kenyataan media pengerusi jawatankuasa … · panduan lampiran 2 dan garis panduan sop yang di...
TRANSCRIPT
1
KENYATAAN MEDIA
PENGERUSI JAWATANKUASA PELANCONGAN, KEBUDAYAAN &
TEKNOLOGI MAKLUMAT NEGERI TERENGGANU
10 JUN 2020
TINGKAT 17, WISMA DARUL IMAN
________________________________________________________________
YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Perintah Kawalan
Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 7 Jun 2020 yang akan bermula
pada hari ini, 10 Jun 2020. Beberapa sektor ekonomi terpilih dibuka
semula secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan
kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat, terutama
perjalanan merentas negeri kecuali kawasan yang diisytiharkan di
kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Sektor perlancongan merupakan salah satu daripada sektor
ekonomi paling terjejas akibat pandemik COVID-19. Untuk rekod,
sektor pelancongan merupakan sektor perkhidmatan yang ketiga
terbesar yang menyumbang kepada pendapatan Malaysia selepas
sektor pembuatan dan komoditi.
2
Pelaksanaan PKP, PKPB dan terkini PKPP oleh kerajaan Malaysia
telah membantu penurunan kes COVID-19. Ini adalah hasil
kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan setiap
pelaksanaan perintah kawalan yang dilaksanakan. Saya
mengucapkan syabas dan tahniah kepada para petugas barisan
hadapan yang telah menyumbang kepada kejayaan ini dalam
membendung pandemik COVID-19.
Maka dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri ini, ianya
membolehkan pelancongan luar dari negeri Terengganu boleh
datang ke Terengganu untuk bercuti ke destinasi pilihan
terutamanya pelancongan domestic yang juga telah dibenarkan.
Seiring itu, Kerajaan negeri Terengganu pada masa ini sedang giat
melaksanakan pelbagai inisiatif pelan pemulihan agar sektor
pelancongan dapat dipulihkan dan kembali menjadi tulang
belakang kepada ekonomi rakyat di negeri ini.
Walaubagaimanapun, beberapa aktiv iti masih belum dapat dibuka
termasuk termasuk pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema,
perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri-kendara,
rumah terbuka dan apa-apa jua aktiv iti yang melibatkan kehadiran
orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan
amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada SOP.
3
Dengan ini, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Portfolio
Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat bersetuju bagi
membuka sektor pelancongan kepada umum dan pelancong
domestik sebagaimana perkara-perkara berikut :
1. Membuka semula semua hotel, resort, houseboat dan
homestay yang berdaftar dengan Kementerian
Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan
Homestay di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Perlu merujuk kepada garis panduan lampiran 1
2. Membenarkan Semua aktiv iti pelancongan seperti selam
skuba, snokerling, hiking, aktiv iti bot di pulau dan tasik,
paragliding, perkhemahan, riadah, membeli belah, aktiv iti
Taman Eco Rimba dan lata rekreasi (di buka pada 15 jun
2020) dan lain-lain aktiv iti yang telah diumumkan oleh
setiap Kementerian yang berkaitan.
Kecuali yang tidak dibenarkan adalah pusat refleksologi,
taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah yang
ramai, kenduri-kendara, rumah terbuka dan apa-apa
aktiv iti lain yang melibatkan kehadiran orang ramai perlu
merujuk kepada Garis panduan lampiran 1 dan Garis
Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di
keluarkan oleh Kementerian berkenaan.
4
3. Membenarkan semua aktiv iti jualan tiket, aktiv iti bot,
restoren, jualan umum dan lain-lain berkaitan di jeti-jeti ke
pulau-pulau peranginan di dalam negeri Terengganu
dan juga di Tasik Kenyir. Perlu merujuk kepada Garis
panduan lampiran 1 dan Garis Panduan Lampiran 3 dan
Lampiran Garis Panduan 4
4. Membuka semula Tasik Kenyir dan hotspot kawasan
pelancongan di Tasik Kenyir seperti Santuari Kelah, Kenyir
Elephant Conservation Village (KECV), Taman Herba dan
lain-lain hotspot bermula 12 jun 2020.
Membenarkan aktiv iti-aktiv iti pelancongan di Tasik Kenyir
seperti houseboat, perkhidmatan sewaan bot dan lain-
lain berkaitan perlu merujuk Garis Panduan Lampiran 3.
5. Membuka semula Taman Tamadun Islam (TTI), Draw
Bridge Tower, Zoo Kemaman, dan lain-lain tempat
lawatan umum manakala muzium negeri di buka pada
16 Jun 2020 dan muzium-muzium daerah, Rumah Warisan
Haji Su, Kota Lama Duyong akan di buka secara
berperingkat. Membenarkan aktiv iti-aktiv iti pelancongan
tempat yang dinyatakan dijalankan mengikut Garis
panduan lampiran 1 dan Garis Panduan yang akan di
keluarkan oleh pihak berkenaan yang akan diumumkan
kelak.
5
Selain itu, pandemik COVID-19 juga telah menjejaskan pemain
industri pelancongan iaitu penginapan (hotel, resort, chalet),
tempat tarikan (pulau, pantai, tasik), restoran makanan, perniagaan
industri kecil dan sederhana juga merupakan antara sektor yang
terjejas.
Oleh itu, dengan kelonggaran yang telah dibenarkan, agensi dan
jabatan yang terlibat perlu memainkan peranan penting agar garis
panduan dan SOP dapat dipatuhi dan diamalkan agar wabak
cov id-19 ini dapat dibendung sepenuhnya. Pematuhan SOP dan
new normal ini akan memastikan pelancong boleh bercuti ke negeri
Terengganu dengan selamat dan yakin ke mana-mana tempat-
tempat ingin mereka lawati.
Oleh itu, kerajaan negeri Terengganu akan memperkenalkan SOP
bagi pengiat sektor pelancongan penginapan iaitu Hotel, Resort,
Homestay Dan Pulau di Terengganu (Garis Panduan Lampiran 1)
yang bertemakan “STAY SAFE, CLEAN AND ECO-FRIENDLY”
GUIDELINES untuk kesemua pemain yang terlibat.
Walaubagaimanapun, Kerajaan negeri akan menambah baik SOP
yang disediakan dengan merujuk kepada SOP PKPP dan
Kementerian berkaitan termasuk Kementerian Pelancongan, Seni
dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang akan dikeluarkan pada masa
kelak dalam sektor pelancongan.
6
SOP untuk penyedia penginapan iaitu Hotel, Resort, Homestay Dan
Pulau di Terengganu ini akan memperkenalkan satu peraturan baru
yang bersesuaian dengan norma baharu, amalan penjarakan sosial
dan pengjagaan kebersihan yang optimum di dalam tempoh PKPP
ini. SOP ini akan memperkenalkan 10 operasi pematuhan yang di
tempat-tempat tumpuan sebagaimana berikut:
a. Reception/ Front-Desk/ Reservation
b. Lobi
c. Bilik Hotel
d. F&B
e. Kolam Renang/ Spa/ Gym
f. Pesisir Pantai, Hotel, Resort dan Pulau
g. Maintenance Serv ices
h. Operator Bot/ Feri
i. Kumpulan Pengurusan
j. Tasik
Mengenai, SOP untuk penyedia penginapan iaitu Hotel, Resort,
Homestay Dan Pulau di Terengganu kita juga akan
memperkenalkan satu aplikasi „Kita Jaga Kita‟ untuk
setiap pekerja dan pelancong. Mereka perlu merekodkan saringan
kesihatan yang akan dilakukan setiap hari sama ada kakitangan
pekerja mahupun pelancong. Aplikasi ini adalah satu hasil
7
kerjasama dan idea usaha sama daripada Jabatan Pelancongan
Terengganu dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Usaha ini
adalah sebagai langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dan
pihak-pihak berkaitan untuk memantau dan memulihara untuk
menyekat penularan.
Sehingga 10 Jun 2020, Negeri Terengganu telah mencatatkan 111
kes dengan 1 kematian dan telah diisytiharkan sebagai zon hijau
COVID-19 pada 28 Mei 2020, ini menunjukkan Terengganu adalah
antara negeri yang selamat untuk pelancong domestik melancong,
tempahan hotel secara online juga telah mendapat sambutan
yang mengalakkan selepas YAB PM mengumumkan perjalanan
merentas negeri dibolehkan dan membenarkan pelancongan
domestik beroperasi.
Namun begitu, pelancong dinasihatkan untuk sentiasa
mengamalkan new normal, penjarakan sosial dan penjagaan
kebersihan yang optimum dengan amalan mengelakkan „3S‟ iaitu
Suasana sesak, Sempit dan Sembang rapat.
Kerajaan negeri menyarankan amalan „3W‟ iaitu Wash hand (kerap
mencuci tangan dengan air dan sabun /hand sanitizers), Wear mask
(memakai pelitup muka) dan Warn iaitu elakkan bersalaman atau
bersentuhan, tutup mulut jika batuk atau bersin dan segera
8
dapatkan rawatan awal jika bergejala di fasiliti kesihatan yang
berdekatan.
Saya mengharapkan agar negeri Terengganu akan menjadi pilihan
utama rakyat Malaysia untuk melancong dengan pelbagai pakej
promosi yang ditawarkan oleh hotel, resort dengan keindahan eco-
tourisam, laut dan pulau serta tempat-tempat menarik agar dapat
merancakkan kembali industri pelancongan di Terengganu.
________________________________________________________________
YB Ustaz Ariffin Deraman
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,
Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat
Negeri Terengganu
9
LAMPIRAN GARIS PANDUAN 1
Garis Panduan Operasi (SOP) Prosedur Standard Operasi (SOP) : Hotel, Resort,
Homestay Dan Pulau di Terengganu
1. SOP kemasukan pelancong ke Pulau
a. Pengusaha hotel/resort/chalet perlu menyediakan harga pakej yang
bersesuaian kepada pengunjung.
b. Hanya pengunjung yang membuat tempahan awal beserta pilihan
pakej (makan minum, aktiv iti sukan air snorkeling, skuba) yang diterima.
c. Pengunjung yang tidak memberikan bukti tempahan awal tidak
dibenarkan untuk menaiki bot ke pulau.
d. Pemeriksaan suhu perlu dilakukan di setiap jeti sebelum menaiki bot dan
download aplikasi MySejahtera/ Kita Jaga Kita
e. Menguruskan dan merekodkan kemasukan pengunjung dan memastikan
SOP daripada KKM dijalankan sepanjang pengunjung berada di tempat
penginapan. (Semakan suhu, penjarakkan sosial, penggunaan hand
sanitizer)
f. Menguruskan jadual dan bilangan tempahan pengunjung yang akan
menjalankan aktiv iti sukan air dengan penyedia aktiv iti sukan air untuk
pengunjung yang telah membuat tempahan awal.
g. Mengenal pasti tetamu/pengunjung/pelancong ke pulau untuk aktiv iti
menginap.
h. Setiap pelancong dibekalkan dengan kits Kita Jaga Kita (face mask,
hand sanitizer).
i. Amalkan pencegahan wabak Cov id-19 dengan elakkan 3C, dan
amalkan 3W seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia.
j. Pastikan face mask yang telah digunakan dibuang di dalam tong
sampah bertutup yang telah disediakan di setiap tempat.
2. Kumpulan Pengurusan
a. Perlu menyediakan pelan tindakan untuk setiap bahagian.
b. Menyediakan dan mempamerkan Garis Panduan “Do” dan “Dont‟s” di
kawasan strategik hotel untuk panduan tetamu dan pekerja hotel
mengenai langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19.
c. Menyediakan poster atau pamphlet berkaitan dengan pencegahan
Covid-19 dan poster tersebut boleh ditampal di dinding ruangan lobi
hotel/chalet dan pamphlet boleh diletakkan di dalam bilik tetamu serta
di atas meja resepsi.
10
3. Reception/ Front-Desk/ Reservation
a. Kadar untuk penerimaan tetamu sebanyak 50% daripada jumlah yang
kebiasaan untuk setiap hari.
b. Pembayaran “cashless”. Gunakan online payment, credit card atau
debit card (paywave) untuk tujuan kurangkan sentuhan.
4. Lobi
a. Mengelakkan kumpulan melebihi 20 orang dalam satu masa berada di
bahagian lobi.
5. Bilik Hotel
a. Kapasiti di setiap bilik hotel adalah mengikut jumlah katil yang disediakan
di dalam bilik sahaja.
b. Tong sampah bertutup yang memenuhi spesifikasi yang mengikut
peraturan KKM perlu disediakan di luar bilik tetamu.
c. Cadar dan tuala yang disediakan mestilah dibasuh mengikut kaedah
pembersihan yang mengikut SOP dari KKM.
Kaedah Pembersihan:
i. Linen Tercemar -> Rendamkan dengan larutan sodium
Hypochloride 0.5% selama 30minit. Cuci dengan detergen, bilas
dan jemur di bawah matahari untuk pengeringan.
ii. Linen yang telah digunakan tetapi tidak tercemar -> Cuci dengan
detergen, bilas dengan air paip dan jemur di bawah matahari.
Penggunaan heavy duty washing machine dryers adalah
disarankan.
6. F&B
a. Restoran / cafe dalam hotel/chalet dibenarkan untuk beroperasi bagi
perkhidmatan dine in ala carte sahaja untuk tetamu hotel/ pelanggan;
dan hidangan secara buffet tidak dibenarkan.
b. Buffet sarapan pagi diganti dengan grab and go.
c. Kafeteria / kantin di dalam hotel/chalet sekiranya disediakan untuk
pekerja hanya dibenarkan beroperasi bagi tujuan penyediaan makanan
berbungkus oleh pengendali makanan yang memakai alat penutup
hidung dan mulut serta memasikan penjarakan sosial dilaksanakan.
Waktu rehat tengahari hari perlu dilaksanakan secara berperingkat
11
7. Housekeeping
a. Pekerja-pekerja di bahagian „housekeeping‟ perlu memakai face mask,
apron plastic dan sarung tangan.
b. Perlu memakai sarung tangan yang baru bagi pembersihan di setiap bilik.
c. Mematuhi prosedur peraturan pembersihan dan penjarakkan sosial 1
meter semasa proses pembersihan dilakukan.
d. Memperolehi latihan dan taklimat yang lengkap oleh pihak KKM.
8. Kolam Renang/ Spa/ Gym
a. Spa
i. Pekerja perlu memakan pakaian yang seragam yang bersesuaian
bersama topeng penutup muka.
ii. Setiap pakaian seragam perlu diganti bagi setiap pelanggan.
iii. Pekerja spa perlu diberi masa selama 30 minit sebelum menerima
pelanggan seterusnya, bagi membersihkan diri dan memekai
pakaian seragam yang baru.
b. Kolam Renang
i. Memastikan jarak 1 meter bagi setiap kerusi yang disediakan di
tepi kolam
ii. Menghadkan bilangan pengunjung yang menggunakan kolam
renang.
iii. Ujian rutin kualiti mikrobiologi harus diambil berat dan selari dengan
peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.
iv . Tahap klorin di dalam kolam renang harus dipastikan antara 1-
3mg/l dengan pH antara 6.8 – 7.4 (KKM).
v. Penyahkuman perlu dilakukan setiap hari.
c. Gym
i. Hadkan penggunaan di dalam satu masa.
ii. Proses penyahkuman perlu dilakukan berulangkali.
iii. Menyediakan hand sanitizer.
iv . Amalkan pencegahan wabak Covid-19 dengan elakkan 3C, dan
amalkan 3W seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia.
9. Maintenance Services
a. Pastikan bahagian-bahagian yang sentiasa disentuh oleh tetamu seperti
antaranya lif, button lif, pemegang pintu, kerusi dan meja hendaklah
sentiasa dinyahkuman minimum 4 kali dalam satu hari.
b. Pastikan pengudaraan yang baik di dalam setiap bahagian hotel dan
disanitasi paling kurang 4 kali sehari.
c. Pastikan hand sanitizer/ disinfect gel dispensers disediakan di koridor juga
di dalam tandas.
12
10. Pesisir Pantai, Hotel, Resort dan Pulau
a. Hanya dua orang dibenarkan berkongsi payung. Pengecualian ialah
keluarga yang mempunyai anak kecil.
b. Jarak antara kerusi hendaklah sekurang-kurangnya 2 meter dengan
payung bersebelahan. Jarak antara payung hendaklah 4 meter.
c. Sukan berpasukan yang melibatkan kontak fizikal adalah tidak
dibenarkan.
d. Peraturan penjarakkan sosial dan kebersihan hendaklah dikuatkuasakan.
e. Muzik tidak boleh dimainkan dan parti atau „event‟ seumpamanya tidak
dibenarkan.
f. Kapasiti pantai ialah 40 orang bagi setiap 1,000M.
11. Operator Bot/ Feri
a. Pengusaha bot pelancongan
i. Menyediakan rekod pekerja yang bertugas setiap hari (penjualan
tiket/pemandu bot etc.).
ii. Pekerja yang bertugas perlu mematuhi SOP yang digariskan oleh
KKM (Rekod suhu, menggunakan hand sanitizer, memakai face
mask).
iii. Penjualan tiket bot hanya di kaunter/melalui tempahan awal
sahaja bagi mengurangkan risiko sekiranya penjualan dilakukan
melalui “ulat tiket” di kawasan jeti.
iv . Sekiranya pelancong datang secara berkumpulan, hanya wakil
sahaja yang perlu ke kaunter untuk urusan pengambilan tiket bot.
v. Hanya pekerja yang ditugaskan sahaja boleh mengangkat dan
menyusun atur beg-beg penumpang untuk mengelakkan
penumpang bersesak di kawasan meletak beg.
vi. Penumpang bot perlu dihadkan kepada 50% kapasiti asal.
vii. Penjarakkan sosial untuk penumpang bot perlu dipatuhi dengan
menyediakan tanda khusus bagi tempat duduk yang boleh
digunakan dan tempat duduk yang perlu dikosongkan.
viii. Penumpang bot perlu dihadkan kepada 50% kapasiti asal.
ix. Penjarakkan sosial untuk penumpang bot perlu dipatuhi dengan
menyediakan tanda khusus bagi tempat duduk yang boleh
digunakan dan tempat duduk yang perlu dikosongkan.
b. Aktiv iti sukan di pulau
i. Pakej Diving/Snorkeling/Kayak hanya boleh dijalankan untuk
pengunjung yang telah membuat tempahan awal dengan
agency/dive operator.
ii. Rekod pengunjung yang membuat tempahan perlu disediakan
dalam keadaan lengkap.
13
iii. Menggunakan aplikasi MySejahtera/ Kita Jaga Kita atau aplikasi
yang disediakan pihak autoriti sebelum memulakan aktiv iti sukan
air bagi rekod kesihatan pengunjung.
iv . Penumpang bot dan penyelam perlu dihadkan kepada 50%
kapasiti asal.
v. Nisbah dive instructor dan penyelam pada skala yang lagi rendah
adalah digalakkan. (Cth: 1 dive instructor:2 penyelam)
vi.
vii. Pengunjung hanya dibenarkan menggunakan peralatan
snorkeling peribadi untuk aktiv iti snorkelling, div ing dan skuba.
viii. Jaket keselamatan (seperti dicadangkan dalam SOP penumpang
bot, perlu digunakan jaket yang sama sewaktu penumpang
menaiki bot pada waktu ketibaan.
ix. Tiada pengunjung walk-in dibenarkan bagi aktiv iti snorkeling.
x. Mewajibkan ada insurans untuk snorkelling/ div ing.
12. Tasik
a. Membenarkan maksimun 25 orang dalam sesebuah houseboat atau 50%
daripada kapasiti sebenar berdasarkan saiz houseboat.
b. Menyediakan hand sanitizer di beberapa bahagian di dalam bot.
c. Menyediakan tong sampah bertutup yang memenuhi spesifikasi yang
mengikut peraturan KKM.
d. House Boat perlu dinyahkuman selepas setiap kumpulan pelancong yang
keluar.
e. Setiap pelancong dibekalkan dengan kits Kita Jaga Kita (face mask,
hand sanitizer).
Di sediakan oleh : Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu
Makluman :
( SOP yang digunapakai ini adalah untuk dalam negeri Terengganu sahaja dan akan
tambah baik dari masa ke semasa, walaubagaimanapun SOP daripada Kementerian,
Jabatan dan Agensi kerajaan yamg lain masih perlu dipatuhi dan perlu bersesuaian
dengan SOP yang di keluarkan)
14
LAMPIRAN GARIS PANDUAN 2
Garis Panduan Operasi/SOP Selam Skuba & Snorkeling
Garis Panduan Operasi /SOP untuk Pusat Selam Skuba (Dive Centre)
1. „Dive Centre‟ perlu beroperasi pada kadar 50% daripada keupayaan sebenar
untuk memastikan penjarakan sosial serta jaminan keselamatan penyelam dan
pekerja dari jangkitan Covid-19 dapat diutamakan.
2. Menyediakan kawasan pengambilan suhu badan dan meja serta peralatan lain
untuk tujuan merekod data penyelam, ianya perlu disimpan untuk rujukan
3. Pengambilan suhu badan setiap pekerja harus dilakukan pada setiap hari.
Hanya pekerja yang tidak melebihi suhu badan 37c dibenarkan bekerja.
4. Amalkan pemakaian penutup mulut sepanjang masa di 'dive centre' dan di
dalam bot.
5. Amalkan etika yang betul dan selamat semasa batuk ataupun bersin sepanjang
berada di 'dive centre' dan di dalam bot.
6. Pekerja hendak mematuhi amalan penjarakan sosial yang selamat pada setiap
masa semasa di „dive centre‟ dan di dalam bot.
7. Aturan meja dan kerusi di „dive centre‟ perlu mematuhi amalan penjarakan
sosial yang selamat.
8. Penyediaan Hand-Sanitizer dan bahan nyah basmi kuman/virus yang
mencukupi dikawasan yang dimudah dilihat untuk digunakan bila perlu.
9. Pekerja hendaklah mengikut amalan pengunaan ̀ Hand Sanitizer‟ dengan kerap
pada setiap masa terutama selepas memegang sesuatu yang dikhuatiri boleh
menghasilkan jangkitan.
10. Segala peralatan dan kawasan yang mudah berjangkit akan di nyah basmi
kuman/virus mengikut kekerapan keperluan atau sekurang-kurangnya pada
penghujung hari agar sedia untuk diguna-semula dalam keadaan bersih dan
selamat pada keesokan hari.
11. Peralatan selam skuba hendaklah sentiasa di nyah basmi kuman/virus selepas
digunakan sebelum disimpan atau atau digunakan semula oleh penyelam.
12. Kepala tangki skuba hendaklah sentiasa di nyah basmi kuman/virus setiap kali di
isi semula dan dibalut untuk tujuan jaminan kebersihan dari kuman/virus.
15
13. Bot serta kenderaan pengangkutan syarikat hendaklah sentiasa di nyah basmi
kuman/virus selepas selesai digunakan dipenghujung hari.
14. Segala prosedur keselamatan untuk menghindari dari jangkitan Covid-19
semasa pengajaran kursus skuba hendaklah merujuk kepada agensi skuba yang
terbabit.
15. Jika berlaku jangkitan pd pekerja tertentu, kuarantin pada pekerja lain harus
dilakukan selama 14 hari dengan kadar segera dan „dive centre‟ ditutup
sementara sehingga selesai proses nyah basmi kuman/virus dan mendapat
kelulusan untuk dibuka semula dari pihak berwajib.
16. Pusat selam skuba tidak dibenarkan mneyewakan alatan regulator kepada
penyelam dan hanya membenarkan penyelam yang membawa alatan
regulator hak milik sendiri sahaja untuk aktivti scuba.
Garis Panduan Operasi /SOP untuk Penyelam semasa di Pusat Selam Skuba
(Dive Centre)
1. Pengambilan suhu badan setiap penyelam semasa pendaftaran, Hanya
penyelam yang tidak melebihi suhu badan 37c dibenarkan untuk meneruskan
aktiv iti.
2. Pengambilan data seperti nama, nombor telefon dan catatan suhu badan serta
tarikh masuk dan keluar setiap penyelam hendaklah direkod dan disimpan.
Penggunaan applikasi MySejahtera amat digalakkan.
3. Penyelam perlu mengisi Borang `DAN Health Declaration Form COVID-19‟
4. Amalkan Penjarakan sosial minima 1mtr sepanjang berada di 'dive centre' dan
di dalam bot serta semasa dipermukaan air sebelum dan selepas selaman.
5. Amalkan pemakaian penutup mulut sepanjang masa di 'dive centre' dan di
dalam bot.
6. Amalkan penggunaan 'hand-sanitizer' dengan kerap semasa di 'dive centre'
dan di dalam bot
7. Amalkan etika yang betul dan selamat semasa batuk ataupun bersin sepanjang
berada di 'dive centre' dan di dalam bot serta semasa dipermukaan air sebelum
dan selepas selaman
16
8. Amalkan kebersihan peralatan selaman sepanjang masa. Kendalikan peralatan
selam anda dengan sendiri dan jangan menyentuh peralatan bukan milik anda.
9. `Buddy Check‟ akan dilakukan secara sendiri dengan dipantau oleh rakan
penyelam dari jarak yang selamat tanpa ada sentuhan sesama rakan
penyelam
10. Segala prosedur keselamatan untuk menghindari dari jangkitan Covid-19
semasa pembelajaran kursus skuba hendaklah merujuk kepada instruktor skuba.
11. Penyelam perlu membawa peralatan regulator sendiri dan tidak dibenarkan
menyewa/meminjam regulator daripada pihak Pusat Selam Skuba.
Garis Panduan Operasi /SOP untuk Pusat Snorkeling
1. Pusat snorkeling perlu beroperasi pada kadar 50% daripada keupayaan
sebenar untuk memastikan penjarakan sosial serta jaminan keselamatan
penyelam dan pekerja dari jangkitan Covid-19 dapat diutamakan.
2. Menyediakan kawasan pengambilan suhu badan dan meja serta peralatan
lain untuk tujuan merekod data penyelam, ianya perlu disimpan untuk
rujukan.
3. Pengambilan suhu badan setiap pekerja harus dilakukan pada setiap hari.
Hanya pekerja yang tidak melebihi suhu badan 37c dibenarkan bekerja.
4. Amalkan pemakaian penutup mulut sepanjang masa di pusat snorkeling dan
di dalam bot.
5. Amalkan etika yang betul dan selamat semasa batuk ataupun bersin
sepanjang berada di pusat snorkeling dan di dalam bot.
6. Pekerja hendak mematuhi amalan penjarakan sosial yang selamat pada
setiap masa semasa di pusat snorkeling dan di dalam bot.
7. Aturan meja dan kerusi di pusat snorkeling perlu mematuhi amalan
17
penjarakan sosial yang selamat.
8. Penyediaan Hand-Sanitizer dan bahan nyah basmi kuman/virus yang
mencukupi dikawasan yang dimudah dilihat untuk digunakan bila perlu.
9. Pekerja hendaklah mengikut amalan pengunaan `Hand Sanitizer‟ dengan
kerap pada setiap masa terutama selepas memegang sesuatu yang
dikhuatiri boleh menghasilkan jangkitan.
10. Segala peralatan dan kawasan yang mudah berjangkit akan di nyah basmi
kuman/virus mengikut kekerapan keperluan atau sekurang-kurangnya pada
penghujung hari agar sedia untuk diguna-semula dalam keadaan bersih dan
selamat pada keesokan hari.
11. Peralatan snorkeling termasuk jaket keselamatan hendaklah sentiasa
di nyah basmi kuman/virus selepas digunakan sebelum disimpan dan
digunakan semula.
12. Bot serta kenderaan pengangkutan syarikat hendaklah sentiasa di nyah
basmi kuman/virus selepas selesai digunakan dipenghujung hari.
13. Jika berlaku jangkitan pd pekerja tertentu, kuarantin pada pekerja lain harus
dilakukan selama 14 hari dengan kadar segera dan kedai snorkeling ditutup
sementara sehingga selesai proses nyah basmi kuman/virus dan mendapat
kelulusan untuk dibuka semula dari pihak berwajib.
14. Pusat snorkeling tidak dibenarkan mneyewakan alatan snorkel kepada
Snorkeler dan hanya membenarkan snorkeler yang membawa alatan
snorkel hak milik sendiri sahaja untuk aktivti snorkeling.
18
Garis Panduan Operasi /SOP untuk Snorkeler semasa di Pusat Snorkeling
1. Pengambilan suhu badan setiap snorkeler semasa pendaftaran, Hanya
snorkeler yang tidak melebihi suhu badan 37c dibenarkan untuk
meneruskan aktiv iti.
2. Pengambilan data seperti nama, nombor telefon dan catatan suhu
badan serta tarikh masuk dan keluar setiap snorkeler hendaklah direkod
dan disimpan. Penggunaan applikasi MySejahtera amat digalakkan.
3. Amalkan Penjarakan sosial minima 1mtr sepanjang berada di kedai
snorkelling dan di dalam bot.
4. Amalkan Penjarakan sosial minima 2mtr semasa sedang snorkelling di
permukaan air
5. Amalkan pemakaian penutup mulut sepanjang masa di kedai snorkeling
dan di dalam bot.
6. Amalkan penggunaan 'hand-sanitizer' dengan kerap semasa di kedai
snorkeling dan di dalam bot.
7. Amalkan etika yang betul dan selamat semasa batuk ataupun bersin
sepanjang berada di kedai snorkeling dan di dalam bot serta semasa
sedang snorkel dipermukaan air.
8. Jangan menghalakan salur snorkel ke arah orang lain yang berdekatan
semasa sedang menggunakannya.
9. Amalkan kebersihan peralatan snorkeling sepanjang masa. Kendalikan
peralatan anda dengan sendiri dan jangan menyentuh peralatan bukan
milik anda.
10. Peralatan snorkelling persendirian anda termasuk jaket keselamatan
hendaklah sentiasa di nyah basmi kuman/virus selepas digunakan
sebelum disimpan dengan selamat.
19
11. Snorkeler perlu membawa peralatan regulator sendiri dan tidak
dibenarkan menyewa/meminjam regulator daripada pihak Pusat Selam
Skuba.
20
LAMPIRAN GARIS PANDUAN 3
GARIS PANDUAN AKTIVITI PELANCONGAN DI TASIK KENYIR
1. CADANGAN TARIKH PEMBUKAAN:
1.1 Dijangka pelaksanaan bermula pada 12 Jun 2020 (Jumaat).
2. SOP AKTIVITI PELANCONGAN TASIK KENYIR
2.1 POS KAWALAN DI PINTU MASUK UTAMA, TASIK KENYIR
- Setiap pelancong mestilah melalui hanya pintu masuk utama untuk
keluar masuk ke Tasik Kenyir.
- Pelancong mestilah disaring di pintu masuk utama di Pos Kawalan
Tasik Kenyir iaitu memeriksa suhu badan, memakai face mask,
menggunakan hand sanitizer, merekodkan saringan kesihatan melalui
aplikasi yang disediakan (MySejahtera), ataupun merekodkan
kedatangan yang bersesuaian yang ditetapkan oleh KKM. (nama, no.
telefon, suhu dan tujuan kunjungan).
2.2 KAUNTER TIKET (PENJUAL TIKET)
- Penjualan tiket bot hanya di kaunter/melalui tempahan awal sahaja
bagi mengurangkan risiko sekiranya penjualan dilakukan melalui “ulat
tiket” di kawasan jeti.
- Sekiranya pelancong datang secara berkumpulan, hanya wakil
sahaja perlu ke kaunter untuk urusan pengambilan tiket bot.
- Penjarakkan sosial 1 meter sewaktu urusan penjualan/pengambilan
tiket perlu dipatuhi.
2.3 HOUSE BOAT
- Menyediakan rekod pekerja yang bertugas setiap hari.
- Pengusaha houseboat perlu mempunyai rekod bot yang jalan
mengikut jadual yang disediakan.
- Setiap houseboat yang digunakan perlu dinyahkuman atau dicuci
mengikut kaedah yang sesuai sebelum dan selepas digunakan (KKM).
- Pekerja yang bertugas perlu mematuhi SOP yang digariskan oleh KKM
(rekod suhu, menggunakan hand sanitizer, memakai face mask).
21
- Pekerja yang mempunyai gejala/simpton (demam, sakit tekak,
selsema, batuk, sesak nafas dan seumpamanya) tidak dibenarkan
untuk bekerja.
- Setiap pekerja perlu merekodkan saringan kesihatan melalui aplikasi
MySejahtera.
- Menyediakan hand sanitizer di dalam houseboat.
- Menyediakan tong sampah bertutup di dalam houseboat.
- Houseboat perlu dinyahkuman selepas setiap kumpulan pelancong
yang keluar.
- Hanya pelancong yang menempah awal secara atas talian
dibenarkan menggunakan houseboat.
- Membenarkan maksimun 25 orang dalam sesebuah houseboat atau
mengikut kapasiti sebenar berdasarkan saiz houseboat. Keutamaan
diberi kepada pelancong yang mempunyai hubungan pertalian
keluarga terdekat.
- Penjarakkan sosia 1 meter untuk penumpang bot perlu dipatuhi
dengan menyediakan tanda khusus bagi tempat duduk yang boleh
digunakan dan tempat duduk perlu dikosongkan.
- Pengusaha houseboat digalakkan menyediakan QR Code bagi
contact tracing. Pelancong mestilah memuat turun MySejahtera. Jika
tiada, pelancong hendaklah merekod nama dan nombor telefon dalam buku rekod pelancong.
- Pelancong diwajibkan memakai jaket keselamatan khusus dan jaket
ini digunakan bermula menaiki bot, menjalankan aktiv iti di tasik
sehingga pulang ke jeti utama.
- Jaket keselamatan perlu dinyahkuman sebelum dan selepas
digunakan oleh pelancong.
- Hanya pekerja yang ditugaskan sahaja boleh mengangkat dan
menyusun atur beg-beg penumpuang untuk mengelakkan
penumpang bersesak di kawasan meletak beg.
2.4 BOT LAJU
- Pengusaha houseboat perlu mempunyai rekod bot laju yang jalan
mengikut jadual yang disediakan.
22
- Setiap bot laju yang digunakan perlu dinyahkuman atau dicuci
mengikut kaedah yang sesuai sebelum dan selepas digunakan (KKM).
- Menyediakan rekod pekerja yang bertugas setiap hari.
- Pekerja yang bertugas perlu mematuhii SOP yang digariskan oleh KKM
(rekod suhu, menggunakan hand sanitizer, memakai face mask)
- Pekerja yang mempunyai gejala/simpton (demam, sakit tekak,
selsema, batuk, sesak nafas dan seumpamanya) tidak dibenarkan
untuk bekerja.
- Setiap pekerja perlu merekodkan saringan kesihatan melalui aplikasi
MySejahtera.
- Kapasiti bagi bot laju hendaklah 50% daripada kapasiti asal
berdasarkan saiz bot laju.
- Penjarakkan sosia 1 meter untuk penumpang bot perlu dipatuhi
dengan menyediakan tanda khusus bagi tempat duduk yang boleh
digunakan dan tempat duduk perlu dikosongkan.
- Menyediakan hand sanitizer di dalam bot.
- Menyediakan tong sampah bertutup di dalam bot.
- Bot laju perlu dinyahkuman selepas setiap pelancong yang
menggunakan bot laju.
- Pelancong diwajibkan memakai jaket keselamatan khusus dan jaket
ini digunakan bermula menaiki bot, menjalankan aktiv iti di tasik
sehingga pulang ke jeti utama.
- Jaket keselamatan perlu dinyahkuman sebelum dan selepas
digunakan oleh pelancong.
2.5 KAWASAN TARIKAN PELANCONGAN
- Melibatkan kawasan tarikan pelancongan di Taman Herba, Taman
Orkid, Taman Rama-Rama dan Gua Bewah. (Tertakluk kepada
persediaan lokaliti produk tarikan pelancongan).
- Menyediakan rekod pekerja yang bertugas setiap hari.
- Pekerja yang bertugas perlu mematuhii SOP yang digariskan oleh KKM
(rekod suhu, menggunakan hand sanitizer, memakai face mask)
- Pekerja yang mempunyai gejala/simpton (demam, sakit tekak,
selsema, batuk, sesak nafas dan seumpamanya) tidak dibenarkan
untuk bekerja.
23
- Setiap pekerja dan pelancong perlu merekodkan saringan kesihatan
melalui aplikasi MySejahtera.
- Setiap kumpulan tidak melebihi daripada 25 orang.
- Menyediakan tong sampah bertutup di beberapa lokasi tumpuan
pelancong.
- Penjarakkan sosial 1 meter antara satu dengan yang lain sewaktu
menjalankan aktiv iti pelancongan.
2.6 SANTUARI KELAH
2.6.1 KAKITANGAN
- Mengambil dan merekod maklumat peribadi termasuk suhu
badan kakitangan dan pengunjung semasa membeli tiket di
kaunter jualan dan juga semasa berada di Pos Kawalan
Santuari Kelah.
- Hanya indiv idu yang melepasi saringan kesihatan dan suhu
badan di bawah 37.5 darjah celsius dibenarkan membeli tiket
dan masuk ke Santuari Kelah.
- Kakitangan digalakkan untuk mencuci tangan sepanjang
masa bertugas.
- Mewajibkan kakitangan dan pengunjung sentiasa memakai topeng muka semasa berada di kawasan Santuari Kelah.
Membuang penutup hidung dan mulut, tisu dan sarung tangan
ke dalam tong sampah bertutup yang disediakan.
2.6.2 PENGUNJUNG
- Menghadkan 25 orang pengunjung dibenarkan berada di
lubuk dalam satu-satu masa.
- Penjarakan sosial.
- Susun atur kedudukan pengunjung di lubuk ikan dipantau oleh
petugas.
- Pengunjung dan petugas perlu mengamalkan penjarakan
satu (1) meter antara satu sama lain semasa berada di lubuk.
- Amalan tidak bersalam dan berjabat tangan perlu
dilaksanakan.
2.6.3 KEMUDAHAN KIOSK
24
- Kiosk yang beroperasi hendaklah menyediakan hand sanitizer.
- Kakitangan yang bertugas juga dikehendaki sentiasa memakai
topeng muka.
- Setiap pengunjung yang berhasrat untuk berbelanja mesti
mengamalkan penjarakan sosial selaras dengan prosedur KKM.
- Menyediakan tong sampah bertutup di beberapa lokasi
tumpuan pelancong.
2.7 JETI UTAMA (BOT LAJU/HOUSEBOAT)
- Membuat pemeriksaan suhu dan memastikan pelancong memakai
face mask.
- Menyediakan hand sanitizer untuk kegunaan pelancong sebelum
menaiki bot.
- Menyediakan tong sampah bertutup di kawasan jeti utama.
2.8 JETI DATARAN GAWI (HOUSEBOAT)
- Membuat pemeriksaan suhu dan memastikan pelancong memakai
face mask.
- Menyediakan hand sanitizer untuk kegunaan pelancong sebelum
menaiki bot.
- Menyediakan tong sampah bertutup di kawasan jeti tersebut.
Disediakan oleh : Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah ( KETENGAH)
25
LAMPIRAN GARIS PANDUAN 4 GARIS PANDUAN PENGURUSAN JETI & TERMINAL PENUMPANG
Pengurusan di Jeti & Terminal Penumpang adalah sangat penting bagi memastikan
penularan pendemik COVID-19 dapat dicegah bagi memastikan kawasan selamat
untuk para pelanggan/kakitangan. Oleh itu, beberapa langkah pencegahan untuk
menangani penularan COVID-19 seperti berikut:
a) Pengawal Keselamatan hendaklah ditugaskan menjaga pintu masuk utama
terminal penumpang bagi memeriksa suhu badan setiap pelanggan sebelum
dibenarkan masuk.
b) Pelanggan mestilah mencatat nama, suhu badan dan nombor telefon
sebelum memasuki jeti atau terminal penumpang.
c) Susunatur kerusi di dalam terminal hendaklah mematuhi penjarakan sosial
yang disarankan oleh KKM iaitu 1 meter dan kerusi perlulah disusun secara
berselang seli.
d) Memastikan proses pembelian tiket di kaunter mematuhi penjarakan sosial
dan mengikut garisan yang disediakan.
e) Menyediakan hand sanitizer atau sabun mencuci tangan di tempat-tempat
yang strategik contohnya tandas, pintu masuk terminal, kaunter, dan tempat
menunggu.
f) Memastikan kebersihan di Jeti & Terminal penumpang setiasa dijaga dengan
melakukan disinfeksi secara berkala mengikut SOP KKM.
g) Memastikan pegawai/kakitangan adalah sihat sebelum mereka menjalankan
tugas dan memastikan peralatan perlindungan diri (PPE) digunakan semasa
berkerja.
h) Jika terdapat pelanggan/penumpang mempunyai gejala COVID-19 semasa
berada di terminal penumpang mereka hendaklah diasingkan di tempat khas
sementara menunggu bantuan dari pihak KKM.
i) Menyediakan bekas sampah bertutup yang berasingan untuk membuang
Face Mask, sarung tangan dan tisu yang digunakan dan di labelkan.
j) Memastikan Senarai Semak Persediaan Untuk Pengoperasian Jeti
Penumpang (seperti di lampiran) dipatuhi sepenuhnya sebelum jeti dibuka.
Di sediakan oleh : Jabatan Laut Malaysia, Ibu Pejabat Laut Wilayah Timur
26
LAMPIRAN GARIS PANDUAN 5
Garis Panduan Akitviti rekreasi pantai/ aktiviti yang melibatkan pengangkutan air di
kawasan pantai
1. Pengenalan :
1.1. SOP ini bertujuan untuk mengawal penularan wabak COVID-19 dan
hendaklah dilaksanakan sepanjang tempoh selepas Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB) 2020 yang di kuatkuasakan oleh Kerajaan Malaysia
sehingga di beritahu kelak.
1.2. Akitv iti rekreasi pantai yang dimaksudkan adalah aktiv iti yang melibatkan
pengangkutan air di kawasan pantai atau yang berhubung dengan pantai.
Aktiv iti-aktiviti yang terlibat adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada senarai
dibawah:
1.2.1. Banana boat ride di pantai-pantai peranginan
1.2.2. Menaiki bot mengelilingi pulau-pulau peranginan
1.2.3. Melihat/memberi makan helang (eagle sighting/feeding)
1.2.4. Melihat ikan lumba-lumba
1.2.5. Melihat kelip-kelip
1.2.6. Melihat sky mirror
1.2.7. Bot amphibian
1.2.8. Scuba div ing dan snorkeling
1.2.9. Parasailing yang ditunda menggunakan bot
1.2.10. Jet ski
1.2.11. Sukan kapal layar
1.3. Aktiv iti memancing dan mencandat sotong hendaklah mematuhi SOP
Permohonan Aktiv iti Penangkapan Ikan Rekreasi Kelautan Sepanjang tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 2020.
27
2. Tugas dan Tanggung jawab Operator.
2.1. Operator merujuk kepada tekong, kru atau awak-awak bot, penjual
tiket,pemilik bot atau sesiapa sahaja yang terlibat dengan operasi bot
berkenaan.
2.2. Operator hendaklah memastikan SOP ini sentiasa dipatuhi semasa
menjalankan aktiv iti-aktiv iti rekreasi tersebut.
2.3. Perlindungan diri:
2.3.1. Pastikan semua kakitangan operator berada dalam keadaan sihat
sebelum dan semasa menjalankan tugas.
2.3.2. Kebersihan diri yang baik perlu dipraktikkan setiap masa samaada
sebelum, semasa atau selepas mengendalikan bot. Kebersihan perlu
sentiasa dijaga dengan cara membasuh tangan dengan sabun dan air
atau menggunakan sanitizer tangan.
2.3.3. Pada sebilang masa, pastikan jarak 1 meter (3 kaki) dengan orang
sekeliling hendaklah dikekalkan.
2.3.4. Sentiasa mempraktikkan pemakaian Personal Protective Equipment
(PPE) dengan sempurna (mengikut kesesuaian) berserta penutup mulut
dan hidung (face mask) dan sarung tangan (hand glove) yang
bersesuaian semasa melaksanakan kerja/tugas.
2.3.5. Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang belum disanitasi sebelum, semasa dan selepas melaksanakan tugas.
2.3.6. Elakkan bersalaman, gunakan cara meletakkan tangan kanan di
dada kiri sebagai tanda hormat dengan ucapan salam.
2.3.7. Membuang face mask dan sarung tangan (hand glove) setelah
selesai melaksanakan kerja/tugas didalam bekas sampah.
2.3.8. Operator hendaklah menyediakan hand sanitizer untuk kegunaan
mereka dan penumpang/pelanggan.
2.3.9. Operator yang terlibat hendaklah mandi dengan sabun dan
membasuh pakaian mereka apabila pulang ke rumah, sebelum
berinteraksi dengan ahli keluarga
28
3. Tatacara berurusan dengan pelanggan/penumpang :
3.1. Operator hendaklah merekodkan dengan baik tarikh dan masa
aktiv iti,nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon
semua penumpang bot mereka setiap kali beroperasi. Ini adalah supaya
sekiranya ada diantara mereka positif COVID-19, semua
pelanggan/penumpang dapat dikesan untuk tindakan lanjut Kementerian
Kesihatan Malaysia.
3.2. Rekod tersebut hendaklah disimpan sekurang-kurangnya selama enam (6)
bulan.
3.3. Pastikan pelanggan/penumpang tidak pernah menghidapi COVID-19
sebelum ini.
3.4. Pastikan pelanggan/penumpang tidak ada kontak rapat dengan indiv idu
yang disahkan POSITIF COVID-19 sama ada yang masih menerima rawatan atau
telah keluar dari hospital.
3.5. Operator hendaklah mengenal pasti simtom-simtom COVID-19 seperti
demam (suhu badan lebih atau kurang daripada 37.5°C, sesak nafas, batu dan
bersin pada pelanggan/penumpang sebelum berurusan. Periksa suhu badan
pelanggan/penumpang tersebut sekiranya mempunyai alat yang bersesuaian.
Sekiranya wujud simtom tersebut, mereka hendaklah dinasihatkan untuk
berhubung dengan pihak yang berkenaan dan tidak dibenarkan untuk
meneruskan aktiv iti rekreasi tersebut.
3.6. Pastikan pelanggan/penumpang yang berurusan memakai penutup mulut dan hidung (face mask) serta sarung tangan yang bersesuaian. Sekiranya
mereka tidak mempunyai sarung tangan, pastikan mereka mencuci tangan
mereka dengan hand sanitizer yang disediakan.
3.7. Pastikan penumpang memakai pakaian yang bersesuaian.
3.8. Jumlah penumpang perlu dikurangkan kepada 50% daripada yang
dibenarkan didalam lesen bot atau bergantung kepada arahan yang
dikeluarkan dari masa ke semasa.
3.9. Kedudukan penumpang semasa diatas bot hendaklah dijarakkan untuk
sekurang-kurangnya 1m diantara satu sama lain.
3.10. Para penumpang digalakkan untuk melakukan transaksi secara atas talian
atau e-wallet.
3.11. Hanya seorang sahaja pelanggan dibenarkan untuk parasailing dan jet ski
pada satu masa.
3.12. Jumlah pelayar untuk sukan kapal layar hendaklah bersesuaian dengan
panjang kapal layar tersebut untuk mengekalkan jarak minima 1m diantara satu
sama lain, tetapi hendaklah tidak menganggu operasi kapal layar tersebut
29
4. Tanggung jawab pelanggan/penumpang :
4.1. Semua pelanggan/penumpang hendaklah memberikan nama penuh,
nombor kad pengenalan yang betul serta alamat dan nombor telefon yang
terkini kepada operator semasa berurusan.
4.2. Semua pelanggan/penumpang hendaklah memberikan maklumat yang
betul mengikut para 3.3 dan 3.4.
4.3. Semua pelanggan/penumpang hendaklah tidak meneruskan aktiv iti
rekreasi tersebut sekiranya berasa tidak sihat. Beliau seterusnya hendaklah
memaklumkan kepada operator dan mendapatkan bantuan dari pihak
Kementerian Kesihatan.
Di sediakan oleh : Jabatan Laut Malaysia, Ibu Pejabat Laut Wilayah Timur
30
5. Senarai Semak Operator :
Bil. Perkara √ / X 1. Kesemua pegawai dan kaki tangan yang bertugas
hendaklah dalam keadaan sihat sepenuhnya.
2. Membasuh tangan dengan sabun dan air atau
menggunakan sanitizer tangan.
3. Pakaian yang bersesuaian (lengan panjang)
4. Sarung tangan getah
5. Medical/surgical mask
6. Penutup muka
7.
Periksa suhu badan pelanggan/penumpang yang hendak
berurusan sekiranya mempunyai peralatan yang
bersesuaian
8. Kenal pasti simtom COVID19 pada pelanggan/penumpang
yang hendak berurusan
9.
Rekodkan nama penuh, nombor kad pengenalan yang
betul serta alamat dan nombor telefon yang terkini
pelanggan/penumpang. Rekod perlu disimpan sekurang-
kurangnya enam (6) bulan.
10. Rekodkan maklumat seperti didalam para 3.3 dan 3.4
11. Pelanggan/penumpang memakai pakaian yang
bersesuaian
12. Pelanggan/penumpang memakai sarung tangan getah
dan medical/surgical mask
13. Hand sanitizer disediakan ditempat yang bersesuaian
14. Pelanggan/penumpang membersihkan tangan
menggunakan hand sanitizer
15. Susun atur penumpang pada jarak minima 1m
16. Jumlah penumpang 50% daripada jumlah yang dibenarkan
didalam lesen bot.
17. Seorang pelanggan jet ski/parasailing pada satu masa.
18. Sukan kapal layar- bilangan pelayar yang bersesuaian.
19. Sarung tangan getah dan medical/surgical mask dibuang
dengan selamat sebelum pulang
20. Pastikan pakaian dibasuh dengan sabun apabila pulang ke
rumah, sebelum berinteraksi dengan ahli keluarga
21. Pastikan mandi dengan sabun untuk sekurang-kurangnya 20
saat sebelum berinteraksi dengan ahli keluarga
31