kelab sukan di malaysia gagal lahir atlet berbakat

2
Kelab sukan di Malaysia gagal lahir atlet berbakat MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) secara umum menyifatkan bahawa kelab-kelab sukan di negara ini tidak sistematik dan mantap dalam membantu melahirkan ahli-ahli sukan yang berbakat, lapor DALLIA DUNSTAN Naib Presiden MOM, Norminshah Sabirin berkata, keadaan ini dirumitkan lagi apabila jumlah kelab di negara ini semakin berkurangan. ``Sesebuah kelab sukan memainkan peranan untuk membantu badan- badan sukan mencari atlet-atlet yang berpotensi. ``Mereka yang berbakat layak diketengahkan dan mungkin boleh mewakili negara pada kejohanan antarabangsa,'' katanya selepas majlis penyampaian insentif kepada pasukan bola jaring Sukan SEA XXI yang berjaya memenangi pingat emas September lalu. Sebanyak 12 pemain yang mewakili negara pada temasya itu masing- masing menerima hadiah gelang emas. Insentif PBJM itu telah disampaikan oleh Presiden MOM, Tunku Imran Tuanku Ja'afar yang hadir pada majlis yang diadakan di Kuala Lumpur semalam. Menurut Norminshah, sesebuah kelab itu harus dikendalikan dengan teratur dan harus ada individu yang akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam kelab untuk memastikan objektifnya tercapai.

Upload: ramesh-nathan

Post on 11-Jan-2016

24 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sukan

TRANSCRIPT

Page 1: Kelab Sukan Di Malaysia Gagal Lahir Atlet Berbakat

Kelab sukan di Malaysia gagal lahir atlet berbakat

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) secara umum menyifatkan bahawa kelab-kelab sukan

di negara ini tidak sistematik dan mantap dalam membantu melahirkan ahli-ahli sukan

yang berbakat, lapor DALLIA DUNSTAN

Naib Presiden MOM, Norminshah Sabirin berkata, keadaan ini dirumitkan lagi apabila

jumlah kelab di negara ini semakin berkurangan.

``Sesebuah kelab sukan memainkan peranan untuk membantu badan-badan sukan

mencari atlet-atlet yang berpotensi.

``Mereka yang berbakat layak diketengahkan dan mungkin boleh mewakili negara pada

kejohanan antarabangsa,'' katanya selepas majlis penyampaian insentif kepada

pasukan bola jaring Sukan SEA XXI yang berjaya memenangi pingat emas September

lalu.

Sebanyak 12 pemain yang mewakili negara pada temasya itu masing-masing

menerima hadiah gelang emas.

Insentif PBJM itu telah disampaikan oleh Presiden MOM, Tunku Imran Tuanku Ja'afar

yang hadir pada majlis yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.

Menurut Norminshah, sesebuah kelab itu harus dikendalikan dengan teratur dan harus

ada individu yang akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam kelab untuk memastikan

objektifnya tercapai.

``Dan, dalam sesebuah kelab itu semua tugas adalah berdasarkan sukarela dan tidak

perlu mendapat bantuan daripada mana-mana pihak, apa yang perlu ialah minat dan

komited untuk melakukan yang terbaik,'' katanya.

Tambahnya lagi, sistem kelab di negara ini tidak seperti apa yang pernah wujud satu

ketika dulu di mana beberapa kelab telah berjaya melahirkan atlet-atlet yang telah

mengharumkan nama negara.

Page 2: Kelab Sukan Di Malaysia Gagal Lahir Atlet Berbakat

Sementara itu, Norminshah yang juga presiden PBJM berkata, persatuan itu akan

mengadakan kejohanan Bola Jaring Terbuka Kebangsaan yang akan diadakan 4

hingga 5 Mei ini di Stadium Juara, Bukit Kiara.