kemahiran papan tulis

19
Kemahiran Papan Tulis KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS. 1.0 OBJEKTIF. Di akhir pengajaran pelajar akan mempelajari dan memahami : 1.1. prinsip- prinsip penggunaan papan tulis. 1.2. objektif- objektif penggunaan papan tulis. 1.3. kesan- kesan penggunaan papan tulis. 1.4. komponen- komponen kemahiran penggunaaan papan tulis. 1.5. cara pengendalian pengajaran mikro. 2.0. PENGUNAAN PAPAN TULIS. Suatu kemahiran mengajar yang sering digunakan dalam proses p & p di bilik darjah. Secara tradisi. 2.2 Memerlukan kecekapan guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan gambarajah ditempat yang sesuai. 2.3 Guru yang menguasai kemahiran penggunaan papan tulis dengan baik bukan sahaja memudahkan pelajar-pelajar membaca dan memahami pengajaran guru dengan tepat tetapi juga dapat menarik mereka mengikuti pelajarannya. 3.0. PRINSIP- PRINSIP PENGGUNAAN PAPAN TULIS. 3.1. Guru harus merancang penggunaan papan tulis lebih awal sesuai dan menarik perhatian.

Upload: kobri-umi

Post on 17-Jan-2016

413 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Papan Tulis

Kemahiran Papan Tulis

KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS. 

1.0 OBJEKTIF.

Di akhir pengajaran pelajar akan mempelajari dan memahami :

1.1. prinsip- prinsip penggunaan papan tulis.

1.2. objektif- objektif penggunaan papan tulis.

1.3. kesan- kesan penggunaan papan tulis.

1.4. komponen- komponen kemahiran penggunaaan papan tulis.

1.5. cara pengendalian pengajaran mikro.

2.0. PENGUNAAN PAPAN TULIS.

 Suatu kemahiran mengajar yang sering digunakan dalam proses p & p di bilik darjah. Secara tradisi.

2.2 Memerlukan kecekapan guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan gambarajah ditempat yang sesuai.

2.3 Guru yang menguasai kemahiran penggunaan papan tulis dengan baik bukan sahaja memudahkan pelajar-pelajar membaca dan memahami pengajaran guru dengan tepat tetapi juga dapat menarik mereka mengikuti pelajarannya.

3.0. PRINSIP- PRINSIP PENGGUNAAN PAPAN TULIS.

3.1. Guru harus merancang penggunaan papan tulis lebih awal sesuai dan menarik

perhatian.

3.2 Guru cuba memahirkan diri dalam kemahiran melukis gambarajah.

3.3. Tulisan dan gambarajah hendaklah jelas kelihatan.

3.4. Kapur warna hendaklah digunakan untuk menggambarkan teknik penonjolan atau

penekanan.

Page 2: Kemahiran Papan Tulis

3.5. Aktiviti penggunaan hendaklah dipelbagaikan. Selain daripada melukis dan menulis,

boleh digunakan untuk menggantung peta atau gambar-gambar

yang digunakan sebagai alat bantu mengajar.

3.6. Pelajar hendaklah dilibatkan dalam penggunaan seperti menulis jawapan,

melukis carta atau gambar dan menyelesaikan masalah mengikut arahan guru.

3.7. Masa penggunaan hendaklah sepadan dengan aktiviti p & p. Penggunaan

papan tulis yang berlebihan akan membuatkan pelajar merasa bosan.

4.0. OBJEKTIF- OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN TULIS.

4.1 Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. Kanak-kanak

mudah memahami daripada guru hanya bercakap dengan tanpa menulis.

4.2 Untuk menarik perhatian pelajar terhadap perkara-perkara yang penting. Guru

dapat mengekalkan perhatian pelajar terhadap perkara-perkara penting dalam P&P.

4.3 Untuk mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah secara

bersistematik. Kanak-kanak mudah faham kerana guru dapat memberi

penjelasan secara lebih teratur secara satu per satu

4.4 Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru. Selain penggunaan komputer

dan ABM yang lain. Kanak-kanak tidak akan merasa bosan dengan satu aktiviti P&P sahaja.

4.5 Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran murid. Kanak-kanak akan dapat

pengalaman menulis di papan tulis contohnya untuk menjawab soalan.

4.6 Untuk memberi peluang kepada kanak-kanak meniru huruf dari papan tulis. Ini

akan menggalakkan kanak-kanak untuk berfikir.

5.0. KESAN-KESAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS.

Page 3: Kemahiran Papan Tulis

5.1 Pelajar dapat memahami dengan lebih jelas dan tepat. Mereka akan mengikuti

proses P&P secara satu per satu kerana guru memberi penerangan secara

berperingkat.

5.2 Pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti P&P terutama bagi pelajaran

baru.

5.3 Pelajar dapat mengikuti perkembangan dengan penuh minat kerana penerangan

guru adalah secara mudah dan berperingkat.

5.4 Aktiviti pengajaran guru dapat dipelbagaikan. Contohnya tidak terikat dengan

satu ABM sahaja.

5.5 Pelajar menaruh keyakinan terhadap pengajaran guru. Guru menulis dengan

jelas, terang dan dibantu dengan proses yang mudah dan tepat. Contohnya untuk

menulis huruf. Ia dilakukan secara langkah demi langkah.

5.6 Aktiviti pembelajaran menjadi lebih menarik. Kanak-kanak boleh terlibat secara

aktif dalam P&P contohnya memberi peluang kepada mereka untuk menulis di

jawapan di papan tulis.

5.7 Konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat dikekalkan dalam ingatan. Mudah

Page 4: Kemahiran Papan Tulis

untuk kanak-kanak untuk mengingati apa yang diajar.

BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN PENGGUNAANPAPAN TULIS

Tandakan (/) pada ruang yang berkenaan.

KOMPONEN KEMAHIRAN YATIDAK

SESUAI

TIDAK

KELIHATAN

KEJELASAN

1. Saiz tulisan sesuai.

2. Tulisan kemas dan tepat.

3. Gambarajah jelas dan ringkas

SUSUNAN (LAYOUT)

1. Penggunaan ruang bagi tulisan atau rajah sesuai dan seimbang.

2. Susunan jelas dan dapat dilihat oleh seluruh kelas.

3. Nota-nota disusun secara sistematik.

PENONJOLAN ATAU PENEKANAN

1. Penggunaan kapur warna sesuai.

2. Penggunaan kapur warna yang menarik.

TEKNIK PERSEMBAHAN

1. Berjaya membentuk konsep jelas dan tepat.

2. Berjaya memudahkan konsep/idea yang kompleks.

3. Berjaya melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

4. Menggunakan papan kapur dalam

Page 5: Kemahiran Papan Tulis

masa yang sesuai

2. KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS 

Kemahiran penggunaan papan tulis memerlukan kecekapan guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan gambar rajah di tempat papan tulis yang sesuai.

Guru yang menguasai kemahiran penggunaan papan tulis dengan baik bukan sahaja memudahkan pelajar-pelajar membaca dan memahami pengajaran guru dengan tepat tetapi juga menarik minat mereka mengikuti pelajarannya.

2.1 Prinsip-prinsip penggunaan papan tulis

Guru haruslah merancang penggunaan papan tulis dengan lebih awal supaya tulisan, nota dan gambar dapat diletakkan pada tempat yang sesuai dan menarik perhatian.

Guru haruslah cuba memahirkan diri dalam kemahiran melukis rajah yang menarik.

Tulisan dan gambar rajah yang digunakan hendaklah jelas kelihatan kepada seluruh kelas.

Kapur atau pen marker yang berwarna hendaklah digunakan untuk menggambarkan teknik penonjolan dan atau penekanan.

Aktiviti penggunaan papan tulis hendaklah dipelbagaikan, misalnya selain daripada menulis dan melukis, papan tulis juga boleh digunakan untuk menggantung peta atau gambar-gamba yang digunakan sebagai alat bantu mengajar.

Pelajar-pelajar hendaklah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penggunaan papan tulis, seperti menulis jawapan, melukis carta atau gambar dan menyelesaikan masalah matematik mengikut arahan guru.

Masa penggunaan papan tulis hendaklah sepadan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Awas menggunakan papan tulis dengan masa berlebihan sehingga pelajar-pelajar merasa bosan.

2.3 Tujuan-tujuan penggunaan papan tulis

Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak.

Untuk menarik perhatian pelajar terhadap perkara-perkara yang penting di setiap peringkat pengajaran.

Untuk mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah, khasnya matematik, dengan cara yang bersistematik.

Page 6: Kemahiran Papan Tulis

Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru.

Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran pelajar.

Untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar mencatat notabdari papan tulis.

2.4 Komponen kemahiran penggunaan papan tulis.

1. Kejelasan

# Saiz tulisan yang sesuai # Tulisan kemas dan tepat

# Gambar rajah jelas dan ringkas.

2. Susunan (Layout)

# Penggunaan ruang bagi tulisan dan rajah sesuai dan seimbang.

# Susunan dapat jelas dilihat oleh seluruh kelas.

# Nota-nota disusun secara sistematik.

3. Penonjolan atau penekanan

# Penggunaan warna yang sesuai samada kapur atau pen marker.

# Penggunaan warna yang menarik.

4. Teknik persembahan

# Berjaya membentuk konsep dengan jelas dan tepat.

# Berjaya memudahkan konsep atau idea yang susah.

# Berjaya melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

# Menggunkan papan tulis dalam masa yang sesuai.

Kemahiran menggunakan papan tulis/pengajaran

Page 7: Kemahiran Papan Tulis

PengenalanPapan unjuran adalah papan pengajaran yang digunakan secara langsung oleh guru untuk menyampaikan pengajaran kepada murid. Biasanya papan unjuran terdapat dalam setiap bilik darjah secara kekal atau mudah alih.Terdapat beberapa jenis papan unjuran:1. Papan Tulis2. Papan putih3. Papan Magnetik4. Papan Flip5. Papan Pameran / Papan Kenyataan6. Papan Flanel7. Papan Gulung8. Papan Slip9. papan Elektronik

Papan TulisPara guru telah mengiktiraf papan kapur sebagai alat Bantu mengajar di dalam bilik darjah. Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau serta digunakan sejak lama dahulu.• Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik dajah• Penggunaannya tidak memerlukan bakat atau peralatan istimewa.• Perubahan atau tambahan isi boleh dilakukan dengan cepat dan mudah.• Mudah alih serta senang dipergunakan untuk pelbagai tujuan sampingan

Papan PutihPapan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis. Permukaan sekeping papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis dengan menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan.• Tidak ada habuk• Mudah alih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz.• Mudah dicuci dengan menggunakan pemadam berkain lembut.• Boleh dihasilkan sendiri

Papan MagnetikPapan Magnetik diperbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan melekat di atas permukaan tersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas papan tersebut.Kelebihan :• Magnet dapat melekat bahan visual yang digunakan dengan baik dan mudah• Kesan tarikan magnet tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca seperti angin dan hujan. Oleh yang demikian papan magnet boleh digunakan dalam banyak keadaan, tempat dan masa.• Boleh digunakan untuk menunjukkan kesan-kesan perubahan atau pergerakan dengan mudah dan cepat, seperti mengaluh visual ke tempat baru atau dapat tindan tindihkan visual-visual itu.

Page 8: Kemahiran Papan Tulis

Papan FlipPapan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang. Papan flip boleh dialihkan keperbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan pameran.Kelebihan.• Boleh mempamerkan berbagai poster atau visual yang telah dijilid.• Papan Flip ini berbentuk mudah alih dan sangat sesuai untuk belajar berkumpulan.• Dapat menunjukan carta jenis bersiri dengan mudah.

Papan Pameran Papan KenyataanPapan Pameran atau Papan Kenyataan secara umumnya diperbuat daripada papan lapis atau papan lembut untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk mempamerkan hasil kerja murid seperti lukisan karangan dan lain-lain. Papan kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian dinding atau dibuat secara mudah alih serta berkaki.Kelebihan• Sangat mudah untuk menyebarkan maklumat• Senang ditampal maklumat• Tidak memakan ruang• Sangat mudah untuk mengantikan maklumat baru.

Papan FlanelPapan flannel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di kalangan guru-guru sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada satu permukaan kain flannel, iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan berbulu kasar. Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keping kain flannel boleh bercantum apabila dilekapkan, sifat istimewa ini dipergunakan untuk papan flannel. Kad-kad visual disediakan, dan secebis kain flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain yang berbulu kasar digamkan pada bahagian belakang kad-kad tadi. Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan ke atas permukaan papan flannel dengan mudah.

Kelebihan :• Cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit demi sedikit.• Sesuai untuk berbagai-bagai jenis tajuk dan subjek.• Mudah disediakan, serta banyak jenis bahan boleh digunakan• Perubahan atau perkembangan tajuk boleh dilakukan dengan serta merta melalui kaedah tindan tindih visual ataupun perubahan kedudukan visual tersebut.• Menggalakkan penglibatan murid sepenuhnya dalam tajuk yang disampaikan seperti aktiviti mencantum ayat, memadankan gambar, sesi bercerita dan sebagainya.• Senang disimpan, dibawa atau digunakan.

Papan GulungPapan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau disimpan dan papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah. Papan gulung boleh diperbuat daripada kepingan getah atau kertas rexine atau kain kanvas supaya papan ini boleh digulung.

Page 9: Kemahiran Papan Tulis

Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh disediakan dengan terperici terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada murid. Ini sangat berfaedah terutama kepada guru atau calon guru yang kurang mahir dalam bidang atau perinsip-perinsip tertentu, atau bahan tersebut memerlukan masa yang lama untuk disediakan.

Kelebihan;• Mudah dibuat• Mudah dibawa, digunakan atau disimpan• Bahan-bahan pengajaran yang sukar boleh disediakan terlebih awal dengan baik dan sempurna.• Sesuai untuk semua matapelajaran dan boleh digunakan di dalam atau diluar bilik darjah.

Papan SlipPapan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf boleh diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih atau bahan-bahan lain.Penggunaan papan selit hampir-hampir sama dengan papan flannel.Kelebihan :• Boleh dibuat sendiri• Senang dibawa serta dapat digunakan di dalam atau di luar bilik darjah• Visualnya senang, cepat serta mudah dibuat.• Menggalakkan penglibatan murid dalam kelas.Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff

Menggunakan papan tulis secara optima

Papan tulis jika dimanfaatkan secara optima menjadi media yang efektif dalam pencapaian kompetensi hasil belajar murid. Media atau teknologi yang dikatakan efektif untuk mengekplorasi kompetensi murid ialah apabila:(1) Digunakan untuk menyajikan maklumat secara sistematik.(2) Memperjelas idea-idea yang masih kabur dalam sumber belajar lain.(3) Memberikan penerangkan kontekstual terhadap isi pelajaran.(4) Maklumat yang disajikan dapat dilihat/dibaca dengan jelas oleh sebagian besar murid.(5) Kesan dari maklumat yang disajikan menarik dan memiliki makna (misalnya dengan penggunaan warna, grafik, jadual).(6) Dapat dimanfaatkan secara seimbang antara kegiatan guru dan kegiatan murid.

Jika papan tulis dianggap sebagai sebuah bidang utuh, maka bidang tersebut dapat dibahagikan secara khayal oleh guru kepada tiga bahagian.Bahagian tersebut komposisinya adalah 20% di sebelah kiri, 60% di tengah, dan 20% di sebelah kanan.Bahagian kiri untuk menuliskan fokus pembelajaran, dan sering juga dikenal sebagai tujuan pembelajaran. Bahagian ini harus dipertahankan tidak dihapus sebelum pelajaran diakhiri.

Bahagian tengah dapat digunakan oleh guru untuk menulis bahan pembelajaran dan juga digunakan sebagai tempat untuk unjuk kerja murid dalam menyelesaikan soalan latihan.

Page 10: Kemahiran Papan Tulis

Bahagian tengah dapat ditulis-dihapus berkali-kali selama proses pembelajaran berlangsung.

Bahagian kanan dari papan tulis digunakan untuk menuliskan kesimpulan-kesimpulan hasil proses pembelajaran. Kesimpulan tersebut harus ditulis secara sistematik dan dapat dibandingkan korelasinya dengan indikator hasil belajar.

Jika murid telah memiliki buku cetak dan sumber belajar yang lengkap, bahagian di papan tulis kanan tetap perlu ditulis kembali sebagai rangkuman yang dapat mengingatkan kepentingan maklumat selama proses pembelajaran.

Penggunaan lain papan tulis

Papan tulis juga dapat digunakan sebagai media untuk menempelkan atau menayangkan maklumat.

Poster-poster atau hasil pembuatan peta konsep murid dan guru pada kad manila dapat ditampalkan pada papan tulis untuk menggantikan kaedah menulis.

Jika papan tulis yang dimiliki sekolah berwarna putih, papan tulis tersebut juga dapat dimanfaatkan sebagai pengganti layar untuk menayangkan slide OHP atau slide dari LCD Projektor.

Komponen Papan Tulis

• Papan tulis adalah papan pengajaran yang digunakan secara langsung oleh guru untuk menyampaikan pengajaran kepada murid.

• Biasanya papan tulis terdapat dalam setiap bilik darjah secara kekal atau mudah alih.

Ø Papan Tulis

Ø Papan Putih

Ø Papan Magnetik

Ø Papan Flip

Ø Papan Pameran Papan Kenyataan

Ø Papan Flanel

Ø Papan Gulung

Page 11: Kemahiran Papan Tulis

Ø Papan Slip

Ø Papan Tulis

ü Para guru telah mengiktiraf papan tulis sebagai alat bantu mengajar di dalam bilik darjah.

ü Papan tulis juga di kenali sebagai papan kapur, papan hitam, papan hijau serta digunakan sejak lama dahulu.

ü Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik dajah.

ü Penggunaannya tidak memerlukan bakat atau peralatan istimewa.

ü Perubahan atau tambahan isi boleh dilakukan dengan cepat dan mudah.

ü Mudah alih serta senang digunakan untuk pelbagai tujuan sampingan.

Ø Papan Putih

ü Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis.

ü Permukaan sekeping papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis dengan menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan.

ü Kelebihan:

v Tidak ada habuk.

v Mudah alih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz.

v Mudah dicuci dengan menggunakan pemadam berkain lembut.

Ø Papan Magnetik

ü Papan Magnetik diperbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan melekat di atas permukaan tersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas papan tersebut.

ü Kelebihan :

v Magnet dapat melekat bahan visual yang digunakan dengan baik dan mudah.

v Kesan tarikan magnet tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca seperti angin dan hujan. Oleh yang demikian papan magnet boleh digunakan dalam banyak keadaan, tempat dan masa.

Page 12: Kemahiran Papan Tulis

v Boleh digunakan untuk menunjukkan kesan-kesan perubahan atau pergerakan dengan mudah dan cepat, seperti mengalih visual ke tempat baru atau dapat menindihkan visual-visual itu dengan mudah.

Ø Papan Flip

ü Papan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang.

ü Papan flip boleh dialihkan ke pelbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan pameran.

ü Kelebihan:

v Boleh mempamerkan pelbagai poster atau visual yang telah dijilid.

v Papan Flip ini berbentuk mudah alih dan sangat sesuai untuk belajar berkumpulan.

v Dapat menunjukan carta jenis bersiri dengan mudah.

Ø Papan Pameran Papan Kenyataan

ü Papan Pameran atau Papan Kenyataan secara umumnya diperbuat daripada papan lapis atau papan lembut untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk mempamerkan hasil kerja murid seperti lukisan karangan dan lain-lain.

ü Papan kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian dinding atau dibuat secara mudah alih serta berkaki.

ü Kelebihan:

v Sangat mudah untuk menyebarkan maklumat.

v Senang ditampal maklumat.

v Tidak memakan ruang.

v Sangat mudah untuk menggantikan maklumat baru.

Ø Papan Flanel

Page 13: Kemahiran Papan Tulis

ü Papan flannel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di kalangan guru-guru sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada satu permukaan kain flannel, iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan berbulu kasar.

ü Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keping kain flannel boleh bercantum apabila dilekapkan, sifat istimewa ini dipergunakan untuk papan flannel.

ü Kad-kad visual disediakan, dan secebis kain flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain yang berbulu kasar digamkan pada bahagian belakang kad-kad tadi.

ü Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan ke atas permukaan papan flannel dengan mudah.

Kelebihan

v Cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit demi sedikit.

v Sesuai untuk berbagai-bagai jenis tajuk dan subjek.

v Mudah disediakan, serta banyak jenis bahan boleh digunakan.

v Perubahan atau perkembangan tajuk boleh dilakukan dengan serta merta melalui kaedah tindan tindih visual ataupun perubahan kedudukan visual tersebut.

v Menggalakkan penglibatan murid sepenuhnya dalam tajuk yang disampaikan seperti aktiviti mencantum ayat, memadankan gambar, sesi bercerita dan sebagainya.

v Senang disimpan, dibawa atau digunakan.

Papan Gulung

ü Papan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau disimpan dan papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah.

ü Papan gulung boleh diperbuat daripada kepingan getah atau kertas rexine atau kain kanvas supaya papan ini boleh digulung.

ü Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh disediakan dengan terperinci terlebih dahulu.

ü Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada murid. Ini sangat berfaedah terutama kepada guru atau calon guru yang kurang mahir dalam bidang atau prinsip-prinsip tertentu, atau bahan tersebut memerlukan masa yang lama untuk disediakan.

Page 14: Kemahiran Papan Tulis

Kelebihan:

v Mudah dibuat.

v Mudah dibawa, digunakan atau disimpan.

v Bahan-bahan pengajaran yang sukar boleh disediakan terlebih awal dengan baik dan sempurna.

v Sesuai untuk semua matapelajaran dan boleh digunakan di dalam atau diluar bilik darjah.

Papan Slip

ü Papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf boleh diselitkan.

ü Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih atau bahan-bahan lain.

ü Penggunaan papan selit hampir-hampir sama dengan papan flannel.

Kelebihan:

v Boleh dibuat sendiri.

v Senang dibawa serta dapat digunakan di dalam atau di luar bilik darjah.

v Visualnya senang, cepat serta mudah dibuat.

v Menggalakkan penglibatan murid dalam kelas.

ETIKA PENGGUNAAN PAPAN TULIS

1. Jangan bediri tepat - Ketika anda sedang menggunakan papan tulis sewaktu mengajar, jangan berdiri tepat di depan papan tulis. Ini kerana perbuatan anda akan melindungi pandangan anak murid/pelajar

Page 15: Kemahiran Papan Tulis

untuk melihat apa yang anda tulis di papan tulis. Berdirilah dengan keadaan badan yang agak menyerong sehingga tubuh anda tidak menghalangi pandangan mereka.

2. Gunakan alat penunjuk - Gunakan pembaris/alat penunjuk untuk menunjukkan apa yang anda tulis di papan tulis. Ini adalah cara terbaik agar tubuh anda tidak menghalang pandangan anak murid ketika melihat tulisan di papan tulis.

3. Jangan penuhkan dengan tulisan - Janganlah memenuhi papan tulis dengan tulisan. Terlalu banyak tulisan mengakibatkan papan tulis menjadi tidak menarik dan membingungkan pelajar. Biarkan sebahagian papan tulis kosong secara proporsional, khususnya bahagian bawah papan kerana para pelajar yang duduk di bahagian belakang besar kemungkinan tidak dapat melihat dengan jelas apa yang anda tulis di bahagian bawah papan tulis berkenaan.

4. Tulisan besar - Perhatikan agar tulisan anda cukup besar dengan bentuk huruf yang tegak, sehingga dapat dibaca dengan jelas. Tulisan tidak perlu terlalu berseni atau `fancy‘. Yang penting tulisan anda mesti cukup tebal.

5. Padam tulisan yang tidak dipakai - Hapuskan tulisan yang sudah tidak diperlukan. Para pelajar tidak dapat memusatkan perhatian pada banyaknya tulisan yang bercampur aduk dan tidak teratur.

6. Tulisan yang kontras - Jika anda menulis di ‘white board’ (bukan papan tulis kayu yang berwarna hitam), dianjurkan anda menggunakan pena (marker) dengan warna gelap (hitam atau biru tua), kerana ia akan menghasilkan tulisan yang lebih kontras dan jelas.