-alatan yang

    berteknologi, dengan konsep inovasi kurikulum bilik darjah, guru boleh menggantikan bahan-

    bahan yang sukar diperoleh dengan menghasilkan model-model yang hampir sama

    menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi dan juga boleh melibat penglibatan

    kesuluruhan pelajar.

    Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia, 1994, memberi takrifan bahawa

    inovasi merupakan sesuatu yang baru diperkenalkan atau dimaklumkan (seperti kaedah,

    sistem, adat dan lain-lain). Inovasi atau pengenalam idea-idea baru dalam pelbagai bentuk

    seperti pengenalan teknologi baru, perubahan-perubahan prosedur yang boleh menjimatkantenaga, masa dan kos, dan perubahan ini meningkatkan penghasilan kerja.Menurut INTAN,

    antara ciri-ciri orang yang mempunyai sifat kreativiti dan inovasi adalah sentiasa mencari idea

    dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah. Orang yang kreatif dan inovatif juga berani

    untuk untuk mencuba teknik dan kaedah baru bertujuan memudahkan sesuatu kerja selain suka

    bermain dengan idea dan berani mencuba.

    Rujukan:

  • 8/12/2019 Kepentingan Perubahan Dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah

    5/5

    Kamus Dewan. (edisi keempat). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Zainal bin Haji Bujang. (2008). Guru Bestari Pelajar Jauhari. Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publication.

    Esah Sulaiman.(2003).Amalan Profesionalisme Perguruan, Johor: Penerbit Universiti Teknologi

    Malaysia

    Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Asas Kepimpinan & PerkembanganProfesional. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

    Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Rashid. (2010). Guru

    dan Cabaran Semasa. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.

    Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar.

    Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    Noraini Idris, Shuki Osman. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan Praktis. Kuala Lumpur :

    Mc Graw HillChoong Lean Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur : Kumpulan

    Budiman Sdn. Bhd.

    Mok Soon Sang. ( 2011). Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Selangor : Penerbitan Multimedia

    Sdn. Bhd.

    KEPENTINGAN PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

    # Inovasi kurikulum bilk darjah menjadikan guru lebih berinovasi

    # Peningkatan tumpuan murid

    # Melahirkan generasi pelajar yangaktif, kreatif, motivatif dan dinamik# Persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan memudahkan pengawalan kelas oleh

    guru

    # Mengatasi masalah kekangan kekurangan bahan pengajaran & Penjimatan tenaga, masa

    & kos

    http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:%22Esah+Sulaiman%22&source=gbs_metadata_r&cad=3http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:%22Esah+Sulaiman%22&source=gbs_metadata_r&cad=3http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:%22Esah+Sulaiman%22&source=gbs_metadata_r&cad=3