kemahiran asas futsal-menanduk~.doc

9
MENANDUK BOLA 1. KONSEP Kemahiran menanduk boleh digunakan untuk menjaringkan gol dan melakukan hantaran. Menanduk dilakukan dengan menggunakan bahagian dahi. Adalah perkara biasa bagi pemain untuk menanduk bola dalam permainan futsal. Walaupun begitu, pemain kebiasaannya dalam mengawal bola dengan lebih baik ketika bola di atas lantai permainan. Menanduk tidak banyak digunakan dan oleh itu ia merupakan kelebihan bagi pemain yang mempunyai kemahiran menanduk bola. 2. JENIS TANDUKAN Menanduk ke hadapan Menanduk ke sisi Menanduk ke belakang

Upload: abdul-rahim

Post on 04-Aug-2015

574 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMAHIRAN ASAS FUTSAL-MENANDUK~.doc

MENANDUK BOLA

1. KONSEP

Kemahiran menanduk boleh digunakan untuk menjaringkan gol dan melakukan

hantaran. Menanduk dilakukan dengan menggunakan bahagian dahi.

Adalah perkara biasa bagi pemain untuk menanduk bola dalam permainan futsal.

Walaupun begitu, pemain kebiasaannya dalam mengawal bola dengan lebih baik ketika

bola di atas lantai permainan. Menanduk tidak banyak digunakan dan oleh itu ia

merupakan kelebihan bagi pemain yang mempunyai kemahiran menanduk bola.

2. JENIS TANDUKAN

Menanduk ke hadapan

Menanduk ke sisi

Menanduk ke belakang

Page 2: KEMAHIRAN ASAS FUTSAL-MENANDUK~.doc

1. Teknik menanduk ke hadapan

i. Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke

arah bola datang. Mata memandang bola.

ii. Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang dengan lutut dibengkokkan

sedikit. Kedua-dua tangan dibuka di sisi.

iii. Bawa badan dan kepala ke hadapan dan tanduk bola menggunakan

bahagian dahi. Dahi menyentuh bahagian bawah bola.

iv. Ikut lajak selepas melakukan tandukan.

Page 3: KEMAHIRAN ASAS FUTSAL-MENANDUK~.doc

2. Teknik menanduk ke sisi

i. Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah

bola datang. Mata memandang bola.

ii. Apabila bola hampir tiba, kilaskan badan ke arah bertentangan dengan sasaran

tandukan. Kedua-dua tangan dibuka di sisi.

iii. Kilaskan badan ke arah sasaran tandukan dan tanduk bola menggunakan dahi.

iv. Ikut lajak selepas melakukan tandukan

Page 4: KEMAHIRAN ASAS FUTSAL-MENANDUK~.doc

3. Teknik menanduk ke belakang

i. Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah

bola datang. Mata memandang bola.

ii. Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang sambil mendongakkan kepala

ke atas, dan tanduk bola menggunakan bahagian dahi. Dahi menyentuh

bahagian bawah bola.

Page 5: KEMAHIRAN ASAS FUTSAL-MENANDUK~.doc

RANCANGAN SATU SESI LATIHAN KEMAHIRAN ASAS MENANDUK BOLA

Mata pelajaran : Gerko (Futsal)

Tajuk : Kemahiran asas menanduk bola

Misi : Melatih pelajar cara bermain futsal dengan betul, berkemahiran, kuat,

mantap dari segi teknikal, taktikal dan mental.

Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat

menguasai kemahiran asas futsal menanduk bola.

Psikomotor : Murid dapat melakukan 3 teknik menanduk bola dengan

cara yang betul.

Penerapan Nilai : Kerjasama, Kepimpinan, Disiplin

Penggabungjalinan : Tunjang Kecergasan – Koordinasi - Taktikal

Kesepaduan : Matematik – membuat anggaran jarak

Alatan : Bola, Kon, Bola , Wisel 

PERMULAAN

1. Aktiviti memanaskan badan dengan melakukan aktiviti seperti meningkatkan kadar

denyutan nadi.

i. Berlari di atas bebola kaki.

ii. Tingkatkan kelajuan larian High-Knee untuk pusingan kedua.

iii. Murid melakukan lompat bintang sebanyak 8 kali.

Page 6: KEMAHIRAN ASAS FUTSAL-MENANDUK~.doc

2. Regangan asas.

i. Murid dikehendaki beratur dalam bentuk lengkung seperti huruf U.

ii. Murid dikehendaki berlari-lari anak.

iii. Membuat regangan dimulai dengan bahagian kepala,dan diakhiri oleh kaki.

iv. Mengakhiri pemanasan denganmenarik nafas sebanyak lapan kali. 

murid

PERKEMBANGAN

1. Menanduk Asas

i. Berdiri tegak menghadap bola dengan kaki hadapan ke belakang

ii. Mata memandang ke arah bola 

iii. Gerakkan kepala dan lentikkan badan ke belakang.

iv. Seterusnya, gerakkan kepala dan kehadapan untuk menanduk

v. Sentuh bola di tengah dahi

vi. Kepala terus bergerak ke arah dahi 

vii. Guru melakukan demonstrasi asas menanduk bola dengan menggunakan kon

sebagai penjarak.

viii. Kon diletakkan sejauh 3 meter

ix. Murid melakukan aktiviti ini secara berpasangan

Page 7: KEMAHIRAN ASAS FUTSAL-MENANDUK~.doc

2. Penggabungjalinan kemahiran menanduk Secara Melompat

• Menanduk bola melepasi jarak kon.

- Jarak 3 meter

- Jarak 5 meter

Demonstrasi

a) Menanduk bola menggunakan bahagian tengah dahi

b) Buka mata dan mulut tutup

c) Terus gerakkan badan ke hadapan

d) Mendarat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki

PENUTUP

Pengenduran 

• Beratur semula mengikut lengkung berbentuk U seperti melakukan aktiviti pemanasan

badan tadi

• Salah seorang murid dipilih untuk menjadi ketua bagi melakukan aktiviti “cooling

down”

• Mengakhiri aktiviti ‘cooling down dengan menarik nafas semula dalam kiraan lapan

kali

• Guru bertanya beberapa soalan tentang kemahiran yang telah dipelajari oleh murid