kek pop coklat
DESCRIPTION
resepi kek pop coklatTRANSCRIPT
KEK POP COKLAT
BAHAN A
Tepung gandum : 300 gm
Serbuk koko : 100 gm
Serbuk penaik : 1 sudu teh
Soda bikarbonat : 1 sudu teh
BAHAN B
Telur : 6 biji
Gula kastor : 400 gm
Esen vanilla : 1 sudu teh
BAHAN C
Susu cair : 150 ml
Minyak jagung : 200 ml
BAHAN D
Air panas : 150 ml
HIASAN
Coklat bar putih
marjerin
Semua bahan A diayak
CARA PENYEDIAAN
1. Satukan semua bahan B, pukul sehingga putih.
2. Masukkan minyak dan susu cair
3. Masukkan bahan A yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kaup balik adunan
dengan spatula.
4. Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula ditambahkan dengan air panas dan digaul
rata
5. Tuang adunan dalam loyang bulat yang telah digris dan dasar loyang dilapik dengan
kertas minyak.
6. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 1600C.
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 30 minit bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan
lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah dibakar sempurna.
7. Kek dibiarkan sejuk seketika.
8. Apabila kek sudah sejuk, kek dihancurkan dan ditambah dengan sedikit marjerin.
9. Kek yang dihancurkan ini dibentuk bulat dan boleh dimasukkan dalam bekas yang
mempunyai pelbagai bentuk.
10. Kek yang sudah dibentuk dimasukkan ke dalam peti sejuk.
11. Apabila kek yang dibentuk sudah sejuk, kek dikeluarkan untuk dicucuk lidi.
12. Setiap lidi akan disapu coklat cair sebagai pelekat pada kek coklat yang sudah dibentuk.
13. Hujung lidi yang telah disapu coklat akan dicucukkan dengan kek coklat yang sudah
dibentuk.
14. Kek yang dicucuk lidi, dibiarkan sejuk di dalam peti sejuk selama 1 jam.
15. Selepas 1 jam, kek coklat dikelurkan untuk disalut dengan bar coklat putih yang telah
dicairkan.
16. Untuk lebih menarik, colat putih boleh dicampur dengan pelbagai warna.
17. Kek coklat pop yang telah disalut coklat dibiarkan sejuk dan keras di dalam peti sejuk.
18. Kek pop sedia untuk dimakan.