kelemahan strategi kompromi

Upload: aaron-tay

Post on 28-Feb-2018

364 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Kelemahan Strategi Kompromi

    1/3

    Kelemahan Strategi Kompromi

    Dan Contoh Dari Segi Teori

    Strategi kompromi merupakan strategi penyelesaian

    masalah yang amat berguna dan melibatkan penggunaan

    arbitrasi rundingan dan tawar-menawar. Strategi ini

    membawa faedah kepada kedua-dua pihak yang berkonik,

    justeru, membawa kepada situasi menang-menang.Kebiasaannya, strategi ini melibatkan pihak ketiga yang

    bertindak sebagai mediator yang menjadi kepercayaan

    kedua-dua pihak. Namun demikian, strategi ini mempunyai

    kelemahannya.

    Salah satu kelemahan strategi ini ialah nilai-nilai yang

    berkonik boleh dicapai pada kadar atau takat yang

    tertentu sahaja, dan bukan sepenuhnya. Hal ini bermakna

    bahawa kedua-dua pihak terpaksa mengorbankan

    kepentingan masing-masing untuk menerima faedah

    bersama yang telah dipersetujui. Strategi kompromi

    biasanya akan menerima apa yang telah dikurangkan,

    kerana sekiranya boleh diselesaikan, dan semua yang

    bernilai boleh dicapai dan apa yang diharapkan boleh

    dielakkan, kompromi tidak diperlukan.

  • 7/25/2019 Kelemahan Strategi Kompromi

    2/3

    ontohnya, dalam kes !ason, !ason boleh mengambil

    langkah berkompromi "berunding# dengan syarikat $ dan

    syarikat % di mana !ason akan terus menepati janjinya

    untuk bekerja di syarikat $ dan tidak lama kemudian

    mengambil cuti atau berhenti untuk bekerja di syarikat %

    pula. &alaupun !ason mempunyai hasrat untuk bekerja di

    kedua-dua syarikat pada masa yang sama, namun dia tidak

    boleh berbuat demikian. 'leh itu, !ason terpaksa memilih

    salah satu dahulu, dan sekiranya kedua-dua syarikatbersetuju dengan cadangan !ason, barulah dia boleh

    bekerja di syarikat %.

    Selain itu, kompromi akan memihak kepada pihak

    yang ada autoriti dan lebih berkuasa kerana mereka lebih

    mampu menegaskan kemahuan berbanding yang lemah.

    Hal ini kerana walaupun sesuatu keputusan dibuat

    bersama, keputusan muktamad masih lagi dibuat oleh

    pihak atasan. ara ini boleh menimbulkan konik kerana

    hak untuk membuat dan menerima keputusan

    perlaksanaan masih lagi terkawal.

    ontohnya dalam kes perselisihan antara majikan

    dengan pekerja. (isebabkan majikan lebih berkuasa,

    kebanyakan masanya, pekerja terpaksa mengorbankan

    kepentingannya melebihi kepentingan majikan, yang

  • 7/25/2019 Kelemahan Strategi Kompromi

    3/3

    bermaksud sesuatu kompromi itu lebih memihak kepada

    majikan tersebut. Kelemahan ini juga boleh dilihat dalam

    kes seorang ahli politik. $hli politik mempunyai kebebasan

    bersuara dan juga berupaya menolong dalam pentadbiran

    negara, namun kebebasan mereka terhad kerana mereka

    masih disyaratkan untuk tidak bercakap secara kritikal

    terhadap pentadbiran kerajaan atau autoriti yang lebih

    tinggi.