kemahiran menilai
DESCRIPTION
Kemahiran dalam melaksanakan P&PTRANSCRIPT
Kemahiran Menilai• Definisi
§ Satu strategi untuk mendapatkan maklumat yang penting dan berguna untuk menentukan sama ada objektif P&P serta membantu membuat pilihan untuk kaedah pengajaran yang sesuai bagi sesuatu peringkat kebolehan murid sehingga tercapai objektif pengajaran
§ Merupakan satu proses pengukuran kemahiran dan sejauh mana kefahaman pelajar merujuk kepada matlamat yang telah ditetapkan oleh guru atau sekolah
§ Proses yang menggunakan data kualitatif dan kuantitatif untuk membuat penaksiran dan keputusan iaitu menentutakan arah kemajuan seseorang pelajar dalam pembelajarannya
Tujuan Menilai
• Menentukan sama ada murid telah menguasai semua kemahiran secara menyeluruh selaras dengan objektif pembelajaran dari segi kognitif, afektif dan psikomotor
• Membolehkan guru mengenalpasti bidang-bidang kekuatan dan kelemahan P&P serta mengambil tindakan susulan untuk meningkatkan keberkesanan P&P
• Maklumat yang didapati daripada penilaian boleh memberi gambaran tentang aspek-aspek seperti : Pencapaian murid dalam pengetahuan Pencapaian murid dalam kemahiran Perkembangan minat Perkembangan daya kreatif Penghayatan nilai murni Kebolehan amali Kemahiran pergerakan
Jenis-jenis Penilaian
• Ujian dan Penilaian Formatif• Ujian dan Penilaian Sumatif• Ujian dan Penilaian Rujukan Norma&Rujukan
Kriteria• Ujian dan Penilaian Diagnostik
Ujian dan Penilaian Formatif• Penilaian formatif dijalankan setiap hari
semasa guru mengajar secara tidak formal dan selepas mengajar beberapa unit pelajaran secara formal
• Penilaian formal melalui ujian pensel kertas§ Cth : ujian bulanan, ujian akhir penggal
• Penilaian x formal melalui :-§ Pemerhatian dan soal jawab secara lisan§ Pemeriksaan kerja bertulis terhadap tugasan
murid
..sambungan
• Maklumat dari ujian berupaya memberi maklum balas tentang sejauh mana pelajar telah memahami dan memperoleh kemahiran
• Guru juga dapat mengetahui sejauh mana pengajarannya telah berjaya
• Guru-guru dan pelajar dapat memperbaiki bahagian-bahagian yang perlu diperbaiki dan diulang
Ujian dan Penilaian Sumatif• Penilaian sumatif merupakan ujian pencapaian
yang diberikan secara formal selepas suatu jangka masa tertentu
• Cth : ujian pencapaian pertengahan tahun, ujian pencapaian akhir tahun, UPSR, PMR, SPM
• Tujuan : melihat sejauh mana objektif kursus telah dicapai dan melihat sejauh mana pengetahuan dan kemahiran telah diperoleh pelajar pada akhir sesuatu program
• Kaedah : Berbentuk soalan objektif, esei, struktur dsb
Ujian dan Penilaian Rujukan Norma (URN)
• Ujian yang paling banyak digunakan oleh guru dalam bilik darjah
• Ujian ini adalah untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar yang lain dalam kelasnya
• Jenis soalan dalam ujian ini berbeza daripada yang mudah kepada yang susah
• Cara ini membolehkan guru membezakan peringkat pencapaian pelajar dan seterusnya diberikan pangkat kepada mereka daripada yang ↑ kpd↓ berdasarkan pencapaian dalam ujian
Ujian Rujukan Kriteria (URK)
• URK merupakan kaedah di mana pencapaian seseorang individu diukur dan dibandingkan dengan kriteria yang telah ditentukan
• Tujuan : menentukan sama ada seseorang pelajar dapat menguasai kemahiran atau pengetahuan tertentu
• Soalan-soalan dalam URK adalah bersifat sejenis iaitu soalan-soalan tertumpu kepada satu idea, konsep atau kemahiran
Ujian dan Penilaian Diagnostik
• Tujuan : untuk mengenalpasti punca-punca kelemahan atau salah faham pelajar dalam sesuatu perkara dengan tujuan memberi pemulihan
• Ujian pencapaian sama ada URN atau URK boleh juga digunakan untuk membuat diagnosis secara umum dan analisis keputusan ujian turut membantu guru menjalankan pengajaran pemulihan
Penilaian boleh dijalankan dengan :
• Menilai secara serta-merta• Mengesan kemajuan• Menilai pencapaian
Menilai secara serta-merta
• Aktiviti penilaian ini dijalankan oleh guru semasa mengajar sesuatu kemahiran
• Dijalankan secara x formal melalui pemerhatian dan bersoaljawab dengan murid melalui penyemakan kerja rumah mereka
• Dengan ini guru dapat membetulkan kesilapan murid, memberi bimbingan dan mengukuhkan kemahiran yang diajar
Mengesan Kemajuan
• Aktiviti penilaian ini dilakukan setelah guru mengajar beberapa kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran
• Dijalankan secara formal• Tujuan : untuk mengesan kemajuan murid
dalam pelbagai bidang pelajaran dari masa ke semasa
• Dengan maklumat ini guru dapat merancang tindakan susulan
Menilai Pencapaian
• Aktiviti penilaian ini dijalankan setelah guru mengajar satu atau beberapa unit kemahiran atau tajuk pembelajaran
• Dijalankan secara formal• Tujuan : untuk mengesan pencapaian murid-
murid dalam unit-unit berkenaan untuk tindakan susulan
• Aktiviti penilaian ini boleh dibuat secara berkala, mengikut bulan, semester atau tahun
Kaedah dan Teknik Mengajar
• Bermain• Bercerita• Perbincangan• Inkuiri
Kaedah Inkuiri
• Suchman (1978) – Kaedah inkuiri adalah proses P&P yang berorientasikan mencari maklumat, menyoal dan mengkaji
• Kaedah ini berupaya mencabar dan meningkatkan daya pemikiran pelajar
• Dapat membantu pelajar menjawab perkara-perkara yang mereka ingin tahu
• Menggalakkan pelajar berfikiran kreatif dan kritis
Peranan Inkuiri Dalam Pengajaran
Inkuiri
Mengawal
Fokus
Maklum balas
Pengulasan dan
penutupan
Sikap
Komunikasi
Peringkat-Peringkat Penyoalan
• Penyoalan mengikut aras taksonomi Bloom§ Pengetahuan§ Pemahaman§ Penggunaan§ Penganalisisan§ Sintesis§ Penilaian
Pengetahuan
• Memerlukan pelajar mengenal, mengetahui atau mengingat kembali fakta, konsep, prinsip, kenyataan tertentu atau sesuatu corak
• Contoh :§ Apakah nombor bulat?§ Apakah benda hidup?§ Senaraikan organ deria manusia?§ Namakan bahagian pada tumbuhan?
Pemahaman
• Memerlukan pelajar memahami atau mentafsir sesuatu idea dengan menggunakan perkataan sendiri
• Memerlukan pelajar mengaitkan fakta dan menggunakan maklumat yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah
• Contoh :§ Jelaskan apa yang anda faham tentang fotosintesis?§ Ringkaskan kitaran hidup rama-rama§ Berikan contoh haiwan karnivor
Penggunaan
• Bentuk soalan yang memerlukan penggunaan kefahaman dan pengetahuan sesuatu formula dan prinsip teknik untuk menyelesaikan masalah
• Contoh :§ Fatin membeli daging yang berjisim 2 ¾ kilogram. Jika
harga sekilogram daging adalah RM5.20, berapakah harga daging yang dibelinya itu?
§ Rabuyah membuat 4980 keping biskut kacang. Sebuah balang boleh memuatkan 60 keping biskut kacang. Berapa buah balang yang diperlukan untuk memuatkan semua biskutnya?
Penganalisisan
• Bentuk soalan yang memerlukan penyelesaian kepada masalah yang dibantu oleh pengetahuan tentang bahagian dan proses pembelajaran
• Pelajar perlu mengetahui andaian yang dinyatakan, mengenalpasti kesilapan logik dalam penaakulan, membezakan antara kenyataan dan rumusan
• Contoh :§ Apakah perbezaan antara cecair dan pepejal?§ Mengapakah ayat matematik ini setara?
2³ = 8 dan 283
Sintesis• Bentuk soalan yang memerlukan pelajar untuk menggunakan
pemikiran imaginatif dan kreatif• Pelajar perlu mangaturkan unsur-unsur atau bahagian-
bahagian supaya menjadi satu keseluruhan• Contoh :
§ Huston lebih tinggi daripada Jay. Jay lebih tinggi daripada Hasriman. Siapakah yang paling rendah?
§ Daripada gambar rajah di bawah, cari nilai x. Perimeter bagi segiempat tepat = 46cm
x
7 cm
Penilaian• Memerlukan pelajar menyediakan nilai-nilai dan piawai untuk
menentukan sejauh mana konsep itu menepati nilai dan piawai tersebut
• Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilai bagi sesuatu tujuan atau tentang idea, bahan-bahan dan lain-lain
• Pertimbangan ini berasaskan kriteria untuk menilai setakat mana sesuatu idea atau penyelesaian itu tepat, berkesan dan memuaskan
• Peringkat ini agak kompleks yang memerlukan pelajar membuat pertimbangan berasaskan kriteria di samping membuat analisis dan sintesis
• Contoh :§ Apakah keputusan yang boleh anda buat berdasarkan
eksperimen keperluan cahaya matahari kepada tumbuhan?